RADIKALISME
DAN
EKSTREMISME
DALAM AGAMA
SESI 1: 2022/2023
AHLI KUMPULAN:
NUR FARAHIN BINTI IZZUDDIN
(28DDT22F1002)
ALYAA 'IZZATI BINTI AMRAN
(28DDT22F1011)
NUR LIYANA SHAZWANI BINTI NAZRI
(28DDT22F1004)
PENSYARAH:
USTAZAH RUSHIDAH BINTI MD ROSDI
ISI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN 2
3
PENGENALAN 7
MAKSUD RADIKALISME DAN 9
EKSTREMISME 11
13
FAHAMAN LIBERALISME DI
MALAYSIA 16
MEMPERJUANGKAN KESAMAAN 17
JANTINA DALAM SEMUA ASPEK 18
GOLONGAN ANTI HADIS 19
GERAKAN SYIAH YANG
MEMECAHBELAHKAN
PERPADUAN UMAT ISLAM
BAHAYA PERJUANGAN DAESH / ISIS
TERHADAP UMAT ISLAM.
PENUTUP
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Pertama sekali, Alhamdullilah syukur kepada Allah SWT
kerana dengan keizinan-Nya kami dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini, kami amat berbesar hati
untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Ustazah
Rushidah Binti Md Rosdi, selaku Pensyarah Pengajian Islam
kami kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-
rakan lain yang banyak memberikan pertolongan sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih
1
PENGENALAN
Dewasa kini, negara Malaysia yang menjadi pusat
demokrasi bagi pelbagai agama dan budaya merupakan
kebanggaan rakyatnya , Malaysia merupakan antara negara
yang paling lama terjalin tanpa gangguan dalam sejarah dunia
Islam moden. Sementara umat Islam membentuk majoriti
dan dengan pematuhan kuat terhadap Islam, hak-hak agama,
bahasa, budaya dan sosio-ekonomi rakyat yang menjadi
penganut agama lain bukan sahaja diterima tetapi diraikan,
dengan erti lain negara kita Malaysia telah pun mencapai
kesepaduan negara yang terbilang .
Namun kita tidak terkecuali daripada masalah radikalisme
dan ektremisme yang merupakan salah satu isu yang turut
hangat bagi setiap negara yang lain. Radikalisme sudah wujud
ketika abad ke-18 eropah , dalam konteks politik dan sosial ia
sering dikaitkan dengan fahaman ekstremisme yang juga
membawa maksud keinginan untuk perubahan politik dan
sosial yang mendadak bersama dengan maksud terorisme.
Pada mulanya Radikalisme dan Ekstrimisme yang telah
wujud ini hanya dikaitkan dengan politik dan sosial, namun
fahaman tersebut ditentang pada masalah sekarang kerana ia
melibatkan kekerasan , ini memberi kesan islamfobia dalam
kalangan masyarakat antarabangsa.
Radikalisme dan Ekstremisme ini masih lagi berleluasa
seiring dengan negara kita yang pesat dan maju , oleh itu, ia
dibenci dan dibuang oleh umat Islam.
2
MAKSUD RADIKALISME DAN EKSTREMISME
Radikalisme
Fahaman (kepercayaan) yang radikal dalam
politik.
Fahaman (aliran) yang menginginkan perubahan
yang mendadak dalam arena politik dan sosial
Radikalisme agama depat diertikan sebagai
faham keagamaan yang mengacu pada fodansi
agama sangat mendasr dengan fanatisme
keagamaan yang sangat tinggi , sehingga tidak
jarang pennganut dari faham atau aliran tersebut
menggunakan kekerasan kepada orang yang
berbeza faham atau aliran untuk
mengaktualisasikan faham keagamaan yang
dinanut dan dipercayainya untuk diterima secara
paksa.
Radikalisme islam
Kaum Khawarij :
Kaum khawarij Bererti orang-orang yang
keluar dari barisan Ali Bin Abi Thalib.
Kaum ini muncul kerana persoalan politik
yang terjadi pada masa Ali Bin Abi Thalib
3
Ciri-ciri Radikalisme
Radikalisme
Sikap
Fanatik
Sikap
Ekslusif
Sikap
Revolusioner
Sikap tidak tolenrasi dan
tidak mahu menghargai
pendapat
4
Faktor penyebab
munculnya radikalisme
Faktor Pemikiran
Faktor Ekonomi
Faktor Politik
Faktor Sosial
Faktor Psikologi
Faktor Pendidikan
5
Ekstremisme
ايکستريميس
[éks.tré.mis.me]
Ekstremisme (extremism) berasal daripada
perkataan extreme yang bermaksud hal yang
berkenaan kefahaman , sikap , perlakuan atau
kepercayaan yang keterlaluan dan berlebihan .
