The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PKMD0622 U Sze Ting, 2023-04-13 08:56:46

Isu-Isu Ekonomi Semasa

Isu-Isu Ekonomi Semasa

GPPP 1092 T3: PERSEMBAHAN Nama Ahli Kumpulan : 1. U Sze Ting 2. Celine Siow Weng Lam 3. Jessica Wong Huey Fang Kumpulan: PPS2-2 Nama Pensyarah: Puan Kee Yen Ling


Aspirasi Sistem Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 Akses - Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang pendidikan yang sama rata supaya mencapai potensi masing-masing - Kadar akses sejagat dalam kalangan kanakkanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020 Kualiti - Kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan berdasarkan keunikan sistem pendidikan Malaysia yang setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa - Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut ukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang * TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains


Ekuiti - Pendidikan yang baik disediakan kepada kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender dan latar belakang supaya mencapai potensi masing-masing - Merapatkan jurang sehingga 50% menjelang tahun 2020 a) pencapaian antara murid di bandar dan luar bandar b) tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender Perpaduan - Murid yang berbeza latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik saling berinteraksi untuk memahami, menerima dan menghayati perbezaan. - Suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid saling berkongsi pengalaman dan aspirasi untuk membentuk dan memperkukuh asas perpaduan rakyat Malaysia


Aspirasi Murid KECEKAPAN - Peningkatan keberhasilan murid tidak sepadan dengan sumber yang disalurkan ke dalam sistem pendidikan yang mempunyai peruntukan tinggi - Kerajaan kekal tahap pelaburan semasa dan berhasrat memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. 1. Pengetahuan - Murid perlu menguasai kemahiran literasi, numerasi, mata pelajaran (Matematik & Sains), didedahkan dengan pengetahuan am tentang Malaysia, Asia dan dunia dari aspek sejarah, manusia dan geografi dan seni, muzik dan sukan


3. Kemahiran kepimpinan - Membantu murid bekerja dalam pasukan secara formal dan tidak formal supaya mengamalkan ciri kepimpinan. * Kepimpinan mempunyai 4 dimensi :keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran komunikasi yang berkesan 4. Kemahiran Dwibahasa - Murid menguasai Bahasa Malaysia (bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan) dan Bahasa Inggeris (bahasa antarabangsa) dan menggunakannya dalam persekitaran kerja. - Murid digalakkan mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan. - Murid belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan, menerapkan perasaan ingin tahu, mengamalkan pembelajaran, menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu - Murid perlu menguasai kemahiran kognitif seperti penaakulan dan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif 2. Kemahiran berfikir


5. Etika dan kerohanian - Etika dan kerohanian dipupuk kepada murid supaya mendepani cabaran yang dihadapi pada masa depan dan berupaya menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip dan berani melakukan sesuatu yang betul. - Membentuk individu penyayang dan dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. 6. Identiti nasional - Penghayatan prinsip Rukun Negara memperkukuhkan identiti nasional yang menjamin kejayaan dan masa depan Malaysia. - Identiti nasional yang kukuh dalam kalangan murid yang berbeza etnik, agama dan status ekonomi membolehkan mereka berbangga menjadi rakyat Malaysia. -Semangat patriotik dipupuk dalam murid melalui sejarah negara dan berkongsi aspirasi yang sama.


Hala tuju PPPM Berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan meningkatkan kualiti merapatkan jurang pencapaian menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid memaksimumkan keberkesanan sistem Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025 Membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat Menyokong transformasi perkhidmatan awam Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pendidikan Malaysia


Isu-isu ekonomi semasa di Malaysia Kenaikan harga petroleum Kenaikan harga petroleum di Malaysia menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menampung subsidi terutamanya RON95 (Munzilah Md. Rohani & Fatin Lyana Rahimi, 2022). Perubahan harga petrol RON95 dan RON97 telah berlaku sejak tahun 2014 menyebabkan peningkatan kos harian pengguna jalan raya (Nur Fatin Lyana Rahimi et al., 2021). Pada 2 Jun 2022 sehingga 6 Julai 2022, harga petrol RON97 telah meningkatkan sebanyak RM0.14 per liter (Harga Petrol Dan Diesel Malaysia, 2023). Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah menaikkan kadar faedah pinjaman untuk mengembangkan ekonomi Malaysia.


