The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan tahunan Majlis Perwakilan Pelajar 2020/21 Kolej Poly-Tech MARA cawangan Bangi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mppkptmbg.penerbitan, 2021-01-25 07:36:33

INSPIRASI SISWA EDISI 01

Laporan tahunan Majlis Perwakilan Pelajar 2020/21 Kolej Poly-Tech MARA cawangan Bangi.

Keywords: Mpp KPTM Bangi,KPTM Bangi,KPTM,Kolej poly-tech mara,bangi,kolej poly-tech mara bangi,inspirasi siswa edisi 01,magazine kptm bangi,digital magazine,majalah kptm bangi,e majalah

EDISI 01

"SUCCESS

CONSISTS OF GOING

FROM

FAILURE

TO FAILURE
WITHOUT
LOSS OF
ENTHUSIASM"
~ WINSTON CHURCHILL ~

VISI

BERTINDAK SEBAGAI PELENGKAP
ASPIRASI KOLEJ DALAM MENCAPAI VISI

DAN MISI KPTM.

MISI

MEMPERKASAKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
PELAJAR KPTM BANGI.
MEMASTIKAN KEBAJIKAN PELAJAR KPTM BANGI
TERJAGA.
MEMUPUK SEMANGAT KEUSAHAWANAN UNTUK
MEMBENTUK USAHAWAN PELAJAR .
MEMPERKASAKAN AKTIVITI KOKURIKULM UNTUK
MEMBENTUK NILAI KEPIMPINAN PELAJAR.

TIMBALAN PENGARAH
HAL EHWAL PELAJAR KPTM BANGI

PRAKATA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, DZULKARNAIN BIN HASSAN
TIMBALAN PENGARAH
Salam Sejahtera, Salam Mahasiswa KPTM. HAL EHWAL PELAJAR KPTM BANGI
SESI 2020/21 JANUARI 2021
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada barisan Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) 20/21 kerana memberi peluang
kepada saya untuk mengungkapkan sepatah dua kata di
coretan ini.

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada barisan MPP 20/21, khususnya sidang redaksi
majalah ini yang telah gigih berusaha di dalam menghasilkan
majalah yang sangat berprestij ini di era yang sangat
mencabar kini. Penghasilan E-magazine ini merupakan satu
cetusan idea yang sangat kreatif dan innovatif, seiring dengan
kemajuan dunia digital dan perkembangan Revolusi Industri
4.0. Sesungguhnya inisiatif yang hebat ini akan menjadi
inspirasi kepada seluruh warga KPTM Bangi dalam
penghasilan penulisan bentuk baharu yang bukan sahaja
memenuhi aspirasi teknologi hijau, bahkan juga memenuhi
aspek penjimatan kos dan meminimumkan penggunaan
kertas.

Sekalung tahniah buat MPP 20/21 kerana tidak berdiam diri
dan memberikan alasan pandemik, sebaliknya anda terus
komited dalam menjalankan tugas dengan penuh cemerlang
dan bertanggungjawab walaupun di dalam keadaan
pandemik yang sangat mencabar dan merisaukan ini.

Saya berharap agar Team MPP 20/21 ini dapat terus komited
dan gigih dalam menjalankan tugas serta menyuntik sinergi
kepada pelajar–pelajar KPTM agar terus kreatif, innovatif dan
berkarisma dalam menjana idea-idea baharu dalam suasana
norma
baharu sekarang. Sesungguhnya kecemerlangan anda pada
hari ini akan mempersiapkan diri anda untuk memenuhi
kehendak alaf baharu serta Revolusi Industri 4.0.

SYABAS dan teruskan KECEMERLANGAN anda. Semoga terus
SUKSES.

Sekian terima kasih.

PENASIHAT
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

PRAKATA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam Mahasiswa KPTM.

RIbuan terima kasih kepada barisan Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) 20/21 kerana memberi peluang ini kepada
saya.

Tahniah kepada barisan MPP 20/21, khususnya kepada
sidang redaksi majalah ini yang telah berusaha dalam
menghasilkan majalah yang sangat berprestij ini, dan
akan menjadi inspirasi dalam penghasilan penulisan
yang lain. Inspirasi Siswa ini merupakan satu idea yang
sangat bagus dan selari dengan perubahan teknologi
terkini.

Syabas dan tahniah buat MPP 20/21 kerana telah
berjaya menjalankan tanggungjawab dengan
cemerlang dalam keadaan semasa yang sangat
mencabar dan merisaukan (PANDEMIK COVID-19).

Diharapkan barisan ini dapat terus melangkah
bersemangat dalam menjadi pemangkin untuk
melahirkan pelajar atau generasi KPTM yang proaktif,
progresif, profesional serta berkarisma. Secara tidak
langsung ini akan menjadikan KPTM satu institusi
pendidikan yang terulung dimata dunia.

Kejayaan bermula dari satu langkah, teruskan
melangkah demi satu KEJAYAAN yang CEMERLANG.

Selamat maju jaya.

Sekian. Terima kasih.

NURHARTINI BINTI ABDUL RAHMAN
PENASIHAT 2 MPP
SESI 2020/21 JANUARI 2021

PENASIHAT SIDANG REDAKSI
MAJALAH KPTMBG

PRAKATA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam Mahasiswa KPTM.

