The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LEBIH BAIK CEGAH: MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JOYCE NICOLE, 2023-08-14 06:01:46

SEKOLAH MADANI BEBAS DADAH

LEBIH BAIK CEGAH: MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA

SEKOLAH MADANI BEBAS DADAH LEBIH BAIK CEGAH: MURID CERIA GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA


ISI KANDUNGAN Pengenalan 1 2 4 Biodata Murid & Guru Kes Dadah Jenis/Contoh Dadah Faktor 5 6 7 8 9 Kesan Langkah-langkah Penutup & Penghargaan


BIODATA NAMA: SUHANA BINTI SAMAN JAWATAN: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING NAMA: SHARDRIC ROWENZORE JANGGUM SEKOLAH DAN KOD SEKOLAH: SMK BAHANG PENAMPANG, XEA4128 TINGKATAN: EMPAT NAMA: JANIETA HOILI SEKOLAH DAN KOD SEKOLAH: SMK BAHANG PENAMPANG, XEA4128 TINGKATAN: EMPAT NAMA: JOYCE NICOLE NICHOLAS MOJUGIT SEKOLAH DAN KOD SEKOLAH: SMK BAHANG PENAMPANG, XEA4128 TINGKATAN: EMPAT


Dadah atau "drug" adalah bahan kimia yang amat berbahaya kepada individu yang menggunakannya secara tidak terkawal. Secara saintifiknya, dadah yang diberikan kepada organisma hidup menghasilkan kesan biologi seperti mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Sejak kebelakangan ini, remaja semakin terjebak dalam gejala- gejala sosial. Antaranya termasuklah pengambilan dadah. Ini menjadi masalah yang serius dan harus diambil berat oleh setiap pihak. PENGENALAN


KUALA LUMPUR: Kes pengedaran dan penagihan dadah dalam kalangan remaja di negara ketika ini, amat membimbangkan apabila seramai 76 remaja ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam Op Tapis Khas dijalankan pada Jumaat hingga Ahad lalu. Kesemua remaja berusia antara 13 hingga 18 tahun itu antara 5,200 pengedar dan penagih yang ditahan dalam serbuan di 367 sarang penagihan dadah di seluruh negara. MARANG: Dua remaja perempuan masing-masing berusia 13 dan 14 tahun antara 607 yang ditahan dalam Op Jihad Dadah 2.0 hasil serbuan di tujuh sarang penagih seluruh Terengganu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata dua remaja masih bersekolah itu ditahan di Besut dalam tempoh 10 hari fasa pertama operasi berkenaan yang bermula 14 Oktober lalu. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/11/887284/r emaja-perempuan-13-14-tahun-antara-607-ditahankes-dadah https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/803749/76 -remaja-ditahan-dadah-bernilai-rm358-juta-dirampas- metrotv KES DADAH


Depresen JENIS & CONTOH DADAH 2 Opiat Stimulan Ganja / Kanabis Halusinogen Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain. Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh. 1 3 4 5


Apabila usia seseorang itu menjelang keremajaan. Semakin banyak perkara yang mereka lihat dan ingin tahu apakah rasanya melakukan hal tersebut, namun ada perkara yang memberi manfaat dan kebaikan, ada juga perkara yang mendatangkan mudarat dan keburukan. SIKAP INGIN TAHU kurang mendapat perhatian dan kasih sayanG penyebaran media massa Keluarga yang datang daripada golongan yang kurang bernasib baik atau miskin. Akibat kekurangan wang untuk menanggung keluarga, ibu dan bapa perlu bekerja sehingga tiada masa untuk bertemu dengan anak-anak. Media massa yang kini boleh diakses oleh sesiapa sahaja telah menyebabkan golongan remaja melihat budaya dan masyarakat luar yang berhibur dengan menggunakan dadah. pengaruh rakan dan masyarakaT Mereka yang telah terjebak cuba untuk mempengaruhi rakan-rakan untuk melakukan perkara tersebut bersama-sama. Terdapat stigma yang mengatakan seorang remaja itu tidak seronok untuk berkawan kerana tidak menyertai rakan-rakannya yang lain melakukan aktiviti yang kononnya seronok tetapi sebaliknya. FAKTOR remaja terjebak dengan kes dadah


KESAN PENGAMBILAN DADAH MASALAH SOSIAL Remaja akan mengalami masalah dalam berkomunikasi dengan masyarakat kerana dipandang rendah dan mungkin diasingkan oleh keluarga dan rakan sebaya Dadah boleh merosakkan organ dalam badan dan menyebabkan masalah kesihatan yang kronik seperti HIV/AIDS, strok, penyakit paru-paru dan masalah reproduktif. Dadah memberi kesan negatif kepada tingkah laku dan keadaan mental remaja. Oleh itu, mereka akan mengalami masalah depresi dan gangguan emosi kerana pengambilan dadah. MELANGGAR UNDANG-UNDANG Remaja melibatkan diri dalam aktiviti jenayah seperti jualan dadah dan kegiatan yang tidak sah untuk mendapatkan dadah. Perkara ini akan menjejaskan keselamatan masyarakat serta merosakkan masa depan remaja. PRESTASI AKADEMIK Remaja menghadapi masalah kognitif dan kesukaran untuk memberikan tumpuan semasa pembelajaran berlangsung. Mereka tidak mampu mengingati dan memahami maklumat yang diberikan lalu menghalang remaja daripada mencapai potensi akademik mereka. KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN mental


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENGAMBILAN DADAH Mendidik pelajar tentang bahaya penagihan dadah dan menyediakan mereka dengan kemahiran untuk menentang tekanan rakan sebaya Program pencegahan dadah AKTIVITI BERFAEDAH PERKHIDMATAN KAUNSELING penglibatan ibu bapa MENINGKATKAN KESELAMATAN Mendedahkan remaja dengan aktiviti-aktiviti sihat seperti sukan, seni dan aktiviti sosial yang positif agar mereka meluangkan masa mereka dengan aktiviti yang bermanfaat Menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk mengatasi masalah ketagihan dadah dalam kalangan pelajar dengan memberikan sokongan yang diperlukan untuk kekal bebas dadah. Sekolah boleh menggalakkan penglibatan ibu bapa melalui penganjuran bengkel dan seminar tentang pencegahan dadah agar dapat meningkatkan kesedaran. Menghalang pengedar dadah daripada memasuki kawsan sekolah. Contohnya, dengan memasang kamera CCTV dan mengupah pengawal keselamatan.


Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan yang Maha Esa atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya sehingga kami dapat menyelesaikan buku skrap ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru pembimbing kami, Cikgu Suhana dan pihak sekolah yang telah menyediakan kemudahan elektronik, memberikan sokongan serta bimbingan dalam pembuatan buku skrap ini. Tidak dilupakan juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah memberikan sokongan moral dan motivasi dalam proses pembuatan buku skrap ini. Kami berharap agar buku skrap ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang bahayanya dadah dan mampu menggalakkan semua pihak untuk bekerjasama mengatasi masalah pengambilan dadah terutamanya dalam kalangan generasi muda. PENUTUP & PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version