Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
KALI KE - 50 2023
10 JUN 2023 ( SABTU )
2.00 PETANG
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI
DIRASMIKAN OLEH:
TN. HJ. MOHAMAD DZIAUDDIN BIN MAT SAAD
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH 1
9
PPD SPS
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
1. Atur Cara Majlis 1
2. Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 50 2
3. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 50 3 - 4
4. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 5
5. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 49 6 - 21
6. Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2022 22 - 23
7. Laporan Aktiviti PIBG Sepanjang Tahun 2022-2023 24 - 25
8. Senarai Usul/Cadangan PIBG 2023 26 - 27
9. Senarai Ahli Jawatankuasa Sesi 2023/2024 28
10. Sekalung Penghargaan 29
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 49
3. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2022
4. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Sepanjang Tahun 2022-2023
5. Perbahasan Usul/Cadangan 2023
6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2023/2024
7. Pemilihan Juru Audit Dalaman
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan
2
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
ATUR CARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 50 2023
2.00 petang : Pendaftaran kehadiran
2.30 petang : Majlis Bermula
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
(Puan Nor Hasimah Binti Mat Jawi)
Ucapan YDP
(En. Mohd Norhiesam Bin Ismail)
Ucapan Perasmian
(Tn. Hj. Mohamad Dziauddin Bin Mat Saad )
Pegawai Pendidikan Daerah SPS
Penyampaian Sijil dan Cenderahati AJK PIBG 2022
Penyampaian Cenderahati Perasmi
Cabutan Bertuah ( Sesi 1 )
3.00 petang : Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 50 dimulakan
4.30 petang : Cabutan Bertuah ( Sesi 2 )
1
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
Rujukan Kami : SKST 100-13/1/4(34)
Tarikh : 15 Mei 2023
…………………………………..
…………………………………..
Tuan/Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI TASEK KALI KE 50 SESI 2023/2024
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke 50 bagi sesi 2023/2024 akan
diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Jun 2023
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Transformasi Potensi, SK Seri Tasek
2. Diminta kepada tuan/puan untuk mengisi kehadiran mesyuarat dan usul/cadangan di
link yang disediakan ini https://forms.gle/ZBDuysC9ewS8SCyR8
3. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Terima kasih.
‘’MALAYSIA MADANI”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
’’PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA ”
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………….
(NOORDIANA BINTI RASHID)
Setiausaha PIBG,
SK Seri Tasek
2
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 50 2023
Penasihat : Pn. Nor Hasimah bt. Mat Jawi (Guru Besar)
Pen. Penasihat : En. Nik Faizul b. Nik Wel (Pen. Kanan Pentadbiran)
Pn. Ruzaini bt. Abdul Rashid (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Pn. Azizah bt. Osman (Pen. Kanan Kokurikulum)
Pengerusi : En. Mohd Norhiesam b. Ismail
Setiausaha : Cik Noordiana bt. Rashid
Bendahari : En. Rosfa Nizam b. Abu Seman
JAWATANKUASA KERJA
Jemputan Dokumentasi & Laporan
Guru Besar Pn. Syakira bt. Sayuti
Guru-guru Penolong Kanan Pn. Anparasi A/P Vathumalai
Yang Dipertua PIBG Pn. Nuratika bt. Che Yusoff
Naib Yang Dipertua PIBG Cik Siti Hawani bt. Saudin
AJK PIBG
Pengacara Banner & Persiapan Pentas
Pn. Mawarni bt. Anas Fodzi Pn. Noorhayati bt. Yusoff
En. Hazim Syahmi b. Sajali Pn. Zuraini bt. Ismail
Pn. Norzila bt. Saher
Buku Program Pn. Siti Aisyah bt. Abu Bakar
Cik Noordiana bt. Rashid Pn. Shariza bt. Ismail
Pn. Syahida bt. Saad En. Mohd Fouzi b. Rafie
En. Mohd Faris b. Abd. Razak
Bacaan Doa
Tn. Hj. Muhammad Noor b. Othman
Persiapan Tempat ( sebelum & selepas program)
PA Sistem/LCD En. Mohd Zulhime b. Hazman
En. Rosli b. Abdul Rahim En. Kanabathy A/L Nadaraja
En. Noor Zais b. Ismail En. Lim Chiew Boon
En. Jayakumar A/L Veerasamy
Pendaftaran En. Mohd Faisal b. Shafai
Cik Noor Aida bt. Nayan En. Rosfa Nizam b. Abu Seman
Pn. Sarina bt. Zakaria En. Abdul Ghani b. Awang Puteh
Pn. Nor Shuhada bt. Shukor En. Mokhtar b. Kassim
En. Zaidi b. Abu
Sambutan
En. Noor Zais b. Ismail
Pn. Norzehan bt. Ismail
3
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
Jamuan Pencatat Minit
Pn. Zurina bt. Abd. Rahman Pn. Siti Zalwaniza bt. Wan Chek
Pn. Zaidatul Ana bt. Ngah Pn. Zaiton bt. Embong
Pn. Nooraini bt. Abdullah Pn. Ramisah bt. Ramdzan
Pn. Nik Aini bt. Nik Muhammad Pn. Hayati Haslinda bt. Mohd Yusof
Pn. Noorazila bt. Seman
En. Mohd Azrulzami b. Azmi
En. Mohd Shahril b. Abu Bakar
En. Azhar b. Abdul Razak
Pn. Hasdatul Marni bt. Abu Hassan
Sijil/Cenderahati & Cabutan
Bertuah
Pn. Susanti bt. Samsudin
Pn. Nurulnisa bt. Dzulkifli
Pn. Afifah bt. Othman
Pn. Grace Ng Ling Ming
Pn. Suwarni bt. Abdul Talib
Pn. Noor Shakila bt. Mahamad Sukri
Pn. Zarina bt. Idris
Pn. Sazuliana bt. Sazalee
4
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2022-2023
BIL NAMA JAWATAN
1. PN. NOORHASIMAH BT. ISMAIL PENASIHAT
2. EN. MOHD NORHIESAM BIN ISMAIL YDP
3. EN. BATTIAR BIN TAUSE NYDP
4. CIK NOORDIANA BT. RASHID SETIAUSAHA
5. EN. ROSFA NIZAM BIN ABU SEMAN BENDAHARI
6. EN. AZHAR BIN ABDUL RAZAK AJK WARIS
7. EN. ISHAK BIN ZAKARIA AJK WARIS
8. EN. ZAIDI BIN ABU AJK WARIS
9. EN. SHAMSUL FAHMI BIN SAHAROM AJK WARIS
10. EN. MOKHTAR BIN KASSIM AJK WARIS
11. PN. NOR SHUHADA BT. SHUKOR AJK WARIS
12. PN. SAZULIANA BT. SAZALEE AJK WARIS
13. PN. HASDATUL MARNI BT. ABU HASSAN AJK WARIS
14. EN. ROSLI BIN ABDUL RAHIM AJK GURU
15. EN. MOHD SHAHRIL BIN ABU BAKAR AJK GURU
16. PN. SYAHIDA BT. SAAD AJK GURU
17. PN. SITI ZALWANIZA BT. WAN CHEK AJK GURU
18. PN. NOOR SHAKILA BT. MAHAMAD SUKRI AJK GURU
19. EN. MOHD AMIN BIN SAAD JURU AUDIT I
20. PN. ZAIDATUL ANA BT. NGAH JURU AUDIT II
5
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK
14120 SIMPANG AMPAT
SEBERANG PERAI SELATAN
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK
2022
Tarikh : 24 Jun 2022
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Platform : Google Meet
Agenda Majlis :
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Penasihat PIBG SKST ( Pn. Hjh. Noorhasimah Binti Ismail )
3. Ucapan YDP PIBG SKST dan Perasmian oleh En. Mohd Norhiesam Bin Ismail ( YDP PIBG )
4. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48
5. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2021
6. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sepanjang tahun 2021-2022
7. Perkara Berbangkit
8. Perbahasan usul dan cadangan
9. Pembubaran AJK PIBG tahun 2021 dan pelantikan AJK PIBG tahun 2022
10. Pemilihan Juru Audit Dalaman
11. Hal-hal lain
12. Ucapan penangguhan
1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Puan Syahida selaku pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan
selamat datang kepada YDP PIBG SKST merangkap perasmi iaitu Encik Mohd
Norhiesam Bin Ismail serta semua waris yang sudi meluangkan masa pada
petang ini untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke– 49 ini yang diadakan
secara atas talian.
