INTELEK JAYA e-buletin EDISI 1
AHLI JAWATANKUASA SIDANG REDAKSIPengerusi Naib Pengerusi 3 Naib Pengerusi 4 Naib Pengerusi 5 Setiausaha Pen. Setiausaha Grafik Editor (BM) Editor (BI) Fotografi Unit Kurikulum Unit Hal Ehwal Murid Unit Kokurikulum Bahan Digital/Maya Media Sosial Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 1 2024 Pengetua Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Petang Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn Sri Rahayu binti Mohd Yusop Pn Fauziah binti Samsudin Pn Maryani binti Mahdzir Pn Noranisa binti Maasom Pn Sri Rahayu binti Mohd Yusop En Ariff Mu’azzam bin Ab Halim Pn Naja Najiha binti Mohd Sani Pn Salmiza binti Salleh Pn Nur Izani binti Mohd Salleh En Mohd Suharde bin Ismail Pn Siti Hajar Akmal bin Ahamad En Mohd Nasrul Muhaimin bin Fauzi Pn Liyana binti Malek 1 Pn Iriani binti Razali
2 ISI KANDUNGAN: SEKAPUR SIRIH NADI INTELEK JAYA PRESTASI KURIKULUM RAKAMAN PERISTIWA Unit Hal Ehwal Murid Unit Kokurikulum Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) PERSADA KARYA WORDSMITH’S HAVEN 35 10 14 19 25 33
2024 INTELEK JAYA 3 SEKAPUR SIRIH
KATA ALU-ALUAN Pengetua Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya maka saya dapat memberikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi e-Buletin INTELEK JAYA atas kejayaan menerbitkan buletin digital SMK Pandan Jaya yang pertama. Sesungguhnya, usaha dan komitmen yang tinggi serta semangat kerja berpasukan akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada warga SMK Pandan Jaya dan masyarakat setempat amnya atas sokongan terhadap pentadbiran saya yang berada pada titik permulaan di sekolah ini. Saya berharap ukhwah yang telah dibina selama ini dapat terus diperkukuh. Saya juga berharap SMK Pandan Jaya akan memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai bidang, sama ada bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang sentiasa bekerjasama dan menyokong usaha sekolah. Ucapan terima kasih juga saya titipkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, Pejabat Kesihatan, Balai Bomba & Penyelamat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan semua pihak yang sering membantu dan menyokong pihak pentadbiran sekolah. Tidak ketinggalan saya ucapkan terima kasih kepada semua guru, kakitangan sokongan dan murid-murid yang menjadi tulang belakang dalam kecemerlangan sekolah ini. Saya yakin bahawa sokongan padu dan kerjasama akan berterusan demi kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah. Akhir kata, saya mendoakan warga SMK Pandan Jaya dapat meneruskan kerjasama erat dan kesepakatan demi kecemerlangan anak didik sekolah ini. Jasa dan bakti tuan-tuan dan puan-puan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. PENGETUA SMK PANDAN JAYA PUAN NOR KHASIMAH BINTI ABDUL GHALIM PUAN NOR KHASIMAH BINTI ABDUL GHALIM PENGETUA SMK PANDAN JAYA 4
2024 INTELEK JAYA 5 PRESTASI KURIKULUM