Ucapan ribuan terima kasih kepada barisan Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Bangi atas kesudian
memberi sedikit ruang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah yang
julung kali diterbitkan oleh MPP KPTM Bangi ini.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas juga kepada
barisan MPP khususnya kepada ahli sidang redaksi
majalah yang telah bertungkus lumus dalam
merealisasikan penerbitan majalah edisi satu ini.
Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar
semangat dalam menghasilkan lebih banyak terbitan
seperti majalah ini.

Harapan saya adalah barisan Majlis Perwakilan Pelajar
boleh bergerak sederap dan senada dalam menunaikan
tanggungjawab kepada mahasiswa-mahasiwa KPTM
Bangi. Adalah diharapkan juga barisan Majlis
Perwakilan Pelajar juga dapat membantu dalam
menghasilkan mahasiswa yang boleh mendepani
cabaran masa depan berdasarkan acuan yang dibentuk
oleh KPTM Bangi.

Akhir kata saya mendoakan keselamatan dan
kesejahteraan kepada seluruh warga KPTM Bangi agar
terus dapat berjuang untuk mencapai kegemilangan di
masa hadapan.

Sekian Terima Kasih

MOHAMAD KHAIRY IZWAN MOHAMAD ZAMANI
PENASIHAT SIDANG REDAKSI
PENASIHAT 1 MPP
SESI 2020/21 JANUARI 2021

PRESIDEN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

PRAKATA

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin-Nya, Majalah Digital Inspirasi Siswa ini
berjaya diterbitkan.

Majalah Digital Inspirasi Siswa ini diterbitkan sebagai
laporan aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar secara ringkas
kepada semua warga KPTM Bangi. Ini merupakan
sebuah idea dan inisiatif kumpulan “taskforce” yang
diketuai oleh Exco Penerbitan dan Inovasi bersama
Exco Tugas-tugas Khas, Exco Kediaman dan Exco
Logistik. Kumpulan ini sentiasa bertanggungjawab
dalam memantau setiap aktiviti yang dijalankan untuk
dimasukkan ke sebagai lampiran dalam Majalah
Digital Inspirasi Siswa. Usaha ini juga merupakan satu
inovasi daripada majalah yang sering dicetak.
Bagi pihak Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Poly-Tech MARA Bangi, saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh
jawatankuasa Majalah Digital Inspirasi Siswa yang telah
bertungkus lumus menghasilkan sebuah karya
penulisan yang dijangka memberi impak kepada
pelajar KPTM Bangi agar senantiasa mengetahui
bahawasanya pihak MPP sentiasa cakna terhadap
kebajikan dan program yang perlu dijalankan bagi
pelajar. Semoga Majalah Digital Inspirasi Siswa ini
diharapkan dapat diteruskan dan dijadikan sebuah
legasi baharu ketika norma baharu dipraktikkan agar
menjadi bukti pihak MPP sentiasa bertanggungjawab
terhadap urusan para pelajar.

Sekian, terima kasih

NIK AHMAD HAFIZUDDIN BIN MAHDY
PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2020/21 JANUARI 2021

KETUA SIDANG REDAKSI
MAJALAH KPTMBG

PRAKATA

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana IZZAH ATIRAH BINTI ABDUL HALIM
dengan limpah dan kurnianya dapat juga Majalah EDITOR
Digital Inspirasi Siswa ini diterbitkan. Terlebih EXCO PENERBITAN DAN INOVASI
dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan SESI 20/21JANUARI 2021
terima kasih kepada seluruh pasukan Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah memberikan
kepercayaan kepada saya untuk memegang
jawatan sebagai editor bagi majalah ini. Setinggi
penghargaan juga kepada rakan sepasukan saya
dalam sidang redaksi ini.

Peluang untuk menjadi editor bagi majalah edisi
pertama terbitan MPP ini membolehkan saya
mempelajari pelbagai perkara terutamanya hal-hal
yang berkaitan dengan penerbitan e-majalah. Saya
dan juga ahli yang lain dapat mempelajari dan
mengembangkan lagi ilmu pengetahuan yang
berkaitan penghasilan e-majalah. Pengalaman
yang diperoleh ini akan dijadikan sebagai inspirasi
untuk masa hadapan.

Majalah Digital Inspirasi Siswa ini melaporkan
segala aktiviti yang telah dijalankan sama ada
dijalankan di dalam kolej mahupun di luar kolej.
Aktiviti ketika Perintah Kawalan Pergerakan juga
ada dipahatkan disini.

Saya mengharapkan agar pembaca Inspirasi Siswa
edisi 1 ini berpuas hati dengan hasil yang terdapat
di dalam e-majalah ini. Akhir kata, saya bagi pihak
sidang redaksi Inspirasi Siswa sekali lagi ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menerbitkan Inspirasi Siswa ini.

