The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36004782, 2023-03-10 19:25:48

MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG)

Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah

6. Peka dengan keadaan perjalanan enjin, kotak gear dan kelancaran kenderaan semasa perjalanan dan membuat catatan jika terdapat masalah teknikal atau jika perlu mengambil tindakan yang sesuai. 7. Peka dengan keadaan persekitaran semasa perjalanan. (C) TANGGUNGJAWAB SELEPAS TAMAT PERJALANAN 1. Memastikan bahan api diisi penuh sebelum memulangkan kenderaan untuk disimpan. 2. Menutup suis sistem penyaman udara dan audio sebelum enjin dimatikan serta tarik brek tangan dengan sempurna. 3. Mengisi butiran buku log dengan betul dan kemas. 4. Membersihkan kenderaan dengan sebaik-baiknya. 5. Menyimpan kenderaan dengan sebaik-baiknya. 6. Melaporkan kecacatan atau kerosakan yang dikesan pada kenderaan sepanjang penggunaan kepada Pegawai Kenderaan. 7. Memulangkan kunci kenderaan, kad inden dan kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit serta Smart Tag kepada Pegawai Kenderaan. 8. Mendapatkan butiran perjalanan berikutnya dan pastikan jalan yang akan dilalui. (D) TANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN 1. Apabila berlaku kemalangan, pemandu pegawai yang terlibat/Ketua Jabatan hendaklah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Bagi kenderaan kerajaan, kecuali kereta konsesi, tindakan susulan hendaklah dibuat mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 Tahun 1985 dan pindaannya. Bagi kereta konsesi, laporan hendaklah dibuat kepada pihak SPANCO serta merta. 2. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 149


HM61 | Pembantu Laut RUJUKAN i. Surat Siaran KPM 500-1/3/3 (11) bertarikh 12 Julai 2019 : Penghuraian Tugas Pembantu Laut Yang Berkhidmat Di Kementerian Pendidikan Malaysia (A) ASPEK KEWANGAN 1. Membantu melaksanakan pembelian aset, bahan bakar dan perolehan berkaitan bot. 2. Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor. 3. Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan. (B) ASPEK KESELAMATAN PENUMPANG 1. Memastikan keselamatan penumpang sebelum, semasa dan selepas pelayaran mengikut Tatacara Keselamatan Pelayaran (yang berkaitan). (C) ASPEK HAL EHWAL PEMBANTU LAUT DAN PELABUHAN/JETI 1. Menyediakan urusan dokumentasi pembantu laut. 2. Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot. 3. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan dan inventori aset dan pelabuhan/jeti jabatan. (D) ASPEK PEMBANGUNAN LATIHAN (Merujuk kepada penempatan Pembantu Laut di Pusat Kokurikulum Negeri). 1. Membantu dalam pelaksanaan program latihan di KPM seperti penyediaan kemudahan latihan, alat bantuan mengajar, bahan cetak, penempatan dan pendaftaran peserta dan penceramah. 2. Melaksanakan penyelenggaraan kecil ke atas alat bantu mengajar seperti komponen bot penyelamat, bot kerja, bot keselamatan dan lain-lain bagi pelaksanaan modul pembangunan latihan. (E) ASPEK KEPAKARAN TEKNIKAL 1. Pengendalian aspek teknikal bot seperti dek dan enjin. 2. Perundangan maritim peringkat nasional dan antarabangsa (Ordinan Perkapalan Saudagar dan Konvensyen International Maritime Organization). 3. Sijil Kekompetenan dan Sijil Modular di bawah International Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers (STWC) 1978 dan pindaan. 4. Pengawasan dan penyeliaan terhadap loji dandang stim, turbin stim dan mesin (yang berkaitan). 5. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 150 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


HM62 | Pembantu Penyediaan Makanan RUJUKAN i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009 : Penggubalan Skim Perkhidmatan Pegawai Makanan dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tukang Masak (A) PENERIMAAN/PENYIMPANAN MAKANAN BASAH/MENTAH DAN KERING DARI PEMBEKAL 1. Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak diterima. 2. Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor, chiller atau freezer setelah diterima oleh pegawai. 3. Merekodkan suhu stor, chiller dan freezer. (B) PENGELUARAN BARANG MAKANAN 1. Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan basah/mentah atau kering dari stor, freezer/chiller. 2. Membuat pengeluaran bahan ramuan untuk masakan dari stor, chiller atau freezer ke kawasan pra penyediaan. (C) PEMBUNGKUSAN BARANG MAKANAN 1. Mengendalikan pembungkusan produk khas. 2. Mengendalikan pembungkusan dan labelan uncang. 3. Mengendalikan pembungkusan catuan kering. 4. Mengendalikan pembungkusan catuan malam. (D) PEMBERSIHAN DAN PENGEMASAN 1. Memastikan amalan kebersihan diri, mencuci tangan sebelum dan selepas mengendalikan makanan serta selepas menggunakan tandas. 2. Membersihkan kawasan pra-penyediaan, memasak, ruang stor, chiller atau freezer, kawasan dalam dan sekeliling jabatan. 3. Menyediakan dan membersihkan peralatan memasak seperti pinggan mangkuk, periuk, tray, bekas, troli dan lain-lain. 4. Mengira semua inventori dan membuat pemeriksaan fizikal peralatan memasak, kutleri, tray dan troli sebelum dan selepas digunakan. 5. Membersih dan menyediakan peralatan-peralatan untuk kegunaan memasak. 6. Memeriksa dan menukar silinder gas memasak. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 151


(E) PENGELUARAN MAKANAN UNTUK PRAPENYEDIAAN 1. Mengeluarkan bahan-bahan makanan dari stor, chiller dan freezer untuk kegunaan mengikut menu dan resipi piawai. 2. Menyimpan bahan-bahan ramuan dan bahan mentah yang telah disediakan ke dalam chiller sehingga perlu digunakan. 3. Memaklumkan kepada pihak atasan jika terdapat bahan makanan yang rosak atau tidak selamat untuk digunakan. (F) PRAPENYEDIAAN MAKANAN BASAH/ MENTAH DAN KERING 1. Mengasingkan benda asing dan membersihkan bendasing untuk memastikan tiada berlakunya pencemaran silang. 2. Menyediakan bahan-bahan ramuan mengikut resipi piawai dan menu yang ditetapkan. 3. Menyediakan bahagian bahan makanan mentah/kering seperti yang ditetapkan (G) MEMASAK MAKANAN 1. Merujuk kepada menu dan resipi piawai untuk memastikan semua bahan makanan telah siap sedia sebelum mula memasak. 2. Memasak makanan mengikut jenis diet normal mengikut kelas. 3. Memasak mengikut tatacara dalam resipi piawai. 4. Memastikan makanan disediakan dengan betul, bersih dan berkualiti. 5. Menyedia dan memasak makanan bagi diet normal. (H) PENGHIDANGAN MAKANAN 1. Menghidangkan diet mengikut jenis diet dan bilangan yang dipesan. 2. Menghidangkan diet terapeutik mengikut bilangan dan jenis diet yang dipesan. 3. Bagi sistem penghidangan berpusat (centralised plating), menghidangkan secara individu ke dalam setiap tray. (I) PENGAGIHAN BAHAN MAKANAN 1. Merekodkan pengeluaran bahan makanan dari stor item mengikut menu harian. 2. Mengagihkan pembungkusan uncang. 3. Mengagihkan pembungkusan catuan kering. 4. Mengagihkan pembungkusan produk khas. 5. Mengagihkan pembungkusan catuan malam (jika ada asrama). MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 152 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


(J) PENYIAPAN HIDANGAN MAKANAN BAGI PENENTUAN KUALITI MASAKAN 1. Menyiapkan hidangan untuk dibuat uji rasa oleh pegawai atau panel uji rasa. 2. Membersihkan peralatan selepas uji rasa dilaksanakan. (K) PEMATUHAN PERATURAN 1. Mengurus persediaan dan penyediaan peralatan dan kemudahan bagi aktiviti demonstrasi makanan dan masakan. 2. Mematuhi semua arahan jadual tugas dan peraturan. 3. Mematuhi arahan berpakaian seragam berserta topi/skarf, apron, kasut, sarung tangan (glove) dan penutup mulut (mask) semasa menjalankan tugas mengikut peraturan. 4. Mematuhi semua peraturan perkhidmatan awam, garis panduan, tatacara, prosedur dan arahan yang ditetapkan. 5. Mengamalkan dan mematuhi segala polisi keselamatan jabatan. 6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM63 | Pembantu Awam RUJUKAN i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2013 : Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam ii. Surat Pemakluman Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Berkaitan Penghuraian Tugas Pembantu Operasi bertarikh 26 September 2018 (A) MEMBANTU MENJALANKAN TUGAS-TUGAS AM BERSIFAT HANDS-ON YANG MEMERLUKAN KEUPAYAAN FIZIKAL DI DALAM/LUAR BANGUNAN PEJABAT DAN TUGAS-TUGAS BERKAITAN SOKONGAN TEKNIKAL KE ATAS PERALATAN/ RUANGAN KERJA. 1. Bertanggungjawab dalam tugas-tugas persiapan dan logistik sebelum dan selepas majlis rasmi seperti alat siaraya dan kerusi/meja. a. Membantu menyediakan persiapan bilik mesyuarat dan dewan peperiksaan MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 153


b. Membantu menyediakan bahan persiapan pentas untuk perhimpunan bulanan 2. Membersihkan dewan/bangunan/bilik mesyuarat berkaitan a. Membantu mengelap meja, cermin bilik dan tingkap pejabat b. Memastikan semua bilik mesyuarat dalam keadaan bersih dan dikunci apabila tidak diperlukan 3. Menyedia dan mengangkut peralatan/barang-barang ke tapak kerja a. Membantu membuat kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran bahan-bahan peperiksaan bukan sulit ke Unit Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri. b. Membantu mengambil bahan-bahan peperiksaan bukan sulit dari Unit Penilaian Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri melalui pos laju atau lori swasta. c. Membantu menyediakan bahan penggambaran di lokasi mengikut tempahan. 4. Membersihkan tapak kerja serta mengangkut sampah sarap dari tapak kerja selepas selesai tugas a. Membantu mengira dan mengasingkan bahan-bahan peperiksaan yang tidak digunakan lagi untuk dilupuskan. b. Membantu mengutip dan membuang sampah di pejabat. 5. Melaksanakan lain-lain tugasan rencam seperti pembersihan longkang , pemotongan rumput dan dahan pokok serta tugas-tugas landskap serta keceriaan kawasan a. Membantu melaksanakan tugas-tugas rencam lain seperti mencuci dan membersihkan bilik air dan tandas murid perempuan dan lelaki, pembersihan longkang, pemotongan rumput, menyiram, membaja dan memangkas pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah. 6. Memastikan peralatan/ruang kerja yang berada di bawah pengawasan sentiasa dalam keadaan bersih, teratur, selamat serta dapat beroperasi dengan baiknya untuk digunakan pada bila-bila masa. 7. Menjalankan pemeriksaan harian/berkala ke atas peralatan/ruang kerja yang berada di bawah pengawasan. 8. Menerima dan merekodkan aduan kerosakan daripada pelanggan. 9. Membantu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih kerosakan kecil a. Membantu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan membaik pulih kerosakan kecil pada alatan dan perabot yang rosak seperti kerusi, paip, lampu, kipas dan lain-lain yang tidak merbahaya dan tidak memerlukan kepakaran. b. Membantu dalam penyelenggaraan asrama MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 154 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