Punca Peperangan antara Rusia dan Ukraine Menurut Widia Wardani et al. (2022), hampir seluruh negara termasuklah Asia mengalami isu kenaikan harga petroleum akibat peperangan di Eropah antara Rusia dan Ukraine. Ketegangan Rusia-Ukraine mengancam rantaian bekalan global secara berterusan menyebabkan harga minyak dunia melonjak lebih tinggi. Malaysia juga terpengaruh kerana sumber import terbesar Malaysia daripada Rusia ialah petroleum (Saifuddin Abdullah, 2022).


ImplikasiUmum Peningkatan harga barang makanan disebabkan oleh kos perkhidmatan pengangkutan meningkatkan. Negara pengeluar petroleum akan memperoleh pendapatan tambahan daripada kenaikan harga petroleum. Peningkatan kos pengangkutan menimbulkan beban rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Keluaran sektor pertanian, perhutanan dan pembalakan, elektrik dan gas, kapur dan pengangkutan terjejas.


Implikasi Terhadap PPPM Pencapaian akses dalam aspirasi sistem dijejas Ibu bapa yang miskin dan tinggal di kawasan pedalaman akan kurang berkemampuan menghantar murid ke sekolah untuk belajar melalui kenderaan disebabkan harga petroleum yang mahal. Oleh hal yang demikian, ibu bapa akan mencadangkan anak mereka berjalan ke sekolah. Justeru, murid terpaksa bangun awal untuk bersedia pergi ke sekolah yang jauh daripada rumahnya. Kesannya, murid akan berasa letih apabila tiba di sekolah malah menyebabkan tidak dapat fokus dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Etika sebagai seorang murid tidak dapat bentuk disebabkan oleh tingkah laku sering lambat ke sekolah dan tidak dapat fokus semasa sesi pembelajaran. Lama-kelamaan, murid akan mengabaikan peraturan-peraturan sekolah. 1. 2. Pencapaian equiliti dijejas Akhirnya menyebabkan prestasi akademik kurang baik dan jurang pencapaian antara murid meningkat. 3. Etika dan kerohanian dalam aspirasi murid terjejas


Cadangan Penambahbaikan kepada PPPM 1. Equiliti -Jika murid telah lewat ke sekolah, guru dikehendaki mengulangi perkaraperkara penting atau meringkaskan pengajaran pada hari tersebut sebelum tamat kelas. Justeru, mereka masih mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan walaupun secara ringkas. 2. Akses -Kepada murid-murid yang mempunyai kesukaran ke sekolah dibenarkan lewat selama 45 minit selepas kelas bermula. Namun begitu, mereka dikehendaki menulis satu penulisan nilai diri untuk mendapat kehadiran. Oleh itu, mereka tidak hilang motivasi untuk belajar disebabkan oleh kehilangan kehadiran. - Pihak sekolah juga dikendaki menyediakan beberapa buah bas sekolah untuk mengangkut murid ke sekolah dengan lebih murah


Maksud inflasi adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam satu tempoh tertentu yang telah ditetapkan. Makanan dan Minimum Bukan Beralkohol (29.5 peratus) Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (23.8 peratus) Pengangkutan (14.6 peratus) Kenaikan kadar inflasi 2022 Ada 3 kumpulan utama yang memberikan kesan besar dalam mempengaruhi trend dan kadar inflasi 2023 di Malaysia iaitu: BULAN KADAR KESELURUHAN MAC2022 2.1peratus APRIL2022 2.3peratus MEI2022 2.8peratus Isu-isu ekonomi semasa di Malaysia Statistik Kadar Inflasi2022 Malaysia


Nilai ringgit Malaysia menurun Punca Peperangan antara Ukraine dan Rusia Kebanyakan barangan keperluan perlu diimport dengan nilai ringgit Hal ini terus merosot nilai ringgit Malaysia Peperangan ini menyebabkan banyak bekalan makanan dunia mengambil proses yang panjang dan sukar untuk menampung permintaan seluruh dunia


