BML3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
SEMESTER 1 SESI 2021/2022 (A211)
TAJUK TUGASAN KUMPULAN:
KATA ADJEKTIF
KUMPULAN B:
KUMPULAN 4
DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK
D20201093617
NAMA D20201093610
NUR SOLEHAH BINTI ADLAN (KETUA) D20201093599
NURUL QISTINA EIMAN BINTI RAMLI D20201093607
D20201093613
NOR FADLIANA BINTI NAZRI
ALIFF AIMAN BIN IBRAHIM
NURUL ATHIRAH BINTI MOHD ZAINODIN
PENSYARAH:
ENCIK MOHD RA'IN BIN SHAARI
1.0 PENGENALAN
Istilah morfologi diambil atau dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu morphology.
Istilah ini terbentuk daripada unsur morph, o, dan logy. Morph memberi maksud
bentuk manakala logy pula ialah pengetahuan atau ilmu.
Bidang morfologi merupakan antara bidang yang sangat penting untuk
dipelajari bagi menguasai Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Merujuk Kamus
Dewan Edisi Ke-4 menjelaskan definisi morfologi sebagai kajian tentang
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan
pemajmukan. Morfologi juga sering dikaitkan dengan kajian tentang struktur dan
bentuk sesuatu kata. Menurut pandangan Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Edisi
ke-3, morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk kata, struktur kata dan
penggolongan kata. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa itu sendiri sama ada
berbentuk tunggal ataupun perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Struktur kata pula ialah susunan bunyi ujaran atau
bunyi lambing yang bermakna dalam sesuatu unit bahasa. Contohnya, struktur kata
bagi minuman ialah kata dasar + akhiran (minum + -an). Manakala pergolongan kata
ialah proses mengkategorikan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsinya.
Berdasarkan golongan, kata boleh dibahagikan kepada kata nama, kata kerja, kata
adjektif, kata adverba dan kata tugas.
Bahasa mempunyai struktur. Setiap struktur dalam bahasa terdiri daripada
unsur-unsur yang lebih kecil. Unsur-unsur ini akan digabungkan untuk membentuk
perkataan, frasa dan ayat. Dalam aspek morfologi, ianya mengandungi unsur morfem
dan kata.
1
2.0 KATA ADJEKTIF
Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, adalah perkataan yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu
kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata
penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau
kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Sebagai contoh, amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali dan
sebagainya.
Terdapat juga kata yang bentuk wujudnya kata nama, tetapi digunakan dalam
posisi kata adjektif seperti kata pemalas, pemboros, peramah, pesakit, kebudak-
budakan, kewanitaan dan keindiaan. Terdapat juga kata yang menerangkan keadaan,
rupa, atau sifat nama tetapi bukan kata adjektif seperti rumah induk, rumah judi dan
bilik pengantin. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat
bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. Contohnya, adik saya tinggi, azlan sangat
pandai, orang tua itu baik sungguh.
Menurut Abdullah (2008), kata adjektif turut menerima imbuhan dan kata
bantu seperti kata kerja. Manakala bagi Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata
adjektif telah ditakrifkan sebagai golongan kata yang ketiga. Berbeza pula dengan
takrifan dari buku Tatabahasa Pedagogi yang menyatakan bahawa kata adjektif ini
merupakan golongan kata kedua selepas kata nama. Menurut Abdullah (2008) lagi,
kata adjektif memainkan peranan dalam memberikan sifat kepada manusia atau
sesuatu benda dan perkara.
2
Dalam Tatabahasa Dewan (2010), kata adjektif dijelaskan dengan melihat
kata tersebut dalam binaan ayat. Kata adjektif didefinisikan sebagai perkataan yang
menjadi undur inti dalam binaan frasa adjektif. Dalam binaan frasa adjektif, kata
adjektif boleh hadir secara sendirian atau bersama-sama dengan kata bantu atau
penguat.
Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara,
namun berdasarkan kriteria makna yang dapat membahagikan kata adjektif kepada
sekurang-kurangnya sembilan jenis seperti yang berikut:
1) Kata adjektif sifatan atau keadaan
2) Kata adjektif cara
3) Kata adjektif warna
4) Kata adjektif ukuran
5) Kata adjektif jarak
6) Kata adjektif bentuk
7) Kata adjektif waktu
8) Kata adjektif perasaan
9) Kata adjektif pancaindera
3
2.1 Ciri Kata Adjektif
i. Boleh disertai oleh kata penguat. Contohnya, amat pandai, jahat sekali, paling
bijak, terang benar.
ii. Boleh memperlihatkan perbandingan melalui lima cara, iaitu:
• Menggunakan kata bandingan; bak, umpama, laksana, bagai.
• Menerima imbuhan se- seperti; sepandai, selembut.
• Menggandingkan degan perkataan sama, seperti sama cantik, sama tinggi,
sama besar.
• Menggunakan kata lebih atau kurang sebelum kata adjektif; lebih besar,
kurang bijak.
• Memberikan imbuhan ter- pada kata adjektif; guru terbagus.
iii. Kata adjektif boleh disertai kata penegas, sama ada depan atau belakangnya.
Contohnya, memang cantik, juga pandai, baik juga.
iv. Kata adjektif boleh menerima bentuk se-…-nya. Contohnya, sebetulnya,
sebesar-besarnya, secantiknya.
v. Kata adjektif boleh didahului oleh kata makin atau semakin. Contohnya, makin
kuat, makin jahat, makin tinggi, semakin pandai.
vi. Kata adjektif boleh diletakkan selepas kata nama sebagai penerang kata nama.
