The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sabreenajefree, 2021-11-15 02:23:30

Eportfolio BMMB1074

Eportfolio BMMB1074

SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU

BMMB1074

ATHIRAH SABREENA BINTI JEFREE

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS

SEMESTER ___1___TAHUN ____2021____

NAMA PELAJAR: ATHIRAH SABREENA BINTI JEFREE

ANGKA GILIRAN: 2021142310103

NOMBOR KAD PENGENALAN: 030408050608

KUMPULAN/UNIT: BAHASA MELAYU 5

KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB1074 ( SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU)

NAMA PENSYARAH: DR. ROBIAH BINTI MUHAMAD

TARIKH HANTAR: 15 NOVEMBER 2021

Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-
Maklum Balas Daripada Individu
Pensyarah Kumpulan

Kuliah

Tandatangan Tarikh

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja Markah Selepas Moderasi
NO. MARKAH Markah dalam 100 %
TUGASAN Pemeriksa Pemeriksa Pemeriksa

1 23
1

2

3

4

JUMLAH

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 1.0 PENGENALAN 1

2 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN 2-4

DALAM BAHASA MELAYU

2.1 SISTEM TULISAN PALLAWA

2.2 SISTEM TULISAN KAWI

2.3 SISTEM TULISAN JAWI
2.4 SISTEM EJAAN ZA’BA

2.5 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

3 3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA 4-7

MELAYU PRAMERDEKA DAN

PASCAMERDEKA

3.1 PERANAN PEJABAT KARANG

MENGARANG

3.2 PERANAN PAKATAN BELAJAR

MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA

MELAYU

3.3 PERANAN ASAS 50

3.4 BAHASA MELAYU DALAM SISTEM

PENDIDIKAN

3.5 PENGETAHUAN BAHASA MELAYU MODEN

4 4.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA 8-9

MELAYU

4.1 PENDIDIKAN

4.2 EKONOMI

4.3 KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL

5 5.0 RUMUSAN 10

6 6.0 RUJUKAN 11-12

1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu telah lama berkembang di Kepulauan Melayu. Terdapat beberapa jenis tulisan
yang pernah digunakan dalam bahasa Melayu dan penambahbaikan telah dilakukan oleh
pejuang bahasa. Bahasa Melayu dikembangkan dengan penerbitan buku-buku supaya dapat
melahirkan orang Melayu yang berilmu serta menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

1

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU
2.1 SISTEM TULISAN PALLAWA
Menurut Mohd. Alwee Yusoff (1998), Bahasa Melayu telah menggunakan abjad dan tulisan
Pallawa sebelum kedatangan Islam ke Alam Melayu. Perkara ini dapat dibuktikan melalui
penemuan prasasti-prasasti di Kedukan Bukit (638M), Talang Tuwo (684M), Kota Kapur (686M)
dan di Kerang Brahi (686M). Tulisan ini bermula apabila orang India membawa tulisan Pallawa
ke Kepulauan Melayu. Mengikut Collins (2005), sistem tulisan bahasa Melayu kuno
menggunakan sistem tulisan Pallawa. Hal ini dikatakan demikian kerana tulisan Pallawa
dikatakan tulisan terawal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno yang banyak
dipengaruhi oleh sistem Sanskrit.

2.2 SISTEM TULISAN KAWI
Selepas sistem tulisan Pallawa, sistem tulisan Kawi pula mula berkembang dan digunakan oleh
orang Melayu. Mengikut de Casparis dalam Shaharir Mohamad Zain (2000), pertukaran daripada
sistem tulisan Pallawa kepada sistem tulisan Kawi berlaku apabila berlakunya perubahan pada
aksara dari kerajaan Pallawa di selatan India. Perkara ini dapat dibuktikan dengan penemuan
prasasti Dinoyo di Jawa Timur pada abad ke-8 (Hidayani, 2020). Orang Melayu kuno
menggunakan tulisan ini di atas kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada
batu-batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas (1213M) yang terletak di Tapanuli,
Sumatera Utara.

2

2.3 SISTEM TULISAN JAWI
Kedatangan orang Arab yang membawa agama Islam ke Kepulauan Melayu merupakan faktor
utama kemunculan tulisan Jawi yang membuka lembaran baharu dalam sejarah bahasa Melayu.
Bukti bahasa Melayu terpengaruh dengan sistem tulisan Jawi pada abad ke-3 adalah dengan
penemuan batu bersurat di Terengganu pada tahun 1303 Masihi dan tulisan jawi ditulis pada batu
nisan Langgar, Kedah (Zurina Abdullah & Adi Yasran Abdul Aziz, 2020). Kesannya, pengaruh
bahasa Sanskrit dan penggunaan tulisan dari India semakin berkurang digunakan dalam bahasa
Melayu (Sulaiman et al., 2015).

