The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PERLINDUNGAN SINARAN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORHIDAYAH BINTI MUSA (MOH), 2023-04-17 23:53:48

PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PERLINDUNGAN SINARAN

PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PERLINDUNGAN SINARAN 2023

PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PERLINDUNGAN SINARAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI MOH/P/BSKB/08.23(GU)-e


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PERLINDUNGAN SINARAN


Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian dari penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubahsuai. Walau bagaimanapun penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan atau pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. ISBN 978-967-0668-69-7 MOH/P/BSKB/08.23(GU)-e Prosedur Operasi Standard Pengurusan Perlindungan Sinaran © April 2023. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/


Kata Pengantar Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori, Kementerian Kesihatan Malaysia. Usaha bersama di antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fizik Perubatan telah menjadi langkah penting dalam membangunkan panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan. Hasil daripada pelbagai kajian dalam bidang perubatan, kesihatan, sains dan teknologi telah membawa perkembangan yang pesat dalam bidang penjagaan kesihatan negara. Ini menjadi satu cabaran kepada Profesional Kesihatan Bersekutu dalam memastikan amalan yang disampaikan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Demi memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan, Profesional Kesihatan Bersekutu juga tidak ketinggalan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan pakar, pegawai perubatan dan pasukan multidisiplin yang lain dalam pelbagai bidang kepakaran dan sub kepakaran. Ini adalah penting bagi memastikan panduan yang dihasilkan adalah bertepatan dengan teori dan amalan penyampaian perkhidmatan Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing. Semoga Prosedur Operasi Standard ini dapat menjadi panduan dan rujukan bagi Profesion Pegawai Sains (Fizik) dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia


Kata Pengantar Dato’ Dr Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Sains (Fizik) kerana telah berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Sains Fizik Perubatan dan Regulatori. Dokumen ini bakal digunakan sebagai panduan atau rujukan supaya ahli profesional Kesihatan Bersekutu dapat melaksanakan amalan perkhidmatan kepada rakyat, berdasarkan keperluan di pelbagai peringkat termasuklah primer, sekunder, dan tertiari serta di komuniti. Gabungan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan, kesihatan dan sistem komunikasi telah memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Skop perkhidmatan yang holistik perlu mengambil kira aspek promosi, pencegahan, kuratif, dan rehabilitasi dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit atau klien. Diharapkan dokumen ini bukan sahaja dapat menyeragamkan lagi amalan perkhidmatan dan seterusnya rakyat mendapat lebih peluang menerima perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh di fasiliti KKM seluruh negara. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Dato' Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia


Kata Pengantar Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Sains (Fizik) yang berusaha gigih dalam membangunkan Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori. Prosedur Operasi Standard ini diharapkan dapat menjadi dokumen yang bernilai tinggi untuk melaksanakan amalan perkhidmatan berfokuskan kepada keperluan pesakit atau klien. Penyampaian maklumat yang tepat oleh Profesional Kesihatan Bersekutu kepada pesakit atau klien adalah penting agar mereka mendapat input dan kefahaman yang jelas untuk sama-sama bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan dan pemulihan. Diharapkan dokumen ini dapat diguna pakai oleh Pegawai Sains (Fizik) dalam melaksanakan tugas harian di fasiliti kesihatan termasuklah hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia


Keterangan Mengenai Dokumen Kegunaan Dokumen Ini Prosedur Operasi Standard (POS) ini boleh digunapakai oleh Pegawai Sains (Fizik) (PSF) sebagai panduan dalam pengurusan perlindungan sinaran di hospital atau institusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). POS ini juga boleh digunapakai sebagai panduan, rujukan, orientasi, latihan dan juga pembelajaran berterusan kepada semua PSF. Kaitan Dengan Dokumen Lain POS ini boleh digunapakai bersama Pelan Pengurusan Operasi (PPO) Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori.