Kata adjektif tersebut boleh hadir selepas kata nama inti atau selepas kata
hubung relatif yang. Contohnya: ibu cantik, kucing sakit, lori besar, bangunan
tinggi.
4
2.2 Jenis-jenis Kata Adjektif
2.2.1 Kata Adjektif Sifat Atau Keadaan
Kata adjektif sifat atau keadaan dapat didefinisikan sebagai suatu benda yang
dapat dilihat dan dipunyai oleh seseorang atau benda. Kata adjektif sifat atau
keadaan ini juga mempunyai tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda.
Malahan, kata ini juga merupakan pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat
atau watak.
Contohnya;
baik pandai kasar sihat berani
cantik
lemah kacak garang takut
(Sumber: Buku Morfologi & Sintaksis, 9 Jun 2009)
Contoh penggunaan kata adjektif sifatan dalam ayat:
i. Nasir seorang budak yang baik.
ii. Anak kepada Cikgu Kamsani sangat pandai.
iii. Pemandangan di atas bukit itu sangat cantik.
iv. Tindakan pasukan itu terhadap lawannya sangat kasar.
v. Pegawai tentera itu sangat berani.
vi. Kakak Sofea seorang yang garang.
vii. Pelajar sukan itu seorang yang sihat dan bertenaga.
5
Dua wanita cantik yang mengangkat hos air dan mengendalikan peralatan
berat ketika operasi pemadaman kebakaran di Pasar Besar, Seremban.
Sabtu lalu mendapat perhatian ramai.
(Sumber Utasan Malaysia, 28 April 2021)
Kata adjektif sifat atau keadaan yang terdapat dalam keratan akhbar tersebut
ialah cantik.
AKTIVITI:
Link video bagi mengenali kata adjektif sifatan melalui kisah Sang
Kancil dan Sang Gajah.
https://youtu.be/Xfy9t4lg824
LATIHAN
Arahan: Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata adjektif sifatan
yang sesuai.
baik kasar cantik sihat berani
1) Pegawai tentera itu sungguh __________.
2) Orang yang ______ selalu disenangi.
3) Tanggannya yang lembut itu kini sudah menjadi _________ kerana terlalu
banyak bekerja.
4) Zailah bukan sahaja ________ malah berbudi bahasa pula.
5) Amalkan memakan makanan yang seimbang supaya badan sentiasa
_________.
6
2.2.2 Kata Adjektif Cara
Kata adjektif cara dapat ditakrifkan sebagai jenis perkataan yang memberi
pengertian kepada kelakuan atau suatu ragam.
Contohnya;
laju perlahan jelas selalu cermat
gopoh
kerap lincah lambat deras
(Sumber: Buku Morfologi & Sintaksis, 9 Jun 2009)
Contoh penggunaan kata adjektif cara dalam ayat:
i. Tindak balas orang tua itu sangat cepat.
ii. Kereta itu memecut dengan sangat laju.
iii. Air sungai mengalir dengan deras selepas hujan.
iv. Ain seorang yang cermat dan berhemah dalam mengurus kewangannya.
v. Syarif kelihatan gopoh semasa menjawab peperiksaan itu.
vi. Orang lambat selalu rugi.
vii. Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Program jelas difahami oleh
semua pelajar yang terlibat.
“Banjir di sini juga bahaya kerana aliran arusnya lebih deras. Oleh itu,
kita minta disegerakan projek sistem tebatan banjir di daerah ini
khususnya di kawasan pusat bandar yang lumpuh setiap kali banjir besar
melanda’’, katanya.
(Sumber Utasan Malaysia, 28 April 2021)
Kata adjektif cara yang terdapat dalam keratan akhbar di atas ialah deras.
7
AKTIVITI:
Guru melaksanakan aktiviti bersama murid-murid
https://wordwall.net/ms/resource/3291332/kata-adjektif-cara
LATIHAN
Arahan: Bina ayat di bawah berdasarkan perkataan berikut.
1) Perlahan
_____________________________________________________________
2) Cermat
_____________________________________________________________
3) Deras
_____________________________________________________________
4) Laju
_____________________________________________________________
5) Gopoh
_____________________________________________________________
8
2.2.3 Kata Adjektif Warna
Kata adjektif warna merupakan perkataan yang memberikan pengertian warna
sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
merah hijau biru kelabu jingga
putih
perang hitam kuning ungu
(Sumber: Buku Morfologi & Sintaksis, 9 Jun 2009)
Contoh penggunaan kata adjektif warna dalam ayat:
i. Kasut merah itu kepunyaan.
ii. Belon itu berwarna biru.
iii. Buah epal berwarna hijau.
iv. Kereta itu berwarna kelabu.
v. Warna perang tidak begitu digemari orang.
vi. Hazim berambut hitam.
vii. Warna kuning ialah warna diraja.
viii. Meja belajar kakak berwarna jingga.
….. Pemilik Kuntum Halia Enterprise, Hairun Afzan Binti Abd Jabar, 32,
berkata terdapat tiga koleksi diketengahkan jenama itu iaitu kebaya
peplum yang terdiri daripada pelbagai warna seperti warna merah, ungu,
hijau, kuning dan sebagainya….
(Sumber Berita Harian atas talian, 17 Disember 2021)
Kata adjektif warna yang terdapat dalam petikan tersebut ialah merah, ungu,
hijau, kuning.
9
AKTIVITI:
1. Guru melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama
antara ahli kumpulan.
https://wordwall.net/ms/resource/2020090/bahasa-
melayu/kata-adjektif-warna
2. Guru melaksanakan permainan kata adjektif warna dan
dipamerkan di hadapan kelas dengan menggunakan projektor.
https://wordwall.net/ms/resource/1332523/kata-adjektif-
warna-3
LATIHAN
Arahan: Gariskan kata adjektif warna di bawah dengan betul.
