The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Thanawood ophart, 2022-01-10 01:21:15

MPU 11012 (PERPADUAN)

MPU 11012 (PERPADUAN)

MPU 11012 : PENGAJIAN MALAYSIA
E-FOLIO : ASAS PERPADUAN

NAMA PENSYARAH : ENCIK NORHAIRUL
NIZAM BIN ABU BAKAR

SESI : 1 2021/2022

KUMPULAN 5

NAMA NO PENDAFTARAN
THANAWOOD A/L BANCA K01SKE21F022
SYAHWAL NAJMIE BIN SALIM K01SKE21F010
TAKWATCHAI SIRIPHAT A/L K01SKE21F008

THAMRONG

ISI KANDUNGAN

BIL PEKARA M/S

1. PENGENALAN 2-3
2. CABARAN YANG MERINTANGI 3-5

USAHA KE ARAH PERPADUAN 6-7
KAUM
8-10
3. HARAPAN AGAR DAPAT
MERINTANGI USAHA KE ARAH 10-13
PERPADUAN KAUM 13

4. USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN 14-15
DI PERINGKAT MASYARAKAT 15-16
SETEMPAT 17-19

5. KEPENTINGAN PERPADUAN 19-22
6. KESAN MASYARAKAT TIDAK
23
BERSATU PADU 24
7. PERPADUAN KAUM DAPAT

DIKEKALKAN
8. PERGOLAKAN KAUM MENGGUGAT

KEDAULATAN NEGARA
9. FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA

KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN
ANTARA KAUM

10. LANGKAH-LANGKAH BAGI
MENGATASI KETIDAKHARMONIAN
ANTARA KAUM

11. KESIMPULAN
12. RUJUKAN

PENGENALAN

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis
penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran mereka.Ia merujuk kepada
semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.
Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi
ataupun sains kemasyarakatan.Asas perpaduan bagi
sesuatu masyarakat berbeza seperti Melayu,India,cina
dan lain-lain.Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia
mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai
saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat
yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori
berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan
sosial ataupun masyarakat.Malaysia pula ialah negara
yang namanya harum di persada dunia kerana
kehebatan rakyatnya dalam mengekalkan perpaduan
kaum yang berbilang-bilang bangsa. Pada zaman
dahulu, penjajah British telah membawa masuk kaum
Cina dan India untuk kepentingan mereka sendiri dalam
usaha mengeksploitasi ekonomi yang mewujudkan
jurang sosial dan ekonomi yang amat besar antara
ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Namun kini,

masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya
mengasimilasikan budaya masing-masing untuk

membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu teguh
dan bersatu hati persis peribahasa bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

CABARAN YANG MERINTANGI USAHA KE

ARAH PERPADUAN KAUM

Terdapat beberapa faktor yang merintangi, atau setidak-
tidaknya berpotensi untuk menjadi penghalang kepada
perpaduan kaum di Malaysia, terutama dalam kalangan
golongan belia. Faktor-faktor yang didapati telah berjaya
merintangi usaha-usaha ke arah perpaduan rakyat berbilang
kaum di negara ini ialah ketidakfahaman sesuatu kaum itu akan
budaya dan adat resam sesuatu kaum yang lain, proses
sosialisasi antara kaum yang terhad, suasana politik dalam
negara yang berasaskan kaum, dan cabaran mentaliti.
Contohnya, Rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam lingkungan
budaya kaum sendiri sahaja. Mereka jarang bergaul dengan
kaum-kaum yang lain. Justeru, kefahaman mereka terhadap
budaya dan adat resam kaum-kaum lain menjadi dangkal.
Kebanyakkan kaum di negara ini berasa lebih selesa dan
selamat hidup dalam kelompok sendiri sahaja. Melayu akan
berasa selesa dan selamat jika ada Melayu lain yang tinggal
berhampiran dengannya, walaupun Melayu yang hampir
dengannya itu bukan saudara-mara atau sahabat-handainya.
Begitu juga perihalnya dengan Cina dan India, mempunyai rasa
yang serupa. Apabila tiada interaksi antara kaum, maka akan
rendahlah kefahaman sesuatu kaum itu terhadap budaya dan
adat resam kaum-kaum yang lain. Sejarah hubungan kaum di