KANDUNGAN Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Objektif 1 3. Polisi Operasi Utama 2 4. Prosedur Kerja 3 5. Arahan Kerja 15 6. Prosedur Variasi, Alternatif dan Kontigensi 15 7. Panduan Dokumentasi 15 8. Senarai Arahan Kerja dan Dokumen Rujukan Lain 15 9. Kawalan dan Penambahbaikan Kualiti 16 10. Senarai Lampiran 20 11. Sistem Pengumpulan Statistik 37 12. Senarai Rujukan 37 13. Glosari 37 14. Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur 39 Operasi Standard BSKB, KKM 15. Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard 40 Pegawai Sains (Fizik) 16. Penghargaan 42


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 1 1. PENGENALAN Pengurusan perlindungan sinaran melibatkan keseluruhan aktiviti perlindungan sinaran kepada pesakit, pekerja sinaran, pelatih dan orang awam yang dilaksanakan oleh pegawai yang berkhidmat di hospital atau institusi KKM. Aktiviti ini dilaksanakan di Jabatan Radioterapi, Radiologi, Perubatan Nuklear dan jabatan-jabatan lain yang menggunakan sinaran mengion. Prosedur ini dilakukan bersama profesion lain seperti Pakar Onkologi, Pakar Radiologi, Pakar Perubatan Nuklear, Pegawai Farmasi (Perubatan Nuklear), Juru X-Ray Terapi dan Diagnostik, Juruteknologi Makmal Perubatan dan lain-lain yang berkenaan. Penggunaan sinaran mengion bagi tujuan perubatan memberi manfaat dan risiko kepada manusia dan persekitarannya. Kesan radiasi bergantung kepada tahap, jenis dan tempoh dedahan. Bagi mengurangkan risiko terhadap sinaran mengion, pengurusan perlindungan sinaran perlu dilaksanakan mengikut standard dan polisi yang ditetapkan. Aktiviti yang terlibat dalam pengurusan perlindungan sinaran adalah pemantauan dedahan dos pekerja dan pesakit, pengkelasan kawasan kerja dan insiden radiasi. 2. OBJEKTIF Objektif POS ini adalah untuk: 2.1 Memantau dos dedahan pegawai sewaktu bertugas dengan sinaran mengion. 2.2 Mengelakkan dedahan yang tidak diperlukan (unnecessary exposure) kepada pegawai. 2.3 Mengoptimumkan perlindungan pegawai dan pesakit terhadap dedahan radiasi. 2.4 Memantau tahap kesihatan pekerja sinaran secara berkala. 2.5 Memastikan kawasan kerja adalah selamat dari dedahan radiasi yang tidak sepatutnya. 2.6 Mengurus insiden radiasi secara efisien.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 2 3. POLISI OPERASI UTAMA 3.1 Setiap hospital atau institusi KKM mesti mewujudkan Program Perlindungan Sinaran berpandukan kepada Garis Panduan Penyediaan Manual Program Perlindungan Sinaran (PPS) bagi Fasiliti Perubatan yang terkini. 3.2 Ketua Jabatan atau Ketua Unit bertanggungjawab memastikan polisi dan prosedur perkhidmatan pengurusan perlindungan sinaran dipatuhi untuk mengurangkan risiko sinaran mengion kepada pesakit, pekerja sinaran, pelatih dan orang awam. 3.3 PSF bertanggungjawab dalam melaksanakan program perlindungan sinaran di hospital atau institusi masing-masing berpandukan polisi yang terdapat dalam Program Perlindungan Sinaran. 3.4 Setiap PSF mesti menjalani latihan berkaitan secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran, budaya kerja serta kemahiran dan kepakaran dalam perlindungan sinaran di hospital atau institusi masing-masing. 3.5 Setiap aktiviti yang dilaksanakan mesti direkodkan dan disimpan dengan selamat untuk tujuan rujukan dan audit. 3.6 Setiap pekerja sinaran mesti mempunyai rekod pemeriksaan perubatan pekerja sinaran dan disimpan dengan selamat. 3.7 Setiap rekod pemeriksaan perubatan pekerja sinaran mesti dijaga kerahsiaannya. 3.8 Setiap pekerja sinaran mesti memakai alat pemantauan dedahan dos peribadi (personal dosimeter) semasa berada dalam kawasan dedahan radiasi.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 3 4. PROSEDUR KERJA 4.1 Ringkasan aktiviti menyeluruh 4.1.1 Pengurusan Perlindungan Sinaran melibatkan empat prosedur pemantauan iaitu: 4.1.1.1 Prosedur pemantauan dedahan radiasi pekerjaan. 4.1.1.2 Prosedur pemantauan pengawasan perubatan pekerja. 4.1.1.3 Prosedur pemantauan kawasan kerja. 4.1.1.4 Prosedur pemantauan insiden radiasi. 4.1.2 Setiap prosedur diterangkan dengan dua (2) cara iaitu: 4.1.2.1 Dalam bentuk carta aliran kerja. 4.1.2.2 Dihuraikan secara terperinci dalam bentuk teks. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas mengenai proses, PSF boleh merujuk kepada arahan kerja yang disediakan. Proses pentadbiran seperti pendaftaran temujanji, discaj dan dokumentasi perlu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh fasiliti masing-masing.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 4 4.2 Prosedur Pemantauan Dedahan Radiasi Pekerjaan Carta 1: Carta Aliran Prosedur Pemantauan Dedahan Radiasi Pekerjaan Mula Kenalpasti dan daftar pekerja sinaran Lampiran 1 Mohon bekalan dosimeter PK 2.1 Terima dan semak bekalan bilangan Tentukan bilangan bekalan cukup Tidak Ya Maklumkan kepada pembekal/penyedia perkhidmatan Edar kepada pekerja sinaran Kumpul dosimeter setiap akhir bulan A Periksa keadaan fizikal dosimeter Tentukan keadaan fizikal dosimeter sempurna Sempurna? Cukup? Tidak Ya


