The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengisahkan seorang pelajar sarjana pengurusan komunikasi yang sedang menyiapkan projek akhir tesisnya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzilshukor90, 2019-06-18 23:01:34

PRESENTATION PRE-VIVA

Mengisahkan seorang pelajar sarjana pengurusan komunikasi yang sedang menyiapkan projek akhir tesisnya

Keywords: komunikasi organisasi

PENGARUH TINGKAH LAKU TERANCANG TERHADAP
KECEMERLANGAN PASUKAN KERJA DI KOLEJ UNIVERSITI

ISLAM MELAKA (KUIM)

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD FADZIL BIN AHMAD SHUKOR

(P92112)

NAMA PENYELIA:
DR. WAN IDROS BIN WAN SULAIMAN

PENGENALAN

 Dalam menentukan hala tuju sebuah organisasi yang berjaya, kualiti
modal insan memainkan peranan yang penting dalam memastikan
kecekapan pentadbiran. Hal ini kerana, setiap pekerja merupakan
sumber yang penting dalam organisasi yang dapat meningkatkan tadbir
urus yang lebih cemerlang dan seterusnya menjana peningkatan
produktiviti dalam organisasi (Muna et. al, 2013)

 Menurut Ishak (2003) menyatakan kejayaan sesebuah organisasi
bergantung kepada kecemerlangan ahli organisasi yang bergerak dalam
pasukan kerja. Namun, padanan antara keperibadian setiap pekerja dan
tugas yang dilakukan amat penting bagi menjamin kepuasan dalam
menjalankan tugas, meningkatkan motivasi pekerja serta mencapai
matlamat organisasi.

PERMASALAHAN KAJIAN

 Setiap pekerja yang berkhidmat di organisasi bertujuan menyumbang
kepada mencapai matlamat organisasi.

 Produktiviti terjejas dan prestasi kerja menurun apabila setiap
pekerja tidak komited dan tidak memberikan kerjasama dalam pasukan
kerja (Adey & Bahari, 2010).

 Sikap positif atau negatif mempengaruhi kepada penilaian terhadap
sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang individu.

 Sikap negatif merencatkan komunikasi dalam pasukan kerja dan
menyumbang kepada berlaku krisis atau konflik (Abd Aziz, 2003).

 Sokongan interpersonal melibatkan sokongan rakan sebaya, sokongan
penyelia, sokongan majikan dan keluarga yang menggalakkan individu itu
melaksanakan tingkah laku tersebut.

 Penurunan motivasi dan prestasi kerja berlaku apabila tiada sokongan
dan galakan kepada pasukan kerja. Komitmen menurun dan matlamat
organisasi tidak dapat dicapai (Wan Baharudin, 2016).

 Kecenderungan seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara
menjadi tinggi apabila sokongan interpersonal yang diterima juga tinggi.

 setiap individu akan melihat kepada sumber, peluang, pengetahuan
dan kebolehan dalam melakukan suatu tindakan (Ajzen, 1991).

 Faktor ketidakbolehcapaian dalam melakukan suatu tindakan akan
memberi halangan yang tinggi kepada individu dan seterusnya tidak
dapat mengawal tingkah laku dengan baik (Maizatul et. al, 2016).

OBJEKTIF KAJIAN

 Objektif Umum
 Untuk mengenal pasti pengaruh tingkah laku terancang

terhadap kecemerlangan pasukan kerja di Kolej Universiti Islam
Melaka.

 Objektif Khusus
i. Mengenal pasti pengaruh sikap terhadap kecemerlangan pasukan kerja

di Kolej Universiti Islam Melaka.

ii. Mengenal pasti pengaruh sokongan interpersonal terhadap
kecemerlangan pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka.

iii. Mengenal pasti pengaruh kawalan tingkah laku terhadap kecemerlangan
pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka.

PERSOALAN KAJIAN

 Adakah sikap memberi pengaruh terhadap kecemerlangan
pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka?

 Adakah sokongan interpersonal memberi pengaruh terhadap
kecemerlangan pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka?

 Adakah kawalan tingkah laku memberi pengaruh terhadap
kecemerlangan pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka?

KERANGKA KAJIAN

Hipotesis 1 HIPOTESIS KAJIAN
H1 :
Wujud pengaruh tingkah laku terancang terhadap
H0 : kecemerlangan pasukan kerja di Kolej Universiti
Islam Melaka.
Hipotesis 2 Tidak wujud pengaruh tingkah laku terancang
H2 : terhadap kecemerlangan pasukan kerja di Kolej
Universiti Islam Melaka.
H0 :
Wujud pengaruh yang signifikan di antara sikap
terhadap kecemerlangan pasukan kerja di Kolej
Universiti Islam Melaka.
Tidak wujud pengaruh yang signifikan di antara
sikap terhadap kecemerlangan pasukan kerja di
Kolej Universiti Islam Melaka.

