MOH/P/BSKB/09.23(GU)-e PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL
Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian dari penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubahsuai. Walau bagaimanapun penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan atau pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. ISBN 978-967-0668-70-3 MOH/P/BSKB/10.23(GU)-e Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal © April 2023. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/ ISBN 978-967-0668-70-3 MOH/P/BSKB/09.23(GU)-e
Kata Pengantar YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Pelan Pengurusan Operasi bagi Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia. Usaha bersama di antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Psikologi Klinikal telah menjadi langkah penting dalam membangunkan panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan. Hasil daripada pelbagai kajian dalam bidang perubatan, kesihatan, sains dan teknologi telah membawa perkembangan yang pesat dalam bidang penjagaan kesihatan negara. Ini menjadi satu cabaran kepada Profesional Kesihatan Bersekutu dalam memastikan amalan yang disampaikan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Demi memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan, Profesional Kesihatan Bersekutu juga tidak ketinggalan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan pakar, pegawai perubatan dan pasukan multidisiplin yang lain dalam pelbagai bidang kepakaran dan sub kepakaran. Ini adalah penting bagi memastikan panduan yang dihasilkan adalah bertepatan dengan teori dan amalan penyampaian perkhidmatan Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing. Semoga Pelan Pengurusan Operasi ini dapat menjadi panduan dan rujukan bagi Profesion Psikologi Klinikal dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Kata Pengantar YBhg. Dato’ Dr Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Psikologi (Klinikal) kerana telah berjaya menghasilkan Pelan Pengurusan Operasi bagi Perkhidmatan Psikologi Klinikal. Dokumen ini bakal digunakan sebagai panduan atau rujukan supaya ahli profesional Kesihatan Bersekutu dapat melaksanakan amalan perkhidmatan kepada rakyat, berdasarkan keperluan di pelbagai peringkat termasuklah primer, sekunder, dan tertiari serta di komuniti. Gabungan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan, kesihatan dan sistem komunikasi telah memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Skop perkhidmatan yang holistik perlu mengambil kira aspek promosi, pencegahan, kuratif, dan rehabilitasi dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit atau klien. Diharapkan dokumen ini bukan sahaja dapat menyeragamkan lagi amalan perkhidmatan dan seterusnya rakyat mendapat lebih peluang menerima perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh di fasiliti KKM seluruh negara. Sekian, terima kasih Yang Ikhlas, Dato' Dr Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia
Kata Pengantar YBrs. Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Psikologi (Klinikal) yang berusaha gigih dalam membangunkan Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal. Pelan Pengurusan Operasi ini diharapkan dapat menjadi dokumen yang bernilai tinggi untuk melaksanakan amalan perkhidmatan berfokuskan kepada keperluan pesakit atau klien. Penyampaian maklumat yang tepat oleh Profesional Kesihatan Bersekutu kepada pesakit atau klien adalah penting agar mereka mendapat input dan kefahaman yang jelas untuk sama-sama bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan dan pemulihan. Diharapkan dokumen ini dapat diguna pakai oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) dalam melaksanakan tugas harian di fasiliti kesihatan termasuklah hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia
Keterangan Mengenai Dokumen Kegunaan Dokumen Ini Pelan Pengurusan Operasi ini menerangkan bagaimana Perkhidmatan Psikologi Klinikal di KKM diurus dan dilaksanakan untuk mencapai objektifnya. Dokumen ini boleh digunapakai sebagai: • Penerangan dan panduan kepada pihak pengurusan atasan, kakitangan pelaksana (pegawai lantikan tetap, kontrak dan sessional) dan juga pengguna perkhidmatan ini. • Bahan rujukan dalam program orientasi, latihan dan juga pembelajaran berterusan. Kaitan Dengan Dokumen Lain Ia merupakan dokumen induk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Psikologi Klinikal. Setiap produk perkhidmatan utama perlu mempunyai Prosedur Kerja tersendiri. Prosedur ini digunapakai bersama POS Pengurusan Penilaian Psikoterapi Individu, POS Pengurusan Psikoterapi Kelompok dan POS Pengurusan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal.
