The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iemaurie, 2022-05-22 15:56:19

BUKU PROGRAM AMALAN BAIK SSDM

BUKU PROGRAM AMALAN BAIK SSDM

Kempen Amalan Baik Melalui SSDM

Pengenalan

Terdapat 5 peringkat Status Sahsiah Diri Murid SSDM
iaitu ‘TERPUJI’, ‘CEMERLANG’, ‘BAIK’, ‘PERLUKAN
PERHATIAN’ dan ‘PERLUKAN PERHATIAN SERIUS’.
Penentuan Status Sahsiah Diri ini adalah berdasarkan
rekod pelaporan amalan baik dan kes salah laku murid.
Oleh yang demikian, untuk melahirkan murid yang
berstatus tinggi dalam Status Sahsiah Diri ini, rekod
amalan baik perlulah lebih tinggi berbanding rekod kes
salah laku murid. Justeru itu, Program Amalan Baik
Murid melalui SSDM ini diadakan bertujuan untuk
menggalakkan semua murid SMK Puchong Utama 1
melakukan amalan baik supaya dapat memperbaiki
Status Sahsiah Diri mereka di sekolah. Hal ini secara
tidak langsung dapat membentuk keperibadian murid
yang unggul di masa hadapan.

Objektif Program

1) Memupuk murid untuk berkelakuan baik dan
bersopan-santun;
2) Melahirkan murid yang beramalan baik dan
mempunyai pemikiran positif dari pelbagai aspek;
3) Menggalakkan murid untuk mengekpresikan
amalan baik dalam kehidupan harian;
4) Membentuk sahsiah dan jati diri murid dengan
penerapan nilai-nilai murni dan pekerti mulia
dalam kehidupan seharian.

UNIT DISIPLIN & PENGAWAS

Kempen Amalan Baik Melalui SSDM

Pengisisan Program

1) Semua guru SMKPU1 dikehendaki merekodkan
amalan baik murid dalam sistem SSDM.

2) Setiap minggu pada awal bulan, 3 orang guru yang
merekodkan amalan baik paling banyak akan
diberikan Sijil Penghargaan.

3) Seorang murid dan kelas dari setiap tingkatan yang
paling banyak melakukan amalan baik akan
diberikan Sijil Pencapaian.

4) Senarai pemenang bagi guru dan murid pada setiap
bulan akan dipaparkan di notis papan kenyataan
unit disiplin hadapan bilik pengawas.

Jawatankuasa

Pengerusi : ROSMAHWATI BINTI SANUSI

Timb. Pengerusi : AZIZAH BINTI ABD. AZIZ

Naib Pengerusi : AAMANU BIN IBRAHIM

: RAJAESVARY A/P RAMASAMY

: UMI KALSOM BINTI SUDIN

Penyelaras Program

: NUR HIKMAH BINTI AURISMEN

: SUZIRA BINTI SAAD

Ahli Jawatankuasa

: SEMUA JAWATANKUASA DISIPLIN &

PENGAWAS

: SEMUA JAWATANKUASA UNIT

BIMBINGAN & KAUNSELING

UNIT DISIPLIN & PENGAWAS

Kempen Amalan Baik Melalui SSDM

Aturcara Program

7.20 pagi : Murid Berkumpul di Dewan Sri Tanjung

7.30 pagi : Ketibaan Inspektor Mohd Afiq Safullah
bin Azid Bersama Barisan Pentadbir

- Nyanyian Lagu
Negaraku
Negeri Selangor
Sekolah

- Bacaan Doa

- Ikrar Murid

- Ucapan Guru Bertugas

7.45 pagi : Perasmian program oleh Pegawai
Pehubungan Sekolah Inspektor Mohd
Afiq Safullah bin Azid

: Gimik Perasmian
- Amalan Guru Penyayang
- Program Zero Buli
- Program Amalan Baik melalui SSDM

: Penyampaian cenderamata kepada PPS

8.30 pagi : Bersurai

UNIT DISIPLIN & PENGAWAS


Click to View FlipBook Version