Sekian, terima kasih

ISI KANDUNGAN

Barisan sidang redaksi 10
12
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar 20

Majlis penyampaian watikah 21
perlantikan 22
Norma baharu akademik KPTM

Kebajikan pelajar jadi keutamaan

KPTM MERCATO 23
24
Program yang diadakan ketika 25
menjalani PKP 26
Pertandingan E-Sports

Quran Time

Kemasukan pelajar baru sesi Julai 2020 27

Open Club Night KPTM Bangi 28
Kempen Kibar Jalur Gemilang 29

Majlis Sambutan Kemerdekaan 30
Program ramah mesra alumni 31
KPTM Bangi & MPP 20/21 32
Intake BAAF 2020 33
MPP KPTM Bangi Berintegriti 34
35
Ambilan 1120 36
37
Norma baharu majlis graduasi

Tanggungjawab sosial siswa
Menziarahi keluarga mangsa kemalangan

INSPIRASI SISWA 01

AHLI SIDANG
REDAKSI 2020/21

EDITOR
IZZAH ATIRAH BINTI ABDUL HALIM

PENGARANG PEREKA PEREKA
MUHAMMAD AZIM SYAKIR MUHAMAD NUR IQMAL IMAN DANIAL BIN

BIN MOHD AFFANDI HAIQAL BIN RAMLAN ABDUL KARIM

PENGENALAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

SESI 2020/21

NAMA : NIK AHMAD HAFIZUDDIN BIN MAHDY

JAWATAN : PRESIDEN

PROGRAM : SARJANA MUDA PERAKAUNAN DAN KEWANGAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "KNOWLEDGE TALKS, BUT WISDOM LISTEN"

NAMA : NUR DHANIA IRDINA BINTI ZUL AZIZAN

JAWATAN : TIMBALAN PRESIDEN

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "THE BEST VIEW COMES AFTER THE HARDEST CLIMB"

NAMA : AHMAD UWIS QORNI BIN CHE ROSLAN

JAWATAN : SETIAUSAHA

PROGRAM : DIPLOMA PERAKAUNAN JAN 2020 | KPTM BANGI 13

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "IMAGINATION IS EVERYTHING, IT IS THE PREVIEW
OF LIFE'S COMING ATTRACTIONS"

NAMA : NUR ALIA HUSNA BINTI ABDUL ATI'

JAWATAN : BENDAHARI

PROGRAM : DIPLOMA PERAKAUNAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "BREATHE DARLING, THIS IS JUST A CHAPTER, NOT
YOUR WHOLE STORY"

NAMA : AIMI ZULFAH BINTI MOHD FAZLI

JAWATAN : TIMBALAN SETIAUSAHA

PROGRAM : DIPLOMA PERAKAUNAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "ACTION SPEAK LOUDER THAN WORDS"

NAMA : ADLYN NUR ZAFEERAH BINTI MOHD ZAID

JAWATAN : EXCO PENDIDIKAN

PROGRAM : DIPLOMA PERAKAUNAN JAN 2020 | KPTM BANGI 14

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "DON'T JUST EXIST, LIVE"

NAMA : IZZAH ATIRAH BINTI ABDUL HALIM

JAWATAN : EXCO PENERBITAN DAN INOVASI

PROGRAM : SARJANA MUDA PERAKAUNAN DAN KEWANGAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "DON'T WISH FOR IT, WORK FOR IT"

NAMA : NUR SYAFIQA BINTI KHARIMI

JAWATAN : EXCO IT DAN MEDIA BARU

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "BELIEVE THAT YOU CAN AND YOU ARE HALFWAY
THERE"

NAMA : NABIELA NAJWA BINTI MOHD RODZI

JAWATAN : EXCO PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN LUAR

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN JAN 2020 | KPTM BANGI 15

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "YOU DON'T NEED A TITLE TO BE A LEADER"

NAMA : MUHAMMAD AZIM SYAKIR BIN MOHD AFFANDI

JAWATAN : EXCO KEDIAMAN

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "DANCE ON YOUR OWN RHYTHM"

NAMA : SITI NUR QAMARINA BINTI ALI

JAWATAN : EXCO SUKAN DAN REKREASI

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "YOU WILL FACE MANY DEFEATS IN LIFE, BUT NEVER
LET YOURSELF BE DEFEATED"

NAMA : NUR SARAH FARISYA BINTI MOHAMAD AKASHAH

JAWATAN : EXCO KEBAJIKAN

PROGRAM : SARJANA MUDA PERAKAUNAN DAN KEWANGAN JAN 2020 | KPTM BANGI 16

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "DO WHAT IS RIGHT, NOT WHAT IS EASY"

NAMA : NUR SYAZWINA HANIM BINTI ABDUL HALIM

JAWATAN : EXCO ETIKA DAN DISIPLIN

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "WHEREVER LIFE PLANTS YOU, BLOOM WITH GRACE"

NAMA : HAIFA AMANDA BINTI AZHARI

JAWATAN : EXCO KEUSAHAWANAN DAN EKONOMI

PROGRAM : DIPLOMA KEUSAHAWANAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "A GRATEFUL HEART IS MAGNET FOR MIRACLES"

NAMA : NUR SYAZA BINTI SALIM

JAWATAN : EXCO DAKWAH DAN PEMBANGUNAN

PROGRAM : SARJANA MUDA PERAKAUNAN DAN KEWANGAN JAN 2020 | KPTM BANGI 17

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "ONE DAY YOU WILL THANK YOURSELF FOR NOT GIVING
UP"