10. Membantu kerja-kerja sokongan teknikal berkaitan elektrik dan elektronik, penanaman pokok, penyemaian benih, akuakultur dan lain-lain yang berkaitan: a. Membantu membuat set dan membantu menyediakan props yang ditempah oleh penerbit untuk sesuatu rancangan b. Membantu penyelenggaraan 11. Tugasan hands-on lain terutamanya yang dijalankan di luar kawasan pejabat. (B) MENJALANKAN TUGAS LAIN YANG DIARAHKAN OLEH KETUA JABATAN DARI MASA KE MASA (SEKIRANYA ADA KEPERLUAN) 1. Membantu urusan surat menyurat seperti menerima dan merekodkan surat/faks. 2. Membantu mengedarkan dokumen dan surat-surat ke semua unit/sektor. 3. Berperanan sebagai penyambut tetamu, memberi layanan yang sewajarnya kepada orangorang awam yang ada urusan dengan jabatan. 4. Membantu dalam pengurusan penempatan dan pengesahan Murid Tingkatan 1. 5. Membantu merekodkan berita-berita yang dikeluarkan dari laman web ke dalam buku dan mengeluarkan fail-fail yang berkenaan untuk tindakan 6. Membantu mencetak, menyusun, menjilid dan mengokot surat/dokumen/bahan seperti soalansoalan peperiksaan/kertas latihan di dalam kelas/minit mesyuarat dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan urusan sekolah. 7. Membantu mencetak lembaran kerja murid/kertas soalan ujian/peperiksaan dan menyerahkan soalan yang sudah siap dicetak kepada guru. 8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM64 | Pembantu Makmal RUJUKAN i. KPM. 500-1/3/3(3) bertarikh 9 Mei 2019 : Penghuraian Tugas Pembantu Makmal (Sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Kampus di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia) ii. Standard Kompetensi Pembantu Makmal KPM iii. Profil Kompetensi Pembantu Makmal Gred C19, C22 iv. Profil Kompetensi Pembantu Makmal Gred C26 MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 155


(A) PENGURUSAN MAKMAL SAINS 1. Melaksanakan tugas mengikut peraturan keselamatan makmal sains yang ditetapkan 2. Mengenal pasti peralatan dan keperluan makmal sains yang diperlukan 3. Mengurus keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains 4. Menyedia dan memaparkan peraturan dan panduan keselamatan makmal sains 5. Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih, teratur dan ceria 6. Menyelia dan memastikan kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan/ radas seperti membersihkan tingkap/sawang/lampu/lantai yang dilaksanakan oleh syarikat pembersihan (B) PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN BAHAN DAN RADAS PERALATAN SAINS 1. Mengklasifikasikan bahan dan radas/peralatan di makmal sains dengan betul dan menepati piawaian yang telah ditetapkan dalam sukatan setiap mata pelajaran 2. Menerima dan menyimpan bahan/spesimen/sampel mengikut peraturan pengendalian bahan kimia dan radas 3. Menyediakan keperluan amali sepertimana permohonan guru melalui borang pesanan amali tiga (3) hari bekerja sebelum amali dijalankan 4. Memastikan keperluan amali yang disediakan adalah mencukupi, berfungsi dan selamat digunakan 5. Menjalankan uji lari (Test Run) amali bersama-sama guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan 6. Mematuhi segala langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan kimia dan peralatan sains 7. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan (C) PENYENGGARAAN PERALATAN SAINS 1. Menguji dan memastikan peralatan boleh berfungsi dan selamat digunakan. 2. Menguji, mengenal pasti dan membaiki radas dan peralatan sains yang mengalami kerosakan kecil tetapi masih boleh digunakan. Jika peralatan tidak boleh dibaiki, ia perlu dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. 3. Merekodkan dan melaporkan kerosakan bahan/peralatan untuk tindakan Ketua Panitia/Ketua Pembantu Makmal. (D) PENGENDALIAN AMALI SAINS 1. Membantu guru semasa aktiviti amali dijalankan di makmal sains MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 156 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


2. Memastikan murid menjalankan amali mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan. 3. Membantu mengenal pasti dan mengatasi masalah teknikal semasa pelaksanaan amali. 4. Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi serta berfungsi sebelum, semasa dan selepas . 5. Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan memenuhi spesifikasi ditetapkan. 6. Memastikan radas yang telah digunakan dibersihkan dengan sempurnanya mengikut prosedur ditetapkan. 7. Memastikan pembuangan sisa amali dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan. (E) PENGURUSAN ASET/STOR MAKMAL SAINS 1. Membantu Pegawai Aset mengurus aset dan stor makmal sains seperti berikut: a. mengkategorikan dan melabelkan peralatan di makmal sains b. menyemak rekod setiap radas, bahan dan peralatan di makmal sains yang dipertanggungjawabkan c. mengurus aset dan stor makmal sains mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa 2. Membantu pegawai aset melaksanakan pelupusan aset dan bahan sisa seperti berikut: a. mengenal pasti peralatan yang rosak dan tidak ekonomik untuk dibaiki. b. mengumpul dan menyenaraikan maklumat peralatan dan bahan sisa yang dicadangkan untuk dilupuskan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa. c. memohon peruntukan daripada pihak pentadbir sekolah bagi melaksanakan pelupusan bahan sisa/bahan kimia. d. memastikan bahan sisa/bahan kimia/peralatan di kumpul/disimpan sementara di stor bahan sisa/stor pelupusan. e. menghubungi kontraktor bertauliah mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia bagi mendapatkan sebut harga pelupusan. f. mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia secara berjadual dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. g. mengurus pelupusan peralatan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa. 3. Melaporkan kepada ketua jabatan/pegawai aset sekiranya terdapat kehilangan aset/peralatan makmal sains. 4. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 157


HM65 | Pembantu Kemahiran (SMP Khas/SMP Khas Vokasional /Sekolah Sukan Malaysia/Sekolah Seni Malaysia) RUJUKAN i. Penghuraian Tugas Pembantu Kemahiran di Kementerian Pendidikan Malaysia. Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. (A) ASPEK AWAM (A1) BATU/SIMEN 1. Memeriksa, melapor, menyelenggara dan melaksanakan pembaikan kerosakan cat, dinding atau lepa dinding bangunan dan mengilap lantai. (A2) KAYU 1. Membuat pertukangan kayu seperti membuat pelan lakar atau reka bentuk perabot mengikut pelan yang telah disediakan. 2. Memeriksa, melapor, menyelenggara, melaksanakan, mengawasi dan menyiasat kerjakerja pemasangan pertukangan kayu, tanggam, kunci, tingkap, pintu, cermin, genting dan penyelenggaraan bumbung bocor. (A3) AIR 1. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan pembaikan sistem serta komponen paip air di dalam dan di luar bangunan, tangki air, sistem tandas, paip air utama, sluice valve utama bekalan air, paip saluran najis, paip chlorination dan sistem kumbahan yang tersumbat. 2. Mengemaskinikan stok bekalan dan keperluan peralatan kerja. 3. Menerima dan merekod aduan kerosakan dari pelanggan. 4. Mengawasi dan menyelia dalam kerja-kerja pembaikan kecil. 5. Merekodkan butir-butir kerja pembaikan, penyelenggaraan, penggantian dan pemasangan yang dilaksanakan mengikut arahan yang diberi dan melaporkan kepada pegawai penyelia. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 158 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


(B) ASPEK MEKANIKAL (B1) PERKHIDMATAN DALAM BANGUNAN 1. Menyelenggara, membaiki dan memasang sistem penyaman udara jenis berasingan dan jenis tingkap, menara penyejuk, sesalur udara, paip refrigerant dan motor dan sistem pengudaraan. 2. Menyelenggara, membaiki dan memasang tangki simpanan air, pam kumbahan, pemampat udara, paip air, overhead crane, mesin peralatan dalam bengkel, peralatan dapur, sistem pencegah kebakaran dan semua jenis pam dalam bangunan. 3. Menyenggara, membaiki, memasang dan menguji sistem pendawaian dalam litar kawalan, starter, compressor dan blower. 4. Mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan, pemasangan, pembaikan dan pengujian sistem penyaman udara jenis berasingan dan jenis tingkap, menara penyejuk, sesalur udara, paip refrigerant dan sistem pengudaraan. 5. Mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan, pemasangan, pembaikan dan pengujian tangki simpanan air, overhead crane, mesin peralatan dalam bengkel, peralatan dapur, sistem pencegah kebakaran dan semua jenis pam dalam bangunan. 6. Mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan, pemasangan, pembaikan sistem pendawaian dalam litar kawalan, starter, compressor dan blower. (B2) AUTOMOTIF 1. Menyelenggara, menguji, membaiki, mencuci, mengganti dan memasang komponenkomponen kenderaan/loji ringan yang menggunakan enjin petrol/diesel dan komponenkomponen bahan api pada enjin jenis diesel; 2. Menyenggara, mengganti, menampal, membaiki dan memasang tayar kenderaan/loji yang menggunakan enjin petrol/diesel serta peralatan jentera berat; 3. Mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan, pengujian, penggantian, pemasangan, dan pembaikan kenderaan/loji ringan yang menggunakan enjin petrol/diesel. (B3) JENTERA BERAT 1. Menyenggara, menguji, membaiki, mencuci, mengganti dan memasang komponenkomponen kenderaan/ loji ringan/ peralatan jentera berat seperti sub-assembly hidraulic, undercarriage dan gear train, sistem penyejuk, sistem penghantaran, sistem brek mengikut jadual atau kecemasan; dan 2. Mengawasi kerja-kerja penyenggaraan, pengujian, penggantian, pemasangan dan pembaikan kenderaan/ loji ringan/peralatan jentera berat mengikut jadual atau kecemasan. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 159


