The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nierzarm, 2020-07-10 09:16:56

JPA buletin 2019 final

JPA buletin 2019 final

EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 ISSN No. : 2229 - 8215

#DATAKITATANGGUNGJAWABKITA

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 1

Lembaran

PERUTUSAN KPPA 3

SEKAPUR SIREH 4 5
- Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) 6
7
- Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik 8
10
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU HRMIS KE - 46 (2019) 14
17
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN HRMIS KE-30 (2019) 5 18
20
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA DAN PEMANTAUAN HRMIS BILANGAN 1 TAHUN 2019
22
PROGRAM IMPLEMENTATION STATUS HRMIS (ImStat) 6
24
PENCAPAIAN PELAKSANAAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) HRMIS TAHUN 2018 8 25
PELAKSANAAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) HRMIS TAHUN 2019 27
30
PENGAGIHAN LESEN SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (ASSIST) 9 32
PROGRAM HRMIS USER GROUP SUMMIT (HUGS) 2019 34

SAMBUTAN BULAN HRMIS JULAI 2019 12
ARTIKEL PEMENANG PERTANDINGAN PENULISAN HRMIS

PENAMBAHBAIKAN MODUL/ SUBMODUL HRMIS 16
PELAKSANAAN PERKONGSIAN / INTEGRASI DATA HRMIS - SISTEM AGENSI

PEMBANGUNAN & PELAKSANAAN DESKRIPSI TUGAS (JD - HRMIS) SEKTOR AWAM 17
PEMBANGUNAN PENILAIAN TAHAP POTENSI (PTP)

PENAMBAHBAIKAN FUNGSI PERMOHONAN CUTI UMRAH / CUTI KEAGAMAAN DI HRMIS 2.0

KEMUDAHAN PERMOHONAN CUTI REHAT KHAS MELALUI MyHRMIS CUTI 19

PEMBANGUNAN MYPERFORMANCE

PEMBANGUNAN FUNGSI PERMOHONAN TANGGUNG KERJA DALAM MODUL PEROLEHAN 21
SUMBER MANUSIA HRMIS

AKTIVITI PENINGKATAN PRESTASI STORAN BERPUSAT HRMIS

BENGKEL PENGUJIAN PELAN PEMULIHAN BENCANA ICT JPA DAN SEMAKAN DOKUMEN 23
DRMP DAN DRTP BAGI TAHUN 2019

REKA BENTUK BAHARU PORTAL HRMIS

TREND PENGGUNAAN HRMIS 25

TREND PENGGUNAAN ASSIST

PROGRAM SHARING HRMIS APPLICATION KNOWLEDGE AND EXPERIENCE (SHARE) – HRMIS 26

LATIHAN SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (ASSIST)

ARTIKEL DARI AGENSI : HRMIS PEMANGKIN PEMBANGUNAN DIRI DALAM ALAF BARU 28

LAWATAN KERJA DARI AGENSI LUAR KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

DIARI HRMIS 2019 [AKTIVITI PROMOSI HRMIS] 31

APLIKASI MOBILE : MyHRMIS KELUAR PEJABAT

VIDEO TUTORIAL ONLINE HRMIS 2019 33

SISTEM PENGURUSAN MEJA BANTUAN (HELPDESK JPA) 35
SAJAK: MERDEKA - HRMIS

22 iiHHRRMMIISSEEDDISISI JI AJANNUAURAIR– ID–ISDEIMSEBMERB2E0R192019

Perutusan
KPPA

Bismillahirrahmanirrahim. Di samping memberi perkhidmatan yang terbaik, sikap
amanah haruslah sentiasa dipelihara dalam setiap penjawat
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan awam. Ketinggian integriti yang ada dalam perkhidmatan
limpah Rahmat dan perkenan-Nya, kita dapat menerbitkan awam akan mewujudkan kepercayaan dan keyakinan
Buletin iHRMIS Edisi Januari – Disember 2019. Tahniah yang tinggi dalam hati rakyat. Ini merupakan asas yang
dan syabas kepada Bahagian Pembangunan dan kukuh kepada sesuatu organisasi. Begitu juga harapan
Pengurusan Maklumat Strategik yang telah mengusahakan Kerajaan terhadap HRMIS untuk menjadikannya sebagai
penerbitannya. satu sistem tunggal pengurusan sumber manusia penjawat
awam Malaysia yang diyakini. Setiap penjawat awam
Semenjak tercetusnya Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) memainkan peranan yang amat besar dalam mengorak
pada pertengahan 2016 dengan membabitkan teknologi HRMIS ke arah satu sistem yang berintegriti. Kempen
automasi, pelbagai cabaran baharu mulai meresap ke #DataKitaTanggungjawabKita yang dilaksanakan pada
dalam semua sektor perkhidmatan dan perindustrian tahun 2019 sedikit sebanyak telah membuahkan hasil di
negara. Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh mana sejumlah 107,441 data ralat atau 83.38% daripada
dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring 128,860 data ralat pada penghujung tahun 2019 telah
dengan pembangunan pesat dalam produk teknologi dan berjaya dimurnikan melalui aktiviti pengurusan perubahan.
sistem automasi lebih pintar. Konsep Internet of Thing Saya berharap agar usaha ini dapat diteruskan dan dijadikan
(IoT), Kepintaran Buatan (AI), Big Data Analytics (BDA), sebagai satu sasaran ke arah mencapai tahap ketepatan
teknologi robotik, cetakan 3D, Realiti Maya (Virtual Reality) data 100% dalam HRMIS. Sasaran ini tidak mungkin
dan Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) telah mula akan tercapai sekiranya kita tidak bergerak sebagai satu
diberi perhatian dan digunakan dalam kehidupan harian. pasukan. Semangat berpasukan atau TEAM (Together
Perkhidmatan Awam seharusnya mengambil peluang Everyone Achieve More) membolehkan kita bergerak
atas perubahan ini bagi meningkatkan kualiti sistem jauh ke hadapan dan mencapai matlamat yang lebih besar.
penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Dalam pelaksanaan tanggungjawab ini, diharapkan semua
warga Perkhidmatan Awam menerapkan tiga (3) prinsip
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut memandang utama iaitu Integriti, Speed dan Profesionalisme.
berat terhadap perkembangan IR 4.0 ini. Selaku penjaga Diharapkan dengan penerbitan Buletin iHRMIS ini, setiap
(custodian) HRMIS, JPA sentiasa berusaha untuk kejayaan pelaksanaan HRMIS yang dikecap dapat dikongsi
memastikan HRMIS sentiasa mengaplikasikan IR bersama antara JPA dan agensi pelaksana di seluruh
4.0 dalam usaha untuk kekal relevan sebagai sistem negara. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan
tunggal pengurusan sumber manusia penjawat awam ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
Malaysia. Justeru, Kajian Pengurusan Sumber Manusia melaksanakan program HRMIS sepanjang tahun 2019
Sektor Awam Dalam Persekitaran Revolusi Industri 4.0 dan semoga usaha kita ini diberkati oleh Yang Maha Esa.
(IR 4.0) telah mula dilaksanakan oleh JPA pada hujung Akhir kata, marilah kita bersama-sama menyokong HRMIS.
tahun 2019. Selain daripada itu, JPA turut membangunkan Luangkan masa anda untuk melayari HRMIS dan mengemas
Modul Deskripsi Tugas, MyPortfolio, MyPerformance kini maklumat sendiri kerana Data Kita Tanggungjawab
dan aplikasi mudah alih MyPromise serta membuat Kita.
penambahbaikan pada modul-modul sedia ada dalam
HRMIS seiring dengan perkembangan semasa. Usaha- YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman
usaha ini akan diteruskan pada tahun 2020 selaras dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Malaysia
yang berkehendakkan penyampaian perkhidmatan dalam
talian end-to-end iaitu Perkhidmatan Dalam Talian yang
dilaksanakan secara keseluruhan dari mula hingga akhir
proses pada bila-bila masa dan di mana-mana tanpa perlu
berurusan secara bersemuka.

