The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrnfarzana, 2023-01-01 10:44:16

E-BOOK iix1004KUMPULAN 19

E-BOOK iix1004KUMPULAN 19

E-BOOK IIX1004

KUMPULAN 19

STRATEGI DAKWAH RASULULLAH

DENGAN BERUNDING

DR.NUR SHAHIDAH BINTI PAAD

DISEDIAKAN OLEH

NURUL FATINI HUMAIRA' NURINFARZANA

U2100214 U2100227 U2102397

RAHIMAH' AISYAH

22006442 U2100203

Strategi Dakwah Rasulullah

Dengan Berunding

Secara etimologi atau bahasa, unsur sinonim dengan perkataan
elemen, bahagian, komponen dan bahan asal. Manakala, strategi
berasal dari bahasa Yunani iaitu dari kata “stragos” atau
“strategis” dengan kata jamak strategi yang beerti jenderal, tetapi
dalam Yunani kuno beerti perwira negara dengan fungsi yang
luas. Strategi adalah perencanaan yang cermat mengenai
kegiatan untuk mencapai suatu sasaran khusus. Oleh itu, strategi
dakwah ertinya metode, siasah, taktik, perkara pokok atau
perancangan yang dipergunakan dalam aktiviti (kegiatan)
dakwah.

Perundingan adalah teknik perdamaian antara individu mahupun kumpulan manakala
Islam pula melihat ia sebagai proses pembuatan keputusan dan sesi hujjah antara individu
dalam menyelesaikan konflik. Ia menyemarakkan hubungan, mengeratkan silaturrahim,

menyemai kemesraan, memupuk Kerjasama dan memudahkan urusan penyelesaian
konflik. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti kerangka perundingan di dalam

perjanjian dan asas teknik perundingan yang digunakan oleh baginda Rasulullah (s.a.w)
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif menggunakan analisa

kerangka dengan mengenalpasti dan menyusun enam jenis kerangka dan tujuh teknik
perundingan yang digunakan di dalam lima perjanjian yang dijalankan pada zaman
Rasulullah (s.a.w). Berdasarkan dapatan kajian ini, perundingan perjanjian pada zaman
Rasulullah (s.a.w) mengutamakan kerangka menindas kekejaman, mencegah kemungkaran
dan jenayah sesama penduduk disebabkan beberapa faktor. Disebabkan itu, kajian
perbandingan dengan perjanjian pada zaman empat khalifah seperti Abu Bakr, Uthman,
Umar dan Ali, diharap dapat melihat lebih mendalam sama ada asas teknik perundingan
yang sama telah diteruskan oleh para sahabat. Justeru jelas, kaedah perundingan boleh
digunakan dalam menjalankan dakwah yang diyakini berjaya dalam penyebaran Islam di

seluruh dunia.

ANTARA KISAH
KISAH RUNDINGAN

Kisah:Perletakan Batu Hajarul Aswad oleh Rasulullah yang dapat Merungkaikan Pertelingkahan Antara
Kabilah.

Pada permulaan kisah ini, Rasulullah menerima permintaan para pembesar quraisy untuk menjadi hakim dalam menyelesaikan pertelingkahan mengenai
isu perletakan batu hajarul aswad. Antara Strategi yang Rasulullah S.A.W gunakan dalam rundingan ini ialah :



Pertamanya, Rasulullah meminta para pembesar kabilah quraisy untuk bersama-sama memegang setiap bucu kain rida' tanpa ada terkecuali. Ini jelas
menunjukkan bahawa semua kabilah arab quraisy adalah sama dan tidak ada yang istimewa atau kurang di antara kalangan mereka. Hal ini juga dapat

mematahkan semangat assabiyyah (perkauman/kabilah) yang berlaku pada diri para pembesar quraisy.



Seterusnya, Rasulullah S.A.W meminta mereka berjalan sehingga di hadapan bahagian kaabah bersama-sama. Ini menunjukkan bahawa setiap perkara
yang dilakukan mestilah memerlukan kerjasama kerjasama yang padu tanpa peduli berlainan kabilah/kaum supaya dapat diselesaikan dengan cara yang

baik tanpa berlaku sebarang pergaduhan atau peperangan.