6.3 5.3 8.72 7.93 7.41 6.94 7 8.08 8.17 7.31 7.38 8.45 9 7.59 8.58 8.89 7.9 7.3 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 GRED PURATA SETIAP MATA PELAJARAN PAT TINGKATAN 4 TAHUN 2023 68.27 67.87 12.5 46.97 38.55 42.86 50 35.29 49.15 76.47 53.85 31.37 0 62.39 27.59 6.78 37.93 51.52 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 PERATUS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN PAT TINGKATAN 4 TAHUN 2023 PENTAKSIRAN AKHIR SESI AKADEMIK PEPERIKSAAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 4 TAHUN 2023 6.3 5.3 8.72 7.93 7.41 6.94 7 8.08 8.17 7.31 7.38 8.45 9 7.59 8.58 8.89 7.9 7.3 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 GRED PURATA SETIAP MATA PELAJARAN PAT TINGKATAN 4 TAHUN 2023 68.27 67.87 12.5 46.97 38.55 42.86 50 35.29 49.15 76.47 53.85 31.37 0 62.39 27.59 6.78 37.93 51.52 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 PERATUS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN PAT TINGKATAN 4 TAHUN 2023 6 Tingkatan 4 GRED PURATA SETIAP MATA PELAJARAN PAT TINGKATAN 4 TAHUN 2023 PERATUS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN PAT TINGKATAN 4 TAHUN 2023 TAHUN 2023
PENTAKSIRAN AKHIR SESI AKADEMIK Tingkatan 4 TAHUN 2023 PERATUS PENCAPAIAN PAT TINGKATAN 4 (2021 - 2023) GRED PURATA PAT TINGKATAN 4 (2021 - 2023) 44.53 35.42 43.57 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 PERATUS PERATUS PENCAPAIAN PAT TINGKATAN 4 (2021 - 2023) 2021 2022 2023 7.38 7.23 7.39 7.15 7.2 7.25 7.3 7.35 7.4 7.45 GRED PURATA GRED PURATA PAT TINGKATAN 4 (2021 - 2023) 2021 2022 2023 PEPERIKSAAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 4 TAHUN 2023 44.53 35.42 43.57 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 PERATUS PERATUS PENCAPAIAN PAT TINGKATAN 4 (2021 - 2023) 2021 2022 2023 7.38 7.23 7.39 7.15 7.2 7.25 7.3 7.35 7.4 7.45 GRED PURATA GRED PURATA PAT TINGKATAN 4 (2021 - 2023) 2021 2022 2023 7
PELAJAR CEMERLANG PAT TINGKATAN 4 2023 PEPERIKSAAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 4 TAHUN 2023 PELAJAR CEMERLANG PAT TINGKATAN 4 2023 BIL NAMA KELAS PENCAPAIAN 1 NUR IWANIE NAFISYA BINTI AZMAN 4 CEKAL 2[A] 5[A-] 2 AIN RAMADHANI BINTI SAKIR 4 ALFA 1[A+] 3[A] 2[A-] 3 IFFAH FIRZANAH BINTI FIRMAN 4 BESTARI 3[A] 3[A-] 4 NOR ADRIANA SOFEA BINTI ABD RASID 4 ALFA 1[A+] 2[A] 2[A-] 5 NUR ALYA MAISARAH BINTI ADITIA 4 ALFA 1[A+] 2[A] 2[A-] 6 DANIAL HARITH BIN MOHAMAD ZULKIFLI 4 ALFA 1[A] 4[A-] 8 PENTAKSIRAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 4 TAHUN 2023
2024 INTELEK JAYA 9 RAKAMAN PERISTIWA
2024 INTELEK JAYA 10 UNIT HAL EHWAL MURID RAKAMAN PERISTIWA
11 CERAMAH B AHAYA DADAH DADAH Pada 23 April 2024, telah diadakan Ceramah Bahaya Dadah bertempat di Surau Al Falah, SMK Pandan Jaya. Ceramah ini melibatkan semua murid Tingkatan 1. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang bahaya dadah dan kesannya. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Zainal Arman bin Zakaria dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pameran berkaitan dadah juga telah diadakan di Astaka Semarak Jaya dan terbuka kepada semua murid SMK Pandan Jaya.
CERAMAH VAPE REMAJA 12 &
13 Pada 23 April 2024, telah diadakan Ceramah Vape dan Remaja bertempat di Surau Al Falah, SMK Pandan Jaya. Ceramah ini melibatkan semua murid Tingkatan 4. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang risiko penggunaan Vape yang boleh menyebabkan kerosakan sistem dalaman badan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Ermi Noor binti Emjah dari Klinik Kesihatan Taman Watan. Pameran berkaitan vape juga telah diadakan di Astaka Semarak Jaya dan terbuka kepada semua murid SMK Pandan Jaya. Bersama-sama kita menjauhi Vape dan jalanilah hidup secara sihat!
