SINOPSIS ASAP DI BAWAH DAUN
NURAQILAH, NAJLA, RASYADAH, PUTERA, RAJA
Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita yang merupakan
watak utama dalam cerita ini yang telah kematian suaminya. Pada
usia mudanya, dia telah berkahwin dengan seorang mualaf yang
berbangsa Cina iaitu Aming seorang anak tauke kedai runcit di
Harimaupura. Perkahwinan itu telah diletakkan syarat oleh kedua
ibu bapanya, sekiranya dia ingin berkahwin dengan Aming, lelaki
tersebut mestilah memeluk agama Islam manakala kedua-dua ibu
bapa Aming pula meletakkan syarat yang lebih berat iaitu
sekiranya Aming ingin menikahi perempuan kacukan yang tidak
pasti asal usul keturunannya, talian kekeluargaan di antara mereka
akan putus. Akhirnya, Aming memutuskan untuk menikahi dia dan
meninggalkan keluarganya.
Mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan, mereka
menumpang untuk tidur di merata tempat dengan
berbantalkan bungkusan kain baju. Aming bekerja dengan
mengangkat guni-guni beras, gula, bawang, dan kentang ke
dalam lori kontena. Dengan berkat kerajinannya, dia
dipelawa oleh tauke Badraii untuk bekerja kedai itu dengan
gaji tetap. Namun dua minggu selepas itu, Aming telah
meninggal dunia akibat dirempuh oleh sebuah lori baja yang
terbabas masuk ke dalam kedai. Setelah kematian suaminya,
dia hidup dalam kesusahan dengan memakan sisa makanan
yang telah dibuang ke dalam tong-tong sampah di kedai
makan dan juga kawasan perumahan.
Hidupnya berubah apabila dia bertemu dengan seorang wanita
ketika dia sedang menyelongkar tong sampah di sebuah kawasan
perumahan. Pada mulanya, dia menganggap bahawa wanita itu akan
memarahinya kerana menyelongkar tong sampah namun dia telah
berikan makanan untuk mengisi perutnya yang lapar. Selain itu,
wanita yang juga ibu kepada enam orang anak itu, menawarkan dia
untuk tinggal bersama-samanya. Namun, dia tidak percaya pada
mulanya kerana dia tidak mempunyai apa-apa. Wanita tersebut
membawa dia ke rumah dan memberikannya pakaian dan juga bilik
tidur. Namun, dia tidak selesa dengan kesenangan yang diberikan
oleh wanita itu. Oleh itu, dia memutus untuk mencari duitnya
sendiri dengan menjual jagung rebus.
-TAMAT-