E-BOOK IIX1004
KUMPULAN 19
STRATEGI DAKWAH RASULULLAH
DENGAN BERUNDING
DR.NUR SHAHIDAH BINTI PAAD
DISEDIAKAN OLEH
NURUL FATINI HUMAIRA' NURINFARZANA
U2100214 U2100227 U2102397
RAHIMAH' AISYAH
22006442 U2100203
Strategi Dakwah Rasulullah
Dengan Berunding
Secara etimologi atau bahasa, unsur sinonim dengan perkataan
elemen, bahagian, komponen dan bahan asal. Manakala, strategi
berasal dari bahasa Yunani iaitu dari kata “stragos” atau
“strategis” dengan kata jamak strategi yang beerti jenderal, tetapi
dalam Yunani kuno beerti perwira negara dengan fungsi yang
luas. Strategi adalah perencanaan yang cermat mengenai
kegiatan untuk mencapai suatu sasaran khusus. Oleh itu, strategi
dakwah ertinya metode, siasah, taktik, perkara pokok atau
perancangan yang dipergunakan dalam aktiviti (kegiatan)
dakwah.
Perundingan adalah teknik perdamaian antara individu mahupun kumpulan manakala
Islam pula melihat ia sebagai proses pembuatan keputusan dan sesi hujjah antara individu
dalam menyelesaikan konflik. Ia menyemarakkan hubungan, mengeratkan silaturrahim,
menyemai kemesraan, memupuk Kerjasama dan memudahkan urusan penyelesaian
konflik. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti kerangka perundingan di dalam
perjanjian dan asas teknik perundingan yang digunakan oleh baginda Rasulullah (s.a.w)
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif menggunakan analisa
kerangka dengan mengenalpasti dan menyusun enam jenis kerangka dan tujuh teknik
perundingan yang digunakan di dalam lima perjanjian yang dijalankan pada zaman
Rasulullah (s.a.w). Berdasarkan dapatan kajian ini, perundingan perjanjian pada zaman
Rasulullah (s.a.w) mengutamakan kerangka menindas kekejaman, mencegah kemungkaran
dan jenayah sesama penduduk disebabkan beberapa faktor. Disebabkan itu, kajian
perbandingan dengan perjanjian pada zaman empat khalifah seperti Abu Bakr, Uthman,
Umar dan Ali, diharap dapat melihat lebih mendalam sama ada asas teknik perundingan
yang sama telah diteruskan oleh para sahabat. Justeru jelas, kaedah perundingan boleh
digunakan dalam menjalankan dakwah yang diyakini berjaya dalam penyebaran Islam di
seluruh dunia.
ANTARA KISAH
KISAH RUNDINGAN
Kisah:Perletakan Batu Hajarul Aswad oleh Rasulullah yang dapat Merungkaikan Pertelingkahan Antara
Kabilah.
Ketika berlaku pertelingkahan di antara kabilah arab quraisy tentang perletakkan batu hajarul aswad di
Kaabah, Baginda Nabi Muhammad S.A.W. dilantik untuk menjadi hakim bagi menyelesaikan tentang isu ini.
Kebijaksanaan Rasulullah dalam mengatur strategi ketika berunding untuk menyelesaikan kemelut
pergaduhan akhirnya dapat dirungkaikan. Rasulullah meletakkan batu hajarul aswad di tengah kain rida'
baginda, kemudian meminta para pembesar kabilah arab quraisy untuk memegang setiap bucu kain rida'
dan berjalan menuju ke hadapan kaabah. Dengan kaedah rundingan ini, secara tidak lansung dapat
mematahkan semangat assabiyyah (semangat kabilah) yang ada dalam diri pembesar quraisy. Hal ini
amatlah penting kerana isu semangat kabilah/perkauman ini akan membawa kepada kemudaratan yang
amat besar contohnya peperangan dan penindasan. Akhirnya Rasulullah S.A.W. meletakkan batu hajarul
aswad itu sendiri pada bahagian Kaabah. Perbuatan baginda Nabi Muhammad S.A.W. sebagai hakim
terhadap pembesar quraisy sangat tepat dan adil. Mereka tidak mempertikaikan kerana sifat integriti yang
ada pada Rasulullah telah diterima baik oleh semua masyarakat arab. Setelah itu, segala perselisihan dapat
diselesaikan dengan penuh berhikmah dan kewibawaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
HASIL RUNDINGAN
(1) Rasulullah menerima permintaan para pembesar quraisy untuk menjadi hakim dalam menyelesaikan pertelingkahan ini
(2) Rasulullah meminta para pembesar kabilah quraisy untuk bersama-sama memegang setiap bucu kain rida tanpa ada
terkecuali. Ini jelas menunjukkan bahawa semua kabilah arab quraisy adalah sama dan tidak ada yang istimewa atau kurang di
antara kalangan mereka.
