MOH/P/BSKB/19.23(GU)-e
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA ii KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA
Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubah suai. Walau bagaimanapun, penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan atau pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. ISBN 978-967-0668-80-2 MOH/P/BSKB/19.23(GU)-e Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa © April 2023. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA iv Kata Pengantar Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa, Kementerian Kesihatan Malaysia. Usaha bersama di antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa telah menjadi langkah penting dalam membangunkan panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan. Hasil daripada pelbagai kajian dalam bidang perubatan, kesihatan, sains dan teknologi telah membawa perkembangan yang pesat dalam bidang penjagaan kesihatan negara. Ini menjadi satu cabaran kepada Profesional Kesihatan Bersekutu dalam memastikan amalan yang disampaikan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Demi memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan, Profesional Kesihatan Bersekutu juga tidak ketinggalan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan pakar, pegawai perubatan dan pasukan multidisiplin yang lain dalam pelbagai bidang kepakaran dan sub kepakaran. Ini adalah penting bagi memastikan panduan yang dihasilkan adalah bertepatan dengan teori dan amalan penyampaian perkhidmatan Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing. Semoga Prosedur Operasi Standard ini dapat menjadi panduan dan rujukan bagi Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA v Kata Pengantar Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) kerana telah berjaya menghasilkan Pelan Pengurusan Operasi bagi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. Dokumen ini bakal digunakan sebagai panduan atau rujukan supaya ahli profesional Kesihatan Bersekutu dapat melaksanakan amalan perkhidmatan kepada rakyat, berdasarkan keperluan di pelbagai peringkat termasuklah primer, sekunder, dan tertiari serta di komuniti. Gabungan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan, kesihatan dan sistem komunikasi telah memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Skop perkhidmatan yang holistik perlu mengambil kira aspek promosi, pencegahan, kuratif, dan rehabilitasi dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit atau klien. Diharapkan dokumen ini bukan sahaja dapat menyeragamkan lagi amalan perkhidmatan dan seterusnya rakyat mendapat lebih peluang menerima perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh di fasiliti KKM seluruh negara. Sekian, terima kasih Yang Ikhlas, Dato' Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA vi Kata Pengantar Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang berusaha gigih dalam membangunkan Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. Pelan Pengurusan Operasi ini diharapkan dapat menjadi dokumen yang bernilai tinggi untuk melaksanakan amalan perkhidmatan berfokuskan kepada keperluan pesakit atau klien. Penyampaian maklumat yang tepat oleh Profesional Kesihatan Bersekutu kepada pesakit atau klien adalah penting agar mereka mendapat input dan kefahaman yang jelas untuk sama-sama bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan dan pemulihan. Diharapkan dokumen ini dapat diguna pakai oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dalam melaksanakan tugas harian di fasiliti kesihatan termasuklah hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA vii Keterangan Mengenai Dokumen Pelan Pengurusan Operasi (PPO) ini memberi penerangan secara menyeluruh dari segi tadbir urus Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa dalam sistem penjagaan kesihatan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). PPO ini merangkumi aktiviti fungsi utama unit, kaedah pelaksanaan, dokumentasi dan pemantauan. Kandungan dan struktur PPO ini bertujuan membantu tadbir urus yang lebih baik dan efektif bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa Kegunaan Dokumen Ini Dokumen ini digunakan dalam pengurusan perkhidmatan bagi profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di KKM sebagai: i. Panduan dan rujukan kepada Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) sepanjang perkhidmatan di KKM ii. Bahan informasi kepada profesional kesihatan lain dan orang awam yang terlibat secara langsung dengan profesion Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa di KKM Kaitan Dengan Dokumen Lain PPO ini merupakan induk kepada semua dokumen lain bagi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. Dokumen ini perlu digunakan dan disesuaikan untuk kegunaan perkhidmatan ini di semua fasiliti di bawah KKM. Bagi fasiliti selain KKM, PPO ini boleh dijadikan panduan dan rujukan. Dokumen ini mempunyai kaitan dengan dokumen lain termasuklah: i. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bahasa. ii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan. iii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Pertuturan, Bahasa dan Komunikasi. iv. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Bahasa Perolehan. v. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Pertuturan Motor. vi. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Suara. vii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan. viii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Tanpa Larinks. ix. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Kegagapan. x. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Pengambilan Makanan (Feeding) dan Kecelaruan Penelanan.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA viii ISI KANDUNGAN Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Visi dan Misi 1 3. Objektif dan Piagam Pelanggan 2 4. Skop Perkhidmatan yang Disediakan 3 5. Sistem Penyampaian 10 6. Organisasi 14 7. Polisi dan Prosedur 15 8. Panduan Dokumentasi 16 9. Pengurusan Kualiti 17 10. Lampiran 17 11. Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard, BSKB, KKM 26 12. Jawatankuasa Teknikal Prosedur Operasi Standard, Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa 27 13. Jawatankuasa Kerja Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa 28 14. Penghargaan 32