Akhir sekali, Rasulullah S.A.W. meletakkan sendiri batu hajarul aswad pada bahagian Kaabah. Ini menunjukkan bahawa seorang hakim atau pemimpin itu mestilah
bersifat adil dan tidak berpilih kasih serta mempamerkan sifat integriti yang ada pada Rasulullah S.A.W. sebelum dilantik menjadi seorang nabi. Mereka pembesr

quraisy tidak mempertikaikan tentang tindakan Rasulullah kerana mereka juga memperakui tentang kewibawaan dan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W.

HASIL RUNDINGAN

Pertama sekali, hasil rundingan yang diperolehi ialah Rasulullah S.A.W. dapat menyatu padukan pembesar-pembesar kabilah Arab Quraisy daripada
berlakunya pergaduhan besar dan peperangan. Ini menunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengatur strategi untuk menyelesaikan

masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat serta dapat memansuhkan semangat kabilah yang ada pada diri para pembesar quraisy.
Seterusnya, Nabi Muhammad S.A.W menjadi contoh dan orang yang dipercayai dalam kalangan orang Quraisy sehingga beliau digelar sebagai Al-Amin.

Hal ini kerana, Nabi Muhammad S.A.W. telah dilantik menjadi hakim dan kemudian baginda dapat menyelesaikan masalah yang dialami dengan cara
yang adil tanpa berlaku peperangan, perebutan kuasa dan pangkat.

Ini jelas terbukti bahawa, Nabi Muhammad S.A.W. menunjukkan akhlak yang mulia terhadap masyarakat Quraisy dengan cara yang bertoleransi dan
berhemah tinggi.

Akhir sekali, semangat kerjasama dalam membuat sesuatu perkara dapat kita lihat dan mengambil pelajaran daripada kisah ini. Hal ini bertepatan
apabila mereka bekerjasama memegang kain rida' untuk dibawa ke kaabah bersama-sama tanpa mempersoalkan tentang kedudukan sesuatu kabilah.

Kisah: Rundingan Hebat Rasulullah Sehingga
Madinah Menjadi Sebuah Negara Islam yang Hebat.

Strategi rundingan rasulullah dan hasilnya

Sebagaimana yang kita tahu , ketika Ummat Islam teruk dikenakan dan dipulau oleh Di Yathrib , Rasulullah telah dilantik menjadi
penduduk Musyrikin Makkah , takdir Allah mempertemukan Rasulullah dengan 6 pemuda Ketua Pemerintah. Rasulullah telah banyak

Yathrib. mengubah Kota Yathrib yang kemudiannya di
Rasulullah beruding dan berbincang dengan pemuda – pemuda Yathrib mengenai Agama ubah nama menjadi Madinah Al-Muwwarah.
yang benar, Agama Islam.Oleh hal yang demikian mereka mula mengetahui tentang agama
Islam, risalah yang dibawa oleh Rasulullah dan terbuka hati untuk menerima Islam dalam

hidup mereka.Bahkan, pemuda - pemuda tersebut jugalah yang menyebarkan dakwah dan Disampig itu, Rasulullah juga berunding dengan

risalah kebenaran Islam ke kampung halaman mereka sehingga sebahagian besar seluruh penduduk Madinah yang terdiri dari
penduduk di Yathrib memeluk Islam. Ummat Islam (Muhajirin dan Ansar ), Musyrikin
Madinah (orang Madinah yang belum Islam) serta
Islam semakin lama semakin berkembang terutamanya di Yathrib . Mereka sangat teruja
untuk bertemu Rasulullah dan Ummat Islam lainnya. Dalam masa yang sama mereka juga kaum Yahudi yang tinggal di Madinah untuk
bimbang juga khawatir tentang Rasulullah dan saudara - saudara seagama mereka.Mereka tinggal bersama-sama di satu negara dan tetap
menawarkan tempat tinggal dan menjamin keselamatan Rasulullah dan Ummat Islam di
bersatu hati walaupun berlainan agama dan
Madinah. bangsa. Rasulullah bukan sahaja seorang ketua
Rasulullah telah beruding dengan para sahabat Baginda dan Ummat Islam Makkah yang bijaksana dalam Menyusun strategi, bahkan
berkenaan tawaran buat mereka oleh penduduk Madinah ( Yathrib) untuk tinggal di baginda juga seorang pemimpin yang baik dan
kampung halaman mereka. Dengan penuh bijaksana Rasulullah menerangkan kepada adil terhadap seluruh rakyatnya sehingga berjaya

sekelompok kecil orang- Madinah menjadi sebuah negara yang aman,
orang Islam tentang tawaran tersebut sehinggakan mereka bersetuju berhijrah ke Madinah makmur dan dihormati wilayah-wilayah
sekitarnya.
meninggalkan harta benda mereka untuk mempertahankan agama Islam.