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 3

Sekapur Sireh

YBhg. Dato’ Haji Suhaime bin Mahbar Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Salam Sejahtera, Salam Sayangi Negaraku Malaysia,
Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setelusnya, dipanjatkan
(Pembangunan) ke hadrat Allah SWT, sekali lagi kita dapat menatap lembaran
Buletin iHRMIS Edisi Januari – Disember 2019. Tahniah diucapkan
kepada sidang redaksi Buletin iHRMIS. Buletin ini perlu dijadikan
sebagai media perhubungan, sumber rujukan dan saluran informasi
pelaksanaan HRMIS kepada semua para pembaca. Semoga
HRMIS akan sentiasa dekat di hati warga perkhidmatan awam di
Malaysia.
Di era baru hari ini, tuntutan rakyat terhadap Kerajaan khususnya
perkhidmatan awam amat tinggi. Rakyat mendambakan sistem
penyampaian Kerajaan yang telus dan efektif. Bagi merealisasikan
hasrat ini, setiap penjawat awam perlu bersikap profesional,
pantas dan berintegriti dalam memberi perkhidmatan kepada
awam. Saya yakin usaha-usaha penambahbaikan yang telah
dilaksanakan dalam HRMIS telah menjurus ke arah penyampaian
yang lebih efektif dan efisien. Kejayaan pelaksanaan HRMIS ini
perlu diteruskan momentumnya dan sentiasa ditingkatkan bagi
memastikan HRMIS sentiasa relevan dan menjadi elemen penting
dalam pengurusan sumber manusia sektor awam yang lebih
cekap dan berkesan. Sama-samalah kita menyokong kepada
pelaksanaan HRMIS. Pastikan data yang dimasukkan adalah data
yang tepat dan terkini.
Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan atas penerbitan Buletin
iHRMIS Edisi Januari - Disember 2019.
#DataKitaTanggungjawabKita

YBhg. Datuk Haji Mohd Danial bin Ma’alip Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pengarah Bahagian Pembangunan dan Salam Sayangi Negaraku Malaysia,
Pengurusan Maklumat Strategik Alhamdulillah segala puji kepada Allah, dengan keizinan dan
rahmatNya jua dapat kita bertemu kembali dalam edisi iHRMIS
Januari – Disember 2019. Edisi kali ini memaparkan informasi
berkenaan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan dengan
jayanya sepanjang tahun 2019. Antara program dan aktiviti yang
telah dilaksanakan adalah seperti Mesyuarat Jawatankuasa
Pemandu HRMIS, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan
HRMIS, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS,
Sambutan Bulan HRMIS Julai 2019, Program Turun Padang,
Program Sharing HRMIS Application Knowledge & Experience
(SHARE) dan Latihan Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor
Awam (ASSIST). Berdasarkan keperluan terkini, antara Modul dan
Submodul HRMIS baru yang telah dibangunkan adalah seperti
MyPortfolio, MyPerfomance, Deskripsi Tugas dan Penilaian Tahap
Potensi serta ada juga yang telah ditambahbaik seperti fungsi Cuti
Rehat Khas Guru, fungsi Tanggung Kerja dan fungsi Permohonan
Cuti Umrah dan Cuti Keagamaan. Saya berharap iHRMIS yang
diterbitkan ini dapat memberi manfaat dan dijadikan sebagai
sumber rujukan kepada warga perkhidmatan awam di Malaysia.
Selamat Membaca.

4 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU HRMIS
KE - 46 (2019)

Kehadiran Yang Berbahagia Datuk Seri
54 Agensi + wakil JPA Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam
25 April 2019

Agenda/ Keputusan Utama Mesyuarat: Dewan Seri Lestari,
• Pencapaian KPI HRMIS bagi tahun 2018 Kementerian Pembangunan Luar
• Kamus KPI Tahun 2019 Bandar (KPLB)
• Keupayaan People Analytics di HRMIS melalui penggunaan 139 orang (Pengurusan Tertinggi
Kementerian/ Agensi / Pejabat
ASSIST Setiausaha Kerajaan Negeri,
• Pelanjutan tempoh penilaian KPI bagi [Kriteria 4: Pelaksanaan Pengurusan Atasan JPA, Pemilik
Proses serta pegawai-pegawai
SKT] KPI HRMIS 2019 daripada 30 April 2019 kepada 31 Mei kanan BPMS)
2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN
HRMIS KE-30 (2019)

Yang Berbahagia Dato’ Hj.
Suhaime bin Mahbar, TKPPA (O)

Kehadiran 30 Julai 2019
54 Agensi + wakil JPA

Agenda/ Keputusan Utama Mesyuarat: Dewan Melati, Kompleks
• Cadangan Kamus KPI Tahun 2020 Perbadanan Putrajaya
• Sambutan Bulan HRMIS dicadangkan untuk diadakan setiap 116 orang
(Pengurusan Tertinggi Kementerian/
tahun sebagai sebahagian daripada aktiviti pengurusan Agensi / Pejabat Setiausaha Kerajaan
perubahan Negeri, Pengurusan Atasan JPA,
Pemilik Proses serta pegawai-pegawai
kanan BPMS)

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 5

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA DAN PEMANTAUAN
HRMIS BILANGAN 1 TAHUN 2019

Kehadiran Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd
54 Agensi + wakil JPA Danial bin Maálip, Pengarah Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan
Maklumat Strategik, JPA
19 Februari 2019

Agenda/ Keputusan Utama Mesyuarat: Dewan Serbaguna,
• Keputusan Utama Mesyuarat: Kementerian Komunikasi dan
• Pelanjutan tempoh pengemaskinian [Kriteria 1: Data Perjawatan] Multimedia Malaysia (KKMM)
125 orang
sehingga 31 Mac 2019. (Pengurusan Sumber Manusia
• Cadangan penetapan tarikh akhir penilaian [Kriteria 4: kementerian/ jabatan/ agensi,
Pemilik Proses serta pegawai-
Pelaksanaan SKT untuk pertimbangan pengurusan atasan. pegawai kanan BPMS)

PROGRAM IMPLEMENTATION STATUS HRMIS (ImStat)

8 AGENSI OBJEKTIF
secara jalinan 1 Membincangkan isu-isu pelaksanaan HRMIS
kolaborasi bersama JPA 2 Meningkatkan ketepatan data di dalam HRMIS
SIRI 1 3 Meningkatkan keupayaan penggunaan Sistem Analitik Sumber
Kementerian Perumahan &
Kerajaan Tempatan (KPKT) Manusia Sektor Awam (ASSIST) bagi tujuan perancangan dan
- 25 Mac 2019 pembuatan keputusan strategik di agensi

SIRI 2 SIRI 3 SIRI 4 SIRI 5
Kementerian Komunikasi & Kementerian Tenaga, Sains, Kementerian Dalam Negeri Kementerian Pembangunan
Multimedia Malaysia (KKMM) Teknologi, Alam Sekitar & (KDN) Luar Bandar (KPLB)
- 3 April 2019 Perubahan Iklim (MESTECC) - 16 Mei 2019 - 3 Julai 2019
- 11 April 2019

SIRI 8 SIRI 7 SIRI 6
Kementerian Wilayah Kementerian Pembangunan Kementerian Pendidikan
Persekutuan (KWP) Wanita, Keluarga dan Malaysia (KPM)
- 22 Oktober 2019 Masyarakat (KPWKM) - 4 Julai 2019
- 23 September 2019

6 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

PENCAPAIAN PELAKSANAAN PETUNJUK PRESTASI
UTAMA (KPI) HRMIS TAHUN 2018

Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2009 ke atas Penjawat
Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1. Ianya bertujuan untuk memastikan keseluruhan agensi sektor
awam menggunakan HRMIS secara optimum di samping memastikan maklumat dan data di dalam HRMIS sentiasa
terkemas kini dan juga berintegriti.

