TENTANG
BULAN
Bulan Bintang
Bumi Bintang A
Bintang B
Bintang-bintang lain tidak suka Encik Bintang berkawan
dengan Encik Bulan. Jadi, bintang-bintang telah berbincang
untuk memisahkan Encik Bulan dan Encik Bintang.
Encik Bintang mempercayai bintang-bintang tersebut.
Encik Bintang berasa marah terhadap Encik Bulan.
Setelah beberapa hari, Encik Bulan berasa aneh kerana Encik
Bintang tidak lagi datang untuk bermain dengannya. Lalu, Encik
Bumi muncul dan memberitahu kepada Encik Bulan akan
perbuatan jahat bintang-bintang tersebut.
Encik Bulan dan Encik Bumi terus bergegas ke rumah Encik
Bintang untuk menjelaskkan perkara sebenar.
Encik Bintang amat kesal akan perbuatan bintang-bintang lain
yang memfitnah sahabat baiknya dan ingin menghukum
mereka. Akan tetapi, dengan kebaikan dan belas kasihan Encik
Bulan, dia memaafkan bintang-bintang tersebut.