The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muazzah_1986, 2022-07-05 01:16:24

minit 2 pdf

minit 2 pdf

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK SUNGAI ULAR

09000 KULIM , KEDAH

Tel : 044912153

Fax : 044906064

Emel : [email protected]

MINIT MESYUARAT GURU
(BIL. 1 / 2022)

Tarikh : 14 MAC 2022
Hari : ISNIN
Masa : 8.30 PAGI
Tempat : Dewan Ilmu SK Sg Ular

Hadir :

BIL NAMA GURU JAWATAN

1 PN NORZITA BINTI ABDULLA GURU BESAR

2 PN ZURAIDAH BINTI AHMAD PK.PENTADBIRAN

3 PN WAN KAMAAZURALIZA BT WAN PENOLONG KANAN HEM
KAMARUDIN

4 PN ZURAIDAH BINTI YAACOB PENOLONG KANAN PETANG

5 AZAMY BIN LATIF KP BAHASA MELAYU

6 CHE FADZLINA BINTI ABU BAKAR SU PEPERIKSAAN

7 MOHD ALIF AMIN BIN SAMAD GURU DISPLIN

8 HANIZA BINTI HAMZAH GURU MATEMATIK

9 HARYANTI BINTI MUSA GURU PENDIDIKAN ISLAM

10 IDZA ZALINA BINTI ISMAIL KP BAHASA INGGERIS

11 KAMALA A/P KUPUSAMY PENYELARAS HIP

12 KASTURI BAHAI A/P LETCHUMANAN(GM) SU LDP

13 MANIMALAR A/P SUPRAMANIAM (GM) GURU GOOGLE CLASSSROOM

14 MARDIAH BINTI ABD RAHMAN PENYELARAS J-QAF

15 MASRUPAWAN ASMUNY BT ABD GHANI GURU MATEMATIK

1

16 MAZLINA BINTI OTHMAN KP BAHASA ARAB

17 MERDUWATI BINTI ALI@ISMAIL KP RBT

18 MOHD FAUZI BIN ISMAIL GURU MATEMATIK

19 MOHD FAUZI BIN MOHD EFFENDI GURU PENDIDIKAN ISLAM

20 MUA’ZZAH BINTI MUSTAFA BAKRI SU MESYUARAT GURU

21 SOLIHAH BT ISHAK SU PENGAWAS

22 MUHAMAD IRWAN BIN ABDUL KHADIP SU PIBG

23 MUHAMAD SHUHAIMY BIN ABDUL AZIZ GURU PEMULIHAN

24 MUHAMAD NAHAR BIN DIN GURU BAHASA INGGERIS

25 MUHAMMAD AFIF BIN AHMAD FADZIL KP PJK/PK

26 NOORAZIAN BINTI MD NOOR GURU PRA SEKOLAH

27 NOOR HAFIZAH BINTI HARUN SU PENDIDIKAN ISLAM

28 SITI FATIMAH BINTI AZEMI BENDAHARI PIBG

29 NOR BASHIRAH BINTI ABDUL RASHID GURU PENDIDIKAN ISLAM

30 NOR FAIZAH BINTI BAHAROM GURU SAINS

31 NORMAWATI BINTI HUSSAIN KP PENDIDIKAN ISLAM

32 NORA AZIERA BINTI MUHAMMAD (GM) SU HEM

33 NORZALINA BINTI MD ISMAIL GURU BAHASA INGGERIS

34 NORZIAH BINTI YAACOB PENYELARAS SPBT

35 NUR FARIZAN BINTI AHMAD SU PBS / PBD

36 NURATIQAH BINTI MOHD SABRY GURU BAHASA MELAYU

37 AWATIF BINTI AZIZAN GURU BAHASA INGGERIS

38 MUNA NADIRAH BINTI RAMLI SU SKPMG 2

39 NOORMURNI BINTI ABDULLAH@YAACOB GURU PENDDIKAN ISLAM

40 NUR AZLIYANA BINTI AZIH GURU BAHASA MELAYU

2

41 NURUL HUDA BINTI ROZALI GURU PENDIDIKAN ISLAM

42 NURUL SYAKIRAH LIM BINTI ABDULLAH SU HIP

43 NURYUSRINA BINTI MOHD RODZI KP SEJARAH

44 ROSLELAWATY BINTI ABDUL AZIZ PENYELARAS TAHUN 2

45 ROZILAWATI BINTI RAWI KP SAINS

46 SARATHA A/P VENKATARAMAN GURU BAHASA INGGERIS

47 SALMAH BINTI SAPAR PENYELARAS TAHUN 1

48 SHANMUGAM A/L MAGALINGAM (GM) GURU MATEMATIK

49 SITI KHAIRUL MURNI BINTI ABD RAHMAN SU KURIKULUM

50 SITI MUNIRAH BINTI MANSOR PENYELARAS TRANSISI

51 SYARAH AISYAH BINTI SUDARMAN SU BAHASA ARAB

52 NUR SYUHADA BINTI IBRAHIM SU SKPMg2

53 THILEGAWATHY A/P THARMALINGAM SU MBM/MBI

54 VANJIT KAUR A/P VISAN SINGH SU PAK 21

55 WAN NORYATINI BINTI MAHMOOD PENYELARAS PLC

56 YAP JOW FUNG KP BAHASA CINA

57 YUSMANIZA BINTI MOHD YUSOF PENYELARAS TAHUN 6

58 YUHANA BINTI ABDUL HAMID GURU PENDIDIKAN ISLAM

59 NURUL IZZAH AFIFAH BINTI AHMAD SU BAHASA MELAYU
YOUSOB

60 HASLIZA BINTI MD JALI GURU PRA SEKOLAH

61 NUR ZAHIRAH BINTI MOHD ZUKI GURU PSS/PENYELARAS NILAM

62 THAMARAI VALLI A/P ALAGAPPAN (GM) GURU DATA

63 KOMATHY A/P KASINATHAN (GM) GURU BAHASA INGGERIS

3

Tidak Hadir

BIL. NAMA GURU JAWATAN CATATAN

1. FATAHIYAH BINTI MAT LAZIM GURU BIMBINGAN & CUTI BERSALIN
KAUNSELING

3. SITI FATIMAH BINTI AZEMI GURU PENDIDIKAN HADIR MELALUI LINK

ISLAM GOOGLE MEET

4. AZMAN BIN SALEH GURU BESTARI HADIR MELALUI LINK
GOOGLE MEET

5. MARDIAH BINTI ABD RAHMAN PENYELARAS JQAF HADIR MELALUI LINK
GOOGLE MEET

6. NURYUSRINA BT MOHD RODZI KP SEJARAH HADIR MELALUI LINK
GOOGLE MEET

7. MAZLINA BINTI OTHMAN KP BAHASA ARAB HADIR MELALUI LINK
GOOGLE MEET

8. CHE FADZLINA BINTI ABU SU PEPERIKSAAN HADIR MELALUI LINK

BAKAR GOOGLE MEET

9. NURUL SYAKIRAH LIM BINTI PENYELARAS HIP HADIR MELALUI LINK

ABDULLAH GOOGLE MEET

10. NURUL HUSNA BINTI MD ZIN GURU PENDIDIKAN CUTI BERSALIN
ISLAM

10. AZAMY BIN LATIF KP BAHASA KONTAK RAPAT(ANAK)
MELAYU

HADIR : 63 ORANG
TIDAK HADIR BERSEBAB : 10 ORANG
JUMLAH : 73 ORANG

4

PERJUMPAAN GURU BIL.1/2022
I. UCAPAN TUAN GURU BESAR

1. Tuan guru besar memulakan majlis dengan ucapan salam serta mengucapkan
selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan pegawai PPD En. Ismail bin Che
Ros. Beliau mengharapkan kehadiran tuan PPD dapat berkongsi ilmu dan memberi
bimbingan kepada semua pentadbir dan juga ucapan terima kasih kepada semua
guru yang dapat hadir pada hari ini..