1) Izzah memakai baju berwarna merah.
2) Tali leher Nasir berwarna kelabu.
3) Bulu burung gagak itu berwarna hitam.
4) Gelang tangan kepunyaan Maryam berwarna ungu.
5) Warna kuning warna diraja.
10
2.2.4 Kata Adjektif Ukuran
Kata adjektif ukuran adalah kata yang menyatakan ukuran kata nama. Selain itu,
mempunyai unsur pada ukuran benda yang bernyawa atau tidak bernyawa, kontrik
atau abstrak. Di samping itu, kata adjektif juga adalah kata yang memberi
pengertian ukuran sebagai unsur keterangan, iaitu saiz sesuatu benda atau perkara.
Contohnya:
panjang pendek kecil nipis tinggi
dalam
singkat kerdil besar tebal renek
sempit labuh rendah
(Sumber: Buku Morfologi & Sintaksis, 9 Jun 2009)
Contoh penggunaan:
i. Rumah panjang itu baru sahaja siap dibina.
ii. Bilik rumah itu sangat kecil.
iii. Kawasan rumah Ahmad sangat besar.
iv. Baju yang dipakai kakak sangat labuh.
v. Orang Eskimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negara itu sangat sejuk.
vi. Rohayu adalah seorang yang kerdil.
vii. Pokok itu renek kerana kekurangan baja.
viii. Jalan di kampung itu sangat sempit.
ix. Lukanya dibalut dengan kain nipis.
x. Sungai itu sangat dalam.
11
Presidennya, R, Meenakshi berkata, tinjauan, pihaknya mendapati
kebanyakkan kilang yang beroperasi adalah dalam kategori industri berat
dengan sebahagiannya tidak mempamerkan papan tanda kilang.
Malah jelasnya, terdapat lambakan bungkusan sisa plastik di kilang
berkenaan yang mungkin untuk dijadikan bahan proses kitar semula.
“Tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah plastik import atau
tidak, namun bungkusan besar plastik yang terdapat dalam ruang dalam
premis berkenaan dapat dilihat dengan jelas dari luar.
“Air saliran parit di Kawasan industry itu juga bertukar warna
kehitaman dan berbau busuk seolah-olah dicemari dengan buangan sisa
kumbahan yang tidak dirawat dan bahan pencemar lain”.
(Sumber Utasan Malaysia, 28 April 2021)
Kata adjektif ukuran yang terdapat dalam keratan akhbar tersebut ialah
besar.
AKTIVITI:
Guru melaksanakan permainan kata adjektif ukuran bersama-sama murid
https://wordwall.net/resource/3234137/kata-adjektif-ukuran
12
LATIHAN
Arahan: Bina ayat yang sesuai untuk kata adjektif ukuran yang diberikan untuk
menhasilkan untuk menghasilkan ayat yang gramatis.
1) Cetak
2) Pendek
3) Kecil
4) Luas
5) Tebal
6) Tinggi
13
2.2.5 Kata Adjektif Jarak
Kata adjektif jarak dapat didefisinikan sebagai unsur keterangan kepada kata
nama iaitu perkataan yang memberi makna konsep ruang.
Contohnya: dekat nyaris hampir
jauh
(Sumber: Buku Morfologi & Sintaksis, 9 Jun 2009)
Contoh ayat:
i. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
ii. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.
iv. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.
KOTA TINGGI – Kira-kira 40 orang peneroka kelapa sawit di Peringkat
2, Felda Lok Heng Selatan di sini terpaksa menanggung kerugian ribuan
ringgit selepas berdepan isu air banjir di kawasan ladang yang melibatkan
keluasan hampir 480 hektar.
(Sumber Kosmos, 28 April 2021)
Kata adjektif jarak yang terdapat dalam keratan akhbar tersebut ialah hampir.
AKTIVITI:
Guru melaksanakan permainan kata adjektif jarak bersama-sama murid
https://wordwall.net/resource/20524694/pilih-kata-adjektif-jarak
14
LATIHAN
Arahan: Lengkapkan cerita di bawah berdasarkan kata adjektif jarak yang sesuai
dan pilih jawapan yang betul
KISAH SANG KANCIL DENGAN BUAYA
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor
Sang Kancil yang cerdik. Tempat tinggal Sang
Kancil itu _________ (dekat, nyaris) dengan
sebatang sungai yang jernih dan cantik.
Dalam sungai itu ada beberapa buaya
yang kelaparan. Tidak ________ (dekat, jauh)
dari seberang sungai itu, terdapat sepohon jambu
air yang sedang masak ranum.
Sang Kancil pun turun ke tebing sambil
berfikir tentang buah jambu air itu. Sedang Sang
Kancil meneguk air, tiba-tiba air sungai
berkocok dan rupa-rupanya Sang Buaya sudah
__________ (hampir, jauh) denganya.
Ia terasa kakinya disambar sesuatu dan
________ (nayris, dekat) terjatuh. Sang Kancil
terkejut tetapi ia tidak menunjukkannya kerana
ingin memperdayakan buaya itu.
Semua buaya berkumpul dan beratur
dengan jarak yang ________ (dekat, jauh) supaya
memudahkan Sang Kancil mengira mereka dan
melompat di atas badan buaya. Akhirnya Sang
Kancil berjaya sampai ditempat yang dituju dan
dapat makan buah jambu itu dengan gembiranya.
