i
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG DERMIN
16150 KOTA BHARU, KELANTAN. TEL:
09-7652955 FAX: 09-7642612
Email: [email protected]
URL blog : http://skgongderminkb.blogspot.com
Rujukan Kami : SKGD 100-9/4 (39 )
Tarikh : 17 OKTOBER 2021
Semua Ibu Bapa / Penjaga ,
SK Gong Dermin ,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tuan / Puan ,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK GONG DERMIN KALI KE 39 SESI 2021 / 2022
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Oktober 2021 ( Jumaat )
Masa : 4.00 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Pelantar : Google Meet
https://meet.google.com/bfx-nhwc-mxx
3. Tuan hendaklah mendaftar kehadiran ke mesyuarat ini melalui pautan
https://forms.gle/F3RfXyUznHvRatmg9 . Pendaftaran akan dibuka mulai jam 3.00 petang 29 Oktober 2021
4. Sebarang usul boleh dikemukakan melalui pautan https://forms.gle/nx6pZ45TnuJgKrYX7 tidak lewat
daripada tarikh 23 Oktober 2021 ( Sabtu).
5. Kehadiran dan kerjasama tuan amatlah dialu-alukan serta diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………………
….. (Hj. Che Adinan bin Hj. Ghani ) Yang
Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin.
s.k : Fail
1
2 October 29,
2021
MESYUARAT AGUNG PIBG SKGD KAL;I KE 39 SESI 2021/2022
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39
3.00 PETANG : PENDAFTARAN IBU BAPA SECARA ONLINE
https://meet.google.com/ bfx-nhwc-mxx
4.00 PETANG MAJLIS BERMULA:
Bacaan doa
( Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Nawawi )
Ucapan Aluan dan Pelaporan Guru Besar (Ybrs Puan Norhasni bt Ismail )
Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG (Ybrs Tn Hj Che Adinan bin Che
Ghani )
Ucap Utama Perasmian oleh :
Ybrs Encik Rusli bin Hasbullah Penolong PPD
Unit Menengah & Tingkatan 6 Sektor Pengurusan Sekolah PPD
Kota Bharu
4.30 PETANG
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 BERMULA:
1- Ucapan YDP PIBG SKGD
2- Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38
3- Membincangkan dan membahaskan perkara-perkara berbangkit
4- Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhr pada 31/12/2020
5- Membentang dan membahaskan usul-usul yang diterima
6- Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020
7- Pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2022
8- Ucapan Penangguhan
5.30 PETANG
MAJLIS DIJANGKA TAMAT
2
3
KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG SKGD KOTA BHARU, KELANTAN.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua, kita dapat berkumpul di kediaman masing-
masing bagi melaksanakan kewajipan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKGD kali ke 39 tahun 2021 ini.
Terlebih dahulu belum terlambat untuk saya mewakili PIBG SKGD ingin mengucapkan selamat datang dan
terima kasih kepada En Rusli b Hasbullah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu ( Unit Menengah
dan Tingkatan 6) kerana sudi hadir secara maya bagi merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke 39.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang meluangkan sebahagian
masa tuan/puan yang sangat berharga dalam masa dan saat yang getir Ketika negara kita masih berusaha
melawan covid 19 untuk berbincang didalam MAT PIBG SKGD demi kelangsungan pendidikan anak-anak
kita walaupun masih menggunakan kaedah PDPR. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada AJK PIBG,
para pentadbir dan semua warga SKGD yang tidak pernah merasa jemu dan bosan dalam mendidik walaupun
secara dalam talian demi anak-anak kita semua untuk tidak ketinggalan dalam masa sukar ini.
Seperti biasa saya sebagai YDP PIBG SKGD bagi sesi 2020 menyeru ibubapa / penjaga sekelian agar
menggunakan kesempatan dan peluang pertemuan pada hari ini untuk melontarkan buah fikiran yang bernas
demi meningkatkan keberkesanan PIBG, seterusnya meringankan bebanan sekolah dalam memajukan anak-
anak kita semua.Walaupun dalam masa yang sukar ini.
Akhir kata, marilah sama-sama kita berdoa agar negara kita cepat bebas daripada wabak covid yang
sangat menakutkan dengan kesepakatan,cambahkan idea yang bernas , berkorban tenaga, usaha dan wang
ringgit untuk kemajuan dan kesejahteraan masa hadapan anak-anak kita nanti. Anak-anak adalah harta kita di
masa hadapan. SELAMAT BERMESYUARAT DARI RUMAH MSING-MASING.
