The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliyaanajwa89, 2022-11-29 06:27:29

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

pdf_20221129_192651_0000

7.3

WAWASAN KEMAKMURAN
BERSAMA 2030

PUTRI AIZATUL ALISYA BINTI MOHD RIDZUAN 02DKA22F1044
NUR BATRISYIA BALQIS BINTI SAHRUL 02DKA22F1003
NUR ALIYA NAJWA BINTI MD ROSLI 02DKA22F1008
NUR NABILAH HUSNA BINTI MOHD ZAIN 02DKA22F1092

9.3 WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB) ialah iltizam untuk menjadikan malaysia
sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan

pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan
pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. WKB diumumkan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia ke-6, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 oktober 2018 di

parlimen ketika membentangkan kajian separuh penggal rancangan Malaysia kesebalas
(KSP-RMK11). Kerangka asas WKB pula dijelaskan dalam Perutusan Perdana Setahun
Malaysia Baharu Kerajaan Pakatan Harapan pada 9 Mei 2019. WKB menggariskan tiga
objektif, 15 prinsip panduan, tujuh teras strategik dan lapan pemboleh daya untuk
merealisasikan matlamat yang ditetapkan.

Objektif WKB Teras Strategik WKB

1.Pembangunan untuk semua 1.Ekosistem perniagaan dan industri
2.Menangani jurang kekayaan dan pendapatan 2.Aktiviti pertumbuhan utama ekonomi (KEGA)
3.Negara bersatu, makmur dan bermaruah 3.Modal insan
4.Pasaran buruh dan pampasan pekerja
Prinsip-prinsip Kemakmuran 5.Kesejahteraan sosial
Bersama 6.Keterangkuman Wilayah
7.Modal sosial
1.Kemakmuran berterusan
2.Kesaksamaan keberhasilan Pemboleh Daya Kemakmuran Bersama
3.Pertumbuhan saksama
4.Ekonomi teragih 1.Kemampanan fiskal
5. Keterangkuman 2.Modal kewangan
6.Masyarakat peribelajar 3.Keberkesanan penyampaian institusi
7.Ekonomi masa hadapan 4.Tadbir urus dan integriti
8.Pendekatan ekonomi keperluan 5.Pendidikan dan TVET
9.Ekonomi politik berinstitusi 6.Data raya
10.Model kesepaduan sosial 7. Kelestarian
11.Paksi ekonomi asia 8.Masyarakat berpencerah
12.Demokrasi dan kestabilan
13.integriti dan tadbir urus yang baik
14.perpaduan dalam kepelbagaian
15.kedaulatan dan kelestarian

MATLAMAT WKB PERUBAHAN YANG AKAN
DILAKSANAKAN
MENYEDIAKAN TARAF HIDUP
YANG WAJAR (DECENT -PASARAN BURUH AGAR GUNA TENAGA DAPAT
STANDARD OF LIVING) DITRANSFORMASIKAN UNTUK MEMENUHI
KEPADA SEMUA RAKYAT KEPERLUAN PEKERJAAN BERPENDAPATAN TINGGI
MALAYSIA PADA TAHUN DAN PERNIAGAAN BERNILAI TINGGI.
2030.
-TRANSFORMASI INI DIHARAP DAPAT
MENGHENDAKI NEGARA MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT KE
MENGUBAH MODEL EKONOMI TAHAP YANG LEBIH TINGGI DAN
DAN MENSTRUKTURKAN RELEVAN DENGAN PEREDARAN ZAMAN.
EKOSISTEM PERNIAGAAN
SERTA MEMPERKASA DASAR
DAN PERANCANGAN SEDIA
ADA.

-STRATEGI EKONOMI TANPA PERTIMBANGAN SOSIAL TIDAK MENJAMIN KEUTUHAN NEGARA

-PENGUKUHAN PASAK NEGARA SERTA IDENTITI DAN NARATIF NASIONAL YANG BERMARUAH MENJADI
ASAS DALAM PENGUKUHAN NEGARA BANGSA.