(3) Rasulullah meminta mereka berjalan sehingga di hadapan kaabah. Ini menunjukkan bahawa setiap perkara yang dilakukan
mestilah memerlukan kerjasama kerjasama yang padu tanpa peduli berlainan kabilah/kaum supaya dapat diselesaikan dengan
cara terbaik.
(4) Rasulullah S.A.W. meletakkan sendiri batu hajarul aswad pada bahagian Kaabah. Ini menunjukkan bahawa seorang hakim atau
pemimpin itu mestilah bersifat adil dan tidak berpilih kasih serta mempamerkan sifat integriti yang ada pada Rasulullah sebelum
dilantik menjadi seorang nabi.
Kisah: Rundingan Hebat Rasulullah Sehingga
Madinah Menjadi Sebuah Negara Islam yang Hebat.
Sebagaimana yang kita tahu , selepas kewafatan Khadijah dan Abi Thalib , pada musim haji Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di Mina, terus berbaiah dengan Rasulullah berdasarkan
tahun ke sebelas bersamaan bulan Julai tahun 620 Masihi , Rasulullah semakin dihentam oleh Baiah al-Nisa' (wanita), iaitu corak baiah yang dimentraikan dengan.kaum wanita semasa pembukaan Makkah.
penduduk Musyrikin Makkah.Pada suatu hari , kerana ingin mengelakkan bertemu dengan Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ubbadah bin al-Samit bahawa Rasulullah telah berkata kepada
penduduk Makkah , Rasulullah keluar berdakwah di luar kawasan kebiasaannya iaitu di al – mereka: "Ayuh mari berbaiah denganku, untuk kamu tidak menyengutu dengan Allah sebarang sesuatu, tidak
Aqabah Mina . Takdir Allah mempertemukan Rasulullah dengan enam orang pemuda yang mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa
anak-anak yang mereka pungut dijalan sebagai anak sendiri, tidak memaksiati daku pada kebaikan, sesiapa di
datang dari Yathrib. Pemuda Yathrib dari qabilah al-Khazraj;
antara kamu yang menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah, dan sesiapa yang melanggarnya lalu
dihukum maka itu adalah kafarah baginya di dunia. Tetapi kalau Allah lindunginya maka itu terserah- kepada
1. Asa'd bin Zurarah - Banu Najar Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka itu adalah habuannya". Kata Ubbadah: Dengan itu daku
2. Awf bin al-Harith bin Rifa'ah bin Afra' - Banu Najar pun berbaiahlah dengannya. Dalam naskah lain menyebut: "Maka kami pun berbaiah dengannya di atas dasar
3. Rafi bin Malik bin al-Ijlan - Banu Zuraiq itu"
4. Qatbah bin Amir bin Hadidah - Banu Salamah Dengan penuh bijaksana , Rasulullah turut mengirimkan Musab bin Umair kepada mereka untuk bersama -
5. Aqabah bin Amir bin Naabi - Banu Hiram bin Ka'b
6. Jabir bin Abdillah bin Riaad - Banu Abidbin Ghanam.
sama menjalankan kerja dakwah di Yathrib.
Hari demi hari berlalu , dengan Izin Allah dan hasil usaha gigih Musab bin Umair dan orang Islam Yathrib
Rasulullah meminta izin berbicara dengan mereka dan mereka mengizinkannya. Rasulullah membuatkan ramai penduduk Yathrib memeluk Islam. Mereka mendengar dan mempercayai perihal
mula menceritakan perihal agama Islam yang cukup baik dan Indah. Mendengar apa yang
dibicarakan oleh Rasulullah selain melihat peribadi Indah Nabi Muhammad menyebabkan kewujudan Allah Taala dan Beriman dengan Allah. Merka juga turut mempercayai Nabi Muhammad sebagai
pesuruh Allah. Mereka sangat teruja dan ingin bertemu Rasulullah sehinggakan saban waktu menyebut nama
mereka menyedari sesuatu perkara.