Sekian. terima kasih
…………………………………….
(Tn. Haji Che Adinan b. Haji Ghani)
Yang Dipertua PIBG
SKGD
3
4
SEKAPUR SIREH
Guru Besar Sk Gong Dermin
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpahan kurniaNya, kita pada
tahun ini dalam sejarah MAT PIBG kita tidak dapat berkumpul di Dewan Sri Dermin sepertimana kebiasaaan
untuk bermesyuarat secara bersemuka akibat penularan wabak covid 19 yang entah bila akan berakhir dan saya
terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran para ibubapa dan penjaga dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
kali yang ke 39 secara dalam talian (google meet).
Saya sebagai Guru Besar yang memasuki tahun ke 4 bertugas di sekolah ini sangat merasa gembira
kerana dapat bersama tuan puan didalam majlis perasmian dan mesyuarat agung tahunan PIBG SKGD.Dalam
pertemuan yang sangat bermakna ini,saya juga ingin gunakanlah kesempatan ini untuk sama-sama berbincang
cara yang terbaik untuk memajukan sekolah kita ini kepada yang lebih baik.Ini dapat dilihat dengan
kemajuan,keindahan, keceriaan sekolah dan sebagainya. Inilah platform yang terbaik untuk tuan-tuan dan
puan-puan mengutarakan idea-idea yang bernas untuk meningkatkan kecemerlangan SKGD di samping
berlapang dada dalam menangani sebarang masalah yang timbul, seterusnya dengan kerjasama yang erat
antara pihak sekolah dan ibu bapa akan memacu sekolah ini kearah pencapaian yang lebih hebat.
Setiap orang mahukan kejayaan namun ia tidaklah mudah. Kejayaan memerlukan usaha yang
berterusan, ketabahan dalam menghadapi cabaran serta sokongan padu para ibu bapa dan penjaga.Sokongan
padu PIBG khasnya YDP dan para ahli jawatankuasa yang lain menjadi pendorong yang amat bermakna
kepada tenaga pengajar SKGD untuk merealisasikan segala cita-cita tersebut menjadi kenyataan.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Rusli bin Hasbullah
(Penolong PPD Unit Menengah dan Tingkatan 6) kerana sudi untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG SKGD kali ke 39 pada petang ini. Ini memberikan satu semangat dan inspirasi dan motivasi baru untuk
kita terus memajukan anak-anak kita, masyarakat, negeri, negara dan agama kita.
Sekian, terima kasih
…………………………………
(Pn Norhasni bt Ismail )
Guru Besar SKGD
4
5
KERTAS PERINGATAN PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU KALI KE 38
TARIKH : 19.02.2020
MASA : 03.10 PETANG
TEMPAT : DEWAN SRI DERMIN,
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG DERMIN,KOTA
BHARU,KELANTAN
1. Ucapan alu-aluan oleh Yang Di Pertua (Tn.Hj Che Adinan b Hj Ghani ) :
- Mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli dan Yang Berbahagia Dato’ Ustaz Haji Fauzi b Muhamad (Ketua
Parti Amanah Kubang Kerian) dan rombongannya pada Mesyuarat Agung kali ini.
- Beliau merasakan kehadiran Ustaz Haji Fauzi b Muhamad dalam Mesyuarat agung PIBG dan penyampaian
Bantuan awal persekolahan akan memberi satu rahmat yang besar kepada PIBG dan seluruh warga SKGD.
- Mengucapkan tahniah dan terharu dengan kehadiran ibubapa yang amat memuaskan ini bererti ibu bapa
sentiasa menyokong aktiviti persatuan.Dan juga menunjukkan keperihatinan terhadap perkembangan anak-
anak dan sokongan padu kepada semua kegiatan persatuan dan sekolah amnya.
- Sekolah SKGD masih berupaya dapat mengekalkan prestasi yang agak baik dalam kedudukan dalam
PPDKB.
- Mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kepimpinan Pn Guru Besar kerana kecemerlangan dapat
mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga ko kurikulum.
- Menyeru ibubapa supaya dapat meningkatkan lagi persefahaman dan permuafakatan dengan memberi
sumbangan ikhlas kepada Persatuan dan Alumni sekolah. Untuk mengerakkan kegiatan persatuan.
- Sebagai peringatan saya berharap agar ibu bapa dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah.
- Sekiranya terdapat sebarang masalah hendaklah duduk berbincang dengan baik tanpa ada sebarang
kesusahan dan sebagainya.
