PROJEK FLIP BOOK
BANK KARANGAN
I PI KL SAT
( IPKLS )
Objektif Projek
01 MENGGALAKKAN MURID BANYAK MEMBACA UNTUK
MENDAPATKAN BAHAN
02 MEWUJUDKAN KERJASAMA SESAMA RAKAN DENGAN
BERKONGSI BAHAN
03 MELAHIRKAN MURID YANG MAHIR MENGGUNAKAN TMK
04 MENYEDIAKAN BAHAN /ISI KARANGAN BERDASARKAN 16
TEMA DALAM BUKU TEKS ( TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5)
05 MURID DAPAT MENGGUNAKAN SEMUA BAHAN DALAM
KEMAHIRAN MENULIS DAN KEMAHIRAN BERTUTUR
CARA PELAKSANAAN
• MURID MEMBENTUK KUMPULAN ( 3 ORANG SATU KUMPULAN )
• MURID PERLU MEMBUAT FLIP BOOK
• MURID PERLU MEMILIH SATU SAHAJA TEMA SAMA ADA DARIPADA
BUKU TEKS B.MELAYU TINGKATAN 4 ATAU 5
• MURID MESTI MENGGUNAKAN FORMULA I PI KL SAT ( IPKLS )
• SEMUA TUGASAN MESTI DIHANTAR KEPADA GURU B.MELAYU
ANDA
• TARIKH PENGHANTARAN PADA 12 JUN 2021.
SENARAI TEMA TINGKATAN 4
1. 2. INSAN 3. MEMETIK 4. MENJULANG
MEREALISASIKAN TERDIDIK , BINTANG HARAPAN DI BUMI
IMPIAN NEGARA BERTUAH
SEJAHTERA
5. MEMACU 6.DUNIA 7. DEMI 8. DALAM LIPATAN
PRODUKTIVITI PELANCONGAN KEDAMAIAN KENANGAN
SENARAI TEMA TINGKATAN 4
9. SAYANGI 10. BAHASA 11. EKONOMI 12. ASLI DAN
MALAYSIAKU BUGAR, DINAMIK, KOTEMPORARI
SASTERA NEGARA
KEKAR
BERWIBAWA
13. SEGALANYA 14. SIHAT DAN 15. ANGIN 16. DIPIMPIN
BERMULA DI BERSIH PERUBAHAN UNTUK
SINI MEMBADAI
PILIHANKU MEMIMPIN
SENARAI 1. ANDA BERSIH , ANDA SIHAT
TEMA 2. SUKAN DAN REKREASI
3. KERJAYA MENITI JAYA
TINGKATAN 4. BERSATU KITA TEGUH
5 5.PENDIDIKAN UNTUK SEMUA
6.SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
7. PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN
PERIKANAN
8.MELANCONG MENCARI MAKNA
SENARAI 9. EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN
TEMA PENGURUSAN KEWANGAN
10. ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
TINGKATAN 11.DUNIA SELAMAT MILIK KITA
5 12. KEBUDAYAAN, KESENIAAN DAN ESTETIKA
13.JATI DIRI, WARGANEGARA DAN PATRIOTIK
14. CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA
15. INDUSTRI CEMERLANG, NEGARA TERBILANG
16. INTERGRITI
MACAM MANA NAK
BUAT FLIP BOOK
SILA GOOGLE YE…MUDAH SAHAJA
( PERTAMA SEKALI SEDIAKAN BAHAN DALAM BENTUK
POWER POINT KEMUDIAN CONVERT KE FORMAT PDF)
JOM MULAKAN PROJEK I PI KL SAT
( IPKLS )
• PILIH SATU TAJUK – RUJUK TEMA BUKU TEKS BM TING 4 / TING 5
• SEDIAKAN BAHAN-
• BUAT IKUT KREATIVITI
* MASUKKAN GAMBAR SEBAGAI BAHAN RANGSANGAN
* MASUKKAN STATISTIK
* MASUKKAN PERIBAHASA
* MASUKKAN KATA HIKMAT
* MASUKKAN PENDAPAT TOKOH
*DAN APA-APA YANG BERSESUAIAN
* MASUKKAN KARANGAN CONTOH
PILIH TAJUK
SETIAP TAJUK MESTI ADA
I - ISU
P – PUNCA - HURAIKAN SEBERAPA BANYAK PUNCA
K- KESAN – HURAIKAN SEBERAPA BANYAK KESAN
L – LANGKAH – HURAIKAN SEBERAPA BANYAK LANGKAH
S - SIMPUL
ISU
KEMALANGAN
JALAN RAYA
PUNCA
KEMALANGAN
Punca Kemalangan- Sikap pemandu
AT Sikap pemandu
AH
AC Sikap terburu-buru ingin sampai ke destinasi
AK Memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan
AS memandu laju di lebuh raya dan jalan lurus melebihi
had tanpa sedar.
Berlaku kemalangan sehingga boleh meragut nyawa
Sikap pemandu merupakan punca berlakunya
kemalangan
KESAN
KEMALANGAN
Kesan Kemalangan-Kehilangan nyawa
AT Kehilangan nyawa
AH melibatkan pemandu kenderaan mahupun pejalan kaki
AC
AK Menurut statistik JKJR , pejalan kaki yang maut
AS dalam kemalangan di kedudukan nombor 3 teratas
Orang yang tidak bersalah juga akan menjadi mangsa
akibat kecuaian orang lain .
Kehilangan nyawa orang yang tersayang merupakan
kesan paling menyedihkan akibat kemalangan.
LANGKAH ATASI
KEMALANGAN
KESIMPULAN
CONTOH KARANGAN 1
KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA
Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa.
Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori,
penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita
juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya
yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita
berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.
Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan
mengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak
menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu
dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini
seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya
dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.
Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju yang
ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak papan tanda had laju
diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil
dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang
berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh
golongan remaja.
Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu
diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan
keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan
Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu dan
menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-undang,
kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang
wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting
dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna
jalan raya yang lain.
Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak
harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna
jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan
keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian
menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam.
Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna
jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini
tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia
memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat
menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi
kesejahteraan bersama.
SILA KONGSI
SEMUA TUGASAN
DENGAN GURU
BAHASA MELAYU ANDA
SEMUA TUGASAN
INI AKAN DIKONGSI BERSAMA
DENGAN RAKAN SEKELAS ANDA
SEMOGA SEMUA
AKAN MENDAPAT MANFAAT
#Damai1HEBAT
SEKIAN
TERIMA KASIH