Malaysia telah membuktikan wujudnya masalah antara kaum.
Salah satu daripada bentuk rintangan ke arah perpaduan kaum
di Malaysia ini ialah rintangan mentaliti. Rintangan ini lebih
bersifat psikologi, iaitu perkara-perkara yang mempunyai
kaitan dengan persepsi dan tingkah laku yang mempunyai
hubung kait dengan jiwa dan minda. Persepsi merupakan suatu
tanggapan yang mana dalam beberapa keadaan, ia tidak
menggambarkan hakikat atau keadaan sebenar tentang
sesuatu perkara. Dalam konteks hubungan kaum di Malaysia,
persepsi satu kaum yang tidak tepat atau salah terhadap satu
kaum yang lain boleh menjejaskan hubungan dan perpaduan
antara kaum. Pembentukan persepsi yang tidak tepat atau salah
ini perlu dijauhi, jika perselisihan faham antara kaum ingin
dielakkan. Ini kerana persepsi tidak tepat atau salah yang
terbina di dalam minda dan jiwa satu kaum itu terhadap satu
kaum yang lain akan diterjemahkan pula melalui tindakan atau
tingkah laku. Jika kita bertindak dan bertingkah laku hasil
daripada dorongan persepsi kita yang tidak tepat atau salah itu,
maka perselisihan faham antara kaum boleh berlaku, dan ini
akan membawa kepada masalah yang lebih besar. Antara
rintangan mentaliti yang didapati wujud di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum ini ialah stereotaip, prasangka
(prejudis), diskriminasi dan etnosentrisme. Rintangan mentaliti
ini biasanya bermula di peringkat individu dan ia saling kait-
mengait antara satu sama lain. Kaum-kaum di Malaysia telah
didapati berprasangka atau prejudis antara satu sama lain.
Prasangka ialah pernyataan, pandangan, pendapat atau
tanggapan yang dilemparkan oleh sesuatu kaum itu terhadap
sesuatu kaum yang lain tanpa usul periksa dan bukti yang
kukuh. Prasangka merupakan suatu sikap (biasanya negatif)
terhadap individu atau kelompok kaum kerana ciri-ciri tertentu
seperti ras (bangsa atau kaum), jantina, agama, pekerjaan dan
kelas sosial. Prasangka biasanya bersifat prejudgment, iaitu

sikap yang terbentuk sebelum mengetahui fakta-fakta yang
sebenarnya. Sikap ini tidak berubah walaupun individu atau
kaum itu telah didedahkan dengan pengetahuan dan bukti-bukti
baru. Prasangka atau prejudis ini memberikan beberapa kesan
sosial. Ia dapat membangkitkan suasana tidak harmoni dalam
masyarakat berbilang kaum di negara ini. Seseorang individu
yang berprasangka negatif terhadap satu kaum akan bercakap
dengan rakan-rakannya dari kaum yang sama tentang
prasangkanya itu dan cuba mengelak daripada bertemu atau
berhubung dengan kelompok kaum yang dia berprasangka itu.
Prasangka boleh mencetuskan konflik, dan ia akan menjurus
kepada timbulnya perasaan tidak puas hati satu kaum terhadap
satu kaum yang lain. Prasangka membolehkan seseorang
individu atau satu kelompok kaum itu melemparkan tuduhan-
tuduhan terhadap individu atau kaum lain jika berlaku sebarang
kesilapan pada diri individu atau kaum tersebut. Prasangka juga
berpotensi mewujudkan rintangan mentaliti yang lebih besar,
iaitu diskriminasi mengasingkan kumpulan atau kaum tertentu
dari segi pendidikan, perumahan, pekerjaan, dan sebagainya.
Diskriminasi pula boleh mencetuskan kekacauan dan
ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
Nyatalah di sini bahawa faktor utama yang menyebabkan
timbulnya prasangka ialah pandangan dan tanggapan yang tidak
benar tentang sesuatu kaum itu. Dari manakah datangnya
prasangka ini? Ia mungkin diwarisi daripada generasi terdahulu
yang tidak dikawal dan dihapuskan, lalu disampaikan kepada
generasi seterusnya, menyebabkan wujudnya perasaan tidak
senang atau benci serta saling tidak mempercayai antara satu
kaum dengan satu kaum yang lain di negara ini.

HARAPAN AGAR DAPAT MERINTANGI USAHA

KE ARAH PERPADUAN KAUM

Menggalas cabaran-cabaran yang telah digariskan di atas
terutama dibahu para belia sesungguhnya mendorong setiap
pihak untuk sama-sama membantu bagi memastikan konsep
yang diutarakan ini dapat dicapai objektifnya dengan berkesan.
Belia sebagai pewaris harapan bangsa dan negara di dekad-
dekad mendatang sewajarnya didedahkan dengan pena
sejarah bagi memberikan erti dan kewajaran terhadap
pentingnya kejayaan ditinta dalam mencanai konsep 1Malaysia.
Di bahu belialah harapan yang menggunung tertancap dalam
memastikan agar konsep ini tidak hanya tinggal cantik di atas
kertas atau sekadar menjadi retorik politik semata