Akhirnya saya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa semua.
5
6
2. Ucapan Aluan oleh Tuan Guru Besar ( Pn Norhasni bt Ismail ) :
- Mengucapkan salam dan syukur kepada Allah SWT serta mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Ustaz
Haji Fauzi b Muhamad (Ketua Parti Amanah Kubang Kerian) para ibubapa yang sentiasa melapangkan masa
demi kepentingan pendidikan anak-anak dan juga untuk majlis ini.
- Merakam ucapan terima kasih kepada AJK PIBG dari kalangan ibu bapa dan guru serta semua warga
SKGD yang sama-sama hadir pada petang ini.
- Beliau menerangkan hari ini juga akan diagihkan bantuan awal persekolahan.
AKADEMIK :
Pada kesempatan ini dimaklumkan bahawa kepada semua ibubapa /penjaga setelah UPSR dimansuhkan maka
fokus Akademik tertumpu kepada PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan pemulihan untuk semua murid.
Pengukuran tahap boleh dilihat melalui MTM (Menguasai tahap minimum) atau BMTM (Belum menguasai
tahap minimum) pada skor 3 hingga 6.
Pihak sekolah menggalakkan ibubapa sentiasa datang berbincang dengan pihak sekolah terutamanya guru-guru
subjek untuk mengetahui kedudukan anak masing-masing..
HEM :
Ingin memaklumkan kepada semua ibubapa walaupun sentiasa diulang agar dapat memastikan kehadiran
anak-anak ke sekolah selepas pandemik covid 19 untuk mencapai sasaran 96% kehadiran.Ibubapa diminta
tegas dengan kedatangan anak ke sekolah.
KOKURIKULUM :
Pada 2020 pencapaian Kokurikulum berada pada sederhana disebabkan PKP dan pertandingan tdak dapat
dianjurkan.
Ibubapa diminta terus menyokong pembabitan anak dalam semua aktiviti kokurikulum tanpa mengabaikan
kurikulum.
Akhir kata terima kasih kepada semua yang hadir.
6
7
3. Ucapan dan Perasmian oleh Yg Berbahagia Tn. Haji Fauzi b Muhamad (Ketua Amanah Kubang
Kerian) :
- Mengucapkan salam dan bersyukur kerana dijemput untuk menghadiri majlis ini.
- Menyarankan agar PIBG dan sekolah lebih akrab di dalam semua aktiviti dan program kerana Islam
mengajar umatnya bersatu demi kebaikan ummah.
- Walaupun SKGD berada di luar bandar tetapi masih mampu mendapat keputusan yang cemerlang ini
membuktikan jarak dan kedudukan bukan penghalang untuk berjaya.
- Ibu bapa sebagai contoh amat terbaik dalam mendidik anak dan memastikan ilmu agama mencukupi bagi
menghadapi kehidupan yang amat mencabar ini.
- Ibubapa diminta sentiasa memahami bahawa kita perlu berusaha untuk menambah saham dunia dan akhirat
antaranya tidak mengabaikan pendidikan terhadap anak-anak termasuk Fardu ain.
- Akhir ucapan beliau mengumumkam menyarankan agar pihak sekolah memohon peruntukan kepada pihak
kerajaan untuk mengisi keperluan PIBG SKGD.
- Dengan lafaz “ Bismillah….” Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 38 pada jam 4.15 petang.
7
8
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 2020
TARIKH : 19.02.2020 (Rabu)
MASA : 3.10 Petang
TEMPAT : Dewan Sri Dermin,
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin,Kota Bharu , Kelantan.
Agenda 1 : Ucapan alu-aluan oleh Yang Di Pertua PIBG
- NYDP mewakili YDP mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ahli yang hadir pada
petang ini untuk mengambil bahagian secara aktif dalam mesyuarat agung kali ke 38 ini.
- NYDP memulakan mesyuarat kerana YDP terperangkap dalam kesesakan jalanraya pulang dari
menghadiri program kecemerlangan SMK Kuala Krai.
- NYDP berharap agar mesyuarat pada petang ini dapat berjalan lancar dan sempurna dalam
suasana muhibah dan professional demi kebersamaan kita di SKGD.
Tindakan : Makluman
Agenda 2 : Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke 35.
- Setiausaha : Membentangkan minit mesyuarat tersebut bermula daripada mukasurat 09 hingga
mukasurat 11.