Tidak mampu ditampung oleh pembekal, peniaga dan penjual Pembekal, peniaga dan penjual terpaksa menaikkan harga barangan dan caj perkhidmatan memenuhi permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan mereka Permintaan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran meningkat secara mendadak


terutamanya dalam kalangan B40 Kos sara hidup dalam kalangan rakyat Malaysia akan terjejas teruk ImplikasiUmum Kuasa beli dalam kalangan pengguna menurun


Implikasi Terhadap PPPM Pencapaian pengetahuan dalam aspirasi sistem terjejas Kenaikan kadar inflasi menyebabkan murid ingin meringankan beban ibu bapa yang begitu besar dengan cara bekerja sambilan. Hal ini telah menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah untuk belajar ilmu pengetahuan. Kelama-lamaan murid tidak peduli tentang hal yang berkaitan dengan sekolah termasuk kehadiran sekolah, pelajaran yang diajar oleh guru dan sebagainya. Oleh sebab kekurangan kewangan pihak sekolah untuk membeli infrastruktur pendidikan yang dapat bersaing dengan pendidikan negara antarabangsa. Hal ini menyebabkan infrastruktur pendidikan Malaysia amat terhad. 1. 2. Pencapaian kualiti pendidikan terjejas


Cadangan Penambahbaikan kepada PPPM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh memberikan bantuan kewangan sebanyak RM150.00 enam bulan sekali kepada murid-murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang keluarganya mempunyai pendapatan Isi Rumah Kasar RM4000.00 atau ke bawah. KPM juga boleh memberikan buku, beg atau alat tulis kepada semua murid-murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Dengan ini, murid-murid yang miskin boleh meringankan beban kewangan dan berasa tenang dalam pembelajaran. Guru mata pelajaran boleh memberi kerja rumah secara talian di platform seperti google classroom, microsoft teams dan sebagainya supaya murid dapat sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan penggunaan teknologi mereka. Bukan itu sahaja, guru boleh memberi kelas tambahan secara online sekali seminggu kepada semua murid terutama murid yang tidak hadir di sekolah. Hal ini dapat memajukan kualiti pendidikan Malaysia. 1. Memberikan bantuan dari segi kewangan atau alat tulis 2. Memberikan pembelajaran atas talian


RUJUKAN Firdaus Azil. (2022, Julai 18). Dewan Rakyat: Konflik Rusia-Ukraine beri impak minimal kepada ekonomi negara-Saifuddin. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dewan-rakyat-konflikrusiaukraine-beri-impak-minimal-kepada-ekonomi-negara-saifuddin-371628 Kadar Inflasi Malaysia 2023: Punca & Kesan Terhadap Negara. (2023, January 12). Retrieved from https://mypt3.com/inflasi-malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. https://www.moe.gov.my/dasarmenu/pelan-pembangunanpendidikan-2013-2025 Munzilah Md. Rohani & Fatin Lyana Rahimi. (2022, September 27). Kenaikan harga minyak beri impak pelbagai kepada perjalanan rakyat Malaysia. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. https://news.uthm.edu.my/ms/2022/09/kenaikan-hargaminyak-beri-impak-pelbagai-kepada-perjalanan-rakyat-malaysia/ Normawati Adnan. (2022, March 28). Malaysia terima impak negatif jika konflik RusiaUkraine berterusan. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/195039/edisi/malaysia-terima-impaknegatif-jika-konflik-rusia-ukraine-berterusan Nur Fatin Lyana Rahimi, Munzilah Md. Rohani & Noorazila Asman. (2021). Kesan variasi harga minyak terhadap corak perjalanan pelajar institusi pengajian tinggi. Kajian Malaysia, 39(2), 203-232. https://doi.org/10.21315/km2021.39.2.9 Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim & Anida Idrus. (2022). Bab 4: Aspirasi dan Hala Tuju Pendidikan, Pengantar Pengajian Pendidikan (pp. 90-104). Local Publications (M) Sdn Bhd. Widia Wardani, Suriana, Siti Ummi Arfah, Zulaili, & Porkas Sojuangon Lubis. (2022). Dampak kenaikan Bahan Bakar Minyak (BBM) terhaadap inflasi dan implikasinya terhadap makroekonomi di Indonesia. AFOS J-LAS, 2(3), 63-70. https://www.jlas.lemkomindo.org/index.php/AFoSJ-LAS/article/view/338/502


Click to View FlipBook Version