1 JABATAN ILMU PENDIDIKAN Tugasan 2 :PENGHASILAN PRODUK Nama Pelajar : IZZAH FASIHAH BINTI KASMAN Angka Giliran : 2021172310509 No Kad Pengenalan : 030327011690 Kumpulan : PT2S2-5 Kod Kursus : EDUP3153 Nama Kursus : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama Pensyarah : AMIRUDDIN BIN ZAINUDDIN Tarikh Hantar : 11 MAC 2024 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: Komen Pensyarah : Markah : HP2______ / 30 HP11____ / 10
2 KANDUNGAN TAJUK MUKASURAT 1.0 Pengenalan 3 2.0 Analisis Instrumen 3 2.1 Jenis Pentaksiran Alternatif 3 2.1.1 Pentaksiran Prestasi 4 2.1.2 Pentaksiran Atas Talian 4 2.2 Kaedah Pentaksiran 4 2.2.1 Kaedah Pemerhatian 5 2.2.2 Kaedah Bertulis 5 2.3 Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah 5 2.3.1 Senarai Semak 5 2.3.2 Kuiz 8 3.0 Penilaian Profesional Instrumen 12 3.1 Kesahan 12 3.1.1 Senarai Semak 12 3.1.2 Kuiz 12 3.2 Kebolehpercayaan 13 3.2.1 Senarai Semak 13 3.2.2 Kuiz 13 3.3 Kemudahtafsiran 14 3.3.1 Senarai Semak 14 3.3.2 Kuiz 14 4.0 Refleksi 15 Rujukan 17
3 1.0 PENGENALAN Pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pemerolehan bukti untuk menentukan kesimpulan daripada sesebuah kaedah tersebut. Di Malaysia, pentaksiran melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) digunakan sebagai alternatif untuk menilai tahap penguasaan murid secara keseluruhan untuk menggantikan sistem yang berorientasikan peperiksaan. Sistem pentaksiran ini menjurus ke arah pembinaan insan holistik, penguasaan ilmu dan pembentukan sikap progeresif berbanding sistem peperiksaan di mana murid menghafal untuk lulus (Zuwati Hasim, 2022). Menurut Heng & Hill (2018), PBD ialah proses yang digunakan guru dan murid dalam menilai, mengumpul dan membuktikan hasil pembelajaran untuk pelbagai tujuan. Ianya termasuk untuk mendiagnosis kekuatan dan kelemahan, memantau kemajuan, memberikan gred serta memberi maklum balas kepada ibu bapa. Guru menggunakan PBD untuk mengumpul maklumat, menganalisis dan mentafsirnya bagi melakukan perubahan terhadap keberkesanan pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, walaupun penilaian dalam bilik darjah sering dikaitkan dengan merumuskan hasil pembelajaran murid, ianya juga memainkan peranan penting dalam mengukur keberkesanan pengajaran guru serta sejauh mana guru belajar daripada pengalaman pengajaran seharian mereka. PBD juga dirancang oleh guru, bersistem, mempunyai pelbagai kaedah, menekankan perkembagan individu serta membolehkan tindakan susulan. Terdapat beberapa aspek yang diambil kira dalam pentaksiran bilik darjah seperti jenis pentaksiran, kaedah dan instrumen. 2. 0 ANALISIS INSTRUMEN 2.1 JENIS PENTAKSIRAN ALTERNATIF Berbeza dengan penilaian tradisional yang melibatkan ujian atau peperiksaan, tugasan melalui pentaksiran alternatif dapat memberi gambaran yang lebih holistik tentang prestasi, kebolehan, potensi dan perkembangan murid serta kurikulum. Berikut merupakan jenis pentaksiran alternatif yang dilaksanakan berdasarkan instrumen yang telah diperoleh : 2.1.1 Pentaksiran prestasi 2.1.2 Pentaksiran atas talian
4 2.1.1 PENTAKSIRAN PRESTASI Pentaksiran prestasi memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan dan perkembangan murid dalam domain kemahiran yang dinilai oleh guru. Sebagai contoh, dalam Pendidikan Muzik, guru dapat melihat gambaran yang lebih komprehensif berkenaan kemahiran dan pemahaman muzikal murid. Berdasarkan instrumen senarai semak yang telah diperoleh, guru telah mengukur secara langsung keupayaan yang dipamerkan oleh murid dalam melakukan pergerakan berdasarkan muzik. Menurut Kane & Mitchell (2013), pentaksiran prestasi tidak menggunakan pilihan jawapan dalam penilaian. Maka, proses ini akan melibatkan murid dalam proses pembelajaran itu sendiri seperti mempraktikkan atau melakukan tugasan secara amali tentang sesebuah kemahiran yang telah mereka pelajari. 