SESI 1
2022/2023
BUKU PROGRAM
PENDAFTARAN
PELAJAR
KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
KM 16, Jalan Tiang Dua, 75460 Ayer Molek, Melaka
Tel: 062695881 / 882
KPMAYERMOLEK https://ayermolek.kpm.edu.my
UCAPAN
ALU-ALUAN
PENGARAH
W.B.T
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala rahmat dan maghfirah-Nya, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan juga selamat datang kepada para pelajar baharu sesi 1, 2022/2023 yang telah berjaya
menjejakkan kaki ke Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka (KPMAM). Mulai saat ini, akan bermulalah
kehidupan saudar/i sebagai siswa/siswi yang memerlukan kekuatan, ketabahan dan juga kebolehan untuk
beradaptasi dengan sistem pembelajaran yang agak berbeza dari kehidupan di sekolah menengah dahulu. Namun
begitu, telah terbukti bahawa proses adaptasi ini bukanlah sesuatu yang terlalu sukar kerana KPMAM telahpun
berjaya melahirkan ribuan graduan sebelum saudar/i. Kolej mempunyai sistem sokongan yang ampuh yang
insyaAllah boleh membantu jika saudara/i mempunyai masalah untuk beradaptasi.
Perjalanan saudara/i tidak mudah. Saudara/i akan memerlukan semangat kental, ketabahan dan kemahuan untuk
berusaha keras untuk boleh mencipta kejayaan di sini. Akan ada persaingan, tetapi jadikanlah ia persaingan yang
sihat di mana saudara/i saling membantu untuk sama-sama berusaha meningkatkan kemahiran diri di samping
memahami, mendalami dan menguasai ilmu. Pelajar yang pintar dan bijak adalah mereka yang berani mengintai
dan merebut peluang dalam usaha untuk terus maju ke hadapan. Ilmu dan pengetahuan amat berharga dan bila
disertai dengan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif (sekadar menyebut
beberapa kemahiran utama) ia boleh menjadi penentu kepada kejayaan sesiapa sahaja. Maka ambillah peluang ini,
kerana sesungguhnya ada calon di luar sana yang tidak berkesempatan.
Sepanjang tempoh pandemik, aspek keselamatan dalam pengoperasian IPT amat dititikberatkan, dengan
berpandukan nasihat dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lembaran baru Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) norma baru bermula pada sesi ini kerana PdP akan dijalankan
secara hibrid di mana terdapat gabungan antara pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka. KPMAM juga
akan terus mengamalkan Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan
wabak Covid-19, maka patuhilah SOP seperti digariskan agar kolej kita terus bebas dari Covid-19.
Kecanggihan teknologi semakin hebat. Rangkaian hubungan di seluruh dunia semakin mudah, menyelusuri setiap
ruang dan waktu. Segala urusan dilakukan hanya di hujung jari. Perkembangan dalam teknologi maklumat dan
komunikasi menjadi keutamaan. Mereka yang dapat membina rangkaian dalam dunia yang penuh persaingan akan
dapat menguasai sumber. Sebagai pelajar alaf baru, saudar/i perlu terus berusaha agar dapat bersama-sama
memanfaatkan kelebihan ini dan seterusnya menguasai kemajuan menggunakan segala kemudahan yang ada.
Tahap intelektual yang tinggi beserta pemupukan budaya saing yang sihat serta penghayatan nilai-nilai murni yang
menjadi kebanggaan kita akan menyumbang kepada pembentukan modal insan yang cemerlang. Oleh itu,
tumpuan kepada pemupukan budaya cemerlang hendaklah diteruskan sesuai dengan hasrat MARA dan KPMAM.