2. Tuan guru besar mendoakan semoga semua rakan guru sihat dan sama-sama
doakan semoga sahabat-sahabat yang tidak sihat akan kembali sihat. Beliau
mengalu-alukan kehadiran pegawai PPD yang dapat hadir bersama kita pagi ini iaitu
En Ismail bin Che Ros dan mengharapkan semoga kehadiran pegawai PPD dapat
berkongsi ilmu dan memberi bimbingan kepada semua pentadbir dan guru-guru di
SK Sungai Ular.

3. Tuan guru besar mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua rakan
guru yang dikasihi kerana dapat mengikuti Mesyuarat Guru Kali Pertama Sekolah
Kebangsaan Sungai Ular bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 secara
bersemuka dan di atas talian bagi guru-guru yang tidak dapat hadir di atas sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan.

II. BACAAN DOA Ustaz Abdul Kadir bin Abdul Manaf untuk
4. Tuan guru besar menjemput
membacakan doa.

III. BACAAN IKRAR PERKHIDMATAN WAM
5. Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Muhammad Nurjuwaidi Bin Jaafar. Tuan guru
besar berharap semua guru dapat sama-sama menghayati dan berkhidmat dengan
penuh tanggungjawab dan berintegriti serta berpegang teguh kepada ajaran agama
masing-masing.

5

IV. UCAPAN PEGAWAI PPDKBB
6. En. Ismail bin Che Ros Pegawai PPDKBB memberikan ucapan aluan dan info
serta maklumat berkaitan senario penempatan murid-murid di tingkatan satu 2022
dalam daerah Kulim Bandar Baharu kepada semua pentadbir dan mengaitkannya
dengan PBD khususnya pemberian tahap penguasaan (TP) kepada murid-murid
khasnya murid tahun 6 yang akan melangkah masuk ke alam persekolahan sekolah
menengah.

7. Dalam ucapannya, beliau berharap pelaksanaan PBD di dalam kelas dilakukan
dengan telus dan pemberian Tahap Penguasaan (TP) perlu dilakukan dengan lebih
bertanggungjawab. Guru harus peka dengan penguasaan murid supaya tidak
berlaku percanggahan antara keputusan akhir PBD (yang diberi oleh guru) dengan
tahap penguasaan sebenar murid. Ini akan memberi impak/kesan kepada murid bila
mereka terpilih ke sekolah-sekolah yang terpilih contohnya SMK Sultan Badlishah.

8. Encik Ismail memaklumkan bahawa pengambilan sekolah menengah biasa telah
menjadi lebihan di sebahagian sekolah terpilih. Ramai murid yang telah memohon
ke sekolah tersebut. Akan tetapi kouta setiap kelas adalah terhad.

9. Encik Ismail juga berharap supaya tidak berlaku lagi pemberian Tahap
Penguasaan (TP) kepada murid-murid yang tidak selari dengan kebolehan sebenar
mereka kerana impaknya sangat besar kepada murid dan ibu bapa.

6

MINIT MESYUARAT GURU
(BIL. 1 / 2022)

AGENDA 1: PERUTUSAN GURU BESAR
1. Guru Besar mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk meneruskan agenda
pendidikan dan perjuangan kita, demi anak2 SKS dan Mesyuarat Guru Kali Pertama
2022/2023 ini merupakan langkah awal, sebagai persediaan kita untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab seterusnya.

2. Guru besar merakamkan ucapan terima kasih dan ucapan penghargaan kepada
barisan pentadbir dan semua rakan guru atas usaha dan kerjasama yang diberikan
sepanjang sesi persekolah 2021/2022 . Beliau menyatakan semua warga SKSU
adalah yang terbaik.

3. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru2 yang hadir ke sekolah di
masa cuti untuk melaksanakan tugas, walaupun cuti, ada di antara rakan guru yang
hadir untuk menyiapkan beberapa tugasan. Contohnya program transisi murid tahun
1 dan mungkin ada juga dikalangan guru-guru yang tetap melaksanakan tugas yang
berkaitan dengan sekolah di rumah dalam tempoh cuti ini.

4. Guru Besar mengharapkan , untuk sesi 2022/2023 ini, semua pentadbir dan guru-
guru dapat meneruskan perjuanga dan memberi tumpuan kepada hala tuju dan
fokus sekolah untuk tahun ini. Hala tuju sekolah yang nak kita capai ada dua selaras
dengan konsep TS25 iaitu Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid.

5. Guru Besar yakin dengan komitmen rakan guru dan juga kunjung bantu pihak
PPD dalam memberi bimbingan kepada semua warga SK Sg Ular akan dapat
mencapai Hala Tuju tersebut dan menjadi sebuah sekolah yang lebih cemerlang.

AGENDA II: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG
LALU
6. Pengerusi menjemput setiausaha membentang minit mesyuarat yang lalu.
Pengerusi memohon ahli mesyuarat agar membaca dan meneliti Minit Mesyuarat
Guru Bil 4 / 2021 . Beliau memohon ahli mesyuarat untuk mencadangkan Minit
Mesyuarat Guru Bil 4 / 2021 diterima dan disahkan.

7

7. Pn. Wan Noryatini binti Mahmood telah mencadangkan agar Minit Mesyuarat
Guru (Bil 4 / 2021) yang lalu diterima dan disahkan. Cadangan tersebut telah
disokong oleh Pn Salmah bt Sapar .

Makluman : Semua Guru

AGENDA III : PERKARA BERBANGKIT

8. Perkara 9 Guru besar memaklumkan supaya RPH yang bermula pada hari Isnin
21.3.2022 perlu di hantar secara atas talian dalam group telegram RPH Guru besar
sebelum sesi persekolahan bermula. Setelah sekolah bermula semua guru diminta
menghantar RPH pada setiap hari khamis untuk disemak oleh pentadbir. Pada 7
April 2022 semua guru perlu menghantar RPH lengkap kepada Guru Besar.

Makluman : Semua Guru

AGENDA IV : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

INFO KPM

9. Kenyataan terkini menteri pendidikan pengoperasian sekolah sesi
persekolahan 2022/2023 ialah:

10. Sekolah akan dibuka pada 21 Mac 2022.

11. Sekolah rendah enrolmen lebih 600 murid tanpa penggiliran secara
penggiliran mbk (skpk & ppki) tahun 3 prasekolah tahun 4 tahun 1 tahun 5 tahun 2
tahun 6 semua murid rmt.

12. Sekolah rendah enrolmen kurang 600 murid Semua murid sekolah rendah
harian dan sekolah rendah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah
antarabangsa hadir tanpapenggiliran • Sekolah rendah swasta, termasuk sekolah
ekspatriat dan sekolah antarabangsa melebihi 600 boleh mengemukakan
permohonan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya.

13. Pakaian seragam sekolah ialah murid dibenarkan memakai pakaian yang
sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragamyangadatidak lagi sesuai
dipakai.