Kata lain bagi Ekstremisme :
Konsep, Konflik, keganasan melampau.
Ekstremisme islam ialah pendekatan islam
yang berpendirian bahawa agama islam dan
para pengikutnya harus memperjuangkan
taraf politik dan agama mereka secara
agresif.
6
FAHAMAN LIBERALISME DI MALAYSIA
Apa itu liberalisme?
Liberal merupakan sesuatu yang bebas dan terbuka.Pemikiran
ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama
kerana pentafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama
bergantung kepada perspektif rasional dan kontekstual. Dalam
konteks kini aliran ini merupakan serangan pemikiran dan
kebudayaan di mana bentuk-bentuk serangan yang secara
tidak langsung dilakukan bagi meruntuhkan pegangan agama
masyarakat Islam masyarakat Islam yang boleh memberi
kesan kepada keruntuhan Islam. Malahan aliran ini bukan
sahaja wujud dalam agama Islam, malahan dalam agama
Yahudi dan Kristian. Dalam maklumat ini, perlulah diteliti
berdasarkan sumber dan contoh yang muktabar.
Liberalisme di Malaysia
Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini telah mula
memperjuangkan pelbagai isu bertujuan menyebarkan idea
liberalisme secara lebih meluas. Antara agenda golongan ini
ialah memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan
menyamatarafkan semua agama, agar kedudukan agama
Islam sebagai agama yang paling benar dapat dihapuskan.
Secara tidak langsung kedudukan agama Islam di Malaysia
dapat direndahkan sehingga boleh mengundang kepada gejala
murtad.Selain itu, golongan Islam Liberal juga berusaha untuk
menghapuskan kedaulatan agama Islam sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Kedudukan agama Islam di
Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan, atau Islam sebagai
agama negara, sengaja ditafsirkan dengan Islam sekadar
agama rasmi sahaja. Tujuan mereka menyatakan demikian
adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular
berpaksikan demokrasi liberal yang tidak terikat dengan
agama Islam.
7
Ciri-ciri Islam liberalisme
Pluralisme Hak
kebebasan
murtad
Rasionalis
Pertikaikan Berfahaman
syariat Sekularisme
Islam
8
MEMPERJUANGKAN KESAMAAN JANTINA
DALAM SEMUA ASPEK
DEFINISI KESAMAAN JANTINA
Melalui kesamarataan jantina sering disalah erti di negara kita. Ramai yang
beranggapan bahawa wanita ingin mengambil alih peranan lelaki. Melalui
maksud kesamaan jantina ini ialah untuk memberi peluang sama rata kepada
lelaki dan wanita untuk menjana sumber negara dari sudut pandangan islam.
Kesamaan jantina menjanjikan peluang sama rata antara lelaki dan wanita
untuk menyumbang dan mengecapi manfaat daripada pembangunan ekonomi,
sosial, kebudayaan dan politik tanpa sebarang halangan atau batasan. Untuk
tujuan itu, undang-undang yang dianggap mendiskriminasikan wanita akan
dipinda bagi memastikan hak wanita dihormati, dilindungi dan dipenuhi.
Islam telah meletakkan kedudukan seseorang wanita di puncak yang mulia yang
mampu untuk menyinar dan mengharumkan dunia. Maka tidak hairanlah
wanita masa kini dilihat mencapai kegemilangan dan pelbagai kejayaan yang
membanggakan di dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Sebagai contoh,
dahulu wanita sering ditolak dan dipinggirkan dari menjadi salah seorang yang
berjawatan penting dalam pucuk pimpinan politik, tetapi semuanya telah
berubah dimana wanita mula diberikan hak untuk bersuara juga dapat
menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang timbul seperti yang dapat
dilihat dengan pertubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat
yang merupakan satu wadah untuk wanita menyuarakan pendapat.
9
FAKTOR MEMPERJUANGKAN HAK KESAMAAN JANTINA
• Aspek Individu - Pemikiran individu yang beranggapan sendiri
Hal ini boleh dikaitkan dengan cara atau masalah yang diketengahkan oleh
seseorang itu sebagai hujah dalam menegakkan kefahamannya. Cara berfikir
seseorang individu mempengaruhi persepsinya melalui sikap atau tingkah laku
mereka. Pendidikan tidak diterima secara langsung dari seorang pendidik akan
menyebabkan kekeliruan kepada seseorang dalam memahami sesuatu perkara.