Mereka percaya perkara yang dibawakan Rasulullah itu benar dan mereka turut mempercayai Nabi Muhammad.
bahawa Rasulullah adalah orang yang dimaksudkan oleh penduduk Yahudi di Madinah
bahawa akan datang seorang lelaki yang bakal mempersatukan mereka di Madinah. Mereka Dek kerana hentaman dan penindasan yang dikenakan terhadap Ummat Islam Makkah semakin teruk dan
terus beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Enam orang pemuda ini yakin kebenaran kejam , Orang - orang Islam Yathrib mula bimbang akan keadaan saudara - saudara Islam Makkah
yang dibawa Rasulullah. Hasil rundingan atau perbincangan baik yang dilakukan Nabi terutamanya kesayangan mereka Rasulullah S.A.W. Tanpa mebuang waktu , sekumpulan orang Islam Yathrib
Muhammad disamping peribadi dan akhlak mulia yang ditonjolkan Rasulullah telah mengambil keputusan pergi berjumpa dengan Rasulullah di Makkah. Tiba di Makkah , mereka memberitahu
menyebabkan enam orang pemuda Yathrib tadi memeluk Islam dan mereka turut berjanji Rasulullah tentang bilangan orang Yathrib yang beriman dengan Allah dan Rasulullah sudah sangat ramai
akan menyampaikan apa yang diajarkan Rasululullah tadi ke kampung halaman mereka.
Setelah sampai ke Yathrib dengan risalah Islam yang mereka bawa itu terus disebarnya di bahkan ingin berjumpa dengan Nabi Muhammad . Mereka juga turut meluahkan rasa bimbang terhadap
sana hingga tidak ada satu keluarga pun yang tidak memeluk Islam dan kesemua mereka' Rasulullah lalu menawarkan Baginda untuk datang ke Madinah. Sebagaimana yang kita tahu , Rasulullah
menyebut-nyebut nama Rasulullah (s.a.w). seorang yang bijaksana , namun Rasulullah tetap tidak terus melakukan keputusan sendiri. Rasulullah
Setelah beberapa ketika , enam orang pemuda Yathrib bersama sekumpulan orang Islam memanggil para sahabat , ummat Islam Makkah serta orang Islam Yathrib berkumpul untuk melakukan
Yathrib berjumpa semula dengan Rasulullah di Makkah. Mereka mengkhabarkan kepada rundingan dan perbincangan. Hasil Rundingan baik Rasulullah dan Ummat Islam , maka termeterailah
Rasulullah akan berita baik pengislaman ramai penduduk Yathrib . Nabi Muhammad sangat
perjanjian Aqabah II .
gembira mendengar khabar itu.
Setelah Ummat Islam Makkah berhijrah ke Yathrib , terdapat banyak perubahan baik yang telah
berlaku.Rasulullah telah dilantik menjadi ketua pemerintah di Yathrib yang telah diubah namanya menjadi
Madinah. Rasulullah juga telah berunding dengan Ummat Islam sendiri dan membuatkan aummat Islam yang
terdiri dari orang - orang Muhajirin ( orang Makkah yang berpindah ) dan orang Ansar ( orang Islam Madinah )
berjaya hidup dengan aman damai dan hormoni . Bukan itu sahaja , rundingan baik antara Rasulullah dan
penduduk bumi Madinah yang bukan beragama Islam , telah memberikan mereka peluang boleh untuk tetap
tinggal dan hidup di Madinah dengan baik dan selamat. Yang paling ketara , rundingan baik Rasulullah dengan
seluruh penduduk Madinah juga mebuahkan hasil apabila Perlembagaan Bertulis Pertama berjaya diadakan.
Rentetan perihal itu , bukan sahaja seluruh penduduk Madinah boleh hidup dalam keadaan damai aman dan
harmoni bahkan negara Madinah juga semakin maju dan hebat.
Strategi Dakwah Rasulullah : Berunding.