14. Kehadiran murid Sekiranya ibu bapa / penjaga memilih untuk tidak
menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak akan dianggap sebagai
satu kesalahandisiplin. • Namun ibu bapa / penjaga perlu memaklumkan
ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod.

8

15. Guru Besar juga turut menerangkan kepada semua guru mengenai Garis
panduan pengurusan dan pentadbiran sekolah dari sudut pematuhan SOP,
perhimpunan di kawasan sekolah, Orang luar bukan warga KPM tidak dibenarkan
masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali atas kerja-kerja penyelenggaraan sekolah
dengan syarat lengkap di vaksin, makluman awal covid 19, Penutupan kelas yang
melibatkan kes covid 19 adalah bidang kuasa Pengarah Pendidikan dan guru atau
AKP yang tidak divaksin perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM.

16. Guru Besar menyatakan Buku Mysg ialah buku pengurusan sekolah rendah
dan menengah untuk perlaksanaan tugas yang akan dilakukan di peringkat sekolah.
Buku ini akan diletakkan di dalam bilik guru, di pejabat dan di bilik pentadbir. Guru
besar akan membuat 1 flyp buku Mysg untuk rujukan guru-guru. Setiausaha kelab
guru bertanggungjawab menjaga buku Mysg tersebut.

17. Penataran MySg akan di buat pada 16 Mac 2022 di Kelab golf Kulim dan
akan menerangkan 4 bidang tugas guru-guru di sekolah iaitu Tugas Utama, Tugas
Sampingan dan sokongan , tugas tambahan dan tugas ad Hoc.

(Makluman dan Tindakan : Setiausaha Kelab Guru)

18. Guru Besar memaklumkan mengenai Sekolahku Sejahtera yang telah
dilancarkan oleh KPM pada 21 Febuari 2022. Terdapat 14 elemen perlu di beri
bimbingan yang berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam
kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid samaada didalam kelas atau
diluar kelas.

19. 14 Elemen sekolahku sejahtera ialah Selamat, Seronok dan Sihat – Etika dan
Empati - Jati Diri ,Adab Sopan , Harmoni , Tekun, Teliti danTerampil , Eksplorasi
,Rasional , Artikulasi.

20. Guru Besar juga menyatakan mengenai Pendekatan menagani isu beg berat
murid . Terdapat 7 langkah pendekatan yang akan diambil untuk menangani isu ini
iaitu penyediaan likar, penyusunan semula jadual, buku latihan, buku aktiviti dan
buku kerja,buku teks digital, pendekatan pdp dan kerjasama dengan JAKIM.

21. Guru Besar telah memberikan video mengenai KPM perkasaku CUP 3
kepada guru pada 21 febuari 2022 dan mengharapkan guru-guru dapat menonton
video tersebut untuk dijadikan sumber rujukan. KPM perkasaku Cup 3 akan
dilaksanakan selama 4 minggu. Fokusnya kepada kemahiran asas yang belum
dikuasai dan kelas yang terlibat tahun 2 , 3 dan 4. Murid yang terlibat ialah murid
yang mendapat TP1, TP2 dan TP3. RPH dan RPT adalah sama akan tetapi
pendekatan kepada murid-murid yang terlibat adalah berbeza. PBD tetap
dilaksanakan kepada murid yang terlibat kepada CUP 3. Setiap panitia perlu
memasukkan Cup 3 dalam takwim panitia.

(Makluman dan Tindakan :Ketua Panitia)
9

22. Guru besar telah menghadiri kursus berkaitan pembudayaan kajian tindakan
di sekolah pada 2 Mac 2022. Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki dan
meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-
guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap
amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Setiap sekolah perlu
ada kajian tindakan ini pada setiap isu yang timbul.

23. Guru besar juga turut menerangkan prosuder pengurusan kes positif dan
kontak rapat kes covid 19 mengikut status vaksinasi covid 19. Berkuatkuasa 1 Mac
2022 tempoh kuarantin kes Positif Covid 19 yang telah menerima dos penggalak
dan lengkap vaksinasi ialah 7 hari manakala tidak lengkap vaksinasi adalah 10 hari.
Manakala kontak rapat yang menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak
perlu kuarantin, yang bergejala perlu kuarantin selama 5 hari. Kontak rapat yang
lengkap vaksinasi yang tidak bergejala atau bergejala adalah selama 5 hari dan
kontak rapat tidak lengkap vaksinasi yang tidak bergejala dan bergejala adalah
selama 7 hari.

24. Pemberian awal award wang tunai cuti rehat (GCR) kepada guru yang cukup
tempoh perkhidmatan 15 tahun ,cukup umur 45 tahun, dan jumlah GCR yang
terkumpul sekurang-kurangnya 80 hari layak memohon GCR dan perlu berjumpa pn
Sopiah dan mendapat perakuan dari ketua Jabatan.

Makluman: Semua guru

VISI DAN MISI KPM

25. Visi dan misi KPM ini juga merupakan visi dan misi sekolah.

26. Visi KPM : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

27. Misi KPM : Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Pengerusi
menyarankan agar guru dapat memberi penerangan serta pemahaman tentang visi
dan misi KPM kepada murid. Beliau meminta supaya semua guru mata pelajaran
dapat membimbing murid memahami visi dan misi KPM dan pastikan murid menulis
pada muka surat pertama dalam semua buku latihan.

28. Guru besar meminta semua guru untuk mengingatkan kepada semua murid
agar menuli visi dan misi di muka hadapan buku latihan dan beri kefahaman tentang
misi dan visi KPM kepada murid-murid.

29. Seterusnya Guru Besar sekali lagi mengucapkan tahniah dan
terima kasih atas komitmen semua guru yang telah menyumbang
tenaga dalam menjayakan program sekolah yang telah dijalankan untuk
tahun ini seterusnya menyentuh tentang 5 Aspirasi, 9 Bidang dan 11

10

Anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).

a) Aspirasi:

i) AKSES

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan
daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun
2020.

ii) KUALITI

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam
tempoh 15 tahun.

iii) EKUITI
50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar
bandar,sosioekonomi dan gender) menjelang tahun 2020.

iv) PERPADUAN

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan
nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

v) KECEKAPAN

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.

b) Bidang :

i) Memartabatkan profesion keguruan.
ii) Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.

iii) Meningkatkan kualiti sekolah.
iv) Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.
v) Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.

vi) Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat
sebagai rakan kongsi dalam pendidikan.

vii) Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam
pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
11

viii) Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber.
ix) Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian

pendidikan.

c) Anjakan :
i) Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf

antarabangsa.
ii) Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa

Inggeris.
iii) Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
iv) Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
v) Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap

sekolah.
vi) Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian

khusus berasaskan keperluan.
vii) Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di

Malaysia.

viii) Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
ix) Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara

meluas.

x) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
xi) Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

d) Dasar Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah :
i) Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada bidang Kurikulum.
ii) Penyertaan semua murid adalah wajib.
iii) Penyertaan guru dalam mengelola Kokurikulum juga adalah wajib.

Makluman : Semua guru
FOKUS DAN HALA TUJU SK SUNGAI ULAR TS25 (6.0)
30. Fokus dan hala tuju SK Sungai Ular ada dua iaitu Sekolah Berkualiti dan
Kemenjadian Murid.

