KETERAMPILAN BERBAHASA NURHIDAYAH BINTI PATAWARI PPISMP BMSK 1 Tugasan 3 BMMB1134
NAMA : NURHIDAYAH BINTI PATAWARI NO. KAD PENGENALAN : 040422120798 NO. ANGKA GILIRAN : 2022072310019 KELAS : PPISMP BMSK 1 AMBILAN : JUN 2022 ALAMAT E-MEL : 1691-24- [email protected] NAMA PENSYARAH : PUAN KHADIJAH @ASWATI BINTI ADENAN TAJUK TUGASAN : PENGHASILAN PRODUK BIODATA DIRI
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ketiga kursus Keterampilan BerbahasaM (BMMB1134) ini dengan jayanya. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah BMMB1134 iaitu, Puan Khadijah @ Aswati binti Adenan yang sering memberikan tunjuk ajar tanpa lelah kepada saya sehingga kerja kursus ini berjaya disiapkan. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukartukar idea dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya berharap agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca agar kita dapat menjadi pendidik yang berpengatahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat. PENGHARGAAN i
KANDUNGAN Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa 3.0 Isu Keterampilan Berbahasa 4.0 Penutup Lampiran i 1 2 9 13 14
1.0 PENGENALAN Keterampilan berbahasa bermaksud cekap dan mahir menggunakan bahasa secara tulisan mahupun lisan. Keterampilan ketika berkomunikasi dengan orang lain merupakan salah satu aspek yang penting ketika berbicara. Keterampilan ketika berbahasa menunjukkan identiti kita sebagai masyarakat Melayu. Menurut Dunn dan Goodnight (2011) dalam Haslinda Halim (2018), komunikasi adalah suatu proses yang melibatkan pengirim, penerima dan pemahaman mesej. Komunikasi menjadi berkesan apabila mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas oleh penerima. Komunikasi juga merupakan suatu proses interaksi untuk berhubung dari satu pihak dengan pihak yang lain. Akan tetapi, tedapat beberapa halangan komunikasi dan isu dalam keterampilan berbahasa. 1
2.0 HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA 2
1. MAKLUM BALAS Tindak balas penerima terhadap pesanan yang telah dihantar. Maksud Halangan : - penerima tidak memberi respons - maklum balas adalah negatif - penerima tidak memahami mesej penghantar Contoh : - Hanif bertanyakan khabar kepada Hidayah namun Hidayah tidak memberikan respons terhadapnya. - Komunikasi adalah satu hala dan tidak berjalan dengan baik. 3
2. KOMUNIKASI SEHALA Maksud Halangan : Penghantar menyampaikan mesej kepada penerima tanpa mengharapkan maklum balas daripadanya. Contoh : Komunikasi di televisyen dan radio. - Interaksi yang kurang - Maklum balas tidak berkesan - Risiko penyampai didedahkan adalah kurang - Komunikasi yang berlaku kurang tepat 4
3. GANGGUAN SARAF PENERIMA Maksud : Gangguan saraf yang dihadapi oleh penerima yang menyebabkan maklumat tidak dapat disampaikan dengan jelas. Jenis gangguan saraf yang menjadi penghalang komunikasi : - Pekak (masalah pendengaran) - Bisu (masalah pertuturan) - Gagap - Tourette 5
4. GANGGUAN EMOSI Gangguan dalaman yang disebabkan oleh keadaan psikologi penerima yang tidak stabil dan terganggu. Maksud Halangan : - mempunyai masalah keluarga mahupun peribadi - berada dalam keadaan marah atau terlalu sedih Contoh : - Izzah berasa tertekan dengan maklumat yang diterima lalu berasa marah. - Pengirim tidak dapat memberikan respons. 6
5. GANGGUAN LUARAN Maksud Halangan : Gangguan yang didapati secara fizikal. Berpunca daripada persekitaran atau keadaan sekeliling. Contoh : Bunyi yang terlalu bising - Bunyi bising - Objek fizikal - Jarak lokasi - Kerosakan peralatan - Persekitaran atau suasana tidak selesa 7
6. PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA Maksud : Penyampaian yang disalurkan melalui media yang digunakan sama ada visual, audio dan bertulis. Contoh : - Surat khabar - Media sosial seperti Instagram dan Facebook - Papan iklan dan notis 8
3.0 ISU KETERAMPILAN BERBAHASA 9
ISU BAHASA Mula diketengahkan apabila siaran-siaran televisyen dan media sosial menggunakan bahasa rojak. Isu bahasa yang hangat : Penggunaan bahasa kasar dan bahasa rojak. Penggunaan bahasa yang kasar dapat meninggung perasaan orang lain. 10
ISU BUDAYA Dipengaruhi oleh budaya Barat yang menggunakan bahasa Inggeris. Keberkesanan komunikasi tidak dapat dijamin kerana terdapat kebingungan dalam komunikasi. Penggunaan bahasa Melayu dianggap ketinggalan zaman dan kuno. 11
ISU MEDIA SOSIAL Jenis-jenis media sosial : - Whatsapp - Facebook - Instagram - Twitter Isu media sosial yang berlaku adalah penggunaan bahasa ringkas, bahasa lucah dan bahasa slanga. Remaja sudah tidak mengambil berat kepentingan berbahasa secara sopan dan santun. 12
PENUTUP Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa terdapat banyak halangan dan isu dalam keterampilan berbahasa yang dapat menyebabkan kegagalan komunikasi. Masalah ini harus dibendung sebelum berlaku isu-isu yang lebih teruk bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Semua pihak merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membendung halangan dan isu dalam keterampilan berbahasa. Oleh itu, komunikasi yang baik dapat diperolehi sekiranya segala halangan dan isu dapat diatasi secepatnya. 13
LAMPIRAN Contoh penggunaan bahasa rojak dalam aplikasi Whatsapp 14
LAMPIRAN Contoh situasi murid menggabungkan bahasa Melayu dan Inggeris akibat pengaruh budaya Barat Contoh penggunaan bahasa Melayu dan 15 Inggeris secara serentak dalam aplikasi Twitter
SEKIAN TERIMA KASIH