KANDUNGAN Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Visi dan Misi 2 3. Objektif dan Piagam Pelanggan 3 4. Fungsi Perkhidmatan Yang Disediakan 4 5. Sistem Penyampaian 4 6. Organisasi 10 7. Polisi dan Prosedur 10 8. Pengurusan Kualiti 11 9. Sistem Pengumpulan Statistik 12 10. Glosari 13 11. Lampiran 14 11. Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur 21 Operasi Standard BSKB, KKM 12. Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard 22 Pegawai Psikologi (Klinikal) 13. Penghargaan 23
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 1 1. PENGENALAN Perkhidmatan Psikologi Klinikal telah beroperasi secara jawatan tetap di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 2004. Pada tahun 2007, Pekeliling Bilangan 29 telah mengukuhkan fungsi serta keperluan perkhidmatan pelbagai bidang dalam Pekhidmatan Kesihatan Mental yang secara jelas menyebut fungsi Pegawai Psikologi (Klinikal) dari setiap lapisan gred. Berdasarkan Polisi Operasi Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental 2011, Perkhidmatan Psikologi Klinikal dibincangkan di bawah para 6.12 mukasurat 73, yang menerangkan bahawa skop Perkhidmatan Psikologi Klinikal merangkumi tetapi tidak terhad kepada lima (5) kategori iaitu dewasa, kanak-kanak dan remaja, neuropsikologi, penagihan dadah dan liason. Psikologi Klinikal merupakan salah satu bidang kepakaran dalam bidang psikologi yang memberi tumpuan kepada aspek perkhidmatan penilaian diagnostik psikologi klinikal dan psikoterapi untuk menguruskan kecelaruan mental dan tingkah laku. Penilaian diagnostik psikologi klinikal melibatkan pentadbiran ujian-ujian psikologi kelas C yang digunakan untuk tujuan diagnosis dan psikoterapi. Pendekatan intervensi psikoterapi yang dijalankan oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) adalah berdasarkan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan model amalan saintifik (scientist-practitioner model). Selain itu, Perkhidmatan Psikologi Klinikal juga menitikberatkan aspek pencegahan masalah kesihatan mental yang dihadapi oleh masyarakat.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 2 2. VISI DAN MISI 2.1 VISI DAN MISI KKM VISI Negara menggembleng tenaga ke arah Kesihatan yang lebih baik MISI Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama: i. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat: • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan • Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka ii. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu: • Mengutamakan pelanggan • Saksama • Tidak membebankan • Cekap • Wajar mengikut teknologi • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran • Inovatif iii. Dengan menekankan: ▪ Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan ▪ Sifat menghormati maruah insan ▪ Penglibatan masyarakat
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 3 2.2 VISI DAN MISI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL VISI Menjadikan Perkhidmatan Psikologi Klinikal sebagai salah satu teras utama di dalam aspek pengurusan kesihatan mental dan fizikal selaras dengan visi dan misi KKM. MISI ▪ Menentukan pelaksanaan Perkhidmatan Psikologi Klinikal di KKM dari aspek pencegahan, diagnosis, rawatan dan pemulihan. ▪ Memastikan agar perkhidmatan yang diberikan oleh semua Pegawai Psikologi (Klinikal) di KKM sentiasa efektif melalui pendekatan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan model amalan saintifik (scientist-practitioner model). ▪ Menjadi pakar rujuk di peringkat KKM dan negara di dalam Perkhidmatan Psikologi Klinikal secara am dan bidang-bidang utama psikologi klinikal (niche area). ▪ Mengubal dasar dan halatuju profession serta Perkhidmatan Psikologi Klinikal di KKM. 3. OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN 3.1 OBJEKTIF Menyediakan Perkhidmatan Psikologi Klinikal bagi kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas oleh para Pegawai Psikologi (Klinikal) yang bertauliah melalui kaedah penilaian, diagnosis dan rawatan psikologikal yang sistematik, cekap, bertanggungjawab, dan beretika.