12

31. Pengerusi menyatakan terdapat 4 elemen penting untuk menjadikan sekolah
berkualiti iaitu pertama pemimpin yang berkesan termasuklah semua pentadbir,
semua Ketua Panitia dan Semua Setiausha. Kedua, guru berkualiti yang
mewujudkan persekitaran yang menyenorokkan dengan sokongn dari SLP dan LLP,
guru yang komited dan guru yang mempunyai aspirasi yang tinggi. Ketiga,
komitmen komuniti setempat iaitu sokongan padu dari PIBK melalui jalinan strategik
dan keempat penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna (PAK21).

32. Hala tuju sekolah adalah selaras dengan hala tuju TS25 iaitu memantapkan
pengurusan dan pentadbiran berlandaskan transformasi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia(PPPM). Meningkatkan tahap penguasaan (TP) murid bermula
dari TP3 dan ke atas. Menggunakan SKPMg2 sebagai panduan pengoperasian
sekolah, meningkatkan kualiti peningkatan STEM, Program pemulihan mengatasi
masalah 3M, melaksana dan memantapkan PBS yang berkesan, meningkatkan
peratus kehadiran murid, memantapkan penguasaan pembelajaran abad (PAK21),
pemantapan sahsiah diri/ disiplin, pengukuhan pembelajaran digital, pencapaian dan
penglibatan aktif kokurikulum, mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif,
bersih dan ceria dan pengurusan kewangan dan audit cemerlang.

Makluman dan tindakan: semua guru

ENROLMEN STAF SEKOLAH

33 Pengerusi memaklumkan bahawa enrolmen terkini sekolah adalah :

a. Guru – bilangan guru terkini adalah seramai 73 orang (11 lelaki dan 62
perempuan).

b. AKP – bilangan AKP adalah seramai 6 orang (6 perempuan)

c. Murid – bilangan murid adalah seramai 1046 orang ( 996 orang adalah
murid arus perdana dan 50 orang adalah murid Pra sekolah)

d. Staf kebersihan seramai 6 orang dan pengawal keselamatan seramai 4
orang

Makluman : Semua guru

KETETAPAN DASAR PENGURUSAN SEKOLAH
Pengurusan Guru

34 Guru Besar meminta agar guru-guru merujuk Buku Pengurusan dan
Perancangan Sekolah 2022/2023 untuk perlantikan jawatankuasa yang baharu.
Pengerusi mengingatkan kepada guru-guru tentang beberapa peraturan dengan
merujuk buku tersebut. Antaranya :

13

Pengurusan dan pentadbiran sekolah

35. Pendaftaran murid tahun 1 /2023 akan bermula pada 1 mac 2022 hingga 30
April 2022 melalui laman web public.moe.gov.my.

36. Guru yang ingin membuat persaraan perlu menghantar surat kelulusan bersara
pilihan barisan pentadbir (kelulusan JPA) kepada PPDK bagi tujuan rekod.

37. Mesyuarat Agong PIBG disarankan bermula sesi persekolahan 2022/2023
hingga 30 Jun 2022

38. Program transisi tahun 1 2.0 (PTS) sesi 2022/2023 iaitu selama 4 minggu.

39. Pengisian data APDM perlu diisi pada pukul 9 dan 3 petang oleh guru kelas atau
guru pendamping sekiranya guru kelas tidak hadir kesekolah pada hari tersebut.

40. Pengisiaan data covid 19 perlu diisi segera (tarikh dan neratif).

41. Pengisian Sistem Sahsiah diri murid (SSDM) perlu diisi berpandukan salah laku
murid dan amalan baik murid.

42. Sesi kaunseling individu (50 sesi) dan kelompok (20 sesi) akan dilaksnakan.

(Makluman Semua Guru)

Tanggungjawab Guru

43. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai profesion dan bukan satu pekerjaan semata-mata.
44. Kehadiran dan keberadaan guru di sekolah – Semua guru punch in sebelum
atau pada 7.30 pagi dan punch out pada jam 2.00 petang.

45. Pengerusi berharap guru yang bertugas hendaklah datang lebih awal bagi
memantau dan mengurus ketibaan murid bagi memastikan keselamatan murid
terjamin.

46. Guru Besar menegaskan bahawa semua guru wajib punched card semasa hadir
dan tidak dibenarkan melakukannya untuk orang lain. Sekiranya terlewat guru perlu
mendapatkan tandatangan daripada guru besar.

47. Guru-guru perlu berada di sekolah sekurang-kurangnya 4 jam sebelum keluar
kawasan sekolah bagi tujuan yang penting dan semua urusan peribadi guru
hendaklah dibuat pada luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
48. Pemeriksaan latihan murid – guru perlu menyemak kerja-kerja serta latihan yang
diberikan kepada murid dari semasa ke semasa

14

49. Kekemasan dan keceriaan bilik guru adalah tanggungjawab bersama.
Hormatilah rakan-rakan guru yang ada di sebelah kita.

50. Penampilan guru – hendaklah kemas dan bergaya. Pakaian mengikut etika
pakaian sebagai penjawat awam. Hari khamis pakai pakaian baju batik.

51. Hubungan sesama guru - memupuk hubungan peribadi dan profesional yang
baik dan sihat sesama guru dan sentiasa menjaga tutur kata serta dapat
mewujudkan perasaan kekitaan.

52. Ketepatan masa – guru perlu tepati masa masuk kelas. Ikut masa yang
ditetapkan mengikut jadual.

53. Cuti rehat – Cuti rehat tidak dipertimbangkan sekiranya tarikh cuti yang dipohon
diapit oleh cuti umum kecuali kes kecemasan. Cuti rehat juga dipertimbangkan satu
hari dalam sebulan kecuali dalam kes kecemasan.

54. Cuti sakit – Pegawai yang menerima rawatan di hospital atau klinik swasta, sijil
sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ialah tidak melebihi 15 hari
setahun.

55. Semua guru perlu serahkan Borang Keberhasilan PBPPP pada bulan Mei
2022,kemudian pertama Serah kepada PP1 dan kedua Isi semula pada bulan
Oktober/ November 2022.

56. Semua guru perlu mengingati id dan password serta mengemaskini e operasi,
Hrmis, Eg tukar , E pangkat, buku rekod perkhidmatan dan lantikan baharu.

57. Bagi guru baharu yang Dapat Surat Pengesahan Lantikan perlu Mohon Program
Transformasi Minda (PTM), Isi dan hantar ke JPNK (selepas 1tahun perkhidmatan)
Keputusan kelulusan PTM online–bealert, Cetak dan hantar surat kelulusan kepada
PT Perkhidmatan , Isi Borang Pengesahan dalam perkhidmatan,Tunggu dapat Surat
Pengesahandalam perkhidmatan 1- 3tahun, Selepas 3 tahun, isi Borang Pemberian
Taraf Berpencen.

58. Pengurusan kelas pada hari pertama 21 Mac 2022. Semua guru perlu
bersedia menerima murid, kerusi meja mencukupi, buku teks telah diberikan pada
setiap murid kecuali yang baru berpindah masuk, Jadual Waktu Kelas dan senarai
nama murid dipaparkan pada papan kenyataan/ pintu kelas .RPH berasaskan format
TS25 telah sedia dan lengkap, Berkumpul di Dewan Ilmu pada 7.20 pagi
.Perhimpunan Pagi jika ada arahan & mendapat kebenaran. Tepat 8.15 pagi, semua
guru waktu kedua telah mulakan PdPc. RPH yang lengkap iaitu RPH hari pertama
perlu hantar kepada GB pada 17/3/2022 untuk disahkan, Tiada kutipan bayaran
dibenarkan dalam kelas pada hari pertama persekolahan , Terdapat Pemantauan
Pegawai JPNK/ PPDKBB/ Jemaah Nazir untuk memantau sesi pertama

15

persekolahan 2022/2023. Program Transisi Tahun 1 akan dilaksanakan pada 21
Mac –3 Jun 2022.

