The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fida Othman, 2023-07-24 20:21:41

MINIT MESYUARAT HEM BIL 1 TAHUN 2023

MINIT MESYUARAT HEM BIL 1 TAHUN 2023

SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD JALAN USJ 6/3, 47610 SUBANG JAYA MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BILANGAN 1 TAHUN 2023/2024 Tarikh : 15.3.2023 Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran : Bil Nama Jawatan 1. Pn Hjh Norlaily Bt Ahmad Sayuni Guru Besar 2. En Nor Azmi B Mohamad Zakaria PK Kurikulum 3. En Mohd Baghwi B Mohamed Zin PK HEM 4. Pn Salbiah Bt Mustafa PK Koku 5. Pn Siti Aidah Bt Alias 6. Cik Punitha A/P Paramasivan 7. Pn Aidawati Bt Adzmal 8. En Mohd Riduan B Abd Aziz 9. Pn Aida Syazwana Bt Mohamed 10. Pn Wan Rosmuhaizan Bt Wan Abdul Rahman 11. Pn Tamilselvi A/P Saladorai 12. Pn Tengku Nur Izzati Bt Raja Mamat 13. Pn Siti Zaliha Bt Abu Bakar 14. Pn Syarifah Nabilah Bt Syed Manshor 15. Cik Kautsar Bt Mokri 16. Pn Siti Nur Hani Bt Suhaimy 17. YM Tn Mohd Hazmeer B Tn Mohd Isa 18. En Muhammad Lukman Hakim B Abu Hassan


19. Pn Malathi A/P Ramachandaram 20. Pn Nur Syakira binti Azhari 21. En Khairul Zaini Bin Che Din 22. Pn Arizah Bt Mohd Zawawi 23. Pn Suhaili Bt Osman 24. Pn Nurul Waheedah Bt Yaacob 25. Pn Anita Jeyamalar A/P Augustin John 26. Pn Norhaida Bt Mohd Nor 27. Pn Noor Azlinah Bt Abu 28. Pn Muniroh Bt Md Said 29. En Muhammad Shahrulnizam B Ramli 30. Pn Norazizah Bt Mohd Rais 31. Pn Nur Asheena bt Amir Hamzah 32. Pn Ranjit Kaur A/P Sarjan Singh 33. Pn Siti Norfadilah Bt Abdul Razak 34. Pn Farhana Bt Mohd Pahmi 35. Cik Ain Sofiya Bt Roslan 36. Pn Nor Azizah Bt Hassan 37. Pn Ummi Athirah Bt Muhamad Asri 38. Pn Wan Rahana Bt Wan Hamat 39. Pn Yusliha Bt Yaakob 40. En Mohd Fadhil B Hasan 41. En Muhammad ’Ifwat bin Sharipuddin 42. Pn Nur Nadhirah bt Abd Hamid 43. Pn Hanisah bt Misbahkhul Munir 44. Pn Nor Azimah Bt Mohd Nor Turut Hadir - Tidak Hadir (Bersebab) - Urus Setia Mesyuarat :


1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat Hal Ehwal Murid (HEM) kali pertama sesi 2023. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas komitmen yang telah diberikan untuk semua program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4 PERKARA-PERKARA BAHARU 4.1 Pembentangan AJK HEM 2023 ( Rujuk Lampiran) Pengerusi meminta semua guru merujuk buku pengurusan bahagian Hal Ehwal Murid untuk memastikan tugasan masing-masing Tindakan: Makluman 4.2 Sistem APDM/ Unit Data 4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru data dikehendaki mendaftarkan guru-guru kelas mengikut kelas bagi tahun 2023/24. Senarai nama adalah terkini kecuali murid yang berpindah keluar atau daftar masuk pada waktu cuti. Tindakan: Guru Data 4.2.2 Pengerusi memaklumkan sekiranya ada murid yang berpindah keluar, guru kelas boleh memaklumkan kepada Guru Data Sekolah untuk tindakan selanjutnya. Begitu juga sekiranya ada murid yang baru daftar untuk kemasukan baru di sekolah, guru kelas wajib memasukkan rekod ke dalam buku besar / hijau di pejabat. Murid tahun 1 guru kelas boleh memasukkan maklumat murid selepas pembahagian kelas sebenar iaitu pada bulan April. Tindakan: Guru Kelas 4.2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Jadual Kehadiran Murid ( JKM) untuk murid prasekolah, harus sampai ke pejabat selewat-lewatnya nya pada pukul 10.00 pagi.