NAMA : IMAN DANIEL BIN ABDUL KARIM

JAWATAN : EXCO TUGAS- TUGAS KHAS

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "NEVER LET THE FEAR OF STRIKING OUT KEEP YOU
FROM PLAYING THE GAME"

NAMA : HUMAIRA ATIQAH BINTI ABDUL HARITH

JAWATAN : EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "FALL 7 TIMES, STAND UP 8"

NAMA : NMUHAMMAD NUR IQMAL HAIQAL BIN RAMLAN

JAWATAN : EXCO LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN JAN 2020 | KPTM BANGI 18

EMAIL : [email protected]

QUOTES : "THINKING RATIONALLY WITHOUT BEING
INFLUENCED BY INSTINCTS OF EMOTION IS ONE
OF THE MOST EFFECTIVE WAYS TO SOLVE
PROBLEMS"



MAJLIS BANGI, SELANGOR: Pada 13 Mac 2020 telah JAN 2020 | KPTM BANGI 20
PENYAMPAIAN berlangsung satu Majlis Penyampaian Watikah
WATIKAH Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar yang telah
PERLANTIKAN disempurnakan oleh Pengarah KPTM Bangi,
MAJLIS Encik Ramli Mohd Jawi. Seramai 18 orang ahli
PERWAKILAN Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi 2020/2021
PELAJAR SESI yang terpilih telah menerima watikah
2020/21 perlantikan dan satu sesi bacaan ikrar di
hadapan Tuan Pengarah telah diadakan dan
diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar
untuk sesi 2020/2021, Nik Ahmad Hafizuddin Bin
Mahdy. Pada majlis yang sama turut
berlangsung satu acara penyampaian sijil dan
plak penghargaan kepada mantan ahli Majlis

Perwakilan Pelajar sesi 2019/2020. Majlis
dimulakan dengan ucapan daripada mantan
presiden Majlis Perwakilan Pelajar sesi
2019/2020, Mohamad Syafiq Afnan dan diikuti
oleh ucapan daripada presiden Majlis Perwakilan
Pelajar 2020/2021. Majlis seterusnya diteruskan
dengan ucapan daripada En. Ramli Mohd Jawi.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil
penghargaan dan watikah pelantikan serta sesi
bergambar.

KOLEJ POLY-TECH MARA
BANGI

NORMA BAHARU SISTEM AKADEMIK KPTM

BANGI, SELANGOR: Perintah Kawalan

Pergerakan pada 18 Mac 2020

sehingga 9 Jun 2020 telah

menyebabkan peperiksaan akhir

KPTM Bangi ditangguhkan. Namun

begitu, untuk mengelakkan

peperiksaan ditangguhkan lebih lama

pihak KPTM telah meneruskan

peperiksaan melalui norma baharu

iaitu dengan cara atas talian. Norma

baharu ini seterusnya di aplikasikan

dalam peperiksaan akhir semester

julai 2020 yang bermula pada tarikh 5

Mei 2020 sehingga 9 Mei 2020 dan

juga peperiksaan akhir BAAF yang

bermula pada tarikh 9 Jun 2020

sehingga 17 Jun 2020. Ini merupakan

satu anjakan baru dalam sistem MAC 2020 | KPTM BANGI 21

akademik KPTM disesuaikan dengan

kehendak Perintah Kawalan

Pergerakan. Norma baharu ini

dijangka akan berterusan sehingga

pandemik COVID-19 berakhir dan

Perintah Kawalan Pergerakan tidak

dikuat kuasakan.

KEBAJIKAN PELAJAR JADI KEUTAMAAN MAC 2020 | KPTM BANGI 22

BANGI, SELANGOR: Seramai 46 pelajar KPTM Bangi yang terkandas di Bangi telah
menerima bekalan makanan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) ini. Pihak pengurusan KPTM Bangi telah bekerjasama untuk
melakukan penghantaran barang-barang keperluan ke asrama KPTM Bangi dan juga
ke rumah sewa pelajar. Antara makanan yang diberikan ialah makanan kering dan
juga makanan berlauk untuk waktu makan tengahari dan juga pada waktu malam.

Semua kebajikan pelajar dipantau dengan baik oleh warden asrama dan juga pihak
pengurusan bagi memastikan pelajar berada dalam keadaan yang selamat dan
bekalan makanan yang mencukupi sepanjang tempoh pkp ini dijalankan.

Dalam pada itu, pihak MPP juga memohon agar pelajar-pelajar sentiasa
memaklumkan keberadaan masing-masing kepada pihak kolej atau MPP bagi
memudahkan proses bantuan disalurkan melalui saluran telegram yang diwujudkan.

Pada 17 April 2020, pelajar yang masih terkandas di IPT mendapat kelonggaran
daripada pihak kerajaan untuk pulang ke kampung halaman masing- masing.