1 – Rasulullah berunding dan berbincang dengan pemuda – pemuda Yathrib mengenai Agama
yang benar , Agama Islam.Oleh hal yang demikian , mereka mula mengetahui tentang agama
Islam , risalah yang dibawa oleh Rasulullah dan terbuka hati untuk menerima Islam dalam
hidup mereka.Bahkan , pemuda - pemuda tersebut jugalah yang menyebarkan dakwah dan
risalah kebenaran Islam ke kampung halaman mereka sehingga sebahagian besar penduduk di
Yathrib memeluk Islam.
2 – Rasulullah juga berunding dengan para sahabat Baginda dan Ummat Islam Makkah
berkenaan tawaran buat mereka oleh penduduk Madinah ( Yathrib ) untuk tinggal di kampung
halaman mereka.Dengan penuh bijaksana , Rasulullah menerangkan kepada sekelompok kecil
orang – orang Islam tentang tawaran tersebut sehinggakan mereka bersetuju berhijrah ke
Madinah meninggalkan harta benda mereka untuk mempertahankan agama Islam.
3 – Disamping itu , Rasulullah juga berunding dengan seluruh penduduk Madinah yang terdiri
dari Ummat Islam ( Muhajirin dan Ansar ) , Musyrikin Madinah ( orang Madinah yang belum
Islam ) serta kaum Yahudi yang tinggal di Madinah untuk tinggal bersama- sama di satu negara
dan tetap bersatu hati walaupun berlainan agama dan bangsa. Rasulullah bukan sahaja
seorang ketua yang bijaksana dalam Menyusun strategi , bahkan baginda juga seorang
pemimpin yang baik dan adil terhadap seluruh rakyatnya sehingga berjaya Madinah menjadi
sebuah negara yang aman , makmur dan dihormati wilayah – wilayah sekitarnya.
Kisah: Penghijrahan Ummat Islam ke Habsyah dan
Beberapa Rundingan yang Telah Berlaku.
Sebelum Nabi saw dan sahabat berhijrah ke Madinah, tekanan ke atas orang-orang Islam meningkat. Baginda tidak dapat memberikan
perlindungan kepada mereka lalu Nabi Muhammad mencadangkan mereka yang berupaya supaya berpindah ke Habsyah. Orang-orang Islam
yang mempunyai cukup belanja dan sanggup membuat perjalanan yang jauh dan yang memakan masa yang lama pun berpindah ke negara itu.
Mereka berpindah dalam dua kumpulan. Usman bin Madh'un memimpin kumpulan pertama yang terdiri daripada 10 orang ahli, manakala
Jaafar bin Abu Talib memimpin kumpulan yang kedua yang terdiri daripada 80 orang ahli. Negara Habsyah dipilih kerana beliau mendapat
maklumat bahawa raja Habsyah, yang digelar sebagai Najashi adalah seorang yang adil dan tidak menzalimi rakyat. Usman dan Jaafar
mempunyai ciri-ciri pemimpin dan antara ciri yang penting yang perlu ada pada mereka adalah kemahiran berunding. Nabi Muhammad
mengenali kedua-dua mereka dengan mendalam. Kecekapan berunding Jaafar bin Abu Talib terserlah apabila menghadapi saat kritikal ketika
berdepan dengan raja Habsyah sendiri, laitu semasa para pegawai diplomatik Quraisy yang datang ke Habsyah meminta pihak berkuasa negara
itu melakukan ekstradisi ke atas orang-orang Islam Mekah yang berada di negara itu.
Delegasi diplomatik Quraisy yang terdiri daripada Amru bin Ash dan Abdullah bin Abi Rabiah menggunakan taktik yang diplomasi yang pintar
kerana mereka tidak terus datang bertemu raja Habsyah. Sebaliknya mereka terlebih dahulu bertemu semua para paderi dari gereja kerajaan
negara itu dan memberikan mereka hadiah yang disukai oleh mereka. Tujuan mereka berbuat begitu adalah bagi mendapatkan sokongan
mereka apabila delegasi ini meminta kebenaran raja supaya orang-orang islam di kenakan tindakan ekstradisi dari negara itu.