2.1.2 PENTAKSIRAN ATAS TALIAN Pentaksiran atas talian merujuk kepada kaedah menilai melalui platform atas talian mahupun alat bantu teknologi maklumat. Pentaksiran atas talian ini selaras dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21 berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritikal dan nilai (Abdul Halim Abdullah & Zuraini Marion, 2021). Berdasarkan instrumen yang telah dikumpul, guru tersebut telah menggunakan platform digital ‘Quizizz’. Menggunakan platform ini, guru melaksanakan aktiviti kuiz dalam talian bagi menguji pengetahuan dan kemahiran pelajar secara teratur. Sebagai contoh, guru menggunakan ‘Quizizz’ bagi meniai pengetahuan murid tentang alat perkusi. Selain daripada mewujudkan proses yang interaktif dan menyeronokkan, murid boleh mendapat maklum balas segera selepas menjawab setiap soalan supaya mereka dapat mengetahui tahap pemahaman mereka. Bukan itu sahaja, ianya juga mewujudkan suasana yang santai dan tidak memberi tekanan kepada murid. 2.2 KAEDAH PENTAKSIRAN Kaedah pentaksiran merupakan pendekatan ataupun teknik yang digunakan untuk menilai pencapaian, kemajuan serta kemahiran murid. Terdapat pelbagai kaedah pentaksiran yang berbeza dengan kesesuaian dan kegunaan tersendiri. Berikut merupakan dua kaedah pentaksiran yang digunakan berdasarkan instrumen yang telah diperolehi: 2.2.1 Kaedah Pemerhatian 2.2.2 Kaedah Bertulis
5 2.2.1 KAEDAH PEMERHATIAN Kaedah pemerhatian adalah salah satu pendekatan yang melibatkan observasi terhadap murid dalam melaksanakan penilaian. Melalui pemerhatian, guru mengamati tingkah laku murid berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Menurut Mohd Azam Sulong et al. (2011), pemerhatian sesuai digunakan terutamanya apabila guru ingin melihat perkembangan tingkah laku muzikal seseorang murid. Maka, berdasarkan instrumen iaitu senarai semak yang diperoleh, guru telah menentukan kriteria yang jelas untuk memerhatikan dan menilai prestasi murid. Oleh itu, kepekaan dan kebolehan memahami pelbagai elemen dan ekspresi muzikal diperlukan bagi memastikan proses pemerhatian yang berkesan. Prestasi keseluruhan murid kemudiannya direkod sebagai sebuah panduan untuk pengajaran dan kegunaan penilaian secara berterusan. 2.2.3 KAEDAH BERTULIS Kaedah bertulis merujuk kepada penggunaan soalan ataupun tugasan sebagai alat penilaian. Ianya akan memberi ruang kepada murid untuk menyatakan jawapan dan menunjukkan pemahaman mereka secara terperinci terhadap sesebuah konsep atau topik tertentu. Berdasarkan instrumen yang telah diperoleh, guru telah menggunakan soalan dengan pemilihan jawapan supaya murid dapat memilih jawapan serta mendapat maklum balas terhadap jawapan yang telah dipilih. Pelaksanaan kuiz dengan aneka pilihan jawapan dapat membenarkan liputan yang luas dalam tempoh yang singkat, mudah dan cepat mendapatkan markah serta boleh ditadbir dengan mudah melalui teknologi (Parkes & Zimmaro, 2016). Maka, dengan menggunakan platform atas talian, guru dapat memudahkan proses penilaian dan memberi maklum balas secara berkesan terhadap jawapan murid. 2.3 INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Berikut merupakan dua instrumen yang telah diperolehi daripada guru Pendidikan Muzik bagi menilai tahap pencapaian murid di dalam kelas: 2.3.1 Senarai semak 2.3.2 Kuiz 2.3.1 SENARAI SEMAK Senarai semak digunakan bagi mengenal pasti dan mengutamakan objektif serta membolehkan guru memantau keberkesanan pengajaran untuk menyediakan rekod kemajuan murid (Breitenbach, 2008). Senarai semak digunakan sebagai
6 instrumen pentaksiran untuk membantu guru menilai tahap pencapaian murid dalam pelbagai aspek muzikal bagi konteks Pendidikan Muzik. Berikut merupakan instrumen senarai semak yang digunakan untuk menilai kemahiran muzikal murid dalam aspek pergerakan.