Pencapaian Pelaksanaan HRMIS di Kementerian/ Agensi merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama dalam KPI
Generik di bawah dimensi Tadbir Urus dan Akauntabiliti.

Pada tahun 2018, sebanyak 48 PPTPA dan juga 4 SUK (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) terlibat dengan penilaian
KPI HRMIS. Sebanyak 43 agensi telah berjaya mencapai markah 100% bagi pelaksanaan KPI HRMIS 2018. Manakala,
9 agensi yang lain memperoleh markah di antara 98.62% hingga 99.96%. Ringkasan pencapaian keseluruhan agensi
adalah seperti berikut:

BIL. PENCAPAIAN PPTPA PSUK JUMLAH 83% agensi berjaya mencapai markah 100%
Penilaian KPI HRMIS 2018
1. 100% 30 13 43

2. 98.62% - 99.96% 9 0 9

JUMLAH KESELURUHAN 52

Nota: PPTPA : Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam 83% 17%
PSUK : Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri

100% <100%

Agensi-agensi yang telah berjaya mendapat Pencapaian
100% KPI HRMIS bagi Tahun 2018 adalah seperti berikut:

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 7

PELAKSANAAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) HRMIS
TAHUN 2019

Pada tahun 2019, sebanyak 48 PPTPA dan juga 4 SUK (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) terlibat dengan penilaian
KPI HRMIS. Sebanyak 6 kriteria yang dikenakan KPI HRMIS dengan wajaran markah seperti berikut:

PENGAGIHAN LESEN SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA
SEKTOR AWAM (ASSIST)

ASSIST merupakan aplikasi Business Intelligent
(BI) berasaskan dashboard yang dibangunkan
untuk menyediakan kemudahan menjana,
menganalisis data serta menyediakan laporan
berkaitan maklumat sumber manusia bagi tujuan
penyelidikan, perancangan, penyediaan dasar
dan membuat keputusan.
Akses kepada sistem ASSIST memerlukan ID
dan kata laluan yang dibekalkan bersama lesen
ASSIST. Pemberian lesen ini adalah berdasarkan
permohonan yang dimajukan kepada urusetia di
JPA berasaskan keperluan agensi. Sehingga 31
Disember 2019, sebanyak 690 lesen ASSIST
telah diagihkan kepada 448 buah agensi
Kerajaan di peringkat Kementerian/ Pentadbiran
Kerajaan Negeri/ Ketua Perkhidmatan/ Agensi
Pusat/ Setiausaha Persekutuan. Melalui sistem
ASSIST, agensi berupaya untuk menganalisa
dan mengoptimumkan penggunaan data sumber manusia di HRMIS bagi menyokong pengurusan sumber manusia
strategik yang cekap dan berkesan. Antara skop analisa yang ditawarkan oleh ASSIST ialah Perjawatan, Profil Peribadi
dan Perkhidmatan, Pengurusan Cuti, Pengurusan Prestasi dan Perisytiharan Harta. Agensi yang telah menerima lesen
ASSIST turut diberikan latihan bagi membangunkan keupayaan menggunakan sistem dan analisa data.
8 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

PROGRAM HRMIS USER GROUP SUMMIT (HUGS) 2019

Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2019 telah berjaya
diadakan pada 29 Julai 2019 di Dewan Seri Siantan, Kompleks
Perbadanan Putrajaya. Program yang merupakan antara aktiviti utama
sempena Sambutan Bulan HRMIS 2019 ini telah berjaya menjadi
platform kepada JPA untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai
HRMIS kepada peserta.
Program yang dihadiri oleh seramai 310 telah dirasmikan oleh YBhg.
Datuk Haji Mohd Danial Bin Ma’alip, Pengarah Bahagian Pembangunan
Dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS). Peserta yang hadir
adalah daripada kalangan pengurus sumber manusia, pentadbir sistem
dan pentadbir modul HRMIS.
Sebanyak 5 (lima) kertas kerja telah dibentangkan dalam Program HUGS 2019 yang melibatkan Pemilik Proses (Proses
Owner – PO) dari bahagian-bahagian di JPA dan MAMPU serta Pemilik Modul (Modul Owner – MO) dari BPMS. Antara
objektif lain program kali ini adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai modul-modul baharu HRMIS.
Modul yang berkaitan adalah seperti berikut:

MASA TAJUK TAKLIMAT
Slot 1 Taklimat Submodul Sasaran Kerja Utama (SKU)
Slot 2 Pembentang :
Slot 3 1. Puan Marliza binti Lijong - Bahagian Perkhidmatan, JPA
2. En. Abd Rahman bin Mohid - Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Maklumat Strategik, JPA
Slot 4 Taklimat Submodul MyPortfolio
Slot 5 Pembentang :
Slot 6 Puan Rajeswari A/P Karuppiah - Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Taklimat Submodul Deskripsi Tugas (Job Description – JD)
Pembentang :
1. Puan Aimi Nazirah binti Abd Razak - Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
2. Puan Jumaiyah binti Mohd Ali - Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Maklumat Strategik, JPA
Taklimat Submodul Penilaian Tahap Potensi (PTP)
Pembentang :
1. Puan Mas Eynah binti Mohd Noor - Bahagian Perkhidmatan, JPA
2. Encik Ariffin bin Mohamad - Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Maklumat Strategik, JPA
Taklimat Penamatan Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Awam
Pembentang :
Cik Siti Saudah binti Marjom – Bahagian Pasca Perkhidmatan
Taklimat Delivering the Future of Malaysian Public Service Through HR Transformation
Pembentang :
Encik Zamri bin Abd Halim – SAP Malaysia

Topik-topik pembentangan ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal kepada modul baharu di dalam HRMIS
di samping arahan dan dasar yang menyokong kepada modul ini. Peserta juga didedahkan penggunaan modul di dalam
HRMIS supaya pelaksanaan pengurusan sumber manusia dapat dibuat dengan lebih baik.

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 9

SAMBUTAN BULAN HRMIS JULAI 2019

Sambutan Bulan HRMIS (Human Resource Management
Information System) telah julung kalinya diadakan pada bulan
Julai 2019 bertemakan #DataKitaTanggungjawabKita. Fokus
utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran
penjawat awam terhadap kepentingan ketepatan data dan
untuk memperluaskan penggunaan Sistem Analitik Sumber
Manusia Sektor Awam (ASSIST) bagi menganalisa data
HRMIS ke agensi-agensi Kerajaan.
Pelancaran Bulan HRMIS telah disempurnakan oleh YBhg.
Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam (KPPA) semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
HRMIS pada 25 April 2019.