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 4 3.2 PIAGAM PELANGGAN ▪ Setiap kes baru mesti dirujuk oleh Pakar Perubatan yang berkenaan dengan menggunakan borang rujukan Perkhidmatan Psikologi Klinikal. ▪ Segala maklumat mengenai diri, keluarga, rawatan, dan prosedur yang diterima mesti dirahsiakan. ▪ Pesakit hanya akan berjumpa dengan Pegawai Psikologi (Klinikal) mengikut tarikh janji temu yang diberikan. ▪ Tempoh sesi dijalankan antara 10 hingga 180 minit bergantung kepada jenis psikoterapi, alat penilaian diagnostik psikologi klinikal, kebolehan, kerjasama pesakit dan faktor- faktor lain. ▪ Contoh: 10 – 20 minit: bedside review; 45 -60 minit: psikoterapi; 90 - 180 penilaian diagnostik psikologi klinikal/ psikoterapi kelompok. ▪ Laporan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal mesti dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tamat sesi penilaian ditadbir. ▪ Setiap pesakit yang dirujuk akan diberi tarikh janji temu untuk menerima Perkhidmatan Psikologi Klinikal dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja. 4. FUNGSI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN Fungsi Perkhidmatan Psikologi Klinikal adalah untuk mengurus kecelaruan mental, tingkah laku dan rehabilitasi kognitif. Skop perkhidmatan adalah seperti berikut: ▪ Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal ▪ Rawatan Psikoterapi ▪ Psikoterapi Individu ▪ Psikoterapi Kelompok
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 5 5. SISTEM PENYAMPAIAN Perkhidmatan Psikologi Klinikal ditawarkan di beberapa hospital mengikut pembahagian zon (Tengah, Utara, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak). Senarai hospital yang mempunyai Perkhidmatan Psikologi Klinikal adalah seperti di Lampiran 1. Perkhidmatan Psikologi Klinikal juga ditawarkan kepada pesakit dalam (in-patient) dan luar (out-patient) di fasiliti yang mempunyai perkhidmatan psikiatri umum. Tahap dan intensiti Perkhidmatan Psikologi Klinikal yang diberikan akan bergantung kepada kemudahan dan sumber yang sedia ada. Perkhidmatan yang disediakan oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) Kementerian Kesihatan Malaysia terdapat di: a. Perkhidmatan Pesakit Luar (out-patient) * b. Perkhidmatan Pesakit Dalam (in-patient) * c. Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja d. Unit Forensik Psikiatri e. Unit Neuropsikiatri f. Unit Ketagihan g. Unit Psikogeriatrik h. Unit Psikiatri Liaison i. Unit Psikiatri Komuniti dan Rehabilitasi j. Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) k. Klinik Pengurusan Kesakitan (Pain Management) l. Institusi Kesihatan Mental m. Hospital Rehabilitasi n. Institusi/ Jabatan/ Unit Paliatif * Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada persetujuan oleh ketua jabatan di hospital masing- masing.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 6 5.1 SISTEM RUJUKAN 5.1.1 Fasiliti yang mempunyai Pakar Psikiatri. Bagi hospital yang mempunyai Pakar Psikiatri, rujukan pesakit hanya boleh dilakukan oleh/ melalui Pakar Psikiatri sahaja. 5.1.2 Fasiliti yang tidak mempunyai Pakar Psikiatri. Bagi hospital yang tidak mempunyai Pakar Psikiatri, rujukan pesakit hanya boleh dilakukan oleh/ melalui Pakar Perubatan di bawah disiplin berkaitan (contoh: Pakar Rehabilitasi, Pakar Onkologi). 5.1.3 Ketua jabatan boleh mengubah syarat rujukan / memberi pengecualian bagi rujukan secara terus dari jabatan lain berdasarkan norma kerja di fasiliti masing- masing. 5.1.4 Semua rujukan perlu secara bertulis dengan menggunakan Borang Rujukan Perkhidmatan Psikologi Klinikal melalui sistem berkomputer atau manual. 5.2 WAKTU OPERASI Waktu bertugas adalah tertakluk kepada waktu bekerja rasmi di negeri masing- masing 5.3 SISTEM RAWATAN Bagi fasiliti yang mempunyai Perkhidmatan Psikologi Klinikal, pesakit luar yang memerlukan Perkhidmatan Psikologi Klinikal mesti dirujuk oleh Pakar Psikiatri (bagi fasiliti yang mempunyai Pakar Psikiatri) atau pakar-pakar di bawah disiplin berkaitan (bagi fasiliti yang tidak mempunyai Pakar Psikiatri). 5.4 SISTEM RAWATAN PESAKIT LUAR 5.4.1 Perkhidmatan pesakit luar boleh didapati di semua hospital seperti di dalam Lampiran 1. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 7 a. Mempromosikan kesejahteraan psikologi b. Mempromosi kualiti hidup yang sejahtera dari aspek pencegahan c. Intervensi awal d. Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal e. Rawatan ▪ Psikoterapi ▪ Rehabilitasi Psikososial 5.4.2 LOKASI Lokasi rawatan pesakit luar beroperasi di: ✓ Klinik Pakar Psikiatri ✓ Klinik Pakar selain Pakar Psikiatri (contoh: Klinik Pengurusan Kesakitan) ✓ Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) 5.4.3 FUNGSI a. Menentukan keutamaan dan kesesuaian rujukan. b. Berbincang dengan pakar yang merujuk sekiranya terdapat perubahan yang meragukan atau tiada perubahan dengan rawatan psikoterapi. c. Melakukan dokumentasi bagi setiap maklumat sesi penilaian di dalam nota kes (case note) di fail perubatan pesakit. d. Bagi kes penilaian diagnostik psikologi klinikal, maklumbalas mengenai hasil penilaian perlu diberikan kepada perujuk (dan pesakit sekiranya perlu). e. Melaporkan dan mendokumentasi kemajuan rawatan pesakit. 5.4.4 FASILITI MINIMUM a. Bilik Rawatan* b. Bilik Penilaian* c. Bilik / workstation
