1
Laporan Bertulis 2
Dokumentasi Program Minggu Solidariti SKKKB Bersama Palestin Pada 29 Oktober 2023 hingga 2 November 2023, SK Kampong Kota Bukit Telah Melancarkan Minggu Solidariti SKKKB Bersama Palestin. Program ini telah dijalankan selama 5 hari dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh warga SKKKB. Ianya bertujuan untuk menyemai sikap simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendidik nilai kemanusiaan dan mencintai keamanan sejagat dalam kalangan murid supaya cakna dan responsif terhadap isu semasa. Program dimulakan pada 29 Oktober 2023 dengan Majlis Pelancaran Minggu Solidariti SKKKB Bersama Palestin di tapak perhimpunan SKKKB. Wakil AJK PIBG turut menyertai majlis pada pagi tersebut. Majlis pelancaran diisi dengan ucapan dari guru besar, bacaan sajak dan bacaan doa Qunut Nazilah. Gimik pelancaran telah dilancarkan oleh anggota Kadet Remaja Sekolah di bawah bimbingan Cikgu Sabran dan Cikgu Syahmun Farha. Tabung Solidariti Palestin juga turut dilancarkan bagi mengutip derma selama lima hari program ini berlangsung. Hari kedua, 30 Oktober 2023, satu majlis ceramah dan tayangan video keadaan masyarakat di Palestin telah diadakan di Makmal Komputer SKKKB. Murid-murid dan guru telah ditayangkan dengan keadan semasa di Palestin dan juga sejarah penjajahan Israel di sana. Rami murid dan guru menitiskan air mata semasa menonton video dan mendengar ceramah tersebut. Pada hari ketiga program iaitu 31 Oktober 2023, Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 telah diadakan. Program dimulakan pada pukul 11.15 pagi hingga 1.15 tengah hari. Semua murid begitu bersemangat mewarna dan menghasilkan poster yang kreatif. Guru kelas telah memilih hasil kreatif yang layak untuk memerima hadiah. Program diteruskan pada hari kekempat ;1 November 2023, dengan aktiviti membina sepanduk gergasi bagi murid Tahap 2 dan mencipta bendera Palestin bagi Tahap 1. Semua guru dan murid Tahap1 dan 2 telah 3
mewarna tangan masing-masing dengan warna bendera Palestin dan kemudian menekapkan tangan di atas kain putih untuk mencipta sepanduk. Selain itu, murid Tahap 1 juga telah mewarna lukisan bendera Palestin dan kemudian melekatkannya di lidi untuk dijadikan bendera. Minggu Solidariti SKKKB Bersama Palestin ini diakhiri pada hari kelima iaitu pada 2 November 2023. Pada hari tersebut, semua murid, guru, staf dan wakil PIBG telah mengadakan Perarakan Solidariti Bersama Palestin di jalan hadapan sekolah. Selepas itu, solat hajat dan bacaan Yaasin telah diadakan. Minggu Solidariti SKKKB Bersama Palestin telah diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan semasa program diadakan. Kutipan wang tabung juga telah diumumkan dan akan diserahkan kepada pihak PPD untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. Kenduri kesyukuran juga turut di adakan selapas majlis. Semoga sumbangan dan usaha kecil warga SKKKb dapat membantu meringankan beban yang telah ditanggung oleh rakyat Palestin selama ini. Kekuatan Program 1. Semua warga SKKKB telah berkerjasama dengan baik untuk menjalankan aktiviti yang telah disusun. 2. Guru-guru dan AJK PIBG mempunyai hubungan yang baik. Ini membolehkan komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh AJK PIBG dalam membantu guru melancarkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Kelemahan Program 1. Program telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam masa yang singkat. Kekangan masa oleh pihak sekolah telah menyebabkan sesetengah aktiviti kekurangan bahan peralatan. 2. Kekangan kewangan semasa menjalankan program. 4
Laporan Bergambar 5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Lampiran 16
