The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penghayatan Etikan & Peradaban
Kumpulan 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinibakri18, 2022-05-31 02:34:20

E-Folio 13 Mei 1969

Penghayatan Etikan & Peradaban
Kumpulan 2

E-Folio

MPU21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN




TAJUK : TRAGEDI 13 MEI. KRONOLOGI DAN

PENGAJARAN




NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD ASRI BIN ABD

GHANI




DISEDIAKAN OLEH :




NUR FATINI BINTI MOHD BAKRI 23DBS21F2028

SOFEA IZZATY BINTI NORISHAM 23DBS21F2006

DIVENDREN A/L K.GANESAN 23DBS21F2036

ARIF IRFAN BIN MOHD.RIZAL 23DBS21F2015







SESI 2 2021/2022

1

ISI

KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN  MUKA
SURAT
1 PENGENALAN
2 SEBELUM 13 MEI 1969 3
3 SEMASA 13 MEI 1969
4 SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969 5-8
5 PENGAJARAN 
6 KESIMPULAN 9-16
7 RUJUKAN
17-19
20
21
22

2

Pengenalan

Pada tanggal 13 Mei 1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang
merupakan satu titik hitam di dalam sejarah negara Malaysia, di
mana persitiwa itu telah menggugat kemamanan dan kestabilan
politik negara.Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa
terkorban telahdan harta benda juga turut musnah.
Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut juga mempunyai
kebaikkan yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik
perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara.
Peristiwa tersebut juga telah menyedarkan semua pihak bahawa
jurang perbezaan antara kaum adalah merupakan masalah asas
masyarakat Malaysia.

3

TRAGEDI 13 MEI 1969.
KRONOLOGI DAN
PENGAJARAN

4

Sebelum Tragedi 13 Mei 1969 Berlaku

Sebelum peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, kaum di negara kita
Semasa zaman penjajahannya, British telah menerapkan dasar
pecah dan perintah di Tanah Melayu.Tindakkan British
mewujudkan dasar ini berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum dari segi politik, ekonomi dan pendidikan

Ekonomi Masyarakat Sebelum 13 Mei 2022
Dari segi eokonomi, orang-orang Cina dapat tinggal di bandar-

bandar dan menjalankan perniagaan dan bekerja di kawasan
perlombongan sebagai pelombong dan mereka juga mewarisi
perniagaakn secara turun menurun.Hal ini menyebabkan orang-
orang Cina pada waktu itu mempunyai nilai aset yang tinggi dalam
ekonomi masyarakat Malaysia.Jadi pada masa itu orang Cina telah
menguasai ekonomi di Tanah Melayu.Bagi kaum india pula, mereka
diminta untuk bekerja sebagai buruh kasar kerajaan,pekerja-
pekerja ladang,penoreh dan mereka tinggal di estet. Manakala
kaum Melayu tinggal di luar bandar dan menjalankan aktiviti sara
diri seperti menanam padi dan bekerja sebagai nelayan.

5

Orang India bekerja sebagai buruh kasar kerajaan

Orang Melayu bekerja sebagai nelayan
Disebabkan corak ekonomi masyarakat Melayu dan India bersifat sara
diri, keaadaan ekonomi kedua-dua masyarakat ini khususnya Melayu
menjadi lemah dan ketinggalan.Corak dan kegiatan ekonomi yang
berbeza anatara kaum ini telah mengakibatkan kedudukan sosio-
ekonomi menjadi tidak seimbang. Perkara ini menjadi bukti bahawa
dasar yang dibuat oleh Biritsh telah berjaya mengelakkan perpaduan
antara pelbagai kaum yang dapat mengancam kedudukan
mereka.Kesan daripada dasar ini menyebabkan interaksi antara setiap
kaum terbatas dan hanya berlaku di tempat-tempat awam seperti
pejabat dan pasar.Suasana ini pastinya menjadi satu berita gembira
kepada penjajah kerana dapat mengukuhkan kedudkan dan dapat
mengekalkan kuasa mereka di tanah melayu.