(B4) LETRIK MOTOR 1. Menyelenggara, membaiki dan memasang sistem elektrik dalam kenderaan/loji, bateri, pemasangan peralatan/kawalan/peranti elektrik, sistem penghidup/cas dan membuat ujian sistem elektrik kenderaan/loji yang perlu termasuk menyediakan keputusan dan data-data pengujian; 2. Mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan, pengujian, penggantian, pemasangan dan pembaikan sistem elektrik dalam kenderaan/loji, bateri, pemasangan peralatan/kawalan/ peranti elektrik, sistem penghidup/cas dan membuat ujian sistem elektrik kenderaan/loji yang perlu termasuk menyediakan keputusan dan data-data pengujian; 3. Mengenal pasti, memeriksa dan menguji alat-alat ganti yang dikeluarkan oleh stor sentiasa berkeadaan baik dan selamat; 4. Menerima dan merekodkan aduan kerosakan dari pelanggan; dan 5. Mencatatkan dan merekodkan butir-butir kerja pembaikan, penyelenggaraan, penggantian dan pemasangan yang dilaksanakan mengikut arahan yang diberi dan melaporkan kepada pegawai penyelia. (C) ASPEK ELEKTRIKAL 1. Menyelenggara, memeriksa, mencari kerosakan dan membaiki kerosakan elektrik di bangunanbangunan kerajaan negeri dan persekutuan; 2. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan sementara dan persiapan tempat bagi majlis rasmi kerajaan bermula dari pemasangan, pengujian dan tunggu sedia; 3. Melaksanakan kerja-kerja pengujian pendawaian terhadap pemasangan di bangunan kerajaan mengikut keperluan semasa; 4. Melaksanakan kerja-kerja pembaikan kerosakan peralatan suis, kabel bawah tanah dan talian atas serta servis peralatan suis; 5. Membuat servis, membaik pulih dan menguji semua pemasangan elektrik voltan rendah termasuk semua jenis motor serta panel kawalannya; 6. Membaik pulih semua kerosakan dan kecacatan pemasangan lampu-lampu, suis gear, pemutus litar ke bumi serta lain-lain pendawaian dan pencahayaan; 7. Menerima dan merekodkan aduan kerosakan dari pelanggan; 8. Merekodkan butir-butir kerja pembaikan, penyenggaraan, penggantian dan pemasangan yang dilaksanakan mengikut arahan yang diberi dan melaporkan kepada pegawai penyelia; 9. Mengawasi kerja-kerja pemasangan sementara dan persiapan tempat bagi majlis rasmi kerajaan bermula dari pemasangan, pengujian dan tunggu sedia; 10. Mengenal pasti, memeriksa dan menguji alat-alat ganti yang dikeluarkan oleh stor sentiasa berkeadaan baik dan selamat; MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 160 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


11. Mengawasi kerja-kerja penyenggaraan, membaiki dan memasang kerosakan elektrik di bangunan kerajaan serta kerja-kerja pembaikan kerosakan peralatan suis, kabel bawah tanah dan talian atas serta servis peralatan suis, kabel bawah tanah dan talian atas serta servis peralatan suis; 12. Mengawasi kerja-kerja membuat servis, membaik pulih dan menguji semua pemasangan elektrik voltan rendah termasuk semua jenis motor serta panel kawalannya serta kerja-kerja membaiki, membaik pulih semua kerosakan dan kecacatan pemasangan lampu-lampu, suis gear, pemutus litar ke bumi dan lain-lain pendawaian dan pencahayaan; dan 13. Melaksanakan kerja-kerja inspektorat pemasangan elektrik untuk premis-premis kerajaan persekutuan dan negeri. 14. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM66 | Juruaudio Visual (Sekolah Sukan Malaysia/Sekolah Seni Malaysia) 1. Mengendalikan alat siar raya yang terdiri daripada console mixer, speaker, amplifier, mikrofon dan alat-alat lain yang berkaitan dengannya. 2. Menyelenggara dan mengetahui prinsip-prinsip elektrik dan elektronik, kamera/kamera video, pencahayaan, bunyi, penyuntingan, tugas-tugas jurukamera dan floor manager serta bahasa filem yang berkaitan dengan audio visual. 3. Memastikan fungsi dan kejelasan alat-alat siar raya berada dalam keadaan memuaskan untuk menghasilkan suatu persembahan dan program yang baik. 4. Menjalankan rakaman eviden kesenian murid mengikut keperluan bidang kesenian di sekolah. 5. Mengendalikan alat siar raya atau rakaman video berkaitan acara/program di luar sekolah mengikut keperluan dan arahan ketua jabatan. 6. Melaksanakan urusan permohonan penggunaan/pinjaman peralatan audio dan video serta bilik khas. 7. Menyediakan video suntingan majlis/produksi kesenian mengikut keperluan. 8. Menyediakan suntingan video aktiviti rasmi sekolah, mengikut keperluan dan arahan dari semasa ke semasa. 9. Menyelenggara peralatan audio dan video yang rosak dan mendapatkan sebutharga daripada kontraktor yang berdaftar. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 161


10. Memastikan kesemua peralatan siar raya, video kamera dan multimedia didaftarkan sebagai aset dan inventori sekolah dan disimpan mengikut ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan. 11. Membantu dalam penataan lampu pentas untuk program atau majllis di sekolah. 12. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM67 | Jurupulih Perubatan (Sekolah Sukan Malaysia) (A) AMALAN KLINIKAL 1. Menyediakan rawatan kepada atlet murid. 2. Membuat penilaian, analisa maklumat dan merancang perawatan atlet murid berdasarkan piawaian perkhidmatan fisioterapi. (B) PENGURUSAN 1. Menentukan semua peralatan rawatan dalam keadaan yang baik. 2. Melaporkan setiap kerosakan peralatan kepada pengurusan sekolah. 3. Mengurus pembelian dan penyimpanan peralatan fisioterapi. (C) PENILAIAN 1. Mengumpul segala makumat pesakit yang dirawat (D) PENDIDIKAN 1. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada atlet tentang tahap dan jenis kecederaan. 2. Menyertai pembelajaran profesional lanjutan dan CME. (E) TUGAS-TUGAS RASMI LAIN 1. Menjalankan tugas rasmi sebagai pegawai Fisioterapi di luar kawasan sekolah apabila mengiringi pasukan atlet sekolah 2. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 162 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


HM68 | Operator Loji 1. Memastikan persekitaran loji selamat dan bersih. 2. Memeriksa panel-panel suis sebelum mengoperasikan loji. 3. Memastikan bekalan air yang disalurkan ke berek/flat/kuarters/asrama/dapur sekolah/ tandas sentiasa ada. 4. Mengepam dan memproses air serta memastikan air bersih dan selamat digunakan oleh pelajar dan kakitangan sekolah mengikut sukatan yang betul dan telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 5. Memastikan filter air berfungsi dengan baiknya dan tidak tersumbat supaya pengepaman air ke tangki utama berjalan dengan lancarnya. 6. Membersihkan high lift pump agar tidak berhabuk dan tidak cepat rosak. 7. Membersihkan tangki simpanan supaya air sentiasa dalam keadaan yang bersih dan tidak ada kelodak. 8. Membersihkan longkang di kawasan loji setiap hari agar sentiasa bersih dan tiada air yang bertakung. 9. Servis compressor dan mencuci filter supaya tidak rosak dan saluran air tidak tersumbat. 10. Memantau kotak suis dan high lift pump setiap hari supaya tidak berlaku kebakaran. 11. Memantau kawasan loji air semasa kerja-kerja pembaikan loji dijalankan. 12. Membantu membaiki alatan elektrik seperti lampu/ kipas/ suis/ pendawaian dalam kawasan sekolah. 13. Menjaga keselamatan pam air khasnya ketika air pasang surut (banjir). 14. Memastikan corong tadahan air hujan sentiasa berfungsi dengan baiknya. 15. Merekod segala peralatan enjin pam air. 16. Melakukan servis genset yang mudah seperti menukar minyak dan menukar filter. 17. Melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak pentadbir. 18. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 163


HM69 | Pembantu Perawatan Kesihatan (Sekolah Sukan Malaysia) TUGAS UTAMA (UMUM) 1. Mengemas katil, menukar kain dan sarung bantal yang kotor di bilik rawatan. 2. Mengurus tempahan makanan dan mengambil makanan dari dewan makan kepada atlet murid yang berada di bilik rawatan/klinik/hospital. 3. Mengiringi atlet murid untuk rawatan/rujukan/siasatan di hospital/klinik luar. 4. Membantu dalam memeriksa alat kelengkapan supaya berada dalam keadaan baik, selamat dan boleh digunakan. 5. Membersihkan alat kelengkapan perubatan yang telah digunakan. 6. Membantu tugas-tugas memeriksa inventori di stor ubat dan bukan ubat. 7. Memastikan keselamatan dan kebersihan unit/jabatan tempat bertugas. 8. Membantu pegawai dalam prosedur pemeriksaan, ujian dan rawatan pesakit (menemani pesakit). TUGAS UTAMA (KHUSUS) 1. Merekod kedatangan atlet murid dan menjaga serta menyusun kad rawatan murid. 2. Mengambil dan merekod sukatan tinggi, berat badan, suhu badan, pernafasan dan nadi atlet murid. 3. Membantu dalam penyediaan alat-alat perubatan seperti: a. Memasang alat suction b. Menukar tangki gas oksigen yang kosong c. Mensterilkan peralatan rawatan (Auto clave) 4. Membantu tugas-tugas dalam keadaan kecemasan seperti: a. Menyediakan keperluan dan peralatan intravena b. Mengepam ambu bag c. Memberi oksigen - nasal dan mask d. Melakukan suction e. Melakukan Kardiopulmonari Resussitasi Asas (CPR). 5. Membuat dressing yang mudah. 6. Melakukan tugas asas pembersihan dan pembasmian - concurrent and terminal infection di mana perlu. 7. Mengemas dan membersihkan peralatan selepas setiap prosedur dan membuang sisa-sisa klinikal mengikut protokol. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 164 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


8. Membantu dalam program pendidikan kesihatan atlet murid. 9. Mengurus janjitemu atlet murid di hospital. 10. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM70 | Penolong Pustakawan 1. Mengendali sumber maklumat yang diperlukan oleh perpustakaan dan bagi mewujudkan pusat kecemerlangan pelbagai bidang seperti perolehan, penerimaan dan pemprosesan. 2. Melaksanakan pendokumentasian bagi koleksi yang diperolehi iaitu pengkatalogan asas, pengkelasan, pengindeksan dan penyediaan bibliografi. 3. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan bagi memenuhi kepuasan pelanggan. 4. Melaksanakan perkhidmatan seperti berikut: a. perkhidmatan asas iaitu rujukan dan perujukan, pinjaman, pinjaman antara perpustakaan, profil pengguna, kesedaran semasa, pendidikan pengguna, pinjaman kelompok dan pameran b. perkhidmatan pengurusan ilmu seperti e-perkhidmatan dan pempakejan maklumat c. program galakan membaca melalui pameran buku, ulasan buku, ceramah kerjaya dan lawatan berpandu d. melaksanakan promosi perkhidmatan e. mengumpul maklum balas f. membantu mengumpul statistik dan mengadakan laporan. 5. Menyediakan kemudahan perkhidmatan perpustakaan bagi memenuhi kepuasan pelanggan mengikut kesesuaian perpustakaan: a. menyediakan kemudahan sirkulasi secara online b. perkhidmatan kesetiausahaan c. Internet/intranet/extranet d. perkhidmatan multimedia e. salinan foto dan reprografi f. bilik perbincangan/bilik karel/bilik hipermedia. 6. Menggunakan aplikasi ICT di perpustakaan: a. Sistem Perpustakaan Bersepadu b. membuat pendigitan kandungan tempatan. 7. Mengendali program pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat: a. menyelenggara sumber maklumat perpustakaan seperti persekitaran, suhu, kelembapan MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 165


udara, pencahayaan dan menyenggara peralatan perpustakaan b. menyenggara peralatan keselamatan dengan mengawasi koleksi perpustakaan dan mengawasi sistem kawalan keselamatan. 8. Membantu kerja kewangan seperti pembayaran, perolehan dan membantu menyedia laporan. 9. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM71 | Jurufotografi (Sekolah Seni Malaysia) 1. Membuat liputan dan mengambil gambar/slide/video bagi aktiviti rasmi jabatan. 2. Memproses filem/slide/video/CD, mencetak semula, menyalin dan membuat suntingan. 3. Membuat inventori/katalog dan penyimpanan (filem/slide/CD/video tape). 4. Menyelenggara peralatan kamera/video dan memastikan peralatan kamera/video dalam keadaan baik. 5. Menyediakan peralatan audio untuk aktiviti rasmi di dalam dan di luar jabatan. 6. Mengumpul dan mengemaskinikan maklumat perancangan dalam bentuk slide serta menyediakan album aktiviti jabatan. 7. Membantu dalam persiapan aktiviti kualiti dan sosial jabatan. 8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM72 | Jururawat Terlatih (Sekolah Sukan Malaysia) 1. Merekod kedatangan pesakit. 2. Memberi ubatan mengikut preskripsi dan peraturan yang ditetapkan. 3. Menjalankan jagaan dan rawatan mengikut keperluan dan piawaian yang ditetapkan. 4. Mengawasi dan menentukan alat-alat kelengkapan perubatan dan bukan perubatan dalam keadaan baik. 5. Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan. 6. Merekod keluar masuk stok ubatan dan barangan consumable. 7. Mengiringi atlet murid ke hospital jika perlu. 8. Menyedia Pasukan Perubatan. 9. Saringan penyakit berjangkit. 10. Pengurusan fail-fail di klinik. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 166 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