Manakala Kehadiran murid tahun 1 hingga tahun 6 juga perlu dikemaskini sebelum pukul 12 tengahari di dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Kehadiran pada hari pertama persekolahan perlu dibuat dalam JKM pada APDM Tindakan: Makluman 4.2.4 Pengerusi memberitahu lagi bahawa PK HEM dibantu oleh guru data akan memastikan kelas dan guru didaftarkan dengan betul sebelum guru kelas dapat mengemaskini data murid kelas masing-masing. Guru kelas perlu memaklumkan kepada ibubapa / penjaga supaya mengemas kini maklumat dalam APDM . Proses kemaskini boleh dibuat mengikut senarai nama murid bagi kelas tersebut. Pastikan semua murid yang berdaftar menggunakan nombor mykid yang sah. Elakkan kesilapan dan guru perlu kemaskini secara berkala. Tindakan: Guru Kelas 4.2.5 Pengerusi memaklumkan, bagi Murid Bukan Warganegara (MBWN), pastikan murid telah membuat bayaran fee dan pass pelajar ( murid memegang passport sebelum diterima masuk ke sekolah). Guru boleh membuat semakan surat kebenaran dan surat penempatan ke sekolah serta segala maklumat yang tercatat. Tindakan: Makluman 4.2.6 Mengenai fail peribadi murid, guru kelas perlu mengingatkan ibu bapa agar dapat melengkapkan maklumat murid mengikut tahun semasa. Guru kelas hendaklah menyemak dokumen dan memastikan ianya lengkap dengan dokumen yang diperlukan. Begitu juga maklumat di muka depan fail murid juga perlu dilengkapkan. Tindakan: Makluman 4.2.7 Bagi Tahun 1,murid ditempatkan ke kelas dengan menggunakan Menu Tetapan Kelas yang terdapat di log masuk admin MPM. Mohon guru data membuat semakan dengan teliti bagi kes kelahiran 1 Januari agar tiada isu kohort umur berlaku.Termasuk murid murid Berkeperluan Khas (MBK) dan murid Bukan Warganegara (MBWN). . Tindakan: Guru Data


4.2.8 Bagi MBWN, pastikan penjaga telah buat bayaran fee dan pass pelajar (murid pemegang passport sebelum diterima masuk ke sekolah). Semak surat kebenaran Pastikan dan surat penempatan ke sekolah. egala maklumat tercatat. Tindakan: Guru Kelas 4.2.9 Pengerusi memaklumkan bahawa permohonan untuk murid ke Tahun 1 tahun 2024 / 2025 akan menggunakan aplikasi idme. Tindakan: Makluman 4.3 Bimbingan Dan Kaunseling ( BnK) 4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru BnK perlu bersedia melaksanakan program KPM iaitu antaranya ialah program Ziarah Cakna , Program Mentor Mentee, Program Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan dan sebagainya. Guru BnK bersama barisan pentadbir juga perlu sentiasa bersedia melaksanakan program yang diarahkan oleh KPM/JPN/PPD dari semasa ke semasa, melaksanakan semua program kaunseling seperti ceramah, motivasi dan sebagianya, serta membuat tindakan ke atas rekod salah laku murid berpandukan SSDM. Tindakan: Makluman 4 4.4 Disiplin Dan Pengawas 4.4.1 Pengerusi menjelaskan bahawa guru disiplin bertanggungjawab menyelia, mengemaskini peraturan serta mengaturkan program-program untuk meningkatkan disiplin seperti memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin dan nasihat, serta amaran kepada murid yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah. Tindakan: Makluman