Persepsi dan bias sesungguhnya masih menjadi isu dan
polemik yang mendasari politik Malaysia sehingga kini.
Sehinggakan dalam waktu-waktu tertentu terutamanya
sebelum waktu Pilihanraya Umum, isu-isu sensitif akan
dibangkitkan semula sehingga menimbulkan keresahan
kepada seluruh lapisan masyarakat. Atas dasar itulah
dicadangkan penyelesaian kepada masalah ini dengan
beberapa pendekatan. Ia adalah manisfestasi terhadap
harapan terutama bagi golongan belia untuk bersama-sama
menggembelengkan pemikiran dan tenaga bagi mencapai

hasrat ini. Antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini
ialah melalui

a) Penggunaan bahasa Melayu dipertingkatkan dalam sektor
swasta dan awam

b) Penekanan kepada sejarah latar belakang negara
Malaysia supaya semua rakyat mengenali tentang evolusi
pertumbuhan masyarakat Malaysia di negara ini

c) Keadilan sosial dijadikan asas kepada pembinaan bangsa
Malaysia

d) Keadilan sosial hanya boleh tercapai dalam satu sistem
ekonomi yang tidak menekankan dan didorong kepada
sifat kapitalisma yang tidak berperikemanusiaan

e) Sistem budaya berasaskan kepada kepelbagaian (diversity)
f) Kerajaan, media, badan korporat dan badan sektor ketiga

bertanggungjawab untuk menghapuskan stereotype di
kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI

PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT

 Program Pemuafakatan Masyarakat
Program pemuwafakatan antara masyarakat

setempat boleh diadakan melalui program-program
ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan,
Makan beradab, gotong royong, majlis perkahwinan
dan sebagainya.

 Hari Keluarga dan Sukan Rakyat
Program yang melibatkan seluruh ahli

masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara
dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat
menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan
tugas, program ini dapat membina persefahaman,
keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang
dalam kalangan seluruh warga masyarakat.

 Acara kebudayaan dan kesenian

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan
kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan
tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan
setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang
disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat
berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan
mematuhi peraturan yang digariskan.

 Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan

Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali

Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat
melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK
atau NGO mengatur program yang melibatkan
seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan
yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang
diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada
mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan
selamat yang diberikan,disambut dengan penuh
kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih
sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam
komuniti tempatan.

 Aktiviti Riadah

Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap
ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai
program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak
Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan
Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan
Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian
Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat
dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai
kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat
memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan
dan perasaan hormat menghormati sesama
masyarakat.

KEPENTINGAN PERPADUAN

'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang
amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia.
Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat
tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk
melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap
saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu
padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana
tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati
ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum
Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang
dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang
berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata
pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa
gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah
wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang
yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan
semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya
mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan
menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia

dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara
Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar
Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan
antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam.
Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan
perkauman berdasarkan warna kulit.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah
perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan
yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik
minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi
budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama
tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.
Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat
berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan
negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk
melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang
mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara
lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan
pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat
perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan
peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara
kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan
pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat
untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh
sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar
semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU

a) Masyarakat yang telah berpecah belah
b) Negara menjadi kacau-bilau dan huru-hara
c) Keselamatan dan keamanan negara akan terancam
d) Kadar jenayah di dalam Negara akan meningkat
e) Perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi.
f) Masyarakat saling benci membenci dan tiada rasa kasih-

sayang,tanggungjawab dan kerjasama di dalam satu
komuniti.
g) Tunjuk perasaan,perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat
akan berterusan dan berleluasa.
h) Berikutan itu, nyawa setiap rakyat dalam keadaan tidak
selamat dan terancam.
i) Masalah mencuri, meculik dan lain-lain akan meningkat
kerana tiada sikap untuk saling bekerjasama.
j) Wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap
kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman.
k) Aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan
juga mungkin berhenti dengan serta- merta.
l) Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti
Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan
mengamalkan prinsip demokrasi.