11. Mendokumenkan kemajuan rawatan dan laporan tentang perkara luar biasa/kesan sampingan kepada pegawai berkaitan. 12. Memberi perhatian kepada keperluan khas yang merangkumi aspek fizikal dan psikososial atlet murid. 13. Memastikan atlet murid yang menerima aliran intravena perlu menepati regim mengikut arahan. 14. Bertanggungjawab memberi rawatan awal bagi kes-kes kecemasan. 15. Membantu penolong pegawai perubatan semasa menjalankan pemeriksaan terhadap atlet murid. 16. Menentukan dokumentasi dan pengumpulan data dijalankan dengan tepatnya dan mengambil langkah untuk memperbaiki perkhidmatan. 17. Membuat tempahan makanan bagi atlet murid yang berada di bilik rawatan dan atlet murid yang mendapatkan rawatan di hospital/klinik luar. 18. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. HM73 | Penolong Jurutera (Sekolah Sukan Malaysia) 1. Mengurus dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang kerosakan dan menentukan kaedah kerja pembaikan kerosakan peralatan dan sistem yang berkaitan. 2. Mengurus dan menyediakan kemudahan peralatan teknikal yang berkaitan jika diperlukan. 3. Mengurus pembelian alat ganti, pertukangan dan peralatan yang berkaitan serta perkhidmatan. 4. Menyediakan anggaran kos dan spesifikasi kerja dalam dokumen sebut harga untuk kerjakerja pembaikan, penyelenggaraan mengikut pelan dan spesifikasi yang ditetapkan. 5. Mengatur, menyelia dan mengawasi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, projek kecil dan pembangunan mengikut pelan dan spesifikasi yang ditetapkan. 6. Membantu menyediakan laporan status pelaksanaan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, projek kecil dan pembangunan yang berkaitan, sedang dan telah dilaksanakan. 7. Membantu memeriksa dan mengesahkan tuntutan bayaran oleh pihak kontraktor berkenaan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, projek kecil dan pembangunan yang berkaitan. 8. Mengemaskinikan dokumen berkaitan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, projek kecil dan pembangunan serta merekod pendaftaran lesen kontraktor dan menilai prestasi kerja kontraktor yang berkenaan. 9. Membantu membuat perancangan tahunan bagi permohonan peruntukan penyelenggaraan, projek kecil dan pembangunan yang berkaitan kepada pihak pengurusan. 10. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 167


(A) BIDANG PENGKHUSUSAN AWAM 1. Menerima aduan kerosakan, melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan pembaikan berdasarkan laporan pemeriksaan yang dijalankan dan melaksanakan penyelenggaraan berkala bangunan dan kemudahan fizikal. 2. Merancang, menyelia, mengurus dan menjalankan kerja-kerja berkaitan peralatan teknikal, pembelian alat ganti, pertukangan, peralatan berkaitan perkhidmatan dan menyediakan anggaran kos. 3. Memeriksa, menyelenggara dan memastikan tangki air, saluran paip pili, sinki, flush, paip tandas dan sistem pembetungan dan tangki septik/kumbahan sentiasa berfungsi dengan baiknya. 4. Menyelia dan mengawasi pelaksanaan kerja pembaikan, penyelenggaraan dan projek-projek kecil. 5. Membantu menyediakan laporan status pelaksanaan kerja, mengemaskinikan dokumen berkaitan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, projek kecil dan pembangunan. 6. Membantu membuat perancangan tahunan bagi permohonan peruntukan penyelenggaraan projek kecil dan pembangunan. 7. Menyelenggara dan memastikan perabot dalam keadaan baik dan selamat digunakan. (B) PENGURUSAN ASET/ SELENGGARA 1. Menyelaraskan dan menyelia dalam aspek pengurusan aset (penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira). 2. Menyelaraskan dan menyelia penyedian laporan harta modal, inventori dan laporan pelupusan aset alih kerajaan. 3. Menyelaraskan, mengawas atau melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. pembaikan, penggantian dan pemasangan (skop kerja awam/mekanikal/elektrik) bagi dalam dan luar bangunan. 4. Membantu menjalankan kerja-kerja forensik bagi aduan kerosakan struktur bangunan atau membantu jabatan/agensi yang terlibat dalam penyiasatan forensik tersebut termasuk memastikan tarikh lawatan tapak dan maklumat lain berkaitan untuk tujuan laporan penyiasatan di tapak. 5. Mengumpul dan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan kajian post occupancy bagi projek-projek yang telah disiapkan dan diserahkan kepada pelanggan bagi tujuan penanda aras dan penambahbaikan yang berterusan. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 168 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


(C) WORKSHOP AUTOMATIF (Bidang Mekanikal) 1. Menyelaraskan pengujian dan pemeriksaan kenderaan baharu untuk jabatan-jabatan kerajaan, kenderaan terpakai untuk nilaian harga rizab kenderaan dan pinjaman kewangan kerajaan bagi pegawai kerajaan. 2. Membuat anggaran visual dan anggaran kos pembaikan kenderaan jabatan kerajaan yang terlibat dengan kemalangan dan penilaian harga lelong serta lucut hak kenderaan. 3. Melaksanakan pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan dan loji mengikut jadual yang ditetapkan. HM74 | Penolong Pegawai Perubatan (Sekolah Sukan Malaysia) 1. Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit yang ringan. 2. Preskripsi ubatan mengikut diagnosis. 3. Merujuk atlet murid ke klinik atau hospital luar jika perlu. 4. Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan. 5. Memberi rawatan awal bagi kes-kes kecemasan. 6. Menyedia Pasukan Perubatan. 7. Membuat inventori peralatan kelengkapan perubatan dan bukan perubatan. 8. Mengurus pembelian stok ubatan dan barangan klinik. 9. Mematuhi kaedah kawalan jangkitan dan teknik pengasingan diamalkan dengan cara yang betul seperti standard precaution. 10. Memberi rawatan kepada pesakit asma mengikut garis panduan yang ditetapkan. 11. Mengambil, mencatat dan menaksir pemerhatian penting termasuk vital signs dan melaporkan dengan segeranya jika terdapat keadaan luar biasa. 12. Menentukan dokumentasi dan pengumpulan data dijalankan dengan tepatnya dan mengambil langkah untuk memperbaiki perkhidmatan. 13. Menyediakan ubat-ubatan/suntikan mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan. 14. Mengiringi atlet murid ke hospital jika perlu. 15. Menentukan dokumentasi dan pengumpulan data dijalankan dengan tepatnya dan mengambil langkah untuk memperbaiki perkhidmatan. 16. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 169


HM75 | Pegawai Dietetik (Sekolah Sukan Malaysia) PEGAWAI DIETETIK GRED 41 (A) ASPEK DIETETIK KLINIKAL 1. Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional assessment, nutritional diagnosis, nutrition intervention, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap atlet murid yang dilihat. 2. Melaksanakan analisis komposisi tubuh (Indeks Jisim Tubuh, peratusan serta jisim otot dan lemak) menggunakan peralatan yang sesuai. (contohnya: Inbody 170, Tanita, Skinfold Caliper dll) 3. Memberi konsultasi diet kepada atlet murid secara individu (spesifik) atau berkumpulan merangkumi pelbagai topik pemakanan prestasi sukan. 4. Memberi ceramah pemakanan kepada atlet murid sebagai persediaan menghadapi pertandingan dan pemulihan kecederaan. 5. Memberi panduan dan menjadi rujukan kepada atlet murid dalam menentukan saiz porsi makanan secara hands on dan berterusan semasa waktu sarapan pagi dan makan tengahari atlet murid di dewan makan asrama. 6. Memberi konsultasi diet kepada atlet kelainan upaya (paralimpik) spesifik kepada atlet kategori OKU dan kepada kakitangan sekolah. 7. Menjadi pakar rujuk berkaitan makanan tambahan untuk atlet murid (terutama berkaitan bahan terlarang di dalam makanan tambahan) 8. Melaksanakan ujian hidrasi mengikut keperluan sukan. (B) ASPEK DIETETIK KOMUNITI. 1. Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan pemakanan sukan kepada agensi, organisasi dan media massa. (C) ASPEK PERKHIDMATAN MAKANAN. 1. Memberi khidmat pakar rujuk pemakanan dan dietetik dalam pengurusan perkhidmatan dewan makan asrama berkaitan aspek menu, kualiti dan keselamatan makanan. 2. Melaporkan ketidakpatuhan kontraktor terhadap kontrak semasa berkaitan spesifikasi kontrak, syarat, piawaian, garis panduan dan akta kepada pihak pentadbiran ke arah pencapaian kualiti yang ditetapkan. 3. Perancangan menu Sekolah Sukan Malaysia. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 170 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


(D) ASPEK LATIHAN 1. Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet, pemakanan sihat kepada Penyelia Asrama dan kakitangan dewan makan. 2. Memberi tumpuan kepada memperkembangkan lagi bidang pemakanan sukan secara pengkhususan supaya selaras dengan perkembangan sains sukan dan pemakanan yang terkini. 3. Memastikan atlet murid memahami tentang penjagaan diet dan menghadiri janji temu seterusnya untuk pemantauan dan penilaian seterusnya. PEGAWAI DIETETIK GRED U44 (A) ASPEK PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN. 1. Mengurus operasi dan tatacara pentadbiran unit mengikut garis panduan dan piawaian yang ditetapkan. 2. Melaksanakan pembelian makanan tambahan mengikut tatacara perolehan yang ditetapkan. 3. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. (B) ASPEK DIETETIK KLINIKAL. 1. Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional assessment, nutrition diagnosis, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap atlet murid yang dilihat. 2. Melaksanakan analisis komposisi tubuh (Indeks Jisim Tubuh, peratusan serta jisim otot dan lemak) menggunakan peralatan yang sesuai. (contohnya: Inbody 170, Tanita, Skinfold Caliper dll) 3. Memberi konsultasi diet kepada atlet murid secara individu (spesifik) atau berkumpulan merangkumi pelbagai topik pemakanan prestasi sukan. 4. Memberi ceramah pemakanan kepada atlet murid sebagai persediaan menghadapi pertandingan dan pemulihan kecederaan. 5. Memberi panduan dan menjadi rujukan kepada atlet murid dalam menentukan saiz porsi makanan secara hands on dan berterusan semasa waktu sarapan pagi dan makan tengahari atlet murid di dewan makan asrama. 6. Memberi konsultasi diet kepada atlet kelainan upaya (paralimpik) spesifik kepada atlet kategori OKU kepada kakitangan sekolah. 7. Menjadi pakar rujuk berkaitan makanan tambahan untuk atlet murid (terutama berkaitan bahan terlarang di dalam makanan tambahan). 8. Melaksanakan ujian hidrasi mengikut keperluan sukan. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 171