2.4 SISTEM EJAAN ZA’BA
Sistem Ejaan Za’ba muncul apabila Za’ba telah membuat beberapa perubahan kepada sistem
Ejaan Wilkinson. Sistem ejaan Za’ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi
bahasa Melayu. Sistem ejaan ini dikatakan terkenal yang dihasilkan oleh Za’ba di Maktab
Perguruan Sultan Idris dan telah disusun olehnya pada tahun 1933. Penyusunan ini dilakukan
olehnya untuk memantapkan atau mengukuhkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.
Terdapat beberapa pembaharuan yang telah dilakukan dalam sistem ejaan Za’ba. Contohnya,
ejaan Za'ba mengandungi huruf-huruf saksi a, e, i, o dan u serta huruf benar iaitu konsonan yang
terdiri daripada 21 huruf. Selain itu, sekiranya imbuhan pe- dan me- digandingkan dengan kata
dasar yang berhuruf I, m, n, ng, ny, r, w, dan y tidak akan berlaku perubahan bunyi. Jelaslah
bahawa sistem ejaan Za’ba banyak melakukan perubahan dalam ejaan jawi bagi menghidupkan
semula ejaan lama yang beransur pupus.

3

2.5 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Sistem Ejaan Rumi Kongres muncul selepas Sistem Ejaan Za’ba. Sistem Ejaan Rumi Kongres
ini telah diperkenalkan oleh Asas 50 Angkatan Sasterawan Negara dan dipersetujui oleh Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga di Singapura dan Johor Baharu pada tahun 1956
(Izzah Karim, 2020). Beberapa pembaharuan yang telah dicadangkan oleh peserta kongres
dalam Sistem Ejaan Rumi Kongres ini bagi menambah baik Sistem Ejaan Za’ba. Contohnya, 16
ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan
tentang tulisan Jawi telah dibuat dan dibincangkan dalam sidang tersebut.

3.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka
3.1 PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG

Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan pada tahun 1924 setelah cadangan O.T. Dussek dan
Za’ba diterima dan telah mendapatkan persetujuan R.O. Winstedt. Setelah Pejabat Karang
Mengarang ditubuhkan, O.T. Dussek dan Za’ba telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan memilih
jemaah pengarang yang berkelulusan Inggeris seperti Yazid Ahmad dan Abdul Kudus Muhamad.
Mereka berperanan penting bagi menyediakan buku-buku baharu untuk kegunaan sekolah
rendah, menterjemah dan menyemak buku yang dicetak dan melatih penterjemah baharu.
Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan untuk menyediakan perpustakaan bergerak di kampung-
kampung dan mengeluarkan sebanyak mungkin buku untuk sekolah Melayu bagi mengatasi
masalah kekurangan bahan bacaan di sekolah Melayu. Namun, pada tahu 1957, Pejabat Karang
Mengarang telah dibubarkan dan diambil alih oleh Dewan Bahasa.

4

3.2 PERANAN PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa merupakan badan bahasa dan sastera

terawal iaitu ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru. Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman
Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim MUNSYI merupakan pengasas Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa (Nasrullah, 2016). Tujuan penubuhannya adalah untuk mengkaji dan
menerbit buku-buku serta menggalakkan orang Melayu menulis dan menerbitkan karya mereka
tersendiri supaya dapat meluaskan perbendaharaan kata. Terdapat beberapa sumbangan
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa seperti menerbitkan majalah Peredar dan buku
Katan iaitu kamus Melayu Inggeris.

3.3 PERANAN ASAS 50
Pada 6 Ogos 1950, Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) telah ditubuhkan di Singapura.

Pengasasnya terdiri daripada Tongkat Warrant, Keris Mas, A. Samad Said yang merupakan
Angkatan Penulis Muda. Penubuhannya bertujuan untuk memperjuang dan meningkatkan
bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu (Terinisip et al., 2018). Contonya, pertubuhan
ini menggunakan konsep “Seni untuk Masyarakat” untuk memperjuangkan bidang
kesusasteraan. ASAS 50 berperanan penting bagi menjayakan Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Pertama (1952), Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) serta Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956). Bukan itu sahaja, ASAS 50 juga memainkan
peranan dalam mengembangkan bahasa Melayu terutama dari segi ejaan dan istilah. Jelaslah
bahawa pertubuhan ini memainkan peranan besar kepada perancangan dan perkembangan
bahasa Melayu sehingga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

5

3.4 BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Sistem persekolahan telah diwujudkan setelah menjelang kemerdekaan. Beberapa laporan
telah dihasilkan oleh jawatankuasa untuk mengkaji sistem persekolahan pada waktu itu.

