AKTIVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SLOT SENI VISUAL
TAHAP 1 (TAHUN 2 DAN TAHUN 3) TAHUN 2 – POKOK BUNGA SAYA (TEKNIK – KOLAJ DAN MEWARNA) TAHUN 3 – IKAN PELIHARAAN SAYA (TEKNIK – KOLAJ DAN MEWARNA)
LANGKAH 1 Gunting kertas warna kepada kepingan kecil.
LANGKAH 2 Sapukan gam pada permukaan kertas yang hendak dilekatkan kepingan kertas kecil tadi..
LANGKAH 3 Lekatkan kepingan kertas kecil tadi. Pastikan tidak ada ruang putih pada bahagian bunga. Kolaj menggunakan konsep kertas bertindih untuk menutupi ruang putih.
LANGKAH 4 Teruskan aktiviti kolaj pada gambar bunga . Rupa pasu boleh diwarnakan menggunakan pensel warna.
LANGKAH 4 Teruskan aktiviti kolaj pada gambar ikan. Gambar lain boleh diwarnakan menggunakan pensel warna.
TAHUN 4 – KEK CAWAN YUMMY (MOZEK & MEWARNA) TAHUN 5 – CANTIKNYA BELON UDARA PANAS (MOZEK & MEWARNA) TAHUN 6 – BEBAS (LUKISAN, MOZEK & MEWARNA) TAHAP 2
LANGKAH 1 Ukur bahagian atas kertas warna 1cm.
LANGKAH 2 Ukur bahagian bawah kertas warna 1cm.
LANGKAH 3 Temukan tanda ukuran atas dan bawah tadi dengan menggaris menggunakan pembaris.
LANGKAH 4 Potong garisan tadi menggunakan gunting.
Hasil guntingan .
LANGKAH 5 Gulung kertas guntingan tadi menjadi seperti ini kemudian sapukan gam pada bahagian hujung supaya tidak terbuka.
LANGKAH 6 Tahun 4 lekatkan pada bahagian atas kek manakala Tahun 5 lekatkan pada bahagian belon. Susunan warna ikut kreativiti.
LANGKAH 7 Bahagian bawah kek dan belon gunakan teknik mozek bentuk segi empat seperti dalam gambar sebelah. Konsep mozek ada ruang kecil di antara kertas warna yang dilekatkan.
LANGKAH 8 Gunakan pensel warna untuk warnakan bahagian latar dan awan. Bagi tahun 6, bebas melukis apaapa subjek tetapi lukisan perlu besar supaya mudah untuk lakukan aktiviti mozek.
Terima KasihT Semoga kita semua beroleh kebaikan berlipat ganda daripada 1 kebaikan yang kita lakukan.