4.4.2 Pengerusi menjelaskan lagi bahawa kategori murid lewat ialah kehadiran selepas pukul 7.30 pagi, membuat keputusan menentukan hukuman ke atas pelajar yang melakukan kesalahan dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Guru Disiplin juga bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar, bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah serta berhubung rapat dengan unit Bimbingan dan Kaunseling dengan mengguna pakai sistem SSDM 2.0 Tindakan : Makluman 4.4.3 Pengerusi mengucapkan tahniah Kepada Unit Disiplin dan semua guru- penggunaan SSDm 2.0 Tindakan : Makluman 4.4.4 Prosedur Pengeluaran Surat Amaran: * Surat Amaran 1 – Tidak hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu bapa/penjaga. * Surat Amaran 2 – 10 hari berturut-turut atau 20 hari berselang tanpa apa- apa maklumat daripada ibu bapa/penjaga. * Surat Amaran 3 – 17 hari berturut-turut atau 40 hari berselang tanpa apa- apa maklumat daripada ibu bapa/penjaga. * Semua surat amaran diuruskan oleh guru kelas dengan pengetahuan PK HEM dan guru kelas mestilah menghubungi ibu bapa/penjaga setiap kali surat amaran di keluarkan Tindakan: Makluman 4.5 Kebajikan KWAPM/ RMT 4.5.1 Pengerusi memaklumakan bahawa pemilihan murid yang layak adalah berdasarkan syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan, iaitu: - BAP (RM150) - pendapatan isi rumah RM930 dan Perkapita RM230 - KWAPM (RM100) - pendapatan isi rumah bawah RM930 dan Perkapita bawah RM230 - RMT - pendapatan isi rumah RM930 dan Perkapita RM230 - eDamak (RM100) - ekasih (RM100)


4.5.2 Pelaksanaan RMT murid bermula pada hari pertama sekolah ( waktu pagi ). Tempoh pelaksanaan masih mengguna pakai arahan sama dengan tahun lepas, iaitu 190 hari. Kadar baharu RMT di seluruh Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 sehari. Tindakan: Makluman 4.5.3 Pengerusi memberitahu, perjanjian dan menu, perlu ikut sebagaimana yang dinyatakan dalam buku panduan pengurusan RMT. Punca kuasa SPK bil 2/2016 Pekeliling dibaca bersama dengan buku panduan. Mungkin ada pemeriksaan mengejut oleh KKM. Mohon bersedia Tindakan: Makluman 4.6 PPDa 4.6.1 Pengerusi meminta AJK PPDa agar dapat meneruskan program-program PPDa anjuran KPM/JPN/ PPD seperti : - Program 5 Minit - Minggu PPDa - Mengemaskini dan membuat keceriaan ruang info PPDa Tindakan: Makluman 4.7 Inventori 4.7.1 Pengerusi memaklumkan antara tugas dan peranan AJK Inventori ialah melaksanakan arahan semasa KPM/JPN/PPD seperti: - Memastikan semua pembelian di rekodkan - Mengenalpasti keperluan perabut - Menguruskan inventori sekolah - Memastikan semua harta benda sekolah dijaga dan disimpan dengan baik - Membuat semakan pada Buku Laporan Kerosakan dan mengambil tindakan dengan bantuan PK HEM (pastikan guru guru dan warga SK Seafield merekodkan segala kerosakan dalam buku tersebut). Tindakan: Makluman