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 1 1. PENGENALAN Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah satu perkhidmatan yang diberikan kepada individu yang mengalami kecelaruan pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan. Khidmat ini merangkumi: ● Penilaian dan diagnosis pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan. ● Intervensi pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan. ● Konsultasi pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan. ● Pencegahan dan pendidikan pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan. ● Dokumentasi kes pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan. ● Kolaborasi dan rujukan kepada profesional lain Perkhidmatan ini diberi oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) iaitu profesional yang berkelayakan mengendalikan individu yang mengalami kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi dan penelanan melalui penilaian, diagnosis dan intervensi yang bersesuaian. 2. VISI DAN MISI 2.1 Visi Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) memberi perkhidmatan terapi pertuturanbahasa dan penelanan yang terbaik kepada semua pesakit demi menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna. 2.2 Misi i. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) menyampaikan perkhidmatan terapi pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan yang berkualiti secara berterusan kepada semua pesakit. ii. Pesakit diberi rawatan yang bersesuaian di dalam persekitaran yang mesra dan kondusif. iii. Kerahsiaan pesakit dihormati dan dipelihara oleh kakitangan yang profesional, penyayang dan bekerja berpasukan. iv. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) sentiasa dinamik bagi meningkatkan kepakaran dan pengalaman dengan menghadiri program latihan secara berterusan.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 2 3. OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN 3.1 Objektif i. Kualiti hidup individu bermasalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan meningkat melalui program intervensi awal, konsultasi dan program pendidikan berterusan. ii. Kesedaran masyarakat awam mengenai masalah pertuturan bahasa, komunikasi dan penelanan serta rawatan yang tepat dan bersesuaian meningkat. 3.2 Piagam Pelanggan Kami beriltizam untuk : i. Memberi perkhidmatan yang cekap di dalam persekitaran yang mesra dan kondusif. ii. Memberi perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa dan penelanan kepada pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan mengikut temujanji yang telah ditetapkan. iii. Memastikan pesakit diberi program latihan di rumah dan tarikh temujanji susulan (jika perlu) selepas tamat sesi rawatan.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 3 4. SKOP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa yang diberi adalah seperti berikut: i. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bahasa. ii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan. iii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Pertuturan, Bahasa dan Komunikasi. iv. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Bahasa Perolehan. v. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Pertuturan Motor. vi. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Suara. vii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan. viii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Tanpa Larinks. ix. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Kegagapan. x. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Pengambilan Makanan (Feeding) dan Kecelaruan Penelanan. 4.1 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bahasa Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Pediatrik Dengan Kecelaruan Bahasa diberikan kepada pesakit kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian dijalankan bagi menentukan tahap kefungsian bahasa pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit pediatrik dengan kecelaruan bahasa dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang. Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 4 di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari. 4.2 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Pediatrik Dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan diberikan kepada pesakit kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam persepsi, artikulasi atau fonologi pertuturan. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian dijalankan bagi menentukan tahap kefungsian bunyi pertuturan pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit pediatrik dengan kecelaruan bunyi pertuturan dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang. Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari. 4.3 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Pertuturan, Bahasa dan Komunikasi Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran Dengan Kecelaruan Pertuturan-Bahasa dan Komunikasi diberikan kepada pesakit pediatrik dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah berkomunikasi disebabkan oleh masalah pendengaran. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian dijalankan bagi menentukan tahap kefungsian komunikasi pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 5 terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang. Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari. 4.4 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Bahasa Perolehan Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Dewasa Dengan Kecelaruan Bahasa Perolehan diberikan kepada pesakit dewasa yang mengalami kesukaran memahami bahasa, menghasilkan bahasa, membaca dan/ atau menulis. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian dijalankan bagi menentukan tahap kefungsian komunikasi pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bagi setiap kecelaruan bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit dewasa dengan kecelaruan bahasa perolehan dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang. Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari. 4.5 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Pertuturan Motor Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Dewasa Dengan Kecelaruan Pertuturan Motor diberikan kepada pesakit dewasa yang mengalami kesukaran untuk merancang atau memprogramkan arahan sensorimotor yang diperlukan untuk
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 6 mengarahkan pergerakan yang menghasilkan pertuturan normal secara fonetik dan prosodik. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian dijalankan bagi menentukan tahap kefungsian komunikasi pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bagi setiap kecelaruan bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit dewasa dengan kecelaruan pertuturan motor dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang. Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari. 4.6 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Suara Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Dengan Kecelaruan Suara diberikan kepada pesakit pediatrik dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah kelainan kualiti, kenyaringan dan kekuatan suara. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian akan dijalankan bagi menentukan tahap kecelaruan suara pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bagi kecelaruan suara bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit dengan kecelaruan suara dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang. Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 7 4.7 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Dengan Kecelaruan Resonan diberikan kepada pesakit pediatrik dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah sengau. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian dijalankan bagi menentukan tahap kecelaruan resonan pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bagi kecelaruan resonan bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit dengan kecelaruan resonan dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang. Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari. 4.8 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit dengan Pertuturan Tanpa Larinks Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Dengan Pertuturan Tanpa Larinks diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah bertutur akibat pembuangan larinks. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian dijalankan bagi menentukan tahap kefungsian komunikasi pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit dengan pertuturan tanpa larinks dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang. Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 8 4.9 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Kegagapan Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Dengan Kecelaruan Kegagapan diberikan kepada pesakit pediatrik dan pesakit dewasa yang mempunyai kesukaran untuk bertutur dengan lancar. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian dijalankan bagi menentukan tahap kecelaruan kegagapan pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bagi kecelaruan kegagapan bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit dengan kecelaruan kegagapan dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang. Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari. 4.10 Perkhidmatan Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Pengambilan Makanan (Feeding) dan Kecelaruan Penelanan Perkhidmatan penjagaan pesakit dengan Kecelaruan Pengambilan Makanan (Feeding) dan Kecelaruan Penelanan diberikan kepada pesakit kanak-kanak dan dewasa yang mengalami kesukaran untuk menghisap, menggigit, mengunyah dan menelan makanan atau minuman. Perkhidmatan ini merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi dan konsultasi. Pada peringkat awal, penilaian dijalankan bagi menentukan tahap kefungsian pengambilan makanan (feeding) dan penelanan pesakit. Matlamat terapi atau rawatan adalah bergantung kepada keputusan penilaian yang diperolehi. Setiap rawatan yang diberikan bagi setiap kecelaruan bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehan komunikasi pesakit. Rawatan bagi pesakit dengan Kecelaruan Pengambilan Makanan (Feeding) dan Kecelaruan Penelanan dijalankan secara berkala. Bagi setiap sesi rawatan, pegawai menjalankan terapi menggunakan teknik tertentu bagi mencapai matlamat rawatan yang telah dirancang.