Pendidikan agama amat penting untuk dipelajari sejak kecil. Punca utama yang
menyebabkan seseorang itu terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ialah
kerana tiada didikan agama. Didikan agama yang tidak sempurna penyumbang
kepada kesalahfahaman terhadap Islam sebagai salah satu cara hidup yang
sempurna.
• Aspek Sosial - Penyebaran Melalui Laman Sesawang Internet
Pada zaman moden ini, Internet digunakan secara mudah untuk menyebarkan
maklumat. Ia juga dijadikan sebagai medium untuk bersuara dan penyebaran
fitnah tentang sesuatu isu yang boleh menggugat keharmonian negara.
Penggunaan internet ini telah menjadi satu bentuk medium penyampaian yang
berkesan untuk menyebarkan berbagai-bagai ideologi termasuk ideologi liberal
yang mempromosi kebebasan dari ikatan dan peraturan agama Islam.
Contohnya, SIS mempunyai akaun rasmi facebook sebagai medium mereka
untuk mendekati orang awam dengan jumlah pengikut seramai lebih kurang 100
ribu orang. Mereka juga menggunakan laman sosial twitter dengan 24.5 ribu
pengikut untuk menyebarkan pemikiran dan sebagai medium soal jawab dengan
orang awam.
10
GOLONGAN ANTIHADIS
Apa itu golongan antihadis?
Golongan anti hadis adalah satu gerakan yang dibawa oleh
individu atau kumpulan yang cuba untuk mempertikai,
meragui dan menolak hadis Rasulullah SAW sebagai autoriti
kedua selepas al-Quran walaupun telah dibuktikan
kesahihannya oleh ulama hadis.Golongan ini terbahagi kepada
tiga kategori berdasarkan kepada pegangan mereka iaitu:-
Golongan yang menolak hadith-hadith
Rasulullah s.a.w. secara keseluruhan
Golongan yang menolak hadith-hadith
yang tak disebutkan dalam al-Qur’an
secara tersurat ataupun tersirat atau yang
bertentangan dengan akal manusia
Golongan yang menerima hadis tertentu
tetapi menolak sebahagian yang lain
kerana mengikut hawa nafsu dan logik
akal semata-mata.
11
Golongan anti hadis di Malaysia
Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh
Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula
(1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber
kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali
kepada al-Quran sahaja.Kassim Ahmad sebagai penggerak
utama dipercayai telah terpengaruh dengan ajaran Dr Rashad
Khalifa, seoarang pakar dalam bidang Plant-Biochemistry
kelahiran Mesir yang menetap di Malaysia.
Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran
Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran
dari kerajaan Malaysia. Pada peringkat awal penganut JAM ini
memang diberi ruang luas untuk menyebarkan fahaman ini
dalam media massa di Malaysia, khususnya akhbar media
perdana. Namun begitu, apabila mendapat tentangan
daripada pelbagai NGO Islam, maka kolum ini kemudiannya
ditutup.
Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat
bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di
akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti
Hadisnya.Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di
dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan
umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada
al-Quran sahaja.
12
GERAKAN SYI'AH YANG MEMECAHBELAHKAN
PERPADUAN UMAT ISLAM
ِش يَع ة
Syi'ah:
bermakna kelompok.
Syi'ah Ali merujuk kepada golongan yang
mendukung cita-cita sayyidina Ali
Karramallah wajhah sebagai khalifah
Rasulullah.
Mereka berpendapat hanya Sayyidina
Ali sahaja yang layak dilantik menjadi
khalifah selepas kewafatan Rasulullah.
Umat Islam seharusnya mengetahui bahawa
syi'ah sangatlah sesat dan bahaya
yang boleh membawa kepada
penyelewenan akidah
13
Faktor penyebaran syi'ah di malaysia
Syi'ah telah lama bertapak di Tanah Melayu bahkan ada yang
berpendapat Kerajaan Islam awal iaitu Perlak dan Pasai
terpengaruh dengan Syi'ah. Malah , pengaruh Syiah semakin
kuat selepas kejayaan revolusi Iran yang pelopori oleh Ayatullah
al-Khumainy pada tahun 1989m dan terbentuknya Kerajaan Islam
Syi'ah Iran. Atas asas kerajaan Islam, rakyat Malaysia telah
memberi banyak kerjasama dan pertolongan kepada kerajaan
Islam Syi'ah Iran tanpa melihat pada usaha mereka untuk
menyebarkan akidah Syi'ah di Malaysia. Kedatangan orang-
orang Pakistan dan India yang bermazhab Syi'ah ke Malaysia
telah membantu penyebaran Syi'ah di Malaysia.