15
2.2.6 Kata Adjektif Bentuk
Kata adjektif bentuk bermaksud kata yang menunjukkan sesuatu bentuk pada
benda bernyawa atau tidak bernyawa. Kata adjektif bentuk juga dapat memberi
pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan seperti rupa, susunan, cara dan
gaya.
Contohnya:
bulat bujur kempis nipis leper lonjong
buncit pipih
tirus lekuk bengkok lurus
(Sumber: Buku Morfologi & Sintaksis, 9 Jun 2009)
Contoh penggunaan:
i. Kemerdekaan negara ini tercapai melalui hasil perundingan meja bulat.
ii. Gasing leper itu dihasilkan oleh Pak Abu.
iii. Jalan bengkok itu selalu berlaku kemelangan.
iv. Perut si Luncai buncit.
v. Tayar kereta ayah kempis kerana terkena paku.
vi. Ariya memiliki muka bujur sirih.
vii. Siti mempunyai dagu lekuk.
viii. Bagai pipih dilayang.
ix. Garis lurus menemukan dua titik.
x. Bola ragbi berbentuk lonjong.
16
Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang
14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena
bulan penuh biasa.
"Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan
penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi,
dengan jarak 356,989 kilometer," katanya.
Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai
orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini
menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
(Sumber Berita Astro Awani atas talian, 23 Jun 2013)
Kata adjektif bentuk yang terdapat dalam petikan tersebut ialah bujur dan
bulat
AKTIVITI:
Guru melaksanakan permainan kata adjektif jarak bersama-sama murid
https://wordwall.net/resource/6277024/kata-adjektif-bentuk
17
LATIHAN
Arahan: Isi kata adjektif bentuk yang betul mengikut kesesuaian ayat.
1) Badan lipan yang ______ (pipih, leper) ini membolehkannya merayap melalui
lubang-lubang kecil.
2) Tayar kereta itu _______ (kempis, buncit) kerana terkena paku ketika melalui
jalan yang berhampiran tapak pembinaan.
3) Susah hendak mengawal bola ragbi yang _______ (bulat, lonjong) jika
diperlalukannya seperti bola sepak.
4) Kakak tidak dapat memandu dengan laju sebab laju sebab jalan di antara
Tangkak dan Muar _______ (bujur, segi) seperti daun sirih.
5) Keris yang dibuat oleh Pak Kamal itu mempunyai mata yang panjang serta
_______ (tirus, muncung).
18
2.2.7 Kata Adjektif Waktu
Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian konsep masa.
Sebagai contoh yang berikut:
kerap lambat segera suntuk silam
sering
lewat lama dahulu jarang awal
lampau cepat baharu
(Sumber: Buku Morfologi & Sintaksis, 9 Jun 2009)
Contoh penggunaan kata adjektif sifatan dalam ayat:
i. Aina kerap berulang-alik ke hospital kerana ayahnya sakit.
ii. Saya sering ke kedai untuk membeli gula-gula.
iii. Mereka perlu pulang kerana hari sudah lewat.
iv. Kakak ke kedai untuk membeli baju baharu.
v. Usah dikenang waktu yang lampau.
vi. Azim segera menelefon polis selepas melihat kejadian ragut itu.
vii. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
viii. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.
ix. Jarang sekali melihat Hakim ke sekolah.
x. Kenangan silam sukar dilupakan.
xi. Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad.
xii. Perjalanan bas ekspres sangat cepat.
xiii. Dia berada di kampus sehari suntuk.
xiv. Jam tangan Ilya itu lambat setengah jam.
19
GEORGETOWN: Zakat Pulau Pinang (ZPP), menafikan mereka lambat
bertindak dalam memberi perhatian terhadap tiga keluarga seramai 13
orang yang tinggal bersesak dalam sebuah rumah pangsa di Taman Green
Paya Terubong, di sini.
(Sumber Harian Metro, 18 Oktober 2014)
Kata adjektif waktu yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah lambat.
AKTIVITI:
Link video bagi mengenali kata adjektif waktu berserta contoh dan
latihan ringkas.
https://www.youtube.com/watch?v=L3rZRrJ5ZeI
LATIHAN
Arahan: Isikan tempat kosong berdasarkan kata adjektif yang bersesuaian dengan
ayat. lama lewat
awal
baharu lampau
1) Jalan _________ ke kampung itu telah dibaiki.
2) Usah dikenang waktu yang _________.
3) Ketibaan bas itu lebih _________ daripada jadualnya.
4) Mereka segera pulang kerana hari sudah _________.
5) Ali ke kedai buku untuk membeli pembaris _________.
20
2.2.8 Kata Adjektif Perasaan
Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan. Kata adjektif
perasaan ini harus diikuti oleh kata sendi nama, seperti contoh yang berikut:
rindu takut suka seram berahi
benci
segan marah gembira senang ragu
geram sayang kasih
(Sumber: Buku Morfologi & Sintaksis, 9 Jun 2009)
Formula Kata Adjektif Perasaan:
KATA ADJEKTIF PERASAAN + KATA SENDI NAMA
CONTOH: RINDU + AKAN / BENCI + DENGAN
Contoh penggunaan kata adjektif perasaan dalam ayat:
i. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
ii. Saya sungguh benci dengan kelakukan buruknya itu.
iii. Atikah berasa segan untuk bertanya soalan di dalam kelas.
iv. Aiman sangat suka akan masakan ibunya.
v. Anak kecil itu gembira sekali dengan pemainan baharu itu.
vi. Dia masih marah kepada saya.
vii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
viii. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
ix. Pemuda itu masih malu untuk bersuara di khalayak ramai.
x. Dia amat sayang akan kedua-dua orang tuanya.
xi. Encik Kamal masih ragu-ragu terhadap kejujuran pembantunya.
xii. Anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu.