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 5 Tamat Nilai dedahan dos Tentukan dedahan dos kurang dari aras tindakan/siasatan Jalankan siasatan Kemaskini rekod dedahan dos Tidak Ya Sediakan laporan tahunan dedahan dos pekerja sinaran Hantar laporan kepada Pegawai Penyelia untuk semakan dan pengesahan Maklumkan keputusan dedahan dos kepada pekerja sinaran Simpan rekod A Lakukan tindakan susulan Terima laporan analisa dedahan dos Proses analisa dedahan dos Rekod laporan dedahan dos Sediakan laporan siasatan Hantar laporan kepada RPO untuk semakan dan pengesahan Kurang? Lampiran 2


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 6 4.2.1 Huraian Prosedur Pemantauan Dedahan Radiasi Pekerjaan: a) Kenal pasti dan daftar pekerja sinaran menggunakan Borang Permohonan Perkhidmatan Dosimeter Peribadi Bagi Pekerja Sinaran (rujuk Lampiran 1). b) Mohon bekalan dosimeter berdasarkan kepada bilangan pekerja yang berdaftar (rujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 2.1)). c) Terima dan semak bilangan bekalan. Sekiranya bekalan tidak mencukupi, maklumkan semula kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya bekalan mencukupi, periksa keadaan fizikal setiap dosimeter. d) Sekiranya keadaan fizikal setiap dosimeter sempurna, edar kepada pekerja. Sekiranya tidak sempurna, maklumkan semula kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. e) Kumpulkan dosimeter yang telah digunakan pada setiap akhir bulan setelah penyerahan dosimeter baru. f) Hantar dosimeter yang telah dikumpulkan kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan untuk analisa dedahan dos bulanan. g) Terima laporan analisa dedahan dos daripada pihak pembekal atau penyedia perkhidmatan. h) Rekod dedahan dos bulanan berdasarkan laporan yang diterima. i) Buat penilaian dedahan dos. Bandingkan dengan had dos tahunan yang ditetapkan iaitu 20 mSv/tahun (1.67 mSv/bulan). Sekiranya dedahan dos kurang dari aras Tindakan atau siasatan yang ditetapkan, kemaskini rekod dedahan dos. Sekiranya dedahan dos lebih dari aras tindakan atau siasatan yang ditetapkan, jalankan siasatan bagi mengenalpasti punca dan lakukan tindakan susulan atau pembetulan. Berdasarkan hasil siasatan, penyelesaian masalah adalah seperti berikut: • Semak semula laporan dedahan dos dari pihak pembekal atau penyedia perkhidmatan. • Laporkan kepada pihak konsesi hospital atau institusi sekiranya terdapat masalah teknikal radas penyinaran. • Sekiranya melibatkan tatacara kerja; rujuk pematuhan prosedur kerja pemeriksaan atau