-PEMBOLEH DAYA WKB MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA PEMBANGUNAN MODAL SOSIAL, PENDIDIKAN
BERASAKAN KEBERHASILAN DAN MASYARAKAT YANG MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG

HAYAT BAGI MEMASTIKAN KESEPADUAN DAN KEKUKUHAN SOSIAL DALAM KEPELBAGAIAN ETNIK DAPAT
DIREALISASIKAN.

-WKB TELAH MENETAPKAN MATLAMAT DAN SASARAN YANG JELAS DAN BOLEH DIUKUR.

-INDIKATOR YANG DIBANGUNKAN UNTUK MENGUKUR PEMBANGUNAN NEGARA TIDAK HANYA
BERDASARKAN PERTUMBUHAN KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (KDNK), NAMUN
PENGUKURANNYA AKAN MERANGKUMI PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA YANG BOLEH
DINIKMATI OLEH RAKYAT TERMASUK PENINGKATAN DALAM KUASA BELI DAN KESEJAHTERAAN
HIDUP
-SASARAN WKB LEBIH HOLISTIK BERBANDING DENGAN SASARAN DASAR EKONOMI BARU
(DEB) SEIRING DENGAN KEADAAN EKONOMI YANG KOMPLEKS DAN SOSIAL YANG DINAMIK.
-INDIKATOR KEBERHASILAN UTAMA (IKR) AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI PANDUAN UNTUK
MEMANTAU DENGAN BERKESAN SERTA MEMASTIKAN OBJEKTIF DAN MATLAMAT WKB DAPAT
DICAPAI.

-MALAYSIA MEMERLUKAN PERUBAHAN DALAM KERANGKA DAN HALA TUJU EKONOMI BAGI
MEMBOLEHKAN NEGARA MENCAPAI POTENSI EKONOMI MAMPAN YANG DAPAT
DIKONGSI SECARA LEBIH ADIL DAN SAKSAMA OLEH SEMUA RAKYAT.

-PENCAPAIAN POTENSI EKONOMI YANG BAHARU HARUS MAMPU DIAGIHKAN DENGAN LEBIH
SAKSAMA DAN ADIL UNTUK MENGURANGKAN JURANG PENDAPATAN DAN KEKAYAAN ANTARA
KUMPULAN PENDAPATAN, ETNIK, WILAYAH DAN RANTAIAN BEKALAN.

-PENGAGIHAN EKONOMI YANG ADIL JUGA PERLU UNTUK MENJAMIN HAK DAN KEPERLUAN
GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, RENTAN EKONOMI DAN TERPINGGIR DENGAN
MEMBERIKAN FOKUS KEPADA PENINGKATAN KEUPAYAAN KUMPULAN BERPENDAPATAN
RENDAH UNTUK MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN HIDUP

-KESEMUA USAHA INI DILAKUKAN DEMI MENGUKUHKAN NILAI PERPADUAN DALAM
KALANGAN RAKYAT.

ETIKA & PERADABAN9 . 4 K E L A N G S U N G A N K E L E S T A R I A N N E G A R A M E L A L U I

Konsep kelangsungan kelestarian negara amat berkait rapat dengan faktor insaniah
warganya (Saleh Hashim dan Amalina Abdullah, 2020). Nilai yang ditonjolkan dalam
watak kehidupan seseorang ialah cerminan kepada corak pendidikan yang diterima
daripada institusi keluarga, persekitaran komuniti dan institusi pendidikan vang
disertainya. Oleh itu, konsep ilmu yang benar menurut agama perlu sentiasa dipelihara.
Setiap individu perlu diasuh untuk menjalankan tugas dengan penuh Amanah dan
berintegriti. Hal ini demikian kerana pelaksanaan nilai-nilai integriti dalam kehidupan
bukanlah suatu pilihan, tetapi keperluan. Inilah nilai etika dan peradaban yang
menunjangi kesejahteraan hidup masyarakat.

Kesejahteraan hidup masyarakat dapat dilihat dengan merujuk sikap seseorang terhadap
kepatuhan undang-undang. Pematuhan terhadap kedaulatan undang- undang ialah manifestasi
penghayatan etika dan peradaban warganya. Misalnya. setiap warganegara ini tertakluk pada
Perlembagaan Persekutuan yang menjadi andang-undang bertulis utama yang berperanan
mewujudkan pemerintahan yang adil, mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal
pergerakan kerajaan dan rakyat. Selain itu, Perlembagaan juga bertindak sebagai rujukan utama
dalam penggubalan undang-undang, mengekalkan riwayat negara bangsa dan menjaga kestabilan
negara.