21
KUALA LUMPUR: “Jika perkongsian kasih sayang hanya berlaku di
media sosial, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat
termasuklah sistem kekeluargaan akan runtuh. “Perbualan di aplikasi
sosial dan tidak bersemuka hanya akan berlaku dengan perkataan, bukan
perasaan. Lama kelamaan, anak-anak akan mencari alternatif di luar
rumah” kata Ketua Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM)
Redzuan Zamberi.
(Sumber Harian Metro, 11 Januari 2018)
Kata adjektif perasaan yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah kasih
dan sayang.
AKTIVITI:
Imbas QR Kod di bawah untuk menjawab kuiz kata adjektif
perasaan atau tekan pautan ini:
https://wordwall.net/ms/resource/5434854
22
LATIHAN
Arahan: Padankan ayat dengan kata adjektif perasaan dan isikan tempat kosong
dengan betul.
Ahmad berasa _______ kerana dia telah mendapat takut
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Pravin _______ akan ibu dan ayahnya yang berada bangga
di kampung.
Siew Lan _______ kerana kucing kesayangannya gembira
telah mati.
Aidil menangis kerana dai berasa _______apabila rindu
tinggal di rumah seorang diri pada waktu malam. sedih
Kejayaan Azizulhasni Awang dalam acara berbasikal
trek membuatkan semua rakyat Malaysia berasa
_________.
23
2.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama. Kata adjektif
pancaindera ini terdiri daripada pekataan yang memberi pengertian konsep rasa,
pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan deria. Kelima-lima indera ini sebagai
penerang kepada kata nama.
Contohnya:
i. Indera rasa:
sedap pahit manis masin
lazat tawar masam lemak
kelat
payau
Contoh penggunaannya:
i. Masakan asam pedas ibu sangat sedap.
ii. Ubat batuk itu rasanya pahit sekali.
iii. Wajah gadis itu manis.
iv. Gulai ikan itu sangat masin.
v. Semua orang suka makanan lazat.
vi. Setiap hari kita minum air yang tawar.
vii. Buah oren itu sangat masam.
viii. Gulai itu tidak lemak kerana kekurangan santan.
ix. Jambu muda itu kelat rasanya.
x. Air perigi di rumah nenek sangat payau.
24
Kek pastinya menjadi pilihan terutama bagi mereka yang menyukai rasa
lemak, manis dan berkrim hasil adunan mentega, gula, susu, tepung dan
telur. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh memudaratkan
kesihatan memandangkan ramuannya turut ditambah dengan pewarna
tiruan.
Menyedari pentingnya pengawalan pengambilan gula dan lemak
dalam menu diet harian, Indeks Persekitaran Makanan Kebangsaan (Food-
EPI), mencadangkan label pemakanan dipamerkan pada produk.
(Sumber Berita Harian, 25 September 2018)
Kata adjektif indera rasa yang terdapat dalam petikan keratan akhbar di atas
ialah lemak dan manis.
ii. Indera lihat: buruk molek tampan
comel lawa segak
cantik
hodoh
Contoh penggunaannya:
i. Pemandangan matahari sedang terbenam itu sangat cantik.
ii. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
iii. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
iv. Bakal suami kakak sangat tampan orangnya.
v. Akhlaknya mulia walaupun dia mempunyai rupa yang hodoh.
vi. Ibu telah melahirkan seorang bayi yang comel.
vii. Kakak sangat lawa apabila menggayakan baju pengantin itu.
viii. Pemuda segak itu guru saya.
25
"Hutan simpan bukan untuk dibolot oleh individu atau sekumpulan orang
yang hanya mementingkan diri sendiri.
"Perlu disedari bahawa sebarang gangguan ke atas kawasan hutan simpan
akan mendatangkan kesan buruk seperti banjir kilat, pencemaran air
sungai yang menjadi sumber air kepada semua, peningkatan pemanasan
global dan gangguan habitat hidupan liar," katanya.
Peringatan itu dikeluarkan berikutan tindakan diambil Jabatan
Perhutanan Sabah terhadap aktiviti pencerobohan hutan yang dikesan di
beberapa hutan simpan termasuk di Hutan Simpan Paitan, dekat Beluran,
baru-baru ini.
(Sumber Berita Harian, 2 September 2021)
Kata adjektif indera lihat yang terdapat dalam keratan akhbar tersebut ialah
buruk.
iii. Indera dengar: bising merdu nyaring
mersik serak
garau
lunak
Contoh penggunaannya:
i. Bunyi bising itu datang daripada stor di belakang rumah.
ii. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
iii. Teriakannya nyaring sungguh.
iv. Alunan musik itu mersik.
v. Pegawai polis itu mempunyai suara garau.
26
PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff
Syukri meminta pendapat daripada pengikutnya di Instagram untuk
merakam single terbaharu berjudul ‘Sunyi’.
Menurut penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu, dia berasa kesunyian kerana
tidak dapat menjalani kehidupannya seperti sebelum ini.
Sehubungan itu, Aliff telah menyuarakan hasrat untuk merakamkan lagi
lagu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Awak saya sunyi, apa patut saya buat? Okey tak kalau saya nak keluarkan
lagu baharu bertajuk ‘Sunyi’.
“Awak boleh terima tak? Rugi anugerah Allah berikan suara yang merdu
saya tidak gunakan,” katanya di Instagram.Menjengah di ruangan komen,
rata-rata warganet memberi kata-kata sokongan dengan hasrat usahawan
berkenaan sekali gus tidak sabar untuk lagu baharu itu dikeluarkan.