6

Taraf Pendidikan Masyrakat Sebelum 13 Mei 1969
Sebelum peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, latar belakang pendidikan

bagi sesuatu kaum adalah berbeza-beza. Hal ini berlaku adalah kerana
sistem pendidikan yang wujub sebelum merdeka telah terbahagi
kepada empat jenis iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.
Keempat-empat aliran ini mempunyai kukurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu hanya menekankan kemahiran menulis, membaca dan
mengira hanya sekadar peringkat rendah sahaja. Manakala sekolah
Cina dan India menggunakan sistem yang diterapkan di negara asal
mereka sahaja, bahkan buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar
dibawa dari negara China dan India.Sekolah Inggeris pula hanya dapat
diikuti oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar

Sekolah Melayu

7

Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat ketika itu hidup di dalam
etnik-etnik mereka yang tersendiri.Sebelum Malaysia memiliki sistem
pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang berlainan
iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus
pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa,
identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai
masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di
Malaysia.

Punca Tercetusnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969

Disebabkan oleh dasar yang diterapkan oleh British, perpaduan
antara kaum di Malaysia amatlah terbatas walaupun selepas
kemerdekaan tercapai. Pada 10 Mei 1969, Pilihan Raya Umum Malaysia
yang ke-3 telah diadakan. Semasa Pilihan Raya 1969 berjalan, calon
pilihan raya terutamanya daripada parti pembangkakng telah
membangkitkan soalan-soalan sensitif, antaranya mereka
mempertikaikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,
Kedudukan hak orang Melayu dan orang bukan melayu dipersoal. Pada
Pilihan Raya 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC
telah mengalami kekalahan yang amat teruk serta hilang majoriti 2/3 di
dalam dewan rakyat.Manakala parti pembangkakang yang dianggotai
oleh kaum Cina telah memenangi majoriti undi sebanyak 50.7%. Selepas
keputusan Pilihan Raya 1969 diumumkan, Parti pembangkang berarak
dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan

Pilhan Raya Ke-3 pada tahun 1969

8

Semasa Tragedi 13 Mei 1969 Berlaku

SEKITAR KUALA LUMPUR
Terdapat desas-desus bahawa perarakan Umno 7.30 malam akan
menimbulkan kekecohan. Senjata mula diagihkan oleh ahli kumpulan
kongsi gelap. 6 PM Pergaduhan pertama.

SETAPAK
Sekumpulan Melayu dari Gombak yang dalam perjalanan ke rumah
Harun Idris, bertembung dengan orang Cina yang mengejek mereka.
Ramai patah balik, tapi yang menaiki skuter meneruskan perjalanan.
Pada 6:20 PM Ribuan Melayu berkumpul.

RUMAH DATUK HARUN IDRIS
Sekumpulan pemuda Melayu sudah berkumpul sejak dua jam. Setakat
jam ini, 5,000 berkumpul, tetapi keadaan terkawal. Ramai membawa
kayu dan kain rentang. Segelintir membawa parang dan keris. Pada 6:20
PM Kematian pertama iaitu seorang budak lelaki.

JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ
Beberapa pemuda Melayu tiba menaiki skuter, sambil melaung:
"Setapak dah kena langgar" - menyebabkan pemuda yang berkumpul di
situ bertindak balas dengan membunuh seorang budak lelaki Cina
penghantar kopi. Pada 6:40 PM Van dibakar, dua lelaki Cina di dalam.

JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ
Sebuah van dibakar di depan rumah Ahmad Razali, setiausaha politik
Datuk Harun. Dua lelaki Cina berada di dalam van itu.
Harun memanjat naik ke atas bumbung sebuah bas dan cuba
mententeramkan keadaan tapi tidak berjaya. Pada 7 PM Perusuh
semakin mengganas

JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ
Menjelang 7 malam, pemuda Melayu mula menyerang sesiapa sahaja
orang Cina, sementara pekedai Cina pula membaling botol kepada
mereka. Mereka membalas dengan membakar kedai-kedai tersebut.