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 8 d. Set meja dan kerusi kanak- kanak e. Kabinet besi berpalang / berkunci f. Komputer dan Pencetak g. Butang Kecemasan h. Sekurang-kurangnya mempunyai Peralatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal yang asas merangkumi a. Penilaian Kognitif Kanak- Kanak dan Remaja b. Penilaian Kognitif Dewasa dan Warga Emas c. Penilaian Tingkahlaku Adaptasi d. Penilaian Personaliti *merangkumi meja, kerusi, rak buku dan almari 5.4.5 DOKUMEN RUJUKAN a. Indikator Pencapaian Utama (KPI) Perkhidmatan Psikologi Klinikal. b. Polisi Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kebangsaan 2011 c. Garis Panduan Amalan Klinikal, KKM d. NICE Guidelines/ International Guideline e. Evidence- Based Practice 5.4.6 BAYARAN Kadar bayaran mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 5.5 SISTEM RAWATAN PESAKIT DALAM Perkhidmatan rawatan pesakit dalam boleh didapati di fasiliti yang tersenarai di dalam Lampiran 1. Perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dalam adalah seperti berikut: a. Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal dan Diagnosis b. Rawatan ▪ Psikoterapi ▪ Rehabilitasi Psikososial
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 9 5.5.1 PRINSIP RAWATAN Proses pelaksanaan pelan rawatan dan penilaian diagnostik psikologi klinikal bagi pesakit dalam dilakukan di dalam wad. 5.5.2 KRITERIA INKLUSIF Kriteria pesakit dalam yang boleh menerima Perkhidmatan Psikologi Klinikal berdasarkan kepada: - a. Tempoh masa pesakit di wad. b. Kestabilan pesakit yang boleh mempengaruhi rawatan dan keselamatan Pegawai Psikologi (Klinikal). 5.6 MODALITI PERKHIDMATAN 5.6.1 Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal: a. Keupayaan Intelektual b. Neurokognitif c. Neuroperkembangan d. Psikopatologi e. Kecelaruan Personaliti f. Kecelaruan Emosi g. Kecelaruan Tingkahlaku h. Psikologi Forensik 5.6.2 Rawatan Psikoterapi: a. Penyakit Mental (rujuk Lampiran 2) b. Masalah Kesihatan Mental 5.6.3 Pendekatan Terapi i. Cognitive Behavioural Therapy ii. Dialectical Behavioural Therapy iii. Mindfulness Based Intervention iv. Interpersonal and Social Rhythm Therapy v. Interpersonal Therapy
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 10 vi. Acceptance and Commitment Therapy vii. Neurocognitive Rehabilitation viii. Couple and Family Therapy ix. Psychodynamic Therapy x. Behaviour Modification xi. Applied Behaviour Analysis xii. Expressive Art Therapy xiii. Play Therapy Modaliti perkhidmatan di atas tertakluk kepada pendedahan dan latihan yang dihadiri oleh Pegawai Psikologi (Klinikal). 6. ORGANISASI Pembentukan organisasi pengurusan Perkhidmatan Psikologi Klinikal adalah mengikut lokasi perkhidmatan, iaitu Hospital Negeri, Hospital Pakar Major dan Institusi Kesihatan Mental. ▪ Carta Organisasi Hospital Negeri dan Hospital Pakar Major Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental. Penempatan Pegawai Psikologi (Klinikal) di bawah Unit Psikologi Klinikal / Unit Psikologi Kaunseling. ▪ Carta Organisasi Hospital Rehabilitasi Jabatan Perubatan Rehabilitasi. Penempatan Pegawai Psikologi (Klinikal) di bawah Unit Psikologi Klinikal. ▪ Carta Organisasi Institusi Kesihatan Mental Timbalan Pengarah Klinikal. Penempatan Pegawai Psikologi (Klinikal) di bawah Unit Psikologi dan Kaunseling. ▪ Carta Organisasi Institusi Khas Timbalan Pengarah Klinikal. Penempatan Pegawai Psikologi (Klinikal) di bawah jabatan yang diwarankan.