Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal MOH/P/BSKB/10.23(GU)-e PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PENILAIAN DIAGNOSTIK PSIKOLOGI KLINIKAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL
Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN PENILAIAN DIAGNOSTIK PSIKOLOGI KLINIKAL
Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian dari penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubahsuai. Walau bagaimanapun penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan atau pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. ISBN 978-967-0668-71-0 MOH/P/BSKB/10.23(GU)-e Prosedur Operasi Standard Pengurusan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal © April 2023. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/
Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal Kata Pengantar Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia. Usaha bersama di antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Psikologi Klinikal telah menjadi langkah penting dalam membangunkan panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan. Hasil daripada pelbagai kajian dalam bidang perubatan, kesihatan, sains dan teknologi telah membawa perkembangan yang pesat dalam bidang penjagaan kesihatan negara. Ini menjadi satu cabaran kepada Profesional Kesihatan Bersekutu dalam memastikan amalan yang disampaikan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Demi memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan, Profesional Kesihatan Bersekutu juga tidak ketinggalan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan pakar, pegawai perubatan dan pasukan multidisiplin yang lain dalam pelbagai bidang kepakaran dan sub kepakaran. Ini adalah penting bagi memastikan panduan yang dihasilkan adalah bertepatan dengan teori dan amalan penyampaian perkhidmatan Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing. Semoga Prosedur Operasi Standard ini dapat menjadi panduan dan rujukan bagi Profesion Pegawai Psikologi (Klinikal) dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal Kata Pengantar Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Psikologi (Klinikal) kerana telah berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Psikologi Klinikal. Dokumen ini bakal digunakan sebagai panduan atau rujukan supaya ahli profesional Kesihatan Bersekutu dapat melaksanakan amalan perkhidmatan kepada rakyat, berdasarkan keperluan di pelbagai peringkat termasuklah primer, sekunder, dan tertiari serta di komuniti. Gabungan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan, kesihatan dan sistem komunikasi telah memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Skop perkhidmatan yang holistik perlu mengambil kira aspek promosi, pencegahan, kuratif, dan rehabilitasi dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit atau klien. Diharapkan dokumen ini bukan sahaja dapat menyeragamkan lagi amalan perkhidmatan dan seterusnya rakyat mendapat lebih peluang menerima perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh di fasiliti KKM seluruh negara. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Dato' Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia
Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal Kata Pengantar Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Psikologi (Klinikal) yang berusaha gigih dalam membangunkan Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Psikologi Klinikal. Prosedur Operasi Standard ini diharapkan dapat menjadi dokumen yang bernilai tinggi untuk melaksanakan amalan perkhidmatan berfokuskan kepada keperluan pesakit atau klien. Penyampaian maklumat yang tepat oleh Profesional Kesihatan Bersekutu kepada pesakit atau klien adalah penting agar mereka mendapat input dan kefahaman yang jelas untuk sama-sama bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan dan pemulihan. Diharapkan dokumen ini dapat diguna pakai oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) dalam melaksanakan tugas harian di fasiliti kesihatan termasuklah hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia
Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal PROSEDUR OPERASI STANDARD (POS) PENGURUSAN PENILAIAN DIAGNOSTIK PSIKOLOGI KLINIKAL Keterangan Mengenai Dokumen Kegunaan Dokumen Ini Prosedur ini digunapakai oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) sebagai panduan untuk mentadbir penilaian diagnostik psikologi klinikal bagi proses penetapan diagnosis, merangka pelan intervensi dan memberi cadangan pelan rawatan dengan lebih objektif dan tersusun kepada pesakit luar dan dalam di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dokumen ini boleh digunapakai sebagai: • Penerangan dan panduan kepada pihak pengurusan atasan, kakitangan pelaksana (pegawai lantikan tetap, kontrak, dan sessional) dan juga pengguna perkhidmatan ini. • Bahan rujukan dalam program orientasi, latihan dan juga pembelajaran berterusan. Kaitan Dengan Dokumen Lain POS ini digunapakai bersama: 1. Pelan Pengurusan Operasi (PPO) Perkhidmatan Psikologi Klinikal. 2. Prosedur Operasi Standard Pengurusan Psikoterapi Individu 3. Prosedur Operasi Standard Pengurusan Psikoterapi Kelompok.
Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal KANDUNGAN Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Objektif 1 3. Polisi Operasi Utama 2 4. Prosedur Kerja 3 5. Arahan Kerja 8 6. Prosedur Alternatif, Variasi dan Kontigensi 12 7. Panduan Dokumentasi 12 8. Arahan Kerja dan Dokumen Rujukan Lain 12 9. Kawalan dan Penambahbaikan Kualiti 13 10. Lampiran 15 11. Sistem Pengumpulan Statistik 15 12. Rujukan 15 13. Glosari 16 14. Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur 25 Operasi Standard BSKB, KKM 15. Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard 26 Pegawai Psikologi (Klinikal) 16. Penghargaan 27
Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal 1 1. PENGENALAN Penilaian dan pentaksiran psikologi merupakan salah satu fokus utama dalam Perkhidmatan Psikologi Klinikal. Ia bertumpu kepada aspek pembangunan alat penilaian dan kaedah taksiran terhadap kecelaruan mental, tahap intelektual dan tingkah laku. Penilaian dan pentaksiran psikologi menjadikan perkara subjektif seperti emosi, intelek, tingkah laku dan kefungsian harian kepada perkara yang boleh diukur secara objektif. Bagi pengamal perubatan untuk mengesahkan diagnosis kurang upaya intelektual, penilaian intelektual digunakan untuk menilai dan mengesahkan tahap intelektual seseorang individu secara objektif (Contoh: Wechsler Intelligence Scale). Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal dilakukan kepada pesakit luar dan dalam secara individu. Bergantung kepada tujuan rujukan, setiap alat penilaian mempunyai fungsi berbeza dan hanya boleh ditadbir kepada kumpulan umur tertentu. Latihan khusus diperlukan sebelum seseorang pegawai mempunyai kompetensi dalam mentabdir sesebuah alat penilaian. Ia amat penting dalam mempertingkatkan profesionalisma pegawai dalam proses penetapan diagnosis, merangka pelan intervensi dan memberi cadangan pelan rawatan dengan lebih objektif dan tersusun. 2. OBJEKTIF Objektif pengurusan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal adalah untuk: 2.1 Memastikan Pegawai Psikologi (Klinikal) mempunyai panduan asas yang akan digunapakai dalam mentadbir penilaian diagnostik psikologi klinikal. 2.2 Memastikan pesakit mendapat penilaian diagnostik psikologi klinikal menggunakan alat yang tepat dan bersesuaian dengan keperluan rujukan. 2.3 Memastikan pesakit menjalani proses penetapan diagnosis secara sistematik dan objektif.
2 2.4 Membantu perujuk dalam menentukan tahap kognitif, neuropsikologi, kefungsian, perkembangan pesakit, menilai risiko-risiko rawatan perubatan (contoh: risiko selepas pembedahan, dan kesesuaian pesakit sebelum menjalani pembedahan). 2.5 Menjamin tahap kualiti pengurusan Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal di KKM. 3. POLISI OPERASI UTAMA 3.1 Prosedur ini hanya digunapakai oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) KKM. 3.2 Pegawai Psikologi (Klinikal) mesti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal. 3.3 Keperluan fasiliti minimum bagi mengendali prosedur ini perlu merujuk kepada Polisi Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental (2011) atau apa-apa dokumen dan polisi terkini. 3.4 Ketua jabatan / unit bertanggungjawab memastikan polisi dan prosedur ini dipatuhi oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) KKM yang sedang berkhidmat. 3.5 Pegawai Psikologi (Klinikal) KKM mesti menggunakan kit dan borang penilaian diagnostik psikologi klinikal yang tulen setiap kali sesi penilaian dilakukan. 3.6 Waktu pentadbiran penilaian ditetapkan oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) KKM dalam waktu bekerja rasmi sahaja. 3.7 Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal mesti dikeluarkan dalam tempoh mengikut ketetapan yang disarankan oleh jabatan/ institusi pegawai bertugas. 3.8 Pegawai Psikologi (Klinikal) mesti menjaga kerahsiaan bagi setiap maklumat dalam dokumen pesakit
3 4. PROSEDUR KERJA 4.1 Ringkasan prosedur menyeluruh: 4.1.1 Setiap prosedur diterangkan dengan dua (2) cara iaitu: a. Dalam bentuk Carta Aliran Kerja. b. Dihuraikan secara terperinci dalam bentuk teks. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas mengenai proses, pegawai boleh merujuk kepada arahan kerja yang disediakan. Walau bagaimanapun, proses pentadbiran seperti pendaftaran pesakit dan dokumentasi perlu dilakukan mengikut prosedur standard yang ditetapkan oleh pihak hospital/ institusi pegawai bertugas. 4.2 Prosedur Pengurusan Penilaian Diagnositk Psikologi Klinikal Prosedur kerja Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal bermula sebaik sahaja rujukan diterima mengikut Pelan Pengurusan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal dan tamat sebaik sahaja pesakit di discaj.