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 9 Konsultasi diberikan kepada pesakit/ penjaga bagi memastikan pesakit/ penjaga mendapat maklumat yang tepat mengenai penilaian dan rawatan yang diberikan. Pada akhir setiap sesi, pesakit/ penjaga diberikan Program Latihan Di Rumah (Home-Based Program) iaitu latihan yang diberikan mengikut matlamat terapi yang dijalankan pada sesi tersebut. Latihan ini perlu diteruskan di rumah oleh pesakit bersama ahli keluarga bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 10 5. SISTEM PENYAMPAIAN Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa terdapat di hospital pakar, hospital daerah, klinik kesihatan dan institusi-institusi kesihatan. Surat rujukan dari pengamal perubatan atau pengamal kesihatan bersekutu dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta diperlukan untuk mendapatkan Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa di hospitalhospital atau klinik kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sistem penyampaian perkhidmatan adalah berbeza mengikut fasiliti hospital atau klinik kesihatan, seperti berikut: 5.1 Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Hospital Sistem penyampaian Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa di hospital merangkumi perkhidmatan penjagaan pesakit dalam dan pesakit luar. i. Sistem Penjagaan Pesakit Dalam Perkhidmatan penjagaan pesakit dalam diberikan kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak dengan kecelaruan pengambilan makanan (feeding) dan kecelaruan penelanan. • Fasiliti dan Kelengkapan Pesakit dalam perlu dirawat di bilik yang disediakan atau di wad bergantung kepada keadaan pesakit. • Masa Perkhidmatan Pesakit hanya menjalani sesi penilaian dan intervensi apabila keadaan kesihatan pesakit adalah stabil. Temujanji susulan ditentukan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) sendiri. ii.Sistem Penjagaan Pesakit Luar Perkhidmatan penjagaan pesakit luar merangkumi semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa, Kementerian Kesihatan Malaysia. • Fasiliti dan Kelengkapan Pesakit perlu dirawat di bilik terapi pertuturan-bahasa mengikut tarikh temujanji yang telah ditetapkan. • Masa Perkhidmatan Secara umumnya, terapi pertuturan-bahasa dan penelanan dikendalikan dalam tempoh masa antara 30 hingga 45 minit bagi setiap pesakit bagi keskes tertentu. Masa terapi mungkin boleh dikurangkan atau ditambah mengikut keperluan pesakit. Bagi terapi berkumpulan, sesi boleh
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 11 berlanjutan selama satu (1) jam. Bagi kes-kes tertentu, masa terapi mungkin boleh dikurangkan atau ditambah. 5.2 Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Klinik Kesihatan Sistem penyampaian Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa di klinik kesihatan merangkumi perkhidmatan penjagaan pesakit luar dan perkhidmatan pesakit di komuniti. Perkhidmatan di komuniti pula merangkumi empat (4) Program iaitu Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Program Kesihatan Kanak-Kanak, Program Perawatan Domisiliari dan juga Program Promosi Kesihatan. i. Sistem Penjagaan Pesakit Luar Perkhidmatan penjagaan pesakit luar merangkumi semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa, Kementerian Kesihatan Malaysia. • Fasiliti dan Kelengkapan Pesakit dirawat di bilik terapi pertuturan-bahasa mengikut tarikh temujanji yang telah ditetapkan. Pesakit boleh ditemani oleh ibu bapa atau penjaga semasa sesi terapi dijalankan sekiranya perlu. • Masa Perkhidmatan Terapi pertuturan-bahasa dan penelanan dikendalikan dalam tempoh masa antara 30 hingga 45 minit bagi setiap pesakit. Bagi terapi berkumpulan, sesi boleh berlanjutan melebihi satu (1) jam. Pesakit yang hadir lewat 30 minit dari masa temujanji yang ditetapkan, tarikh temujanji baru diberi. Walaubagaimanapun, pesakit boleh dilihat atas budi bicara pegawai. Secara umumnya, terapi pertuturan-bahasa dan penelanan dikendalikan dalam tempoh masa antara 30 hingga 45 minit bagi setiap pesakit bagi kes-kes tertentu. Masa terapi mungkin boleh dikurangkan atau ditambah mengikut keperluan pesakit. Bagi terapi berkumpulan, sesi boleh berlanjutan selama satu (1) jam. ii. Sistem Penjagaan Pesakit di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Perkhidmatan pesakit di komuniti atau juga dikenali sebagai perkhidmatan penjagaan pesakit di pusat PDK merangkumi semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa, Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan ini dijalankan semasa lawatan secara bulanan di pusat PDK di bawah kawasan operasi Pejabat Kesihatan Daerah.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 12 • Fasiliti dan kelengkapan Pelatih perlu dirawat di bilik yang disediakan mengikut tarikh lawatan yang telah ditetapkan. Terapis menghubungi dan memaklumkan kepada penyelia sebelum lawatan dilakukan. Sesi terapi boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan bergantung kepada keadaan pelatih. Perbincangan bersama guru di pusat PDK dijalankan sekiranya perlu. • Masa Perkhidmatan Secara umumnya, terapi pertuturan-bahasa dan penelanan dikendalikan dalam tempoh masa antara 30 hingga 45 minit bagi setiap pesakit bagi keskes tertentu. Masa terapi mungkin boleh dikurangkan atau ditambah mengikut keperluan pesakit. Bagi terapi berkumpulan, sesi boleh berlanjutan selama satu (1) jam. iii. Sistem Penjagaan Pesakit di Rumah Perlindungan/ Kanak-Kanak Perkhidmatan pesakit di rumah kanak-kanak seperti Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah (RKKTB) merangkumi semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa, Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan ini dijalankan semasa lawatan secara bulanan di bawah kawasan operasi Pejabat Kesihatan Daerah. • Fasiliti dan kelengkapan Kanak-kanak yang didapati mengalami kelewatan pertuturan perlu dirawat di bilik rawatan yang disediakan mengikut tarikh lawatan yang telah ditetapkan. Terapis menghubungi dan memaklumkan kepada jururawat bertugas sebelum lawatan dilakukan. Sesi terapi boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan bergantung kepada keadaan kanak-kanak. Perbincangan bersama jururawat di RKKTB boleh dijalankan sekiranya perlu. Bilik ini dilengkapi dengan sekurang-kurangnya dua unit lampu fluorescent, dua unit kipas siling, satu unit penghawa dingin, satu meja pejabat, satu kerusi pejabat, satu meja standard dan 4 kerusi dewasa. Peralatan yang digunakan semasa terapi adalah peralatan dari Klinik Kesihatan. • Masa Perkhidmatan Terapi pertuturan-bahasa dan penelanan dikendalikan dalam tempoh masa antara 30 minit bagi setiap pesakit. Bagi terapi berkumpulan, sesi akan berlanjutan selama satu (1) jam.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 13 iv. Sistem Perkhidmatan Perawatan Domisilari (PPD) Perkhidmatan Perawatan Domisilari merangkumi perkhidmatan yang dijalankan terhadap pesakit terlantar dan lawatan ke rumah pesakit akan dijalankan bersama Team PPD sesebuah klinik kesihatan. Rawatan akan diberikan bergantung kepada rujukan daripada pihak hospital. Rawatan yang dijalankan hanya terhad kepada penilaian dan intervensi penelanan sahaja dan dimaklumkan oleh Medical Assistant bertugas. Perkhidmatan ini akan dijalankan semasa lawatan secara mingguan di rumah pesakit di bawah kawasan operasi Pejabat Kesihatan Daerah. • Fasiliti dan kelengkapan Pesakit akan dirawat di rumah pesakit dan perlu ditemani penjaga sepanjang proses lawatan dilakukan. Pihak klinik akan menghubungi dan memaklumkan kepada penjaga sebelum lawatan dilakukan. Penjaga dikehendaki berada bersama ketika lawatan untuk mempelajari cara-cara menguruskan pesakit terlantar dengan betul daripada ahli professional kesihatan. Latihan di rumah akan diberikan kepada penjaga ketika lawatan dijalankan. Perbincangan bersama ahli kumpulan akan dilakukan ketika lawatan. • Masa Perkhidmatan Rawatan dan penerangan kepada penjaga oleh ahli kumpula akan dijalankan dalam tempoh 1 jam hingga 2 jam bagi setiap pesakit bergantung kepada keadaan pesakit.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 14 6. ORGANISASI Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa merupakan perkhidmatan sokongan klinikal. Perkhidmatan ini boleh berada di bawah perkhidmatan pembedahan seperti Otorinolaringologi (ORL), perkhidmatan perubatan seperti Perubatan Rehabilitasi dan perkhidmatan wanita dan kanak-kanak seperti Pediatrik di hospital atau institusi manakala klinik kesihatan pula, perkhidmatan ini berada di bawah perkhidmatan Perubatan Keluarga. 6.1 Pimpinan, Penyeliaan dan Pengagihan tugas Unit Terapi Pertuturan-Bahasa diselia oleh Ketua Unit Terapi PertuturanBahasa atau Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dengan gred paling tinggi. Pengagihan tugas adalah mengikut senarai tugas yang ditetapkan. 6.2 Carta organisasi Contoh carta organisasi hospital, institusi perubatan dan klinik kesihatan yang menawarkan Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa adalah seperti berikut: i. Hospital Teluk Intan (Lampiran 1) ii. Hospital Rehabilitasi Cheras (Lampiran 2) iii. Klinik Kesihatan Cheras (Lampiran 3)
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 15 7. POLISI DAN PROSEDUR 7.1Polisi Teras i. Prosedur-prosedur Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kesihatan (Patologi Pertuturan), Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan atau ijazah yang berkaitan dalam bidang pertuturan-bahasa yang diiktiraf. ii. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) mesti berdaftar sebagai Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774). iii. Ketua Jabatan/ Ketua Unit bertanggungjawab memastikan polisi dan setiap prosedur dipatuhi oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang bertugas di hospital, institusi perubatan dan klinik kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. iv. Fasiliti minimum yang diperlukan dalam prosedur ini adalah seperti Lampiran Fasiliti Standard Minimum dan Alternatif Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa Kementerian Kesihatan Malaysia (Lampiran 4). v. Semua kes perlu mendapat rujukan daripada pengamal perubatan atau pengamal kesihatan bersekutu dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta. vi. Pesakit Dalam diberi perkhidmatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh rujukan diterima. Pesakit luar diberi tarikh temujanji dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh rujukan diterima, tertakluk kepada bilangan pegawai yang mencukupi di sesebuah fasiliti. vii. Semua pesakit yang hadir sama ada untuk lawatan baru atau lawatan ulangan perlu didaftarkan. viii. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang menjalankan setiap prosedur adalah bertanggungjawab memastikan semua penilaian dan intervensi dijalankan, serta data yang dikumpul, direkod dengan sempurna dan tepat. ix. Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa bekerjasama dengan pelbagai disiplin lain dalam mengoptimumkan potensi pesakit tersebut.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 16 x. Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa diberikan kepada semua pesakit secara berterusan melalui khidmat pesakit dalam atau pesakit luar sehingga mencapai kefungsian komunikasi dan/ atau penelanan yang optimum. 