(C) ASPEK DIETETIK KOMUNITI Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan pemakanan sukan kepada, organisasi dan media massa. (D) ASPEK PERKHIDMATAN MAKANAN. 1. Memberi khidmat pakar rujuk pemakanan dan dietetik dalam pengurusan perkhidmatan dewan makan asrama berkaitan aspek menu, kualiti dan keselamatan makanan. 2. Melaporkan ketidakpatuhan kontraktor terhadap kontrak semasa berkaitan spesifikasi kontrak, syarat, piawaian, garis panduan dan akta kepada pihak pentadbiran kearah pencapaian kualiti yang ditetapkan. 3. Perancangan menu untuk Sekolah Sukan Malaysia. (E) ASPEK LATIHAN Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet, pemakanan sihat kepada penyelia asrama, dan kakitangan dewan makan. (F) ASPEK PEMAKANAN SUKAN 1. Memberi tumpuan kepada memperkembangkan lagi bidang pemakanan sukan secara pengkhususan supaya selaras dengan perkembangan sains sukan dan pemakanan yang terkini. 2. Memastikan atlet murid memahami tentang penjagaan diet dan menghadiri janji temu seterusnya untuk pemantauan dan penilaian semula. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 172 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PORTFOLIO TANPA JAWATAN Portfolio yang diwujudkan di sekolah untuk melaksanakan tugas sampingan bagi menyokong tugas utama. 2.2 PERINCIAN TUGAS PORTFOLIO TANPA JAWATAN 2.2.1 - KOMPONEN PENGURUSAN PM01. Guru Kelas PM02. Guru Bertugas Harian PM03. Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Lantikan Dalaman PM04. Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan PM05. Penyelaras Tingkatan PM06. Setiausaha Jawatankuasa 2.2.2 - KOMPONEN KURIKULUM PM07. Ketua Panitia PM08. Setiausaha Peperiksaan Dalaman PM09. Setiausaha Peperiksaan Awam PM10. Penyelaras ICT Lantikan Dalaman PM11. Guru Resos Masalah Penglihatan 2.2.3 - KOMPONEN HAL EHWAL MURID (HEM) PM12. Ketua Guru Disiplin PM13. Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) PM14. Warden Asrama 2.2.4 - KOMPONEN KOKURIKULUM PM15. Setiausaha Sukan PM16. Penyelaras Unit-Unit Kokurikulum – Penyelaras Unit Badan Beruniform, Penyelaras Unit Kelab dan Persatuan, Penyelaras Unit Sukan dan Permainan PM17. Guru Penasihat Unit-Unit Kokurikulum – Guru Penasihat Unit Badan Beruniform, Guru Penasihat Unit Kelab dan Persatuan, Guru Penasihat Unit Sukan dan Permainan P MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 173


2.2.1 KOMPONEN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PM01 | Guru Kelas RUJUKAN i. Buku Panduan bagi mengatasi masalah ponteng di sekolah-Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sekolah. Unit Disiplin 1994 ii. Surat Pekeliling Bilangan 6 Tahun 1995 : Menangani Masalah Ponteng di Sekolah iii. Surat Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2019 : Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 4 Tahun 2018 : Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah 1. Merekod dan mengemaskinikan kehadiran serta butiran peribadi murid. 2. Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah. 3. Melaksanakan tindakan berikut bagi kes-kes ponteng sekolah seperti : a. Surat Amaran Pertama pada hari ketiga (3) tidak hadir berturut-turut atau pada hari kesepuluh tidak hadir bukan berturut-turut. b. Surat Amaran Kedua pada tujuh (7) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir berturutturut atau sepuluh (10) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir bukan berturut-turut. c. Surat Amaran Terakhir pada tujuh (7) hari selepas Amaran Kedua tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Kedua tidak hadir bukan berturut-turut. d. Surat Buang Sekolah (bertandatangan PGB) secara berdaftar pada 14 hari selepas Amaran Terakhir (31 hari) tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Terakhir (60 hari) tidak hadir bukan berturut-turut. 4. Memaklumkan kepada guru admin APDM untuk mengeluarkan nama murid dari sistem selepas Surat Buang Sekolah dikeluarkan. 5. Sekiranya murid tidak hadir selama 60 hari persekolahan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujuk kepada PGB terlebih dahulu. 6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua kelas mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan mengurus pertukaran murid. 7. Mengurus pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 174 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


8. Membantu PGB dalam pengurusan pendidikan dan kebajikan, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa/penjaga, sijil-sijil dan surat akuan. 9. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu murid. 10. Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik. 11. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada GPK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang dan masalah disiplin lain. 12. Merekod dan mengemaskinikan butiran maklumat murid pindah masuk dan pindah keluar di dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan Buku Daftar Kemasukan Murid/ sistem yang berkuat kuasa sekarang. 13. Mengurus fail peribadi murid yang mengandungi dokumen berikut baharu jika ada pertukaran: a. Rekod Prestasi Murid b. Kad Rawatan Perkhidmatan Pergigian dan Buku Rekod Kesihatan Murid c. Buku Maklumat Kokurikulum dan PAJSK d. Laporan SSDM dan Borang Laporan Psikometrik 14. Mengisi borang pengesahan calon bagi kelas-kelas peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja. 15. Mengisi butiran semua ujian dan pentaksiran dengan lengkapnya dan dianalisis dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) melalui guru mata pelajaran. 16. Memastikan keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 17. Menyediakan senarai tugas bagi murid dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan. 18. Memastikan sudut info kelas ditampalkan dengan bahan ilmiah yang positif, membina dan terkini. 19. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PM02 | Guru Bertugas Harian 1. Guru bertugas harian disarankan hadir awal sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu persekolahan bermula mengikut keperluan dan ketetapan pihak pentadbir sekolah. 2. Mengingatkan warga sekolah bagi memastikan semua lampu, kipas, pili air dan suis eletrik ditutup sebelum meninggalkan kelas. 3. Mengingatkan guru dan murid supaya menjaga kebersihan, memastikan bilik-bilik darjah disapu, sampah-sarap dibuang serta lampu dan kipas/tingkap ditutup sebelum tamat sesi persekolahan. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 175


4. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah (jika perlu). 5. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 6. Memastikan murid mengikut peraturan semasa membeli makanan di kantin. 7. Mengurus murid yang sakit dengan memaklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan rawatan bagi murid tersebut. 8. Memastikan surat pengesahan murid dan nama murid direkodkan sebelum ke hospital. 9. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang dari sekolah serta waktu rehat. 10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah. 11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah: a. Rumusan guru tidak hadir b. Rumusan murid sakit dan murid pulang awal c. Laporan perhimpunan rasmi dan pengumuman dalam perhimpunan harian d. Laporan pemerhatian guru bertugas e. Hal-hal lain 12. Memastikan perhimpunan rasmi berjalan lancar mengikut tatacara perhimpunan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 13. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PM03 | Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Lantikan Dalaman RUJUKAN i. Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi , KPM 2015 1. Portfolio Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Lantikan Dalaman (PPPKILD (PM03)) diwujudkan bagi sekolah yang bilangan kelas PPKI kurang daripada 4 buah kelas bagi melaksanakan tugas Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (HM06). 2. Tugas PPPKILD (PM03) bukanlah sepenuh masa sebagaimana Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (HM06) kerana fokus utama masih kepada tugas PdP. 3. Waktu mengajar PPPKILD (PM03) boleh dikurangkan atas budi bicara PGB. 4. Tugas yang dilaksanakan oleh PPPKILD (PM03) boleh dirujuk pada tugas Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (HM06). 5. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 176 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PM04 | Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan RUJUKAN i. Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005 : Menyokong Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) ii. Garis Panduan Sistem Pengurusan Latihan KPM dalam SPLKPM, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2014 iii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2019 : Dasar Latihan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia iv. Surat Pemberitahuan Perkhidmatan Awam Bil 3/2019 : Skim Latihan dalam Perkhidmatan dalam Negeri. 1. Memastikan semua maklumat guru dan AKP dalam SPLKPM yang diperoleh dari data e-Operasi adalah betul. 2. Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat sekolah dalam SPLKPM melalui Modul SULDP. 3. Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLKPM kepada semua guru. 4. Memastikan semua guru mengisi Instrumen Analisis Keperluan Latihan (Training Need Analysis - TNA) melalui Modul Individu. 5. Mencalonkan peserta bagi latihan yang ditawarkan di peringkat PPD. 6. Mengurus, menyemak dan menyokong Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) yang didaftarkan oleh guru menerusi Modul Individu secara atas talian. 7. Memantau, merekodkan dan mengemukakan laporan pelaksanaan serta perbelanjaan latihan secara sistematik : a. Laporan dikemukakan pada awal bulan Julai dan Disember setiap tahun. b. Latihan menggunakan peruntukan sedia ada. 8. Membuat penilaian keberkesanan latihan. 9. Mengemaskinikan senarai warga kerja dan maklumat latihan yang diperlukan dalam sistem pengurusan latihan. 10. Memastikan setiap pegawai mengemukakan sijil/dokumen/laporan kursus bagi tujuan pengesahan kehadiran. 11. Memantau prestasi kehadiran latihan menerusi sistem pengurusan latihan. 12. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 177


PM05 | Penyelaras Tingkatan 1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam kelas di bawah jagaannya dengan mendapatkan persetujuan PGB. 2. Membantu menerima kemasukan murid baharu dan membuat penempatan mengikut kelulusan PPD/JPN. 3. Memaklumkan kepada PGB jumlah murid dalam setiap kelas dari semasa ke semasa. 4. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baharu disimpan dan memastikan guru kelas mendaftarkan maklumat murid di dalam Buku Pendaftaran serta memaklumkan kepada guru admin APDM. 5. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baharu disimpan dengan kemas dan teratur. 6. Memastikan guru kelas mengisi maklumat murid di dalam Buku Pendaftaran Murid. 7. Memastikan guru kelas mengemaskini Profil Murid di dalam APDM dari semasa ke semasa. 8. Mengemaskinikan dan menyimpan fail-fail pertukaran murid dengan kerjasama Pembantu Operasi. 9. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PM06 | Setiausaha Jawatankuasa RUJUKAN i. PTPA Bil. 2 Tahun 2018 : My Mesyuarat - Ekosistem Pengurusan Mesyuarat Era Dgital (A) TUGAS UMUM 1. Membantu merancang pelaksanaan sesuatu program dalam jawatankuasa. 2. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan sesuatu program. 3. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail jawatankuasa. 4. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan. 5. Mengumpul semua laporan aktiviti yang telah dilaksanakan. 6. Menyediakan laporan dan dokumentasi tahunan mengikut jawatankuasa. 7. Memberi input yang imaginatif dan inovatif untuk peningkatan kecemerlangan jawatankuasa. 8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 178 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