6
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
1.2 Pn. Syahida meminta para waris untuk mengimbas QR CODE kehadiran pada hari
ini yang telah disediakan dalam Google Form.
1.3 Pn. Syahida menjemput Ustaz Abdul Ghani Bin Awang Puteh untuk bacaan doa
pembuka majlis.
2. UCAPAN PENASIHAT PIBG SK SERI TASEK ( PUAN HJH. NOORHASIMAH BINTI ISMAIL )
2.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada En. Mohd Norhiesam Bin Ismail selaku
YDP, barisan AJK, barisan Penolong Kanan, guru-guru, staf dan juga yang diraikan
para waris kerana sudi hadir menyemarakkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49
ini walaupun secara atas talian.
2.2 Merakamkan penghargaan kepada para waris yang dapat meluangkan masa
untuk sama-sama membincangkan tentang akademik anak-anak.
2.3 Guru Besar menyatakan PIBG merupakan wadah yang menghubungkan pihak
sekolah dan waris. Pihak sekolah adalah selaku amanah yang diberikan oleh
waris untuk mendidik dan mengajar kepada anak-anak. Hala tuju SKST
memastikan semua warga sekolah berazam penuh tekad untuk mencapai
sekolah cemerlang selaras dengan konsep TS25 menjelang tahun 2025 nanti.
2.4 Guru Besar memaklumkan ada 4 KRA yang perlu sekolah pilih iaitu pihak sekolah
memastikan kecemerlangan akademik berlaku. Seterusnya pemantapan sahsiah
murid juga menjadi dan pada masa yang sama meneruskan kecemerlangan
dalam aktiviti kokurikulum dan yang keempat ialah pemantapan hubungan
antara komuniti dan salah satunya adalah melalui hubungan sekolah dan PIBG.
2.5 Selaras dengan itu, perjalanan atau program-program yang pihak sekolah
jalankan bagi sesi akademik tahun 2022 ini. Untuk makluman semua, negara
mengalami Covid-19 ini di mana PdPR berjalan dan pada masa sama sekolah
dibuka dan ditutup kembali serta dibuka semula, berlaku sesi penggiliran kelas.
2.6 Alhamdulillah bagi sesi 2022 bermula Mei, semua murid hadir ke sekolah tanpa
penggiliran. PdP berjalan seperti biasa mengikut jadual dan pihak sekolah
membuat jadual waktu anjal mengikut kehendak untuk mengatasi isu beg berat.
Pelbagai perubahan jadual yang sentiasa berlaku di sekolah bagi memastikan
perjalanan sekolah berjalan lancar.
2.7 KPM telah memperkasakan ‘Sekolahku SEJAHTERA’ dengan merangkumi 14
elemen telah diterapkan melalui sekolahku sejahtera dan salah satu elemen ialah
untuk memastikan perjalanan sekolah iaitu semua warga sekolah berada dalam
keadaan selamat, sihat dan sejahtera.
7
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
2.8 Dari segi akademik, pihak sekolah akan cuba sedaya upaya dengan bantuan
guru-guru SKST untuk memperkasakan PBD. Untuk makluman semua, pagi tadi
Guru Besar telah menghadiri perjumpaan bersama dengan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia. Salah satu agenda yang diterangkan adalah tentang
memperkasakan semula PBD. Untuk makluman PBD ialah Pentaksiran bilik
Darjah dan tempoh sama akan memperkasakan lagi PBS iaitu Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.
2.9 Pada awal bulan Jun, Menteri Pendidikan telah mengumumkan peperiksaan PT3
dan UPSR dimansuhkan. Untuk memperkasakan PBS, salah satu agenda adalah
PBD yang berterusan di bilik darjah dan juga PAJSK serta ujian psikometrik bagi
murid tahun 4,5 dan 6. Maklumat awal yang diterima, PBS akan dijalankan pada
sesi akademik yang terakhir yang disebut sebagai ujian akhir tahun yang
dijalankan untuk murid tahun 4,5 dan 6 sahaja. Bagi tahun 1 hingga tahun 6
pentaksiran sentiasa dijalankan oleh guru pada setiap masa.
2.10 Sekolah juga memperkasakan dan memantapkan program kendiri 3M kepada
anak-anak. Ini disebabkan oleh kesan daripada pandemik covid-19 ini di mana
murid menghadapi masalah dalam mengikuti sepenuhnya PdPR. Sekolah juga
merancang program untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai 3M. Minta
waris-waris ambil perhatian untuk membantu dan memastikan anak-anak
mengikuti program ini berjalan lancar.
2.11 Program celik Al-Quran untuk memastikan anak-anak terutama bagi murid
Tahun 6 supaya dapat menguasai bacaan surah Al-Fatihah dan mempraktikkan
dalam mengerjakan solat dan juga aktiviti harian.
2.12 Bagi program TS25 KBAT, memperkasakan penyertaan sekolah dalam bidang
STEM.
2.13 Bagi Unit HEM, Guru Besar meminta para waris untuk memastikan kehadiran
anak-anak ke sekolah. Jika tidak hadir, mesti menyatakan sebab ketidak hadiran
murid dan memberikan surat cuti kepada guru kelas. Untuk makluman waris,
setiap hari pihak PPD akan menyatakan peratus kehadiran bagi setiap sekolah.