Sambutan Bulan tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sama ada di peringkat JPA dan agensi-agensi
Kerajaan yang lain. JPA sendiri telah menganjurkan beberapa pertandingan mengenai HRMIS yang terbuka kepada
seluruh warga penjawat awam. Pertandingan-pertandingan tersebut adalah seperti Pertandingan Mencipta Dashboard
ASSIST, Pertandingan Mencipta Video Tutorial HRMIS dan Pertandingan Menulis Artikel Mengenai HRMIS.
Selain itu, Program Turun Padang turut dilaksanakan ke agensi-agensi Kerajaan bagi melihat isu dan permasalahan yang
dihadapi oleh agensi dalam melaksanakan HRMIS. Khidmat bantuan secara bersemuka telah dilakukan bagi merungkai
permasalahan yang timbul.
Agensi-agensi Kerajaan yang lain juga turut menganjurkan program-program melibatkan HRMIS. Hari HRMIS Bertemu
Pelanggan yang dijalankan oleh agensi telah memberi ruang kepada warga agensi untuk menyemak dan mengemas kini
Buku Perkhidmatan Kerajaan. Hari HRMIS dan HRMIS Fair turut dianjurkan oleh agensi-agensi yang mempunyai bilangan
warga yang ramai.
10 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sempena Sambutan Bulan HRMIS:
1. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Ke-46 (2019)
2. Majlis Pelancaran Bulan HRMIS 2019
3. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS 2019 Ke-30 (2019)
4. Bengkel Pemurnian Data HRMIS (Data Cleansing)
5. Program Latihan HRMIS melalui Program Sharing HRMIS Application Knowledge & Experience (SHARE)
6. Bengkel Latihan Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor Awam (ASSIST) - Kualiti Data HRMIS
7. Pertandingan Mencipta Dashboard ASSIST
8. Pertandingan Mencipta Video Tutorial HRMIS
9. Pertandingan Menulis Artikel Mengenai HRMIS
10. Semakan Buku Perkhidmatan warga JPA
11. Hari Bertemu Pelanggan (ePelanggan)
12. Pembukaan booth pameran HRMIS
13. Program HRMIS User Group Summit (HUGS) dan Majlis Penutup Bulan HRMIS 2019
14. Bengkel Pengukuhan HRMIS
15. Perkongsian Pengurusan Sistem Sumber Manusia oleh wakil Kerajaan dan swasta

Sambutan Bulan HRMIS 2019 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis
Penutup Sambutan Bulan HRMIS 2019 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’
Hj. Suhaime bin Mahbar, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi), TKPPA(O) pada 29 Julai 2019.
Majlis Penutup Bulan HRMIS juga turut dimeriahkan dengan penyampaian
hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Mencipta Dashboard
ASSIST, Pertandingan Mencipta Video Tutorial HRMIS dan Pertandingan
Menulis Artikel Mengenai HRMIS.

Objektif dan matlamat Sambutan Bulan HRMIS 2019 adalah seperti berikut:
1. Dapat memupuk budaya untuk menggunakan aplikasi HRMIS;
2. Dapat meningkatkan penggunaan HRMIS di kalangan penjawat awam;
3. Aktiviti-aktiviti seperti sesi latihan, bengkel dan sesi taklimat yang dijalankan dapat meningkatkan kefahaman dan

kemahiran para peserta untuk menggunakan HRMIS;
4. Dapat meningkatkan Kualiti Data dalam HRMIS melalui kesedaran tanggungjawab penjawat awam terhadap datanya

sendiri; dan
5. Dapat meningkatkan keupayaan agensi dalam membuat keputusan dengan menggunakan data HRMIS.

info Bagaimana saya ingin menghapuskan rekod permohonan keluar pejabat?
Permohonan keluar pejabat yang telah dihantar hanya boleh dihapuskan/
dibatalkan oleh Pentadbir Cuti Agensi melalui menu Kemaskini Permohonan
Keluar Pejabat.

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 11

ARTIKEL PEMENANG PERTANDINGAN PENULISAN HRMIS

HRMIS: MENGADAPTASI REVOLUSI PENGURUSAN MODAL INSAN

Mengimbau kembali 20 tahun dahulu, kakitangan awam perlu mengisi borang kelulusan ketua jabatan
sekiranya ingin bercuti malahan perlu menyediakan Surat Pengakuan Diri dan Pengesahan Pegawai
(GL) untuk dibawa ke klinik ataupun hospital bagi mendapatkan rawatan. Pelbagai kesukaran terpaksa
ditempuh pada masa itu daripada sekecil-kecil kekangan seperti kehabisan borang manual bercetak,
sehingga ke isu kegagalan mendapat pengesahan ketua jabatan. Malahan terdapat kes di mana
maklumat pegawai tiada dalam simpanan konvensional klinik hingga menyebabkan kesukaran untuk
mendapat perkhidmatan kesihatan. Namun itu merupakan cerita lama yang boleh dikongsi kepada
generasi junior dalam perkhidmatan awam. Menjelang kemunculan milenium baharu secara tepatnya
pada tahun 2005, semua kesukaran itu mula terhapus apabila pengurusan sumber manusia melalui
Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) telah dilaksanakan dalam Sistem Saraan
Malaysia (SSM) ke atas sektor pekerjaan terbesar di negara ini (Jabatan Perkhidmatan Awam: 2017).
Perubahan besar berlaku dalam sektor awam apabila kakitangan tidak perlu lagi mengisi pelbagai borang
untuk bercuti, memohon bertukar jabatan malahan penilaian prestasi juga tidak lagi menggunakan pen
dan kertas. Pembaharuan ini merupakan elemen terpenting dalam pelaksanaan Kerajaan Elektronik
(e-Kerajaan) dan menyokong inisiatif Multimedia Super Corridor (MSC) bagi meningkatkan kecekapan
penyampaian perkhidmatan. Menurut World Bank Group (2019), inisiatif MSC yang dilancarkan pada
tahun 1996 bertujuan untuk memudah cara transformasi menjadi sebuah negara moden menjelang
tahun 2020. Malaysia merupakan antara negara terawal di rantau ini yang berusaha meningkatkan
penggunaan ICT dalam operasi dan penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui inisiatif e-Kerajaan.
Inisiatif e-Kerajaan memberi banyak kelebihan kepada sistem penyampaian Kerajaan termasuklah
membantu memperluaskan penggunaan ICT dalam perkhidmatan awam, memudahkan penyediaan
perkhidmatan elektronik dan pembangunan maklumat pengurusan sumber manusia dan sistem
pembayaran dalam talian.
Sudah tentu segala bentuk inisiatif berkenaan dialu-alukan oleh kakitangan awam walaupun pada
awalnya wujud ketidakselesaan dengan pembaharuan yang berlaku. Kajian oleh Nur Faradilla Che Will
(2015) misalnya mendapati terdapat kakitangan awam yang merasa terganggu dengan penggunaan
teknologi berasaskan web berbanding kaedah manual. Namun demikian sektor awam harus bersifat
dinamik terhadap perubahan semasa. Justeru transformasi ini merupakan keutamaan Kerajaan yang
memberi penekanan kepada mentransformasikan Perkhidmatan Awam ke arah perkhidmatan yang
berpaksikan rakyat bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti (Kementerian Hal Ehwal Ekonomi:
2018). Harus diakui bahawa HRMIS merupakan produk yang terhasil daripada usaha penambahbaXikan
penyampaian perkhidmatan menerusi pendigitalan yang akhirnya membantu mengurangkan birokrasi.
Menurut Norshita Mat Nayan et. al. (2010) dengan adanya HRMIS, pengurusan sumber manusia dapat
membantu Kerajaan melahirkan pekerja mahir, terlatih dan bermotivasi untuk menghadapi cabaran
semasa terutamanya dalam merealisasikan ekonomi berasakan ilmu (k-Ekonomi). Apatah lagi pekerja
merupakan aset utama dan berperanan penting untuk meningkatkan prestasi organisasi. Oleh itu,
penggunaan sistem dan teknologi adalah amat penting lebih-lebih lagi pada era Revolusi Industri