59. Semak dan pastikan maklumat betul dalam e-operasi guru guru kelas. Paparkan
jadual waktu kelas dalam bilik darjah dan perlu ada nama guru mata pelajaran. Guru
kelas edarkan kepada semua murid salinan jadual waktu dan juga hantarkan dalam
group whatsapp kelas masing-masing. Waktu PLC dalam jadual persendirian
(selasa).

60. Guru mesti sediakan RPH berkonsepkan TS25 dan hantar kepada GB/ Penolong
Kanan setiap hari Khamis untuk disemak. Penggunaan RPH berformat TS25.
Objektif Pembelajaran dan Krateria Kejayaan mesti ada dipaparkan dalam PdPc
Berpandukan Standard4 dalam SKPMg2. Menggunakan aktiviti yang berlainan untuk
kelas yang diajar,berlainan aras/terbeza. Mengajar mengikut RPH yang telah
dirancang dan penulisan butiran mesti betul, ikut SOP, tarikh, hari, waktu,
kelas,objektif dan lain-lain. Gunakan bahan bantuan mengajar dan rujuk ketua
panitia masing-masing. RPH secara modular iaitu gabungan beberapa kemahiran
dan topic.

61. Kemaskini fail Panitia dan mesti lengkap pada pertengahan bulan Februari.
Mesyuarat Panitia dijalankan dan sila rujuk takwim Minggu Pertama Mata
PelajaranTeras Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pada
minggu kedua Mata Pelajaran Elektif , Tajuk Perbincangan ialah menjurus kepada
DSKP, RPH, Pasca nilai PAT Perancangan Strategik Panitia, Format Ujian. PPT,
PAT , PBD&PLC Penggunaan BBM Pencerapan ,Jumlah Penggunaan Buku Latihan
dan Buku Kerja ,Minggu Panitia, Belanjawan dan Sudut Pidato.

62. Perancangan tahunan pemulihan dan jadual waktu disediakan. Sekolah yang
menentukan bentuk saringan untuk mengenalpasti murid yang tidak menguasai
Kemahiran 4M iaitu Membaca,Menulis, Mengira, Menaakul Saringan dibuat oleh
Guru pemulihan .Guru pemulihan dikehendaki menjalankan program untuk BM dan
Matematik bersama dengan Guru Mata pelajaran Tahap1 dan Tahap 2 bagi yang
terpilih .Dalam jadual waktu dan sebagai kelas tambahan .Perjumpaan dengan
ibubapa perlu dilaksanakan untuk memberikan tahap perkembangan pembelajaran
murid-murid pemulihan.

63. Program galakan membaca berjalan seperti biasa. Perekodan bagi bacaan
Nilam tahun 2022 adalah mengguna system IQ-NILAM cohtohnya Amalan Baik PSS
CERCITER , Sudut Pidato dan aktiviti mingguan oleh Panitia , Laporan dan
Dokumentasi mesti dibuat setelah program dilaksanakan.

64. Permohonan eg tukar 2.0 bagi tahun 2022 perlu dimohon sekali sahaja. Setiap
guru yang memohon pertukaran perlu memberitahu guru besar untuk dibuat
pengesahan.

16

Makluman dan tindakan : Semua guru

AGENDA V : PENGURUSAN KURIKULUM

65.Penolong Kanan Pentadbiran Puan Zuraidah Binti Ahmad menyatakan
mengenai hala tuju/ KRA Kurikulum Sk Sungai Ular iaitu mencapai 100 %
MTM PBD murid tahun 1-6 mencapai sekurang-kurangnya TP3 dalam PBD
akhir tahun. Sifar TP1 dan TP2 , mengoptimumkan pencapaian TP4,TP5
dan TP6 bagi tahun 1-6, meningkatkan kualiti PDPC standard 4 SKPmg 2
kepada 96%.

66.Puan Zuraidah Binti Ahmad mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada
Semua Ketua Panitia dan Setiausaha. Laporan Pemantauan SKPMg2
Bahagian Pengurusan Panitia 3.1.2 Sangat Memuaskan dan beliau
mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha semua KP dan Setiausaha.
Jadual kerja SKPMg2 sehingga 20 APRIL untuk tindakan setiausaha setiap
Pengurusan iaitu Pengisian Pasukan Pelaksana Standard ( PPS ): Standard
1 ,Standard 2, Pengurusan Kurikulum, Standart 3.1 dan 3.1.2, Pengurusan
HEM standart 3.3, Pengurusan Kokurikulum standart 3.2 , Standard 4 PDPC.
Setiausaha Panitia yang belum lengkap fail eviden boleh berjumpa dengan
PK1 untuk serahkan eviden yang belum selesai dan Salinan Minit Mesyuarat
Panitia Bil 3 dan Bil 4 sila serahkan kepada saya untuk semakan dan tanda
tangan Guru Besar.

a. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 2/2022
Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan mulai kalendar akademik sesI
22/23 memutuskan supaya Pelaksanaan KSPK (Semakan 2017)
KSSR(Semakan 2017)KSSM kembali menggunakan Dokumen
Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) sepenuhnya. Puan
Zuraidah bt Ahmad mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
yang telah mengikuti Kursus KSSR Semakan Tahun 6 secara online.
Senarai Guru Yang Mengikuti Kursus KSSR Tahun 6 :

1. Bahasa Melayu – Yusmaniza

2. Bahasa Inggeris - Idza Zalina/Nurul Syakirah

3. Sains - Che Fadzlina

4. Matematik - Mohd Fauzi Ismai

5. Bahasa Cina- Yap Jow Fung

6. Bahasa Tamil - Thamarai Valli

17

7. Pendidikan Islam - Abdul Kadir

8. Bahasa Arab- Mazlina

9. Muzik - Zawati

10.Pendidikan Moral - Vanjit Kaur

11.RBT - Azman

12.Sejarah - Nur Yusrina

13.PJPK - Mohd Afif

(Makluman: Guru Tahun 6)

67.Puan Zuraidah Bt Ahmad meminta guru-guru sediakan Minit Curai dan
minitkan untuk makluman dan Tandatangan Puan Guru Besar. Guru-guru
yang terlibat diminta menjalankan In house/Program Peningkatan Kualiti
Pengajaran Guru dalam Panitia masing-masing pada bulan Mac dan April
2022. Beliau juga memohon sediakan laporan serta borang maklum balas,
dan buat 3 salinan untuk dimasukkan dalam Fail Induk, Fail Panitia dan PKP.
Ketua Panitia dan Guru-guru yang menghadiri Bengkel/Taklimat/Kursus
Dalam Talian/Bersemuka perlu jalankan IN HOUSE dalam Panitia masing –
masing.

68. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil 1 tahun 2021 (28 April 2021) Selaras
dengan Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk beralih kepada
Pembelajaran Berorientasikan Peperiksaan kepada Pembelajaran
Berorientasikan Perkembangan Secara Holistik Dalam Persekitaran yang
Menyeronokkan Di Peringkat Pendidikan Rendah iaitu Pentaksiran Bilik
Darjah , Ujian Psikometrik , SEGAK , PAJSK.

a. Pentaksiran bilik darjah (PBD) dilaksanakan berpandukan DSKP dan
standart Prestasi Mata pelajaran , Mesti direkodkan mengikut
Topik/kemahiran dan perlu membuat Pelaporan 2 kali setahun
mengikut Takwim. Pencapaian murid direkod mengikut Tahap
Penguasaan TP 1 hingga TP 6. Pesanan dari pihak PPD STIGMA
bahawa pencapaian TP4 – TP6 hanya boleh dicapai pada akhir tahun
adalah tidak tepat . Pemberian TP bergantung kepada potensi murid
dan DSKP mengikut topik. Pentadbir dan Ketua Panitia akan
menjalankan Penjaminan Kualiti PBD untuk semua subjek Mengesan
murid menguasai kemahiran yang telah diajar pada masa itu. Semua
guru dikehendaki mengenal pasti murid TP1, TP2 dan TP3 untuk
jalankan CUP 3 (21 Mac-15 Apr) .Intervensi dalam kelas diteruskan
untuk peningkatan murid.

18

b. Perancangan Kuantiti Latihan mengikut Tahap Murid dan disediakan
oleh Semua Guru Subjek. Kontrak latihan boleh disediakan bersama
RPT (dalam petak berasingan ).

c. Semakan Buku Latihan Murid akan dibuat semasa pencerapan PdPC
Mengikut Jadual Pencerapan dalam Buku Pengurusan. Pentadbir dan
Ketua Panitia akan jalankan Pencerapan dan Semakan Buku Latihan
Murid. Guru-Guru perlu serahkan satu salinan Borang Semakan
Latihan Murid kepada Ketua Panitia dan Setiausaha untuk simpanan
Fail Panitia.

d. Penyelaras dan SU boleh menyediakan perancangan takwim ,Carta
Organisasi, Carta Gantt 2022/23 untuk MBM/MBI, HIP, PLC,
Pemulihan. Boleh membuat mesyuarat/perbincangan utk program
tahun 2022/23 . Kemaskini Fail 2021/22/23.

e. Ketua Panitia dan Semua ahli Panitia perlu berbincang dan merangka
program Peningkatan murid melibatkan Murid Tahun 1 – Tahun 6
mengikut Standard 3.1.2.3, SKPMg2 dan merancang 4 Program
Peningkatan Murid setiap Tahun dalam mesyuarat panitia 1/2022 .
Buat Pembahagian tugas dan peranan untuk program yang dirancang.

f. Tetapkan dan Sebar luas KPI Prasekolah (Sifar 3M) . Kenalpasti dan
membuat Pengesanan Tahap Penguasaan murid peringkat awal
.Merangka program dan intervensi untuk Pemulihan dan Pengukuhan
di peringkat awal serta memperkasakan pengurusan Prasekolah
berpandukan Tools dan Alat Pengurusan Prasekolah (SKPK).

g. Ringkasan mengajar dihantar pada setiap Hari Khamis untuk semakan
Puan GB dan Penolong-penolong kanan. Penghantaran mengikut
Kumpulan dan Jadual penghantaran . Penyediaan RPH perlu
dimasukkan KBAT dan PAK21, Kriteria Kejayaan, Objektif. Guru besar
dan Pentadbir akan menjalankan penjaminan kualiti dalam semakan
RPH/RPM PBD.

h. Puan Zuraidah mengucapkan tahniah kepada Guru PSS/Media serta
AJK yang baharu. Beliau mengharapkan tahun ini dapat merancang
program lebih aktif . Sediakan Perancangan ,Takwim , Carta Gantt
2022/23 . Libatkan semua Panitia dalam setiap aktiviti PSS Sekolah
dan aktifkan Nilam dan peyertaan murid secara maksimum.

i. Cikgu Manimalar dan Penyelaras Bestari akan menyediakan ID untuk
Guru Baharu dan ID untuk Tahun 1 . Beliau memohon Guru ICT Sebar
luaskandan maklumkan dalam Telegram Official untuk tindakan

19

susulan yang perlu diambil oleh pihak sekolah, guru-guru sekiranya
dimaklumkan dalam group ICT PPD DKBB.

j. Rujuk buku pengurusan muka surat 21 sebagai panduan untuk bilik-
bilik khas.

k. Pn Zuraidah mengucapkanTahniah diatas Perlantikan Ketua Pantia
dan Setiausaha sesi 2022/2023. Terima kasih diatas kerjasama dan
tanggungjawab yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 . Beliau
berharap dapat menjalankan tugas dan amanah yg diberikan dengan
baik bersama semua Ahli Panitia dan Libatkan semua aktiviti panitia
bersama PSS/HIP/MBM/MBI. Panitia perlu rancang penggunaan Buku
Latihan dalam seminggu .Berbincang isu ini dalam Mesyuarat Panitia
1/2022 dalam Agenda Hal-Hal Lain .Pn Zuraidah memperingatkan
Ketua panitia & setiausaha untuk Hantar Minit 3 & Minit 4 2021 untuk
semakan bagi panitia yang belum hantar.

l. Rujuk senarai semak fail panitia 2022/2023 hingga April 2022 sebagai
panduan gerak kerja Panitia. Semua panitia perlu membuat minit curia
dan inhouse. Sediakan 3 salinan untuk dimasukkan dalam fail induk,
fail Panitia dan PKP.

m. Pn Zuraidah mengucapkan terima kasih kepada SU LDP Cikgu Kasturi
untuk tugas-tugas yang telah dijalankan pada Tahun 2021
.Perancangan Tahun ini telah dirangka dan telah dimasukkan dalam
Takwim Sekolah dibahagian Belakang Buku Pengurusan 2022/2023
.Beliau berharap KP/SU/penyelaras/guru-guru sentiasa merujuk
takwim yang telah disediakan bermula Mac 2022 sehingga Februari
2023 untuk Tindakan semua. Perancangan LDP TAHUN 2022/2023.

n. Semua Panitia perlu merujuk baki duit PCG yang masih ada.

o. Kemaskini Bilik Bahan Bantu Mengajar bahagian Panitia masing-
masing . Sila catat pinjaman dan penggunaan guna QR CODE
mengikut Panitia. (KP perlu sebar luaskan QR CODE ) .Rekod
Penggunaan (QR CODE) adalah eviden SKPMg2.

p. Semua Jadual PKB telah disediakan dalam Buku Pengurusan Sekolah
2022/2023 Pn Zuraidah meminta semua guru rujuk Jadual-Jadual
tersebut untuk kemudahan dan sebagai persediaan cikgu sebelum
pemantauan dan pencerapan.

q. Penglibatan PPD dalam PdPc Guru akan berterusan oleh Pegawai
Sic+ untuk SKSU sesi 2022/2023 .Pemantauan yang berterusan akan
di jalankan oleh Unit-Unit Matapelajaran daripada PPD . Hasil dapatan
akan dibincangkan dgn Pihak sekolah dan dibentangkan di PPD.
20

Makluman dan tindakan: Semua Guru

AGENDA VI : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

69. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Wan Kamaazuraliza binti Wan
Kamaruddin menerangkan perkongsian amalan terbaik .Semua guru akan
mengisi dalam ssdm. Target 100% guru mengisi sehingga hujung tahun 2022
Amalan baik murid.