4 4.2.1 Carta Alir Pengurusan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal
5
6 4.2.2 Huraian Prosedur Pengurusan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal: a. Terima rujukan melalui Borang Rujukan Perkhidmatan Psikologi Klinikal (Rujuk Lampiran 1) b. Semak borang rujukan bagi memastikan perujuk adalah terdiri daripada pihak berkaitan. Sekiranya pihak perujuk bukan dari pihak berkaitan, hubungi pihak perujuk. c. Sekiranya pihak perujuk adalah dari pihak berkaitan, semak samada butiran pada borang bagi memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap. d. Sekiranya borang tidak lengkap, hubungi pihak perujuk untuk melengkapkan borang tersebut. Sekiranya borang lengkap, tentukan kesesuaian rujukan untuk penilaian psikologi. Kriteria rujukan: • Tujuan rujukan yang jelas dinyatakan dan dalam skop perkhidmatan dan kepakaran yang ditawarkan (sebagai contoh: penilaian kognitif / IQ, fungsi adaptasi, neuropsikologi, forensik, kecelaruan personaliti dan lain-lain). • Pesakit berada dalam keadaan stabil dan tidak agresif semasa rujukan dibuat. • Pesakit faham tujuan rujukan. e. Sekiranya pesakit didapati tidak sesuai, cadangkan kepada pihak perujuk untuk pengurusan lain dan discaj pesakit. f. Sekiranya sesuai, tetapkan tarikh, janji temu mengikut prinsip first come first served. Walaubagaimanapun, keutamaan boleh diberikan kepada kes yang memerlukan penilaian segera seperti penempatan sekolah, kes forensik dan penilaian neurofunctioning sebelum dan
7 selepas pembedahan (sebagai contoh, pembedahan epilepsy, deep brain stimulation) g. Hubungi pesakit melalui telefon sebelum tarikh janji temu untuk peringatan janji temu. h. Tentukan kehadiran pesakit pada tarikh janji temu. Sekiranya pesakit tidak hadir, hubungi pesakit. Tentukan samada pesakit dapat dihubungi. Sekiranya pesakit tidak dapat dihubungi, prosedur ditamatkan. Sekiranya pesakit dapat dihubungi, tetapkan tarikh janji temu baharu dan discaj pesakit sekiranya tidak hadir selepas tiga (3) kali penetapan janji temu baru. i. Sekiranya pesakit hadir, tentukan samada pesakit setuju untuk penilaian psikologi. Sekiranya tidak setuju, discaj pesakit. Sekiranya pesakit setuju dengan perjalanan sesi, etika, kerahsiaan serta tanggungjawab yang perlu diambil, mohon pesakit untuk tandatangan di Borang Persetujuan Termaklum (Rujuk Lampiran 2). j. Laksanakan temuduga klinikal dengan menggunakan Clinical Interview Template (Rujuk AK 1 & Lampiran 3) untuk mendapatkan masalah utama, sejarah keluarga dan faktor lain yang menyumbang kepada masalah utama pesakit. k. Tentukan Alat Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal yang sesuai berdasarkan tujuan rujukan dan clinical judgement setelah pegawai mendapat maklumat yang lengkap hasil temuduga klinikal (rujuk Lampiran 4). Sekiranya tiada alat penilaian yang sesuai di fasiliti, bincang dengan pesakit untuk dirujuk ke fasiliti lain yang mempunyai alat penilaian yang lebih sesuai. l. Tentukan samada pesakit bersetuju untuk dirujuk ke fasiliti lain. Sekiranya setuju, buat surat rujukan untuk dirujuk ke fasiliti berkaitan. Sekiranya pesakit tidak setuju, discaj pesakit
8 m. Tadbir Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal kepada pesakit (Rujuk AK 2). n. Buat analisis dan interprestasi hasil penilaian (Rujuk AK 3). o. Maklumkan hasil penilaian kepada pesakit (Rujuk AK 4). p. Sediakan laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal menggunakan Psychological Assessment Report (Rujuk Lampiran 5 & AK 5). q. Setelah selesai penilaian dijalankan, isi borang penamatan sesi (Rujuk Lampiran 5). 5. ARAHAN KERJA Arahan kerja pengurusan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal terdiri daripada: 5.1 Arahan Kerja Temuduga Klinikal (AK 1) 5.1.1 Pastikan pesakit bersetuju memberi kerjasama untuk memberi maklumat sepanjang sesi temuduga klinikal. Bina hubungan (rapport) dengan pesakit sebelum menjalankan prosedur ini. 5.1.2 Pastikan pesakit mempunyai keadaan mental yang stabil berdasarkan clinical judgement. 5.1.3 Lakukan sesi temuduga klinikal dalam suasana kondusif dan terapeutik. 5.1.4 Hubungi ahli keluarga/ suami/ isteri/ kenalan/ orang yang terdekat dengan pesakit sekiranya maklumat lengkap tidak diperolehi.
9 5.2 Arahan Kerja Pentadbiran Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal (AK 2) 5.2.1 Pastikan alat penilaian yang akan digunakan ada pada tarikh dan masa janji temu. 5.2.2 Pastikan setiap peralatan dalam kit penilaian lengkap. 5.2.3 Pastikan pegawai menggunakan borang rekod penilaian yang tulen pada setiap sesi penilaian. 5.2.4 Pastikan setting untuk melakukan penilaian adalah bersesuaian. Sebagai contoh: gunakan kerusi yang sesuai untuk kanak-kanak menjalani ujian IQ dan suasana persekitaran bebas dari sebarang gangguan yang boleh mempengaruhi prosedur penilaian. 5.2.5 Pastikan ujian penilaian ditadbir berdasarkan manual penilaian yang telah disediakan. 5.2.6 Dapatkan bantuan untuk menterjemah sekiranya terdapat masalah dari segi kefahaman bahasa dan maklumkan kepada penterjemah untuk menterjemah arahan yang diberikan sahaja. 5.2.7 Tetapkan tarikh janji temu baru untuk sesi penilaian seterusnya (disarankan tempoh janji temu di antara 2 hingga 8 minggu) sekiranya penilaian tidak dapat dilengkapkan dalam satu sesi atas sebab tertentu seperti pesakit keletihan dan lain lain. 5.2.8 Pastikan lokasi penilaian dikemaskan setelah selesai setiap sesi penilaian. 5.2.9 Simpan semua kit ujian dan borang berkaitan di tempat yang berkunci dan selamat.