Keempat (IR 4.0) yang menuntut kepantasan maklumat dan manfaat teknologi kepada pengguna.
Aplikasi HRMIS walaupun tidak dapat mengambil alih sepenuhnya peranan pekerja namun
ia dapat membantu dalam pengurusan sumber manusia.
Di samping itu HRMIS telah mewujudkan persekitaran kerja baharu
dengan nuansa yang bercirikan kepantasan, ketelusan, keupayaan
mengesan dan keperluan kemahiran terkini yang akhirnya akan
menjurus kepada pengurangan ketirisan yang berupaya
meningkatkan keyakinan kepada Perkhidmatan Awam.
Dengan demikian penumpuan kepada pengurusan
operasi perkhidmatan sebelum ini dapat dialihkan
kepada pengurusan strategik. Hal ini ditegaskan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber

12 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada awal pelaksanaan HRMIS yang menyatakan
bahawa melalui HRMIS, proses membuat keputusan dan perancangan strategik boleh dilakukan
berdasarkan kepada senario kes yang sebenar kerana HRMIS merekodkan semua rekod transaksi
urusan sumber manusia secara real time (Kamarudin Tahir: 2009).
Tambahan pula HRMIS menyediakan satu proses kerja seragam bagi seluruh agensi dalam sektor
awam yang membolehkan penjawat awam mendapat layanan berpaksikan kepada polisi dan
prosedur yang sama. Sebagai contoh dalam penggunaan eGL, HRMIS menyediakan kemudahan
kepada semua hospital dan klinik Kerajaan untuk menyemak kelayakan perubatan kakitangan awam
termasuk keluarga dan ibu bapa mereka. Justeru aplikasi HRMIS dapat menjimatkan kos, masa dan
tenaga menerusi konsep paperless (Norshita Mat Nayan et. al.: 2010).
Di peringkat antarabangsa, organisasi-organisasi gergasi telah menggunakan teknologi berasaskan
web bagi membantu fungsi-fungsi sumber manusia mereka termasuk syarikat multinasional seperti
Sun Microsystems, Cisco Systems dan Motorola (Abd. Jalil Khalid: 2003). Aplikasi berasaskan web
seperti HRMIS membolehkan capaian melalui internet dari mana-mana lokasi di seluruh dunia pada
bila-bila masa oleh end user secara mudah dan cepat. Apatah lagi HRMIS telah mempermudah 27
fungsi sumber manusia sebelum ini yang diintegrasikan kepada hanya 10 fungsi utama (Hadziroh
Ibrahim: 2016)
Tidak dinafikan bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan HRMIS
misalnya berkaitan isu kapasiti dan keupayaan se rver. Namun demikian pihak JPA dan agensi
berkaitan sudah tentu mempunyai pelan tersendiri bagi menangani sebarang masalah yang timbul.
Apa yang penting ialah penjawat awam dan agensi Kerajaan menyokong pelaksanaan keseluruhan
proses sumber manusia di dalam HRMIS. Sementara itu KPI HRMIS yang telah dilaksanakan mulai
tahun 2009 ke atas Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) begitu signifikan
bagi memastikan keseluruhan sektor awam menggunakan HRMIS secara optimum di samping
memastikan maklumat dan data di dalam HRMIS sentiasa dikemas kini dan dilaporkan dengan penuh
integriti (Jabatan Perkhidmatan Awam: 2017).
Konklusinya, HRMIS merupakan satu aplikasi yang komprehensif untuk menguruskan aset sumber
manusia secara dalam talian bermula daripada pengambilan penjawat awam sehinggalah mereka
bersara kelak. Ia menyimpan pelbagai maklumat sumber manusia yang memudahkan pengurusan
merangkumi inventori aset modal insan berdasarkan kompetensi dan tugas. Pelaksanaan HRMIS
telah membawa suatu pembaharuan budaya kerja terutama dalam penggunaan teknologi ICT daripada
pengoperasian secara manual kepada proses atas talian. Ironinya perkembangan HRMIS begitu
signifikan dalam memacu sektor awam dalam dunia baharu revolusi industri yang dipacu Internet of
Things (IoT) dan Teknologi 5G.
Sementara itu sektor awam harus terus kekal relevan dalam arus pembaharuan agar mampu
bersaing dan menjadi teladan kepada pihak lain. Bagi memastikan setiap inisiatif Kerajaan mencapai
matlamatnya, maka perubahan yang datang perlu diadaptasi bukan untuk dicurigai. Seperti mana
kata pencetus revolusi komputer yang juga pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates:-
“People always fear change. People feared electricity when it was invented. People feared coal, they
feared gas-powered engines... There will always be ignorance, and ignorance leads to fear. But with
time, people will come to accept their silicon masters.”

1 Pemenang Penulisan Artikel sempena Bulan HRMIS
Mazli Bin Bidu
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 13

PENAMBAHBAIKAN MODUL/ SUBMODUL HRMIS

Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMIS) yang telah beroperasi sejak tahun
2005 memberikan banyak faedah kepada penjawat awam di dalam urusan pengurusan sumber manusia
seharian. Penggunaannya semakin berkembang dari semasa ke semasa dan sehingga kini seramai 1.2 juta
penjawat awal telah mengakses HRMIS. Seiring dengan perubahan pengurusan sumber manusia sektor
awam dan bagi memastikan sentiasa relevan beberapa penambahbaikan ke atas sistem telah dilaksanakan
pada tahun 2019.
Di antara penambahbaikan dan peningkatan yang berjaya dilaksanakan pada tahun ini adalah seperti
Jadual 1 di bawah :

Bil Pembangunan/ Penambahbaikan Sistem / Modul Yang Terlibat Catatan
1 modul
1. Pembangunan MyPortfolio 1 modul
1 modul
2. Pembangunan MyPerformance 1 fungsi
1 modul
3. Pembangunan Organisasi (OD) 1 fungsi
1 fungsi baharu
4. Penambahbaikan Fungsi Kawalan Sandangan Jawatan Kontrak/ 1 fungsi
Tidak Berwaran 1 submodul
1 fungsi
5. Penambahbaikan Modul Gunasama dalam HRMIS 1 fungsi
1 submodul
6. Penambahbaikan Fungsi Tatatertib 1 fungsi
1 submodul
7. Penambahbaikan Fungsi Cuti Umrah dan Cuti Keagamaan
1 fungsi
8. Penambahbaikan Fungsi Bukan Proses Sandangan Jawatan
Kumpulan 1 fungsi
1 submodul
9. Penambahbaikan Submodul Curriculum Vitae (CV)
1 submodul
10. Penambahbaikan Fungsi Waktu Kerja Fleksi (WBF) dalam Modul
Profil Perkhidmatan 1 fungsi
1 fungsi
11. Penambahbaikan Pengiraan Kadar Tetap 3% Mata Gaji bagi JUSA 1 sistem