2024 INTELEK JAYA 14 UNIT KOKURIKULUM RAKAMAN PERISTIWA
KARNIVAL 15 MAHABBAH Kokurikulum Karnival Mahabbah Kokurikulum telah diadakan pada 25 April 2024 (Jumaat). Program ini dijalankan di kawasan Astaka Semarak Jaya, kantin dan di sekitar astaka. Ia melibatkan semua murid dan guru SMK Pandan Jaya. Objektif program ini ialah mengeratkan hubungan antara murid dan guru. Ia juga untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli kelab persatuan dan guru penyelaras. Akhir sekali, ia dapat melahirkan rasa menghargai perayaan kaum dan agama di Malaysia dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan pentas dan penyediaan juadah raya daripada setiap unit kelab persatuan SMK Pandan Jaya.
Kem Ikon telah diadakan pada 18 April 2024. Ia melibatkan seramai 175 orang murid dan 10 orang guru. Objektif program ini ialah melengkapkan peserta dengan maklumat terkini yang berguna supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan lancar. Ia juga bertujuan membentuk ciri-ciri personaliti dan imej diri yang positif kepada peserta supaya mereka dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain. Selain itu, ia memupuk semangat integrasi di kalangan pelajar yang berbilang kaum. Akhir sekali, ia memberi peluang kepada pelajar agar saling berinteraksi semasa menjalankan aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking, Jati Diri dan Explorace. 16 KEM IKON
17 KEM IKON
PERMAINAN Perjumpaan UNIT SUKAN Perjumpaan Kokurikulum unit Sukan permainan telah diadakan pada 24 April 2024. Ia melibatkan sebanyak 12 unit sukan permainan yang telah didaftarkan. Matlamat Unit Kokurikulum SMK Pandan Jaya ialah untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah kecemerlangan dalam kokurikulum dan sukan ke tahap tertinggi. Aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan modul unit masing-masing seperti yang telah dirancang dalam rancangan tahunan. 18
2024 INTELEK JAYA 19 UNIT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) RAKAMAN PERISTIWA
MERENTAS DESA 20 PPKI DAERAH HULU LANGAT Kejohanan
21 Pada 23 & 24 April 2024 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa PPKI Daerah Hulu Langat bertempat di SK Beranang. Seramai 14 murid PPKI SMK Pandan Jaya bertanding dalam kejohanan Tersebut. Hasilnya, Darwish Rayyan telah mendapat Naib Johan dalam kategori L15 dan Muhamad Aidi mendapat tempat ketiga. 12 murid lain mendapat tempat 20 peserta terbaik bagi setiap kategori. Dengan kejayaan murid-murid ini, PPKI SMK Pandan Jaya dianugerahkan Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Merentas Desa PPKI Daerah Hulu Langat. Tahniah buat pihak yang merealisasikan kejayaan ini!