Menurut Marzuki dan Som dalam Jamaluddin (2011) menyatakan bahawa Laporan Barnes
(1951) merupakan titik perubahan orang Melayu dalam pendidikan kerana mendapat kesedaran
semangat nasionalisme selepas Perang Dunia II tamat pada tahun 1946. Contohnya, pembinaan
sekolah kebangsaan yang mengaplikasikan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar telah dicadangkan dalam laporan ini. Jelaslah bahawa Laporan Barnes (1951)
mempunyai usaha dalam memupuk perpaduan antara kaum dengan membubarkan sekolah-
sekolah vernakular.

Sementara itu, Laporan Barnes (1951) ditentang oleh masyarakat Cina dan kemudian Laporan
Fenn-Wu dihasilkan melalui gabungan dalam pendidikan untuk menjaga bahasa ibunda
masyarakat Cina (Saleh et al., 2019). Contohnya, laporan ini mencadangkan agar bahasa
Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina digunakan di sekolah Cina tetapi ditentang oleh UMNO
kerana tidak menepati tujuan asal iaitu memupuk perpaduan antara etnik. Oleh itu, Laporan
Barnes dan Fenn-Wu dicadangkan untuk dikaji semula oleh Jawatankuasa Pendidikan 1952 yang
ditubuhkan oleh kerajaan British. Selepas itu, Ordinan Pelajaran 1952 dihasilkan dan
mengusulkan pelbagai cadangan untuk memajukan bidang pendidikan. Namun, cadangan
tersebut iaitu kewujudan sekolah menengah Melayu tidak dinyatakan dengan jelas di dalam
ordinan ini (Salleh et al., 2020). Oleh itu, Jawatankuasa Razak telah mengkaji semula Ordinan
Pelajaran 1952 pada 30 September 1955.

Seterusnya, Laporan Razak (1956) diasaskan oleh Tunku Abdul Razak bin Hussein dan
diperkenalkan pada tahun 1956. Laporan ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pelajaran yang
sama bagi semua kaum. Contohnya, dalam laporan ini mencadangkan semua sekolah mestilah
bercorak Tanah Melayu dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua
sekolah di Persekutuan Melayu. Laporan ini ditentang hebat oleh orang Melayu kerana laporan
ini berbentuk adil bagi semua masyarakat.

6

3.5 PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN
Bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah
jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. DBP berperanan penting dalam memajukan bakat
kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan. Contohnya, mengadakan program
pengembangan bahasa. Selain itu, menerbitkan buku-buku seperti DBP juga bergiat aktif dalam
menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris.

7

4.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
4.1 PENDIDIKAN
Antara cabaran yang dihadapi dalam bidang pendidikan ialah guru yang berkemahiran dan cekap
semakin berkurang menyebabkan bahasa Melayu lambat digunakan sebagai bahasa pengantar
di sekolah (Adam, 2014). Hal ini dikatakan demikian kerana tidak semua guru bahasa Melayu
berpeluang mengikuti latihan khusus dalam bidang bahasa. Kesannya, guru-guru akan
bergantung sepenuhnya terhadap buku teks dan tidak dapat menjawab soalan pelajar dengan
baik kerana kekurangan kefahaman dan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang bahasa
Melayu. Oleh itu, semua guru bahasa Melayu perlu didedahkan dengan latihan-latihan khusus
supaya dapat melahirkan guru yang profesional.

4.2 EKONOMI
Bidang ekomoni terutamanya bidang pekerjaan dan peluang perniagaan berkait rapat dengan
nilai bahasa. Dalam urusan perniagaan di negara ini, penggunaan bahasa Inggeris dijadikan
sebagai bahasa utama dan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam dokumen perniagaan
syarikat swasta seperti industri perhotelan (Johari, 2015). Kebiasaanya, pekerja perlu mahir
bertutur dalam bahasa Inggeris supaya mudah berkomunikasi dengan pelanggan dan pelancong
dari luar negara. Pekerja yang mempunyai kebolehan bertutur bahasa Inggeris dengan baik akan
diberikan pakej yang lebih baik kemudian mendapatkan gaji yang lebih tinggi. Oleh itu, bahasa
Melayu semakin terhakis dan memberi kesan negatif kepada masyarakat menggunakan bahasa
Melayu dengan baik.