KPI kehadiran sekolah adalah 95% untuk kehadiran setiap hari. Waktu PKP,
sekolah hanya mencapai 91% tetapi kehadiran sekarang masih belum mencapai
90%. Mohon kepada waris untuk ambil perhatian. Jika tidak hadir berturut-turut
tanpa sebab, murid akan mendapat surat peringatan.
2.14 Bagi Unit Kokurikulum, Guru Besar memaklumkan kegiatan kokurikulum dapat
dijalankan seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Target KPI sekolah
adalah dalam kebitaraan sekolah iaitu dalam bidang kriket dan kawad kaki.
8
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
Permainan bola sepak, bola jaring, bola baling dan olahraga juga akan
dipertandingkan di peringkat sekolah.
2.15 Guru Besar menyeru para waris untuk memberikan sokongan padu kepada anak-
anak untuk menyertai permainan ini terutama semasa sesi pemilihan. Sekiranya
murid layak, mereka akan dipilih untuk mewakili sekolah dan markah akan
dicatatkan dalam PAJSK. Ini adalah peluang kepada murid-murid untuk menjadi
pelajar yang berdisiplin, bersahsiah dan mempunyai jati diri sebagai bidang
keberhasilan mereka apabila keluar dari sekolah rendah nanti.
2.16 Guru Besar sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada waris yang dapat hadir
pada mesyuarat petang ini. Mengharapkan kepada semua AJK yang bakal
dilantik supaya menggunakan wadah ini untuk menghubungkan dan
memantapkan hubungan antara pihak sekolah dan para waris serta komuniti
luar.
3. UCAPAN YDP PIBG DAN PERASMIAN (En. Mohd Norhiesam Bin Ismail)
3.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis. Ucapan aluan kepada
Guru Besar, barisan Penolong Kanan, NYDP dan guru serta AJK PIBG guru dan
waris serta para waris SKST. Yang diraikan bersama-sama petang ini ialah para
waris selaku ahli dalam mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Merafak
kesyukuran kerana dapat bersama pada petang ini dalam satu wadah penting
untuk memperkasakan dan memartabatkan agenda perjuangan anak-anak di
sekolah.
3.2 YDP mewakili pihak PIBG dan seluruh para waris menzahirkan ucapan terima
kasih kepada Guru Besar dan juga guru-guru bagi meneruskan perjuangan dan
pengajaran memastikan anak-anak mendapat ilmu dan kecemerlangan selari
dengan aspirasi pendidikan oleh pihak kerajaan dan KPM.
3.3 YDP juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang turut sama
menjayakan hasrat PIBG yang telah dilaksanakan selama ini. Ucapan syabas dan
tahniah kepada Guru Besar kerana mencapai kejayaan di peringkat negeri.
3.4 Kita dapat bersama-sama bangkit kembali khususnya kita yang berada di SKST
ini. Setelah kerajaan mengumumkan banyak kelonggaran, SOP di Kementerian
dan pihak sekolah dapat perkara yang boleh dilaksanakan seperti sediakala.
Pihak sekolah telah merancang beberapa program seperti program-program
yang telah dilaksanakan sebelum ini. Semoga tahun ini PIBG dapat melaksanakan
pelbagai aktiviti.
9
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
3.5 YDP juga dijemput oleh pihak sekolah dan melihat bagaimana program yang
berada dalam suasana endemik ini. Yang paling ketara, dapat melihat anak-anak
kembali boleh melaksanakan aktiviti kokurikulum dan dapat memasuki
perlawanan bola sepak, bola jaring, pertandingan kawad dan sebagainya. Ini
menunjukkan bahawa kita kena bersedia seperti mana keadaan sebelum ini.
3.6 Sepanjang sesi 2021-2022 pihak PIBG terus bersama pihak sekolah selari dengan
hasrat dan aspirasi pihak sekolah dalam beberapa program walaupun dalam
keadaan kekangan masa. Walaupun dulu meriah dengan penglibatan anak-anak
untuk menghadapi UPSR. Apabila kerajaan mengumumkan memansuhkan UPSR,
namun beberapa aktiviti dan program pentaksiran telah dibuat oleh pihak
sekolah yang turut bersama oleh pihak PIBG.
3.7 YDP merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Guru Besar dan juga pihak
sekolah kerana dalam keadaan pandemik, sekolah dapat mencapai beberapa
kejayaan khususnya dalam bidang kokurikulum sekolah di mana beberapa
program di peringkat daerah dan negeri telah disertai untuk bersama-sama
seiring dengan apa yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. YDP harap
program-program sedemikian akan dapat diteruskan.
3.8 Bagi menghadapi 2022-2023, pihak PIBG akan lebih agresif memastikan lebih
banyak program PIBG bersama pihak sekolah akan dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya. YDP juga menyeru kepada semua waris untuk komited memastikan
semua pencapaian pendidikan anak-anak akan terus cemerlang.
3.9 PdPR akan meninggalkan banyak sejarah dan juga pengajaran kepada kita.
Namun apa yang berlaku sebelum ini adalah proses untuk mematangkan kita
khususnya dalam persediaan dalam menghadapi suasana dan juga keadaan baru
dunia. Justeru pada hari ini, ada beberapa sekolah sudah melaksanakan
mesyuarat Agung PIBG secara bersemuka, namun PIBG tetap mengambil
ketetapan bersama-sama pihak sekolah untuk tahun terakhir mesyuarat secara
atas talian. Insyaa Allah, pada tahun depan sekolah akan mengadakan mesyuarat
secara bersemuka dan juga pogram-program selepas daripada mesyuarat Agung
PIBG ini dilaksanakan secara bersemuka.
3.10 YDP menyeru pihak waris bersama-sama berganding bahu memastikan bahawa
semua pencapaian anak-anak kita di prestasi yang cukup membanggakan.
3.11 YDP berhasrat di bawah PIBG pada tahun ini supaya kita dapat memastikan
pencapaian akademik dan juga kokurikulum anak-anak yang akan dibantu oleh
pihak sekolah. YDP bersama-sama Guru Besar akan memastikan SKST di antara
10
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
sekolah yang terbaik terutama di kawasan lembah tasek dan juga memastikan
sekolah berada dalam kumpulan sekolah cemerlang di peringkat daerah SPS.
3.12 YDP menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua para waris yang terlibat
membantu memberikan maklumat khususnya semasa waktu PdPR. Ada waris
yang mengalami masalah dan tidak mempunyai data yang mencukupi. Pihak
PIBG telah berusaha memastikan murid-murid B40 dan murid-murid yang tidak
mampu dapat diberikan data melalui peruntukkan oleh PIBG sekolah.