10 5.3 Arahan Kerja Proses Analisis dan Interpretasi Hasil Penilaian (AK 3) 5.3.1 Lakukan proses analisis sebaik sahaja pentadbiran Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal selesai dengan menggunakan borang khusus yang disarankan dalam manual penilaian. 5.3.2 Lakukan proses analisis berpandukan manual penilaian yang ditadbir. 5.3.3 Pastikan proses analisis dan interpretasi hasil penilaian dilakukan secara beretika, profesional dan berintegriti. 5.3.4 Bincang dengan pegawai lain untuk mendapatkan pandangan serta nasihat atau rujuk kepada manual penilaian sekiranya timbul sebarang masalah semasa proses analisis dan interpretasi atau sebelum penetapan diagnosis dilakukan. 5.4 Arahan Kerja Sesi Pemakluman Hasil Penilaian Kepada Pesakit (AK 4) 5.4.1 Pastikan analisis dan interpretasi hasil penilaian telah selesai dilakukan sebelum sesi pemakluman dilakukan. 5.4.2 Pastikan sesi pemakluman dilakukan di antara 4 ke 12 minggu setelah proses analisis dan interpretasi hasil penilaian selesai dilakukan. Ia boleh dilakukan secara bersemuka atau secara atas talian. 5.4.3 Semak rekod pesakit selewat lewatnya sehari sebelum sesi pemakluman hasil penilaian dilakukan. 5.4.4 Lakukan sesi pemakluman penilaian dalam keadaan yang kondusif. 5.4.5 Mohon pesakit untuk menentukan pihak yang dirasakan relevan sahaja untuk menyertai sesi pemakluman hasil penilaian sekiranya perlu. Pihak yang dirasakan relevan boleh terdiri daripada ahli keluarga atau pihak ketiga.
11 5.4.6 Pastikan semua maklumat berdasarkan Psychological Assessment Report Template (rujuk lampiran 5) dinyatakan secara terperinci semasa sesi pemakluman penilaian dijalankan. 5.4.7 Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami semasa menerangkan dan memaklumkan hasil penilaian kepada pesakit. 5.4.8 Dapatkan bantuan untuk menterjemah sekiranya terdapat masalah dari segi kefahaman bahasa dan maklumkan kepada penterjemah untuk menterjemah arahan yang diberikan sahaja. 5.4.9 Beri peluang dan ruang kepada pesakit untuk bertanyakan soalan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. 5.4.10 Catat semua maklumat hasil penilaian di Psychological Assessment Report Template dan pastikan pegawai yang bertanggungjawab menandatangani borang tersebut beserta cop dengan cop rasmi (rujuk Lampiran 5). 5.5 Arahan Kerja Penyediaan Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal Penilaian (AK 5) 5.5.1 Sediakan laporan penilaian diagnostik psikologi klinikal selewat lewatnya 30 hari bekerja dari tarikh penilaian psikologi lengkap ditadbir. 5.5.2 Pastikan laporan yang disediakan adalah lengkap menggunakan format laporan Psychological Assessment Report template (Rujuk Lampiran 5) 5.5.3 Pastikan pegawai yang bertanggungjawab menandatangani laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal berserta dengan cop rasmi. 5.5.4 Simpan satu salinan laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal di rekod pesakit dan sesalinan lagi di fail Key Performance Indicator (KPI) pegawai yang bertanggungjawab.
