SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BAYU
JALAN KAMPUNG MASJID
11920 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
“BERAKHLAK, BERILMU DAN BERWAWASAN”
MINIT MESYUARAT GURU DAN PANITIA PENDIDIKAN KHAS SMK SERI BAYU
Bil. Mesyuarat : 1/2022
Tarikh : 18 Mac 2022
Masa : 12.40 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Seri Bayu
Pengerusi : En, Nasir bin Ismail
KEHADIRAN
1. En Nasir bin Ismail
2. Pn Norlinda binti Ibrahim
3. En Mohd Junaid bin Mohamed Kassim
4. Pn Rosila binti Saleh
5. Pn Rasidah binti Ismail
6. En Muhammad Nazir bin Dahalan
7. Pn Roslizawati binti Muhammad Alias
8. Pn Siti Nadhilah binti Abdullah
9. En Ahmad Naim bin Hanafiah @ Abdul Fatah
10. En Ahmad Shaharil bin Hasnan
11. Cik Anis Azrini binti Mohd Rahimi
12. Pn Azian binti Man
13. Pn Chan Yi May
14. Pn Hariyantie binti Hat
15. Pn Juanna binti Soideh
16. Pn Lim Hung Foong
17. Pn Mardhziah binti Md Saad
18. En Md Amar bin Ruslin
19. En Mohd Firdaus bin Abd Rishah
20. En Mohd Zulkefli bin Md Zainuk
21. En Muhammad Haizam bin Abd Halim
22. En Muhammad Shaqree bin Zakaria
23. N Muhammad Zulmajdi bin Ismail
24. Cik Nabila binti Zulkifli
25. Pn Nooraini binti Ahmad
26. Pn Nor Syafira binti Osman
27. Pn Norazura binti Abu
28. Pn Norlalili binti Noor
29. Pn Norlida binti Omar
30. Pn Nur Farazila binti Wan
31. Pn Nurma binti Jamalluddin
32. Cik Nurul Afiqah binti Abd Rahim
33. Pn Nurulfarhanah binti Zahari
34. Pn Rosmah binti Majid
35. Pn Sabariah binti Othman
36. Pn Shahrabanun binti Md Lazim
37. Pn Siti Rahman binti Jaffri
38. Pn Siti Zaleha binti Bahrom
39. Pn Suraini binti Yahaya
40. Pn Suziawati binti Bahrudin
41. En Syazwan bin Ishak
42. Cik Vinusha Ang Wei Ven
43. Pn Yap Wai Yee
44. Pn Zamriyah binti Abu Samah
45. Pn Zarmilia binti Rahim
46. En Ahmad Hizami bin Mohamad Yusoff
47. Pn Aimi Amalina Aswani binti Omar Yani
48. Cik Farah Nashuha binti Mohd Akhir
49. Pn Masya Nor Azwaniza binti Norhani
50. En Md Zhafriadli bin. Md Zamri
51. Pn Nor Hasmahani binti Ibrahim
52. Pn Liyana Haily binti Ali
53. Cik Nurul Afiqatul Nusailah binti Azizan
54. Pn Nurul Izatul Afzan binti Ariffam
55. Pn Rohayu binti Ali
56. Cik Roziana binti Ramdin
57. Cik Yusni binti Md Yusof
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat dan mengucapkan terima kasih
atas kehadiran dan kerjasama daripada semua guru.
1.2 Pengerusi memaklumkan ketidakhadiran pengetua yang menghadiri kursus, Pn Zuraini yang
kematian ayah saudara dan PK HEM Encik Hassan juga tidak sihat.
1.3 Beliau juga mengucapakan terima kasih kepada setiausaha SPM, Penolong SPM dan semua guru
yang hadir bertugas semasa peperiksaan SPM yang akan berakhir pada 24 Mac ini.