3.13 YDP berharap pada sesi yang ke hadapan, PIBG akan dapat terus bersama-sama
menyemarakkan lagi beberapa program untuk memastikan pendidikan pelajar
akan lebih cemerlang.
3.14 YDP mencadangkan kepada pihak sekolah dan berbincang untuk melaksanakan
beberapa kolaborasi sekolah bersama IPTA/ IPTS untuk info baru yang berkaitan
pendidikan akan dapat dikongsi bersama.
3.15 YDP juga mencadangkan untuk mengadakan beberapa program yang melibatkan
para waris dan pihak sekolah untuk memastikan hubungan dan keakraban antara
waris dan sekolah akan diselarikan dan diperkuatkan. Banyak agenda akan dapat
dibincangkan dalam mesyuarat pada petang ini.
3.16 Alhamdulilah, YDP melihat kehadiran juga cukup positif walaupun secara maya.
Para waris boleh memberi pandangan dan YDP meminta sama-sama berdoa
supaya Covid 19 akan benar-benar keluar daripada kawasan dan negara kita.
Sama-sama berjuang untuk pendidikan anak-anak di SKST ini.
3.17 Ucapan terima kasih juga kepada pihak KSIB yang sentiasa bersama-sama pihak
sekolah membantu dengan beberapa program keceriaan dan program-program
panitia. Semoga perjuangan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
3.18 Dengan lafaz Bismillah, YDP merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49.
4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48
4.1 Cik Noordiana Binti Rashid selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung kali ke – 48 untuk disahkan.
Cadangan Pengesahan : Puan Hasdatul Marni Binti Abu Hasan
Sokongan : Puan Zaleha Binti Md Saad
4.2 Tiada perkara berbangkit.
11
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER
2021
5.1 Encik Rosfa Nizam Bin Abu Seman selaku Bendahari PIBG membentangkan
laporan kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2021.
Cadangan Pengesahan : Puan Nurul Ain Binti Ismail
Sokongan : Puan Sopiah Binti Md Saad
5.2 Tiada perkara berbangkit.
6. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2021-2022
6.1 Cik Noordiana Binti Rashid selaku Setiausaha PIBG membentangkan laporan
aktiviti PIBG sepanjang tahun 2021-2022.
Cadangan Pengesahan : Puan Nor Shuhada Binti Shukor
Sokongan : Puan Yusniza Binti Yusoff
6.2 Tiada perkara berbangkit.
7. PERKARA BERBANGKIT
7.1 Tiada
8. PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN
8.1 Usul/Cadangan 1: Kotak simpanan buku di dalam kelas masing-masing.
8.1.1 Usul ini telah dicadangkan oleh Encik Mohd Haikal Bin Mohd Sobri.
8.1.2 YDP memaklumkan cadangan ini telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG.
8.1.3 YDP memaklumkan akan membawa 1 usul daripada pihak PIBG untuk
dibincangkan bagi kotak simpanan buku ini.
8.2 Usul/Cadangan 2: Mohon Perhatian, harap pihak sekolah adakan kembali
aktiviti pj dan sukan untuk pelajar darjah 1 di padang sekolah.
8.2.1 Usul ini telah dicadangkan oleh Puan Hasdatul Marni Binti Abu Hassan.
8.2.2 Guru Besar memaklumkan sebelum bulan Mei, sesi penggiliran telah dijalankan.
Bermula bulan Mei, PdP telah dijalankan seperti biasa mengikut jadual dan SOP.
Semua murid boleh hadir serentak dan tiada penggiliran. Guru Besar harap
semua waris telah faham.
12
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
8.3 Usul/Cadangan 3:
1. Cadangan bayaran bulanan untuk makan waktu rehat kepada murid-murid
yang berminat.
2. Pihak guru membuat summary 6 bulan sekali tentang kemahiran murid
kepada ibu bapa.
3. Cadangan membuat satu kotak satu murid untuk tinggalkan buku di kelas
dan hanya bawa pulang buku yang ada kerja sahaja.
8.3.1 Usul ini telah dicadangkan oleh Puan Yusniza Binti Yusoff.
8.3.2 Bagi cadangan 1, YDP memaklumkan semua usul dan cadangan telah
dibincangkan dalam mesyuarat AJK. Hasil mesyuarat, YDP meminta waris yang
berminat boleh berurusan sendiri dengan pihak kantin.
8.3.3 Bagi cadangan 2, Guru Besar memaklumkan Pelaporan PBD akan dijalankan
mengikut arahan KPM. Pelaporan PBD akan dilaporkan kepada waris sebanyak 2
kali dalam sesi persekolahan. Bagi pelaporan kali pertama akan diadakan pada
pertengahan bulan Ogos. Guru Besar juga memaklumkan akan ada beberapa
pembaharuan tentang pelaporan kepada waris. Masih menggunakan Tahap
Penguasaan (TP 1-6).
8.3.4 Pentaksiran sumatif akan dijalankan. Untuk memperkasakan PBS, pentaksiran
dibenarkan dilakukan oleh pihak sekolah dalam tempoh yang telah ditetapkan
sepanjang sesi persekolahan. Hanya pada sesi terakhir persekolahan sahaja akan
dijalankan ujian sumatif akhir dan soalan dikeluarkan oleh pihak Lembaga
Peperiksaan untuk tahun 4,5 dan 6. Sekolah menengah pula dari pelajar
tingkatan 1-3. Semua mata pelajaran teras (BM, BI, Matematik & Sains) dan juga
subjek sejarah disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Hanya mata
pelajaran lain sahaja disediakan oleh pihak sekolah. Sekolah akan war-warkan
dari masa ke semasa apabila pihak sekolah mendapat maklumat yang lebih
lanjut.
8.3.5 Bagi cadangan 3, Guru Besar memaklumkan cadangan ini telah dibincangkan
dalam mesyuarat AJK PIBG. Pihak sekolah akan bincangkan dalam usul.
8.4 Usul/Cadangan 4: Mewujudkan almari/ kabinet untuk simpan buku di sekolah
bagi mengatasi masalah beg sekolah yang berat.
8.4.1 Usul ini telah dicadangkan oleh Puan Noraida Binti Tukimin.
8.4.2 YDP memaklumkan cadangan ini telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG.
YDP juga memaklumkan akan dibawa kepada usul PIBG.
13
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
8.5 Usul/Cadangan 5: Pihak PIBG membentangkan usul sumbangan/wakaf
menyediakan loker bagi setiap murid di dalam kelas dalam bentuk sumbangan
wang. Anggaran keseluruhan RM 20,000.00 iaitu minimum RM 30.00 bagi
seorang murid.