Hipotesis 3 HIPOTESIS KAJIAN
H3 :
Wujud pengaruh yang signifikan di antara sokongan
H0 : interpersonal terhadap kecemerlangan pasukan
kerja di Kolej Universiti Islam Melaka.
Hipotesis 4 Tidak wujud pengaruh yang signifikan di antara
H4 : sokongan interpersonal terhadap kecemerlangan
pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka.
H0 :
Wujud pengaruh yang signifikan di antara kawalan
tingkah laku terhadap kecemerlangan pasukan kerja
di Kolej Universiti Islam Melaka.
Tidak wujud pengaruh yang signifikan di antara
kawalan tingkah laku terhadap kecemerlangan
pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka

KONSEP PENTING

Tingkah laku terancang meghuraikan tentang tingkah laku manusia
yang dikatakan sebagai suatu tahap keinginan dan perubahan tingkah
laku untuk melakukan sesuatu tindakan tertentu terhadap sesuatu
perkara bergantung kepada keadaan tertentu. (Ajzen, 1991).

Menurut Pineda & Lerner (2006) menyatakan pasukan kerja terdiri
daripada ahli-ahli pasukan yang merancang, mengatur dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pasukan untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan dalam organisasi.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Mangkunegara (2005) menyatakan sikap seseorang pekerja
yang positif terhadap sesuatu kerja akan meningkatkan motivasi kerja
mereka bagi mencapai prestasi kerja yang maksimum. Hal ini kerana,
apabila seseorang pekerja memiliki motivasi yang tinggi, sikapnya juga
akan berubah kearah positif dan ia akan berusaha dengan lebih baik
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi
(Hasibuan, 2008).

Komitmen seringkali dikaitkan dengan kesungguhan yang ditunjukkan
oleh pekerja demi kepentingan organisasi. Kenyataan ini disokong oleh
Feinstein (2001) yang berpendapat pekerja akan menunjukkan hasil kerja
yang berkualiti jika mereka komited terhadap kerja yang dilakukan
sekaligus meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang positif (Singh
dan Vinincomber, 2000).

KERANGKA TEORITIKAL

 Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour)

 Diasaskan oleh Ajzen pada tahun 1988

 Menerangkan tentang tingkah laku dan kecenderungan seseorang.

 Tumpuan utama – tahap keinginan yang mendorong tingkah laku yang
hendak dipamerkan.

 Tiga elemen dalam teori = Sikap, Sokongan interpersonal dan Kawalan
Tingkah Laku.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Reka bentuk Instrumen  Analisis regresi
Kajian: Kajian: digunakan untuk
menentukan jika
 Kuantitatif  Borang Soal
Selidik terdapat
Populasi dan pengaruh pada
Persampelan:  Skala Likert pembolehubah.
 130 orang dengan ukuran

responden selang 1-5
daripada
kakitangan

KUIM.

RUJUKAN

Abd. Aziz Yusof. (2003). Gelagat organisasi: Teori, isu dan aplikasi. Petaling Jaya:
Prentice-Hall / Pearson Malaysia Sdn. Bhd

Adey, N. H., dan Bahari, F. H. (2010). Hubungan Antara Kecerdasan Emosi, Kepuasan Kerja dan
komitmen terhadap orgnisasi. Jurnal Kemanusiaan, 16, 62-82.

Ajzen, I. (1991). The Theory Of Planned Bahaviour. Organization Behaviour and Human Decision
Processes, 50, 179–211

Ishak Mad Shah. (2003). Faktor-Faktor Kerja Berpasukan dan PengaruhnyaKepada Prestasi.
Jurnal Kemanusiaan, Vol. 1 (2)

Maizatul Haizan Mahbob, Wan Idros Wan Sulaiman. (2016). Penerimaan Warga
Akademik UKM Terhadap Sasaran Penetapan Indeks Prestasi Utama (KPI) Dan
Pengaruhnya Terhadap Komitmen Kerja. Jurnal Komunikasi. Jilid 32 (2) 629-647

Muna Mohd Bookeri & Atasya Osmadi. (2013). Produktiviti dan hubungannya dengan
komitmen dan kepuasan kerja dalam organisasi pembinaan. Journal of School of
Housing, Building and Planning 6: 32-51.

Pineda, R. P., & Lerner, L. D. (2006). Goal att ainment, satisfaction and learning from
teamwork. Journal of Team Performance Management, 12 (56), 82–191.

Wan Baharudin Wan Mahmood, Khairuddin Idris, Bahaman Abu Samah, Zoharah Omar.
(2016). Teori Tingkah Laku Berencana dan Tingkah Laku Menyokong Perubahan:
Satu Sorotan. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol. 1, Issue 4, 27-36

SEKIAN,

TERIMA
KASIH 


Click to View FlipBook Version