- Pn Rosnita bt Abdullah : Mencadangkan agar minit mesyuarat agung PIBG kali ke 38 diterima dan
disahkan.
- En Abdullah Zawawi b Hj Wahab : Menyokong.
Minit diterima sebulat suara.
Tindakan : Makluman
Agenda 3 : Membincang dan membahaskan perkara-perkara yang berbangkit.
- Tiada perkara berbangkit.
8
9
Agenda 4 : Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang
Berakhir pada 31.12.2020.
- Bendahari : Membentangkan Penyata Kewangan bagi tempoh
1.1.2020 hingga 31.12.2020
- En Abdullah Zawawi b Hj Wahab : Mencadangkan penyata diterima dan disahkan.
- En Hanafi b Mat min : Menyokong.
Penyata di terima sebulat suara.
Tindakan : Bendahari
Agenda 5 : Membentang dan membahaskan usul-usul yang diterima
1.Dicadangkan oleh Pn Norazlinda bt Mohamad ( 1budi ).
Mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan peralatan seperti baldi dan sabun untuk murid yang keluar ke
tandas.
Keputusan : Pn GB memaklumkan bahawa cadangan itu baik dan pihak sekolah akan menyediakan peralatan
tersebut.
2.Dicadang oleh Mohd Azman b Awang (5 baik)
Mencadangkan agar diphon lampu isyarat melintas dihadapan sekolah.
Keputusan : PIBG akan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memohon dengan pihak JKR Kelantan.
3.Dicadang oleh Pn Siti Norzahrah bt Muhamad (1Amal)
Mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan penutup longkang dan dipasang dikawasan tumpuan murid.
Keputusan : Pihak sekolah akan berusaha untuk membuat penutup longkang secara beransur-ansur kerana
kosnya agak mahal.
9
10
4.Usul yang diputuskan oleh pihak sekolah dan AJK PIBG untuk mengekalkan kadar sumbangan PIBG
RM25.00 perkepala.
Keputusan :
Pn Rosnita bt Abdul Wahab (anak thun 6 amal) mencadangkan agar usul ini diterima sebulat suara.
Pn Rosnani bt Ghazali (anak tahun 2 iman) menyokong.
Diterima sebulat suara.
Agenda 6 : Pembubaran perlantikan AJK PIBG sesi 2020
- YDP mengumunkan pembubaran JK PIBG sesi 2020
- YDP PIBG mengambil alih sebagai pengerusi sementara.
Agenda 7 : Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2020
En Raymod Afandi bin Othman (anak tahun 1 Baik) mencadangkan agar AJK PIBG sesi
2019 dikekalkan untuk tahun 2020 dan mesyuarat dapat dipercepatkan bagi memberi ruang
kepada majlis perasmian.
Pn Zainab bt Che Dollah (anak tahun 2 iman) menyokong.
Majlis mesyuarat menerima sebulat suara.
Agenda 8 : Ucapan penangguhan
1. Yang DiPertua :
Tn Hj Che Adinan b Hj Ghani Mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan sekali lagi memohon
maaf di atas kelewatan kerana terpaksa menyelesaikan program d SMK Kuala Krai.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada AJK PIBG 2019 untuk meneruskan kepimpinan
PIBG bagi tahun 2020.
Sekali lagi YDP memohon maaf kerana mesyuarat pada petang ini tida berlangsung sebagaimana yang
dirancang.
Beliau juga memohon agar sokongan ibubapa tidak berkurangan demi kecemerlangan SKGD.
2. Pn. Guru Besar YBrs. Pn Norhasni bt Ismail mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa
yang hadir hari ini dan beliau berharap agar beliau diberi ruang yang secukupnya untuk memacu SKGD supaya
menjadi sekolah yang terbaik di samping mendapat kerjasama yang jitu daripada ibu bapa semua.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 05.15 petang .