12. Penambahbaikan Submodul Time-based Kecemerlangan

13. Pembangunan semula Fungsi e-GL Swasta dalam HRMIS 2.0

14. Penambahbaikan Submodul Cuti -
Laporan Penyata Cuti Tahunan Cuti Rehat Khas

15. Penambahbaikan Submodul Tuntutan
- Fungsi permohonan bayaran lebih masa untuk pekerja harian

16. Penambahbaikan Submodul Tuntutan
- Fungsi Kerja Lebih Masa (OT) bagi Waktu Bekerja Syif (WKS)

17. Penambahbaikan Cuti Kuarantin

Penambahbaikan Submodul Cuti
18. - Kelayakan eGL untuk Ibu Bapa Pegawai Lantikan Kontrak

(Contract of Service)

19. Penambahbaikan Fungsi Pulang Awal 1 Jam

20. Penambahbaikan Fungsi Modul Tanggung Kerja

21. Peningkatan HRMIS Framework kepada .Net 3.5

14 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

Selain pembangunan dan penambahbaikan modul / submodul baharu HRMIS, JPA juga telah melaksanakan
aktiviti peningkatan platform HRMIS framework kepada .Net 3.5 dan peningkatan laporan HRMIS kepada SQL
Server Reporting Services (SSRS) 2012. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang terlibat.
i. Penyediaan persekitaran pengujian;
ii. Pengujian awal keseluruhan modul HRMIS;
iii. Pembaikan aplikasi / laporan;
iv. Pengujian aplikasi menggunakan persekitaran yang baharu;
v. Penyediaan persekitaran produksi (database server & web server);
vi. Perpindahan aplikasi dan laporan ke produksi produksi; dan
vii. Pemantauan prestasi pangkalan data di persekitaran baharu;
Peningkatan ini secara tidak langsung telah dapat menyumbang kepada pengoptimuman prestasi aplikasi dan
laporan HRMIS pada masa kini dan akan datang.
Di samping itu, JPA juga telah berjaya membangunkan aplikasi mudah alih baharu dan menambahbaik aplikasi
mudah alih sedia ada di JPA sebagai nilai tambah kepada aplikasi HRMIS. Jadual 2 di bawah memaparkan
aplikasi mudah alih yang terlibat.

Bil Aplikasi Kategori Pembangunan /
Penambahbaikan

1 MyHRMIS Keluar Pejabat Pembangunan Baharu

Aplikasi mudah alih yang menyediakan kemudahan kepada (versi Android – telah berada
pengguna HRMIS untuk memohon keluar pejabat dalam di Google Play Store)
waktu bekerja dan membolehkan penyelia meluluskan
permohonan tersebut

2 MyHRMIS Cuti - Cuti Rehat Khas Penambahbaikan
Penambahbaikan MyHRMIS Cuti dengan memasukkan (versi Android - masih di
fungsi Cuti Rehat Khas bagi guru
peringkat pengujian)

Secara kesimpulannya, projek-projek penambahbaikan yang telah dirancang pada tahun 2019 telah berjaya disiapkan
mengikut tempoh waktu yang ditetapkan untuk kepentingan penjawat awam di seluruh negara.

info Adakah Cuti Rehat Khas (CRK) boleh dipohon melalui MyHRMIS Cuti?
Ya. Mulai tahun 2020 CRK bagi guru-guru telah boleh dipohon melalui MyHRMIS
Cuti.

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 15

PELAKSANAAN PERKONGSIAN / INTEGRASI DATA HRMIS -
SISTEM AGENSI

Perkongsian Data merupakan perkongsian maklumat asas HRMIS seperti data rekod peribadi dan profil perkhidmatan yang
diperlukan sebagai maklumat asas dalam sistem aplikasi agensi. Perkongsian data ini dibangunkan menggunakan fungsi
”Web Service” dan sehingga 2019 sebanyak 27 agensi yang melibatkan 30 sistem telah menggunakan perkhidmatannya
seperti Gambarajah 1 di bawah.

Integrasi Data merupakan perkongsian data sumber
manusia sektor awam antara HRMIS dengan sistem
aplikasi agensi bagi menyempurnakan proses kerja di
kedua-dua belah sistem aplikasi yang terlibat. Integrasi
data ini dibangunkan dan dilaksanakan menggunakan
“Enjin Integrasi” dan sehingga 2019 sebanyak 8
agensi telah menggunakan perkhidmatannya seperti
Gambarajah 2 di bawah.

Gambarajah 1 : Agensi yang melaksanakan perkongsian data
dengan HRMIS

Permintaan perkhidmatan perkongsian/integrasi
data HRMIS yang semakin meningkat menunjukkan
bahawa Sistem HRMIS menjadi rujukan utama data
sumber manusia sektor awam yang memungkinkan
keseluruhan fungsi bisnes agensi dilaksanakan
dengan lebih mudah, cepat dan mempunyai data yang
berintegriti.

Gambarajah 2 : Agensi yang melaksanakan integrasi
data dengan HRMIS

info Saya telah memohon cuti, tetapi Penyokong tidak mendapat permohonan
HRMIS cuti saya di peti pesanan beliau? Bagaimana kaedah untuk menyelesaikan
masalah ini.
Penyokong tidak menerima permohonan cuti di peti pesanan beliau disebabkan
banyak faktor termasuk masalah capaian ke HRMIS. Bagi menyelesaikan
masalah ini, Pemohon perlu merujuk perkara ini kepada Pentadbir Aliran Kerja
di agensi untuk Kemaskini Transaksi Aliran Kerja bagi kod Aliran Kerja LV-001
(Penghantaran Permohonan Cuti Untuk Sokongan).

16 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

PEMBANGUNAN & PELAKSANAAN DESKRIPSI TUGAS
(JD - HRMIS) SEKTOR AWAM

Deskripsi Tugas (JD – HRMIS) Sektor Awam adalah merupakan submodul di bawah Modul Data Perjawatan di HRMIS
2.0.

Submodul ini dibangunkan bagi membolehkan pemilik kompetensi mengunci masuk maklumat JD mereka ke dalam HRMIS
selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 2018 myPortfolio : Panduan Kerja
Sektor Awam.

i. Tarikh aktiviti : Sesi 1: 17 – 18 Jun 2019

Sesi 2: 19 – 20 Jun 2019

Sesi 3: 1 – 2 Julai 2019

ii. Lokasi aktiviti : Bilik Latihan Adenium, Aras 6, BPMS,Blok C1, JPA

iii. Jumlah peserta : 95 orang daripada 26 Agensi

iv. Objektif aktiviti : Latihan secara hands-on kepada Pentadbir HRMIS

bagi peluasan Modul Deskripsi Tugas (JD)

PEMBANGUNAN PENILAIAN TAHAP POTENSI (PTP)

Penilaian Tahap Potensi (PTP) adalah salah satu submodul yang terdapat di dalam Modul Pengurusan Kerjaya di
HRMIS 2.0

Submodul ini berfungsi untuk membolehkan Pegawai Penilai melaksanakan penilaian ke atas calon PYD yang
dipertimbangkan untuk pemangkuan ke gred yang lebih tinggi. Penilaian ini berdasarkan kriteria penilaian yang telah
ditetapkan iaitu Think, Lead, Speak & Act.