7 Berdasarkan instrumen senarai semak tersebut, terdapat lajur nama bagi setiap murid berserta maklumat seperti nombor kad pengenalan dan jantina. Seterusnya, terdapat lajur bagi kriteria untuk kemahiran muzikal dalam pergerakan dengan enam tahap penguasaan. Kemahiran murid diperhatikan dan diukur mengikut tahap penguasaan sama ada rendah atau tinggi. Tanda ‘X’ pada lajur menandakan murid menguasai kemahiran-kemahiran pada lajur tersebut. Maka, penggunaan senarai semak sebagai instrumen pentaksiran dapat memberikan struktur yang lebih jelas, memastikan konsistensi dalam penilaian serta membantu murid memahami kriteria yang perlu dicapai.
8 2.3.2 KUIZ Penggunaan kuiz sebagai instrumen pentaksiran bukan sahaja dapat menilai pemahaman murid, malah memberikan peluang kepada murid untuk melakukan penambahbaikan berdasarkan maklum balas yang diperolehi selepas melaksanakan kuiz. Menurut Harper (2011), mencipta kuiz mengikut unit atau topik untuk penilaian dapat mengenal pasti kekurangan atau masalah murid seterusnya memberikan penguasaan kepada murid. Berdasarkan instrumen kuiz menggunakan platform kuiz atas talian yang telah diperoleh, guru tersebut telah melaksanakan kuiz untuk menilai pemahaman murid berkenaan alat perkusi.
9
10
11 Kuiz secara atas talian ini mengandungi sepuluh soalan berkaitan alat perkusi dengan tiga pilihan jawapan. Murid menjawab setiap soalan dan mendapat maklum balas iaitu jawapan sama ada betul atau salah. Dengan merancang kuiz yang baik, guru dapat menciptakan pengalaman penilaian yang bermakna dalam usaha mengembangkan pengalaman muzikal murid. Guru juga dapat menilai kelemahan murid bagi perkara tertentu supaya dapat dilakukan penambahbaikan ataupun penguasaan.
12 3.0 PENILAIAN PROFESIONAL INSTRUMEN 3.1 KESAHAN Kesahan merujuk kepada takat sesebuah ujian atau penilaian dapat memenuhi tujuannya. Ianya mengukur perkara yang hendak diukur serta sejauh mana hasil yang diperoleh adalah tepat dari kemahiran, pengetahuan ataupun sifat yang hendak diukur. 3.1.1 SENARAI SEMAK Kesahan instrumen senarai semak adalah kunci yang perlu diperhatikan supaya instrumen tersebut dapat memberikan hasil yang relevan dan boleh dipercayai. Untuk kesahan kandungan, instrumen senarai semak tersebut mencakupi aspek yang relevan dan penting untuk diukur dalam kemahiran muzikal bagi aspek pergerakan. Maka, ianya menguji perkara yang sepatutnya diuji untuk menilai prestasi murid. Bagi kesahan konstruk, instrumen senarai semak tidak mengandungi perkara-perkara yang tidak relevan ataupun tiada kaitan dengan pentaksiran yang dilaksanakan. Maka, ianya mengukur konsep atau konstruk yang tertentu dengan relevan. Dengan menggunakan kesahan ramalan, kebolehan seseorang murid dapat diukur untuk menjalankan sesebuah tugasan ataupun pembelajaran yang lain pada sesi pembelajaran seterusnya. Kesahan instrumen senarai semak juga dapat bervariasi bergantung kepada konteks penggunaannya serta perkara yang ingin diukur. 3.1.2 KUIZ Kesahan membantu dalam pemilihan instrumen kuiz supaya sesuai bagi mengukur tujuan penilaian yang tertentu. Bagi kesahan kandungan, soalan kuiz tersebut telah mencerminkan dengan komprehensif tentang material ataupun kemahiran yang diinginkan iaitu pemahaman berkaitan alat perkusi. Maka, ianya mencakupi aspek-aspek dalam penilaian berkaitan alat perkusi. Bagi kesahan konstruk, instrumen kuiz tersebut adalah sesuai dengan teori yang mendasarinya. Ini kerana, soalan kuiz tersebut mencerminkan konsep yang diintegrasikan di dalam instrumen. Kesahan ramalan pula menjadi relevan apabila guru dapat mengetahui sejauh mana hasil kuiz tersebut dapat memberikan gambaran tentang prestasi dan kemampuan murid daripada sesi pembelajaran supaya dapat ditambah baik pada sesi pembelajaran akan datang.