Disediakan oleh :
( Nik Mustapha b Nik Ya )
Setiausaha PIBG Sesi 2020
10
11
PENYATA KEWANGAN PIBG 2020
Bil. Wang terima/masuk Jumlah Bil. Wang keluar Jumlah
1. Baki duit PIBG 2019 RM11,320.22 1. 19.02.2020
2. Mesyuarat Agung PIBG
3. 2019 RM2,700.00
Rujuk Lampiran A RM 2,754.00
05.05.2020 RM 250.00
Bayar Kertas Periksa
LK 1
25.06.2020
Thermometer
4. 18.08.2020 RM 100.00
5. Derma untuk arwah
Jumlah RM11,320.00 Cikgu Ajaha RM 400,00
19.09.2020 RM 6,204.00
Beli barang tangki air
sek dan upah tukang
Jumlah
Jumlah semua ( RM 11,320.22 – RM 6,204.00 = RM 5,116.22 )
Baki wang PIBG setakat 31/12/2020 = RM 5,116.22
Disediakan oleh: Disemak oleh:
……………………………. ……………………………
(Noor Aini binti Muhamad) (Nik Mustapha bin Nik Ya)
Bendahari PIBG SKGD Setiausaha PIBG SKGD
Disahkan oleh, Pemeriksa kira-kira,
…………………………….. ………………………………….
(Hj.Che Adinan bin Ghani) (Wan Zunaidar bt. Wan Ibrahim)
Pengerusi PIBG SKGD
Guru SKGD
11
12
Lampiran A
1. 19.02.2020
Perbelanjaan Mesyuarat Agung kali ke-38 pada
tahun 2020
a) Sagu hati untuk murid RM 210.00
RM 100.00
UPSR 2019 RM 400.00
b) Bakul buah VIP dan RM 490.00
RM 500.00
VVIP RM 600.00
RM 102.00
c) Sagu hati murid KAFA RM 108.00
RM 20.00
2019 (20 org x RM20.00) RM 170.00
d) Persegaran guru dan VIP RM 2,700.00
Jumlah = RM 3,690.00
e) Persegaran ibu bapa
(-) RM 3,578.00
f) Murid BAP Baki RM 112.00
g) Dakwat printer
h) Banner
i) Cikgu Junita
j) Lain-lain
Jumlah
Derma PIBG buat tempat menunggu
12
13
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG DERMIN
16150 KOTA BHARU, KELANTAN
SENARAI AHLI JAWATANKUASA SESSI 2020.
BIL NAMA JAWATAN PROFESION LOKASI CATATAN
SEK GONG
1 PN NORHASNI BT EX-OFFICIO GURU BESAR DERMIN *Lantikan
SEK GONG *Lantikan
ISMAIL DERMIN *Lantikan
SEK GONG *Dipilih
2 EN ISMAHAFIZA BI EX-OFFICIO PEN KANAN 1 DERMIN
SEK GONG *Dipilih
ISMAIL DERMIN *Lantikan
GONG DERMIN *Lantikan
3 PN LIZAINI BT EX-OFFICIO PEN KANAN *Lantikan
KG . CBG TIGA *Lantikan
MAMAT HEM HAJI KASIM *Lantikan
SEK KEB GONG *Lantikan
4 PN JOHAINI BT EX-OFFICIO PEN KANAN DERMIN *Dipilih
SEK KEB GONG *Dipilih
TAHIR KO DERMIN *Dipilih
SEK KEB GONG
5 TN HJ CHE YANG KONTRAKTOR DERMIN *Dipilih
SEK. KEB GONG *Dipilih
ADINAN B HJ DIPERTUA DERMIN *Lantikan
SEK KEB GONG
GHANI DERMIN
SEK KEB GONG
6 EN SHAIFULIZAN NAIB YANG USAHAWAN DERMIN
PONDOK PASIR
BIN ISMAIL DIPERTUA TUMBUH
BINJAI
7 NIK MUSTAPHA B SETIAUSAHA GURU
PONDOK PASIR
NIK YA TUMBUH
8 PN NOORAINI BT BENDAHARI GURU KG. GONG
DERMIN
MUHAMMAD KG. PERADONG
9 EN SYAMSOL AJK (Guru) GURU SEK.KEB. GONG
DERMIN
HAFIZ B YAACOB
10 PN NORASIAH BT AJK (Guru) GURU
MAT SHAHIR
11 EN RUSLI BIN MAT AJK (Guru) GURU
NAWI
12 EN MOHD FAISAL AJK (Guru) GURU
B MOHD NAWAWI
13 PN FARAH BT AJK (Ibubapa) SRT
HASHIM
14 EN ALIAS B AJK (Ibubapa) PESARA ATM
ISMAIL
15 PN SITI AJK (Ibubapa) SRT
NORZAHRAH BT
MOHAMAD
16 EN MUSTAPHA BIN AJK (Ibubapa) SENDIRI
MAT
17 EN ISMAIL B AJK (Ibubapa) Sendiri
YAAKOB
18 PN WAN
ZUNAIDAR BT PEMERIKSA GURU
WAN IBRAHIM KIRA-KIRA
Dipilih : Melalui Mesyuarat Agung mewakili ibubapa/ Penjaga
Lantikan : Perlantikan oleh Guru Besar sebagai wakil sekolah
13
14
CADANGAN USUL UNTUK DIBAHASKAN DALAM MAT PIBG KALI KE 39
1. Dicadangkan oleh Pn Noor Farashahida bt Mohd Fauzi
Anak tahun 1 Budi.