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 7 rawatan berkaitan, penggunaan Personal Protective Equipment (PPE), dan jadual tugasan pegawai terlibat. • Sediakan laporan hasil siasatan. • Hantar laporan kepada PSF yang dilantik sebagai Pegawai Perlindungan Sinaran (Radiation Protection Officer – RPO) atau Penyelia Perlindungan Sinaran (Radiation Protection Supervisor - RPS) untuk semakan dan pengesahan. j) Sediakan laporan tahunan dedahan dos pekerja sinaran (rujuk Lampiran 2). k) Hantar laporan kepada Pegawai Penyelia untuk semakan dan pengesahan. l) Maklumkan keputusan dedahan dos kepada pekerja sinaran terlibat. m) Simpan rekod dalam keadaan teratur dan selamat.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 8 4.3 Prosedur Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Sinaran Carta 2: Carta Aliran Prosedur Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Sinaran Serahkan Buku Pemeriksaan Perubatan Jadualkan pemeriksaan perubatan pekerja sinaran Arahkan pekerja jalani pemeriksaan perubatan Kemaskini maklumat hasil pemeriksaan perubatan pekerja Serah sesalinan hasil keputusan pemeriksaan perubatan kepada pihak berkuasa berkaitan Tamat Tentukan kelayakan berdasarkan surat pengesahan pemeriksaan perubatan Tidak Ya Rujuk pekerja sinaran untuk rawatan lanjut Simpan rekod perubatan dengan selamat Buku LPTA/BM/5(A) Layak? Kenalpasti pekerja sinaran yang perlu pemeriksaan perubatan Mula


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 9 4.3.1 Huraian Prosedur Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Sinaran: a) Kenal pasti pekerja sinaran yang memerlukan pemeriksaan perubatan pada tahun semasa. b) Jadualkan pemeriksaan perubatan pekerja sinaran. c) Serahkan Buku Rekod Pemeriksaan Perubatan (LPTA/BM/5(A)) kepada pekerja sinaran. d) Arahkan pekerja untuk menjalani pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan berdaftar. e) Tentukan kelayakan untuk menjalankan kerja-kerja yang menggunakan sinaran mengion berdasarkan surat pengesahan pemeriksaan perubatan pekerja sinaran. f) Sekiranya layak, kemaskini maklumat hasil pemeriksaan perubatan pekerja sinaran. (Buku LPTA/BM/5(A)) g) Sekiranya tidak layak untuk bekerja dengan sinaran, pekerja dirujuk untuk rawatan lanjut. h) Serahkan sesalinan keputusan pemeriksaan perubatan kepada pihak berkuasa berkenaan iaitu Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP). i) Simpan rekod pemeriksaan perubatan pekerja sinaran dengan baik dan selamat.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 10 4.4 Prosedur Pemantauan Kawasan Kerja Carta 3: Carta Aliran Prosedur Pemantauan Kawasan Kerja Mula Kenalpasti kawasan kerja bagi pengkelasan kawasan BSRP 2010 Jalankan pengukuran dedahan luar dan kontaminasi kawasan kerja Analisa keputusan pengukuran Tentukan pengkelasan kawasan Sediakan laporan pemantauan kawasan kerja Tamat Tandakan kawasan melalui cara fizikal Tetapkan accessibility mengikut kelas kawasan Lakukan penilaian semula kawasan kerja secara berkala Hantar laporan kepada pegawai penyelia untuk semakan dan pengesahan Lampiran 3 Simpan rekod dengan selamat


