BULETIN
HRAD
JABATAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN
JULAI 2022
PAGE
2
PROGRAM LATIHAN
KESELAMATAN
KEBAKARAN
Pada 27 Februari 2022, satu perbincangan di antara
Ketua Skuad Bomba Pencegah Kebakaran Adabi (SBPKA),
En. Mat Isa Mat Noor dan En. Saedy Anuar, Pengurus
Sumber Manusia bersama Tn. Abdul Aziz Usoff, Ketua
Balai Bomba & Penyelamat Rawang telah dijalankan.
Dalam usaha bagi mencegah kebakaran di premis/kilang
Syarikat, Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
(HRAD) dan Skuad Bomba Pencegah Kebakaran ADABI
(SBPKA) mencadangkan supaya anggota SBPKA dan
kakitangan Syarikat di Unit Penguatkuasaan, HRAD
diberi Latihan Keselamatan Kebakaran oleh Balai Bomba
& Penyelamat Rawang.
Latihan Keselamatan Kebakaran ini telah dijalankan
sebanyak tiga sesi iaitu pada 16 – 17 Mei 2022, 15 – 16
Jun 2022, dan 20 – 21 Julai 2022 dengan jumlah peserta
keseluruhan ialah 54 orang. Latihan ini bukan sahaja
menyentuh aspek pencegahan kebakaran tetapi juga
menyentuh aspek menyelamat nyawa mangsa kebakaran.
Antara topik-topik yang dipelajari ialah Pengenalan
Akta 341, Pengenalan Organisasi Keselamatan Kebakaran
& Sains Kebakaran, Teori Alat Pemadam Api/
Pengenalan Peralatan, Teori & Praktikal Teknik
Menyelamat/MEDIC, serta Praktikal Alat Pemadam Api &
Kawad Operasi.
Kerjasama latihan antara syarikat Adabi dan Balai
Bomba & Penyelamat Rawang ini akan diteruskan dari
semasa ke semasa bagi menambahkan ilmu dan
pengetahuan keselamatan kebakaran dalam kalangan
kakitangan syarikat Adabi.
33P A G E
TIMETEC
REFRESHER !
Date - Pihak HRAD telah menganjurkan
program Timetec Refresher kepada
kakitangan Ppk (HRAD). Tujuan program
ini dijalankan bagi menerangkan cara
penggunaan dan pengendalian sistem
TimeTec kepada kakitangan.
Zero TPROGRAM ardiness
21 Julai 2021 - Program Zero Tardiness ini telah
dijalankan kepada jabatan Pemasaran. Tujuan
program ini dijalankan adalah bagi memberikan
bimbingan tentang penggunaan sistem Timetec dan
rekod kedatangan kakitangan. Program ini
dikendalikan oleh Unit IRER, HRAD yang disertai
oleh 33 orang kakitangan daripada jabatan
Pemasaran.
44P A G E
PROGRAM PENGAMBILAN
PEKERJA NEPAL
Pada 7 Julai 2022, jam 7.45 pagi pihak Syarikat telah menerima pekerja daripada Nepal untuk
menyertai syarikat. Beberapa kakitangan HRAD telah ditugaskan untuk menjemput 43 orang
pekerja baharu Nepal di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Para pekerja diberikan
sarapan pagi sementara menunggu urusan di bahagian Imigresen. Segala keperluan dokumen
telah disediakan bagi memudahkan proses kemasukkan para pekerja. Para pekerja juga telah
diberikan makanan tengahari sebelum mereka memulakan perjalanan ke asrama dengan
menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Syarikat.
Para pekerja tiba di perkarangan asrama dan bersedia untuk melakukan ujian saringan Covid
19. Urusan pembahagian para pekerja ke dalam asrama juga berjalan dengan lancar. Para
pekerja turut memberikan kerjasama yang baik kepada pihak HRAD.
PAGE
5
Pada 8 Julai pula, para pekerja ditugaskan untuk
melaporkan diri dan menjalani program induksi di Bilik
Sri Manis, Adabi HQ. Program ini dirasmikan oleh
Pengurus Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
ACISB, En. Saedy dengan memberikan ucapan bagi
mengalukan kedatangan para pekerja. Pihak HRAD juga
telah membantu para pekerja mengisi surat tawaran
kerja dan mengisi maklumat bagi membuka akaun bank
untuk memudahkan urusan penggajian
Selain itu, barangan kelengkapan kerja telah diberikan
kepada para pekerja seperti pas pekerja, uniform kerja,
kasut dan kad sim telefon. Bermula pada 9 Julai, para
pekerja telah melakukan pemeriksaan kebersihan
fizikal sebelum memulakan tugasan dan diserahkan
kepada pengurus kilang masing - masing.
GOTONG ROYONG ASRAMA PAGE
KAKITANGAN ADABI
6
Pada 27 Julai 2022, semua kakitangan HRAD telah menjalankan aktiviti gotong - royong di
Asrama kakitangan Adabi. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membaiki dan
menambahbaik kawasan asrama kakitangan Adabi. Antara kerja - kerja yang telah dijalankan
adalah membaiki kipas, menyimen kawasan luar asrama, mengecat dinding dan memotong
rumput di laman asrama.
Thyoaun!k