Jangan buka kantin pada waktu pulang dari sekolah kerana murid tidak ikut SOP semasa membeli
Air dan sebagainya.
Keputusan :
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
2. Dicadangkan oleh AJK PIBG 2020
Mencadangkan agar kutipan derma PIBG dikekalkan jumlah RM 25.00 sekeluarga
Memandangkan PIBG SKGD tidak membuat kutipan selama 2 tahun iaitu 2019 hingga 2020.
Keputusan :
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………..
SENARAI AHLI JAWATANKUASA SESI 2021/2022
14
15
Bil. Nama Jawatan Profesion Lokasi Catatan
1. PN. NORHASNI BT ISMAIL EX-OFFICIO GB SKGD
SKGD
2. EN ISMAHAFIZA BIN ISMAIL EX-OFFICIO PKP SKGD
SKGD
3. PN JOHAINI BT TAHIR EX-OFFICIO PKHEM
4. EN KAMAL AZRUL B EX-OFFICIO PKKO
MUHAMAD
5. TN HAJI CHE ADINAN B HJ YDP
GHANI
6. NYDP
EN SAIFULLIZAN BIN ISMAIL
7. SETIAUSAHA
NIK MUSTAPHA BIN NIK YA
8. PN NOORAINI BT MUHAMAD BENDAHARI
9.
10.
11.
12.
13.
14..
15.
16.
17.
18.
Dipilih : Melalui Mesyuarat Agung mewakili ibubapa / penjaga
Lantikan : Perlantikan oleh Guru Besar sebagai wakil sekolah ( guru )
15
16
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39.
TARIKH : 29.10.2021
04.00 PETANG
MASA : KEDIAMAN MASING-MASING (google meet)
EN RUSLI BIN HASBULLAH
TEMPAT : PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA BHARU
(UNIT MENENGAH DAN TING.6)
PERASMIAN OLEH : PN NORHASNI BT ISMAIL (GB)
TN HAJI CHE ADINAN B HAJI GHANI (YDP PIBG)
PENASIHAT : EN ISMAHAFIZA BIN ISMAIL (PKP)
PN JOHAINI BT TAHIR(PKHEM)
PENGERUSI : NIK MUSTAPHA B NIK YA
PN NOOR AINI BT MUHAMMAD
TIM. PENGERUSI 1 :
TIM. PENGERUSI 2 :
SETIAUSAHA :
BENDAHARI :
PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN &PROTOKO
EN SHUKRI B ISMAIL GURU BESAR
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PENOLONNG KANAN HEM
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
YDP PIBG
NYDP PIBG
AJK PIBG SKGD
*PENDAFTARAN
DELIMA googlemeet
EN KAMAL AZRUL B MUHAMAD (PKKO)
EN SHUKERI BIN ISMAIL
DOA
UST MOHD FAISAL B MOHD NAWAWI
BACKDROP
PN JUNITA ANISS BT MOHAMED
DOKUMENTASI /BUKU MESYUARAT PIBG
UST NIK MUSTAPHA B NIK YA
JK PENCATAT MINIT
16
17
1.USTZ WAN SURIATI BT WAN MAHMOOD
2.USTZ NUR BASYIRAH BT ABD JABAR
PENGHARGAAN
UCAPAN TERIMA KASIH DAN MOHON MAAF DIATAS KEKURANGAN UNTUK
YANG BERUSAHA EN ROSLI BIN HASBULLAH
PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
UNIT MENENGAH & TING. 6
TUAN HAJI CHE ADINAN BIN HAJI GHANI
(YDP PIBG SKGD)
PUAN NORHASNI BT ISMAIL
GURU BESAR SKGD
BARISAN AJK PIBG
BARISAN PENTADBIR SEKOLAH
PARA IBU BAPA
PARA GURU
PARA PENJAGA
PARA STAF PEKERJA
PARA HADIRIN DAN HADIRAT YANG HADIR SECARA google meet
JUMPA LAGI……..WASSALAM
AUTOGRAF
i
17