70. 100% penyertaan murid yang layak dalam program RMT, PSS, KWAMP,
SPBT dan bantuan - bantuan lain. . ZERO Defect’ penglibatan penagihan dadah,
merokok dan keruntuhan akhlak. Mengurangkan 10% daripada kes salah laku
(kes ringan) dan melanggar disiplin. 95% kehadiran ke sekolah.

71. Pengurusan Murid dan Kelas dan Enrolmen murid adalah seramai 1084
orang (Prasekolah – Tahun 6) .Data belum update dalam apdm kerana masih
dalam proses naik kelas.

72. Guru Kelas perlu pastikan kelas ada Jadual waktu. Jika guru kelas membeli
jadual waktu pastikan ada nama guru matapelajaran di bawah.Ia akan
memudahkan murid dan guru untuk mengetahui guru mana yang akan masuk ke
kelas tersebut. Jadual bertugas , Carta organisasi kelas ,Peraturan kelas dan
SOP kelas ,Pelan kecemasan , dan Pelan lantai mestia ada nama murid dan no
telefon waris di atas meja murid. Visi dan misi sekolah , Kata-kata hikmat, Hand
sanitizer dan hand wash . Pertandingan kebersihan kelas bermula bulan April.
Guru Kelas Tahun 1 daftar nama murid dalam buku besar , Persediaan bilik
darjah berkonsepkan PAK21. Guna banner dan ada parking lot, ada objektif dan
lain-lain.

Makluman : Guru kelas

73. Program Transisi Tahun Satu 2022 ada dua fasa iaitu Fasa 1 penyesuaian
selama 2 minggu dan Fasa 2 Kesediaan selama 2 minggu.

74. Guru Kelas Tahun 1 dikehendaki kemaskini semula data dan kenalpasti murid
yang layak untuk bantuan RMT dan KWAPM. RMT Thn 1 akan dimaklumkan.
kemaskini data murid mulai 21 Mac 2022. Guru Kelas pastikan fail peribadi
murid lengkap.Borang Maklumat Murid diedar semula untuk kemaskini data.

Makluman : Penyelaras dan Guru tahun 1

75. Rancang program untuk sahsiah murid. Dalam SSDM sebolehnya tiada
masalah disiplin terutamanya Kes berat. Pengisian Amalan Baik dalam SSDM.

21

SSDM V2.0 ID : KBA5018 Pasword dispkba5018. Gunapakai Buku Peraturan
Sekolah . Perlu baca semasa di perhimpunan sekolah. Ikut keadaan semasa
dan Laluan atau sudut disiplin. Sekiranya Murid 3 hari ponteng sekolah, guru
kelas perlu hantar surat amaran.

Makluman : Guru Kelas

76. Kuasa merotan hanya ada pada Guru Besar sahaja. Guru tiada hak untuk
merotan. Dan Murid perempuan tidak dibolehkan rotan. Guru disiplin akan
menyediakan kad keluar kelas dan diberi kepad semua kelas. Murid yang akan
keluar dari kelas diwajibkan memakai kad keluar kelas .Pemeriksaan mengejut
disiplin terhadap murid boleh dilakukan dari masa ke semasa mengikut
keperluan.

77. Rancang program untuk pengawas sekolah. Perjumpaan dengan pengawas
sekolah Lantikan Pengawas, Ketua Murid, Penolong Ketua Murid, Pengawas
PSS, Pengawas SPBT, PRS adalah pada awal bulan April. Sediakan jadual
bertugas pengawas dan kemaskini Sudut Info pengawas.

Makluman: Guru Pengawas

78. Unit Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang program untuk sahsiah murid.
Guru BnK lantikan sekolah ialah Puan Yusrina yang akan membantu Puan
Fatahiyah buat sesi individu dan kelompok. , Merancang dan melaras
pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. ,Melaras dan menyediakan
rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang
diperlukan.

Makluman :Guru Bimbingan dan Kaunseling

79. Buku teks telah diedarkan kepada murid-murid kecuali kepada murid-murid yang
tidak hadir ke sekolah. Pembukaan sekolah pada 21 Mac 2022 ,guru kelas
diminta untuk memastikan murid yang belum mendapat buku teks
memaklumkan kepada unit buku teks supaya murid mendapat buku teks secara
keseluruhan. Murid yang menghilangkan buku teks perlu menggantikannya
samada berbentuk wang atau membeli buku teks sendiri.

Makluman : Guru SPBT

80. Tarikh penting perlaksanaan RMT dan PSS boleh rujuk pada unit RMT dan PSS.

81. Kantin masih dalam kontrak setahun sehingga 30.11 2023. Makanan yang
dilarang untuk menjual ialah Donut, aiskrim, nugget, sosej dan kentang. Unit
kantin perlu adakan mesyuarat 4 kali setahun dan mengemaskini fail dengan
lengkap. Sekiranya berlaku keracunan makanan perlu mamaklumkan segera
kepada PK HEM dan Guru Besar.

22

82. Puan Mazlina akan menguruskan borang KWamp, e- kasih dan EMK. Guru kelas
tahun 1 perlu memastikan dan memaklumkan kepada pn Mazlina murid-murid
yang mempunyai waris berpendapat rendah (KIR) Rm 960 dan pekapita RM224.

83. Unit Penyanyang perlu berbincnag untuk pelancaran beri salam dan ucap terima
kasih.Program penyayang akan dijalankan bersma Bnk. Guru yang bertugas dan
wakil pentadbir dikehendaki menunggu di pintu pagar. Semua program
penyayang perlu dibuat dokumentasi dan pemantaun.

84. Unit Keselamatan, kebersihan dan kesihatan perlu membuat online SPKS,
memastikan keselamatan murid disekolah, memastikan kebersihan perskitaran
sekolah, membuat Fire drill 2 kali setahun bersama pihak bomba, mengadakan
ceramah,taklimat, pameran dan lain-lain. Menggalakkan amalan hidup yang
bersih dan sihat. Laporan denggi, pemeriksaan kesihatan dan rekod kesihatan
perlu dikemaskini setiap tahun.

85. Program Ppda akan dilaksanakan pada bulan April. Program PPda akan
diksanakan selama 5 minit dalam perhimpunan sekolah. Unit Ppda perlu
mengemaskini sudut info ppda dan menjalankan program untuk murid-murid.

86. mewujudkan Jawatankuasa KSIB : Gurubesar, PK Hem, YDP, NYDP, SU dan
Bendahari PIBG, AJK PIBG, sukarelawan, komuniti. Perkasa Sarana melibatkan
orang-orang yang berkepentingan di sekolah seperti imam, JKKK, pegawai
perhubungan sekolah. membentangkan pencapaian sekolah contohnya data
ponteng, murid terlibat salahlaku disiplin dan lain-lain.

87. Penggunaan alatan surau perlu mendapat kebenaran guru, selepas
menggunakan surau dikehendaki sanitize semula surau dan memastikan surau
dalama keadaan baik dan bersih.

88. Lawatan dan penanda aras perlu merancang, menyedia dan mengurus dokumen
dan tatacara lawatan mengikut prosedur KPM/JPN/PPD .Mengurus surat dan
kebenaran dengan pihak yang terlibat (pengangkutan, penginapan dan tempat) .
Mengurus dan menyiapkan semua dokumen peserta yang terlibat termasuk
surat kebenaran ibu bapa . Menyediakan tentatif lawatan dan memberikan
taklimat kepada semua peserta. Memastikan keselamatan peserta sepanjang
program/aktiviti/lawatan. Menyediakan laporan dan mengadakan mesyuarat
serta menyediakan minit yang berkenaan.