2.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 Penolong Kanan memaparkan misi dan visi KPM
2.2 Seramai 12 orang guru telah bertukar dan sekolah telah menerima 6 orang guru baharu dan 2
orang guru telah bersara
2.3 Perhimpunan
2.3.1 Perhimpunan akan diadakan pada setiap hari Isnin waktu pertama (7.30 pagi sehingga
8.00 pagi) untuk semua pelajar.
2.3.2 Guru dikehendaki berada di dewan 10 minit lebih awal (sebelum jam 7.20 pagi)
2.3.3 Ketua guru disiplin dan guru PA system memastikan alatan PA system berfungsi
dengan baik sebelum dan semasa perhimpunan
2.3.4 Semua guru akan menyaynyi lagu Kebangsaan, lagu Negeri Kita dan lagu sekolah,
dll (jika perlu) bersama pelajar
2.3.5 Semua guru lelaki diminta untuk berpakaian formal dan memakai tali leher semasa
perhimpunan mingguan
2.3.6 Guru bertugas dikehendaki menulis laporan dan menghatar laporan kepada Pengetua
pada hari Jumaar untuk menyampaikan laporan ringkas atau komen membina untuk
minggu yang akan dating.
2.3.7 Laporan perlu ditulis setiap hari dan diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran
pada hari yang sama.
2.3.8 Guru diingatkan untuk menulis laporan dengan betul mengikut aspek yang
dinyatakan agar tindakan untuk penambahbaikkan dapat dilaksanakan.
2.4 Pengurusan kelas
2.4.1 Guru tingkatan diminta untuk memastikan setiap kelas memiliki carta organisasi, visi
dan misi sekolah, jadual waktu kelas, jadual bertugas pelajar, borang inventori kelas
dan calendar.
2.4.2 Alatan kebersihan akan diberikan dan guru tingkatan perlu memastikan nama kelas
ditulis pada setiap item.
2.4.3 Guru waktu pertama PdP perlu memastikan kebersihan kelas sebelum memulakan
PdP – sekurang-kurangnya 5 minit sekiranya kelas berada dalam keadaan yang tidak
memuaskan
2.4.4 Nama kelas dan kehadiran pelajar (bilangan dan peritus kehadiran) perlu ditulis pada
sudut kanan atas papan putih.
2.4.5 Guru juga diingatkan untuk menulis objektif pembelajaran pada sudut kanan papan
putih supaya murid dapat mengetahui apa yang perlu dicapai dalam pembelajaran
pada hari tersebut.
3.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
3.1 PK Pendidikan Khas memaklumkan PPKI masih kekurangan 3 lagi orang guru (seorang sedang
cuti bersalin).
3.2 PK Pendidikan Khas memohon kerjasama guru-guru kelas yang mempunyai murid yang
memegang kad OKU untuk mengemaskini tarikh baharu dalam system APDM.
3.3 PK Pendidikan Khas memaklumkan seramai 4 orang murid di aliran perdana memegang kad
OKU.
3.4 Guru kelas tingkatan 1 diingatkan untuk mengumpul dokumen yang berkaitan dengan elaun dan
diserahkan kepada Pn Izatul sekiranya terdapat murid yang memegang kad OKU di kelas
berkenaan.
3.5 PK Pendidikan Khas juga memaklumkan bahawa Program Modular dijalankan sepanjang tahun
yang memerlukan murid menyediakan fail untuk dinilai oleh KPM.
3.6 Penilaian Alternatif Sekolah Menengah (PASM) akan dijalankan pada MBK tingkatan 1 pada
tahun ini sehingga akhir persekolahan- tingkatan 5.
3.7 Program Inklusif juga telah lama dijalankankan di mana MBK yang menguasai asak 3M aras
sederhana akan diserapkan ke aliran perdana. Namun begitu, bilangan murid yang layak di PPKI
untuk diinklusifkan adalah kurang. Hanya terdapat murid yang memegang kad OKU yang sudah
diinklusifkan sejak dari sekolah rendah.
3.8 Guru-guru PPKI akan digerakkan untuk menghadiri kursus VTO dan SKM untuk membolehkan
PPKI sekolah sebagai pusat SKM.