APRIL 2020 | KPTM BANGI

KPTM MERCATO
| MENERAPKAN BIDANG PERNIAGAAN DI DALAM DIRI PELAJAR |

PERNIAGAAN ATAS TALIAN

BANGI, SELANGOR: Pada tarikh 10 April luar biasa. Separuh dari usahawan KPTM
Mercato memperolehi keuntungan di luar
2020 Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly- jangkaan mereka sendiri dimana lebih dari 3
kali “restock” barang. Mereka sendiri turut
Tech Mara Bangi sesi 2020/21 telah berbangga dengan adanya platform ini
mereka dapat mengumpul duit untuk
mewujudkan satu platform perniagaan di menyimpan di masa yang akan datang.
Selain itu, dengan untung yang diperolehi
telegram yang dinamakan KPTM Mercato. dari hasil jualan mereka ini juga dapat
membantu menyara keluarga atau diri
Platform ini merupakan satu ilham untuk sendiri. Kesimpulannya, kami dari pihak MPP
sentiasa memikir dan memberikan yang
menyatukan semua usahawan dari seleruh terbaik demi kepentingan pelajar di masa
akan datang. Kami berharap agar KPTM
KPTM bagi membolehkan pelajar-pelajar di Mercato ini dapat menjadikan titik
permulaan untuk mendorong serta menarik
semua KPTM mengadakan urusan jual beli. minat pelajar untuk menjadi usahawan yang
berjaya dan berilmu. Bak kata pepatah "Jika
Serta mempromosikan jualan mereka di tidak dipecah ruyung, dimana boleh
mendapat sagunya".
platform tersebut. Oleh Itu, tujuan utama

kami mewujudkan platform ini adalah

untuk membantu pelajar mengembangkan

lagi perniagaan mereka dan juga untuk

melatih mereka menjadi usahawan yang

berjaya dan sentiasa berdisiplin dalam

menguruskan perniagaan. Dengan

wujudnya platform KPTM Mercato ini,

usahawan di kalangan pelajar dapat

meningkatkan hasil jualan perniagaan

mereka, malah dapat mengajar mereka APR 2020 | KPTM BANGI 23

untuk tidak mengeluh dalam melakukan

sesuatu perkara. Di samping itu, KPTM

Mercato ini juga mendapat sambutan yang

ramai dari seluruh Kolej Poly-Tech MARA

terutamanya dari KPTM Bangi. Seramai 502

pelajar telah mengikuti platform KPTM

Mercato tersebut. Bukan itu sahaja

pencapaian yang diperolehi oleh usahawan

– usahawan di KPTM Mercato adalah sangat

PROGRAM YANG
DIADAKAN KETIKA
PERINTAH KAWALAN

PERGERAKAN

KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI

BANGI, SELANGOR: Pada 16 April 2020 Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-Tech MARA
Bangi telah mengadakan beberapa program untuk pelajar Kolej Poly-Tech MARA Bangi
(KPTMBG) semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berikutan penularan
wabak Covid-19. Dengan ini para pelajar boleh berkongsi pengalaman mahupun
memberi lebih banyak pengetahuan kepada rakan mereka yang lain. Antara program
yang dijalankan adalah “Stay Fit At Home” dan “A Day Under MCO”. Program ini
dilaksanakan dari tarikh 16 April sehingga 28 April 2020. Sebanyak 15 orang telah
menyertai program– program ini dimana 9 orang menyertai program “Stay Fit At
Home” dan selebihnya menyertai program “A Day Under MCO”. Tarikh pendaftaran bagi
program ini bermula dari 16 dan 17 april 2020. Tempoh 10 hari diberikan kepada para
peserta untuk membuat, menyunting dan menghantar video. Manakala bagi program A
Day Under MCO pula dilaksanakan pada tarikh yang sama iaitu 18 hingga 28 april 2020.
Tempoh 10 hari turut diberikan kepada para peserta untuk membuat, menyunting dan
menghantar video.

APR 2020 | KPTM BANGI 24

JULAI 2020 | KPTM BANGI APR 2020 | KPTM BANGI 25

PERTANDINGAN
E-SPORTS

MOBILE LEGENDS X PLAYERUNKNOWN BATTLE GROUND

BANGI, SELANGOR: Pada 19 April 2020 Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Bangi melalui Biro
Sukan & Rekreasi telah menganjurkan satu
pertandingan sukan atas talian (e-sport).
Pertandngan ini telah dijalankan sewaktu
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0
berkuatkuasa. Pertandingan ini terdiri daripada
dua jenis sukan e-sport iaitu Mobile Legend (ML)
dan Player Unknown Battleground (PUBG).
Pertandingan ini telah menarik minat ramai
pelajar KPTM Bangi untuk menyertai dan
pertandingan ini telah berlangsung selama 5 hari.

Pemenang-pemenang bagi kedua-dua pertandingan
menerima hadiah yang cukup lumayan berupa wang
tunai. Program ini diilhamkan oleh Exco Sukan &
Rekreasi bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam e-
sport yang boleh membwa nama KPTM Bangi ke
peringkat yang tinggi. Selain itu MPP KPTM Bangi
berpandangan bahawa PKP telah memberikan satu
tekanan kepada kesihatan mental para pelajar.
Penganjuran pertandingan ini diharapkan mampu
memberi sedikit kelegaan kepada kesihatan mental
pelajar.

JULAI 2020 | KPTM BANGI

QURAN
TIME

BANGI, SELANGOR: Pada 20 April

2020, Majlis Perwakilan Pelajar telah

menganjurkan satu program

berbentuk keagamaan bertajuk

Qurantime. Program ini telah

mendapat sambutan yang hangat

dikalangan pelajar KPTM Bangi.