(Sumber Utusan Malaysia, 31 Ogos 2021)
Kata adjektif indera dengar yang terdapat dalam keratan akhbar di atas ialah
merdu.
iv. Indera bau: wangi busuk hapak
harum semerbak hanyir hancing
tengik
27
Contoh penggunaannya:
i. Bunga ros itu harum baunya.
ii. Hayati memakai minyak wangi pada setiap hari.
iii. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.
iv. Bilik adik berbau sangat hapak.
v. Stokin dia berbau tengik kerana seminggu tidak dicuci.
vi. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui
dalam sebuah longkang berhampiran kawasan Jalan Anggerik Mokara,
Seksyen 31 sekitar jam 8.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib
berkata, pihaknya menerima laporan daripada peniaga di Pasar Pagi Ahad
berhampiran kawasan itu yang memaklumkan mengenai penemuan mayat
tersebut setelah terhidu bau busuk di dalam longkang.
Beliau berkata menerusi pemeriksaan awal, mayat berkenaan ditemui
dalam keadaan mengiring sebelah kanan dengan memakai baju-T
berwarna biru gelap dan berseluar.
(Sumber Sinaran Harian, 1 September 2019)
Kata adjektif indera bau yang terdapat dalam keratan akhbar tersbut ialah
busuk.
28
v. Indera sentuh:
halus licin kasar keras
kesat lembap lembut
Contoh penggunaannya:
i. Kulit mukanya sangat halus.
ii. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
iii. Permukaan papan itu kasar kerana belum diketam.
iv. Buku itu berkulit keras.
v. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
vi. Pakaian yang dijemur ibu masih lembap kerana cuaca redup.
vii. Chef menguli adunan itu sehingga lembut.
“Anak lelaki kami berusia 15 tahun, ada ciri-ciri sifat lembut dan hampir
semua minatnya menjurus hal berkaitan perempuan. Saya sudah cuba
untuk mengubah ciri-ciri keperibadiannya, tetapi masih tiada tanda-tanda
menunjukkan dia akan berubah. Adakah saya patut membiarkan dia
meneruskan apa yang digemarinya?” Bapa risau, Keramat, Kuala
Lumpur.
(Sumber Berita Harian, 8 April 2016)
Kata adjektif indera sentuh yang terdapat dalam keratan akhbar di atas ialah
lembut.
29
vi. Gabungan indera:
• Bersih (sentuh + lihat + bau)
• Selesa (sentuh + lihat)
• Tenteram (dengar + lihat)
Contoh penggunaannya:
i. Kita seharusnya sentiasa berpakaian bersih supaya kelihatan
kemas.
ii. Siti kurang selesa berada di rumah rakannya terlalu lama.
iii. Kehidupan keluarga Encik Ramzi dan Puan Solehah sangat
tenteram.
Melaka Tengah: “Kematangan ini juga akan menjadi pendorong kepada
hasrat kerajaan untuk memajukan negara agar kemakmuran yang dicapai
dapat kita nikmati bersama” katanya. Dr Mahathir juga berkata, golongan
muda terutamanya perlu menghentikan persepsi ‘mudah selesa’ bagi
mengelakkan negara kembali menjadi mundur serta berkemungkinan
dijajah untuk kali kedua daripada sudut penjajahan minda dan ekonomi.
(Sumber Berita Harian, 2 September 2019)
Kata adjektif indera gabungan yang terdapat dalam keratan akhbar tersebut
ialah selesa.
30
LATIHAN
Arahan: Bina ayat yang sesuai mengikut kata adjektif pancaindera yang
diberikan untuk menghasilkan ayat yang gramatis.
1) Indera sentuh
2) Indera bau
3) Indera rasa
4) Indera lihat
5) Indera dengar
31
2.3 Proses Pembentukan Kata Adjektif
Kata adjektif dibina berdasarkan empat bentuk, iaitu:
i. Kata adjektif tunggal
• Kata adjektif tunggal ialah kata adjektif yang tidak mengalami proses
pengimbuhan, pemakjukan, atau penggandaan. Contohnya:
dalam panas tinggi gelap cantik
wangi laju jimat sayang sombong
• Kata adjektif tunggal paling biasa diaplikasikan dalam bahasa Melayu
berbanding dengan bentuk kata adjektif yang lain.
• Kata adjetif tunggal dapat berfungsi sebagai inti frasa adjektif atau
penerang kata nama.
Contohnya:
➢ Abang saya sungguh kacak. (Kacak merupakan inti frasa
adjektif)
➢ Bilik gelap itu bilik saya. (Gelap merupakan penerang frasa
nama.
ii. Kata adjektif terbitan
Kata adjektif terbitan terbina berdasarkan penambahan imbuhan
tertentu pada kata dasar.
• Awalan kata adjektif
➢ Awalan terR-
Awalan terR- mempunyai dua bentuk, berlandaskan pada
huruf pertama kata dasar yang diimbuhkan padanya, iaitu
32
ter- dan te-. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung
dengan kata dasar yang bermula dengan pelbagai huruf.
Contohnya:
ter- + cantik = tercantik ter- + dalam = terdalam
ter- + sayang = tersayang ter- + bijak = terbijak
Awalan teR- menjadi te- apabila diimbuhkan dengan kata
dasar yang bermula dengan huruf r.