PERPADUAN KAUM DAPAT DIKEKALKAN

MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri
daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni
yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi
kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang
terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan
satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing
untuk melabur di negara kita. Menurut Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa
Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana
dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang
aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan
perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru- hara, serta
ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga
menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama
antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama
untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya
negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati
antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu
perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini
secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati
tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

PERGOLAKAN KAUM MENGGUGAT

KEDAULATAN NEGARA

Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 55
tahun, namun dalam soal perpaduan di kalangan masyarakat
berbilang kaum masih tidak lagi diselesaikan sepenuhnya. Pada
masa kini, hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang
ringan oleh sebahagian besar daripada kita. Menurut Datuk
Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensitif antara kaum dalam soal
hak, warna kulit, kepercayaan agama dan budaya sering
dipertikaikan. Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua
sekolah menengah dan penolong pengarah sebuah agensi
kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis,
mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di
negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan
gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India
seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan. Walaupun
terdapat sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi
perkataan sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang
berkelayakan tinggi telah menyebabkan ketidakpuasan hati di
kalangan masyarakat Cina dan India, seolah-olah mereka
diperlakukan seperti warga negara kelas kedua.

Pada satu sudut yang lain pula, seorang bloger yang
kemudian menjadi artis dan pengarah popular yang bernama
Namewee sering kali menggubah lagu-lagu yang mengandungi
unsur-unsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang
Melayu.Tetapi Namewee dikatakan bertindak sedemikian hasil
daripada pengalamannya yang tidak dilayan dengan wajar oleh

pihak-pihak tertentu. Filem kontroversinya ‘Nasi Lemak 2.0’
tidak menikmati penolakan cukai sebanyak 20% sebagaimana
yang dinikmati oleh kebanyakan filem tempatan Malaysia yang
lain walaupun filem tersebut berjaya menonjolkan konsep
1Malaysia dan telah memenangi pelbagai anugerah dan
pengiktirafan di luar negara. Ironinya, tiada sebarang
pengecualian atau pengiktirafan yang diberikan walaupun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz
(2011), menyokong dan berkata bahawa ‘Nasi Lemak 2.0’
merupakan filem 1Malaysia. Justeru, ia membuktikan bahawa
isu keharmonian antara kaum masih menjadi persoalan besar
dan penyelesaian bagi masalah ini tidak ditemui lagi walaupun
pelbagai usaha telah diambil.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA

KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN ANTARA

KAUM

Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
kenyataan di atas. Pertama sekali merupakan faktor sistem
pendidikan yang berasingan. Rakyat Malaysia terbahagi kepada
tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai
bahasa ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang
tersendiri. Ini sekaligus memisahkan pelajar mengikut bahasa
ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran kebangsaan
akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Justeru, majoriti kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah
Melayu. Situasi ini menyebabkan interaksi para pelajar yang
berbeza kaum dengan kaum yang berlainan sangat-sangat
terhad. Persefahaman antara satu sama lain juga tidak
disampaikan dengan sepenuhnya. Tambahan pula, sejak
kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19, selain
bertujuan untuk mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan
tanggungjawab sosial mereka iaitu mendidik kanak-kanak Cina
agar mereka mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina. Justeru,
penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi satu agenda
penting kepada mereka (Tan Yao Sua, 2005:65). Selain daripada
itu, ibu bapa yang tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan
tetapi menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan
yang merasakan struktur pendidikan tersebut dapat menjamin
kecemerlangan akademik anak mereka juga menjauhi
hubungan antara etnik.

Faktor yang kedua ialah keadaan politik di negara kita. Isu-
isu mengenai bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi
sering kali dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu.
Teknik-teknik yang digunakan oleh orang politik berkenaan isu
sensitif tersebut akan memberikan impak yang negatif kepada
rakyat. Setiap kaum akan cuba mempertahankan hak mereka
bagi mendapatkan satu keadaan yang sama rata. Sebagai
contoh, parti-parti politik tertentu cuba mengambil peluang
untuk menimbulkan perasaan kurang senang hati di kalangan
masyarakat dan seterusnya menyebarkan propaganda
berkenaan isu perkauman.

Di samping itu, perbezaan nilai antara etnik juga
mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit. Setiap
kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa yang
berlainan. Justeru, setiap kaum akan mengamalkan ciri-ciri
yang kemudiannya menjadi identiti diri mereka. Persoalannya
apabila identiti mereka dipersoalkan, kesejahteraan dan
keamanan negara akan terancam. Oleh itu, setiap etnik cuba
mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu
sama lain. Impaknya jurang hubungan antara kaum semakin
membesar. Anggota etnik akan memilih etnik yang sama
dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan sekerja. Mereka
mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima
budaya etnik yang lain dan menganggapnya tidak akan memberi
apa-apa faedah kepada mereka dalam kehidupan seharian.
Sebagai contohnya, sesetengah pensyarah di IPTA terpaksa
mengagihkan ahli kumpulan kerja kursus dengan memastikan
setiap etnik terdapat dalam sesebuah kumpulan itu.
Walaubagaimanapun, cara tersebut tidak memberikan kesan
yang diingini kerana masalah komunikasi dan ketidakselesaan

wujud di kalangan etnik. Masalah saling menyalahkan etnik-
etnik tertentu akan wujud.