8.5.1 Usul ini telah dicadangkan oleh AJK PIBG.
8.5.2 YDP memaklumkan usul ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Agung PIBG.
Usul ini untuk mengatasi isu masalah beg berat. YDP mewakili PIBG bersetuju
untuk membawa usul ini dan jika mendapat persetujuan semua waris. YDP
memaklumkan setelah mengenal pasti untuk memastikan setiap murid
mempunyai 1 loker atau 1 kotak di mana melibatkan hampir 600 orang murid.
Hasil pemantauan mengganggarkan kos sebanyak RM20,000.00 iaitu minimum
dalam RM30.00 bagi seorang murid.
8.53 YDP berpandangan sekiranya para waris bersetuju mungkin PIBG boleh
berbincang secara terperinci atau bagi mandat kepada pihak jawatankuasa PIBG
yang mana sama ada PIBG akan guna kaedah konsep wakaf. Yang mana loker ini
waris akan jadi perintis untuk wakafkan loker ini dan loker ini boleh diguna pakai
untuk generasi selepas ini. Sekiranya ada waris ada pandangan, boleh memberi
pandangan.
8.5.4 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah menjalankan projek ‘My Space’ di
mana dalam video awal tadi, pihak sekolah telah membuat pemantauan dari segi
timbangan beg berat murid sendiri. Sekolah telah mengambil 1 membuat inovasi
iaitu 1 kelas telah membuat 1 loker menggunakan bahan-bahan yang sedia ada
iaitu kitar semula perabot-perabot yang sedia ada dan 1 lagi inovasi poket di tepi
meja.
8.5.5 Guru Besar berharap kepada waris sekiranya ada yang bersetuju untuk memberi
pendapat dan seterusnya menerima usul ini untuk kita bentangkan atau terima
di mana setiap waris jika boleh untuk memberi sumbangan atau wakaf RM30.00
minimum. Jika ada waris yang berkemampuan, boleh memberi sumbangan lebih.
8.5.6 Guru Besar membuka peluang kepada waris untuk memberi pendapat dan jika
terima usul ini, waris perlu memberi sokongan dan pengesahan. Ramai waris
mengatakan persetujuan dengan usul ini melalui mesej dalam ‘chatbox’ Google
Meet ini. YDP maklumkan para waris boleh bangkitkan dalam hal-hal lain jika ada
pandangan berkaitan usul ini. Pihak PIBG hendak persetujuan bersama kerana
melibatkan kewangan. Pihak PIBG dan Guru Besar akan cuba mencari
sumbangan-sumbangan lain. Minumum RM30.00 untuk seorang murid dan akan
dimaklumkan dari masa ke semasa.
14
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
8.6 Usul/Cadangan 6: Mohon kerjasama waris mengajar atau menghantar anak-
anak mengaji Al-Quran kerana didapati terlalu ramai murid masih tidak dapat
menguasai bacaan tersebut dengan baik.
8.6.1 Usul ini telah dicadangkan oleh Ustazah Nooraini mewakili Panitia Pendidikan
Islam.
8.6.2 YDP memaklumkan usul ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Agung PIBG.
8.6.3 Ustazah Nooraini memaklumkan masih ramai murid SKST yang masih belum
menguasai Al-Quran dengan baik terutama murid tahun 6. Daripada 82 orang
murid tahun 6, seramai 22 orang murid yang masih membaca Iqra.
8.6.4 Untuk makluman waris, panitia Pendidikan Islam telah menjalankan program
mentor mentee bacaan Iqra bermula pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi. Setakat ini
hanya 2 orang yang baru mencapai bacaan Al-Quran. Ustazah Nooraini
memohon kepada waris yang mendengar dan juga sampaikan kepada waris-
waris yang lain untuk menitikberatkan berkaitan dengan bacaan Al-Quran
tersebut.
8.6.5 Bagi Tahun 1 kelas akhir, masih ramai yang membaca Iqra 1 dan belum mengenal
huruf. Minta waris menitikberatkan bacaan Al-Quran.
8.6.6 Pn. Nooraini memaklumkan ada kelas akhir dijalankan kelas bimbingan tetapi
ada murid yang tidak hadir atau hadir lewat. Panitia tidak dapat membantu
untuk kemajuan atau peningkatan Al-Quran kerana kehadiran yang lewat dan
pada kelas Tasmik tetapi murid tidak hadir. Ustazah Nooraini mengucapkan
terima kasih kerana memberi peluang untuk meluahkan berkaitan dengan
bacaan Al-Quran anak-anak SKST.
8.6.7 YDP memaklumkan apabila berlaku pandemik ini, banyak kelas Al-Quran dan
guru-guru AlQuran menghadkan proses pembelajaran. Namun apabila bermula
sesi persekolahan, nampak anak-anak agak ketinggalan. YDP bersetuju dan
mengatakan di peringkat PIBG juga akan mengambil tindakan untuk memastikan
anak-anak mendapat sistem pendidikan Al-Quran di rumah dan yang
berdekatan.
8.6.8 YDP menyeru kepada semua waris supaya jangan pandang enteng kepada
perkara ini kerana Al-Quran merupakan asas kepada anak-anak dan kita semua.
YDP harap semua waris dapat mengambil tindakan yang paling atas kerana jika
anak-anak tertinggal sistem belajar Al-Quran, kita tidak tahu bagaimana mereka
untuk belajar dengan keadaan semasa ini.
15
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
8.7 Usul/Cadangan 7: Meminta para waris mematuhi peraturan laluan parkir
kereta yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ini bertujuan untuk
mengelakkan daripada berlaku kesesakan ketika waktu puncak (murid pulang)
serta untuk menjaga keselamatan murid-murid SKST. Bertimbang rasa dan
tidak mementingkan diri sendiri.
8.7.1 Usul ini telah dicadangkan oleh Unit HEM SKST.
8.7.2 YDP memaklumkan telah dibincangkan dalam Mesyuarat AJK PIBG sebelum ini.
8.7.3 Guru Besar memaklumkan cadangan daripada pihak sekolah sendiri sebagai
kempen ‘Sekolahku SEJAHTERA’. Salah satu elemen Sekolah Sejahtera iaitu
sekolah selamat. Harap waris bertimbang rasa dan mematuhi arahan yang
diberikan oleh pengawal keselamatan untuk mengarahkan waris untuk
meletakkan atau menunggu anak-anak ditempat yang telah tidak ditetapkan.
8.7.4 Untuk makluman semua waris, SKST istimewa kerana sekolah masih lagi
membenarkan waris masuk ke dalam kawasan sekolah. Sekolah lain hanya boleh
menghantar anak di luar pintu pagar. Pihak sekolah perhatikan terutama waktu
pulang dan pihak sekolah harap waris dapat bertimbang rasa dan tidak
mementingkan diri sendiri.