3.9 PK Pendidikan Khas memaklumkan bahawa murid-murid PPKI akan berada di sekolah sehingga
usia 19 tahun.
3.10 PK Pendidikan Khas juga memaklumkan bahawa bilangan kelas akan bertambah menjadi
10 kelas disebabkan oleh bilangan pelajar yang meningkat iaitu seramai 25 orang bagi tahun 2022.
Namun begitu, kelas masih tidak dapat diubahsuai disebabkan oleh kekangan tempat seperti tiada
pengudaraan yang baik dan juga kekurangan guru.
4.0 TAKLIMAT KETUA BIDANG
4.1 Pn Rosila mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Bahasa untuk gerak kerja yang cemerlang
untuk tahun 2021
4.2 Pn Rasidah pula mengingatkan untuk mengemaskini data dalam system APDM terutamanya pada
bahagian pendapatan untuk pemilihan biasiswa dan KWAMP. Tarikh tutup pengemaskinian
APDM adalah pada 19 April 2022.
5.0 BADAN KELAB GURU DAN STAFF (BKGS)
5.1 Pengerusi BKGS mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
5.2 Pengerusi BKGS juga memaklumkan telah membeli penapis air Coway menggunakan dana
daripada kelab sebagai amal jariah
5.3 Pengerusi BKGS memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan sepanjang
mengelolakan BKGS selama 2 tahun
5.4 Bendahari BKGS, Cik Vinusha membentangkan penyata kewangan kelab
5.5 Pn Norlinda mencadangkan untuk amaun yang tetap dan sama bagi peruntukkan guru-guru yang
bersara.
5.6 En. Nasir mengucapkan ucapan Syabas dan tahniaha kepada jawatankuasa BKGS atas pimpinan
En Zulmajdi, pengerusi BKGS atas pelaksanaan tugas yang efisyen.
5.7 BKGS sesi 2021 dibubarkan
5.8 En Zulkifli telah dilantik menjadi pengerusi BKGS bagi sesi 2022/2023 berikutan cadangan En
Mohd Firdaus manakala jawatan timbala pengerusi disandang oleh Cik Nurul Afiqatul Nusailah.
6.0 TAKLIMAT E-BREM
6.1 Dikelolakan oleh Pn Zamriyah
6.2 Pn Zamriyah membimbing guru-guru dalam pengisian profil dan memaklumkan hanya 3
maklumat sahaja dipaparkan pada bahagian hadapan profil iaitu nama, gred dan subjek yang
diajar.
6.3 Guru-guru dicadangkan untuk membuat channel telegram sendiri untuk menyimpan RPT dan
sebagainya sekiranya perlu ditunjukkan sewaktu lawatan pihak nazir.
6.4 Sekiranya guru cuti sakit, cuti rehat khas atau berkursus, e-brem perlu diisi seperti biasa dan
menyatakan PdP tidak dapat dijalankan kerana guru cuti sakit/berkursus pada ruang refleksi
6.5 Sekiranya terdapat kesalahan data atau maklumat, guru-guru boleh berhubung terus dengan beliau
untuk memadamkan data tersebut.
6.6 Pn Zamriyah juga memaklumkan applikasi yang dibangunkan ini boleh menyalin RPH sekiranya
guru-guru mengajar kandungan yang sama bagi kelas yang berlainan.
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Pengagihan pelajar tingkatan 1 telah selesai. Guru-guru boleh menambah data murid bagi tujuan
kelas PdPr. Senarai guru tingkatan yang terkini akan diberikan dalam masa yang terdekat
7.2 Slip keputusan peperiksaan akhir tahun boleh disemak secara atas talian melalui link data studio
selewat-lewatnya esok, Sabtu tengah hari.
Mesyuarat ditangguhkan pada 12.10 tengah hari.
Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh:
…………………........................... ………………………………
(PN. AIMI AMALINA ASWANI BINTI OMAR YANI) (ENCIK NASIR BIN ISMAIL)
Pencatat Minit Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Seri Bayu SMK Seri Bayu