Jaminan kestabilan dan keamanan negara dan warganya turut bersandarkan keutuhan dan
kecekapan tadbir urus baik (good governance). Hal ini sangat mustahak untuk diberikan perhatian
oleh pihak kerajaan dalam usaha memastikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap tadbir
urus negara tinggi dan meyakinkan. Perkhidmatan awam perlu memberikan tumpuan kepada
perkara yang menjadi keutamaan rakyat dan pada masa yang sama dapat mengekang
penyelewengan serta salah guna kuasa dalam kalangan anggota pelaksana. Oleh itu, nilai dan
prinsip ledaulatan undang-undang, integriti, ekuiti dan inklusif perlu diterapkan pada emua
peringkat pelaksana kerajaan. Terdapat sembilan indikator yang digariskan oleh United Nations
Development Programme (UNDP) bagi menentukan keutuhan tadbir urus baik bagi sesebuah
kerajaan.

Kesepakatan Visi Strategik
Kesamarataan
Peranan Perundangan Efektif dan Efisien
Akauntabiliti
Penyertaan
Responsif / Cepat
Ketelusan Tindak Balas

Pembaharuan tadbir urus pada pelbagai peringkat
dalam sektor kerajaan amat penting untuk

mengembalikan keyakinan, integriti dan keupayaan
kerajaan dalam usaha memenuhi keperluan dan
harapan rakyat.



Matlamat pembangunan modal insan adalah untuk
meningkatkan dan memajukan individu dengan sejumlah
kemahiran, latihan dan pengetahuan bagi mendapatkan
pulangan manfaat terhadap institusi pada masa

hadapan.



Modal insan perlu dibangunkan secara seimbang
antara keperluan latihan dan kemahiran dengan
pembinaan kerohanian diri (Mohd Fauzi Hamat dan

Mohd Khairul Naim Che Nordin, 2012)



Generasi ini perlu dimantapkan dengan sejumlah
persediaan nilai yang baik bagi memandu mereka
untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap urusan

yang diamanahkan.

Empat prinsip utama untuk menjelmakan Al-Jayyosi (2012) dalai
penbangunan lestari artikelnya, "Sustainable
Development Model based on
Keadilan ('adl)
Kecemerlangan pentadbiran (ihsan) Islamic Worldview"
Nilai Sosial (arham)
Tidak melakukan kerosakan (fasad)

KPM&KPTM

Mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperkukuh nilai etika dan penghayatan
peradaban insani dalam kalangan warganya

Ia kerana para mahasiswa dan pelajar ialah generasi pewaris yang akan mencorakkan masa
hadapan negara dengan nilai dan prinsip yang menjadi pegangan mereka.

Diharap institusi pendidikan dapat menjadi
wahana yang berkesan untuk membentuk

modal insan yang dapat meneruskan
tanggungjawab mele
starikan kemakmuran

alam ini

INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI

Melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara
hendaklah dipupuk dari awal usia seorang itu

PENDIDIKAN ADAB, AKHLAK DAN ETIKA

Hendaklah dipandang sebagai suatu prioriti untuk
membangun modal insan bersifat holistik, sepadu dan
seimbang

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tidak seharusnya berfokus pada pembangunan jasmani dan intelek semata-mata,
bahkan pembangunan rohani, akhlak dan penghayatan etika juga sangat dituntut.

SEJARAH

Membuktikan bahawa pendidikan yang berteraskan
falsafah agama, akhlak dan peradaban telah berjaya
mengangkat martabat dan darjat sesuatu bangsa dan
sesebuah negara.

Ejen pendidikan seperti institusi
keluarga,sekolah, dan institusi pendidikan tinggi
bertanggungjawab menjadikan pendidikan adab,
akhlak dan moral sebagai satu mata pelajaran

yang wajib diajar bagi membangunkan modal
insan yang berakhlak dan berperadaban tinggi
untuk meneruskan kelestarian negara dalam

aspek ekonomi, budaya dan alam sekitar.


Click to View FlipBook Version