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 11 7. POLISI DAN PROSEDUR 7.1 POLISI TERAS a. Prosedur penilaian diagnostik psikologi klinikal dan psikoterapi hanya dijalankan oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) dengan kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Psikologi Klinikal yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. b. Pengurusan Perkhidmatan Psikologi Klinikal hanya dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) yang berdaftar di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu (Akta 774). c. Pegawai Psikologi (Klinikal) perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (POS) sedia ada. d. Ketua jabatan/unit bertanggungjawab memastikan polisi dan prosedur ini dipatuhi oleh Pegawai Psikologi (Klinikal) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang berkhidmat. e. Pesakit akan menerima Perkhidmatan Psikologi Klinikal mengikut Polisi Operasi Standard. f. Keperluan fasiliti minimum bagi mengendali prosedur ini perlu merujuk kepada Polisi Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental (2011), Surat Keperluan Alat-Alat Penilaian Psikologikal bagi Menjalankan Perkhidmatan Psikologi Klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia (ruj. HKL/PSI/98/CP/01(99) bertarikh 7 November 2017) (rujuk Lampiran 3) atau mana-mana dokumen dan polisi terkini. 7.2 NORMA KERJA Norma kerja untuk Pegawai Psikologi (Klinikal) adalah sekurang kurangnya 16 sesi seminggu, di mana tempoh masa tiga puluh (30) minit adalah bersamaan satu sesi.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 12 7.3 AKTA DAN KOD ETIKA Pegawai Psikologi (Klinikal) mesti mematuhi Kod Etika di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu (Akta 774) 7.4 SENARAI PROSEDUR OPERASI STANDARD a. Prosedur Operasi Standard Pengurusan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal b. Prosedur Operasi Standard Pengurusan Psikoterapi Individu c. Prosedur Operasi Standard Pengurusan Psikoterapi Kelompok 8. PENGURUSAN KUALITI Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, kaedah berikut perlu diikuti: a. Penyeliaan dan pemantauan dari ketua jabatan/unit/pegawai penyelia berlandaskan Prosedur Operasi Standard (POS). b. Menjalankan kajian pembangunan dan penyelidikan (R&D) secara berterusan dalam bidang Perkhidmatan Psikologi Klinikal. c. Menjalankan program latihan dan pembangunan (T&D) bagi meningkatkan kompetensi pegawai. d. Pembelajaran berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan mutu Perkhidmatan Psikologi Klinikal. 9. SISTEM PENGUMPULAN STATISTIK Data yang direkodkan adalah: a. Data Indikator Pencapaian Utama (KPI). b. Statistik bulanan bilangan pesakit untuk rujukan penilaian diagnostik psikologi klinikal dan intervensi. c. Para pegawai menghantar data bulanan pada setiap bulan sebelum 10 hari bulan pada bulan berikutnya kepada Biro Data Profesion.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 13 10. GLOSARI Amalan berasaskan bukti :bukti kaedah yang dikumpul dan dikaji secara sistematik melalui pengetahuan tacit pengamal pakar untuk mencapai perubahan yang diingini. Diagnosis: perbuatan mengenalpasti sesuatu penyakit melalui symptom dan pengukuran psikologi. Garispanduan amalan klinikal, KKM: panduan yang dibentuk untuk digunapakai oleh anggota kesihatan dalam mengendalikan satu-satu penyakit berdasarkan bukti saintifik yang terkini Masalah kesihatan mental:keadaan kesejahteraan mental terganggu Modaliti: jenis-jenis psikoterapi Model amalan saintifik:model latihan yang mengintegrasi sains dan praktis dalam psikologi NICE Guidelines/ International Guideline: panduan yang dibentuk untuk digunapakai dalam mengendalikan satu-satu penyakit berdasarkan bukti saintifik yang terkini dari negara selain Malaysia Penilaian Psikologi: proses penilaian oleh psikologis berdaftar dengan menggunakan peralatan psikologi dan kombinasi kaedah untuk mencapai hipotesis mengenai ingkahlaku, personaliti, intelektual, kognitif emosi dan lain lain. Penyakit mental/ kecelaruan mental: Kondisi dimana terdapat simptom yang digambarkan melalui perubahan emosi, tingkahlaku dan pemikiran yang ketara dan menjejaskan kefungsian. Psikososial: intervensi yang menggunakan teknik psikologi dan sosial Psikoterapi : Rawatan penyakit mental oleh psikologis Rehabilitasi Kognitif: intervensi yang khusus bagi meningkatkan fungsi kognitif Ujian Psikologi Kelas C: Alat ujian kelas C adalah alat uian yang memerlukan lesen dan memerlukan kepakaran untuk interpretasi skor.