Sepanjang Bulan Ramadhan yang lepas, PPKI SMK Pandan Jaya telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan peringkat PPKI. Semua murid PPKI bersama guru dan pembantu murid yang beragama Islam terlibat sepenuhnya dalam program ini. Manakala, murid lain terlibat dengan aktiviti pendidikan Moral. Objektif program ini ialah memupuk amalan soleh dan memberi pendedahan tentang kebaikan bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, Program JOM DHUHA, melukis poster dan Majlis Khatam AL Quran. PROGRAM IHYA Ramadhan 22
23 Progra m Ihya Ramadhan
PROGRAM Program Sayangi Gigi Saya telah diadakan pada 18 Mac 2024 bertempat di Bilik Panitia Pendidikan Islam. Ia melibatkan semua murid PPKI bersama guru dan pembantu murid. Objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada murid tentang cara menggosok gigi dengan betul dan cara menjaga gigi dengan baik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Sayangi Gigi dan memberus gigi bersama. SAYANGI GIGI SAYANGI GIGI 24
2024 INTELEK JAYA 25 PERSADA KARYA
“Apa?” kelu lidah Ras mendengar berita tersebut. *** “Doktor, saya ingin mendermakan buah pinggang saya, kalau ini sahaja caranya saya sanggup,” pinta Ras dengan nada sedih. “Apa maksud kamu? Tak perlu Ras, kita boleh cari penderma yang lain,” bantah Encik Danial. “Tak mengapalah ayah, Ras sanggup, asalkan ayah sihat kembali,” rayu Ras perlahan. “Nak , dengar cakap ayah. Ayah nak kamu fokus pada pelajaran kamu . Lagipun ayah dah banyak buat salah kepada kamu. Ayah tak layak terima bantuan kamu,” Encik Danial memujuk. “Ayah, tak mengapa. Ras ikhlas nak bantu ayah” pujuk Ras Lalu Encik Danial pun akur akan pujukan Ras. Dia pun lalu meminta maaf kerana sering memarahi dan memukulnya sebelum ini. Mereka pun menandatangani borang pemindahan organ dan meneruskan pembedahan yang berlangsung selama 10 jam itu. Benarlah kata pujangga balas dendam yang terbaik itu adalah memaafkan dan melupakan. “Abang! Lepaskan Ras! Jangan pukul dia lagi!“ rayu Puan Amrah. “Kau bernasib baik ibu kau datang, Ras. Kalau tak memang habis kau aku pukul. Pergi sana kau belajar! Susah-susah aku kerja cari duit, ini sahaja yang kau bagi? Dasar anak tak tahu bersyukur!” berang Encik Danial kepada Ras, anaknya kerana mendapat hanya 95 markah untuk ujian Matematik . *** Ras berjalan terhincut-hincut menuju ke pagar sekolah kerana telah dipukul ayahnya semalam. “Aduh sengalnya kaki aku ni , kenapalah ayah mesti pukul aku di kaki! Orang dapat 95 pun kira terbaik ,” keluh Ras seorang diri. *** “Hai Ras, muka muram je kenapa, masih tidak puas hati markah matematik 95?” tanya Yana “Eh bukan begitu, hari ini cuaca panas betullah,” jawab Ras. “Apa yang kau cakap ni, punyalah sejuk menggigil kau kata panas, apa-apalah Ras. Oh, kau dah tanya ibu dan ayah kau tentang lawatan yang akan kita sertai? Mak aku sudah beri keizinan. Wah, tak sabarnya!” ujar Yana keriangan. Ras mengabaikan soalan Yana dan terus berada dalam lamunannya hingga tamat waktu persekolahan. *** Kesunyian rumah memecahkan lamunan Ras. Ras memanggil ibunya namun tiada yang menyahut. Setiap pintu bilik diketuk namun tiada penghuni. Ras mula berasa hairan lalu kedengaran bunyi telefon pintarnya berdering. “Assalamualaikum, ibu di mana?” tanya Ras. “Ras.. Ibu berada di hospital, ayah kamu rebah tadi. Doktor kata ayah kamu disahkan mempunyai kegagalan buah pinggang dan perlukan penderma secepat yang mungkin. nukilan NUR ALYA MAISARAH ADITIA (5 ALFA) DEN Kasihku DAM 26