Selepas hadiah disampaikan kepada raja, kedua-dua orang diplomat Quraisy itu pun diterima menghadap raja, lalu mereka mengemukakan
permintaan dari pemerintah Mekah supaya orang-orang Islam yang melarikan diri dari Mekah itu dikenakan tindakan ekstradisi. Semua paderi
kerajaan yang hadir pun menyokong permohonan kedua diplomat itu. Oleh sebab raja Habsyah seorang yang adil dan tidak bersikap terburu-
buru, beliau tidak terus memberi kata putus. Sebaliknya beliau memanggil semua orang-orang Islam datang menghadap beliau
Selepas semua orang-orang Islam datang menghadap, Raja Najashi bertanya, "Apakah agama kamu? Mengapa agama kamu menyebabkan
pecah belah dalam masyarakat kamu? Kenapa kamu tidak memilih agama saya (Kristian) atau agama nenek moyang kamu?
Ketiga-tiga soalan itu penting dan itu saat-saat yang kritikal bagi orang-orang Islam yang berasal dari Mekah yang berhijrah di Habsyah. Jaafar bin Abu Talib menjadi wakil orang-orang
Islam perlu menjawab ketiga-tiga soalan itu dengan tepat dan mesti memuaskan hati Najashi serta tidak menyinggung perasaan beliau atau menghina agama Kristian. Andai kata Jaafar
tersilap cakap atau tersasul buruk padahnya. Akibatnya orang-orang Islam akan dikenakan tindakan ekstradisi dan menghadapi seksaan pihak Quraisy di Mekah.
Sesungguhnya Nabi Muhammad membuat pilihan tepat kerana memilih Jaafar bin Abu Talib yang memang seorang yang mempunyai kemahiran berunding yang mantap. Hakikat ini
menjadi nyata apabila Jaafar dengan penuh sopan dan teliti menjawab, "Wahai tuanku paduka kaisar (raja), dahulu kami hidup pada menyembah patung, makan bangkai dan
melakukan tindakan salah di sisi agama, suka bergaduh antara ahli keluarga serta jiran. Orang yang lemah selalu ditindas. Tidak lama dulu Allah mengutuskan seorang Nabi kepada
kami. Kami kenal asal usul keluarganya yang baik dan beliau seorang yang jujur dan dipercayai. Beliau mengajak kami menyembah Tuhan Yang Satu serta tidak lagi menyembah berhala
dan menganjurkan kami supaya menjauhi perbuatan jahat, jangan makan harta anak yatim dan jangan berdusta dalam percakapan. Selain itu beliau mengajar kami bersifat jujur,
bertanggungjawab serta menyambungkan hubungan baik dengan keluarga dan jiran dan melarang kami membunuh tanpa hak Beliau menyuruh kami melakukan sembahyang,
berpuasa, membayar zakat dan mengerjakan haji. Kami pun mempercayai beliau dan kami tidak lagi menyembah berhala, melakukan segala yang diperintah dan meninggalkan kerja
yang dilarang oleh beliau. Akibat dari sikap kami itu, kaum keluarga dan pemimpin masyarakat kami tidak sukakan kami, sehingga mereka sanggup menekan dan menyeksa kami. Oleh
sebab itu, kami meninggalkan negeri kami dan berpindah ke negara tuanku bagi mendapatkan perlindungan dari tindakan pemimpin yang menzalimi kami."
Semasa Jaafar menerangkan secara jujur mengenai keadaan sebenar situasi mereka, Najashi diam dan mendengarnya dengan teliti. Ternyata keterangan itu berjaya mempengaruhi
beliau kerana beliau bertanya mengenai ayat-ayat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad. Jaafar membaca Al-Quran dari Surah Maryam, dari ayat 16 hingga 21, yang bermaksud, "Dan
bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al- Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat
dinding bagi melindungi dirinya dan mereka maka Kami hantarkan kepadanya, Malaikat (Jibril) dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk
kejadiannya. Maryam berkata, "Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa" la berkata, "Sesungguhnya aku
pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci Maryam bertanya (dengan cemas), Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak
pernah disentuh oleh seorang lelaki pun dan aku pula bukan perempuan jahat?”. la menjawab, "Demikianlah keadaannya tidak usahlah dihairankan." Tuhanmu berfirman, hal itu mudah
bagiku dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) bagi umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami dan hal itu adalah
satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya."