Kisah: Rundingan yang Telah Berlaku antara Jaafar 3 soalan dari Raja Najashi
bin Abu Talib dan Raja Najashi Ketika Penghijrahan

Umat Islam ke Habsyah
1.Apakah agama kamu?
Di dalam kisah penghijrahan umat
Islam ke Habsyah, sekumpulan umat 2.Mengapa agama kamu menyebabkan pecah belah dalam

islam yang menurut arahan Nabi masyarakat kamu?
untuk berhijrah ke negara Habsyah itu
3.Kenapa kamu tidak memilih agama saya (Kristian) atau
telah menghadapi satu detik cemas
iaitu ketika orang-orang Islam diminta agama nenek moyang kamu?
untuk menghadap Raja Najashi. Hal ini


berlaku disebabkan laporan yang
telah dibuat oleh dua orang diplomat Jaafar bin Abu Talib yang merupakan wakil orang Islam telah
melakukan strategi rundingan yang hebat iaitu dengan menjawab
Quraisy supaya orang-orang islam soalan-soalan tersebut dengan jawapan yg penuh sopan dan teliti
yang melarikan diri dari Mekah


dikenakan tindakan ekstradisi dari
negara itu kerana dikatakan orang- Jawapan Jaafar bin Abu Talib
orang islam merupakan kumpulan anti
pertubuhan yang melarikan diri dari “Wahai tuanku paduka kaisar (raja), dahulu kami hidup pada menyembah patung, makan
negara asal kerana mereka golongan bangkai dan melakukan tindakan salah di sisi agama, suka bergaduh antara ahli keluarga
serta jiran. Orang yang lemah selalu ditindas. Tidak lama dulu Allah mengutuskan seorang
pemecah belah masyarakat. Nabi kepada kami. Kami kenal asal usul keluarganya yang baik dan beliau seorang yang

jujur dan dipercayai. Beliau mengajak kami menyembah Tuhan Yang Satu serta tidak lagi

menyembah berhala dan menganjurkan kami supaya menjauhi perbuatan jahat, jangan
makan harta anak yatim dan jangan berdusta dalam percakapan. Selain itu beliau mengajar

kami bersifat jujur, bertanggungjawab serta menyambungkan hubungan baik dengan
keluarga dan jiran dan melarang kami membunuh tanpa hak Beliau menyuruh kami

melakukan sembahyang, berpuasa, membayar zakat dan mengerjakan haji. Kami pun
mempercayai beliau dan kami tidak lagi menyembah berhala, melakukan segala yang
diperintah dan meninggalkan kerja yang dilarang oleh beliau. Akibat dari sikap kami itu,
kaum keluarga dan pemimpin masyarakat kami tidak sukakan kami, sehingga mereka
sanggup menekan dan menyeksa kami. Oleh sebab itu, kami meninggalkan negeri kami dan
berpindah ke negara tuanku bagi mendapatkan perlindungan dari tindakan pemimpin yang

menzalimi kami.”