8.7.5 Pihak sekolah juga akan memastikan anak-anak berada pada situasi yang
selamat. Murid akan beratur dan menuju ke khemah dan hanya menunggu waris
datang. Murid akan dibenarkan untuk melintas di kawasan melintas laluan kaki
sahaja. Banyak berlaku pada hari Jumaat. Pihak sekolah berharap para waris
dapat memastikan sekolah berada dalam selamat.
8.7.6 YDP memberi respon berkaitan dengan isu ini iaitu di SK. Tasek Permai dan SK
Bandar Tasek Mutiara, waris tidak dibenarkan masuk langsung ke kawasan
sekolah untuk menghantar anak. Tapi situasi ini tidak berlaku di SKST dengan
suasana jalan raya yang besar. Ada sedikit ruang untuk para waris masuk ke
kawasan sekolah walaupun YDP beberapa kali dibagi pandangan oleh pihak
sekolah supaya kurangkan waris masuk ke kawasan sekolah supaya tidak berlaku
masalah kesesakan ketika menghantar murid. Pada satu masa, apabila padang
becak, PIBG cari duit dan cari tanah untuk tambah di kawasan beach untuk
pastikan waris dapat mengambil anak seperti biasa.
8.7.7 Pada masa kini setelah kelonggaran diberikan, YDP meminta para waris untuk
hormat pihak sekolah dan waris lebih berdisiplin serta mengikut peraturan yang
telah ditetapkan. YDP meminta waris menghormati pengawal keselamatan dan
sekolah telah memberi mandat kepada pengawal keselamatan supaya laluan
keselamatan di sekolah dibantu juga oleh pengawal keselamatan.
16
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
8.7.8 YDP minta kepada semua waris untuk memperingatkan kepada waris yang lain.
Minta juga para waris menghargai kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak
sekolah dan YDP tidak mahu ada apa-apa masalah. Dalam mesyuarat AJK
sebelum ini, pihak HEM telah menyebut tentang masalah ini. YDP memohon
untuk waris mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah untuk
memudahkan pengurusan dan tidak berlaku kesesakan di kawasan sekolah.
9. PEMBUBARAN AJK PIBG TAHUN 2021 DAN PELANTIKAN AJK PIBG TAHUN 2022
9.1 Pengerusi mesyuarat Encik Mohd Norhiesam bin Ismail mengumumkan bahawa
AJK PIBG bagi tahun 2021 dibubarkan secara rasmi dan membuka lantikan baru
bagi sesi 2022.
9.2 Guru Besar selaku penasihat PIBG telah dilantik sebagai pengerusi sementara
bagi mengendalikan pemilihan dan pelantikan AJK yang baharu.
9.3 Pihak sekolah telah menyediakan Google Form undian untuk waris membuat
pemilihan sama ada untuk mengekalkan atau membuat pelantikan AJK yang
baharu bagi sesi 2022-2023 sebelum mesyuarat Agung PIBG diadakan.
9.4 Melalui keputusan undian dalam Google Form, ada pencalonan baru bagi
jawatan YDP, NYDP dan juga AJK waris.
9.5 Guru Besar menyerahkan acara pengundian kepada En. Hazim Syahmi untuk
mengendalikan undian pemilihan jawatan baharu menggunakan Polls yang ada
dalam Google Meet. Boleh klik link dan undi serta boleh lihat secara langsung
keputusan undian.
9.6 Untuk jawatan AJK waris juga ada pencalonan baharu dan keputusan tidak akan
dibuat undian. Seramai 16 orang telah dicalonkan dan En. Hazim Syahmi telah
menapis mengikut kekerapan nama yang keluar. Seramai 9 orang nama telah
dikenalpasti mengikut kekerapan undian. Untuk undian YDP dan NYDP, En.
Hazim Syahmi memanggil nama dan jika calon juga tiada pada masa ini, nama
calon tersebut akan digugurkan. Undian melalui Polls ini diberikan masa selama
15 minit untuk waris membuat undian.
9.7 En. Hazim Syahmi memaklumkan pihak sekolah bergerak ke hadapan dan dalam
proses untuk memanfaatkan penggunaan ICT di sekolah. Dalam proses
pengundian pencalonan jawatankuasa PIBG, pihak sekolah telah mengeluarkan 1
kaedah pencalonan di mana para waris boleh mencalonkan nama-nama calon di
dalam Google Form yang disediakan. Hasil semakan borang, seramai 54 orang
guru dan waris mencadangkan beberapa nama bagi jawatan-jawatan yang
dipertandingkan.
17
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
9.8 Melalui keputusan undian ini, jawatan YDP masih diketuai oleh En. Mohd
Norhiesam, NYDP pula diberikan mandat kepada En. Battiar Bin Tause. Bagi
pemilihan AJK waris pula ada lantikan baharu.
9.9 YDP meminta pandangan tentang nama-nama calon AJK Waris sama ada perlu
disahkan pencalonan atau diteruskan mengikut nama yang tertinggi. En. Hazim
mengatakan untuk pengesahan, jika calon dipanggil dan tiada dalam mesyuarat
ini secara automatik nama calon akan digugurkan.
9.10 Bagi lantikan AJK Guru, Guru Besar memaklumkan jawatan AJK Guru masih
dikekalkan seperti tahun lepas.
Setiausaha : Cik Noordiana binti Rashid
Bendahari : En. Rosfanizam bin Abu Seman
AJK Guru : En. Rosli bin Abdul Rahim
: En. Mohd Shahril bin Abu Bakar
: Pn. Syahida binti Saad
: Pn. Siti Zalwaniza binti Wan Chek
: Pn. Noor Shakila binti Mahamad Sukri
9.11 Keputusan lantikan YDP, NYDP dan AJK Waris sesi 2022-2023
YDP : En. Mohd Norhiesam bin Ismail
NYDP : En. Battiar bin Tause
AJK Waris : En. Azhar bin Abdul Razak
: En. Ishak bin Zakaria
: En. Zaidi bin Abu
: En. Shamsul Fahmi bin Saharom
: En. Mokhtar bin Kassim
: Pn. Nor Shuhada binti Shukor
: Pn. Sazuliana binti Sazalee
: Pn. Hasdatul Marni binti Abu Hasan
9.12 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada YDP, NYDP dan AJK baharu yang telah
dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas untuk kecemerlangan sekolah ini.
Perkara yang baik dijadikan teladan untuk kecemerlangan anak-anak SKST ke
peringkat yang lebih tinggi.
18
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
10. PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN
10.1 YDP mencadangkan En. Mohd Amin Bin Saad dilantik sebagai juru audit waris.
Disokong oleh Guru Besar.
10.2 Guru Besar memaklumkan jawatan juru audit guru masih dikekalkan iaitu Pn.
Zaidatul Ana Binti Ngah.