Melalui program ini, peserta yang

mendaftar akan dibahagikan kepada

beberapa kumpulan dimana setiap

kumpulan adalah terhad kepada 5

peserta sahaja. Seorang guru yang

berkelayakan telah dilantik untuk

memberi tunjuk ajar dalam bacaan

Al-Quran. Selain itu, Nur Syaza Binti

Salim atau dikenali sebagai Syaza

dari Exco Dakwah & Pembangunan.

insaniah MPP KPTM Bangi telah APR 2020 | KPTM BANGI 26

mengetuai kelas mengaji pada hari

isnin dan khamis pada jam 10 pagi

sehingga 12 tengahari dengan

menggunakan aplikasi webex

bersama para pelajar. Program

Qurantime ini telah menerima

feedback yang baik dan positif dari

para pelajar dan akan dimasukkan ke

dalam file MPP 2020.

KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI JUL 2020 | KPTM BANGI 27

KEMASUKAN
PELAJAR

BARU SESI JULAI
2020

BANGI, SELANGOR: Pada 6 Julai 2020 Kolej Poly-Tech
MARA Bangi telah menerima kemasukan pelajar baharu
seramai 1600 orang pelajar. Namun begitu pihak kolej
telah menyediakan dua kemudahan untuk pelajar
baharu mendaftar dan juga menjalani pembelajaran
iaitu secara bersemuka atau atas talian. Sewaktu
pendaftaran pihak kolej telah membuat secara
berperingkat mengikut program. Terdapat 3 sesi iaitu
sesi 1 bermula pada 8.30 pagi hingga 10 pagi dimana
pelajar program Foundation In Accounting (AA001),
Diploma in Accounting (AA101), Diploma in Islamic
Banking (AF101), Diploma in Entrepreneurship (AB108)
mendaftar. Pada sesi 2 bermula dari pukul 10.30 pagi
hingga 1 petang bagi pelajar program Diploma in
Business management (AB101) mendaftar. Manakala sesi
3 bermula dari pukul 2 petang hingga 4 petang bagi
pelajar program Diploma in Sport Management (BS101).

Pada 5 julai 2020 bahagian akademik telah memberi
taklimat kepada pelajar baharu bagi menerangkan
berkenaan sistem yang digunakan oleh kolej. Taklimat
ini berlangsung di dewan terbuka di asrama Desasiswa
KPTM Bangi. Disamping itu, pihak akademik
menjelaskan SOP yang perlu dipatuhi oleh kolej dalam
menjalankan sesi pembelajaran secara bersemuka dan
secara atas talian perlu mempunyai 15 orang pelajar di
dalam satu kelas.

malam kokurikulum kptm bangi JUL 2020 | KPTM BANGI 28

BANGI, SELANGOR: Open Club Night-KPTM Bangi 2020 telah diadakan pada tarikh 14 Julai 2020
sehingga 15 Julai 2020. Program bermula pada 9 malam sehingga 11 malam. Program ini
diadakan untuk pelajar pelajar semester 1 ambilan Julai 2020, program ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pelajar yang baru mendaftar tentang kelab-kelab yang ada di
KPTM Bangi. Pihak MPP telah menyenaraikan 15 kelab yang ada dan aktif di KPTM Bangi.

Program ini berjalan secara sesi, dimana pihak MPP telah membahagikan sesi mengikut aras
di Desasiswa KPTM Bangi. Sesi pertama dimulakan dengan aras bawah daripada setiap blok
iaitu blok A1, A2, dan B, satu sesi seramai 200 orang,

Program dimulakan dengan sesi pengenalan MPP dan keterangan bagi setiap kelab-kelab
yang ada di KPTM Bangi. Langkah-langkah untuk pelajar mendaftar kelab pada malam
tersebut adalah dengan mengimbas kod QR yang pihak MPP telah sediakan mengikut kelab.
Sebanyak 25 kod QR telah disediakan.

Seterusnya, setelah mereka memilih dan mendaftar kelab kelab yang ada, pihak MPP telah
membuka kaunter temuduga untuk ambilan sekretariat MPP, sesi temuduga diadakan pada
setiap sesi selepas pelajar mendaftar kelab. Program Open Club Night, telah berjalan dengan
lancar dengan kerjasama pihak MPP dan pihak Pengurusan Asrama KPTM Bangi.

KEMPEN
KIBAR JALUR GEMILANG 2020

KPTM BANGI

BANGI, SELANGOR: Pada 12 Ogos 2020,

satu majlis pelancaran kemerdekaan telah

diadakan di peringkat KPTM Bangi. Majlis

ini merupakan hasil gabungan tenaga

daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),

penasihat MPP dan ahli sekretariat

dengan bantuan daripada pihak kolej.

Seramai 18 ahli MPP dan kira-kira 52 orang

sekretariat telah terlibat untuk

menjayakan majlis tahunan ini. Majlis ini

telah diadakan sebagai simbolik

memperingati hari kemerdekaan negara.

Majlis ini bertempat di laluan akademik

blok A dan blok B KPTM Bangi.