Sekiranya ini dapat dicapai, saudara/i semua akan muncul sebagai modal insan yang cemerlang, cekap, insan kamil
yang positif dan berpandangan jauh. Sekali lagi, selamat datang, semoga Allah permudahkan usaha saudara/i untuk
mencapai kecemerlangan.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2023”
“BERKHIDAMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”
Saya yang menjalankan amanah,
Samsiah binti Kandar
Pengarah KPM Ayer Molek Melaka
https://ayermolek.kpm.edu.my
JAWATANKUASA
PENGURUSAN
KOLEJ
Pengarah PN. SAMSIAH BINTI KANDAR
Timbalan Pengarah HEA PN. NOORMILA BINTI MOHD FAHAMI
Timbalan Pengarah HEP USTAZ IMRAN RAMZI BIN CHE IBRAHIM
Timbalan Pengarah KP EN SHAHRULAZLI BIN JAAFAR@ISMAIL
Ketua Jabatan Perakaunan PN. ROZAIDA BINTI ABU SHARI
Ketua Jabatan Sains Kuantitatif PN. ALINA BINTI MAHMUD
Ketua Jabatan Pengurusan PN. NOOR FAIEZAH BINTI YAAKUP
Ketua Jabatan Pengajian Am USTAZ MOHD SALMAN BIN MOKHTAR
Ketua UPP EN. AHMAD IKHWAN BIN TARMIZI
Kaunselor EN KHAIRUL AZWAN BIN AMIN
PN. SITI SARAH BINTI BAHARI
Ketua Felo USTAZ WAN AB RAHMAN BIN WAN
DOLLAH
Peg. Teknologi Maklumat Ts. SHAFIK ASRAF BIN JUNUS
Penyelaras Kokurikulum PN. SYAIDATUL KAMILA BINTI MOHD
HAJARAIH
Pen. Pegawai Tadbir(K) PN. FAUZIAH BINTI ABDUL GANI
Pegawai Perpustakaan PN. SHARIFAH RAFIDAH BINTI WAN
BAGUS
Pen. Pegawai Tadbir (Asrama) PN. ZALEHA BINTI KELING
YDP Muafakat KPMAM EN ABDUL RAZAK BIN BUDU
https://ayermolek.kpm.edu.my
UNIT
FELO
KOLEJ
Ketua Felo :
USTAZ WAN AB RAHMAN BIN WAN DOLLAH (013-2007530)
Timbalan Ketua Felo :
CIK HANAQ BT YAZID (010-5374364)
Felo :-
1. USTAZ ABDUL NAIM BIN MOHD SALIM
2. EN. AZHAR BIN HASSAN
3. EN AZRUL HAFFIZ BIN MOHAMED
4. EN. MOHD RAMDAN BIN IBRAHIM
5. EN. MUHAMAD SAFWAN BIN MUHAMAD YUSOF
6. USTAZAH SITI MARIAH BT ABDUL WAHAB
7. CIK NOR FAIEZAH BT MUHAMAD ALI
8. CIK NORLIZAWATI BT HASSAN
9. CIK RUQAYYA BINTI MAZLAN
10. PN. SYIRIN HANIM BINTI JALIS
11. EN. SA’ID BIN MOHD KHALID
https://ayermolek.kpm.edu.my
JAWATANKUASA
PENDAFTARAN
PELAJAR
Pengerusi PENGARAH
Timbalan Pengerusi 1 TIMB PENGARAH HEP
Timbalan Pengerusi 2 TIMB PENGARAH HEA
Timbalan Pengerusi 3 TIMB PENGARAH KP
EN. KHAIRUL AZWAN BIN MAT AMIN
Penyelaras PN. NURUL YUSRA BINTI MOHD SABRI
Setiausaha PN. SITI NAZIRA BINTI ABD RANI
Penolong Setiausaha
Jawatankuasa : EN. MOHD SALMAN BIN MOKHTAR
Semakan Kelayakan PN. ANITA BINTI MD DIN
PN. ZALEHA BINTI KELING
Yuran MARA EN. AZRUL HAFFIZ BIN MOHAMED
Penginapan Asrama PN. SYAHIRAH BINTI MD SARIP
Koperasi & ID Pelajar PN. SYAFENAS BINTI ABDULLAH