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI

KETIDAKHARMONIAN ANTARA KAUM

Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan
hubungan harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada
titik noktah. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah
pembentukan integrasi nasional. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul
Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam
waktu yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan
itu dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil.
Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan
negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio –
ekonomi antara kaum dan wilayah. Ia juga diwujudkan untuk
mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang
perniagaan dan perusahaan sebagai usaha untuk membasmi
perasaan tidak puas hati dalam masyarakat.

Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha
diteruskan lagi dengan pelancaran dasar pembangunan
nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut meneruskan
pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat. Objektifnya ialah untuk
membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan
sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur
berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.
Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai
Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan untuk

mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat
nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan
pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik,
ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi
sebuah negara yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia
mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan
saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Konsep
1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada
3 April 2009. Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk
memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia
dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.

Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat
sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Untuk mencapai
kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum
membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan.
Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara
akan berjalan dengan lebih lancar. Persefahaman kaum juga
dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara
langkah yang dilakukan ialah dengan penubuhan sekolah
wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik
untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah
wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid
pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka
berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan
lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenali
dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka
akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap

budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan
mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya
mempercepat integrasi nasional.

Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) juga mampu mewujudkan keharmonian rakyat
serta negara. PLKN dapat memupuk perpaduan nasional.
Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama
di bawah satu bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk
menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan bergaul
mesra. Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup
masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam.
Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan
kekitaan. Selain daripada kerajaan yang bertanggungjawab
mengekalkan keharmonian negara, masyarakat sendiri perlu
turut memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian
negara berkekalan. Media massa merupakan satu saluran
yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan
efisien. Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis
iaitu media cetak dan media elektronik. Menurut L. John
Martin, media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan
interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih
moden.

Media dapat menyampaikan maklumat dan mendidik
masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu
masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Oleh itu, media
memainkan peranan yang amat penting bagi memperbaiki
hubungan antara kaum yang menjadi semakin buruk ini. Media
cetak seperti surat khabar, majalah dan buku membantu
menyedarkan maklumat kepada masyarakat. Dengan
memaparkan info mengenai sejarah, ciri-ciri kebudayaan dan

agama kaum yang terdapat di dalam Negara kita dalam ruangan
akhbar, orang ramai dapat mengetahui dan memahami
perbezaan antara satu sama lain. Justeru, rasa hormat-
menghormati antara satu sama lain akan ditimbulkan dalam
hati setiap individu.

Di samping itu, media elektronik seperti televisyen, radio,
laman web dan lain-lain juga merupakan satu peralatan yang
dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai dengan
mudah. Media elektronik memainkan peranan dengan
menayangkan iklan-iklan yang boleh memupuk semangat
perpaduan di kalangan masyarakat. Sebagai contohnya,
kempen– kempen yang ingin dijalankan oleh kerajaan untuk
memupuk semangat perpaduan haruslah dibantu oleh media
elektronik kerana saluran ini adalah alat yang berkesan dalam
penyampaian maklumat pada zaman teknologi yang canggih ini.
Peranan ini membolehkan orang ramai melibatkan diri dalam
kempen berkenaan dan seterusnya dapat merealisasikan
hasrat kerajaan bagi menanam semangat perpaduan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen
yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan
hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi
negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin
kestabilan ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang
harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara.
Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang
dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Justeru, masyarakat perlu
saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu
budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Malaysia pada
masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar.
Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua
golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati
antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan
mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya
merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha
yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu.

RUJUKAN

1) Cikgu Anelyza SPM: Kepentingan Perpaduan
2) MJYS Vol 2 Edisi Khas 2010-54-77.pdfPERPADUAN TERAS

KEJAYAAN: MAKSUD DAN KEPENTINGAN PERPADUAN
(1malaysiaunited.blogspot.com)
3) Perpaduan kaum (slideshare.net)
4) Masalah perpaduan di malaysia (slideshare.net)
5) makalah-v2n1-n4.pdf
6) Kepentingan Perpaduan (forumms.net)
7) (1) (DOC) Kepentingan perpaduan kaum | yassvind raja -
Academia.edu

LAMPIRAN RIADAH PERKAUMAN

Menyambut perayaan pelbagai kaum bersama-sama

Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah bersama murid-
murid

Sambutan Hari Keluarga

LAMPIRAN KERATAN AKHBAR


Click to View FlipBook Version