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 14 11. LAMPIRAN Lampiran 1: Senarai Hospital Yang Mempunyai Perkhidmatan Psikologi Klinikal Lampiran 2: Senarai Dokumen Klasifikasi Penyakit Mental Yang Boleh Dirujuk Lampiran 3: Surat Keperluan Alat-Alat Penilaian Psikologikal bagi Menjalankan Perkhidmatan Psikologi Klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 15 LAMPIRAN 1 SENARAI HOSPITAL YANG MEMPUNYAI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL (SEHINGGA 16 JUN 2022) NEGERI HOSPITAL KATEGORI FASILITI Johor Hospital Permai, Johor Bharu Institusi Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu Pakar Major Melaka Hospital Melaka Negeri Negeri Sembilan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban Negeri Selangor Hospital Selayang Pakar Major Hospital Kajang Pakar Major Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Negeri Hospital Ampang Pakar Minor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya Hospital Rehabilitasi Cheras Institusi Hospital Kuala Lumpur Negeri Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur Institusi Hospital Putrajaya Pakar Major Institut Kanser Negara Institusi Perak Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Negeri Hospital Bahagia Ulu Kinta Institusi Pulau Pinang Hospital Pulau Pinang Negeri Perlis Hospital Tuanku Fauziah Negeri Kedah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Negeri Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Pakar Major Kelantan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Negeri Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Negeri Pahang Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Negeri Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pakar Minor Sarawak Hospital Umum Sarawak Negeri Hospital Sentosa, Kuching Institusi Hospital Miri Pakar Major Hospital Sibu Pakar Major Sabah Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu Institusi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Negeri
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 16 LAMPIRAN 2 SENARAI DOKUMEN KLASIFIKASI PENYAKIT MENTAL YANG BOLEH DIRUJUK 1 Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition (DSM-V) 2 International Classification of Disease-10th Revision (ICD-10)
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 17 LAMPIRAN 3 SURAT KEPERLUAN ALAT - ALAT PENILAIAN PSIKOLOGIKAL BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 18
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 19
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 20
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 21 JAWATANKUASA INDUK PEMBENTUKAN PROSEDUR OPERASI STANDARD BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Penasihat : PUAN FARINA BINTI ZULKERNAIN Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Pengerusi : TUAN HAJI MUSTAFAH BIN MD NOR Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Timbalan : TUAN HAJI ROSLAN BIN ABDUL AZIZ Pengerusi Timbalan Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 1 : ENCIK MUTHURAMAN A/L SELLATHURAI PATHAR Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 2 : PUAN NORHIDAYAH BINTI MUSA Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Fasilitator : PUAN NOOR ZAHIRAH BINTI HUSAIN Ketua Pegawai Optometri Hospital Kuala Lumpur : CIK ROZILA BINTI SUMARDI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Hospital Sungai Buluh
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 22 JAWATANKUASA KERJA PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL Pengerusi I : DR. NOORAINI BINTI DARUS Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur Timbalan : ENCIK AZMI BIN MOHAMAD @ SULEIMAN Pengerusi Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Raja Permaisuri Bainun Ahli-ahli : CIK NORHAMEZA BINTI AHMAD BADRUDDIN Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Permai : PUAN AINUL IZZAH BINTI ABDUL MANAN Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Tunku Ampuan Rahimah : CIK SIM KAI LOON Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Tunku Azizah : CIK CHEN YEN YEE Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Putrajaya : PUAN SHARLENE TEO SHU LIN Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Umum Sarawak : PUAN CHEAH PHAIK LIN JEANNIE Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Tunku Azizah : CIK UMI IZZATTI BINTI SAEDON Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Tuanku Ja’afar Seremban : PUAN MASYITAH BINTI MINHAD Pegawai Psikologi (Klinikal) Hospital Kuala Lumpur
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Psikologi Klinikal KKM | 23 Sekalung Penghargaan “Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada setiap individu atau organisasi yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penghasilan Pelan Pengurusan Operasi ini”
Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Muat Turun Salinan Buku https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/