Topik X Mengenal pasti
2 Ciri-ciri
Keusahawanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti 16 ciri-ciri usahawan berjaya;
p 2. Menilai kecenderungan keusahawanan anda melalui penilaian
kendiri usahawan; dan
3. Menerangkan sekurang-kurangnya tiga perbezaan antara peniaga,
pengurus dan usahawan.
X PENGENALAN
Usahawan adalah individu yang boleh melihat sesuatu sebagai peluang
manakala bagi orang lain ia dilihat sebagai satu masalah dan perkara yang
mengelirukan. Usahawan adalah pemangkin agresif yang boleh mengubah
pasaran. Mereka juga telah dibandingkan dengan atlet Olimpik yang
mencabar diri sendiri untuk menempuh pelbagai halangan, pelari jarak jauh
yang tabah dan konduktor orkestra yang mengimbang kemahiran dan bunyi
yang berbeza untuk menjadi satu, atau juruterbang pesawat pejuang yang
memaksa diri mereka melepasi kelajuan bunyi dan menyahut cabaran-
cabaran lain. Apa jua minat mereka, disebabkan mereka menggunakan
pelbagai cara, usahawan adalah wira pasaran pada masa kini. Mereka
menubuhkan syarikat dan membuka peluang pekerjaan dalam masa yang
cukup singkat. Mereka berani menempuh dugaan dan mencipta masa depan
secara berterusan.
Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary ȱ
approach (5th ed.) California: Harcourt College Publishers.
ȱ
TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN W 13
Topik ini menerangkan ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya, penilaian kendiri
usahawan dan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dan pengurus.
2.1 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA
Perbincangan berikut memberikan ringkasan ciri-ciri yang paling kerap
dikaitkan dengan usahawan berjaya. Walaupun ciri-ciri baharu sentiasa
ditambah kepada senarai ini, ia tetap memberikan pandangan yang mendalam
mengenai perspektif keusahawanan.
Rajah 2.1: Ciri-ciri usahawan berjaya
(a) Berinisiatif dan bertanggungjawab
Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa usahawan yang berkesan giat
mencari dan mengambil inisiatif. Mereka secara sukarela meletakkan diri
mereka dalam situasi yang memerlukan mereka untuk bertanggungjawab
atas kejayaan atau kegagalan sesuatu operasi. Mereka berasa
bertanggungjawab atas hasil daripada usaha yang diceburi. Mereka juga
suka mengambil inisiatif dalam menyelesaikan masalah di mana tidak
wujud kepimpinan.
14 X TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
(b) Komitmen Tinggi
Memulakan suatu usaha dengan berjaya memerlukan komitmen
sepenuhnya daripada para usahawan. Komitmen ini membantu mereka
untuk menangani kesilapan dan rintangan yang membahayakan
perniagaan mereka. Komitmen mereka kepada idea dan perniagaan
mereka akan menentukan tahap kejayaan perniagaan mereka.
(c) Berorientasikan Peluang
Usahawan berfokus kepada dan bermula dengan peluang, bukannya
sumber, struktur ataupun strategi. Mereka bermula dengan peluang dan
menggunakan kefahaman mereka mengenai peluang tersebut untuk
membimbing mereka dalam isu-isu penting. Mereka mempunyai
kebijaksanaan dalam mencari peluang. Dalam mencari peluang perniagaan
baharu, mereka memerhatikan peristiwa yang sama seperti orang lain
tetapi melihat benda yang berbeza. Mereka bukan sahaja berkebolehan
mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih
peluang yang luar biasa.
(d) Pengambil Risiko Sederhana
Usahawan tidak mengambil risiko tanpa usul periksa; malah, mengambil
kira risiko yang bakal dihadapi. Apabila mereka melibatkan diri dalam
sesuatu perniagaan, mereka membuat perhitungan dengan penuh teliti dan
memikir dengan semasak-masaknya. Mereka mengelak daripada
mengambil risiko yang tidak perlu.
(e) Yakin dan Optimistik
Usahawan biasanya sangat yakin dan optimistik bahawa mereka akan
berjaya dan sikap ini biasanya berdasarkan keadaan sebenar. Tahap
keyakinan dan sifat optimistik mereka yang tinggi adalah sebab mengapa
sesetengah usahawan yang paling berjaya telah gagal lebih daripada sekali
dalam perniagaan sebelum akhirnya mencapai kejayaan.