13 3.2 KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sebuah ujian atau penilaian. Ianya merupakan ukuran sejauh mana sesebuah instrumen boleh memberikan hasil yang konsisten dan stabil walaupun penggunaannya diulang menggunakan sampel yang sama atau serupa. 3.2.1 SENARAI SEMAK Semakin besar serakan skor, semakin tinggi kebolehpercayaan (Lee, 2024). Instrumen senarai semak mewujudkan serakan skor yang tinggi. Ini kerana skor tidak berkelompok pada satu tahap pencapaian sahaja. Maka, item ujian ataupun kriteria yang dibina perlulah tidak terlalu mudah atau terlalu sukar. Guru juga boleh menambah bilangan item yang sukar dalam kriteria tahap pencapaian. 3.2.2 KUIZ Kebolehpercayaan instrumen kuiz adalah sederhana. Ini kerana, masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab kuiz adalah terhad. Masa yang ditetapkan juga boleh memberi kesan kepada kedudukan murid. Selain itu, susun atur soalan adalah kurang kemas dan tidak mengikut tahap. Walaubagaimanapun, soalan kuiz adalah jelas dan mudah difahami oleh murid. Ianya membantu mengurangkan
14 kebarangkalian kesalahan dalam meginterpretasi dan meningkatkan kebolehpercayaan. Instrumen kuiz dengan kebolehpercayaan yang tinggi akan menunjukkan konsistensi dalam pengukuran. Dengan kebolehpercayaan yang tinggi, kuiz dapat dijadikan sebagai instrumen yang baik untuk mengukur tahap pencapaian murid. 3.3 KEMUDAHTAFSIRAN Kemudahtafsiran instrumen pentaksiran merujuk kepada keupayaan untuk menginterpretasikan dan menggunakan maklumat yang diperoleh melalui instrumen tersebut untuk penentuan pilihan pendidikan yang baik pada masa akan datang. 3.3.1 SENARAI SEMAK Instrumen senarai semak yang telah diperoleh dapat digunakan untuk mengumpul data dan maklumat seperti bilangan murid yang menguasai setiap tahap penguasaan. Ianya juga dapat mengenalpasti perkara-perkara yang perlu ditingkatkan dan ditambahbaik. Selain itu, senarai semak tersebut juga digunakan oleh guru untuk melihat gambaran umum mengenai seseorang murid ataupun kelas yang diajar. Seterusnya, data daripada senarai semak boleh diproses dengan cepat dan mudah. Statistik yang deskriptif seperti purata, median dan mod juga dapat dicari dengan mudah untuk mendapat data daripada senarai semak. Ianya juga memberikan fleksibiliti dengan cara pengumpulan data yang boleh digunakan secara dalam talian ataupun cetakan bagi memudahkan tafsiran hasil. 3.3.2 KUIZ Kemudahtafsiran bagi instrumen pentaksiran seperti kuiz adalah penting kerana ianya memberikan faedah dan kejelasan dalam menganalisis prestasi murid. Hasil tafsiran menunjukkan sejauh mana murid memahami dan mengingati maklumat tentang sesebuah topik. Ini kerana soalan kuiz difokuskan untuk mengukur pemahaman dan pengetahuan murid tentang sesebuah topik atau kemahiran. Instrumen kuiz juga dapat mengesahkan tahap pembelajaran murid dan memberi maklum balas mengenai tahap pencapaian murid dalam topik atau kemahiran tertentu. Hasil tafsiran juga membantu guru mengenalpasti perkara-perkara yang memerlukan lebih banyak penekanan dan bantuan bagi murid supaya dapat ditambahbaik. Bukan itu sahaja, skor kuiz dinyatakan dengan terang dan jelas bagi
15 memudahkan proses dalam menilai dan menginterpretasikan tahap pencapaian murid. 