The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saifulamrisailan, 2021-07-27 21:34:21

PENDIDIKAN KESIHATAN KSSMPK TINGKATAN 4 : KEKELUARGAAN

KSSMPK PK UNIT 1 4.0 KEKELUARGAAN TINGKATAN 4

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN
KHAS VOKASIONAL SHAH ALAM

UNIT 1:
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN

SOSIAL (PEERS)

4.1.1 Menjelaskan kemahiran keibubapaan dalam konteks
berkeluarga

4.1.2 Membincangkan kesan kekurangan kemahiran keibubapaan
terhadap ahli keluarga

4.1.3 Menjana idea kepentingan kemahiran keibubapaan dalam
konteks berkeluarga.

• Institiusi kekeluargaan terbentuk melalui ikatan perkahwinan. Kedua-dua
pasangan hendaklah berusaha mengekalkan perhubungan mereka dan
membentuk keluarga bahagia.

• Keluarga bahagia terbentuk hasil daripada persefahaman suami dan isteri serta
ahli keluarga.

• Kemahiran keibubapaan yang perlu dikuasai pasangan berkahwin adalah seperti
suri teladan, mendengar, berbincang, membimbing, insaniah dan komunikasi.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Muhaya Mohamad. 2011.
Keluarga Bahagia Aset Akhirat)

Kemahiran Kemahiran Berbincang
Mendidik / Kemahiran Insaniah
mendisiplin

Kemahiran Kemahiran
Mendengar Membimbing
Kemahiran
Suri Teladan Berkomunikasi

Seijan, seorang remaja yang suka memberontak dengan menjerit-jerit
tanpa sebab. Selaku guru kelasnya, Cikgu Yana berasa sangat bimbang
dengan kerenah Seijan.

Walaupun dari keluarga yang berada, ibu bapanya gagal menunjukkan
suri teladan kepada Seijan. Seijan tidak berpeluang berkomunikasi
manja atau berbincang dengan kedua-dua ibu bapanya kerana mereka
sentiasa pulang lewat.

Suatu hari, Cikgu Yana melihat Seijan
memberontak dan menjerit-jerit. Cikgu Yana
berjaya menenangkan Seijan. Setelah
menetapkan janji temu, Cikgu Yana telah
bertemu dengan keluarga Seijan.

DIALOG Ibu bapa

Cikgu Yana

Seijan perlukan kasih sayang daripada ibu Maafkan kami cikgu. Kami kurang ilmu
bapanya. Jiwanya kosong dan mengharapkan kemahiran keibubapaan yang diperlukan
sebuah keluarga bahagia. Seijan. Kami ingat dengan berikan
kemewahan kepada Seijan sudah mencukupi.
Cikgu Yana
Ibu bapa
Seijan selalu mengadu dia berasa tertekan dan
kemurungan. Sebab itu dia sering bertindak luar Cikgu apa yang perlu kami lakukan untuk
kawalan. Jika tidak dikawal dan diambil peduli, mengatasi masalah ini?
Seijan boleh mengalami masalah kemurungan.
Ibu bapa
Cikgu Yana
Baiklah, cikgu. Mulai hari ini, kami akan
Encik dan puan harus mengamalkan memberi perhatian sepenuhnya kepada
kemahiran keibubapaan dan memberi Seijan. Terima kasih cikgu.
lebih tumpuan kepada Seijan.

1. Sedar, faham dan mainkan peranan sebagai pendidik dan pembimbing.

2. Cuba sediakan kemudahan-kemudahan yang baik, selesa dan sesuai di rumah
dan di sekitar untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

3. Sentiasa berbincang, memberikan sokongan, dorongan dan rangsangan kepada
anak-anak.

4. Peka kepada perubahan-perubahan fizikal,emosi, dan sikap yang berlaku kepada
anak-anak.

5. Kenali rakan-rakan dan pihak yang
bergaul, berhubung atau yang boleh
mempengaruhi anak-anak.

6. Sentiasa memantau perkembangan
mereka.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga
bahagia?

2. Nyatakan 5 kemahiran keibubapaan dalam
membentuk keluarga yang bahagia?

3. Nyatakan 3 kesan kekurangan kemahiran
keibubapaan.

4. Nyatakan 2 cara bagaimana ibu bapa boleh
mengenali dan memahami anak-anak dengan
baik.

• Institusi kekeluargaan amat Kemahiran keibubapaan perlu Kemahiran menjaga,
penting dalam melahirkan dikuasai oleh setiap ibu bapa
sebuah keluarga yang bagi melahirkan anak-anak mendidik dan
harmoni dan bahagia. yang sihat dan hebat.
menunaikan segala hak

anak-anak

• Bagi mewujudkan sebuah

institusi keluarga yang • Suri teladan
• Kemahiran mendengar
harmoni. Keluarga yang • Kemahiran berbincang
• Kemahiran membimbing
bahagia memerlukan Contoh kemahiran
keibubapaan
kemahiran keibubapaaan

yang baik dan persefahaman

antara suami dan isteri serta

ahli keluarga.

• Ibu bapa merupakan suri Kesan kekurangan • Anak menjadi stress
teladan kepada anak-anak. kemahiran • Kemurungan
Kelauarga yang bahagia akan keibubapaan • Sering bertindak luar
melahirkan masyarakat yang
positif. kawalan


Click to View FlipBook Version