12 6. PROSEDUR ALTERNATIF, VARIASI DAN KONTIGENSI Sekiranya Pegawai Psikologi (Klinikal) tidak mempunyai peralatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal yang sesuai di tempat mereka bertugas, Pegawai Psikologi (Klinikal) tersebut boleh merujuk pesakit ke hospital atau institusi kesihatan mental berhampiran yang mempunyai peralatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal untuk membuat Penilaian Psikologi. 7. PANDUAN DOKUMENTASI 7.1 Semua janji temu untuk prosedur ini perlu direkod didalam buku/sistem janji temu. 7.2 Hasil penilaian dan pemerhatian tingkahlaku perlu dicatatkan dalam rekod perubatan pesakit. 7.1 Hasil dan interpretasi ujian perlu dilaporkan dalam format Psychological Assessment Report (rujuk Lampiran 5) 7.3 Semua dokumen, rekod dan laporan berkaitan hanya boleh ditandatangani oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) yang menjalankan prosedur tersebut. 7.4 Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal perlu disimpan di dalam fail pesakit dan fail Laporan Penilaian Pegawai Psikologi (Klinikal) bagi tujuan audit KPI. 8. ARAHAN KERJA DAN DOKUMEN RUJUKAN LAIN 8.1 Arahan Kerja 8.1.1 Arahan Kerja Menjalankan Temuduga Klinikal (AK 1) 8.1.2 Arahan Kerja Pentadbiran Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal (AK 2) 8.1.3 Arahan Kerja Proses Analisis dan Interpretasi Hasil Penilaian (AK 3) 8.1.4 Arahan Kerja Sesi Pemakluman Hasil Penilaian kepada Pesakit (AK 4) 8.1.5 Arahan Kerja Penyediaan Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal (AK 5)
13 8.2 Dokumen Rujukan Lain 8.2.1 Akta Profesion Kesihatan Kesihatan Bersekutu (Akta 774) 8.2.2 Akta Kesihatan Mental (2001) 8.2.3 Prosedur Operasi Standard Psikiatri dan Kesihatan Mental (2011) dan yang terkini 9. KAWALAN DAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI 9.1 Kaedah Kawalan Kualiti Untuk mencapai standard kualiti, langkah-langkah berikut perlu dilakukan: 9.1.1 Setiap Pegawai Psikologi (Klinikal) lantikan baru perlu menghadiri Kursus Orientasi pegawai lantikan baru dan menjalani latihan sangkutan selama dua (2) bulan di bawah penyeliaan Pegawai Psikologi (Klinikal) yang lebih kanan/ senior. 9.1.2 Pengukuran pencapaian menggunakan indikator Petunjuk Prestasi Utama mesti dilakukan setiap enam (6) bulan. 9.2 Kaedah Penambahbaikan Kualiti 9.2.1 Sesi pembelajaran dan penyeliaan berterusan diwajibkan kepada semua Pegawai Psikologi (Klinikal), KKM. 9.2.2 Memastikan pegawai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). 9.3 Pengukuran Pencapaian Ciri Kualiti Perkhidmatan Satu ciri telah dipilih untuk memberi petunjuk kepada kualiti penilaian diagnostik Psikologi Klinikal iaitu tempoh masa menghasilkan laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal Klinikal. a. Definisi Kecekapan (tempoh masa) Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal hendaklah disiapkan dalam tempoh yang ditetapan oleh jabatan/ institusi.
14 Tempoh masa bermaksud jangkamasa yang diambil untuk menyiapkan Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal dari tarikh selesai penilaian dijalankan iaitu selama 30 hari waktu bekerja b. Standard Pencapaian Kualiti Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal memenuhi kriteria dan mengikut format laporan yang telah ditetapkan (Lampiran 5). 90% Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal disiapkan dalam tempoh 30 hari waktu bekerja dari tarikh selesai penilaian. c. Mekanisma Kawalan Pencapaian dikira mengikut formula: 9.3.1 Ringkasan Standard Kawalan Kualiti Ciri-Ciri Kualiti Mekanisma Kawalan Standard Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal disiapkan dalam tempoh 30 hari waktu bekerja dari tarikh selesai penilaian. Rekod tarikh Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal lengkap dan tarikh Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal disiapkan. 90% Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal disiapkan dalam tempoh 30 hari waktu bekerja. 9.4 Langkah- langkah khusus yang perlu dilakukan sekiranya standard yang ditetapkan tidak tercapai Kenalpasti ciri kualiti yang tidak dapat dicapai, cari kaedah penyelesaian dan lakukan penambahbaikan