– LAMPIRAN A : KERTAS KERJA 17
1.0 PENDAHULUAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober sehingga 3 November 2023 sebagai tanda kebersamaan warga KPM dalam menyokong nilai kemanusiaan sejagat. Program ini melibatkan semua institusi pendidikan di bawah KPM iaitu sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru seluruh negara. 2.0 RASIONAL Pelaksanaan program ini bertemakan keamanan dan kemanusiaan tanpa melibatkan unsur yang bersifat agresif dan ekstrem serta sebagai satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat. 3.0 MATLAMAT Program ini bermatlamat: 3.1 Mendidik murid-murid nilai manusiawi yang turut merangkumi asasi manusia dan sifat ihsan. 3.2 Program ini juga merupakan kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam pendidikan sivik di sekolah. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Menyemai sikap simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial. 3.2 Mendidik nilai kemanusiaan dan mencintai keamanan sejagat dalam kalangan murid supaya cakna dan responsif terhadap isu semasa. 4. TARIKH PELAKSANAAN 29 Oktober sehingga 2 November 2023 4. PENYERTAAN Semua murid 6.0 PENGISIAN Rujuk Lampiran A 18
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH SUMBER KEWANGAN 1. Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap I (Tempat Pertama) 3 RM8.00 RM24.00 Kedai Buku Sekolah 2. Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap I (Tempat Kedua) 3 RM5.00 RM15.00 3. Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap I (Tempat Ketiga) 3 RM3.00 RM9.00 4. Hadiah Pertandingan Melukis Poster Tahap II (Tempat Pertama) 3 RM8.00 RM24.00 5. Hadiah Pertandingan Melukis Poster Tahap II (Tempat Kedua) 3 RM5.00 RM15.00 6. Hadiah Pertandingan Melukis Poster Tahap II (Tempat Ketiga) 3 RM3.00 RM9.00 7. Kain Putih 10 meter RM4.50 RM45.00 Jumlah Keseluruhan RM 141.00 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 19
JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Encik Hilmy bin Ghazali (Guru Besar) Pengerusi : Encik Mohd Sani bin Mat Saad ( PK Kokurikulum ) Naib Pengerusi 1 : Puan Nuraya binti Ibrahim ( PK Pentadbiran ) Naib Pengerusi 2 : Encik Mohammad Rashdi bin Ramli ( PK HEM ) Penyelaras : Puan Syahmun Farha binti Mohamad Azally Bendahari : Puan Rohayu binti Ibrahim JAWATANKUASA KERJA PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DAN PENUTUPAN Pn. Haslina bt Sanoti@Haron TAYANGAN VIDEO DAN SIARAYA En.Mohamad Firdaus b Abdul Rahim En.Sabran bin Mohamad PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1 Pn. Noor Afzalina bt Md Hanafiah PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2 Pn Nur Fatin bt Shuhaimi SEPANDUK SOLIDARITI PALESTIN En.Sabran bin Mohamad AJK PIBG CERAMAH KEMANUSIAAN PALESTIN En.Mohd Radzuan bin Ahmad SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN En. Mohd Fahmi bin Mohd Noor Pn. Khu Zaimah bt Abdul Khalib PERARAKAN SOLIDARITI PALESTIN En.Mohd Radzuan bin Ahmad HADIAH Pn. Shariza bt Samsudin JURUGAMBAR Pn Wimon A/P Ebau Pn Noor Zahirah bt Hitam @ Yusoff SUNTINGAN VIDEO Pn Nur Fatin bt Shuhaimi BUKU PROGRAM DAN DOKUMENTASI Pn. Noor Afzalina bt Md Hanafiah DISIPLIN DAN KAWALAN MURID Semua guru SK Kampong Kota Bukit 20