Penularan ajaran Syi'ah di negara ni telah berlaku kerana
kegagalan pihak-pihak berkaitan memberi kefahaman tentang
bahayanya Syi'ah kepada masyarakat, selain kelemahan dalam
proses mengawal kemasukan hadis-hadis palsu ke malaysia .
Pecahan sebegini boleh berlaku di mana-mana negara jika ia tidak
dibendung. Dewasa ini pnularan ajaran Syi'ah berkembang cepat
didorong oleh kepesatan perkembangan teknologi maklumat
selain penerbitan buku mempromosikan Syi'ah dijual di pasaran
terbuka tanpa kawalan dan pemantauan di samping kekuatan
pengaruh pemimpin politik yang mengamalkan ajaran Syi'ah.
Syi'ah tersebar di Malaysia dengan cepat kerana
beberapa faktor lain antaranya :
1) Orang Malayu Islam sangat cinta dan kasih pada keluarga
Nabi Muhammad sollallahu’alaihiwasallam.
Di atas dasar sayang dan cinta tersebut ramai umat islam
mudah menerima dakwah Syi'ah yang melampau dalam
membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah
sollallahu’alaihiwasallam.
14
2) Hukum fekah Syi'ah yang longgar dan mudah.
Setengah orang terpengaruh dengan hukum fekah Syiah yang
lebih mudah mengikut pendapat mereka
berbanding hukum fekah mazhab-mazhab lain contohnya:
Boleh jama' (himpun) solat lima waktu dalam satu waktu
sahaja.
Mereka juga merasa kagum dengan keharusan nikah mut’ah
dalam mazhab Syiah.
3) Kesungguhan pendakwah-pendakwah Syi'ah di Malaysia.
Mereka mengedarkan risalah, majalah dan bahan-bahan edaran
lain untuk menyebarkan fahaman mereka.
Syi'ah difatwakan haram oeleh jawatankuasa fawa
kebangsaan pada muzakarah khas pada 1996 , ia perlu
ditangani secara agresif oleh pihak berkuasa dan majlis
agama islam kerana ia jelas memesongkan akidah sekali gus
menjejaskan perpaduan dan kerukunan di kalangan umat
islam negara ini yang berpegang pada ajaran ahli sunnah
wal jamaah.
kita perlu sedar perpecahan umat islam bukan kerana berbeza
pendapat dan jemaah. kita berpecah kerana sifat jahil , sekitarian
dan fatisisme.
Maka terang lagi bersuluh lah bahawa Syi'ah, perlu dibendung.
Ini kerana ia menbawa pelbagai perselisihan faham dan fatwa
ganjil tentang amalan dalam mazhab yang boleh menyebabkan
persengketaan dan akan menjadi punca perpecahan yang akan
mengheret kepada menimbulkan percanggahan dalam masalah
akidah dan pelbagai masalah fekah.
Sebagai umat Islam, kita perlulah melengkapkan diri
dengan segala ilmu agama dengan berpegang
kepada Al-quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan
kita.
15
BAHAYA PERJUANGAN DAESH /
ISIS TERHADAP UMAT ISLAM.
Daesh/ISIS merupakan kumpulan militan pengganas yang ditakuti pada
abad ini. Kemunculan Daesh/ISIS adalah menggantikan Al-Qaeda yang
mula melemah selepas kematian Osama Laden. Daesh/ISIS mula muncul
sekitar 2013 dan menjadi sangat kuat dalam masa yg singkat serta berjaya
menarik minat orang agar menyertai mereka untuk menubuhkan
'Daulah Islamiyyah'
Apa yang menjadi kerisauan pelbagai pihak adalah pengambilan ahli
kumpulan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka menjadi
semakin ramai dalam masa yang singkat. Ahli-ahli mereka juga
kebanyakanya terdiri daripada golongan muda yang terperdaya dengan
keinginan untuk turut menyertai konflik peperangan. Lebih malang lagi,
mereka diberi pemahaman yang salah akan erti sebenar jihad.
Selain itu, kumpulan ini juga telah berjaya melahirkan satu persepsi
negatif tentang Islam hingga dibenci dan didendami serta melahirkan
‘Islamophobia’ yag serius di Barat. Darah/ISIS juga berjaya menghasilkan
buletin propaganda mereka seperti ‘Dabiq’ dan ‘Haqiqat’ yang secara
terang menyokong perbuatan kejam dan tak berperikemanusiaan.