PN. CHE MAZURA BINTI A AZIZ
Muafakat PN. SURYANTI BINTI YAHAYA
Homeroom & CMS YM. RAJA MOHD NASHRIQ BIN RAJA
SPUPIM & Pengisian Borang SABRI
EN. MUHAMMAD AFIQ BIN ANWAR
Sahsiah Pelajar APANDI
Teknikal Ts. SHAFIK ASRAF BIN JUNUS
PN. SITI SARAH BINTI BAHARI
Buku Program Digital EN. AZIZULAZRIN BIN MOHAMED
Domain Emel Pelajar EN. KHAIRUL AZWAN BIN MAT AMIN
PN. SYAHIDATUL KAMILA BINTI MOHD
Penyelaras Minggu HAJARAIH
Silaturrahim (MISRA) CIK NOR FAIEZAH BINTI MUHAMAD ALI
Pen. Penyelaras Minggu PN. ROHAYA BINTI ISMAIL
Silaturrahim (MISRA) PN. SITI MARIAH BINTI AB WAHAB
Penyelaras Orientation
Committee
Sukan & Riadah
Makanan & Minuman
Persiapan Tempat
Kerohanian
https://ayermolek.kpm.edu.my
GARIS PANDUAN
KEMASUKAN
PELAJAR
Sila layari Portal Rasmi Kolej
(https://ayermolek.kpm.edu.my)
untuk maklumat lebih lanjut
https://ayermolek.kpm.edu.my
GARIS PANDUAN
PROSES PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU
Sila layari Portal Rasmi Kolej
(https://ayermolek.kpm.edu.my)
untuk maklumat lebih lanjut dan
paparan lebih jelas
https://ayermolek.kpm.edu.my
Sila layari Portal Rasmi Kolej
(https://ayermolek.kpm.edu.my)
untuk maklumat lebih lanjut dan
paparan lebih jelas
https://ayermolek.kpm.edu.my
PINDAAN MINGGU AKTIVITI
DAN MINGGU AKADEMIK KE-7
KALENDAR AKADEMIK
Sila layari Portal Rasmi Kolej
(https://ayermolek.kpm.edu.my)
untuk maklumat lebih lanjut dan
paparan lebih jelas
https://ayermolek.kpm.edu.my
MOD PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
PELAJAR
Sila layari Portal Rasmi Kolej
(https://ayermolek.kpm.edu.my)
untuk maklumat lebih lanjut dan
paparan lebih jelas
https://ayermolek.kpm.edu.my
STRUKTUR
YURAN
PELAJAR
Sila layari Portal Rasmi Kolej
(https://ayermolek.kpm.edu.my)
untuk maklumat lebih lanjut dan
paparan lebih jelas
https://ayermolek.kpm.edu.my
MAKLUMAN
PENTING
PELAJAR
1. Pastikan dokumen dalam senarai semak di salin
mengikut bilangan salinan yang dikehendaki dan
dokumen juga wajib di sahkan benar.
2. Kesemua dokumen yg dinyatakan di senarai semak
hendaklah disusun mengikut senarai semak dan
dimasukkan ke dalam sampul surat.
3. Sila tulis nama pelajar, no. ic & no. id pelajar pada sampul
surat mengandungi dokumen berkenaan.
4. Dokumen tersebut perlu diserahkan di kaunter serahan
semasa hari mendaftar ke KPM AYER MOLEK
(Serahan dokumen semasa mengambil kunci asrama).
https://ayermolek.kpm.edu.my
CARTA ALIR
PENDAFTARAN
ASRAMA
MULA
PERHATIAN : PARA IBUBAPA/PENJAGA DIBENARKAN
MENURUNKAN PELAJAR DIPERKARANGAN ASRAMA SAHAJA
DAN DILARANG MASUK KE DALAM ASRAMA PELAJAR.
