SELECT COOKING
TECHNIQUE EQUIPMENT
AND UTENSILS
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN:
Murid dapat menyebut peralatan yang
digunakan dalam proses penyediaan
makanan
01
Peralatan besar
(large equipment)
6 JENIS
1. OPEN-BURNER GAS RANGE WITH GRIDDLE
- Boleh menggunakan
mancis atau pemetik
api untuk
menghidupkannya.
- Digunakan untuk
memasak pelbagai
masakan.
- Tidak melekat, sangat
mudah dibersihkan.
2. SALAMANDER ABOVE RANGE
- Haba dari bahagian
atas dan makanan
diletakkan dibawah
sumber haba.
- Salamander biasanya
digunakan untuk
memerangkan atau
menyapu bahagian
atas makanan.
3. GRILLS
- - Kegunaan grill dan broilers
biasanya sama. Cuma sumber
haba dari grill adalah dari bawah.
- Sumber haba yang dimaksudkan
adalah dari gas, elektrik atau
arang.
- Pastikan grill sentiasa bersih
kerana suhu yang tinggi boleh
menyebabkan makanan menjadi
rentung atau hangus.
4. GRIDDLES
- Permukaan griddles adalah leper, licin dan
panas. Jadi, makanan boleh terus dimasak.
- Bersihkan griddles selepas digunakan kerana
suhunya boleh meningkat dengan pantas jika
terdapat sisa-sisa kotoran.
- Pastikan griddles bersih tanpa sebarang
minyak sebelum digunakan atau selepas dicuci
bagi mengelakkan ia menjadi karat.
- Cara pembersihan: Lumurkan sedikit minyak
zaitun keseluruh permukaan dan panaskan
griddles sehingga 200˚C. Lap bersih dan ulangi
langkah di atas bagi memastikan griddles
bersih dan tidak melekit.
5. DEEP FRYERS
- Terdapat dalam pelbagai bentuk.
- Ada yang menggunakan elektrik dan
ada yang menggunakan haba dari
gas.
- Jika menggunakan elektrik cuma
putarkan tombol untk menghidupkan
deep fryer bagi memanaskan minyak.
- Gunakan jangka suhu makanan bagi
memastikan minyak cukup panas.
6. STEAM-JACKETED KETTLES
- Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz dan diperbuat daripada stainless
steel.
- Alat ini menggunakan kaedah mengukus untuk memasak makanan
dengan lebih cepat dan dalam kuantiti yang banyak.
- Berfungsi seperti double boiler, makanan akan dimasukkan ke dalam
bekas yang besar yang dibina dalam bekas yang lebih besar daripadanya.
- Wap akan terhasil di antara dinding dua bekas tersebut yang seterusnya
akan memanaskan dinding bekas terbina dalam. Hasilnya haba lembap
yang terbentuk akan memasak makanan di dalamnya secara sekata
seterusnya memelihara rasa semulajadi makanan tersebut.
- Tempoh memasak adalah bergantung kepada kuantiti makanan manakala
tekanan wap boleh dilaraskan menggunakan butang kawalan atau
pengunci. Alat ini boleh dipanaskan menggunakan gas atau elektrik atau
kedua-duanya sekali.
02
Peralatan mekanikal
(mechanical equipment)
1. CONVECTION OVEN
- Oven seperti ini disertakan dengan
bahagian untuk memanaskan
makanan.
- Jangan panaskan oven terlalu lama
bagi mengelakkan terlalu panas.
- Untuk menggelakkan tenaga haba
meningkat atau terganggu, elakkan
membuka pintu oven ketika proses
pemanasan / memasak berlaku.
2. COMBINATION STEAMER OVEN
- Alat ini merupakan kombinasi di antara
convection oven dan pengukus.
- Pelbagai kaedah memasak dapat digunakan
dalam satu alat. Ini dapat menjimatkan ruang di
dapur dan kos pembelian peralatan.
- Alat ini juga dilengkapi dengan tangki air yang di
bina di dalam untuk fungsi mengukus.
