The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiraahmad26, 2020-07-14 00:26:44

TAKLIMAT GURU

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

PROGRAM MINDA SIHAT
DALAM KEBIASAAN
BAHARU

Minda Sihat : Emosi Terjaga,Kehidupan Sejahtera

Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Darul Ehsan”

TUJUAN & OBJEKTIF PROGRAM

Membugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik
atau krisis yang berlaku.

1. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan
penjagaan kesihatan mental

2. Mengenalpasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda
akibat pandemik

3. Melaksanakan intervensi bagi mengurus emosi murid
4. Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam

mengendalikan emosi
5. Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri

PERANAN & TANGGUNGJAWAB

1. PENTADBIR
• Melaksanakan program dengan lancar dan berkesan
• Memantau pelaksanaan program secara berterusan
• Merujuk kes krisis murid kepada ibu bapa/ penjaga
• Melaporkan kes krisis murid kepada PPD dan JPN melalui
Sistem Pelaporan Isu Disiplin dan Disiplin (e-PIDP)

2. GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

• Menyelaras pelaksanaan program dengan guru dan murid
• Melaksanakan penataran program kepada guru
• Menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental kepada

guru, ibu bapa dan murid
• Menyediakan panduan dan bahan program kepada guru
• Melaksanakan program pencegahan, pengembangan,

pemulihan dan krisi mengikut keperluan murid
• Memantau perkembangan murid dari masa ke semasa
• Melaporkan kes krisis kepada pengetua
• Menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang

berdekatan – mendapatkan khidmat nasihat

3. GURU

• Memastikan program dilaksanakan dengan lancar
• Memantau perkembangan perubahan tingkah laku dan

emosi murid
• Merujuk murid yang dikenalpasti mengalami perubahan

tingkah laku dan emosi kepada GBKSM
• Meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental

merentas kurikulum

PELAKSANAAN PROGRAM

1. PROGRAM 10 MINIT PEMBUGARAN MINDA SIHAT (GURU)

• PERKONGSIAN INFO Minda Sihat (10 minit sahaja)
• Dijalankan pada SETIAP HARI JUMAAT – 10 minit terakhir selepas bacaan Yassin
• Dilaksanakan secara serentak oleh guru yang bertugas di kelas
• Bahan akan diberikan melalui telegram rasmi sekolah

2. SENARAI SEMAK MASALAH MURID (GBKSM)

• GBKSM memberi penerangan dan mengedarkan senarai semak masalah murid
mengikut kelas.

• Membuat analisis dan membuat intervensi umum.

3. TEKNIK RELAKSASI

• Sebaran maklumat dalam bentuk risalah ke kelas dan perkongsian melalui
whatsapp kelas (GBKSM)

• Guru membimbing murid mempraktikkan teknik relaksasi mengikut keperluan
dan kesesuaian sepanjang PdPC

4. KUIZ MINDA SIHAT

• GBKSM menyelaras pelaksanaan
• Penyertaan murid menggunakan Google Form
• Guru membantu mempromosikan aktiviti

– menggalakkan penyertaan murid

5. EKSPRESIKASIKAN DIRIMU

• GBKSM menyelaras aktiviti
• Murid berkongsi cerita suka duka sepanjang PKP melalui video, rakaman suara,

penulisan dan lukisan.
• Penyertaan boleh dihantar melalui Google Clasroom UBK

6. PERTANDINGAN SERLAHKAN BAKATMU

• Pertandingan video info grafik bertemakan Minda Sihat
• Pertandingan nyanyian (lagu ditetapkan oleh penyelaras)
• Syarat pertandingan akan diberikan kepada murid
• Penghantaran karya melalui Google Classroom.

SARINGAN MINDA SIHAT

GBKSM akan menggunakan saringan minda sihat seperti berikut

• Saringan Whooley
• Saringan PHQ 9
• Saringan GAD7

Murid yang dikenalpasti mempunyai isu berkaitan emosi, perlu menjalani
intervensi menggunakan Modul Minda Sihat (KPM) dan Modul Kesihatan
Mental Remaja (KKM)

TERIMA KASIH
DI ATAS

KERJASAMA ANDA


Click to View FlipBook Version