7.2 Senarai Prosedur Operasi Standard i. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bahasa ii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan iii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Pertuturan, Bahasa dan Komunikasi iv. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Bahasa Perolehan v. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Pertuturan Motor vi. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Suara vii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan viii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Tanpa Larinks ix. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Kegagapan x. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Pengambilan Makanan (Feeding) dan Kecelaruan Penelanan 8. PANDUAN DOKUMENTASI i. Semua temujanji untuk prosedur ini perlu dimasukkan ke dalam buku/ sistem temujanji. ii. Hasil penilaian dan intervensi dicatat dalam rekod pesakit dan borang berkaitan. iii. Maklumat rawatan pesakit dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) dan rekod statistik profesion. iv. Semua dokumen dan rekod berkaitan mesti ditandatangani oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang menjalankan prosedur ini.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 17 9. PENGURUSAN KUALITI Bagi meningkatkan kualiti, kaedah berikut diikuti: i. Penyeliaan dan pemantauan dari pegawai yang lebih senior berlandaskan prosedur operasi standard (POS) ii. Penggunaan senarai semak iii. Penerapan nilai-nilai memberi keutamaan kepada aspek kualiti. iv. Pembelajaran berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan mutu perkhidmatan. v. Pengukuran pencapaian menggunakan indikator (KPI) dan standard yang ditetapkan vi. Mendapatkan maklum balas pesakit terhadap perkhidmatan yang diberikan vii. Pengukuran pencapaian ciri-ciri kualiti perkhidmatan secara berkala viii. Penambahbaikan melalui usaha mengurangkan kesan sebarang nonconformance kepada pesakit, pembetulan serta merta, maklum balas kepada petugas dan pengurusan supaya proses kerja, polisi dan sistem penyampaian boleh diperbaiki untuk kegunaan masa depan. 10. LAMPIRAN Lampiran 1: Carta Organisasi Hospital Teluk Intan, Perak. Lampiran 2 Carta Organisasi Hospital Rehabilitasi Cheras, WP Kuala Lumpur Lampiran 3: Carta Organisasi Klinik Kesihatan Cheras, WP Kuala Lumpur Lampiran 4: Fasiliti Standard Minimum dan Alternatif Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA CARTA OR HOSPITAL TELU
18 Lampiran 1 RGANISASI K INTAN, PERAK
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA CARTA OR HOSPITAL REHABILITASI CH
19 Lampiran 2 RGANISASI HERAS, WP KUALA LUMPUR
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA CARTA OR KLINIK KESIHATAN CHER
20 Lampiran 3 RGANISASI RAS, WP KUALA LUMPUR
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 21 Lampiran 4 FASILITI STANDARD MINIMUM DAN ALTERNATIF PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA A. Fasiliti Standard Bilik Terapi Pertuturan Pediatrik Bil Peralatan Kegunaan 1. Jenis bilik: Bilik “Sound Treated” Saiz minima bilik : 14’ x 16’ Peralatan Perabot Asas: ● Meja pegawai ● Kerusi pegawai ● Kerusi banquet pesakit & penjaga ● Floor mat (Non-slippery) ● Set meja dan kerusi kanak-kanak o formica laminated o 1 Meja & 4 kerusi ● Almari peralatan berkunci ● Rak fail ● Kabinet dinding ● Set sinki & cermin ● Portable white board Easel ● Portable plastic drawer (4 tier) ● Alat penghawa dingin ● Set computer & Printer (printer, copier, scanner all in one) ● Peralatan telerehabilitasi Perabot dan peralatan ini diperlukan sebagai keperluan minima dalam menjalankan prosedur operasi standard bagi pesakit pediatrik. Selain itu, perabot dan peralatan ini diperlukan untuk memastikan susun atur bilik terapi pertuturan pediatrik sentiasa dalam keadaan yang kemas, selamat dan tidak menjadi gangguan kepada pesakit pediatrik. 2 Instrumen-instrumen penilaian pertuturan, bahasa dan feeding dan penelanan kanakkanak Instrumen penilaian diperlukan bagi melaksanakan prosedur penilaian dan menentukan diagnosis bagi kecelaruan pertuturan, bahasa, komunikasi, feeding dan penenlanan pediatrik. 3 Kit terapi pertuturan dan bahasa kanakkanak Kit terapi rangsangan pertuturan dan bahasa kanakkanak digunakan semasa menjalankan intervensi pertuturan, Bahasa dan komunikasi pediatrik.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 22 B. Fasiliti Standard Bilik Terapi Pertuturan Dewasa Bil Peralatan Kegunaan 1. Jenis bilik : bilik biasa Saiz minima bilik: 14’ x 16’ Peralatan Perabot Asas: ● Meja pegawai ● Kerusi pegawai ● Kerusi banquet pesakit & penjaga ● Rak fail ● Almari berkunci ● Kabinet dinding ● Set sinki & cermin ● Portable white board Easel ● Portable plastic drawer (4 tier) ● Alat penghawa dingin ● Set computer & printer (printer, copier, scanner all in one) ● Peralatan telerehabilitasi Perabot dan peralatan ini diperlukan sebagai keperluan minima dalam menjalankan prosedur operasi standard bagi pesakit dewasa. Selain itu, perabot dan peralatan ini diperlukan untuk memastikan susun atur bilik terapi pertuturan dewasa sentiasa dalam keadaan yang kemas, selamat dan tidak menjadi gangguan kepada pesakit. 2. Instrumen-instrumen penilaian pertuturanbahasa dan penelanan dewasa Instrumen penilaian diperlukan bagi melaksanakan prosedur penilaian dan menentukan diagnosis bagi kecelaruan pertuturan, bahasa, komunikasi, dan penenlanan pesakit dewasa. 3. Kit Terapi Pertuturan-Bahasa Dewasa Kit terapi rangsangan pertuturan dan bahasa dewasa digunakan semasa menjalankan intervensi pertuturan, bahasa dan komunikasi kognitif bagi pesakit dewasa..