PINTU MASUK UTAMA KOLEJ
- Pemeriksaan status profile MySejahtera (pelajar, ibu bapa
penjaga)
- Imbasan kod QR aplikasi MySejahtera (pelajar, ibubapa penjaga)
- Saringan Ujian Covid-19 ke atas pelajar menggunakan Kit RTK
Antigen (pelajar lakukan sendiri sebelum sampai ke kolej)
- Penerimaan Borang Deklarasi Kesihatan
- Borang Kebenaran Ibu Bapa Penjaga (Pelaksanaan Ujian
Saringan Kendiri COVID-19)
ASRAMA – Agihan kunci bilik
SERAHAN SAMPUL YANG MENGANDUNGI SENARAI SEMAK
DOKUMEN KE KAUNTER SERAHAN
(SEMASA MENGAMBIL KUNCI BILIK ASRAMA)
PELAJAR BERGERAK KE BILIK DAN MULA MENJALANI
KUARANTIN (7 HARI KUARANTIN)
TAMAT
https://ayermolek.kpm.edu.my
PERATURAN
1. Setelah memasuki asrama semua pelajar akan
menjalani tempoh kuarantin selama 7 hari
bermula dari 10 Mac 2022 (Khamis) sehingga
16 Mac 2022 (Rabu).
2. Kawasan lingkungan pelajar hanya di dalam
bilik asrama dan di kafeteria sahaja.
3. Pelajar hanya dibenarkan keluar ke kafeteria
untuk membeli makanan secara bungkusan
dan jadual keluar untuk membeli makanan
tersebut akan di beritahu pada masa yang
terdekat.
https://ayermolek.kpm.edu.my
OBJEKTIF
PROGRAM
MISRA
1. Memberi peluang kepada pelajar dari
pelbagai negeri dan latar belakang untuk
bersuai kenal.
2. Wadah pengerat hubungan silaturrahim
antara pelajar baru dan warga sedia ada kolej
melalui penyertaan bersama dalam segala
aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program
berjalan.
3. Membudayakan cara kehidupan
bermasyarakat di asrama dan kolej.
https://ayermolek.kpm.edu.my
JADUAL PROGRAM
MISRA
(ATAS TALIAN)
https://ayermolek.kpm.edu.my
JADUAL PROGRAM
MISRA
(ATAS TALIAN)
https://ayermolek.kpm.edu.my
JADUAL PROGRAM
MISRA
(BERSEMUKA)
https://ayermolek.kpm.edu.my
IKRAR
PELAJAR
Kami berikrar sesungguhnya sepanjang pengajian kami di kolej :
1. Kami akan, mematuhi segala peraturan dan undang-undang
Kolej Profesional MARA Ayer Molek dan semua peraturan dan
undang-undang yang digubal dari semasa ke semasa.
2. Kami akan menjaga nama baik kolej sepanjang masa dan
bertanggungjawab untuk melindungi harta dan kemudahan
kolej.
3. Kami tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan yang tidak
diingini yang akan mengganggu fungsi pentadbiran dan
akademik.
4. Kami akan menumpukan sepenuh masa kami dalam
pembelajaran dan akan memenuhi segala syarat pengajian.
https://ayermolek.kpm.edu.my
LAGU
MARA
AMANAH RAKYAT
Demi satu keunggulan
Bangsa yang berdaulat
Sebuah lambang menawan puncak jaya
Perkasa di persada dunia
Obor para cendekia
Merentas masa hadapan
Usahawan jaya tercipta bahagia
Maju mara maju jaya
MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Bersemangat perintis penuh yakin
Demi satu amanah mulia
MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Penuh keyakinan demi satu
Amanah mulia…
Lagu : Dato’ Mohd Nasir Mohamed
Lirik : Mohd Khirin Omar dan Dato’ Mohd Nasir Mohamed
https://ayermolek.kpm.edu.my
dipilih sebagai warga
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Kehadiran saudara-saudari
amat dialu-alukan.
Sila layari portal rasmi kolej
dibawah untuk info yang terkini
https://ayermolek.kpm.edu.my