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 11 4.4.1 Huraian Prosedur Pemantauan Kawasan Kerja: a) Kenalpasti kawasan kerja bagi pengkelasan kawasan. b) Jalankan pengukuran dedahan luaran dan kontaminasi kawasan kerja (rujuk Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) (BSRP 2010)): • Tetapkan tarikh ujian dan temujanji (sekiranya melibatkan pihak luar) bagi pengukuran dedahan dos kawasan. • Sediakan peralatan yang diperlukan seperti survey meter, pita pengukur, kalkulator dan borang pengujian. • Rancang kaedah pengukuran seperti penentuan arah sumber, titik dan jarak pengukuran berdasarkan kawasan kerja dan modaliti. • Ukur dedahan dos bagi setiap titik pengukuran yang ditetapkan. c) Analisa keputusan pengukuran dedahan di kawasan terlibat. d) Tentukan pengkelasan kawasan sama ada kawasan bersih, seliaan atau kawalan berdasarkan keputusan pengukuran. Pengkelasan kawasan adalah mengikut nilai dedahan di bawah: • kawasan kawalan melebihi 6 mSv setahun. • kawasan seliaan adalah 1 – 6 mSv setahun. • kawasan bersih adalah tidak melebihi 1mSv setahun. e) Tandakan kawasan melalui cara fizikal yang sesuai seperti notis dan tanda amaran yang mudah dibaca. f) Tetapkan accessibility mengikut kelas kawasan berpandukan BSRP 2010. g) Sediakan laporan pemantauan kawasan kerja (rujuk Lampiran 3). h) Hantar laporan oleh Pegawai Penyelia untuk semakan dan pengesahan. i) Lakukan penilaian semula kawasan kerja secara berkala. j) Simpan rekod dengan baik dan selamat.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 12 4.5 Prosedur Pengurusan Insiden Radiasi Carta 4: Carta Aliran Prosedur Insiden Radiasi Mula Terima aduan insiden radiasi Kenalpasti tempat dan jenis insiden Jalankan siasatan Laksanakan tindakan pembetulan berkaitan bagi pesakit atau pekerja Ukur aras radiasi guna survey meter Tumpahan bahan/sisa radioaktif Tukar pakaian mangsa yang tercemar Rujuk mangsa ke Unit Kecemasan, jika perlu Jalankan proses dekontaminasi A Kesilapan memberi rawatan/dos/kawasan rawatan pesakit Kenalpasti insiden radiasi ke atas pesakit atau pekerja Pesakit Pekerja Lain lain berkaitan Anggarkan dos yang diterima Kenalpasti punca kesilapan Nilai kesan radiasi Kenalpasti pekerja yang terlibat Laksanakan tindakan penambahbaikan Lampiran 6 Lampiran 5 Lampiran 4


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 13 Mohon Pegawai Penyelia semak dan sahkan laporan Beri notifikasi kepada pihak berkuasa berkenaan (BKRP) Simpan laporan dengan selamat Tamat A Sediakan laporan lengkap insiden radiasi


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 14 4.5.1 Huraian Prosedur Pengurusan Insiden Radiasi: a) Terima aduan insiden radiasi (rujuk Lampiran 4) melibatkan dedahan luar jangka seperti tumpahan bahan radioaktif, pemberian dos yang tidak tepat, kesilapan kawasan rawatan, tertukar pesakit semasa sesi rawatan dan lain-lain yang berkaitan. b) Kenalpasti tempat dan jenis insiden. c) Jalankan siasatan bagi mengenalpasti punca, kesan dan akibat daripada insiden serta individu yang terlibat, samada pesakit atau pekerja. d) Laksanakan tindakan pembetulan yang berkaitan: i. Bagi pesakit: • Sekiranya melibatkan tumpahan bahan atau sisa radioaktif ke atas pesakit, ukur aras radiasi pada bahagian badan yang terlibat menggunakan survey meter. • Tukar pakaian yang tercemar dengan bahan atau sisa radioaktif. Jalankan proses dekontaminasi ke atas pesakit dan kawasan yang terlibat. Rujuk pesakit ke Unit Kecemasan untuk rawatan lanjut sekiranya perlu. • Sekiranya melibatkan kesilapan pemberian rawatan atau dos atau kawasan rawatan ke atas pesakit, jalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kesilapan rawatan atau dos. Anggarkan dedahan dos yang diterima dan nilai kesan radiasi. • Sekiranya melibatkan lain lain berkaitan, laksanakan tindakan berdasarkan Lampiran 5. ii. Bagi pekerja: • Laksanakan tindakan berpandukan senarai insiden (rujuk Lampiran 6) ke atas pekerja dengan mengenalpasti pekerja yang terlibat dan punca kesilapan. Anggarkan dos yang diterima oleh pekerja yang terlibat untuk menilai kesan radiasi dan tindakan yang perlu diambil. e) Laksanakan tindakan penambahbaikan. f) Sediakan laporan lengkap insiden radiasi. g) Hantar laporan kepada Pegawai Penyelia untuk semakan dan pengesahan. Bagi insiden radiasi yang berlaku ke atas pekerja, hantar laporan kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP).