Bercucuran air mata Malik. Semakin dikesatnya, semakin banyak yang turun ibarat tiada hari esok. Dia mulai sedar yang wau itu merupakan sisi penting dalam kehidupannya. Wau itulah yang menjadi sumber rezekinya, permainannya, kegembiraannya dan memorinya. “Ayah..ayah...” Sedang dia termanggu dan bersedih, pintu bilik operasi terbuka. Keluar sekumpulan doktor berpakaian baju bedah. “Keluarga Encik Ismail?” Jerit doktor itu. Ibuku lantas menyahut dan kami bergegas merapati doktor itu. Malik khuatir, takut sambil bergegas ke sana. Adakah ayahnya selamat? Atau mungkin….. Hanya kepada Tuhan sahaja mereka berserah. “Sudah aku katakan tidak , tidaklah!” tengking Malik kepada ayahnya. “Apa yang susah sangat untuk kau terus mewarisi wau ini?” balas ayahnya. “Wau ini pembuatannya susah! Sudahlah lapuk, kayunya juga pun kita beli! Susah semuanya!” Jerit Malik tidak berpuas hati dan berlalu pergi dari bengkel kerja ayahnya. “Malik, tunggu!” Ayah Malik cuba mendapatkan Malik kembali namun kakinya tersadung alatan kerjanya sehingga kepalanya terhantuk ke bucu meja. Kejadian itu mengejutkan Malik lantas menjerit, mengejutkan seisi keluarga di rumah yang bersebelahan dengan bengkel. Tindakan pantas ahli keluarga menelefon talian kecemasan mempercepat ketibaan ambulan. Malik yang kini berada di dalam ambulan melihat ayahnya tidak sedarkan diri dengan kepala yang berlumuran darah. Pengguna jalan raya yang bijak memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan dan Ayah Malik telah dimasukkan ke bilik operasi. Malik terkilan dan menyesal. Dia tidak seharusnya membuat ayahnya begitu. Berlinang air matanya. Seketika dia duduk, seketika dia bermundar-mandir di hadapan bilik operasi. Terkenang semula memorabilia Malik bersama ayahnya. Ayahnya selalu membuatkan wau untuknya. Pada petang hari, dia bersama-sama ayahnya atau rakannya akan bermain wau. Cukup indah dan halus buatannya. Menikmati corak-corak yang berlainan dan berbeza setiap hari. Habis sahaja bermain, ayahnya akan membawa dia ke warung tepi sungai bagi melegakan tekak. Kadangkala hanya Malik sahaja yang makan dan minum di warung akibat kekangan wang. Namun, ayahnya selalu berpesan agar sentiasa memartabatkan wau kerana bukan sahaja wau itu warisan kita malah wau juga merupakan tempat bermulanya memori indah buat mereka berdua. 27 nukilan WAU MUHAMMAD FARISH HAIKAL BIN SHADAN (5 ALFA)
Guru Engkaulah wiraku Engkaulah tempatku menimba ilmu Serta tempat untukku mengadu Guru Tanggungjawabmu sungguh besar Engkau sanggup menahan lapar dan dahaga Engkau sanggup menahan sabar Untuk membantu kami berjaya Guru Kuingin mengucapkan terima kasih Kerana telah membimbingku dengan ikhlas Meskipun kesalahanku membawa amarahmu Engkau tetap berada di sampingku. Guruku 28 nukilan NUR ARIANA MAISARA BINTI MOHD ARIS (5 ALFA)
Kita bangsa yang lupa Derita pernah kita punya Dahulu ini tanah yang kaya Habis diragut si tamak haloba Kita bangsa yang lalai Kita pernah bersujud ke lantai Menjadi hamba abdi Di tanah air sendiri Kita bangsa yang alpa Perjalanan ini penuh pancaroba Timbulkan rasa cinta Bukan mudah untuk merdeka Semoga merdeka Bukan sekadar laungan kosong Bukan sekadar hari yang diraikan Bukan sekadar sejarah Yang ditimbun zaman 29 Merdeka nukilan FATIN NABIHAH BINTI MOSHEN (5 ARIF)
Kukira diriku ini cahaya Yang membimbing semua ke jalan yang lebih cerah Tetapi mengapa aku di sini? Keseorangan dalam kegelapan Kalian punyai bintang ingin digapai Ada yang jauh, ada yang dekat Sedangkan aku termanggu di sini Kebingungan melihat bintang di langit gelap Mereka berkata aku pasti boleh Dan akanku tinggalkan nama dan hasratku di dunia Jikalau aku memang boleh Kenapa aku masih sesat di sini? Oh dunia, aku merayu Berikanlah aku petunjuk untuk hidup Aku bukan cahaya, aku tiada bintang Apa gunanya aku meninggalkan nama? Kalau tiada hasrat mulia yang akanku tinggalkan PUTERI NUR IMAN RAUDHAH BINTI MEGAT MOHD ROSDEEN (3 ARIF) nukilan Hasrat 30