- Peralatan ini berfungsi menggunakan tenaga
elektrik atau gas. Terdapat beberapa jenis
kombinasi oven dan pengukus iaitu unit terbina
dalam, unit mudah alih dan unit lantai atau deck.
03
Peralatan memproses
(procressing
equipment)
1. LARGE FLOOR MIXER
- Penggunaan mesin pengadun
industri digunakan untuk mengadun
kuantiti doh yang banyak dan besar.
- Biasanya digunakan di kedai-kedai
bakeri, deli atau kedai membuat
pizza..
2. FOOD CUTTER
- Alat ini digunakan untuk memotong
bahan yang terdiri daripada
pelbagai jenis sayur-sayuran seperti
berikut:
- • Sayuran berubi seperti kentang,
keledek dan keladi.
- • Sayuran berbuah seperti lobak
merah, timun dan tomato.
3. MIXER AND FOOD CHOPPER
- Terdapat dua bahagian jag iaitu untuk kisaran
dengan campuran cecair (bentuk panjang) dan
bekas untuk kisaran kering (bentuk pendek). Jag
mesin pengisar diperbuat daripada kaca dan
plastik.
- Manakala jag keluli kalis karat digunakan untuk
tujuan yang lasak. Semua jenis jag mempunyai
sukatan matrik sebagai panduan. Ukuran
kapasiti jag biasanya 1000 ml atau 1 liter. Mesin
ini mempunyai beberapa butang untuk membuka
dan menutup litar serta mengawal kelajuan motor.
Jag dilengkapi dengan mata pisau keluli kalis
karat yang dibentuk khas.
4. SLICER
- Alat ini digunakan untuk menghiris bahan
makanan kepada bentuk kepingan yang
halus dan saiz yang standard. Ia merupakan
alat yang penting di bahagian butchery
seperti menghiris produk daging selain cold
kitchen yang menyediakan hidangan seperti
sandwich dan salad. Diperbuat daripada
keluli kalis karat dan dilengkapi dengan
bilah mata pisau berbentuk bulat, alat ini
mampu untuk menghiris makanan mengikut
kepada ketebalan yang diingini dengan
melaraskan bahagian penetap ukuran.
5. FOOD PROCESSOR
Alat ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dari
2 - 4 liter hingga ke 30 – 45 liter. Alat ini dilengkapi dengan jag
yang lebar, motor dan beberapa mata pisau yang
digunakan untuk memarut, memotong, menghiris,
mencincang dan mencarik (shredding) bahan makanan. Alat
ini mempunyai butang untuk mengawal kelajuan serta
dilengkapi dengan alat keselamatan inter-lock. Jag
diperbuat daripada plastik atau kaca manakala mata pisau
pula diperbuat daripada keluli kalis karat. Alat ini digunakan
untuk melakukan kerja-kerja seperti berikut:
• Mengisar, memotong, menguli, menghiris
sayuran.
• Mencampur sebati adunan.
• Mengisar cecair untuk puri, sos dan sup.
• Mencincang daging, ikan yang telah dibuang
tulang.
Mencincang makanan kering seperti kacang,
kelapa dan lain-lain.
04
Peralatan dan
perkakasan
(tools and utensils)
1. POTS
Saucepot
Digunakan untuk
membuat sup dan sos.
1. POTS
Brazier
Shallow and heavy, used for
browning and braising.
Brazier (Cetek dan berat,
digunakan untuk braising and
browning).
1. POTS
Double Boiler
Periuk yang mempunyai dua bahagian.
Bahagian atas diletakkan makanan,
sementara bahagian bawah diisi
dengan air mendidih yang
memanaskan bahagian atas.
2. PANS
Saucepan
Lebih kurang sama dengan
saucepot, tetapi mempunyai
pegangan yang panjang dan
bukan pegangan pada setiap
sisi.
2. PANS
Sauté pan
slope-sided: Juga dipanggil Fry Pan,
sama seperti di atas, tetapi sisi sloped
menjadikannya mudah untuk membalikkan
makanan di kuali.