4.8 Kantin 4.8.1. Pihak sekolah menerima maklumbalas berkaitan kantin daripada warga sekolah berkaitan dengan isu kebersihan makanan dan penyediaan makanan di kantin. Tindakan: Makluman 4.8.2 AJK Kantin diminta agar dapat membantu pihak pentadbir memantau kualiti makanan, kebersihan dan keceriaan kantin. Tindakan: Makluman 4.8.3 Selain itu, AJK Kantin juga diminta bersama-sama pihak kantin memastikan murid sentiasa mematuhi peraturan kantin Tindakan: Makluman 4.8.4 Pihak sekolah tidak mempunyai masalah dalam pembelian oleh murid pada tahun lalu kerana masih lagi mengikuti SOP Tindakan: Makluman 4.8.5 Semua pihak terutama pihak kantin diingatkan supaya sentiasa memastikan kantin dibersihkan selepas rehat dan pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes. Tindakan: Makluman 4.9 Kesihatan 4.9.1 AJK Kesihatan perlu menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan serta dapat mengemas bilik kesihatan serta sentiasa bersedia untuk menjalankan program kesihatan serta pemeriksaan gigi oleh PKD. AJK Kesihatan juga perlu menyalurkan info dari PKD Taman Medan untuk tindakan guru-guru kelas yang terlibat, terutamanya tahun 1 dan tahun 6. Tindakan : AJK Kesihatan 4.10 PPDe 4.10.1 Pengerusi meminta agar AJK PPDe perlu sentiasa memeriksa dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk


4.10.2 AJK PPde juga perlu menyediakan laporan ke PKD setiap sebelum atau pada 5 haribulan setiap bulan. 4.10 3 Pengerusi juga meminta agar AJK PPDe dapat menubuhkan segera Squad Aedes dalam kalangan murid. Tindakan: AJK PPDe 4.11 Keceriaan / Kebersihan 4.11.1 Pengerusi meminta agar jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan meneruskan Program Kitar Semula 4.11.2 Pengerusi juga meminta supaya tugasan pelaksanaan kutipan dalam kalangan ajk diagihkan dengan bantuan pekerja sekolah 4.11.3 Pengerusi menetapkan pelaksanaan kutipan pada setiap hari Selasa Walaupun pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kelas tidak diadakan akan tetapi pemeriksaan kelas perlu dibuat untuk memastikan kebersihan sentiasa dijaga 4.11.4 Pengerusi memaklumkan bahawa gotong royong perlu diadakan sebanyak 2 kali setahun bagi memastikan keadaan sekolah bersihkan dan kemas. Gotong royong ini boleh diadakan dengan kerjasama PIBG Tindakan : Makluman 4.12 Keselamatan 4.12.1 Pengerusi meminta AJK Keselamatan membantu Pengawal keselamatan memastikan keadaan sekolah selamat serta merancang dan melaksanakan program keselamatan kepada warga sekolah terutama murid-murid. 4.12.2 Pengerusi meminta unit Keselamatan melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan (latihan kebakaran) sekurang-kurangnya sekali setahun. Alat pemadam kebakaran perlu diperiksa secara berkala 4.12.3 Pada waktu pagi, murid hanya dibenarkan masuk ke kelas selepas 7.00 pagi bagi tujuan keselamatan. Tindakan : AJK Keselamatan


4.13 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 4.13.1 Pengerusi meminta agar AJK SPBT serta guru-guru kelas memastikan kesemua murid mendapat bantuan Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT) kecuali murid bukan warganegara dan warganegara tanpa dokumen. 4.13.2 Fokus pemantauan oleh PPD untuk tahun 2023 ialah berkaitan pengurusan Buku Stok, minit mesyuarat dan fail. Tindakan: AJK SPBT 4.14 Program Guru Penyayang 4.14.1 Pengerusi menjelaskan bahawa Program Guru Penyayang merupakan program di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling. Antara tugas dan peranan guru di bawah program ini antaranya ialah guru menyambut kehadiran murid pada setiap pagi, guru waktu akhir memastikan murid pulang dalam keadaan teratur dan keadaan kelas bersih dari sampah, memastikan pergerakan pulang murid-murid teratur terutamanya murid Prasekolah dan Tahun 1 serta menjalankan program mentor mentee dan lain-lain yang berkaitan Tindakan: Makluman 4.15 Buku Rekod Kawalan Kelas (RKK) dan Buku Rekod Kwalan murid (RKM) 4.15.1 Buku Rekod Kawalan Kelas (RKK) dan buku Rekod Kawalan Murid (RKM) akan diletakkan di dalam setiap kelas. 4.15.2 Buku RKK ialah buku catatan keberadaan guru di dalam kelas. Guru-guru perlu melengkapkan butiran pada buku tersebut 4.15.3 Manakala buku RKM ialah buku rekod catatan disiplin dan salah laku murid di dalam kelas. Guru-guru yang terlibat perlu mencatat setiap kesalahan murid dan guru kelas ambil tindakan hubungi ibu bapa pada kesalahan yang berulang. Tindakan: Makluman