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 23 C. Fasiliti Standard Bilik Terapi Berkumpulan Bil Peralatan Kegunaan 1. Jenis bilik: Bilik biasa Saiz minima bilik : 25’ x 30’ Peralatan Perabot Asas: ● Meja pegawai ● Kerusi pegawai ● Kerusi banquet pesakit & penjaga ● Floor Mat (Non-slippery) ● Set meja dan kerusi kanak-kanak o formica laminated o 2 meja & 8 kerusi ● Almari peralatan berkunci ● Rak fail ● Kabinet dinding ● Set sinki & cermin ● Portable white board Easel ● Portable plastic drawer (4 tier) ● Alat penghawa dingin ● Set computer & printer (printer, copier, scanner all in one) ● Peralatan telerehabilitasi Perabot dan peralatan ini diperlukan sebagai keperluan minima dalam menjalankan prosedur operasi standard bagi pesakit pediatrik & dewasa secara berkumpulan. Selain itu, perabot dan peralatan ini diperlukan untuk memastikan susun atur bilik terapi berkumpulan sentiasa dalam keadaan yang kemas, selamat dan tidak menjadi gangguan kepada pesakit. 2 Kit Terapi Pertuturan-Bahasa Kanak-kanak & Dewasa Kit terapi rangsangan pertuturan dan Bahasa bagi pesakit pediatrik dan dewasa digunakan semasa menjalankan intervensi pertuturan, bahasa dan komunikasi kognitif bagi pesakit dewasa secara berkumpulan.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 24 D. Fasiliti Standard Bilik Speech Lab Bil Peralatan Kegunaan 1. Jenis bilik: bilik sound treated Saiz minima bilik: 14’ x 16’ Peralatan perabot asas: ● Meja pegawai ● Kerusi pegawai ● Kerusi banquet ● Kabinet dinding ● Set sinki & cermin ● Alat penghawa dingin Perabot dan peralatan ini diperlukan sebagai keperluan minima dalam menjalankan prosedur operasi standard bagi pesakit berkaitan. Selain itu, perabot dan peralatan ini diperlukan untuk memastikan susun atur bilik speech lab sentiasa dalam keadaan yang kemas, selamat dan tidak menjadi gangguan kepada pesakit. 2. Set instrumen penilaian objektif pertuturan dan suara (computerized software instrument come with compact computer table) Set instrumen penilaian objektif diperlukan bagi memudahkan sesi penilaian serta bagi mengetahui tahap kefungsian kemahiran pesakit dengan lebih tepat 3. Kit Penilaian dan Terapi Penelanan Digunakan bagi menjalankan prosedur operasi standard penilaian dan intervensi feeding dan penelanan. 4. Kit penilaian dan terapi oral motor dewasa dan kanak-kanak Digunakan bagi menjalan prosedur oral motor bagi pesakit dewasa dan pediatrik.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 25 E. Fasiliti Standard Bilik Makmal Augmentative & Alternative Communication (AAC) Bil Peralatan Kegunaan 1. Jenis bilik: bilik biasa Saiz minima bilik: 14’ x 16’ Peralatan perabot asas: ● Meja pegawai ● Kerusi pegawai ● Kerusi banquet ● Kabinet dinding ● Set sinki & cermin ● Alat penghawa dingin ● Set komputer, printer (all in one) beserta meja Perabot dan peralatan ini diperlukan sebagai keperluan minima dalam menjalankan prosedur operasi standard Penilaian dan intervensi Augmentative & Alternative Communication bagi pesakit berkaitan. Selain itu, perabot dan peralatan ini diperlukan untuk memastikan susun atur bilik sentiasa dalam keadaan yang kemas, selamat dan tidak menjadi gangguan kepada pesakit. 2. Peralatan AAC ● AAC software ● Ipad for AAC ● Lamination machine Digunakan untuk menjalankan penilaian dan terapi kepada pesakit yang memerlukan sistem AAC F. Fasiliti Standard Bilik Simpanan Peralatan Ujian dan Terapi Pertuturan Bil Peralatan Kegunaan 1. Jenis bilik: bilik biasa Saiz minima bilik: 8’ x 8’ Peralatan perabot asas: ● Kabinet dinding ● Pengudaraan (ventilation/ tingkap) ● Pencahayaan ● Penyaman udara BIlik penyimpanan peralatan diperlukan untuk memastikan semua peralatan dapat disimpan dengan teratur dan selamat serta mudah diakses oleh semua pegawai tanpa mengganggu sesi intervensi yang sedang berjalan. Penyimpanan peralatan di bilik khusus dapat memberikan ruang yang lebih luas di dalam bilik rawatan.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 26 JAWATANKUASA INDUK PEMBENTUKAN PROSEDUR OPERASI STANDARD BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Penasihat : PUAN FARINA BINTI ZULKERNAIN Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Pengerusi : TUAN HAJI MUSTAFAH BIN MD NOR Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Timbalan Pengerusi : TUAN HAJI ROSLAN BIN ABDUL AZIZ Timbalan Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 1 : ENCIK MUTHURAMAN A/L SELLATHURAI PATHAR Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 2 : PUAN NORHIDAYAH BINTI MUSA Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Fasilitator : PUAN NOOR ZAHIRAH BINTI HUSAIN Ketua Fasilitator Pegawai Optometri Hospital Kuala Lumpur : PUAN FARAH WAHIDA BINTI HASHIM Pegawai Optometri Hospital Selayang : PUAN SITI SURIANI BINTI CHE HUSSIN Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) Hospital Kuala Lumpur : PUAN ROZILA BINTI SUMARDI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Hospital Sungai Buloh