15 10. LAMPIRAN 10.1 Lampiran 1: Borang Rujukan Perkhidmatan Psikologi Klinikal 10.2 Lampiran 2: Borang Persetujuan Termaklum 10.3 Lampiran 3: Clinical Interview Template 10.4 Lampiran 4: Senarai peralatan penilaian diagnostik psikologi klinikal yang dilampirkan di dalam Polisi Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental (2011) 10.5 Lampiran 5: Psychological Assessment Report Template 10.6 Lampiran 6: Borang Penamatan Sesi 11. SISTEM PENGUMPULAN STATISTIK Para pegawai menghantar data bulanan pada setiap bulan sebelum 10 hari bulan pada bulan berikutnya kepada Biro Data Profesion. 12. RUJUKAN 1. Guidelines on Activity for Clinical Psychologists by the British Psychological Society (BPS) 2. Goldfinger, K. & Pomerantz, AM.M. 2014. Psychological Assessment and Report Writing, Second Edition. Sage Publication. 3. Flanagan, J.S & Flanagan, R.S. 2009. Clinical Interviewing, Fourth Edition. NY Wiley & Sons Publication 13. GLOSARI Alat Penilaian psikologi: alat pengukur konstruk psikologi Interpretasi: tafsiran atau penjelasan mengenai sesuatu Kognitif: proses dan aktiviti mental Penilaian dan pentaksiran psikologi: proses penilaian psikometrik yang menggunakan alat Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal untuk mengukur konstruk psikologi secara sistematik dan statistic
16 Rekomendasi: proses dan kaedah komunikasi ke atas hasil pemerhatian dan penilaian kepada pesakit untuk kelangsungana Temuduga klinikal; komunikasi bersasar diantara pesakit dan Pegawai Psikologi (Klinikal) yang bertujuan untuk membina diagnosis
17 LAMPIRAN 1
18 LAMPIRAN 2 BORANG PERSETUJUAN TERMAKLUM INFORMED CONSENT 1) KERAHSIAAN DAN LIMITASI KERAHSIAAN Etika Profesion Psikologi Klinikal memerlukan pegawai menjaga kerahsiaan pesakit. Semua perbincangan dalam sesi adalah sulit. Walaubagaimanapun, terdapat limitasi yang memerlukan saya melaporkan kepada pihak berkenaan seperti: a) Jika ada sebab munasabah menunjukkan anda mungkin, atau boleh membahayakan diri anda atau orang lain, serta sebarang kelakuan merbahaya yang menunjukkan anda tidak dapat mengawal diri. b) Jika isu dibincangkan melibatkan undang-undang, pihak polis, pihak mahkamah dan lain-lain pihak berkuasa yang berkaitan. c) Perbincangan dengan pakar profesional lain bagi tujuan perundingan. 2) TANGGUNGJAWAB DAN HAK PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) a) Sebagai Pegawai Psikologi (Klinikal) KKM, saya menghormati hak dan keupayaan anda. b) Sekiranya isu yang dibincangkan adalah di luar keupayaan saya sebagai Pegawai Psikologi (Klinikal), maka saya boleh merujuk anda kepada pihak lain yang berkaitan. 3) TANGGUNGJAWAB HAK ANDA SEBAGAI PESAKIT Bagi memastikan keberkesanan sesi, adalah penting untuk anda: a) Menghadiri sesi seperti yang ditetapkan dengan persetujuan bersama. b) Memberi kerjasama semasa sesi dijalankan. c) Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi isu yang dikemukakan. d) Anda juga berhak untuk menarik diri daripada sesi dan/atau meminta untuk dirujuk kepada Pegawai Psikologi (Klinikal) lain sekiranya anda tidak berasa selesa dengan saya. e) Anda berhak untuk mengetahui mengenai perkembangan diri sepanjang proses terapi. f) Jika anda tidak menghadiri janji temu, sila maklumkan kepada Pegawai Psikologi (Klinikal) sekurang- kurangnya 24 jam sebelum tarikh janji temu. g) Saya juga akan memahami dan mengambil maklum tentang keputusan penilaian dan cadangan pelan rawatan. Saya juga akan bertanya soalan sekiranya terdapat kemusykilan mengenai keputusan penilaian. 4) PENGGUNAAN DATA BAGI TUJUAN PENYELIDIKAN Adakah anda bersetuju agar data yang diperolehi akan digunakan bagi tujuan penyelidikan dan penambahbaikkan perkhidmatan pada masa hadapan? YA TIDAK PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL CLINICAL PSYCHOLOGY SERVICES
19 Dengan ini, saya (NAMA) …………………………………….......... (No. K/P) ………………….……… mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami segala maklumat yang tertulis di dalam borang ini. Saya * SETUJU / TIDAK SETUJU untuk mendapatkan perkhidmatan psikologi klinikal untuk: - Tanda () pada yang berkenaan. Diri sendiri Anak / jagaan Ahli keluarga, sila nyatakan: ………………. Tandatangan Pesakit: ……......………… Tarikh : ...…….…………….. Tandatangan Pegawai Psikologi (Klinikal): ………………… Tarikh : …….………….. Nama & Cop:
20 LAMPIRAN 3 BORANG TEMUDUGA KLINIKAL CLINICAL INTERVIEW FORM KOMPONEN COMPONENTS NOTA NOTES Tujuan Rujukan Reason for Referral Masalah Utama Chief Complaint (S) Sejarah kepada Permasalahan Utama History of Presenting Issue Sejarah Kesihatan Mental Mental Health History PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL CLINICAL PSYCHOLOGY SERVICES
21 Sejarah Kesihatan Medical History Sejarah Kelahiran dan Perkembangan Birth and Development History and Information Sejarah Keluarga Family History Sejarah Kesihatan Mental Keluarga Family Psychiatric Illness Sejarah Perubatan Keluarga Family Medical History Gaya Genogram (age, name, occupation, and marital status of sibling)
22 Keibubapaan Pare nting Style Statu s Kewangan Financial Status Ahli Keluarga Lain yang Tinggal Bersama Family Mem bers Who Are Residing Sejarah Pendidikan Education history Sejara h Pekerjaan Employment history Sejarah Sosialisasi -Social history