8

4.3 KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
Menurut Awang (2008), teknologi maklumat yang semakin berkembang dan memberikan kesan
negatif dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Bahasa Melayu semakin parah akibat
penggunaan bahasa rojak (Shafiee et al., 2019). Perkara ini boleh dikaitkan dengan keadaan
sekarang di mana penggunaan bahasa rojak dan slanga yang semakin berleluasa yang banyak
digunakan di media sosial terutamanya dalam kalangan remaja. Oleh itu, masyarakat perlu
memainkan peranan dalam memperkasakan bahasa Melayu dan tidak mudah terpengaruh
dengan gaya bahasa di media sosial supaya tidak menjejaskan cara berbahasa dalam kehidupan
mereka.

9

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, sebagai masyarakat yang menyayangi bahasa dan negara, kita perlulah
memperjuangkan dan mempertahankan bahasa ibunda kita sendiri. Hal ini dikatakan demikian
supaya dapat membalas jasa tokoh-tokoh yang berusaha dan bersusah payah mempertahankan
bahasa Melayu sebelum merdeka sehingga selepas merdeka. Contohnya, tidak merosakkan
bahasa ibunda kita dengan percampuran antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

10

6.0 Rujukan
Abdullah, Z., & Aziz, A. Y. A. (2020). Penilaian semula Ciri Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Perbandingan

Inskripsi. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 2(2), 18-33.
Adam, S. D. S. (2014). Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang

Pentadbiran Dan Pendidikan di Malaysia, 1957–1966. Procedia-Social and Behavioral
Sciences, 134, 305-315.
Awang, M. I. (2008, Julai 16). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan. Berita Harian.
http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp11julai8.pdf
Collins, J. T. (2005). Bahasa Melayu bahasa dunia: Sejarah singkat. Yayasan Obor Indonesia.
Hamid, A. F. A., & Latif, F. A. (2014). Sejarah perkembangan tulisan Jawi: Analisis mengenai teori
Kang Kyoung Seok. Jurnal al-Tamaddun Bil, 9(2), 1-15.
Hidayani, F. (2020). Paleografi Aksara Pegon. Jurnal Tamaddun: Jurnal Sejarah dan Kebudayaan
Islam, 8(2), 303-319.
Jamaluddin, M. K. A. M. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan pelaksanaan
ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1).
https://doi.org/10.2121/sosiohumanika.v4i1.436
Johari, L. W. (2015, Mac 24). Cabaran Bahasa Melayu [Slaid PowerPoint]. SlideShare.
https://www.slideshare.net/lailawati/cabaran-46222440
Karim, Izzah. [Izzah Karim]. (2020, Januari 20). Sejarah ejaan Rumi bahasa Melayu [Video].
Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=1RCwX2z_u8o
Nasrullah, N. H. (2016, April 18). Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa [Slaid
PowerPoint]. SlideShare. https://www.slideshare.net/ns2409/pakatan-belajar-mengajar-
pengetahuan-bahasa-p-bm-pb
Saleh, N. S., Rameli, N., Abdullah, M. H., & Rahman, R. (2019). Integrasi Etnik dalam Ideologi
Pendidikan. Journal of Techno Social, 11(2), 47-54.

11

Salleh, M. H., Samsudin, M., & Mansor, S. (2020). Tuntutan KPGM-KPGMPTM terhadap
Kedudukan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Tanah Melayu, 1946-1960-an
(The KPGM-KPGMPT Demans on the Status of the Malay Language in Malaya's
Education System, 1946-1960s). Malaysia and International History Review, 2(1), 1-17.

Shafiee, H., Mahamood, A. F., Manaf, A. R. A., Yaakob, T. K. S. T., Ramli, A. J., Mokhdzar, Z.
A., Jamaluddin, J., Bajuri, M., & Ali, M. E. M. (2019). Pengaruh bahasa rojak di media
baharu terhadap bahasa kebangsaan. International Journal, 4(15), 141-153.

Sulaiman, S., Rashidi, N. H., & Seong, T. K. (2015). Pengaruh Islam, Arab dan Parsi dalam
Inovasi Sistem Tulisan Jawi. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and
Literature, 6, 214-229.

Terinisip, E., Lacatta, N. F., & Abdullah, N. N. (2018, Oktober 20). Bahasa Melayu pramerdeka
[Slaid PowerPoint]. SlideShare. https://www.slideshare.net/EddyTerinisip1/bahasa-
melayu-pramerdeka

Yusoff, M. A. (1998). Pengaruh Islam terhadap teks Melayu dan undang-undang Melayu. Jurnal
Syariah, 6, 97-108.

Zain, S. M. (2000). Angka Melayu sebelum kedatangan islam. Bulletin of the Malaysian
Mathematical Sciences Society, 23(2), I87-202.

12


Click to View FlipBook Version