Walaupun ketika itu dunia masih lagi

terpalit dengan pandemik Covid-19,

namun majlis yang dirancang semenjak

awal tahun perlu diteruskan. Hasil

bantuan semua pihak terlibat, akhirnya

berlangsunglah Majlis Pelancaran OGS 2020 | KPTM BANGI 29

Kemerdekaan bagi tahun 2020.

Walau bagaimanapun, dengan Covid-19
yang masih ada, SOP adalah dipraktikkan,
iaitu kewajipan memakai pelitup muka
dan memakai pensanitasi tangan adalah
digalakkan.

KESMAMME2RA0BDJ2ULE0TIKSAANAN

KPTM BD ANGI

BANGI, SELANGOR: Pada 1 September 2020 satu majlis sambutan
bulan kemerdekaan peringkat KPTM Bangi telah diadakan di
Desasiswa KPTM Bangi, Program ini merupakan anjuran Majlis
Perwakilan Pelajar Sesi 20/21. Beberapa aktiviti telah diadakan dalam
majlis ini, antaranya ialah ceramah oleh Mantan Timbalan Ketua
Pesuruhjaya Pengurusan Dan Profesionalisme SPRM, Dato Sri Haji
Zakaria Bin Haji Jaafar, persembahan sajak dan nyanyian daripada
pelajar semester 1. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada pelajar-pelajar yang menginap di asrama.

SEPT 2020 | KPTM BANGI 30

PROGRAM
RAMAH
MESRA
ALUMNI KPTM
BANGI
& MPP 20/21

BANGI, SELANGOR: Pada 5 September

2020 telah berlangsungnya satu program

ramah mesra antara Alumni KPTM Bangi

dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 20/21

bersama Pihak Pengurusan KPTM Bangi.

Program tersebut bertempat di Dusun

Akin Resort. Presiden Alumni KPTM Bangi,

Encik Hanafi Bin Jalalludin menyatakan

bahawa tujuan program ini diadakan bagi

mengeratkan hubungan antara pihak

Alumni bersama MPP. Sepanjang

program ini berlangsung, pihak Alumni

telah mengadakan aktiviti seperti

memancing bagi pihak lelaki dan

pertandingan mengambil gambar kreatif

bagi pihak wanita dimana setiap pasukan

mestilah terdiri daripada wakil pihak

Alumni, MPP dan pengurusan. Aktiviti ini

dimeriahkan lagi dengan sesi penyerahan SEPT 2020 | KPTM BANGI 31

hadiah kepada para pemenang. Majlis

penutup ini diakhiri dengan sesi fotografi

dan juga ucapan penutup daripada

Presiden Alumni iaitu Encik Hanafi dan

tidak ketinggalan daripada Pengarah

KPTM Bangi iaitu Encik Ramli Bin Mohd

Jawi.

INTAKE BAAF SEPT 2020 | KPTM BANGI 32
2020

BACHELOR OF ACCOUNTING AND FINANCE

BANGI, SELANGOR: Pada tarikh 28 September 2020,
Kolej Poly-Tech MARA Bangi telah menerima pelajar
baharu lepasan diploma keperingkat ijazah sarjana
muda iaitu BAAF bagi kemasukan sesi September 0920.
Seramai 235 pelajar baharu telah mendaftar di bawah
cawangan Bangi. Pendaftaran sesi 0920 ini diikuti oleh
sesi orientasi selama satu minggu. Seramai 16 orang ahli
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan dua orang
penasihat telah terlibat terlibat dalam mengendalikan
orientasi para pelajar ini. Sepanjang program ini
berlangsung, prosedur operasi standard (SOP) bagi
mengelakkan jangkitan virus Covid-19 telah dipatuhi
dengan sempurna.

MPP KPTM OKTOBER 2020
BANGI KPTM BANGI
BERINTEGRITI

BANGI, SELANGOR: Pada OGOS OKT 2020 | KPTM BANGI 33
2020, Majlis Perwakilan Pelajar
telah menyertai Pertandingan
Drama Pendek Antirasuah Institusi
Pendidikan MARA (IPMa) tahun
2020. Penggambaran video ini
telah dijalankan di Kampus KPTM
Bangi dan Hostel KPTM Bangi.
Drama ini diarahkan oleh ahli MPP
iaitu daripada Exco Penerbitan dan
Inovasi. Dalam pertandingan ini
pihak Majlis Perwakilan Pelajar
telah berjaya meranggkul tempat
ketiga dan membawa pulang
hadiah wang tunai berjumlah 1500
ringgit, sijil penyertaan dan juga
plak.

Ini merupakan kemenangan yang
berjaya membawa nama Majlis
Perwakilan Pelajar Bangi 20/21 ke
persada IPMa.