23 Sejarah Perhubungan -Relationship history Sejarah Seksual - Sexual History Orientasi Seksual -Sexual Orientation Kepuasan Seksual -Sexual Satisfaction Personaliti Premo rbid Premorbid pers onality Sejarah Substans Substance History Pengalaman Pertama -First Experience Situasi Semasa
24 -Current Situation Kekuatan / Sistem Sokongan/ Keagamaan/ Kerohanian Strength/ Support System/ Religiosity/ Spiritual Belief Sejarah UndangUndang Forensic / Legal History Kefungsian Aktiviti Harian Activities of Daily Functioning (ADL) Pemeriksaan Status Mental Penampilan Appearance:
25 Mental Status Examination Tingkahlaku Behaviour: Mood: Mood: Pertuturan: Speech: Orientasi: Orientation Memori Memory Pemikiran Thoughts Gejala Psikosis Psychotic symptoms Celik akal dan pertimbangan Insight and judgment Maklumat Tambahan Other additional
26 information Diagnosis Provisional diagnosis Differential Diagnosis Formulasi Kes Case Formulation Presenting Problem Predisposing Factor Precipitating Factor: Perpetuating Factor: Protective Factors: Adapted and improvised from the book: Clinical Interviewing, Fourth Edition by John Sommers-Flanagan and Rita Sommers-Flanagan (2009). Reference: Sommers-Flanagan, J. & Sommers-Flanagan, R. (2009). Clinical Interviewing. New York: NY Wiley& Sons
27 LAMPIRAN 4 JADUAL SENARAI PENILAIAN DIAGNOSTIIK PSIKOLOGI KLINIKAL PENILAIAN DIAGNOSTIIK PSIKOLOGI KLINIKAL (KANAK- KANAK DAN REMAJA) NO. ITEM JULAT UMUR 1. Achenbach System of Empirically Based Assessment (ASEBA) 1:6 – 90:0 & above 2. Adaptive Behaviour Assessment System -III (ABAS III) 0:0 – 89:11 3. Asperger Syndrome Diagnostic Scales (ASDS) 5:0 – 18:0 4. Bayley Infant Neurodevelopment Screener 0:3 – 2:0 5. Bayley Scales of Infant and Toddler Development -Fourth Edition (Bayley 4) 0:0:14 – 3:5 6. Beck Youth Inventories – Second Edition (BYIII) 7:0 – 18:0 7. Conner’s Rating Scales- Third Edition (CONNERS 3) 6:0 – 18:0 8. Gillian Autism Rating Scale - Third Edition (GARS 3) 3:0 – 22:0 9. Griffiths Mental Development Scales 3rd (GMDS-3RD) 0:0 – 8:0 10. Leiter International Performance Scale, Third Edition (Leiter-3) 3:0 – 75:0 & above 11. Miller Assessment for Pre-schoolers (MAP) 2:9 – 5:8 12. Parenting Stress Index – Fourth Edition (PSI-4) 0:0 -12:0 13. Rey Complex Figure Test and Recognition Trial (RCFT) 6:0 - 89:0 14. Stroop Colour and Word Test – Children 5:0 – 14:0
28 Version (SCWT) 15. The Childhood Autism Rating Scales, 2nd Edition (CARS2) 2:0 & above 16. The Dyslexia Early Screening Test- Second Edition (DEST 2) 4:6 - 6:5 17. The Dyslexia Screening Test- Junior (DST-J) 6:6 – 11:5 18. The Dyslexia Screening Test- Secondary (DSTS) 11:6 – 16:5 19. Vineland Adaptive Behaviour Scales, Third Edition (VABS3) 0:0 – 90:0 20. Weschler Individual Achievement Test, Fourth Edition (WIAT-4) 4:0 – 50:11 21. Weschler Intelligence Scale for Children – Fifth Edition (WISC V) 6:0 – 16:11 22. Weschler Memory Scale – Fourth Edition (WMS-IV) 16:0 – 90:11 23. Weschler Preschool and Primary Scale of Intelligence – Fourth Edition (WPPSI-IV) 2:6-7:7 24. Wide Range Achievement Test, Fifth Edition (WRAT5) 5:0 – 85:0 & above 25. Wide Range Assessment of Memory and Learning, Third Edition (WRAML3) 5:0 – 90:11 26. Wisconsin Card Sorting Test (WCST-64) 6:5 – 89:0 27. Social Skills Improvement System (SSIS) Rating Scales 3:0 – 18:0 28. State-Trait Anxiety Inventory for Children (STAI-CH) 9:0 – 12:0
29 PENILAIAN DIAGNOSTIIK PSIKOLOGI KLINIKAL (DEWASA DAN WARGA EMAS) NO. ITEM JULAT UMUR 1. Weschler Adult Intelligence Scale, Fourth Edition (WAIS-IV) 16:0 – 90:11 2. Minnesota Multiphasic Personality Inventory -3 (MMPI-3) 18:0 & above 3. Personality Assessment Inventory (PAI) 18:0 – 89:0 4. Beck Anxiety Inventory (BAI) 17:0 – 80:0 5. Beck Depression Inventory II (BDI-II) 13:0 – 80:0 6. Benton Visual Retention Test, Fifth Edition 8:0 & above 7. Vineland Adaptive Behaviour Scales, Third Edition (VABS3) 0:0 – 90:0 8. Coping Scale for Adults- Second Edition (CSA2) 18:0 & above 9. Delis Kaplan Executive Function System (DKEFT) 8:0 – 89:0 10. Dementia Rating Scale -2 (DRS 2) 56:0 - 105:0 11. Frontal System Behaviour Scale (FRSBE) 18:0 – 95:0 12. Hare Psychopathy Checklist – Revised Second Edition (PCL-R) 18:0 & above 13. Kaplan Baycrest Neurocognitive Assessment (KBNA) 20:0 – 89:0 14. Neurobehavioral Functioning Inventory (NFI) 17:0 – 80:0 15. Parenting Stress Index, Fourth Edition (PSI-4) 0:0 -12:0 16. Rey Complex Figure Test and Recognition Trial (RCFT) 6:0 - 89:0 17. Reynolds Intellectual Assessment Scale, Second Edition (RIAS-2) 3:0 – 94:0