Contohnya:
➢ Awalan se-
Awalan se- tidak berubah apabila bergabung dengan
sebarang huruf awal pada kata dasar yang diimbuhkan
padanya.
se- + pandai = sepandai se- + muda =semuda
se- + rindu = serindu se- + cerah =secerah
➢ Awalan pinjaman kata adjektif pro-, anti-, bi-
Awalan pro- ialah awalan pinjaman yang berasal daripada
bahasa Inggeris. Kata awalan pro- dibentuk dalam keadaan
tidak berubah apabila bergabung dengan sebarang huruf
konsonan pada kata dasar.
pro- + kerajaan = prokerajaan pro- + barat = probarat
pro- + aktif = proaktif pro- + komunis = prokomunis
33
Awalan anti- ialah awalan pinjaman yang berasal dari
bahasa Inggeris. Kata awalan anti- dibentuk dalam
keadaan tidak berubah apabila bergabung dengan sebarang
konsonan pada kata dasar.
anti- + bakteria = antibakteria anti- + rasuah = antirasuah
anti- + sosial = antisosial anti- + penjajah = antipenjajah
Awalan bi- ialah awalan pinjaman yang berasal dari bahasa
Arab-Parsi. Kata awalan bi- dibentuk dalam keadaan tidak
berubah apabila bergabung dengan sebarang pada huruf
awal kata dasar.
bi- + adab = biadap bi- + normal = binormal
• Akhiran kata adjektif
➢ Akhiran -wi, -i, -iah dan -is
Akhiran kata adjektif pinjaman yang berasal dari bahasa
Arab-Parsi ialah -wi, -i, dan -iah, manakala yang dipinjam
dari bahasa Inggeris ialah -is. Kesemua kata akhiran
tersebut tidak mengalami perubahan apabila bergabung
dengan sebarang huruf pada akhir kata dasar.
Manusia + -wi = manusiawi dunia + -wi = duniawi
rohani + -iah = rohaniah lahir + -iah = lahiriah
34
• Apitan kata adjektif
Apitan kata adjektif dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu
bentuk iaitu ke-…-an.
ke-…-an + cantik = kecantikan ke-…-an + melayu = kemelayuan
ke-…-an + putih = keputihan ke-…-an + besar = kebesaran
• Sisipan kata adjektif
Antara sisipan kata adjektif ialah -el, -er, -em- dan -in-. Semua
bentuk sisipan ini akan mengalami perubahan apabila
bergabung dengan kata dasar yang dimulai sebarang huruf.
-el + serak = selerak -el + kebak = kelebak
-er + sabut = serabut -er + godak = gerodak
-em + gilang = gemilang -em + guruh = gemuruh
-in- + sambung = sinambung
iii. Kata adjektif ganda.
Penggandaan
separa
Penggandaan Penggandaan
penuh serentak
Kata
adjektif
ganda
35
➢ Penggandaan penuh
Pengulangan berlaku kesemua kata dasar
Contoh: betul-betul
➢ Penggandaan separa
Pengulangan dialami kata dasar secara sebahagian sahaja
Contoh: sepuas-puas
➢ Penggandaan berentak
Penggandaan kata adjektif berlaku berdasarkan rentak dan bunyi
tertentu pada kata dasar.
Contoh: kuih-muih
• Makna kata adjektif ganda.
Makna Contoh Contoh ayat
Keadaan sifat menyeluruh perkataan
Menyamai sifat yang bising-bising Pasar minggu itu
terdapat dalam kata dasar kemerah- bising-bising.
merahan Pipi bayi itu kemerah-
Kesangatan merahan.
gilang- Sambutan Hari
gemilang Kemerdekaan
Malaysia kali ini
sungguh gilang-
gemilang.
36
iv. Kata adjektif majmuk
• Kata adjektif makmuk berlaku apabila gabungan dua atau lebih kata
yang membawa makna tertentu dan kata inti bagi gabungan ini ialah
kata adjektif.
• Kata adjektif majmuk wujud dalam bentuk terpisah. Contohnya, hijau
gelap, cantik molek dan masam muka.
• Terdapat dua jenis kata adjektif majmuk.
Rangkai kata • merah pipi, putih kapas, panjang tali, terang
bebas bulan
• besar hati, putih mata, rabun jauh. berat tulang
Kiasan
• Kata adjektif majmuk menerangkan sifat bagi kata nama.
Contohnya:
➢ Baju kurung merah hati itu baru siap dijahit.
➢ Belakang periuk itu hitam pekat kerana tidak pernah dicuci.
37
2.4 Darjah Perbandingan Kata Adjektif
Terdapat tiga darjah perbandingan bagi kata adjektif, iaitu:
i. Darjah biasa
• Kata adjektif jenis ini tidak melibatkan perbandingan dengan
benda yang lain.
• Perbandingan jenis ini juga tidak melibatkan kata bandingan.
Contohnya:
➢ Bajunya singkat.
➢ Budak lelaki itu malas.
➢ Hari semakin gelap.
• Kata adjektif darjah biasa boleh didahului oleh kata nafi tidak
atau tak.
➢ Bajunya tidak singkat.
➢ Budak lelaki itu tidak malas.
➢ Hari semakin tidak gelap.
ii. Darjah bandingan
• Kata adjektif jenis ini melibatkan bandingan antara sifat
sesuatu benda terhadap benda lain.
• Terdapat dua acara untuk menyatakan darjah bandingan, iaitu
darjah bandingan yang sama dan darjah bandingan yang
berbeza.
38
Darjah bandingan Bentuk bandingan Contoh ayat
Bandingan dengan Wajah wanita itu selawa
awalan se- tingkah lakunya.