Semarak Jaya nama diberi Astaka berkumpulnya yang bijak dan cerdik SMK Pandan Jaya yang dicintai Moto Ilmu Membentuk Intelek 31 Melawat pusat sumber masa diisi Makmal sains amali dijalankan Pengetua berwibawa guru berdedikasi Didikan diberi ilmu dicurahkan Kokurikulum pembelajaran suasana di luar Permainan persatuan pelbagai aktiviti Lagu sekolah semangat berkobar Berakhlak mulia prinsip putera puteri Peperiksaan pentaksiran minda diuji Ulang kaji pelajaran setiap masa Ikrar pelajar tersemat di hati Berusaha sentiasa disiplin diutama Jadual waktu masa ditepati Mengurus diri menjadi tanggungjawab Ilmu dan akhlak membentuk peribadi Lahir generasi pintar dan beradab nukilan MIKHAIL BIN SHARIL AZMI (5ALFA) Pantun SMK Pandan Jaya
32 KOMIK Janji Melayu karya ADLINA SYAKIRAH (4 BESTARI)
2024 INTELEK JAYA 33 WORDSMITH’S HAVEN
“Did you fancy yourselves as heroes? Foolish little boys!” She cackled. Her grin was wide and menacing. Mark asked her, “Why did you do this?” “I was trapped until I died of hunger in this tower by a cruel man. I was destined to haunt and exact revenge.” Mark understood her pain. “Even if we’re going to die, I want to tell you that both of us wanted to rescue you. There is still good in this world. It’s a pity you weren’t able to feel it.” The shroud of the woman fell silent. Then, she wailed. Slowly, Mark felt pain leaving his body. Leo gained consciousness. As Mark was about to throw away the old bottle, he saw there was a piece of paper inside. He took out the fragile parchment from the bottle, unfolding it to reveal a hand-written letter. The letter was a call for help, though from whom Mark didn’t know. The letter writer was imprisoned in some sort of tower and couldn’t escape. Curious to find the writer’s identity, Mark got the help of his adventurous friend, Leo and set off on a journey. Mark found a small map drawn on the other side of the letter, one that led the way to the mysterious writer’s prison. Both Mark and Leo used the map as a guide. Mark arrived on a secluded island. They traveled to the high tower. They climbed. Mark noticed how bizarre it was that the writer was trapped here even though there were hardly threats. Out of the blue, Leo screamed in pain and fell from where she was climbing. Mark was stunned silent as his friend laid on the ground in front of him, bleeding and in pain. A figure stepped out of the forest. Mark knew immediately the person was the one who caused Leo’s pain. However, just as Mark’s anger was about to boil over, he dropped onto the ground. He felt intense pain too. The figure revealed herself as a woman dressed in black robe. By Amni Syakirah binti Mohd Zainoriman (5 Beta) Lure Lost Letter 34 of the
Never alone in school but Always alone in my imaginion Depreion is not my company I’m always happy, that is clear Alone wh my muse and paint Hundreds of paintings waing for creion a ainter’s p Poem 35 By Amy Nadiah binti Amran (3 Arif)
In his deep mind, he Likes to think about his fate Young boys who think like that Are they weird? Sometimes he asks himself How can he stand all that are in his mind? What Are the odds of his survival? Reality is chasing him In his mind he said, face everything, and you will know the answer 36 By Ilyashari bin Mohd Zubir (3 Arif) A young boy Who Ask About His Destiny
Really needs sleep and Yawn every time Some people always make her cry She always forgives but never forgets Always trying but never be good enough By Nur Aryssa Adni binti Mohd Nazri (3 Arif) Never Enough Good 37
38 Reality Hurts Happiness is what she loves but never has A girl who forced her smile to face the hateful world Youth is what she lost and never had in the first place A life that she wanted never became a reality Tears that she let flow on her beautiful cheeks are the tracks of Imagination that runs in her mind By Hayati binti Muhammad Zaki (3 Arif)
2024 INTELEK JAYA TERIMA KASIH