11. HAL-HAL LAIN
11.1 YDP mencadangkan kutipan sumbangan PIBG bagi sesi 2022-2023 dikekalkan
seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM50.00 bagi 1 keluarga. Puan Nur Shuhada
Binti Abdul Aziz menyokong dan bersetuju untuk mengekalkan kutipan
sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 bagi 1 keluarga. Puan Hasdatul Marni Binti
Abu Hasan mengesahkan sokongan cadangan kutipan sumbangan sebanyak
RM30.00 ini.
11.2 Semua waris bersetuju sebulat suara mengekalkan kutipan sumbangan PIBG
sebanyak RM50.00 untuk 1 keluarga bagi tahun 2022-2023.
11.3 Pihak sekolah akan memaklumkan tentang kutipan kepada waris apabila telah
mendapat kelulusan daripada pihak JPN.
11.4 Puan Safiah Binti Abdul Rahman bertanyakan tentang majlis bacaan Yasin sama
ada masih diteruskan atau tidak. Guru Besar memaklumkan majlis bacaan Yasin
dijalankan pada pagi Isnin kerana masih belum dijalankan perhimpunan. Pihak
sekolah akan berbincang sama ada dijalankan pada pagi Jumaat atau bergilir
pada pagi Isnin.
11.5 En. Husni meminta pandangan PIBG untuk memaklumkan dan semak semula
tentang usul dan cadangan yang lama sama ada telah dilaksanakan atau belum.
Mohon dalam mesyuarat untuk maklumkan kepada waris apa tindakan yang
telah dibuat berkenaan usul yang lama. YDP akan ambil perhatian dan maklum
tentang perkara ini. YDP memaklumkan akan menyemak cadangan-cadangan
lepas dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK yang pertama
nanti.
11.6 Penyelaras Tahun 6 iaitu En. Hazim Syahmi meminta kebenaran dan persetujuan
daripada para waris untuk membenarkan pihak sekolah mengutip bayaran bagi
menampung program tahun 6 sesi 2022/2023 yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. Anggaran bayaran bagi seorang murid antara RM50.00-RM250.00.
11.7 Semua waris bersetuju sebulat suara dengan cadangan ini dan memberi
persetujuan kepada pihak sekolah untuk mengutip bayaran bagi program tahun
6 yang akan dijalankan.
19
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
11.8 En. Battiar selaku NYDP baharu memperkenalkan diri. Beliau berasal dari Sabah
dan isteri beliau adalah orang Tasek. Beliau bertugas di Jabatan Pendidikan
Negeri Pulau Pinang. Beliau mengucapkan terima kasih kerana waris memilih
beliau sebagai NYDP yang baharu bagi sesi 2022-2023. Beliau akan memberikan
sokongan dalam setiap program atau aktiviti yang dilaksanakan di SKST. Beliau
juga meminta kerjasama daripada semua waris.
11.9 YDP mengucapkan terima kasih kepada waris kerana masih lagi memiih dan
mengekalkan beliau sebagai YDP PIBG bagi sesi 2022-2023. Mengalu-alukan
kehadiran En. Battiar dalam jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022-2023 ini.
Komitmen En. Battiar dialu-alukan dalam PIBG sekolah.
12. UCAPAN PENANGGUHAN
12.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada En. Battiar selaku NYDP dan semua
AJK baharu yang dilantik bagi sesi 2022-2023 ini. Ucapan terima kasih juga
kepada semua waris yang dapat menunggu sehingga sekarang untuk sama-sama
membincangkan tentang perkembangan yang berlaku di sekolah.
12.2 Guru Besar juga mengalu-alukan pandangan ataupun idea daripad pihak waris
jika perlu supaya dapat berhubung secara individu kepada Guru Besar atau
mana-mana pentadbir. Jika ada pemasalahan di luar, harap dapat maklumkan
kepada kami untuk pihak sekolah selesaikan.
12.3 Ucapan syabas dan tahniah kepada waris yang dapat hadir dalam mesyuarat
petang ini dan Guru Besar mengucapkan berbanyak terima kasih dan semoga
sekolah kita akan bergerak ke arah yang berlandaskan kepada apa yang kita
inginkan serta hala tuju yang telah ditetapkan dan yang paling penting adalah
anak-anak SKST dapat memperolehi ilmu serta mencapai kecemerlangan dalam
bidang pendidikan.
12.4 YDP mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada waris yang hadir mesyuarat
petang ini. Seramai 120 orang yang dapat bersama-sama dalam mesyuarat ini.
PIBG tahun ini akan bergerak agresif kerana niat, azam dan semangat kita adalah
memastikan SKST sebagai sekolah transformasi berada di tahap yang terbaik.
Pihak PIBG dan waris masing-masing ada komitmen dan keupayaan untuk
membantu sekolah. Selaku YDP dan jawatankausa PIBG yang baharu ini akan
memastikan hasrat dan aspirasi pihak sekolah akan dapat diselaraskan dengan
sebaiknya.
20
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 49 ditangguhkan pada pukul 5.26 Petang
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………………… ………………………………………………….
(NOORDIANA BINTI RASHID) (MOHD NORHIESAM BIN ISMAIL)
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK. Seri Tasek. SK. Seri Tasek.