2. PANS
Cast Iron Skillet
- Berat dan tebal.
- Digunakan untuk
menggoreng.
2. PANS
Sheet Pan or Bun Pan
- digunakan untuk membakar
dan memasak daging.
2. PANS
Baked pan
- Digunakan untuk baking
secara umum.
2. PANS
Roasting Pan
- Used for general
baking.
2. PANS
Hotel Pan, Counter Pan, Steam
Table Pan, or Service Pan
Digunakan untuk
memegang/meletakkan makanan
untuk dihidang dan sentiasa
berada dalam keadaan panas.
3. KNIVES
Paring knife
Pisau ini digunakan untuk
memotong, mengupas dan
membentuk sayuran dan
buah-buahan.
3. KNIVES
Chef knife
Semua pisau tujuan digunakan untuk
pelbagai tugas memotong.
4. HAND TOOLS AND SMALL EQUIPMENT
Pemukul (wire whip)
Untuk memukul bahan
seperti kuning telur,
minyak dan cuka.
4. HAND TOOLS AND SMALL EQUIPMENT
Penapis (Colander)
Colander adalah sejenis penapis yang
digunakan untuk menapis sayuran
selepas di basuh dan perlu sayuran ini
di lambung sekali selepas itu air akan
menitis dengan sendiri sementara
menyediakan bahan –bahan salad
yang lain.
4. HAND TOOLS AND SMALL EQUIPMENT
Plastic Choping Board
Digunakan untuk mengalas
bahan untuk dipotong.
4. HAND TOOLS AND SMALL EQUIPMENT
Plate
Untuk digunakan untuk
menghidangkan salad.
4. HAND TOOLS AND SMALL EQUIPMENT
Mixing Stainless-Steel Bowl
Untuk menyediakan salad
dan campuran sehingga
sebati.
4. HAND TOOLS AND SMALL EQUIPMENT
Food Tong
- Untuk memegang makanan.
4. HAND TOOLS AND SMALL EQUIPMENT
Senduk Kayu
- Alat untuk mencampurkan
bahan dalam penyediaan
salad.
4. HAND TOOLS AND SMALL EQUIPMENT
Pengupas (Peeler)
- Ia digunakan untuk
mengupas kulit pelbagai
sayuran dan buah-buahan.
4. HAND TOOLS AND SMALL EQUIPMENT
Mandoline:
- Perkakas dengan bilah yang boleh
laras, untuk menghiris makanan
yang nipis dan sekata.
05
Peralatan mengukur
(measuring devices)
1. SCALES
Kebanyakan resepi
diukur dengan berat,
jadi penimbang yang
tepat/betul sangat
penting.
2. VOLUME MEASURES
- Ia digunakan untuk
menyukat cecair seperti
minyak, air, jus dan cuka.
3. MEASURING CUPS
- Untuk menyukat bahan
kering dalam kuantiti yang
banyak.
4. MEASURING SPOONS
- Digunakan untuk sukatan yang
kecil seperti 1 tablespoon, 1
teaspoon, ½ teaspoon, dan ¼
teaspoon.
- Biasanya digunakan untuk
spices and seasoning.
5. LADLES
- Untuk menuang cecair
seperti stok, sup dan sos ke
dalam bekas.
6. SCOOPS
- Untuk memporsi makanan
mengikut saiz yang sama.
Terdapat pelbagai saiz.
7. THERMOMETERS
- 3 JENIS:
- i. Meat ii. Instant-read ii. Fat
- Ia digunakan untuk menguji suhu
makanan seperti daging, susu dan
juga digunakan untuk menguji suhu
oven ketika peroses penyediaan
makanan.
SOALAN LATIHAN:
1. Terangkan fungsi salamander.
2. Senaraikan tiga (3) peralatan untuk mengukur.
3. Apakah peralatan yang termasuk dalam kategori
peralatan memproses makanan.
4. Nyatakan empat (4) jenis alatan tangan.