4.16 Pengurusan Bilik Darjah 4.16.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru telah diagihkan dengan senarai semak pengurusan kelas dan diminta guru- guru mengikut tarikh yang ditetapkan untuk setiap tugasan. 4.16.2 Guru-guru haruslah memastikan kelas bersih dan ceria serta menampal senarai nama murid di pintu sebelah kanan masuk kelas Tindakan: Makluman 4.17 Pembangunan Modal Insan 4.17.1 Pengerusi menjelaskan antara peranan Unit Pembangunan Modal Insan ialah, antaranya: - Menambah baik kualiti pendidikan untuk meningkatkan outcome pelajar dan kecemerlangan institusi - Menambah baik pencapaian murid melalui peningkatan akses dan kualiti - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). 4.17.2 Selain itu, ia juga berperanan untuk mempertingkatkan tadbir urus dan kerjasama pihak berkepentingan untuk sokongan sekolah yang lebih baik. Tindakan: Makluman 4.18 Persediaan Bilik Darjah 4.18.1 Pengerusi meminta guru-guru kelas agar dapat memastikan kerusi meja dalam keadaan baik dan mencukupi. jadual waktu kelas jadual bertugas murid dan carta organisasi ditampal, serta wujudkan sudut bacaan. 4.18.2 Pengerusi memberitahu bahawa guru kelas boleh mengambil peralatan di pejabat seperti penyapu, penyodok sampah, bakul sampah, pemadam papan hitam di pejabat (rujuk Pn Julia). Tindakan: Guru Kelas


4.19 Guru Bertugas Mingguan 4.19.1 Pengerusi memaklumkan antara tugas dan peranan guru bertugas mingguan ialah: - Datang awal ke sekolah (seawal pukul 7.10 pagi) - Menguruskan perhimpunan rasmi dan perhimpunan pagi. - Menyebut mengenai disiplin, keselamatan dan kebersihan sekolah dalam ucapan perhimpunan rasmi hari Isnin. - Buat agihan tugasan dan memasukkan ke dalam Group Telegram rasmi sekolah - Melengkapkan Buku Laporan Perhimpunan dan Laporan Bertugas Mingguan - Memantau disiplin, keselamatan, kebersihan termasuk tandas-tandas sekolah. - Menyediakan lagu-lagu yang berkaitan untuk perhimpunan rasmi. - Memantau pergerakan murid ke kelas selepas waktu rehat. Murid-murid adalah dilarang membuat sebarang pergerakan tanpa guru bertugas.. Tindakan: Semua Guru 5. HAL- HAL LAIN 5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Hari Orientasi Prasekolah dan Tahun 1 akan diadakan pada 17 Mac 2023. Puan Tengku Izzati selaku penyelaras Tahun 1 akan menyampaikan taklimat ringkas mengenai program orientasi ini selepas mesyuarat ini. 5.2 Pengerusi sekali lagi meminta agar semua guru kelas membuat persiapan kelas termasuklah aktiviti keceriaan sebagai persiapan menerima murid sesi 2023/2024 6. PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 pagi Urus Setia Jawatankuasa HEM SK Seafield Tarikh : 22 Mac 2023


Click to View FlipBook Version