(B) TINDAKAN SEBELUM MESYUARAT 1. Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat bersama pengerusi mesyuarat 2. Membuat tempahan bilik mesyuarat. 3. Mengurus kertas-kertas pembentangan/bahan-bahan dan dokumen yang diperlukan dalam mesyuarat. 4. Mendapatkan maklum balas bagi mesyuarat lepas. 5. Menghantar jemputan mesyuarat 6. Mengadakan perbincangan sebelum mesyuarat. 7. Mengesahkan kehadiran. 8. Memastikan persediaan kemudahan-kemudahan bilik mesyuarat. 9. Menangguhkan atau membatalkan mesyuarat dengan arahan pengerusi. (C) TINDAKAN SEMASA MESYUARAT 1. Mengemaskinikan kehadiran ahli mesyuarat semasa mesyuarat berlangsung. 2. Memastikan mesyuarat dijalankan mengikut agenda yang telah ditetapkan 3. Merekodkan perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat bagi tujuan penyediaan minit mesyuarat. (D) TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT 1. Menyediakan minit mesyuarat. 2. Mengedarkan minit dan format/ borang maklum balas mesyuarat. 3. Mendapatkan maklum balas mesyuarat. 4. Merekod dan menyimpan minit mesyuarat. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 179


2.2.2 KOMPONEN KURIKULUM PM07 | Ketua Panitia RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 4 /1986 : Panitia Mata Pelajaran ii. Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia. 1. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia. 2. Menyediakan rancangan mengajar untuk setiap penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu kelas dan juga di antara kelas di mana ada kaitan. 3. Memilih dan mencadangkan kepada PGB buku tambahan (jika diperlukan) untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak standard kandungan dan standard pelajaran yang terdapat dalam DSKP dan tahap kebolehan murid. 4. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. 5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan pentaksiran (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap kelas dan jika perlu menubuhkan bank soalan. 6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran. 7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad hoc’ bila dan jika perlu. 8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut. 9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 180 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. 11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan. 12. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu. 13. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia. 14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. 15. Mengurus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk ahli-ahli panitia. 16. Memastikan semua ahli panitia mendapat maklumat terkini tentang mata pelajaran masingmasing. 17. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PM08 | Setiausaha Peperiksaan Dalaman RUJUKAN i. Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 1/2014 : Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ii. Pelaksanaan Penggunaan Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Dalam Toolkit Pembangunan Sekolah Bagi Program Pembangunan Sekolah Di Bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, (KPM.NKRA.100-15/1/1Jld.4(17) bertarikh 7 Jun 2011 1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah. 2. Menyelaraskan dan mengedarkan jadual pembina item serta penyedia kertas soalan. 3. Mengurus percetakan, pembahagian, dan tempat menyimpan kertas soalan dan memastikan keselamatannya. 4. Memastikan kertas-kertas soalan dan peraturan permarkahan disahkan oleh Ketua Panitia dalam masa yang ditetapkan. 5. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas soalan yang telah dicetak. 6. Memastikan kertas soalan diedarkan kepada guru pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan. 7. Memastikan jadual waktu penandaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 181


8. Memastikan salinan kertas soalan disimpan sebagai rujukan di dalam bank soalan. 9. Menyelia dan mengurus Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS). 10. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PM09 | Setiausaha Peperiksaan Awam RUJUKAN i. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 : Peraturan Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997. ii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 10/1998 : Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan Dan Sekolah Swasta iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/2001 : Pindaan Bagi Para 2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1998 - Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan Dan Sekolah Swasta iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/2007 : Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam v. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3/2009 : Perlaksanaan Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. vi. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/2010 : Pelaksanaan Dasar Menghadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia vii. Surat Makluman KPM/KPPM/7 (22) bertarikh 18 Disember 2014 : Kadar Bayaran Baharu Bagi Pengurusan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) viii. Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2016. ix. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6/2019 : Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 6 Tahun 2019: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020 x. Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, KPM (2019) xi. Panduan Pendaftaran Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah/Sekolah /Institusi Majlis Peperiksaan Malaysia MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 182 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


: Perkara 7.1(e) – Pengetua sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama setiausaha peperiksaan kepada ketua sekor/unit penilaian dan peperiksaan JPN dan PPD. (A) FUNGSI Mengurus pengendalian peperiksaan bertulis di peringkat sekolah mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). (B) TANGGUNGJAWAB 1. Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. 2. Memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan di peringkat sekolah dilaksanakan dengan teratur. 3. Mencalonkan kakitangan kerajaan bukan guru sebagai pengemas bilik pusat peperiksaan. 4. Memastikan peperiksaan bertulis di sekolahnya berjalan dengan lancar dan selamat. 5. Berada di sekolah sepanjang tempoh/masa peperiksaan dijalankan. 6. Memastikan penggunaan dewan sebagai tempat peperiksaan bagi sekolah yang mempunyai dewan. 7. Menyediakan dewan/bilik peperiksaan yang sesuai, selesa dan selamat bagi kegunaan petugas peperiksaan dan calon iaitu: a. tidak bocor, tidak terkena tempias ketika hujan, tidak terkena pancaran matahari dan perkara lain yang boleh mengganggu calon; b. gambar, tulisan, carta atau gambar rajah yang boleh membantu calon dialih/ditutup; c. kerusi dan meja sesuai dengan keadaan calon; d. jarak antara keempat-empat sisi meja dengan meja lain atau dinding tidak kurang dari 0.5 meter dan jarak antara pusat meja adalah tidak kurang dari 1.25 hingga 1.50 meter. e. papan tanda “KAWASAN LARANGAN” dan “PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN” diletakkan di bahagian luar dewan/bilik peperiksaan; f. Jadual Waktu Peperiksaan ditampal pada setiap pintu masuk dewan/bilik peperiksaan; g. melengkapkan dengan peralatan berikut:- • jam dinding yang mencukupi, berfungsi dan sesuai • kipas dan lampu yang mencukupi, berfungsi dan sesuai • almari besi berpalang yang boleh dikunci dan diletakkan di dewan/bilik peperiksaan utama • papan tulis yang sesuai • peti pertolongan cemas • alat pembesar suara yang sesuai dan berfungsi dengan baik 8. Menyediakan tiga (3) salinan pelan tempat duduk calon setelah kerusi dan meja disusun dalam dewan/bilik peperiksaan: MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 183


a. Salinan pertama - dipamerkan di pintu masuk dewan atau bilik peperiksaan berkenaan; b. Salinan kedua - diserahkan kepada Ketua Pengawas semasa lawatan ke pusat peperiksaan; dan c. Salinan ketiga - diserahkan kepada KPPK/KPP SPP JPN Jabatan Pendidikan Negeri. 9. Menerima bahan peperiksaan daripada PK, mengambil tindakan berpandukan arahan LP dan menyerahkan bahan peperiksaan berkenaan kepada KPP. 10. Memastikan tiada gangguan yang boleh menjejaskan penumpuan calon. 11. Memastikan kedudukan tandas/bilik air bagi lelaki dan perempuan berhampiran dengan dewan/ bilik peperiksaan serta menampal label KHAS UNTUK CALON PEPERIKSAAN di bahagian luar tandas. 12. Memastikan pejabat sekolah mula beroperasi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum peperiksaan dimulakan sepanjang peperiksaan berlangsung. 13. Memastikan mesin fotostat dan telefon pejabat sekolah berfungsi dan boleh digunakan oleh petugas peperiksaan. 14. Memastikan kantin sekolah beroperasi pada setiap hari peperiksaan. 15. Menyediakan bilik khas, kemudahan dan/atau peralatan bagi Calon berkeperluan Khas (CBK) berdasarkan permohonan calon yang telah diluluskan. 16. Memastikan almari berkunci dan berpalang berada di dewan/bilik peperiksaan utama sepanjang masa peperiksaan. 17. Memastikan pengawal keselamatan sekolah membuat rondaan kawalan keselamatan di luar kawasan larangan dewan/bilik peperiksaan dan mengawal pergerakan keluar masuk pelawat ke kawasan sekolah sepanjang tempoh peperiksaan. 18. Memastikan pengawal keselamatan membuat rondaan kawalan keselamatan di luar kawasan bilik kebal sekiranya bilik kebal berada di dalam kawasan sekolah. 19. Memaklumkan segera kepada Penyelia Kawasan atau KPPK/KPP SPP JPN jika ada calon yang dimasukkan ke hospital/pusat tahanan/pusat pemulihan/penjara. 20. Memastikan tidak ada apa-apa maklumat berkaitan perjalanan peperiksaan diberikan kepada pihak awam dan media. 21. Memastikan keperluan tempat tinggal, makan dan minum calon-calon yang tidak dapat pulang kerana dikuarantin/perintah berkurung/bencana alam diuruskan oleh guru bertugas. 22. Melantik guru bertugas sepanjang peperiksaan berlangsung dan memastikan guru tersebut melaksanakan tanggungjawab berikut: a. mengawal disiplin calon sewaktu di luar dewan/bilik peperiksaan; b. menjadi saksi semasa karung keselamatan mengandungi sampul kertas peperiksaan dibuka di dewan/bilik peperiksaan utama. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 184 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


c. menjadi saksi dengan menurunkan tandatangan dan menulis nombor Kad Pengenalan bagi mengesahkan sampul pembungkus kertas peperiksaan yang dibuka di dewan/bilik peperiksaan utama tidak diceroboh. d. mengurus surat perakuan pengenalan diri calon bagi calon yang tidak membawa kad pengenalan/sijil kelahiran/dokumen pengenalan diri. Perakuan hanya boleh dilakukan oleh PGB atau GPK sahaja; e. membantu Ketua Pengawas Peperiksaan (KPP) mengurus calon-calon yang jatuh sakit pada waktu peperiksaan dijalankan; f. mengurus keperluan tempat tinggal, makan dan minum calon-calon yang tidak dapat pulang kerana dikuarantin/perintah berkurung/bencana alam; g. menjaga keselamatan dan kebajikan calon sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan seperti peperiksaan berakhir lewat; dan h. memaklumkan kepada PGB sekiranya berlaku kes-kes yang memerlukan tindakan segera. 23. Memastikan perkara berikut dilakukan selewat-lewatnya sehari sebelum peperiksaan bermula: a. membacakan garis panduan, arahan, amaran, larangan dalam jadual waktu peperiksaan kepada semua calon b. mengingatkan calon supaya membaca dan memahami garis panduan dan arahan peperiksaan yang dinyatakan dalam jadual waktu peperiksaan dan menandatangani borang pengakuan calon. c. menyimpan borang pengakuan calon. Borang pengakuan calon boleh dimusnahkan selepas enam (6) bulan dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan. d. mengingatkan semua calon supaya memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas serta sentiasa mematuhi peraturan dalam dewan/bilik peperiksaan. e. mengingatkan calon supaya sampai ke dewan/bilik peperiksaan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan. f. mengingatkan calon bahawa sebarang salah laku akan dilaporkan kepada LP. Pengarah Peperiksaan mempunyai hak untuk membatalkan keputusan peperiksaan mana-mana calon yang didapati sabit salah laku atau menggantung keputusan ini sebelum selesai siasatan terhadap perlakuan seseorang calon. 24. Menghadiri taklimat pendaftaran peperiksaan yang diberikan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP). 25. Mengedar borang pendaftaran, memberi penerangan tentang (berkaitan) peraturan pendaftaran dan cara-cara mengisi borang pendaftaran peperiksaan awam kepada murid-murid. 26. Mendaftar calon-calon peperiksaan melalui perisian peperiksaan secara atas talian (online). MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 185