9

BULATAN JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
Pada 7 malam gas pemedih mata ditembak.
FRU menghentikan 150 perusuh di bulatan Chow Kit; dan melepaskan
tembakan gas pemedih mata. Lalu perusuh patah balik ke Kg Baru.
FRU ditempatkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan
Chow Kit, dan Kg Baru.
Pada 7:15 PM Tukang kedai pertahankan diri. Mereka menggunakan
apa sahaja yang ada seperti parang, kayu, batang besi dan botol.
Bahkan ada seorang tua memegang cangkul.
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
Perusuh turun ke Jalan TAR dan membakar rumah kedai. Pekedai Cina
dan India pula cuba untuk mempertahankan diri.



Di Jalan Campbell yang berhubung dengan Jalan TAR, dan juga di Jalan

Yap Ah Shak bersebelahan Kampung Baru, rumah-rumah kedai
dimusnahkan.

10

LEBUHRAYA PERSEKUTUAN
Pada 7:15 PM berlakunya satu pembunuhan di Lebuh Raya Persekutuan.
Penduduk Kampung Kerinchi mengamuk selepas mendengar desas-
desus serangan atas Melayu itu.
Lalu mereka menyekat laluan empat lorong di Lebuh Raya Persekutuan
dengan balak. Mereka membunuh orang Cina (dan sebahagian orang
India), membakar kereta mereka. Keganasan semakin merebak seperti
api yang marak. Seterusnya keganasan itu merebak ke kampung-
kampung Melayu
KAMPUNG PANDAN & DATUK KERAMAT
Rusuhan merebak. Pemuda Melayu ke Kg Pandan dengan menaiki
motosikal dan membawa berita 'penyembelihan di Kg Baru'. Sekitar 20
minit kemudian, sebuah kedai dibakar di situ.
Di Kg Datuk Keramat pula, sebuah rumah Cina dibakar dan seorang
warga emas mati rentung di dalamnya.



Perintah berkurung diumumkan di radio pada 7.45 malam.

11

JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
Tidak lama setelah pegumuman itu, sekitar pukul 8 malam. Ibu pejabat
Umno cuba dibakar.
Perusuh Cina dan India membalas dendam dan menyerang kedai dan
kenderaan milik Melayu. Mereka cuba membakar ibu pejabat Umno
tetapi tidak berjaya dan juga beberapa trak propaganda dibakar.

PAWAGAM WAYANG REX, FEDERAL DAN CAPITOL
8:23 PM
Penonton Melayu diserang di pawagam. Pemuda Cina bersenjata
menyerang penonton Melayu di pawagam dan menyebabkan ramai
yang mati. Berdekatan Capitol Theatre, FRU meleraikan kira-kira 1,000
perusuh Cina manakala mangsa yang tercedera dibawa ke hospital.

PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap
telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur.
Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari
kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam
bahasa Cina.
Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut
bertindak semakin ganas dengan membakar panggung Odeon
setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut.
Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati.
Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang
turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan
berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.
Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari kaum Cina itu,
barulah orang-orang Melayu mulai bertindak balas.
Ada yang mengatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di
atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang

datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan

rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu.

Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh

di atas jalan. 12

Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak
datang ke Kampung Baru tetapi tersekat.
Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu
Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan
tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal.
Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas
tersebut.
Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang.
Apa yang pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan orang Melayu
di Kampung Baru ketika itu.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang
pergaduhan. Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-
apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

Panggung Capitol antara pawagam yang diserang di Jalan Tuanku Abdul
Rahman

IBU PEJABAT POLIS SELANGOR
Kira-kira pada pukul 9 malam, Perintah tembak sampai mati
dikeluarkan kepada pegawai keselamatan.

HOSPITAL BESAR
Sekitar 10:30 malam ditembak dari jarak dekat. Banyak mangsa
tembakan tiba di Hospital Besar. Hampir semuanya Cina, dan ramai
ditembak dari jarak dekat.