4.0 REFLEKSI Refleksi terhadap instrumen pentaksiran melibatkan proses berfikir dan menilai penggunaan dan keberkesanan serta kekurangan instrumen tersebut. Instrumen senarai semak mempunyai kelebihan utama iaitu keobjektifannya. Ini kerana skor yang diberikan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Ianya juga mudah diukur dan dinilai secara kuantitatif menjadikan penilaian lebih konsisten. Selain daripada membolehkan pengumpulan data secara efisien, senarai semak juga dapat menilai pelbagai aspek seperti prestasi, pengetahuan, kemahiran dan sikap. Menurut Andrade & Heritage (2017), senarai semak membantu murid mengambil tindakan bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh kriteria. Walaubagaimanapun, instrumen senarai semak tidak mampu menilai kemahiran berfikir aras tinggi. Sebagai contoh, menganalisis kreativiti dengan mendalam. Ini kerana, kriteria yang ditetapkan adalah terhad. Ianya juga boleh mewujudkan kesukaran dalam menilai sikap kerana elemen perasaan dan sikap tidak dapat diukur secara tepat. Sebagai penambahbaikan, soalan ataupun pertanyaan boleh ditambahkan supaya murid mendapat peluang memberikan maklum balas secara kualitatif. Seterusnya, guru perlu menilai sejauh mana prestasi murid dapat ditingkatkan melalui penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kuiz dalam talian sebagai instrumen pentaksiran pula membolehkan pengumpulan data secara automatik seterusnya memudahkan penyediaan data. Soalan kuiz juga dapat dirancang dengan konsisten serta dapat mengintegrasikan elemen multimedia seperti gambar, audio dan video yang meningkatkan pengalaman pembelajaran. Data kuiz juga dapat dianalisis dengan tepat dan cepat untuk memberi gambaran prestasi murid dengan pantas. Walaubagaimanapun, kuiz boleh menjadi kurang telus dalam menilai proses berfikir kerana soalan bersifat pilihan jawapan yang ringkas. Selain itu, kuiz tidak dapat menilai kemahiran konstektual ataupun aplikasi pengetahuan dalam situasi sebenar. Kuiz juga meningkatkan risiko plagiat dan tidak dapat mengukur keseluruhan kemahiran atau pengetahuan yang dimiliki murid. Sebagai penambahbaikan, guru perlu memvariasikan jenis soalan termasuk soalan yang mewakili tahap pemikiran
16 yang lebih tinggi. Soalan terbuka juga perlu disertakan supaya murid dapat menunjukkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Dengan adanya penambahbaikan dan penyesuaian, instrumen pentaksiran bilik darjah dapat digunakan secara berkesan untuk menilai tahap pencapaian murid.
17 Rujukan Abdul Halim Abdullah & Zuraini Marion. (2021). Guru perlu kreatif taksir murid dalam norma baharu. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/779528/guru-perlu-kreatiftaksir-murid-dalam-norma-baharu Andrade, H. L., & Heritage. M. (2017). Using formative assessment to enhance learning, achievement, and academic self-regulation. Taylor & Francis. https://www.google.com.my/books/edition/Using_Formative_Assessment_to_Enhanc e_Le/fMEtDwAAQBAJ?hl=en&gbpv=0 Breitenbach, M. (2008). Basic skills checklists. Future Horizons. https://www.google.com.my/books/edition/Basic_Skills_Checklists/x7nqsVzoPboC?hl =en&gbpv=0 Harper, S. (2011). Moodle 2+: The quiz engine. Packt Publisher. https://www.google.com.my/books/edition/Moodle_2+_The_Quiz_Engine/hnGZjSWx owsC?hl=en&gbpv=0 Heng, J., & Hill, M.F. (2018). Teacher learning with classroom assessment: Perspective from asia pacific. Springer. https://www.google.com.my/books/edition/Teacher_Learning_with_Classroom_Asses sme/H4tWDwAAQBAJ?hl=en&gbpv=0 Kane, M. B., & Mitchell, R. (2013). Implementing performance assessment: Promises, problems and challenges. Taylor & Francis. https://www.google.com.my/books/edition/Implementing_Performance_Assessment/ FUD_AQAAQBAJ?hl=en&gbpv=0 Lee, L. H., Boon, P. Y., Lawrence Aloysius Aeria., & Ilhavenil Narinasamy. (2024). Pentaksiran dalam pendidikan. Pustaka Nadwa. Mohd Azam Sulong., Raja Azuan Nahar Raja Adnan., & Mahayuddin Abdul Rahim. (2011). HBMS4403: Penilaian Muzik. Open University Malaysia.
18 Zuwati Hasim. (2022, 22 Disember). Kemenjadian murid lebih dinamik menerusi PBS, PBD. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2022/12/1042744/kemenjadianmurid-lebih-dinamik-menerusi-pbs-pbd