27. Menyemak kenyataan semakan pendaftaran peperiksaan dan meminta murid membuat semakan sebelum menandatanganinya. 28. Mengisi borang berkaitan pendaftaran (calon cacat, tiada kad pengenalan dan lain-lain). 29. Menghantar data pendaftaran peperiksaan kepada SPP/Lembaga Peperiksaan. 30. Membuat salinan calon peperiksaan dan menyerahkan kepada GPK Pentadbiran, GPK HEM, Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan fail pejabat. 31. Memberikan senarai nama mengikut kelas kepada guru kelas dan guru mata pelajaran jika terlibat dengan kursus. 32. Menyemak senarai pendaftaran calon yang diterima daripada SPP dan mengisi borang pembetulan maklumat calon jika berlaku kesilapan. 33. Memastikan markah kerja kursus disediakan dan dihantar oleh guru mata pelajaran MPM/ LP/ JPN. 34. Menerima jadual peperiksaan dan mengedarkan kepada murid. 35. Mengambil slip peperiksaan daripada SPP dan menyerahkannya kepada murid. 36. Mengambil bahan peperiksaan, menyemak dan menyusun kertas JOB mengikut tarikh peperiksaan dan mata pelajaran. 37. Menyelia penyusunan tempat peperiksaan dan label meja dengan bantuan guru dan murid. 38. Menyediakan almari, jam dinding, papan putih, pen, pemadam dan papan tanda peperiksaan (peperiksaan bertulis). 39. Menampal jadual waktu peperiksaan, senarai guru bertugas dan pelan operasi payung di pusat peperiksaan. 40. Menyediakan pusat peperiksaan alternatif bagi menghadapi banjir. 41. Melaksanakan pelan menghadapi banjir semasa peperiksaan awam (operasi payung). 42. Mengedar slip dan membuat laporan keputusan peperiksaan. 43. Memastikan pelaksanaan PBS berjalan dengan lancar di sekolah. 44. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PM10 | Penyelaras ICT Lantikan Dalaman RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2005 : Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 186 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1. Portfolio Penyelaras ICT Lantikan Dalaman (PICTLD (PM10)) diwujudkan di sekolah yang tidak mempunyai Pusat Akses yang diiktiraf oleh BSTP KPM bagi melaksanakan tugas Guru Penyelaras Bestari (HM15). 2. Tugas PICTLD (PM10) bukanlah sepenuh masa sebagaimana Guru Penyelaras Bestari - (HM15) kerana fokus utama masih kepada tugas PdP. 3. Waktu mengajar PICTLD (PM10) boleh dikurangkan atas budi bicara PGB. 4. Tugas yang dilaksanakan oleh PICTLD - (PM10) boleh dirujuk pada tugas Guru Penyelaras Bestari (HM15). 5. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PM11 | Penyelaras Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) RUJUKAN i. Surat Siaran KPM-600-14/1/60 JLD.6(80) bertarikh 12 September 2017 : Pelaksanaan Program Perantisan Industri Menengah Atas di Sekolah Menengah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia. ii. Pelaksanaan Program Perantisan Industri Menengah Atas Tahun 2018. iii. Surat Siaran Bilangan 15/2019: Pelaksanaan KSSM Bagi Mata Pelajaran Aliran Kemahiran Secara Berperingkat-Peringkat Bermula Tingkatan 4 Pada Tahun 2020. * Pihak sekolah boleh melantik dua orang guru daripada kalangan guru akademik sebagai Penyelaras PIMA iaitu seorang untuk Tingkatan 4 dan seorang untuk Tingkatan 5. * Dicadangkan Penyelaras PIMA menjadi guru kelas yang melaksanakan program PIMA. 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas (12) waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu atau 16 waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. 2. Menerima permohonan perantis daripada murid yang berminat. 3. Mengeluarkan surat tawaran Program PIMA kepada murid terpilih untuk melengkapkan dokumen yang berikut: a. borang profil perantis b. surat aku janji perantis dengan pihak sekolah c. surat aku janji perantis dengan industri d. surat akuan kesihatan perantis e. perakuan persetujuan ibu bapa/penjaga f. borang pemantauan MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 187


g. laporan perjalanan program h. buku log i. borang-borang lain yang berkaitan 4. Mengeluarkan surat penempatan perantis kepada murid yang terpilih dan memaklumkan kepada industri. 5. Mengadakan sesi libat urus pihak sekolah bersama ibu bapa/penjaga, pihak industri dan PPD. 6. Mengadakan taklimat dan majlis penyerahan perantis kepada industri di sekolah. 7. Memastikan perantis melaporkan diri ke industri serta mendengar taklimat berkaitan bidang kerja dan tugasan yang ditawarkan. 8. Memastikan perantis mengetahui dan mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak industri. 9. Memantau kehadiran dan keberadaan perantis di sekolah dan industri. 10. Memastikan dan memantau tugasan perantis dari semasa ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan. 11. Menyemak rekod tugasan harian perantis dalam buku log secara berkala. 12. Berbincang dengan pihak industri dan ibu bapa/penjaga secara berterusan berkaitan perkembangan perantis. 13. Menganalisis laporan sepanjang tempoh latihan/program. 14. Menyediakan dokumen pentaksiran berasaskan tugasan/kerja perantis. 15. Menyedia dan membentangkan laporan pencapaian perantis PIMA kepada JK Pengurusan PIMA (JM13) sebelum dihantar ke PPD. 16. Menyediakan laporan prestasi kepada ibu bapa/penjaga secara berkala. 17. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PM12 | Guru Resos Masalah Penglihatan RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6/2007 : Garis Panduan Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Resos Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan ii. Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi 2015 (A) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Mengajar murid bermasalah penglihatan secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum/serentak/selepas masa pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa bagi topik-topik tertentu yang sukar diikuti oleh murid bermasalah penglihatan selaras dengan keperluan individu murid. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 188 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


2. Mendapatkan maklumat dari guru mata pelajaran untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan pada murid semasa pengajaran dan pembelajaran di Bilik Resos. 3. Mengenal pasti, menyelaraskan dan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan setiap perkembangan semasa dalam aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah penglihatan. 4. Menjalankan tugas sebagai guru pendamping di kelas biasa bagi aktiviti amali dan fizikal untuk mata pelajaran dan topik tertentu. 5. Mengajar kemahiran membraille kepada murid yang memerlukannnya. 6. Menjalankan latihan penglihatan terhad (low vision) bagi murid yang masih ada sisa penglihatan. 7. Menjalankan latihan orientasi dan mobiliti serta latihan kemahiran hidup harian kepada murid bermasalah penglihatan. 8. Menjalankan latihan penggunaan deria sentuhan, pendengaran, bau dan rasa. 9. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru Resos adalah sekurang-kurangnya dua belas (12) waktu seminggu bagi sekolah menengah dan lima belas (15) waktu seminggu bagi sekolah rendah. 10. Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru Resos boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukkan. (B) PENGURUSAN 1. Membraille bahan-bahan cetakan biasa (buku-buku teks, soalan-soalan ujian/ peperiksaan, bahan tambahan) mengikut keperluan. 2. Menulis pindah bahan-bahan Braille yang dihasilkan oleh murid untuk diperiksa oleh guru mata pelajaran. 3. Menyediakan gambar rajah timbul secara manual atau dengan bantuan komputer. 4. Menyediakan bahan-bahan cetakan besar dan gambar rajah khas untuk murid penglihatan terhad (low vision). 5. Merakamkan pelbagai bahan audio bagi membantu pengajaran dan pembelajaran murid di luar masa belajar atau di rumah. 6. Menyelenggarakan peralatan pendidikan khas. 7. Bekerjasama dengan guru lain di sekolah untuk membantu murid bermasalah penglihatan dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan. (C) KELAS BIMBINGAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI TAMBAHAN 1. Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. 2. Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT. 3. Membacakan bahan-bahan bercetak yang sesuai kepada murid. 4. Mewujud dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Pembaca di sekolah. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 189


5. Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah penglihatan. 6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari semasa ke semasa. 2.2.3 KOMPONEN HAL EHWAL MURID PM13 | Ketua Guru Disiplin RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 7/1986 : KP(BS) 8591/Jld II/(56) : Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah. ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995: Menangani Masalah Ponteng di Sekolah iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-pelajar Sekolah iv. Akta Pendidikan 1996 v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996: Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di Sekolah vi. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 7/1996: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah. vii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997: Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok viii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997: Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok ix. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000: Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah x. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah. xi. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin. xii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid xiii. Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di sekolah Tahun 2005. xiv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009: Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah xv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 8/2010: Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah xvi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2014 : Etika Pakaian Murid Tingkatan 6 xvii.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2010: Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah xviii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1 : 3 : 7 Pelaporan Dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 190 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1. Menyelaraskan tugas-tugas berkaitan Lembaga Disiplin Sekolah, Pengurusan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan pengurusan peraturan sekolah. 2. Waktu mengajar boleh dikurangkan atas budi bicara PGB. 3. Membantu PGB menyelaraskan dan melaksanakan program yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah. 4. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah. 5. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah. 6. Mengambil tindakan yang wajar dan adil untuk pihak-pihak yang terlibat seperti memberi nasihat, bimbingan ataupun merujuk kepada pihak yang lain. 7. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh PGB. 8. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin. 9. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah di kalangan murid dan guru. 10. Memantau semua kes disiplin melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). 11. Mengenalpasti murid-murid yang berisiko dari segi disiplin. 12. Menerima aduan dan memastikan kesahihan aduan. 13. Menjalankan siasatan rapi pada kes yang diadu. 14. Melaporkan isu atau insiden berdasarkan berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) 1 : 3 : 7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid. 15. Menyediakan laporan disiplin secara berkala kepada PK HEM mengikut keperluan. 16. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa PM14 | Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks RUJUKAN i. Buku Panduan Pengurusan Skim Buku Teks (SPBT) Edisi ke 4 ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 1998 : Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4 Tahun 2001: Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks KPM iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2003: Pindaan Pelaksanaan Borang Pemantauan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT 1 KPM v. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 11 Tahun 2001: Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT KPM vi. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 Tahun 2017: Dasar Pinjaman Buku Teks Kepada Murid Di Bawah Skim Pinjaman Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 191