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 27 JAWATANKUASA TEKNIKAL PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA Pengerusi : PUAN WAHIDA BINTI MOHD ABDUL WAHAB Ketua Profesion Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U52 Hospital Kuala Lumpur Kementerian Kesihatan Malaysia Ahli-Ahli : ENCIK MOHD FAZMI BIN FATELOL Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Teluk Intan Kementerian Kesihatan Malaysia PUAN NORAZIZAH BINTI KADIL Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor Kementerian Kesihatan Malaysia PUAN ROZILA BINTI SUMARDI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Sungai Buloh Kementerian Kesihatan Malaysia PUAN ANIDA BINTI YUSUP Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Kementerian Kesihatan Malaysia PUAN ERNIE HELIZA BINTI YUSOF Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 28 JAWATANKUASA KERJA PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA Pengerusi : PUAN WAHIDA BINTI MOHD ABDUL WAHAB Ketua Profesion Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U52 Hospital Kuala Lumpur Kementerian Kesihatan Malaysia Ketua : PUAN AZMAWANIE BINTI AB AZIZ Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U52 Hospital Raja Perempuan Zainab II Kementerian Kesihatan Malaysia PUAN RADZIAH BINTI MOHD FAHMY Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U48 Hospital Rehabilitasi Cheras Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : CIK HOW HUI TENG Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U48 Hospital Kuala Lumpur Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN ROSMAH SURIANI BINTI MOHD RAINI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U48 Hospital Shah Alam Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN NORASHIKIN BINTI SHAARI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U41 Hospital Tuanku Ja’afar Kementerian Kesihatan Malaysia : ENCIK MOHD AZMARUL BIN ABD AZIZ Pensyarah & Terapis Pertuturan-Bahasa Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 29 Ahli-ahli : PUAN PUSPA A/P MANIAM Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U48 Hospital Kuala Lumpur Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN NORHANA BINTI ABU SEMAN @ TALIB Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U48 Hospital Sultanah Bahiyah Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN NADWAH BINTI ONWI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U48 Hospital Rehabilitasi Cheras Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN MARYAM BINTI AIZUDDIN Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Bukit Mertajam Kementerian Kesihatan Malaysia : CIK NURUL HASLINA BINTI MD ZIN Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Rehabilitasi Cheras Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN NURSHAHIRA BINTI RAZALI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Kuala Lumpur Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN NURHAYATI BINTI MOHD MOSSADEQ Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Putrajaya Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN YONG ENNIE Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Pusat Genius Kurnia : PUAN LAU WAI YEIN Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Taiping Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 30 : PUAN ANALIZA ANIS BINTI AB AZIZ Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Putrajaya Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN ESTHER TUIN Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Queen Elizabeth Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN NURUL FATEHAH BINTI ISMAIL Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Rehabilitasi Cheras Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN CHONG LUN CHEH Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 Hospital Sultan Ismail Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN CHEE LAY FEN Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U41 Hospital Tuanku Azizah Kementerian Kesihatan Malaysia : PUAN TAY CHIA YI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U41 Hospital Queen Elizabeth Kementerian Kesihatan Malaysia : DR. KHAIRY ANUAR MOHD KHAIRUDDIN Pensyarah Kanan Program Audiologi & Patologi Pertuturan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan : DR. SHOBA SHARMA Pensyarah Kanan Program Sains Pertuturan Fakulti Sains Kesihatan Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 31 : DR. HASHERAH BINTI MOHD IBRAHIM Pensyarah Kanan Program Sains Pertuturan Fakulti Sains Kesihatan Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia : DR. RAHAYU BINTI MUSTAFFA KAMAL Pensyarah Kulliyyah of Allied Health Sciences International Islamic University Malaysia Kampus Kuantan : DR. CHU SHIN YING Pensyarah Kanan Program Sains Pertuturan Fakulti Sains Kesihatan Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia : DR. SUSHEEL KAUR DHILLON JOGINDER SINGH Pensyarah Kanan Program Sains Pertuturan, Fakulti Sains Kesihatan Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 32 Sekalung Penghargaan • Semua Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang bertugas di bawah fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia • Kepada setiap individu atau organisasi yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penghasilan prosedur operasi standard ini.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 33