i. Tarikh Mula Penggunaan Submodul PTP : Akhir Mac 2019. Mula digunakan bagi kumpulan Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PTD) Gred M41 yang telah dikenalpasti layak untuk dipertimbangkan pemangkuan ke Gred M44 bagi
kumpulan lantikan mereka.

ii. Objektif pelaksanaan PTP

Objektif 3
Perlaksanaan

PTP
Objektif
Perlaksanaan

PTP

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 17

PENAMBAHBAIKAN FUNGSI PERMOHONAN CUTI UMRAH /
CUTI KEAGAMAAN DI HRMIS 2.0

Fungsi Permohonan Cuti Umrah/ Cuti Keagamaan di HRMIS 2.0 telah ditambahbaik dengan menggabungkan Permohonan
Cuti Umrah dan Permohonan Cuti Keagamaan berdasarkan Pekeling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 – Kemudahan
Cuti Umrah dan Pekeling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2018 – Kemudahan Cuti Keagamaan. Penambahbaikan ini
melibatkan perubahan kepada Aliran Proses, Peranan dan Kod Aliran Kerja seperti berikut:

MULA MULA Kemudahan ini boleh digunapakai
bermula pada 12 Mac 2019. Berkuat
Mohon Cuti Umrah atau Cuti Mohon Cuti Umrah atau Cuti kuasa dari tarikh tersebut, permohonan
Keagamaan oleh Pemilik Keagamaan oleh Pemilik Cuti Umrah dan Cuti Keagamaan di
Kopetensi/Pentadbir Cuti Kopetensi/Pentadbir Cuti HRMISOne/ HRMIS Klasik juga telah
Aliran Kerja LV-003 Aliran Kerja LV-039 ditutup.

Menyokong Permohonan Cuti Menyokong Permohonan Cuti i. Tarikh aktiviti : 12 Mac 2019 (live)
Umrah/Cuti Keagamaan oleh Umrah/Cuti Keagamaan oleh ii. Objektif aktiviti : Menambahbaik

Penyokong Cuti Pentadbir Cuti fungsi permohonan selaras dengan
Aliran Kerja LV-004 Aliran Kerja LV-043 pekeliling yang sedang berkuat
kuasa.
Meluluskan Permohonan Cuti
Umrah/Cuti Keagamaan oleh Meluluskan Permohonan Cuti
Umrah/Cuti Keagamaan oleh
Pelulus Cuti
Pelulus Cuti

TAMAT TAMAT
SEBELUM PENAMBAHBAIKAN SELEPAS PENAMBAHBAIKAN

18 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

KEMUDAHAN PERMOHONAN CUTI REHAT KHAS MELALUI
MyHRMIS CUTI

Aplikasi myHRMIS CUTI merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh JPA di bawah Projek
myGov Mobile MAMPU untuk membolehkan penjawat awam membuat permohonan cuti
rehat, menyemak status cuti, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti, meluluskan cuti
serta memohon gantian cuti rehat (GCR) dan mengesahkan GCR melalui platform mudah alih.
Pembangunan aplikasi ini hanya terhad kepada urusan berkaitan cuti rehat sahaja.

Bermula tahun 2020, penggunaan aplikasi myHRMIS CUTI ini diperluaskan kepada Cuti Rehat
Khas. Kemudahan ini akan memberi manfaat kepada seramai 411,126 guru akademik untuk
membuat urusan permohonan Cuti Rehat Khas melalui aplikasi mudah alih. Inisiatif ini juga
merupakan alternatif kepada penggunaan HRMIS 2.0 sedia ada dalam urusan permohonan
cuti. Guru-guru yang ingin menggunakan kemudahan ini boleh memuat turun aplikasi ini
melalui Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) atau dari Google Play Store.

i. Tarikh aktiviti : Tahun 2020 (live)
ii. Objektif aktiviti : Memberi kemudahan kepada guru akademik membuat

permohonan cuti rehat khas melalui mobile

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 19

PEMBANGUNAN MYPERFORMANCE

Pembangunan MyPerformance MyPERFORMANCE (SKU)
Sasaran Kerja Utama (SKU)

Sasaran Kerja Utama (SKU) adalah salah satu komponen dalam sistem myPERFORMANCE. Komponen SKU
membolehkan:

(a) Pemilik Kompetensi (CO) merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti kerja berteraskan bidang hasil utama,
jawatan sebenar dan pelan strategik organisasi;

(b) PPP memantau dan menilai prestasi PYD secara berterusan;
(c) agensi menetapkan sasaran prestasi dan fungsian berdasarkan hala tuju organisasi masing-masing; dan
(d) PYD dinilai berdasarkan komponen baharu yang ditetapkan oleh JPA

Sesi latihan penggunaan komponen SKU untuk tujuan rintis di Bahagian-Bahagian JPA
20 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

PEMBANGUNAN FUNGSI PERMOHONAN TANGGUNG KERJA
DALAM MODUL PEROLEHAN SUMBER MANUSIA HRMIS

PENGENALAN

Modul Perolehan Sumber Manusia merupakan salah satu modul dalam sistem HRMIS. Modul ini menyediakan satu
mekanisme bagi mengintegrasikan secara komprehensif pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia seperti perancangan
tenaga manusia dan urusan pengisian melalui proses pengambilan, pertukaran, kenaikan pangkat, peminjaman dan
penanggungan kerja. Modul ini juga bertujuan untuk memastikan keperluan tenaga manusia sesuatu organisasi dapat
dipenuhi dan setiap pegawai yang akan ditempatkan di sesuatu lokasi telah bersedia untuk melaksanakan tugas yang
ditetapkan.

OBJEKTIF

Bagi mewujudkan pengurusan sumber manusia dan sistem pemantauan yang lebih efisien dan efektif, semua proses
permohonan tanggung kerja yang sebelum ini dilakukan secara manual boleh dibuat secara dalam talian menggunakan
HRMIS. Kemudahan ini menyediakan satu mekanisme dalam mengurus suatu permohonan tanggung kerja secara
lebih telus dan transparent di mana sebarang pengaruh luar dapat dielakkan. Ini adalah selaras dengan Garis Panduan
Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana – Mana Orang
Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan yang dikeluarkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) bertarikh 14 April 2010.

CARTA ALIR ADUAN SPMB 01 SISTEM PENGURUSAN MEJA BANTUAN (SPMB)
• Pentadbir HRMIS di setiap agensi perlu menyemak
PENJAWAT AWAM/ ORANG AWAM/ 02 Maklum
PELAJAR TAJAAN JPA Tindakan dan menyelesaikan aduan yang diterima di dalam
Hantar aduan / Cadangan Penyelesaian SPMB sekiranya aduan tersebut adalah berkaitan
kepada CO data Pemilik Kompetensi (CO) di agensi mereka.
PENTADBIR AGENSI / KEMENTERIAN • Bagi aduan yang tidak dapat diselesaikan di
Selesaikan aduan 03 Maklum peringkat agensi contohnya aduan berkaitan
Tindakan peranan di dalam HRMIS atau Waran Perjawatan,
Sekiranya tidak selesai Penyelesaian Pentadbir tersebut perlu memajukan aduan
PENTADBIR JPA (HELPDESK) kepada CO berkaitan ke peringkat Pentadbir HRMIS di
Selesaikan aduan Kementerian untuk tindakan penyelesaian
04 Maklum selanjutnya.
Sekiranya tidak selesai Penyelesa- • Sekiranya aduan masih tidak dapat diselesaikan
PENTADBIR TEKNIKAL JPA ian kepada atau aduan adalah berkaitan ralat pada aplikasi dan
Aduan selesai Pentadbir JPA pertambahan maklumat pada sistem, maka pihak
(Helpdesk) JPA akan mengambil peranan seterusnya. Aduan
perlu dimajukan kepada Pentadbir JPA (Helpdesk)
untuk tindakan penyelesaian selanjutnya oleh
Pentadbir Teknikal di JPA.

