The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syhdmizaaaa, 2023-05-24 08:46:55

E-folio Masalah Pergaulan Bebas Antara Lelaki & Perempuan Di Politeknik Malaysia

Kumpulan 3

EFOLIO MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA PENSYARAH : PUAN NORIAH BINTI NAWI KUMPULAN 3 MPU23012 PENGAJIAN ISLAM


NUR SYUHADA MIZA BINTI OTHMAN 23DLS22F1007 AHLI KUMPULAN MASNIYAH BINTI MOKHTAR 23DLS22F1021 NUR ALIAH FAQIHAH BINTI AHMAD MUJAHID 23DLS22F1003


ISI KANDUNGAN Penghargaan Pengenalan Faktor - faktor berlakunya pergaulan bebas Kesan - kesan pergaulan bebas Cara - cara mengatasi pergaulan bebas Kesimpulan Rujukan


Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Masalah Pergaulan Bebas Antara Lelaki Dan Perempuan di Politeknik Malaysia . Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus berkumpulan.Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang kami menyiapkan projek folio ini. Pertama sekali kepada Puan Noriah Binti Nawi selaku pensyarah MPU23012 Pengajian Islam kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat. Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amatsaya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan. PENGHARGAAN


PENGENALAN Pergaulan bebas anak usia remaja pada era milenial masih menjadi polemik. Era milenial berjalan semakin cepat seiring dengan diikutinya peningkatan kemajuan teknologi yang memberikan nilai tambah dengan mudahnya mengakses segala informasi, hal ini memiliki dampak terhadap pola kehidupan masyarakat dari berbagai kalangan terutama anak usia remaja. Masa remaja merupakan masa peralihan dari masa kanak remaja menuju masa dewasa. Di mana pada masa ini remaja seharusnya mulai belajar memiliki tanggung jawab sebagai seorang remaja yang mampu berfikir dan bertindak sesuai dengan norma yang berlaku di masyarakat. Namun dengan adanya arus modernisasi pada era ini memberikan kemudahan bagi remaja untuk mengakses segala informasi dan seluk beluk mengenai hal-hal yang berbau dengan pergaulan bebas. Pergaulan bebas meliputi pelbagai perkara bukan sahaja antara lelaki dan perempuan yang akhirnya terjerumus dengan salah laku seks ataupun zina. Malah , pergaulan bebas sering di maksudkan dengan sesuatu yang negatif seperti seks bebas , narkoba , kehidupan malam dan sebagainya. Istilah ini diadaptasi daripada budaya barat , iaitu kebebasan melakukan sesuatu tanpa takut menyalahi norma-norma masyarakat.


FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS 1 Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Malah ada rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Hal ini menyebabkan rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.


FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS Kurang perhatian daripada ibu bapa terhadap anak 2 Hal ini terjadi apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak mereka, maka bermulalah di saat itu seorang anak mencari perhatian dengan bergaul bersama-sama kawan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Maka apabila seseorang remaja perempuan merasakan rakan lelaki lebih memahami hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka di situlah bermulanya pergaulan secara bebas di antara remaja perempuan dan lelaki tanpa memikirkan soal batasan dalam pergaulan mereka.


FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS 3 Pengaruh media massa Kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.


FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS Kurangnya didikan agama 4 dan tahap iman yang lemah Ibu bapa tidak mengambil berat untuk mengajar ilmu agama kepada anak mereka.Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Walaupun remaja tersebut di hantar ke sekolah agama dan diajar tentang agama, tetapi penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal membabitkan pergaulan bersama jantina yang berlainan.


KESAN BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS Akibat daripada pergaulan bebas pelajar kini, mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali contohnya, terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit', gangster dan sebagainya. Hal ini menyebabkan golongan pelajar ini berubah sikap dan kelakuan mereka. Terdapat ramai pelajar yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur. Mereka akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti. Malah, tidak kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk keperluan yang tidak berfaedah. Dalam konteks yang sama, pelajar masa ini masih lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan sesuatu. Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar


KESAN BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini akan mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkah laku ini telah menjejaskan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka untuk berseronok-seronok dan meluangkan masa dengan bersama dengan pasangan masing-masing. Kemerosotan pelajaran


KESAN BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS Pelajar yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, pelajar yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan akan melakukan perkara ini iaitu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempattempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Pembuangan bayi


KESAN BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS Akibat perhubungan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan, pelbagai penyakit akan timbul sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Antara penyakit yang sering berlaku apabila pergaulan bebas ini ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan masih tiada penawar. Tersebar penyakit-penyakit yang membawa maut


KESAN BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS Kebanyakan pelajar lelaki dan perempuan yang berkahwin akibat daripada pergaulan bebas atau hamil luar nikah. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak bersedia atau matang dalam hal ini. Sekiranya sebelum proses perkahwinan telah mempunyai pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin ia tidak akan bertahan lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia. Penceraian dan keruntuhan rumahtangga


CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk berpasangan dengan matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga dan pensyarahpensyarah. Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya. Hubungan Berkualiti Di Antara Remaja , Keluarga & Pensyarah


Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja akan mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan pensyarah sebagai idola untuk maju dalam kehidupan.Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba perkaraperkara yang negatif serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan pensyarah. CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS Memilih Rakan


CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS Pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi dan seksual adalah seiring dan secara tidak langsung menyebabkan wujud perasaan ingin berpasangan. Namun begitu, perlu difahami oleh remaja bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan untuk pelajaran bagi memastikan peluang yang lebih baik di masa hadapan.Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara besar dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada hubungan tersebut, sekaligus mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. Elakkan Berpasangan


CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada hari ini menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan remaja. Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat tinggi. Oleh yang demikian, kawalan terhadap maklumat yang boleh diakses oleh remaja amat perlu. Sebagai ibubapa dan pensyarah, peranan sebagai individu yang terdekat dengan remaja perlu digunakan sebaik mungkin untuk menerapkan kesedaran kepada remaja untuk menjauhi portal-portal media yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi. Kawalan Terhadap Media Sosial


CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS Remaja yang mempunyai dasar pendidikan agama serta moral yang kukuh tidak akan mudah terjerumus ke dalam pergaulan bebas, karena ia tahu dan boleh membezakan hal yang benar dan salah. Pendidikan agama dan moral dapat memperkuat iman seseorang sejak kecil lagi. Jika sejak kecil lagi remaja itu telah dididik sudah tentu mereka sedar tentang keburukan pergaulan bebas.Bak kata pepatah ,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Memperkuatkan Pendidikan Agama


KESIMPULAN Kesimpulannya, hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah tuhan diabaikan sebaiknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengembleng tenaga dan strategic dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya ibu bapa, institusi pengajian tinggi malah kerajaan sendiri perlulah mengambil insiatif yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian, adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej, Malaysia sebagai sebuah negara islam yang terkemuka di dunia.


RUJUKAN 9 Cara Mengatasi Pergaulan Bebas dengan Mudah - Ashefa Griya Pusaka https://www.scribd.com/document/487083076/Kesanpergaulan-bebas-terhadap-remaja-docx https://dalamislam.com/akhlaq/pergaulan-bebas-dalamislam/amp https://www.scribd.com/document/487083076/Kesanpergaulan-bebas-terhadap-remaja-docx Pergaulan Bebas: Pengertian, Ciri-Ciri, dan Faktor Penyebab (kompas.com) https://www.bing.com/search? pglt=169&q=faktor+pergaulan+bebas&cvid=8db89ec24d944 43790d8910839974dec&aqs=edge.0.69i59j0l5j69i64j69i60l2.4 120j0j1&FORM=ANNTA1&PC=HCTS


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version