The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ting Siang, 2023-11-14 08:53:49

03 PEMBENTANGAN

03 PEMBENTANGAN

TEMA: PERPADUAN DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT DI MALAYSIA MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI SANDAKAN PENSYARAH:FAIZ AIMAN BIN MOHAMAD


CARLSON JONNY 27DAQ23F1099 PEMYUMBANG IDEA: KEPENTINGAN SEMANGAT PERPADUAN HAFZHAR JAQIM 27DAQ23F1108 PENYUMBANG IDEA: DEFINISI PERPADUAN DAN KEHARMONIAN ANG TING SIANG 27DAQ23F1012 PENYUMBANG IDEA: CARA MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN BRYAN LIEW LI KAI 27DAQ23F1096 PENYUMBANG IDEA: KESAN BURUK JIKA TIDAK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN BARISAN-BARISAN PENGHASILAN E-FOLIO PERPADUAN DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT DI MALAYSIA


ASPEK MUKA SURAT 1.1 PENGENALAN 4 1.2 DEFINISI PERPADUAN DAN KEHARMONIAN 5 1.3 LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM MASYARAKT 6-8 1.4 KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN 9-10 1.5 KESAN BURUK JIKA TIDAK MENGAMALKAN SEMANGAT PERPADUAN KEPADA NEGARA 11 1.6 KESIMPULAN 12 BIBLIOGRAFI 13 LAMPIRAN 14 ISI KANDUNGAN


1.1 PENGENALAN • Masyarakat atau rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu,India,Cina,Kadazan,Iban dan banyak lagi.Kepelbagaian ini dahulunya terjadi selepas penjajahan British yang membawa pendatang asing daripada negara luar ke Tanah Melayu dan melaksanakan dasar Pecah Perintah yang mengasingkan kaum-kaum. • Tetapi pada tanggal 31 Ogos 1957,Bapa Kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman telah berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia dan membebaskan negara kita daripada penjajah dan mencapai kemerdekaan.Namun,isu-isu perkauman yang sensitif masih menjadi tajuk berita di media arus perdana sehingga hari ini,Oleh itu,mustahak untuk kita pelajari kepentingan pemupukan perpaduan antara kaum di Malaysia untuk mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan negara kita,Malaysia. . PERPADUAN DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT DI MALAYSIA


1.2 MAKSUD/DEFINISI PERPADUAN DAN KEHARMONIAN PERPADUAN Merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dalam sesebuah negara melalui ideologi, identiti negara yang sama merupakan konsep penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Ia merujuk kepada keadaan di mana semua kaum hidup berhidup bersama secara harmoni dan saling membantu antara satu sama lain. Perpaduan masyarakat yang berbilang kaum memastikan keamanan dan kesejahteraan negara serta memupuk hubungan yang baik antara semua kaum di Malaysia. KEHARMONIAN bermaksud keadaan harmoni atau kemesraan. sesuatu proses menyatupadukan rakyat untuk mencapai kesejahtraan hidup. SLOGAN ''PERPADUAN DAN KEPELBAGAIAN" Satu slogan yang menarik tetapi penting untuk difahami dengan sejelas-jelasnya. Dunia mengetahui, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum masih boleh bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang iaitu agam, adat resam, budaya dan seumpanya. Setelah 66 tahun negara merdeka, perpaduan antara kaum bukan sahaja perlu dikekalkan malah diperkukuh lagi demi keharmonian dan kestabilan negara.


1.3 LANGKAH/CARA UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT DI MALAYSIA PENGANJURAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AKTIVITI KEMASYARAKATAN PERANAN MEDIA MASSA PENERAPAN NILAI PERPADUAN PADA PERINGKAT SEKOLAH PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK PERPADUAN DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT DI MALAYSIA


LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN MASYARAKAT PENGANJURAN MAJLIS RUMAH TERBUKA Dengan pengajuran rumah terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut boleh memepelajari dan menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.Aktiviti kunjung mengunjung semasa hari perayaan dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga dan komuniti.Sebagai contoh,sambutan Hari Raya Aidilfitri,Deepavali dan Tahun Baru Cina merupakan perayaan utama yang boleh diraikan. / AKTIVITI KEMASYARAKATAN Jiran dalam pelbagai bangsa menyertai aktiviti seperti gotong-royong yang diadakan di Kawasan taman perumahan.Mereka akan bertegur sapa antara satu sama lain dan berbual-bual tentang isu-isu kemasyarakatan.Semangat bekerjasama turut dapat diwujudkan sekali gus memupukkan semangat perpaduan dalam komuniti tersebut PERANAN IBU BAPA Ibu bapa haruslah menerapkan konsep semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak dan mendidik mereka sentiasa menghormati kepada orang lain tanpa megira kaum pada sejak kecil lagi.Bak kata pepatah,bagaimana acuan begitulah kuihnya.Ibu bapa hendaklah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.Sebagai contoh,ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran tetangga tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.


LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN MASYARAKAT PERANAN MEDIA MASSA Perpaduan dapat dicapai dengan penggunaan media dan teknologi maklumat sebagai medium penyampaian maklumat.Melalui rancangan hiburan televisyen, iklan komersial, dan rancangan dokumentari, informasi perpaduan dapat disalurkan kepada rakyat Malaysia dengan mudah. Rancangan Gerak-gerak Khas, merupakan drama hiburan sekeluarga yang menonjolkan ciri-ciri perpaduan kaum dalam kalangan pelakon mereka. Bukan itu sahaja, siaran media juga boleh disebar luas melalui teknologi maklumat dengan siaran secara langsung melalui Facebook dan TikTok. Dengan cara ini, anak muda akan turut dapat merasai kemerdekaan melalui peranti mudah alih yang dimiliki mereka. PERANAN PIHAK SEKOLAH Guru-guru di sekolah juga berperanan mendidik dan menerapkan nilai perpaduan dalam sanubari pelajar. Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah. Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain. PERPADUAN DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT DI MALAYSIA


1.4 KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN DAN KEHARMONIAN DI MALAYSIA Pemeliharaan warisan budaya dan sejarah negara kita • Kita dapat menghormati dan menghargai keunikan dan kepelbagaian budaya, adat resam dan agama yang ada di kalangan rakyat Malaysia • Kita dapat mengekalkan identiti dan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia yang berbangga dengan warisan kita. • Kita juga dapat mempromosikan budaya dan sejarah kita kepada dunia sebagai tarikan pelancongan. PENGEKALAN KESTABILAN POLITIK DAN SOSIAL DI NEGARA KITA. • Dengan adanya perpaduan, kita dapat mengelakkan konflik dan pertelingkahan antara kaum yang dapat mengancam keselamatan dan ketenteraman negara. • Sebaliknya, kita dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh negara kita dengan cara yang berhemah dan beradab.


KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN DAN KEHARMONIAN DI MALAYSIA PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME DAN KESETIAAN TERHADAP NEGARA • Dengan adanya perpaduan, kita dapat menyedari tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai warganegara Malaysia. • Kita dapat memberikan sumbangan dan pengorbanan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara kita. • Kita juga dapat menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat dan kerajaan kita dalam menghadapi cabaran dan ancaman dari dalam dan luar. MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG HARMONI DAN BAHAGIA DI NEGARA KITA • Dengan adanya perpaduan, kita dapat menjalin hubungan yang mesra dan erat antara jiran tetangga, rakan sekerja dan rakan sebaya. • Kita dapat saling membantu dan menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. • Kita juga dapat menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera di negara kita yang indah dan makmur.


1.5 KESAN BURUK SEKIRANYA TIDAK MEMUPUKKAN SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA •Hal ini membuatkan kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi kepada negara tidak dapat dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Sebagai contoh,masyarakat tidak mempunyai matlamat yang sama untuk keharmonian negara dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. •Mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika dan tidak kukuh dalam agama dan kejiwaan. Pertelingkahan dan perselisihan mudah terjadi di kalangan rakyat pada bila-bila masa dan lama-kelamaan akan sukar dibendung serta negara akan kucar-kacir. Justeru ,pergaduhan yang teruk akan menyebabkan kecederaan ataupun kematian seperti kejaidian 13 MEI 1969 iaitu kes pertelingkahan yang buruk antara kaum pada masa itu.Kes jenayah turut akan meningkat akibat daripada kekurangan nilai moral dalam jiwa penjenayah. • Hal ini disebabkan oleh negara asing kurang mengeksport barangan mereka ke Malaysia akibat daripada ketidaksepaduan antara masyarakat kita. Ramai pengeksport akan berasa was-was untuk mengambil risiko menghadapi kerugian yang sekiranya melabur dalam negara yang ekonominya tidak stabil.Hal ini juga mendorong masyarakat untuk melakukan pasaran haram seperti penyeludupan dadah, senjata api dan warga asing. Secara intihannya, masyarakat yang tidak bersatu padu boleh menjadikan sesebuah negara kurang kemajuan dan dipandang buruk oleh negara lain. • Negara-negara lain akan asyik membicarakan berkenaan negara Malaysia yang sedang dalam keadaan huru hara sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Negara Malaysia yang terkenal dengan pelbagai kaum dan bangsa akan dikenali sebagai sebuah negara yang huru-hara dan tidak harmoni berikutan daripada pelbagai masalah yang timbul dari pelbagai segi misalnya politik, ekonomi mahupun sosial serta jenayah yang teruk.Oleh itu, nama baik negara Malaysia akan terjejas dan tidak lagi digelar sebagai negara yang aman damai. IMEJ NEGARA TERCEMAR PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA TIDAK STABIL KEHARMONIAN NEGARA TERJEJAS KEWUJUDAN MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL


1.6 KESIMPULAN Kita harus sentiasa memupuk semangat perpaduan di kalangan semua rakyat Malaysia. Selain itu,kita harus mengamalkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertolak ansur, berbaik sangka dan bersikap terbuka. Kita juga harus mengelakkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga, benci dan dendam antara kaum. Kita sewajarnya mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan interaksi dan integrasi antara kaum. Bukan itu Sahaja,kita juga patut menghayati semboyan kita iaitu “Bersekutu Bertambah Mutu” dan “Rukun Negara” sebagai asas perpaduan kita. Dengan itu, kita dapat memastikan negara kita terus maju dan sejahtera sebagai negara yang bersatu padu.


BIBLIOGRAFI • KEKALANBUDI(2021). Kesan Tidak Mengekalkan Perpaduan Kaum (kekalanbadi.blogspot.com) • PANDUAN(2021). Usaha-Usaha Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia (panduanmalaysia.com) • NURUL ASHA HUDA BINTI AMINUDDIN (2022)Perpaduan Di Malaysia (perpaduanmasyarakatdimalaysiaa.blogspot.com)


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version