Seterusnya, kumpulan ini juga akan meresap pengikut-pengikut yang
naif dan baru mengenali Islam iaitu golongan mualaf. Mereka yang
mencari Islam ‘sebenar’, telah ditunjukkan jalan pintas dengan cara
menjadi pejuang jihad sebagai kunci menuju syurga. Aliran ini
disebarkan di seluruh pelosok dunia hingga menjadi satu ancaman baru
kepada Islam. Walaupun tidak adil mengatakan bahawa semua pengikut
‘Wahhabi’ adalah terroris, akan tetapi ciri-ciri ajaran ini lebih cenderong
menguasai pemikiran ekstremis hingga terdedah dengan tindakan yang
radikal dan berakhir dengan perlakuan terroris
Akhir sekali, keburukan ISIS hanya terungkai apabila kita membuka
minda dan memahami apa yang diperjuangkan mereka. Perkara ini
seharusnya difahami dan dihayati agar sesiapa sahaja tidak termasuk
dalam perangkap oleh musuh-musuh Islam yang sanggup menggunakan
Islam demi mencapai objektif mereka.
16
PENUTUP
Kesimpulannya, kita sebagai orang muslim perlulah
mendalami ilmu-ilmu tauhid agar terhindar daripada
golongan radikalisme dan ekstrimisme yang cuba
menyesatkan umat Islam. Pada masa yang sama, golongan-
golongan ini juga merosakkan imej umat Islam. Oleh itu,
pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil tindakan
terhadap golongan-golongan ini sebelum tersebar dengan
lebih luas. Bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum
hujan".
Pihak kerajaan perlulah menggunakan pendekatan yang
bijak dan konsisten serta pelbagai dimensi dalam
pencegahan, pembetulan dan hukuman. Selain itu,
tanggungjawab memerangi golongan ini bukan sahaja
terletak di tangan pemerintah, namun masyarakat juga perlu
berkerjasama untuk menghapuskan fahaman ini.
Oleh itu, umat islam perlulah bersama-sama bersatu
untuk menghapuskan golongan radikalisme dan
ekstrimisme ini sebelum ia makin berleluasa. Hal ini kerana
fahaman radikalisme dan eksrimisme ini tidak sesuai
dengan ajaran Islam dan tidak patut digalakkan di negara
Islam.
17
RUJUKAN
Buku
Wan Norina Wan Hamat, Norhaslina Sulaiman, Ahmad Fkrudin
Mohamed Yusoff, Ammar Badruddin Romli. (2019). Siri Politeknik:
Pengajian Islam. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Internet
(01) "Syiah". https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Syiah
(02) Amir Yunus, Akmal Harith, Hazim Irffan, Ahmad Amzar. "Gerakan
Syiah Memecahkan Perpaduan Umat Islam".
https://prezi.com/p/eeey7sdivq7y/gerakan-syiah memecahkan-
perpaduan-umat-islam/
(03) "Golongan Anti-Hadith dan Liberalisme".
https://pum.org.my/golongan-antihadith-dan-liberalisme/
(04) "Liberalisme". https://b-pikiran.cekkembali.com/liberalisme/
(05) "GOLONGAN ANTI HADIS - KISAH DAN SEJARAH".
http://bitesgood.blogspot.com/2012/04/golongan-anti-hadis-kisah-
dan-sejarah.html?m=1
(06) Siti Nursyarizah BT Zamri, Qurratul Khairiah BT Yusof, Nurhafizatul
Andah BT Abdul Rahman, Nur Ain BT Mohd Yunus.
"MEMPERJUANGKAN KESAMAAN JANTINA DARI SEMUA ASPEK".
https://anyflip.com/thhtf/ldyq/basic
(07) Syafiq Sahli. "MEMPERJUANGKAN KESAMAAN JANTINA DALAM
SEMUA ASPEK".
https://efoliopiddtp2c.blogspot.com/2020/03/memperjuangkan-
kesamaan-jantina-dalam_19.html
(08) Muhammad asyraf suhaimi. "Bahaya perjuangan Daesh/ISIS
terhadap umat islam".
https://pengajianislam123.blogspot.com/2020/03/
Jurnal
Siti Naqiayah Mansor, Salasiah Hanin Hamjah, Izzah Nur Aida Zur Raffar.
(2018). Islamiyyat: International Journal of Islmaic Studies, 40, 95-103.
18
LAMPIRAN
PENGIKUT Syiah yang
ditahan Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) di
sebuah markas di Taman Sri
Gombak, pada 7 September
2019. FOTO arkib NSTP.
Sumber: Harian Metro
Buku Gerakan Radikalisme Di
Malaysia (1938-1965), sebuah buku
yang dikarang oleh Ramlah Adam
dan diterbitkan di Malaysia pada
2004.
Gambar berkenaan Daesh /
ISIS.
Sumber: Astro Awani
Antara artikel yang berkaitan
dengan Liberalisme di
Malaysia.
19