21
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK
PENYATA TERIMAAN & PERBELANJAAN (1 JANUARI - 31 DISEMBER 2022)
RM RM
Baki tunai di Bank pada 1 Januari 2022 2,107.72
Baki di Tangan pada 1 Januari 2022 215.00
TAMBAH TERIMAAN :
Sumbangan PIBG 2022 15,050.00
Tabung Dana Luar Transformasi Pendidikan Sekolah 800.00
Tabung CSR / Zakat Fisabilillah 32,415.00
Kedai Buku 2,174.50
Karnival Usahawan & Stem 7,524.00
Komisyen PTPTN 5.50
JUMLAH TERIMAAN 57,969.00
JUMLAH KESELURUHAN 60,291.72
TOLAK PERBELANJAAN :
Perbelanjaan PIBG Tahun 2022
A. Bidang Kurikulum 3,193.00
B. Bidang Hal Ehwal Murid 2,234.00
C. Bidang Ko-Kurikulum 5,720.00
D. Program PIBG / Pengurusan / Kedai Buku 3,817.90
E. Tabung CSR / Zakat Fisabilillah 27,281.20
F. Caj Pengendalian Bank / Yuran Buku Cek 113.25
22
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
JUMLAH PERBELANJAAN 42,359.35
Baki akhir pada 31 Disember 2022 17,932.37
KUNCI KIRA-KIRA BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
BIL BUTIRAN AMAUN
01. Pendapatan & Perolehan RM 60,291.72
02. Perbelanjaan RM 42,359.35
BAKI RM 17,932.37
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :
EN. ROSFA NIZAM BIN ABU SEMAN EN. MOHD NORHIESAM BIN ISMAIL
Bendahari PIBG SKST Yang DiPertua PIBG SKST
Diperiksa Oleh :
EN. MOHD AMIN BIN SAAD PN. ZAIDATUL ANA BINTI NGAH
Juruaudit I PIBG SKST Juruaudit II PIBG SKST
23
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022
Bil Aktiviti Bulan Dilaksanakan
1. Hari Anugerah Kecemerlangan 2022 Mac
2. Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2022 Jun
3. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 2022 Julai
4. Pembelian Alatan Tambahan Kriket Julai
5. Program Peningkatan Kemahiran Asas 3M Julai
6. Temasya Sukan Tahunan 2022 Ogos
7. Program Auto PSS Ogos
8. Majlis Persaraan Pn. Che Tom September
9. Kejohanan Kriket MSSSM September
10. Program Karnival STEM 2022 November
11. Pertandingan Kebersihan Kelas 2022 Disember
12. Pertandingan Petrosains RBTX Challenge Disember
13. Jamuan Pertandingan Kawad Kaki 2022 Disember
24
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2023
Bil Aktiviti Bulan Dilaksanakan
14. Majlis Perpisahan Pn. Hjh. Haslina dan En. Adrian Sani Januari
15. Program Kem Jati Diri Tahun 6 Januari
16. Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 Januari
17. Tabung Hari Usahawan Februari
18. Majlis Perpisahan Pn. Rasidah (PK HEM) Februari
19. Program Datang Awal 2023 Mac
20. Program Orientasi Tahun 1 2023 Mac
21. Majlis Perpisahan Pn. Rohalina dan Pn. Zaleha April
22. Program Pembukaan Sekolah Akademik April
23. Sumbangan Duit Raya 2023 Mei
24. Program Penanda Aras Guru-Guru Bahasa Inggeris ke SK. Mei
Minden Height
25
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
SENARAI USUL/CADANGAN 2023
BIL USUL/CADANGAN NAMA WARIS
1. Wujudkan buku agenda hari untuk anak-anak mencatat kerja En. Adrian Sani Bin
rumah harian bagi memudahkan waris memantau kerja rumah Sahimi
anak-anak.
2. Status usul loker simpanan buku seperti mesyuarat sebelum En. Haikal Mohd Sobri
ini.
3. Saya cadangkan diadakan kutipan derma pada setiap hari En. Abdul Yazid Bin
ataupun secara mingguan untuk membantu golongan yang Abdul Halim
tidak berkemampuan untuk sama-sama menikmati fasaliti dan
kemudahan yg telah disediakan kepada semua murid-murid
ataupun boleh digunakan untuk membantu membiayai yuran
sekolah bagi golongan yang tidak berkemampuan. Dengan
cara ini kita dapat mendidik anak-anak untuk bersifat ikhsan
dan ianya dapat membentuk generasi yang memberi daripada
menerima.
4. Buat bumbung laluan lalu lintas budak melintas. Pn. Hasdatul Marni
Binti Abu hassan
5. Motivasi galakan belajar di Sekolah Berasrama (cth.SBP atau Pn. Zurianty Binti
MRSM) untuk pelajar-pelajar tahun 5-6. Othman
6. Untuk aktiviti seperti bola sepak, kriket atau bola baling, Saya Pn. Siti Noor Binti
cadangkan buat hari Rabu atau Jumaat. Tidak mengganggu Yahaya
waktu Isnin, Selasa dan Khamis bagi yang mengikuti kelas
kafa. Jika dibuat waktu sesi kafa anak-anak akan ketinggalan
pelajaran terutama bagi tahun 5 yang akan menduduki UPKK.
Sekadar cadangan.
7. Beg Berat. Pn. Nina Azurin Binti
Saayah
26
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
SENARAI USUL/CADANGAN 2023
BIL USUL/CADANGAN NAMA WARIS
8. 1.Unit Hem mencadangkan untuk meletakkan Tabung Pn. Ruzaini Binti Abd
sumbangan Ikhlas( khas pembangunan dan Hal ehwal murid) Rashid
pada setiap hari jumaat selepas waktu rehat.
9. Pantau makanan di kantin sekolah, kualiti dan harga yang En. Mohd Faizal Bin
sesuai dengan sekolah rendah. Abdul Latiff
10 1. Memperkasa sumber pendapatan PIBG melalui Daya En. Mohamad Nor
Tindak pencarian Dana CSR bagi membantu pembelajaran Suhaili Bin Jamali
murid,keceriaan sekolah dan kemudahan infra murid.
2. Menyediakan kemudahan smart TV di semua kelas.
3. Menyediakan tambahan smart board di Bilik Khas.
4. Memberi sumbangan penghargaan kepada semua murid
yang mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan sebanyak RM
50.00 dan memperolehi tempat 1 hingga 3 sebanyak RM 100.
11. Jika ada latihan atau kerja sekolah untuk murid, Cikgu boleh Pn. Noor Salfarina
kongsikan dalam group. Contohnya murid tidak hadir ke Binti Kor Mohd
sekolah sebab kesihatan (demam). Waris di rumah boleh
membantu mengajar murid tersebut menyiapkan kerja sekolah
yang diberi oleh cikgu.
12. Mohon maklumkan tarikh-tarikh penting semasa En. Mohammad Aizam
ujian/peperiksaan dilakukan di sekolah di dalam group Bin Mohd Noor
whatsapp kelas. Kalau sudah lakukan sebelum ini. Maaf andai
saya terlepas pandang.
27
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK SERI TASEK
SESI 2023/2024
Jawatan Nama
Penasihat Puan Nor Hasimah Binti Mat Jawi
Yang Dipertua PIBG
Naib Yang Dipertua PIBG
Setiausaha
Bendahari
AJK Waris (Kg Padang Lalang)
AJK Waris ( Kg Seberang Tasek)
AJK Waris (Kg Tasek Chempedak)
AJK Waris (Taman Tasek Maju)
AJK Waris (Kg Balik Bukit / Junjung)
AJK Waris (Taman Puteri Gunung)
AJK Waris (Kuala Tasek)
AJK Waris (Tambahan)
AJK Waris (Tambahan)
AJK Waris (Tambahan)
AJK Waris (Tambahan)
AJK Guru
AJK Guru
AJK Guru
AJK Guru
AJK Guru
Juruaudit Dalaman I (Waris)
Juruaudit Dalaman II (Guru)
28
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 50 2023
SEKALUNG PENGHARGAAN
Jawatankuasa PIBG merakamkan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada
semua yang terlibat dengan majlis ini sama ada
secara langsung atau tidak dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 terutama
kepada:
En. Mohd Norhiesam Bin Ismail
( Yang Dipertua PIBG SKST )
Guru Besar SKST
Barisan Guru Penolong Kanan
Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50
Ibu Bapa/ Penjaga
dan murid-murid
Semoga segala jasa dan sumbangan yang telah tuan/puan
berikan akan mendapat rahmat dan
keberkatan dari Yang Maha Esa.
29