13

JALAN RAJA ALANG
Pada 2:15 AM Askar menembak seorang lelaki Cina yang menembak
secara rambang menggunakan senapang laras. Lalu pihak tentera
menembak balas dan 11 orang terbunuh.
Terdapat laporan tembakan bertubi-tubi di beberapa kawasan
rusuhan berdekatan Sungai Kelang dan Sungai Bunus tetapi
malangnya penembak tidak dikesan.

Hospital Besar (di latar belakang) terletak lebih kurang 1km dari kawasan
panas rusuhan.

Kenderaan yang dirosakkan di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur

14

Sebuah kereta yang terbakar di Jalan Raja Muda, lokasi tercetusnya
rusuhan.

Rumah kedai yang terbakar di Jalan Campbell.

15

14 MEI
HOSPITAL BESAR
Di rumah mayat, mayat semakin bertimbun sehingga tiga lapisan. Sudah
tiada lagi ruang, tapi jasad tidak bernyawa terus-menerus tiba.
SEKITAR KUALA LUMPUR
Ribuan terkesan dengan kejadian itu. Bantuan makanan dihantar ke
7,500 penduduk di kawasan terkesan.
Negara Diisytiharkan Megeran.
Ketegangan berpanjangan selama berbulan-bulan. Dengan itu,Peniaga
Cina bertindak memboikot hasil tanaman petani Melayu. Pada bulan Jun,
15 orang maut dalam pergaduhan di Sentul, tetapi situasi dapat dikawal
dengan pantas. Sehubungan dengan itu, peristiwa 13 Mei telah
menyebabkan rakyat terkorban dan terjejas. Angka rasmi yang telah
dikeluarkan menunjuk bahawa seramai 196 mati, 439 cedera, 39 hilang
dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tetapi ramai telah
menganggar bahawa ramai lagi yang dibunuh tetapi tidak dijumpai
mayatnya. Maka, kerajaan telah melakukan pelbagai insiatif untuk
mengelakkan perkara ini dari berlaku lagi. Selepas megrean
dilaksanakan dan parlimen digantung, Tun Razak telah mengambil alih
pentadbiran negara

16

Selepas Tragedi 13 Mei 1969 Berlaku

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, Tun Razak mengambil alih
pemerintahan negara pada 7 Disember 1970, Utusan Malaysia telah
melaporkan Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih jawatan
Pengerusi Perikatan daripada Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj dalam
satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Perikatan.
Ketika mengumumkan penyerahan jawatan itu kepada Tun Razak,
Tunku telah berkata “adalah wajar bagi Perdana Menteri mengetuai
parti di samping menjadi Ketua Kerajaan”. Tunku juga memberi jaminan
bahawa akan terus bekerja keras dalam Perikatan dari belakang tabir
dan tetap akan menjadi anggota Perikatan yang kuat.

Upacara pelantikan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri
yang telah berlangsung di Istana Negara dalam satu majlis
ringkas di hadapan DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan

Abdul Halim Muadzam Shah dan Tunku Abdul Rahman Putra.

17

Dasar Ekonomi Baharu
Ketidaksamarataan ekonomi menjadi sebab utama berlakunya

kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969,
Selepas itu, dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk
menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai
kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan
keamanan negara. Sejak Malaysia mencapai Kemerdekaan pada tahun
1957 hingga ke akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi di dorong
oleh kuasa pasaran. Hasilnya, Malaysia mencapai kadar pertumbuhan
ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak seimbangan yang
serius. Ini bermakna, walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi, kekayaan
tidak diagihkan dengan baik. Golongan yang miskin, kebanyakannya
kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan berkerja
sebagai petani, masih ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina
dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan
sektor korporat.

Keratan akhbar Utusan Malaysia mengumumkan Dasar Ekonomi Baru
dilaksanakan.