30 18. Social Phobia and Anxiety Inventory (SPAI) 14:0 & above 19. State Trait Anger Expression Inventory 2 (STAEI-2) 16:0 – 63:0 20. The 16 PF, Fifth Edition (16 PF) 16:0 & above 21. Trauma Symptom Inventory 2 (TSI-2) 18:0 – 88:0 22. Eating Disorder Inventory -3 (EDI-3) 13:0 – 53:0 23. Stroop Colour and Word Test – Adult Version (SCWT) 15:0 & above 24. Vienna Test System (VIS) All ages 25. Cognitive Rehabilitation System (RehaCom) 8:0 & above 26. Cognistat (Neuro Behaviour Cognitive Status Examination) 12:0 – 84:0 Dirujuk dari Polisi Operasi Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental 2011 dan dikemaskini oleh JK SOP Profesion Psikologi Klinikal bertarikh 16 Jun 2022
31 LAMPIRAN 5 PSYCHOLOGICAL ASSESSMENT REPORT CPR/06/2017/P001 Background Information: Name: Gender: NRIC: RN: Age: Handedness: Date of Assessment: Dt/Mth/Yr Reason for Referral & Chief Complaints: History of Presenting Illness: Behavioral Observation: Test Administered: Test Result & Interpretation: PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL CLINICAL PSYCHOLOGY SERVICES <Report No> i.e. CPR (clinical psychology report )/06(month of report produced)/2017/ P001 (reference no: P:pead, A:adult)
32 Summary: Recommendations: Prepared by: <SIGNATURE> ----------------------------------------------- <NAME> <DESIGNATION> <ORGANIZATION> Date of report: Dt/Mth/Yr S.k : File Copy
33 LAMPIRAN 6 BORANG PENAMATAN SESI Nama Pesakit : Umur : Tarikh Rujukan: Perujuk : Jabatan/ Hospital: Tarikh Sesi Pertama : Tarikh Sesi Akhir: Status Pesakit Semasa Penamatan: □ tidak dapat dihubungi setelah janji temu telah diberi (Tanda Yang Bersesuaian) □ hanya hadir sesi pertama □ penilaian tidak lengkap □ penilaian telah lengkap, tidak hadir sesi intervensi □ tidak melengkapkan sesi intervensi □ intervensi selesai □ penilaian selesai □ meninggal dunia Sebab Penamatan : □ pesakit tidak hadir ≥ 3 kali (tandakan yang sesuai) □ pesakit tidak bersetuju untuk teruskan. Sebab: ___________________________ □ telah mencapai objektif □ dirujuk ke pihak lain. Nyatakan: □ meninggal dunia Ulasan Sesi (jika ada)/Formulasi Isu Pesakit: Ringkasan Intervensi: Ringkasan Penilaian: Pesakit/ Perujuk telah dimaklumkan mengenai penamatan sesi. YA TIDAK Pegawai Psikologi (Klinikal) Yang Bertanggungjawab: Tarikh: PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL CLINICAL PSYCHOLOGY SERVICES
34 JAWATANKUASA INDUK PEMBENTUKAN PROSEDUR OPERASI STANDARD BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Penasihat : PUAN FARINA BINTI ZULKERNAIN Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Pengerusi : TUAN HAJI MUSTAFAH BIN MD NOR Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Timbalan : TUAN HAJI ROSLAN BIN ABDUL AZIZ Pengerusi Timbalan Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 1 : ENCIK MUTHURAMAN A/L SELLATHURAI PATHAR Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 2 : PUAN NORHIDAYAH BINTI MUSA Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Fasilitator : PUAN NOOR ZAHIRAH BINTI HUSSAIN Pegawai Optometri Hospital Kuala Lumpur PUAN ROZILA BINTI SUMARDI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Hospital Sungai Buloh
35 JAWATANKUASA KERJA PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL Pengerusi I : DR. NOORAINI BINTI DARUS Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur Timbalan : ENCIK AZMI BIN MOHAMAD @ SULEIMAN Pengerusi Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Raja Permaisuri Bainun Ahli-ahli : CIK NORHAMEZA BINTI AHMAD BADRUDDIN Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Permai : PUAN AINUL IZZAH BINTI ABDUL MANAN Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Tunku Ampuan Rahimah : CIK SIM KAI LOON Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Tunku Azizah : CIK CHEN YEN YEE Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Putrajaya : PUAN SHARLENE TEO SHU LIN Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Umum Sarawak : PUAN CHEAH PHAIK LIN JEANNIE Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Tunku Azizah : CIK UMI IZZATTI BINTI SAEDON Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Tuanku Ja’afar Seremban : PUAN MASYITAH BINTI MINHAD Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Kuala Lumpur
36 Sekalung Penghargaan “Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada setiap individu atau organisasi yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penghasilan Prosedur Operasi Standard ini”
Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal 1 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Muat Turun Salinan Buku https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/