Strategi Jaafar dalam 3 matlamat yg berjaya dicapai dalam
rundingan majlis Raja Najashi
menjawab soalan raja Najashi



1. Berpeluang menyampaikan dakwah Islam
kepada raja dan semua yang hadir dalam
Antara teknik berunding yang digunakan Jaafar adalah beliau tidak majlis.
mengutuk pihak pemimpin Quraisy atau menuduh bahawa kedua
orang diplomat itu berbohong. Namun beliau menceritakan situasi 2. Menggagalkan cubaan memujuk Raja Najashi
sebenar dalam masyarakat Mekah sebelum dan selepas Nabi untuk mengenakan tindakan ekstradisi kepada
Muhammad diutus oleh Tuhan menjadi rasul
orang- orang Islam Mekah yang berada di
Selain itu, Sayyidina Jaafar tidak terburu-buru dalam menjawab Habsyah.
soalan dan berhati-hati supaya jawapan itu dapat memuaskan

hati Raja Najashi serta tidak menyinggung agama Kristian dan
3. Mendapatkan perlindungan, keamanan
juga agama yang dianuti oleh orang Quraisy di Mekah dan kedudukan yang baik bagi orang Islam
Beliau menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad dan menceritakan tindakan pemimpin Quraisy yang yang tinggal di Habsyah
menyeksa orang-orang Islam semata-mata kerana mereka

mengikut ajaran Nabi mereka yang mengajak kepada kebaikan

dan menjauhi dari tindakan yang jahat.
Seterusnya, Beliau menerangkan bahawa mereka lari
meninggalkan Mekah dan berpindah ke Habsyah kerana mencari

perlindungan dari tindakan zalim ke atas mereka.

KESIMPULAN




Kita boleh lihat bahawa kesemua peristiwa hijrah ini berlaku bukan suatu kebetulan dan tanpa proses
berfikir, sebaliknya penuh dengan strategi dan perancangan yang tersusun rapi bagi mencapai tujuan dan
objektif kejayaan dakwah Islam.Keutamaan dan kelebihan melakukan hijrah juga telah dijelaskan oleh Allah
SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan
menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang

makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan

(ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Nisa’: 100).
Peristiwa hijrah juga dilihat sinonim dan relavan dengan kehidupan masyarakat Islam pada hari ini. Terdapat

pelbagai pengajaran dan hikmah yang boleh dijadikan iktibar berdasarkan sirah nabi dalam menghadapi
cabaran dan dugaan kehidupan ketika menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.
Demikianlah, jelas bahawa perisitiwa hijrah Nabi SAW yang disambut dan diingati bukanlah hanya sekadar
menikmati dan mendengar kisah sejarah semata-mata, bahkan perisitiwa hijrah boleh menjadi iktibar dan

mengubah penafsiran falsafah hidup manusia.
Sewajarnya, masyarakat Islam mengambil intipati dan iktibar dari peristiwa hijrah Nabi SAW supaya dapat

diterapkan dalam kehidupan demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia serta akhirat.

RUJUKAN


(Kitab)

(1) Ibn Hisham, Abu Muhammad Abdul Malik (2009) Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisham – Jilid 1
(Terjemahan as-sirah an-nabawiyah li ibni Hisyam). Al-Hidayah Publications, Kuala Lumpur.

(2) Safiur Rahman al-Mubarkpuri ( 1979 ) , Terbit 2019 , Ar - Rahiq Al - Makhtum , PTS
Publishing House

(3) Imran Yusuf , Terbit 2010 , Meja Runding , Dari Konflik ke Solusi Strategik , PTS Publishing ,
Batu Caves ,
Selangor.

(Lama
n Web)
(1)Muhadi, M. S. (2018, December 21). BAYAN LINNAS SIRI KE-157 : SULH AL-HUDAIBIYAH : FIQH, PENGAJARAN DAN
IKTIBAR. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2898-bayan-linnas-siri-ke-

157-sulh-al-hudaibiyah-fiqh-pengajaran-dan-iktibar
(2)Yusof, A. (2021, August 5). Nabi SAW selesaikan pertelingkahan letak Hajar al-Aswad. HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/05/nabi-saw-selesaikan-pertelingkahan-letak-hajar-al-aswad/
(3)Kisah Peletakan Hajar Aswad. (n.d.). Nu.or.id. Retrieved December 17, 2022, from https://islam.nu.or.id/hikmah/kisah-

peletakan-hajar-aswad-sHYzt
(4)Cara Rasulullah Meletakkan Hajar Aswad Padamkan Pertikaian Kabilah Arab. (n.d.). SINDOnews.com. Retrieved
December 17, 2022, from https://kalam.sindonews.com/berita/1408588/70/cara-rasulullah-meletakkan-hajar-aswad-

padamkan-pertikaian-kabilah-arab

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version