(f) Kreatif dan Inovatif
Usahawan perlu kreatif dan inovatif untuk memperoleh kelebihan
persaingan dalam perniagaan mereka. Melalui minda dan imaginasi yang
kreatif dan inovatif, mereka boleh menghasilkan produk dan perkhidmatan
yang unik untuk pelanggan. Kreativiti tidak diwarisi, malah ia boleh
dipelajari.
(g) Menuntut Maklum Balas
Usahawan gemar mengetahui prestasi mereka dan sentiasa meminta
maklum balas. Mereka giat mencari dan menggunakan maklum balas
TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN W 15
untuk memperbaiki diri mereka serta prestasi perniagaan mereka. Melalui
maklum balas, usahawan juga dapat belajar daripada kesilapan mereka.
(h) Motivasi untuk Berjaya
Kejayaan merupakan motivasi utama usahawan. Mereka berdaya usaha
sendiri dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersaing, cemerlang
serta mengejar dan mencapai cita-cita. Usahawan kerap disalah anggap
sebagai tertumpu sepenuhnya kepada pemerolehan wang. Sebenarnya,
wang cuma simbol kejayaan dan bukan pemacu motivasi bagi usahawan.
(i) Boleh Membangunkan Visi
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau
konsep untuk syarikat mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di
awal pembukaan syarikat mereka. Malah dalam kebanyakan kes, mereka
membangunkan visi selepas menyedari keadaan semasa syarikat mereka
dan apa yang boleh dicapai.
(j) Mahir Mengurus
Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah.
Usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja yang
diperlukan untuk menjayakan sesuatu tugas. Mereka berkebolehan
mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi kepada
kenyataan.
(k) Kawalan Dalaman
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan perniagaan mereka
bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran
berada dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri dan mereka boleh
mempengaruhi hasil tindakan yang mereka ambil.
(l) Toleransi Terhadap Kegagalan
Usahawan tidak mudah kecewa, kesal, putus asa atau murung apabila
mengalami kegagalan; malah mereka belajar daripada kegagalan. Di waktu
kesukaran, mereka masih lagi mencari peluang. Kebanyakan usahawan
percaya mereka lebih banyak belajar daripada kegagalan awal berbanding
dengan kejayaan awal mereka.
(m) Tahap Tenaga Tinggi
Usahawan lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang.
Mereka perlu memiliki tahap tenaga yang tinggi untuk membolehkan
mereka menanggung beban yang besar dan menghadapi tekanan
permintaan. Tenaga tersebut merupakan faktor yang kritikal kerana usaha
yang banyak diperlukan dalam memulakan suatu syarikat.
16 X TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
(n) Membina Pasukan
Kebanyakan usahawan berjaya mempunyai pasukan yang berkelayakan
tinggi dan bermotivasi untuk mengendalikan perkembangan dan
pembangunan perniagaan.
(o) Berdikari
Usahawan adalah orang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan
sesuatu tugas mengikut cara mereka sendiri. Ini tidak bermakna mereka
mesti membuat semua keputusan. Sebaliknya, ini bererti mereka mahu
mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang penting.
(p) Fleksibel
Usahawan tidak tegar dalam perniagaan mereka. Mereka fleksibel dan
boleh menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan
perniagaan. Dalam arus ekonomi dunia yang pesat berubah, sikap kaku
akan membawa kepada kegagalan.
LATIHAN 2.1
Apakah ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya? Pada pendapat anda,
mengapakah ciri-ciri ini mustahak untuk menjadi usahawan yang
berjaya?
2.2 PENILAIAN KENDIRI UNTUK USAHAWAN
Terdapat pelbagai alat yang boleh digunakan untuk menilai dan mengukur
kecenderungan seorang individu untuk menjadi seorang usahawan; contohnya
alat yang dicadangkan oleh Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991). Pada
hari ini, ada banyak ujian dan kuiz interaktif dalam talian yang boleh menguji
tahap kecenderungan keusahawanan anda.
Tujuan penilaian kendiri usahawan adalah untuk mendapatkan gambaran
mengenai kecenderungan keusahawanan individu. Tujuannya bukan untuk
mengenal pasti sama ada seseorang itu boleh menjadi usahawan atau tidak.
Sesiapa pun mempunyai potensi untuk menjadi usahawan, tidak kira umur,
bangsa, jantina, warna kulit atau negara asal. Keusahawanan bukan suatu ciri
genetik; sebaliknya, ia adalah suatu kemahiran yang dipelajari. Setiap individu
berpeluang menjadi usahawan. Namun penilaian kendiri usahawan akan
membolehkan anda melihat kedudukan anda dan membuat sesuatu untuk
memperbaiki tahap kecenderungan keusahawanan anda jika anda ingin menjadi
seseorang usahawan yang berjaya.
TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN W 17
AKTIVITI 2.1
Apakah tujuan penilaian kendiri usahawan? Anda boleh cuba salah
satu ujian ini dalam talian dengan melawat laman sesawang
http://bizmove.com/other/quiz.htm. Bandingkan markah anda
dengan rakan anda.
2.3 PERBEZAAN ANTARA PENIAGA,
PENGURUS DAN USAHAWAN
Di dalam subtopik ini, kita akan melihat perbezaan antara peniaga, pengurus
dan usahawan yang diadaptasi daripada Zimmerer (1998).
2.3.1 Perbezaan antara Peniaga dan Usahawan
Usahawan bukan sinonim dengan peniaga, terutamanya peniaga kecil. Ini
kerana bukan semua peniaga adalah usahawan. Akan tetapi, semua usahawan
adalah peniaga. Peniaga mempunyai ciri-ciri kebanyakan usahawan tetapi ciri-
ciri ini tidaklah setinggi golongan usahawan. Beberapa ciri boleh digunakan
sebagai panduan untuk membezakan antara peniaga kecil dan usahawan. Jadual
2.1 menunjukkan perbezaan tersebut.
Jadual 2.1: Perbezaan antara Peniaga Kecil dan Usahawan
Peniaga Kecil Usahawan
Ć Melibatkan diri dalam perniagaan Ć Memulakan usaha niaga,
untuk meraih keuntungan demi
menyara kehidupannya serta memimpin dan mengembangkan
keluarganya.
perniagaan untuk menunaikan
Ć Mengambil risiko rendah.
matlamat peribadi dan mencapai
kejayaan untuk diri sendiri.
Ć Mengambil risiko sederhana.
Ć Mengikut orang lain dan melabur Ć Menghitung risiko sebelum
hanya dalam pasaran yang sudah bertindak.
teruji dan terbukti.
18 X TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
2.3.2 Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan
Usahawan
Terdapat beberapa perbezaan antara pengurus, terutamanya pengurus
konvensional, dan usahawan, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.2.
Jadual 2.2: Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan Usahawan
Pengurus Konvensional Usahawan
Sangat peka kepada syarat dan
undang-undang. Melihat undang-undang sebagai
Sensitif kepada masa depan dan panduan sahaja.
sanggup menangguhkan ganjaran. Konsep masa depan bergantung pada
matlamat peribadi. Mempunyai nilai
Sangat memerlukan dirinya diterima ambang (threshold) kekecewaan yang
oleh orang lain. rendah.
Merasa berbelah bagi terhadap kuasa,
Boleh mengenal pasti masalah dalam kejayaan dan tanggungjawab. Boleh
sebarang tindakan yang diambil. memperalatkan dan mempergunakan
Membuat perancangan yang terperinci. orang lain.
Tidak sabar dengan perbincangan dan
teori.
Cenderung untuk bertindak dan
nampak seperti bertindak tanpa
berfikir terlebih dahulu.
Sumber: Zimmerer & Searborough (1998).
SEMAK KENDIRI 2.1
Ringkaskan perbezaan antara peniaga, pengurus dan usahawan.
Bincangkan senarai anda dengan rakan anda.
x Topik ini cuba menjelaskan ciri-ciri keusahawanan yang paling kerap
disebut. Walaupun ciri-ciri baharu sentiasa ditambah, senarai yang sedia ada
boleh memberikan pandangan yang mendalam mengenai ciri-ciri usahawan
yang berjaya.
x Terdapat 16 ciri keusahawanan yang dikenal pasti dalam topik ini iaitu:
(i) Menuntut maklum balas
TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN W 19
(ii) Kawalan dalaman
(iii) Fleksibel
(iv) Tahap tenaga tinggi
(v) Membina pasukan
(vi) Boleh membangunkan visi
(vii) Toleransi terhadap kegagalan
(viii) Motivasi untuk berjaya
(ix) Mahir mengurus
(x) Kreatif dan inovatif
(xi) Berdikari
(xii) Yakin dan optimistik
(xiii) Pengambil risiko sederhana
(xiv) Berorientasikan peluang
(xv) Komitmen tinggi
(xvi) Berinisiatif dan bertanggungjawab
x Topik ini juga mempersembahkan penilaian kendiri usahawan untuk
mengenal pasti kecenderungan keusahawanan di dalam individu.
x Ia juga membincangkan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dan
pengurus konvensional.
Inovatif Optimistik
Kreatif Penilaian kendiri usahawan