18

Matlamat Dasar Ekonomi Baharu

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang
dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan
Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu
juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-
ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa
pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah
negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta
ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang
lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Dasar ekonomi baharu mempunyai dua sasaran. Sasaran pertama
adalah mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat
tanpa mengira etnik. Sasaran yang kedua pula adalah untuk menyusun
semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Bagi merialisasikan sasarangn ini, kerajaan ketika itu telah ·Membentuk
sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang
Melayu dan golongan Bumiputera supaya dapat membentuk dan
memiliki 30% ekonomi dalam tahun 199, menubuhkan beberapa agensi
seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham
Nasional dan memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur
melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA
dan sebagainya.

Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan
dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang
kukuh.Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada
pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan
sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor
swasta.

19

Pengajaran Tentang Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mai 1969 telah menjadi satu titik hitam di dalam sejarah
negara Malaysia. Sungguh banyak sekali angka terkorban dan harta-
harta awam dimusnahkan pada hari tersebut. Ini membuktikan bahawa
negara Malaysia ketika itu gagal menjadi satu negara yang mempunyai
perpaduan di antara masyarakat. Setiap yang berlaku pasti ada
pengajarannya, pengajaran yang diperoleh daraipda peristiwa ini
hendaklah disemai di dalam hati semua rakyat agar peristiwa seperti ini
tidak berulang lagi di masa hadapan.Berikut merupakan beberapa
pengajarang yang dapat kita perolehi dari peristiwa 13 Mei 1969.

Jurang Ekonomi Antara Kaum

Jurang telah menjadi faktor yang menyebabkan perasaan tidap puas
hati antara kaum dan menjadi punca berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Jurang dapat dikurangkan dengan memberi peluang yang lebih kepada
golongan yang tercicir dari segi ekonomi tanpa mengira kaum.

Pola Penempatan Masyarakat

Pola penempatan masyarakat perlulah disusun semula supaya
menggambarkan masyarakat Malasyia yang majmuk. Sekukurangnya
30% dari ornag Melayu dan India mesti mendiami bandar-bandar utama
negara supaya perpaduan antara kaum itu dapat dieratkan.

Perpaduan Antara Kaum

Perpaduan antara kaum amat penting supaya tragedi 13 Mei 1969 tidak
akan berlaku lagi pada masa hadapan. Seperti yang kita dapat lihat,
peristiwa tersebyt berlaku kerana masyarakat ketika itu mempunyai
perasaan tidak puas hati akibat daripada layanan berat sebelah yang
diberikan kepada mereka. Sebolehnya, kita mestilah mengelak daripada
peristiwa ini berulang lagi pada masa hadapan dengan menekankan
dan mengeratkan perpaduan antara kaum di negara Malaysia.

20

Kesimpulan

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjadi luka yang meninggalkan kesan
kepada semua warganegara Malaysia. Peristiwa seperti ini mungkin
akan berlaku semula sekiranya perpaduan antara kaum tidak
diendahkan dan dititik beratkan. Di sini jelaslah bahawa kita, sebagai
rakyat yang cinta akan negara dan bangsa haruslah mengambil
tindakkan unutk memastikan perpaduan antara kaum itu dapat
dijayakan. Antara tindakakan yang boleh diambil adalah faktor-faktor
yang tmenyebabkan tidak puas hati antara kaum perlulah diatasi
dengan segera terutamanya jurang ekonomi dan pemilikkan aset yang
besar antara kaum. Selain itu, isu-isu sensitif antara kaum juga mesti
ditangani segera supaya ia tidak merebak sehungga menjejaskan
keharmonian antara kaum. Contohnya, hak istimewa orang melayu
yang diperuntukan di dalam perlembagaan negara, Islam sebagai
agama persekutuan dan Bahasa Malayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Jika perkara-perkara ini dapat dibanteras, sudah semestinya Malaysia
akan menjadi satu negara yang disegani kerana mempunyai rakyat yang
bersatu padu dan cintakan negara.

21

Rujukan

1. https://slidetodoc.com/bab-6-pembangunan-ekonomi-
dalam-konteks-hubungan-etnik/
2.http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/peristi
wa-13-mei.html?m=1
3. http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html
4. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

22

TERIMA
KASIH

23


Click to View FlipBook Version