Bandingan dengan Ali sama bijak dengan
Bandingan yang sama + adjektif + abangnya.
sama dengan
Bandingan dengan kata Kain itu lembut bak sutera.
bagai, seperti bak,
seperti, umpama,
laksana
Bandingan yang Menggunakan kata Buku itu lebih tebal
berbeza penguat lebih atau daripada buku ini.
kurang yang
dinyatakan dalam
bentuk rangkai kata
lebih… daripada atau
kurang… daripada.
39
iii. Darjah penghabisan
• Darjah penghabisan digunakan dalam pernyataan bagi membuat
perbandingan yang paling tinggi.
Tingkat kepalingan Contoh ayat
maha -Allah Maha Besar.
❖ Kata bandingan yang digunakan untuk
menunjukkan maksud keagungan. -Duli Yang Maha Mulia itu Sultan Perak
❖ Digunakan untuk Allah atau untuk raja
yang memerintah.
terlalu/ terlampau -Hujan pagi tadi terlampau lebat
ter- + kata adjektif -Kereta itu merupakan kereta termahal di
dunia.
ter- + amat/ sangat + kata adjektif -Baju yang dibeli Suhaila teramat cantik.
amat/ sungguh/ sangat + kata adjektif + sekali -Tragedi tersebut amat menyedihkan
sekali.
se- + kata adjektif + gandaan -Semiskin-miskin lelaki itu dia tidak
paling + kata adjektif pernah
mengemis.
-Rumah itu paling mahal di kawasan
bandar ini.
kata adjektif + sekali -Kasut itu kotor sekali.
40
3.0 LATIHAN PENGUKUHAN KATA ADJEKTIF
BAHAGIAN A
1. Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif yang betul.
i. Kucing yang berwarna jingga itu hilang sejak petang semalam.
ii. Masakan ibu sungguh basi sehingga menjilat jari.
iii. Hari semakin gelap kerana mahu hujan.
iv. Bantal itu sungguh tajam untuk ditidur.
A. I dan IV
B. I dan III
C. III dan IV
D. I dan II
Soalan 2 berdasarkan Gambar 2
2. Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada ______________ pemandunya.
A. kelajuan
B. kelalaian
C. keberanian
D. kesibukan
41
3. Walaupun umur adik baru tiga tahun, tetapi dia __________ bercakap.
A. laju
B. petah
C. bising
D. pandai
4. Semua seluarnya sudah menjadi ___________ kerana badannya sudah berisi.
A. ketat
B. besar
C. singkat
D. longgar
5. Cuaca malam ini ___________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A. sejuk
B. damai
C. panas
D. nyaman
42
BAHAGIAN B (i)
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Itik itu mempunyai bulu yang telus air menyababkan bulunya sentiasa kering walaupun
berada lama di dalam air.
2. Pelajar Tingkatan Tiga sangat malu dan hormat kepada guru-guru mereka.
3. Air sungai itu hitam kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
4. Udara di Cameron Highland itu sungguh indah.
5. Sani menjolok buah manga itu dengan menggunakan sebatang galah yang tinggi.
43
BAHAGIAN B (ii)
1. Jelaskan pengertian kata adjektif dengan tepat.
___________________________________________________________________________
2. Nyatakan dua ciri-ciri kata adjektif.
i.__________________________________________________________________________
ii._________________________________________________________________________
3. Berikan tiga jenis kata adjektif berserta contoh perkataan dengan betul
Jenis kata adjektif Contoh perkataan
4. Contoh perkataan kata adjektif
Jenis kata adjektif
X kerap
Y sedih
sifat/ keadaan Z
a) Nyatakan jenis kata adjektif X dan Y.
__________________________________________________________________________
b) Berikan satu contoh perkataan kata adjektif yang sesuai dengan Z.
__________________________________________________________________________
5. Berdasarkan jawapan 4(b), bina ayat yang sesuai dengan betul.
__________________________________________________________________________
44
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan daripada kata nama
atau kata kerja dengan ciri yang boleh didahului dan diikuti oleh kata penguat.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), pembentukan kata adjektif
terbahagi kepada empat bahagian iaitu kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan,
kata adjektif majmuk dan kata adjektif pergandaan. Di samping itu, kata adjektif
dalam bentuk perbandingan pula dibahagikan kepada perbandingan darjah biasa,
darjah bandingan dan darjah penghabisan.
Kata adjektif secara umumnya berfungsi sebagai predikat ayat. Hal ini
dikatakan demikian kerana kata adjektif boleh mendahului kata penguat, boleh
mengikuti kata penguat, diikkuti dengan unsur keterangan dan tidak boleh hadir di
hadapan kata kerja. Selain itu, kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang
banyak. Walau bagaimanapun, kata adjektif boleh dibahagikan kepada jenis kata
adjektif, dan kata adjektif terkandung dalam bentuk perbandingan. Dapat
disimpulkan, kata adjektif mempunyai sembilan jenis iaitu kata adjektif
sifat/keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata
adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata
adjektif pancaindera.
45
BIBLIOGRAFI
Dg. Saudah Mustamam. (2013). Nota Bahasa Malayisa. Diperolehi daripada
http://saudah66.blogspot.com/2013/04/kata-sifat-adjektif.html
Kamus Dewan Bahasa & Pustaka Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Kata Adjektif Cara. (2016). Diperolehi daripada http://cikgualiang.weebly.com/kata-adjektif-
cara.html
Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009). Pembelajaran Tatabahasa
Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Pustaka Salam Sdn Bhd, Selangor.
Nawi Ismail, Raminah Hj Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim & Zulkarnian
Farihin Abdullah. (2017). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu.
Pustaka Salam Sdn. Bhd, Selangor.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
46
LAMPIRAN
47
48