Hari /Tarikh Program Tindakan / Pengawasan Ahad 29/10/2023 7.45 pagi · Perhimpunan · Bacaan doa · Ucapan guru bertugas · Ucapan Guru Besar · Gimik pelancaran—Gerak Wira · Pelancaran Tabung Palestin · Deklamasi sajak · Nyanyian lagu Maher Zain · Laungan Takbir Pn. Haslina Ustaz Radzuan En. Helmy En. Hilmy Ghazali En. Sabran/Pn. Syahmun En. Radzi / En. Ridzuan En. Yunus / Izzafran En. Sabran Ustaz Radzuan Isnin 30/10/2023 11.15 pagi - 1.15 tgh · Tayangan video ucapan Perdana Menteri · Tayangan video Palestin · Ceramah selingan En. Firdaus En. Firdaus Ustaz Radzuan *Semua guru berada di Makmal ICT Selasa 31/10/12023 11.15 pagi - 1.15 tgh · Pertandingan Mewarna (Pra sekolah & Tahap 1) · Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2) Pn. Noor Afzalina & Pn. Nur Fatin * Semua guru mata pelajaran Rabu 1/11/2023 7.45 pagi - 1.15 tgh · Membina sepanduk (Tahap 2) · Membina bendera Palestin (Tahap 1) En. Sabran & Pn. Noor Zahirah *Semua guru mata pelajaran Pn. Noor Afzalina *Semua guru mata pelajaran Khamis 2/11/2023 7.45 pagi · Perarakan Solidariti Palestin · Solat hajat · Bacaan Yaasin · Penyampaian hadiah pertandingan · Pengumuman jumlah kutipan derma Ustaz Radzuan Ustaz Radzuan (L) Ustazah Khuzaimah (P) Ustaz Fahmi Pn. Shariza LAMPIRAN A Perincian program adalah sebagaimana berikut: 21
Disediakan oleh, ............................................. ( Syahmun Farha binti Mohamad Azally ) Penyelaras, Program Solidariti Untuk Palestin, Sek. Keb. Kampong Kota Bukit. Disemak oleh, ............................................. (Mohd Sani bin Mat Saad) PK Kokurikulum, Sek. Keb. Kampong Kota Bukit. Disahkan oleh, ............................................. ( Hilmy bin Ghazali ) Guru Besar, Sek. Keb. Kampong Kota Bukit. 8.0 PENUTUP Program yang dirancang diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid. Semoga programyang diatur serta dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepadakepada semua pihak khususnya murid. 22
LAMPIRAN B : BUKU PROGRAM Keamanan dan kemanusian, ianya akan berlangsung tanpa melibatkan unsur yang bersifat agresif dan ekstrem. 1.Isu melibatkan kemanusiaan adalah sangat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat, baik bermula dari akar umbi. 2.Program sebegini adalah untuk memberi sokongan kepada saudara muslim di sana yang kini menanggung derita akibat serangan ketenteraan Israel. 1. Menunjukkan tanda solidariti warga SK Kampong Kota Bukit terhadap warga Palestin yang ditindas. 2. Menyemai rasa empati dan simpati terhadap warga Palestin yang dizalimi. 3. Menyubur dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri warga sekolah seperti tolong menolong dan menghulurkan sumbangan derma untuk meringankan penderitaan mereka. 23
Senarai Nama Pemenang Mewarna Poster Tahap 1 Pra Sekolah Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 No Nama murid Kedudukan 1 IHSAN ISKANDAR BIN SABRAN Ketiga 2 NUR ALYA RAISHA BINTI MOHD ROZI Kedua 3 IZZ ADRIANA BINTI ZULKIFLI Pertama No Nama murid Kedudukan 1 AINAN DANA BINTI MOHD FAHMI Ketiga 2 MUHAMMAD AZIM BIN MOHD AZIZ Kedua 3 PUTERI DARLIESA WAFFA BINTI MOHD RAZIF Pertama No Nama murid Kedudukan 1 NURUL IZZAH BINTI ABDUL HADI Ketiga 2 KU AKIF BIN KU AHMAD Kedua 3 MUHAMMAD RIZQUAN BIN MOHD RIZAL Pertama LAMPIRAN C : KEPUTUSAN PERTANDINGAN 24 No Nama murid Kedudukan 1 MUHD SYAFIQ IQBAL BIN MAT RAZI Ketiga 2 MUHD AIDIL HAKIM BIN MOHD AZNAN Kedua 3 MUHD. ADAM FAQEH BIN MUHD RASHID Pertama
Senarai Nama Pemenang Melukis Poster Tahap 2 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 No Nama murid Kedudukan 1 NUR SYAZIA HUSNA BINTI MOHAMAD FAIZAL Ketiga 2 NUR AIRIS SOFIA BINTI MOHMAD NAZIR Kedua 3 MUHAMAD NABHAN SHAKIR BIN MOHD ROBAZIL Pertama No Nama murid Kedudukan 1 NUR IRDINA QHALISYA BINTI MOHD FIRDAUS Ketiga 2 NUR DIANA ALISYA BINTI RAMELI Kedua 3 NUR ANISAFIRA BINTI AMRAN Pertama No Nama murid Kedudukan 1 NUR SYIFFA ALESSYA BINTI HAMDAN Ketiga 2 MUHAMMAD SHAIFUL FAHMI BIN SHAMSUDIN Kedua 3 NUR FARIHA MAISARAH BINTI FIRDAUS Pertama 25