AMBILAN NOVEMBER 2020 BANGI, SELANGOR: Pada 18 November NOV 2020 | KPTM BANGI 34
2020, pelajar pelajar baharu telah
AMBILAN mendaftar di Kolej Poly-Tech MARA
1120 secara atas talian. Pihak Majlis
Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021 telah
NOVEMBER 2020 | KPTM BANGI menjalankan sesi pengenalan bersama
pelajar pelajar baharu melalui Platform
rasmi Telegram MPP. Sesi pengenalan
MPP bersama pelajar pelajar baharu
dimulakan dengan video ucapan
Tahniah dan Selamat Datang kepada
pelajar pelajar baharu disertakan video
pengenalan daripada Presiden MPP Nik
Ahmad Hafizuddin bin Mahdy.
Seterusnya, sesi pengenalan diteruskan
dengan ahli Majlis Tertinggi MPP dan
barisan exco MPP yang lain. Pengenalan
dibuat melalui gambar setiap exco dan
sedikit detail daripada setiap exco
berkenaan maklumat yang pelajar perlu
tahu seperti cara untuk pelajar
menghubungi ahli-ahli MPP dan juga
pemberitahuan tentang Platfrom rasmi
MPP seperti Instagram, twitter dan
telegram.

DECEMBER // 2020 DEC 2020 | KPTM BANGI 35

NORMA BAHARU
MAJLIS GRADUASI

KOLEJ POLY-TECH MARA BANDAR BARU BANGI

BANGI, SELANGOR: Pada Disember 2020, KPTM Bangi telah mengadakan sesi
penyerahan skrol dan transkrip rasmi pada graduan KPTM Bangi yang telah
bergraduat secara rasmi pada tahun 2020. Graduan-graduan ini selalunya
diraikan dalam Majlis Konvokesyen KPTM yang berlangsung setiap tahun.
Namun begitu pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini tidak
memungkinkan acara ini dilangsungkan. Program penyerahan ini berlangsung
pada 8-30 Disember 2020 dan dijalankan secara norma baharu dengan S.O.P
pencegahan Covid-19 yang sangat ketat.
Namun begitu biarpun terpaksa melalui proses yang panjang dan juga mengikuti
S.O.P yang telah ditetapkan, para graduan tetap bersemangat untuk hadir dan
menerima skrol mereka. Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Bangi ingin
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan KPTM Bangi yang telah
bergraduat secara rasmi ini.

DEC 2020 | KPTM BANGI JAN 2021 | KPTM BANGI 36

TANGGUNGJAWAB
SOSIAL SISWA

JALINAN UKHUWAH KE RUMAH PELAJAR

MUAR, JOHOR: Pada tarikh 18 Disember
2020, 7 ahli Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) 2020/21 telah mengadakan
lawatan ke rumah salah seorang pelajar
KPTM Bangi semester 2 di kediaman
keluarganya yang terletak di Sungai
Gersik, Muar, Johor. Tujuan lawatan
tersebut diadakan adalah untuk
mengenalpasti dan melawat keluarga
pelajar berkenaan setelah mendapat
laporan pelajar berkenaan kurang
berkemampuan. Pihak MPP turut

bekerjasama dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam melaksanakan lawatan mesra ini. Pihak MPP
berterima kasih kepada pihak pengurusan KPTM Bangi yang telah meluluskan bajet untuk sumbangan
kepada keluarga berkenaan. Pihak MPP berharap agar keluarga pelajar berkenaan dapat terus cekal dalam
kehidupan seharian mereka. Pihak MPP akan terus bergiat dalam membantu dan mengenalpasti pelajar
yang memerlukan.

KAJANG, SELANGOR: Pada 18 Disember
2020, Majlis Perwakilan Pelajar KPTM
Bangi telah mengadakan lawatan ke 2
buah keluarga asnaf di Kajang. Seramai 3
orang ahli MPP dan 2 orang kakitangan
KPTM Bangi telah menyertai dalam
lawatan. Tujuan lawatan ini adalah untuk
mengeratkan hubungan silaturahim
sesama masyarakat setempat di sekitar
kajang. Pihak KPTM Bangi juga telah menyampaikan beberapa bantuan keperluan
asas seperti beras, gula dan sebagainya bagi mengurangkan bebanan yang dialami
keluarga tersebut. Ini merupakan salah satu gagasan yang dibawa oleh pihak MPP
dalam menjalinkan ukhwah sesama masyarakat setempat.

MENZIARAHI KELUARGA JAN 2021 | KPTM BANGI 37
MANGSA KEMALANGAN

BANGI, SELANGOR: Pada 31 Disember 2020, seorang pelajar KPTM
Bangi dari program Sarjana Muda Perakaunan & Kewangan,
Muhammad Hariz Hanafi telah terlibat dalam kemalangan jalan raya
ketika dalam perjalanan ke tempat Latihan Industri. Beliau telah
dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan terpaksa dimasukkan ke ICU
untuk pemantauan ketat selepas disahkan mengalami pendarahan di
bahagian otak. Selepas seminggu berada dalam keadaan koma, pelajar
telah mula sedar dan dimasukkan ke wad biasa. Majlis Perwakilan
Pelajar bersama-sama wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah
mengambil inisiatif untuk bertemu dengan keluarga pelajar tersebut di
hospital namun kekangan S.O.P tidak membolehkan lawatan ke atas
pelajar. Ketika pertemuan, sedikit sumbangan daripada KPTM Bangi
telah disampaikan kepada ahli keluarga beliau. Diharapkan
sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban
yang ditanggung keluarga pelajar tersebut.

@mppkptmbangi
@MPPKPTMBANGI

-INSPIRASI SISWA-


Click to View FlipBook Version