Penyelaras SPBT merujuk kepada Penyelaras SPBT Aliran Perdana dan Penyelaras SPBT Pendidikan Khas di setiap sekolah. Penyelaras SPBT dilantik oleh pihak sekolah bagi mengurus pelaksanaan SPBT di sekolah. Tugas dan tanggungjawab Penyelaras SPBT adalah seperti berikut: (D) PENGURUSAN AM 1. Berperanan sebagai Setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah. 2. Mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan SPBT. 3. Menyenaraikan murid yang tidak layak menerima SPBT. 4. Melaporkan masalah berkaitan SPBT kepada GPK HEM/ GPK Pendidikan Khas untuk tindakan selanjutnya. 5. Menyediakan peraturan dan takwim SPBT sekolah. 6. Melaksanakan pemeriksaan buku teks di tangan murid secara berkala. 7. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks dua kali, iaitu di awal dan akhir tahun. 8. Melaksanakan taklimat pengurusan SPBT kepada guru kelas. 9. Pembahagian tugas pentadbiran a. buku stok (mengikut tingkatan) b. pengedaran/pengumpulan c. buku rosak/hilang d. menubuhkan ‘Pasukan Petugas’ SPBT (murid) (E) PESANAN BUKU TEKS 1. Mengumpul dan merumuskan data enrolmen murid. 2. Menyediakan data pesanan buku teks SPBT sebelum pesanan dibuat. 3. Merujuk PGB dalam menentukan pembukaan/penutupan kelas dan penawaran mata pelajaran baharu sebelum membuat pesanan buku teks SPBT. 4. Menghadiri taklimat pesanan buku teks. 5. Mengisi pesanan buku teks di dalam Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT) dengan tepat. 6. Menyimpan semua dokumen yang berkaitan pesanan buku teks. (F) PENERIMAAN BUKU TEKS 1. Mencetak Penyata Bekalan Buku Teks (BTBTR460 dan BTBTB460) dan Laporan Buku Teks Lebih Kurang (BTLK) selepas menerima arahan daripada BSTP/JPN/PPD. 2. Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dengan merujuk Penyata Bekalan Buku Teks. 3. Menandatangani Nota Serahan/Sijil Akuan Penerimaan (SAP)/Invois. 4. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh BSTP. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 192 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


5. Memastikan buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit atau pengedar dicap nama sekolah, dicatat tarikh penerimaan dan nombor perolehan pada ruangan yang disediakan. (G) PENGAGIHAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU TEKS 1. Menyelaraskan pengagihan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT untuk murid melalui Penyelaras Tingkatan/Tahun atau Guru Kelas. 2. Menyelaraskan pengagihan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT untuk guru kepada ketua panitia. 3. Menyelaraskan dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks. 4. Mendapatkan borang dari murid yang baru masuk/bertukar sekolah. 5. Mengedarkan buku kepada murid yang baharu berpindah masuk (jika perlu). 6. Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah murid yang bertukar berpindah keluar. 7. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang rosak/hilang. (H) PENGURUSAN REKOD DAN DOKUMEN 1. Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis. 2. Rekod buku stok yang kemaskini (Mengikut Kelas). 3. Senarai tugas guru – pengedaran/pengumpulan (I) PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS) 1. Mengurus bilik SPBT. 2. Memastikan maklumat berkaitan SPBT tahun semasa dipamerkan iaitu: a. Enrolmen murid b. Carta organisasi SPBT sekolah c. Carta organisasi Kelab SPBT d. Takwim SPBT e. Peraturan penjagaan buku teks SPBT f. Label pada rak — mengikut tahun/tingkatan dan judul g. Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT. 3. Mengemaskinikan semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas. 4. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks yang disimpan di bilik BOSS secara berkala. 5. Mengurus pelupusan buku teks SPBT. 6. Merancang dan melaksanakan akti\/İti baik pulih buku teks SPBT. 7. Memastikan buku teks di bilik BOSS tidak melebihi tiga (3) naskhah bagi setiap judul. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 193


(J) PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI 1. Mengemaskinikan semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas. 2. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks yang disimpan di bilik BOSS secara berkala. 3. Mengurus pelupusan buku teks SPBT. 4. Menyimpan invois dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) 5. Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD. (H) LAIN-LAIN TUGAS 1. Mencadangkan Buku Bacaan Tambahan a. Mendapatkan maklumat daripada Guru Kanan Mata Pelajaran. b. Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan. c. Memaklumkan kepada PGB/GPK HEM. 2. Menyediakan senarai buku teks kepada Murid Bukan Warganegara (MBWN) 3. Kelab SPBT a. Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT sekolah. b. Melaksanakan aktiviti kelab SPBT sekolah. 4. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PM15 | Warden Asrama RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1987: Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian ii. Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian KPM, Edisi 2018 iii. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 6/1995 : Tatacara Lantikan Warden Asrama iv. Surat Siaran BPSM Bilangan KPM.500-1/3/3 (13) Bertarikh 20 November 2019 : Pelaksanaan Peluasan Pelantikan Warden Asrama Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 dan Ke atas di Sekolah-sekolah di bawah KPM v. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2014: Pelaksanaan Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Yang Tinggal di Asrama vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1987 : Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian vii. Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 3 Tahun 1997 : Elaun Warden Asrama viii. Surat Siaran KPM Bilangan 10 Tahun 2016 : Langkah-langkah Pencegahan Awal Bagi Mengelak Kejadian Keracunan Makanan di Asrama-asrama Sekolah KPM ix. Surat Edaran Bertarikh 1 April 2014: Penambahbaikan Pengurusan dan Pentadbiran Asrama Harian KPM MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 194 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


x. Surat Edaran Bertarikh 3 April 2014: Penambahbaikan Aktiviti Pembangunan Sahsiah Murid di Asrama Harian KPM (A) KETUA WARDEN ASRAMA (jika jumlah murid 250 orang dan ke atas) Bertanggungjawab merancang, melaksanakan aspek kebajikan sahsiah, keselamatan, penyediaan persekitaran yang kondusif untuk murid menginap: 1. Mewakili PGB/GPK HEM seperti yang diarahkan. 2. Menentukan dasar-dasar asrama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama dilaksanakan sepenuhnya. 3. Menyelia dan menyelaraskan tugas-tugas warden. 4. Memeriksa Buku Laporan Harian Warden dan melaporkannya kepada GPK HEM. 5. Mengadakan mesyuarat dengan warden-warden asrama sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukakan kepada PGB. 6. Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin dan Program Pembangunan Insan di asrama. 7. Memastikan warden menjalankan tanggungjawabnya. 8. Memastikan penyelia asrama mengemaskinikan dan menyediakan data i-asrama. 9. Membantu mengurus kemasukan murid baru seperti penyediaan borang/dokumen taklimat kemasukan dan orientasi murid baru dan sebagainya. 10. Membawa dan mengurus murid keluar sekolah semasa kecemasan dengan kebenaran/arahan dari pihak pentadbir. 11. Ketua Warden boleh mengetuai dan secara bergilir mengawasi kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah. 12. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. (B) WARDEN ASRAMA (Bagi Setiap 50 orang murid asrama layak satu (1) orang warden) 1. Membantu Ketua Warden merancang, melaksanakan aspek kebajikan, sahsiah, keselamatan, penyediaan persekitaran yang kondusif untuk murid menginap. 2. Menguatkuasakan memastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan ke atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan. 3. Menyemak, menyiasat serta mengambi tindakan susulan ke atas Laporan Harian Pengawas dan Ketua Dormitori. 4. Memastikan laporan harian dilengkapkan setiap hari untuk tindakan PGB/GPK HEM. 5. Menyelia, memantau dan merekodkan aktiviti-aktiviti harian dan berkala, contohnya: a. Kelas persediaan (Prep) b. Waktu solat c. Waktu makan d. Kelas fardhu ain/kelas agama e. Pertandingan antara dormitori MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 195


f. Makan malam beradab g. Aktiviti sukan dan kokurikulum 6. Mengadakan pemeriksaan dan roll-call setiap hari/mengikut keperluan. 7. Memantau pengawas bertugas menjalankan roll-call. 8. Mengurus kebenaran keluar/masuk murid asrama. 9. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama dan Ketua-ketua Dormitori. 10. Mengadakan pemeriksaan dan membuat Laporan Harian Dormitori, bilik-bilik khas, surau, tandas, bilik air, persekitaran dan dewan makan. 11. Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan dengannya. 12. Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama: a. Minit Mesyuarat terdahulu b. Laporan Bulanan Asrama c. Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya 13. Mesyuarat/perjumpaan warden dengan Lembaga Pengawas Asrama sekurang-kurangnya satu (1) bulan sekali. 14. Membantu mengurus kemasukan murid asrama a. Penyediaan borang/dokumen b. Taklimat kemasukan c. Sesi suai kenal murid baru 15. Menyediakan takwim serta Jadual Harian Asrama untuk tahun berikutnya. 16. Mengumpul data/maklumat murid untuk: a. Mengesahkan data/maklumat yang disediakan oleh penyelia asrama b. Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pendidikan Negeri. 17. Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel kepada murid asrama. 18. Mengadakan perjumpaan dengan waris jika perlu. 19. Mengadakan latihan kecemasan. 20. Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan. 21. Menyelia dan memantau kebajikan murid berkaitan: a. Makanan b. Keselesaan di asrama c. Kesihatan d. Keselamatan 22. Memantau penyediaan dokumentasi yang berkaitan dan mengesahkan. 23. Memastikan Penyelia Asrama melaksanakan tugas dalam urusan: a. Pungutan yuran asrama MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 196 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


b. Perkhidmatan pembersihan kawasan c. Kawalan keselamatan d. Penguatkuasaan kontrak makanan asrama. 24. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. 2.2.4 KOMPONEN KOKURIKULUM PM16 | Setiausaha Sukan RUJUKAN i. Buku Panduan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, KPM Tahun 2007. ii. Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah, Bahagian Sukan KPM, Mei 2010. iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16 Tahun 2010 : Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 1995 : Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 1989 : Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan di Sekolah vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2000 : Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah vii. Tambahan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2000 : Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah viii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2016 : Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah 1. Menyelaraskan dan menyelia aktiviti sukan sekolah dalam bidang olahraga dan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 197


2. Menyediakan takwim aktiviti sukan sekolah berdasarkan aktiviti MSSS Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Zon. 3. Menyelaraskan latihan rumah sukan. 4. Menyelia klinik olahraga untuk guru dan para murid. 5. Mengurus, mencatat dan merekod inventori peralatan dan kemudahan sukan sekolah. 6. Mengurus bilik sukan dan mengemas kini stok peralatan sukan bersama ketua rumah sukan, pengurus dan jurulatih pasukan sekolah. 7. Merancang dan menyelia sukan tahunan sekolah, hari merentas desa dan sukantara. 8. Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang. 9. Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan, persahabatan dan sebagainya. Mengandungi: a. Tarikh b. Jenis pertandingan/perlawanan c. Pasukan yang terlibat d. Tempat pertandingan e. Keputusan pertandingan/pencapaian pasukan. 10. Membantu bersama ahli jawatankuasa sukan merangka aktiviti sukan selepas peperiksaan selesai dijalankan. 11. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari semasa ke semasa. PM17 | Penyelaras Unit-Unit Kokurikulum (Penyelaras Unit Badan Beruniform, Penyelaras Unit Kelab dan Persatuan, Penyelaras Unit Sukan dan Permainan) RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 1/1985 : Penyertaan Guru dalam Gerak Kerja Kokurikulum di Sekolah ii. Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, KPM 2007 iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 Tahun 2007 : Panduan Perbelanjaan Peruntukan Kokurikulum Sekolah iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8 Tahun 2007 : Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG) SEKOLAH MENENGAH 198 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version