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 15 h) Beri notifikasi kepada pihak berkuasa berkaitan iaitu Unit Kualiti Hospital dan BKRP. i) Simpan laporan dengan baik dan selamat. 5. ARAHAN KERJA Tiada arahan kerja berkaitan. 6. PROSEDUR VARIASI, ALTERNATIF DAN KONTIGENSI Tidak berkaitan. 7. PANDUAN DOKUMENTASI 7.1 Dokumentasi dalam rekod perubatan pekerja dan buku rekod pemeriksaan perubatan: 7.1.1 Segala rekod dedahan radiasi dan rekod pemeriksaan perubatan pekerja sinaran hendaklah direkodkan secara berkala dan disimpan di Jabatan masing-masing. 7.2 Laporan insiden radiasi direkodkan dan disimpan oleh RPO di dalam fail insiden jabatan masing-masing. 7.3 Semua dokumen dan rekod berkaitan mesti ditandatangani atau disahkan oleh PSF yang menjalankan prosedur ini. 8. SENARAI ARAHAN KERJA DAN DOKUMEN RUJUKAN LAIN 8.1 Arahan Kerja: Tiada arahan kerja berkaitan. 8.2 Dokumen Rujukan Lain: 8.2.1 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). 8.2.2 Malaysian Standard (MS 838) Code of Practice for Radiation Protection (Medical X-Ray Diagnosis), 2007.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 16 8.2.3 Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) (BSRP) 2010. 8.2.4 Garis Panduan Penyediaan Manual Program Perlindungan Sinaran (PPS) bagi Fasiliti Perubatan, 2017. 8.2.5 Standard Operating Procedures for Management of Incident, Accident, Emergency and Special Procedures in Nuclear Medicine Department, 2017. 8.2.6 Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK2.1) Kaedah Perolehan Kerajaan (Pindaan 1 Ogos 2022). 9. KAWALAN DAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI 9.1 Kaedah Umum Kawalan Kualiti Dua ciri telah dipilih untuk memberi petunjuk kepada kualiti perlindungan sinaran iaitu menilai dedahan dos pekerja sinaran dan menilai bilangan insiden radiasi ke atas pesakit yang menerima dedahan sinaran mengion. a) i. Definisi dedahan dos pekerja sinaran • bermaksud nilai dedahan dos yang diterima oleh pekerja semasa menjalankan tugas mengendali radas penyinaran. ii. Definisi insiden radiasi • bermaksud melibatkan dedahan luar jangka seperti tumpahan bahan radioaktif, pemberian dos tidak tepat, kesilapan kawasan rawatan, tertukar pesakit semasa sesi rawatan dan lain-lain yang berkaitan. b) Standard kualiti • ≥ 95 % pekerja sinaran yang mendapat dedahan kurang dari nilai seliaan. • < 5 % berlakunya insiden radiasi ke atas pesakit yang menerima dedahan sinaran mengion. c) Mekanisme kawalan • Mengira peratus pekerja sinaran menerima dedahan dos kurang dari nilai seliaan.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 17 • Mengira peratus insiden radiasi ke atas pesakit yang menerima dedahan sinaran mengion. • Laporan tahunan dihantar kepada RPO dan Unit Kualiti Hospital serta BKRP mengikut peraturan semasa. 9.2 Penambahbaikan Kualiti 9.2.1 Langkah-langkah umum yang boleh dilakukan: a) Melatih semua PSF menggunakan modul latihan yang ditetapkan dan kompeten dalam menjalankan tugas. b) Melaksanakan pemantauan secara berterusan terhadap pelaksanaan modul latihan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Unit atau Pegawai Penyelia. c) Memperkukuhkan pemantauan terhadap ujian kawalan kualiti radas penyinaran secara berkala. d) Menganjurkan kursus peningkatan kemahiran dan kursuskursus yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah dan kerjaya secara berkala. 9.2.2 Langkah-langkah khusus yang perlu dilakukan sekiranya standard kawalan kualiti yang ditetapkan tidak tercapai: a) Memberi taklimat kesedaran secara berterusan. b) Memastikan pegawai mematuhi segala peraturan yang ada. 9.2.3 Ringkasan Standard Kawalan Kualiti Bil. Ciri-ciri kualiti Mekanisma kawalan Standard a) Bilangan pekerja sinaran yang mendapat dedahan kurang dari nilai seliaan Mengira peratus pekerja sinaran menerima dedahan dos kurang dari nilai seliaan ≥ 95% pekerja sinaran yang mendapat dedahan kurang dari nilai seliaan