89. Pn Wan Kamaazuraliza mengucapkan tahniah kepada unit kedai buku kerana
dapat membuat penjualan untuk sesi 2023 dengan lancar.

90. Unit siaraya memastikan peralatan berfungsi dengan baik termasuk juga dengan
interkom di pejabat yang kita gunakan setiap hari pada masa Covid19 ini.

23

Makluman dan tindakan : Semua guru

AGENDA VII : PENGURUSAN KOKURIKULUM

91.Penolong kanan Kokurikulum Encik Muhammad Nurjuwaidi bin Jaafar
mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah bekerjsama
menjayakan program kokurikulm 2021.

92. Encik Muhammad Nurjuwaidi membentangkan laporan kewangan dan
laporan pencapaian kokurikulum 2022.

93. Kejohanan merentas desa akan dilaksanakan pada 31 Mac 2022 dan
Kejohanan balapan dan Padang akan dilaksanakan pada 21 Julai 2022.

94. Perlaksanaan dasar 1M1S melalui program di sekolah iaitu Program sukan
umum(latihan rumah sukan, merentas desa dan sukantara). Kelab sukan dan
permainan perlu dilaksanakan 60 minit seminggu.

95. Semua guru perlu merujuk lantikan baharu unit kokurikulum dalam buku
pengurusan. Mengikut perancangan awal latihan rumah sukan akan di
jalankana pada bulan Mei 2022.

96. Aktiviti kokurikulum akan dijalankan setiap minggu pada hari Rabu jam 2.00
hingga 4 Petang bagi Kelab Persatuan, Unit Beruniform dan kelab sukan
permainan masing-masing.

97. Semua ketua dan guru penasihat unit kokurikulum perlu membuat
mesyuarat agung kokurikulum, memlih jawatankuasa , merancang aktiviti dan
program unit sepanjang tahun.

Makluman: Semua Ketua Guru Penasihat

98. Nama guru dan Jurulatih Ko-akademik boleh dirujuk dalam buku
pengurusan sekolah 2022. Guru tersebut perlu mencari dan memilih murid yang
berpotensi tinggi sebagai persediaan pertandingan yang akan berlangsung
sepanjang tahun. Latihan kepada murid perlu dijalankan terlebih awal.

99. SEGAK wajib dilaksanakan pada bulan Mac dan Ogos bagi murid tahun 4,5
dan 6. Kemasukan data mesti dilakukan oleh guru PJ. Guru kelas perlu
memastikan pengisian PAJSK diisi dengan sebaiknya agar murid-murid tidak
tercicir dan mendapat markah yang baik dalam pencapain kokurikulum.

100. Penyelaras stor sukan perlu memastikan peralatan sukan lengkap dan stor
sukan dalam keadaan baik dan tersusun. Memastikan perlatan sukan
dilabelkan dengan baik.

Makluman : Penyelaras Stor Sukan

24

101.Setiap pembelian alatan sukan perlu direkodkan dan dikemaskini.
Setiausaha sukan, guru penasihatdan penyelaras 3 bidang dikehendaki ambil
maklum hat tersebut.

102. Setiap program yang akan dijalankan boleh dirujuk dalam takwim sekolah.
Guru boleh merancang terlebih awal program tersebut suapaya dapat berjalan
dengan lancar.

103. Sijil dan pengiktirafan murid adalah tiket untuk memasuki ke sekolah
menengah. Semua murid yang terlibat dalam setiap program samaada secara
bersemuka atau atas talian perlu mendapat sijil pengiktirafan.

104. Hari Kokurikulum akan melibatkan murid tahun 6 iaitu gandingan program
pasca UPSR . Program ini termasuklah acara kawad, acara praktikal survival
dan taklimat kecemasan.

Makluman dan tindakan : Semua guru

AGENDA VIII : HAL – HAL LAIN

105. Guru Besar mengingatkan semua guru mengenai penghantaran RPH yang
perlu dihantar pada 17 Mac 2021 melalui telegram Guru besar sebelum
pembukaan sekolah dan RPH lengkap perlu dihantar pada 7 April 2021 untuk di
tanda tangan.

106. Semua guru kelas dan pendamping perlu memastikan kelas dan bilik Khas
dalam keadaan bersedia dan teratur.

107. Guru masa pertama selepas perhimpunan yang akan menunggu murid
didalam kelas setiap hari ahad.

108. Kutipan wang PIBG perlu diserahkan kepada Puan Fatimah. Guru kelas perlu
mengasingkan duit kelas dan menggunakan dengan sebaiknya.

109. Guru kelas diminta mengasingkan duit buku terlebih dahulu supaya tidak
menimbulkan masalah kepada pihak pembekal apabila guru besar pencen kelak.

110. Ketua panitia perlu membuat pembelian dan pembayaran sebelum 30 Jun
2022 ketika guru besar masih berkhidmat di sekolah ini. Guru besar berharap
selepas 30 Jun tiada lagi pembelian dibuat.

111. Semua guru dikehendaki hadir dalam mesyuarat yang melibatkan guru. Guru
besar mengharapkan guru-guru tidak menghilangkan diri sekiranya mesyuarat yang
dijalankan berlangsung tanpa pengetahuan guru besar.

25

114. Guru besar meminta unit penyayang untuk membuat pelancaran dan ucapan
terima kasih untuk murid-murid sekolah kerana masih ada lagi murid-murid yang
tidak memparaktikan amalan tersebut ketika berada di kawasan sekolah.

115. Guru besar meminta semua penolong kanan , ketua panitia dan setiausaha
untuk memastikan papan kenyataan dikemaskini.

116. Semua guru pastikan bilik guru dalam keadaan bersih dan teratur. Sekiranya
guru makan dalam bilik guru, pastikan sinki dalam keadaan bersih dan di cuci
dengan baik.

Makluman dan tindakan : Semua guru

AGENDA IX : PENUTUP

117. Guru Besar telah memberikan beberapa helaian dokumen yang
kepada semua guru SKSU dan meminta guru membaca serta faham
,kemudian tanda tangan mana yang perlu. Seterusnya senarai semak RPH
yang diberikan perlu simpan terlebih dahulu dan hantar bersama RPH pada
7/4/2022/ untuk semakan penuh/lengkap RPH. Manakala surat Aku Janji itu
perlu serahkan semula pada hari ni. Surat perlantikan Jawatankuasa Surat

Sebagai Pentaksir perlu diserahkan kepada Guru Besar pada 20/3/2022.

118. Guru besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Barisan Guru
Penolong Kanan dan rakan-rakan guru kerana dapat bersama-sama
sehingga ke penghujung mesyuarat.

119. Beliau memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang sesi
persekolahan 2021/2022, beliau telah melaksanakan tugas-tugas tidak
seperti yang cikgu-cikgu kehendaki.

120. Kata beliau lagi “sebenarnya kekuatan beliau adalah terletak pada PK

dan guru-guru”.

Mesyuarat ditangguh pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh,

Mua’azzah

(PN MUA’ZZAH BINTI MUSTAFFA BAKRI)
Setiausaha Mesyuarat Guru
SK.Sungai Ular
09000 Kulim
Kedah Darulaman.

26

Disemak dan disahkan oleh,
(PN NORZITA BINTI ABDULLA)
Guru Besar
SK Sungai Ular
09000 Kulim
Kedah Darulaman.

27


Click to View FlipBook Version