Apabila mendengar ayat-ayat itu Najashi dan pendeta yang hadir menangis. Najashi berkata kepada dua orang diplomat Quraisy itu, "Pulanglah kamu kembali ke negara kamu. Saya tidak
menyerahkan mereka yang meminta perlindungan daripada saya." Dengan kata-kata itu maka gagallah usaha kedua orang diplomat Quraisy itu, tetapi Amru masih belum berputus asa,
lalu berkata, "Wahai tuanku, sebenarnya mereka menuduh Isa (Nabi Isa A.S.) dengan perkataan yang tidak baik Maka raja pun bertanya, "Apa pendapat kamu tentang isa?". Jaafar
menjawab, "Nabi kami mengajar kami bahawa Isa adalah hamba Tuhan dan diutus oleh Tuhan, Isa adalah Ruh Nya Allah yang dan kalimat Nya yang diciptakan melalui kandungan
Mariam." Jawapan Jaafar itu berjaya mengunci sikap Najashi, sehingga beliau bangun berdiri sambil menghentakkan tongkatnya ke tanah dan berkata, "Demi Tuhan, apa yang mereka
kata itu betul-betul sama dengan apa yang kami percayai dan diajar oleh agama kami. Lalu beliau memerintahkan kedua diplomat Quraisy segera meninggalkan Habsyah dan beliau
membenarkan orang-orang Islam tinggal di negara itu dengan mendapat perlindungan beliau.
Antara teknik berunding yang digunakan Jaafar sehingga berjaya mempengaruhi sikap raja Hasil Rundingan Dakwah
Habsyah itu semasa menjawab soalan Najashi adalah beliau tidak mengutuk pihak pemimpin
Rasulu
llah
Quraisy atau menuduh bahawa kedua orang diplomat itu berbohong. Namun beliau
menceritakan situasi sebenar dalam masyarakat Mekah sebelum dan selepas Nabi Dengan teknik berunding yang
Muhammad diutus oleh Tuhan menjadi rasul Beliau menerangkan ajaran yang disampaikan digunakan dengan pintar oleh
oleh Nabi Muhammad dan menceritakan tindakan pemimpin Quraisy yang menyeksa orang-
orang Islam semata-mata kerana mereka mengikut ajaran Nabi mereka yang mengajak Jaafar, beliau berjaya
kepada kebaikan dan menjauhi dari tindakan yang jahat. Beliau menerangkan mereka lari mencapai tiga matlamat sekali
meninggalkan Mekah dan berpindah ke Habsyah kerana mencari perlindungan dari tindakan
gus dalam rundingan dalam
zalim ke atas mereka. majlis Najashi itu:
Dengan jawapan itu jelas kepada raja bahawa dua orang diplomat Quraisy mewakili pihak • Menerangkan perihal agama Islam kepada
pemerintah yang menzalimi rakyat. Tidak timbul lagi soalan mengapa orang-orang Islam raja Habsyah serta para pembesar negara
memecahkan perpaduan masyarakat Mekah dan mengapa mereka tidak menganut agama
Kristian atau agama anutan masyarakat Mekah. Sebagai raja yang adil, hati kecil beliau itu
sangat tersentuh dan secara automatik orang-orang Islam mendapat simpati beliau.
• Menggagalkan cubaan memujuk Habsyah
mengenakan tindakan ekstradisi kepada
Dalam hujah balas diplomat Quraisy, Amru bin Ash beliau cuba menimbulkan kebencian orang- orang Islam Mekah yang berada di
dalam hati raja terhadap orang-orang Islam dengan memberikan maklumat salah iaitu Habsyah
mengatakan orang-orang Islam menuduh 'sesuatu yang tidak baik mengenai Isa. Walau
bagaimanapun, ketika menjawab tuduhan itu Jaafar dengan bijak sekali mengatakan
menurut ajaran 'Nabi kami' Isa ialah hamba Tuhan yang diutus Nya. Isa adalah Ruh Nya, • Mendapatkan perlindungan dan
kalimat Nya yang dicipta melalui kandungan Mariam. Jawapan ini sekali gus menjawab kedudukan yang baik bagi mereka di negara
tuduhan diplomat Quraisy itu dan juga memberitahu raja bahawa agama Islam dan Kristian itu.
berasal dari sumber yang sama.