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 18 Bil. Ciri-ciri kualiti Mekanisma kawalan Standard b) Bilangan insiden radiasi ke atas pesakit Mengira peratus insiden radiasi ke atas pesakit yang menerima dedahan sinaran mengion < 5% insiden radiasi ke atas pesakit 9.3 Pengukuran Kualiti 9.3.1 Kaedah pengukuran kualiti bagi perkhidmatan fizik perubatan adalah seperti berikut: Pencapaian dikira mengikut formula: a) Peratus pekerja sinaran menerima dedahan dos kurang dari nilai seliaan b) Peratus insiden radiasi ke atas pesakit yang menerima dedahan sinaran mengion 9.3.2 Kaedah pengumpulan data: a) Peratus pekerja sinaran menerima dedahan dos kurang dari nilai seliaan: • Mengenalpasti bilangan pekerja sinaran yang dibekalkan alat pemonitoran dos. Bilangan pekerja radiasi yang mendapat dedahan dos kurang dari nilai seliaan Jumlah keseluruhan pekerja sinaran yang dipantau X 100% Bilangan insiden radiasi ke atas pesakit Jumlah keseluruhan insiden radiasi ke atas pesakit yang menerima dedahan sinaran menngion X 100%


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 19 • Mendapatkan laporan dos bulanan pekerja sinaran sahaja. • Menganalisa laporan dos pekerja sinaran sahaja. • Mengenalpasti pekerja yang mendapat dedahan melebihi nilai seliaan. • Kekerapan pengumpulan data adalah secara bulanan. • Sediakan laporan dua (2) kali setahun. • Inclusion criteria; semua pekerja sinaran yang didaftar. • Exclusion criteria; hospital atau institusi yang tiada PSF dan pekerja sinaran yang kehilangan dosimeter peribadi. b) Bilangan insiden radiasi ke atas pesakit: • Mengenalpasti bilangan insiden radiasi ke atas pesakit. • Mendapat maklumat insiden. • Menganalisa jenis insiden. • Mengumpul maklumat jumlah insiden. • Sediakan laporan dua (2) kali setahun. • Inclusion criteria; semua pesakit yang menerima dedahan sinaran mengion. • Exclusion criteria; hospital atau institusi yang tiada PSF. 10. SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1: Borang Permohonan Perkhidmatan Dosimeter Peribadi bagi Pekerja Sinaran Lampiran 2: Laporan Dos Terkumpul Tahun Lampiran 3: Pengelasan dan Pemantauan Kawasan Kerja Lampiran 4: Borang Laporan Insiden Lampiran 5: Standard Operating Procedure for Special Procedures in Nuclear Medicine Lampiran 6: Kejadian dan Kemalangan Sinaran


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 20 LAMPIRAN 1


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 21 LAMPIRAN 2


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 22 LAMPIRAN 3


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 23 LAMPIRAN 4


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 24


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 25 LAMPIRAN 5


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 26


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 27


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 28


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 29


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 30


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 31


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 32


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 33


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 34 LAMPIRAN 6


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 35


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 36


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 37 11. SISTEM PENGUMPULAN STATISTIK Setiap hospital atau institusi akan memberikan data pada setiap 6 bulan sekali kepada setiap penyelaras perkhidmatan fizik. 12. SENARAI RUJUKAN a) International Atomic Energy Agency (1999). Occupational Radiation Protection. IAEA, Vienna b) International Atomic Energy Agency (2006): Applying Radiation Safety Standards in Diagnostic Radiology and Interventional Procedures Using X-Rays; October 2006 STI/PUB/1206 c) International Commission on Radiological Protection (2007). The Recommendations of the International Commission on Radiological Protection. ICRP Publication 103. Ann ICRP 2007; 37:1-332 d) Radiologic Health Branch (2008). Radiation Safety and Protection Program Requirement Guidance, Department of Public Health, California. e) Wrixon A.D. (2008). New ICRP recommendations. Journal of Radiological Protection, 28(2), 161-168 f) International Atomic Energy Agency (2015): Radiation Protection of Itinerant Workers, in Safety Reports Series No.84. IAEA, Vienna g) https://radia.moh.gov.my h) https://www.iaea.org 13. GLOSARI Aras Siasatan Nilai sesuatu kuantiti seperti dos berkesan, pengambilan atau kontaminasi setiap unit luas atau isi padu yang pada atau atasnya suatu siasatan sepatutnya dijalankan. Aras Tindakan Aras kadar dos atau kepekatan keaktifan yang atasnya tindakan pembetulan atau tindakan perlindungan hendaklah dijalankan dalam suatu keadaan dedahan kecemasan atau dedahan kronik. Dedahan Sinaran mengion yang diterima oleh pekerja semasa menjalankan tugas mengendali radas penyinaran.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 38 Insiden radiasi Kejadian yang berlaku melibatkan dedahan sinaran mengion tidak terancang seperti dedahan kepada ibu mengandung, kesilapan rawatan dan kesilapan dalam kalibrasi dos radiasi. Nilai seliaan Penanda aras dos dedahan yang diselia di bawah nilai had dos pekerja sinaran setahun (20 mSv). Pekerja sinaran Pekerja yang diarahkan oleh pemegang lesen atau Orang yang Bertanggungjawab (OBTj) untuk mengendalikan radas penyinaran mengion atau sumber sinaran. Pegawai Perlindungan Sinaran (Radiation Protection Officer - RPO) Seseorang yang berwibawa dari segi teknik yang dilantik oleh pemegang lesen atau OBTj dan diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menyelia pemakaian peraturan-peraturan, langkah dan tatacara perlindungan sinaran yang bersesuaian. Pihak Berkuasa Berkenaan Ketua Pengarah Kesihatan di mana aktiviti yang akan dilesenkan di bawah Akta 304 adalah berkenaan dengan maksud perubatan. Sinaran mengion Sinar yang mempunyai tenaga mencukupi untuk mengion sesuatu atom atau molekul dan mengubah struktur nuklear. Contoh sinar-X, sinar gamma dan beta.