Selepas mendengar jawapan Jaafar mengenai Nabi Isa, jelas kepada Najashi yang orang-
orang Islam mesti diberi perlindungan dan diplomat Quraisy itu bercakap bohong, sehingga
beliau menjadi sangat marah. Hakikat ini jelas apabila beliau bangkit berdiri dari singgahsana
sambil menghentakkan tongkatnya ke tanah sambil mengakui yang agama islam dan Kristian
berasal dari Tuhan. Sebab itu beliau memerintahkan supaya kedua orang diplomat Quraisy
itu meninggalkan Habsyah dengan segera. Kita sedia maklum apabila kita berkunjung ke
rumah orang dan sekiranya tuan rumah itu meminta kita supaya segera meninggalkan
rumahnya, ini menandakan kedatangan kita tidak dialu-alukan dan tuan rumah sangat marah
kepada kita. Apatah lagi apabila diplomat disuruh meninggalkan sesebuah negara oleh
pemerintah negara itu.
KESIMPULAN
Kita boleh lihat bahawa kesemua peristiwa hijrah ini berlaku bukan suatu kebetulan dan tanpa proses
berfikir, sebaliknya penuh dengan strategi dan perancangan yang tersusun rapi bagi mencapai tujuan dan
objektif kejayaan dakwah Islam.Keutamaan dan kelebihan melakukan hijrah juga telah dijelaskan oleh Allah
SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan
menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang
makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan
(ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Nisa’: 100).
Peristiwa hijrah juga dilihat sinonim dan relavan dengan kehidupan masyarakat Islam pada hari ini. Terdapat
pelbagai pengajaran dan hikmah yang boleh dijadikan iktibar berdasarkan sirah nabi dalam menghadapi
cabaran dan dugaan kehidupan ketika menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.
Demikianlah, jelas bahawa perisitiwa hijrah Nabi SAW yang disambut dan diingati bukanlah hanya sekadar
menikmati dan mendengar kisah sejarah semata-mata, bahkan perisitiwa hijrah boleh menjadi iktibar dan
mengubah penafsiran falsafah hidup manusia.
Sewajarnya, masyarakat Islam mengambil intipati dan iktibar dari peristiwa hijrah Nabi SAW supaya dapat
diterapkan dalam kehidupan demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia serta akhirat.
RUJUKAN
(Kitab)
(1) Ibn Hisham, Abu Muhammad Abdul Malik (2009) Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisham – Jilid 1
(Terjemahan as-sirah an-nabawiyah li ibni Hisyam). Al-Hidayah Publications, Kuala Lumpur.
(2) Safiur Rahman al-Mubarkpuri ( 1979 ) , Terbit 2019 , Ar - Rahiq Al - Makhtum , PTS
Publishing House
(3) Imran Yusuf , Terbit 2010 , Meja Runding , Dari Konflik ke Solusi Strategik , PTS Publishing ,
Batu Caves ,
Selangor.
(Lama
n Web)
(1)Muhadi, M. S. (2018, December 21). BAYAN LINNAS SIRI KE-157 : SULH AL-HUDAIBIYAH : FIQH, PENGAJARAN DAN
IKTIBAR. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2898-bayan-linnas-siri-ke-
157-sulh-al-hudaibiyah-fiqh-pengajaran-dan-iktibar
(2)Yusof, A. (2021, August 5). Nabi SAW selesaikan pertelingkahan letak Hajar al-Aswad. HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/05/nabi-saw-selesaikan-pertelingkahan-letak-hajar-al-aswad/
(3)Kisah Peletakan Hajar Aswad. (n.d.). Nu.or.id. Retrieved December 17, 2022, from https://islam.nu.or.id/hikmah/kisah-
peletakan-hajar-aswad-sHYzt
(4)Cara Rasulullah Meletakkan Hajar Aswad Padamkan Pertikaian Kabilah Arab. (n.d.). SINDOnews.com. Retrieved
December 17, 2022, from https://kalam.sindonews.com/berita/1408588/70/cara-rasulullah-meletakkan-hajar-aswad-
padamkan-pertikaian-kabilah-arab
TERIMA KASIH