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 39 JAWATANKUASA INDUK PEMBENTUKAN PROSEDUR OPERASI STANDARD BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Penasihat : PUAN FARINA BINTI ZULKERNAIN Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Pengerusi : TUAN HAJI MUSTAFAH BIN MD NOR Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Timbalan Pengerusi: TUAN HAJI ROSLAN BIN ABDUL AZIZ Timbalan Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 1 : ENCIK MUTHURAMAN A/L SELLATHURAI PATHAR Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 2 : PUAN NORHIDAYAH BINTI MUSA Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Fasilitator : PUAN NOOR ZAHIRAH BINTI HUSAIN Ketua Fasilitator Pegawai Optometri Hospital Kuala Lumpur : PUAN ROZILA BINTI SUMARDI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Hospital Sungai Buloh


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 40 JAWATANKUASA KERJA PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI Pengerusi : TS. NIK MOHAMED HAZMI BIN NIK HUSSAIN Ketua Profesion Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur Ahli-ahli : ENCIK MOHD AZHAR BIN MUSA Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur : PUAN MAHZOM BINTI PAWANCHEK Pegawai Sains (Fizik) Institut Kanser Negara : PUAN FATAN HAMIMAH BINTI JAMAL Pegawai Sains (Fizik) Hospital Sultanah Aminah : PUAN SITI NORMASITAH BINTI MASDUKI Pegawai Sains (Fizik) Hospital Serdang : DR. TAN HUN YEE Pegawai Sains (Fizik) Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan : PUAN NOOR ZAIMAH BINTI ZAINOL ABIDIN Pegawai Sains (Fizik) Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan : PUAN FARHANA AZIERA BINTI BADRUL HISHAM Pegawai Sains (Fizik) Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan : PUAN NOOR SYAKEERA BINTI MUKHELAS Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 41 JAWATANKUASA KERJA PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI (2018 – 2022) Pengerusi : ENCIK MOHD AZHAR BIN MUSA Ketua Profesion Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur Ahli-ahli : TS. NIK MOHAMED HAZMI BIN NIK HUSSAIN Ketua Profesion Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur : PUAN MAHZOM BINTI PAWANCHEK Pegawai Sains (Fizik) Institut Kanser Negara : ENCIK MOHD KHAIRUDIN BIN MOHAMED SAMSI Pegawai Sains (Fizik) Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan : PUAN FATAN HAMIMAH BINTI JAMAL Pegawai Sains (Fizik) Hospital Sultanah Aminah : ENCIK MOHAMMAD AZWIN BIN ABDUL KARIM Pegawai Sains (Fizik) Hospital Ampang : PUAN SITI NORMASITAH BINTI MASDUKI Pegawai Sains (Fizik) Hospital Serdang : PUAN NURUL ASHIKIN BINTI SIDI AHMAD Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur : PUAN NOOR SYAKEERA BINTI MUKHELAS Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur


Pelan Pengurusan Operasi Pengurusan Perlindungan Sinaran | 42 Sekalung Penghargaan “Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada setiap individu atau organisasi yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penghasilan Prosedur Operasi Standard ini”


Click to View FlipBook Version