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 21

AKTIVITI PENINGKATAN PRESTASI STORAN BERPUSAT
HRMIS

Sistem storan ialah satu teknologi penyimpanan dan pemeliharaan data yang merangkumi perkakasan dan perisian yang
dikolaborasi bersama sistem pelayan, rangkaian, aplikasi, dan pangkalan data.
Storan berpusat berteknologi tinggi yang terletak di Pusat Data telah mula digunakan oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam(JPA) sejak tahun 2010 sebagai pusat simpanan data bagi aplikasi utama JPA iaitu HRMIS dalam persekitaran
maya (Virtualization). Sistem storan berpusat milik JPA ini telah melalui beberapa fasa peningkatan kapasiti storan dan
controller bagi menampung keperluan HRMIS.
Bagi menjamin ketersediaan dan kelancaran operasi HRMIS, JPA telah melaksanakan projek peningkatan prestasi storan
berpusat HRMIS di Pusat Data yang melibatkan aktiviti pemasangan, installasi, migrasi serta pengujian terhadap storan
berpusat yang berteknologi tinggi.
Pada 13 September 2019 sehingga 14 September 2019 adalah merupakan tempoh pelaksanaan aktiviti bagi migrasi data
HRMIS dalam persekitaran storan berpusat berteknologi tinggi yang baru.
Objektif Projek:
1) Menjamin ketersediaan dan kelancaran operasi aplikasi utama JPA iaitu HRMIS di pusat data.
2) Memastikan JPA menggunakan sistem storan berpusat berteknologi terkini.
3) Mendapatkan jaminan SLA dan sokongan teknikal daripada pihak prinsipal bagi storan HRMIS

01 High-availability
02 Jumlah IOPS yang tinggi
03 Pemantauan prestasi storan melalui dashboard secara realtime
04 High compression dan deduplication data
05 Memendekkan tempoh troubleshooting

22 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

BENGKEL PENGUJIAN PELAN PEMULIHAN BENCANA ICT
JPA DAN SEMAKAN DOKUMEN DISASTER RECOVERY
MANAGEMENT PLAN (DRMP) DAN DISASTER RECOVERY
TECHNICAL PLAN (DRTP) BAGI TAHUN 2019

Pusat Pemulihan Bencana ICT JPA yang terletak di Pusat Data Sektor Awam, Bandar Enstek bersedia untuk beroperasi
sekiranya berlaku bencana di Pusat Data JPA di Putrajaya. Pelan ini menjamin ketersediaan 20 aplikasi kritikal JPA seperti
HRMIS, ASSIST, SPMB, eSILA dan Portal JPA mengikut RTO dan RPO yang telah ditetapkan.

Bengkel pengujian Pelan Pemulihan Bencana ICT JPA serta semakan dokumen DRMP dan DRTP bagi tahun 2019
telah diadakan pada 22 – 23 April 2019 di MAEPS Serdang. Ianya merupakan satu usaha berterusan oleh BPMS dalam
memastikan semua ahli pasukan DRT sentiasa bersedia dalam melaksanakan aktiviti pemulihan aplikasi berpandukan
kepada dokumen DRMP dan DRTP yang terkini.
Seramai 31 orang peserta yang merupakan ahli pasukan DRT di BPMS telah terlibat di dalam bengkel ini.
Objektif utama bengkel:-
1) Memberikan penerangan kepada semua ahli DRT berkenaan operasi replikasi bagi aplikasi kritikal JPA serta gerak

kerja semasa pengaktifan DRP;
2) Membuat semakan dan mengemaskini dokumen Disaster Recovery Management Plan (DRMP) dan Disaster

Recovery Technical Plan (DRTP);
3) Melaksanakan pra pengujian (Dry Run) DRP sebelum pengujian sebenar dilaksanakan.

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 23

REKA BENTUK BAHARU PORTAL HRMIS

Reka bentuk baharu Portal HRMIS mula dibangunkan pada bulan April 2019, dan dilancarkan pada 29 Julai 2019 oleh
YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), dalam Majlis Penutup Sempena Sambutan Bulan
HRMIS 2019.
Ia dibangunkan bagi memantapkan aspek keselamatan, menaik taraf platform perisian Content Management System
(CMS) Joomla, dan bagi memberi wajah baharu kepada Portal HRMIS.
Reka bentuk baharu Portal HRMIS ini dibangunkan secara dalaman oleh Pegawai Teknologi Maklumat di Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Perisian-perisian yang digunakan untuk membangunkannya ialah:

1. MS Windows Server 2016
2. Microsoft Web Server IIS10
3. PHP 7.3
4. MySQL Server
5. Joomla CMS 3.9
6. JoomlaShine PageBuilder

Di antara ciri-ciri yang diterapkan dalam reka bentuk baharu ini ialah seperti:
1. Lebih selamat
2. Menggunakan teknologi terkini
3. Responsif mengikut alatan yang digunakan (desktop computer, laptop, tablet, telefon mudah alih)
4. Moden dan trendy
5. Konsep less is more (minimal dan ringkas)
6. Fokus kepada produk-produk HRMIS seperti HRMIS 2.0, HRMIS Klasik, Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB),

dan sistem-sistem mudah alih HRMIS (MyHRMIS Cuti, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Profil, MyHRMIS Care, MyHRMIS
Self Check)

24 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

TREND PENGGUNAAN HRMIS

LAPORAN PENGGUNA HRMIS JANUARI HINGGA DISEMBER 2019 BAGI KEMENTERIAN DAN
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

PERKARA 2019

PENGGUNA JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS
HRMIS 672,929 634,381 833,468 628,109 559,241 544,499 564,991 798,295 783,861 730,391
LOGIN 3,957,014 3,269,612 463,181 564,198 2,986,222
HRMIS 5,232,439 4,450,808 4,722,625
4,196,102 3,229,267 3,038,003 1,913,754 3,038,481 2,995,260 6,781,656 6,490,269 6,497,343
TRANSAKSI
HRMIS 5,894,423 5,024,429 5,720,804 3,598,927 5,325,734 4,109,843 7,000,414 8,488,967 8,913757

BILANGAN PENGGUNA, LOGIN DAN TRANSAKSI HRMIS SEKTOR AWAM BAGI TAHUN 2019
Trend Bilangan Pengguna, Login Dan Transaksi HRMIS Bagi Tahun 2019 Mengikut Bulan

BIL. REKOD

BULAN

Trend Penggunaan ASSIST

BILANGAN PENGGUNA, LOGIN DAN TRANSAKSI SISTEM ASSIST BAGI TAHUN 2019

PERKARA 2019

PENGGUNA JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS
ASSIST 250 255 312 504 615 688 690 693 694 694
LOGIN 1,255 682 686
ASSIST 117,033
1,084 1,811 2,551 2,170 1,300 2,194 2,214 2,248 2,717 3,035 4,077
TRANSAKSI
ASSIST 140,509 288,091 337,627 199,104 106,446 335,687 291,549 231,890 251,572 270,537 385,894

*Sumber: Pangkalan Data ASSIST sehingga 31 Disember 2019

Disediakan oleh:
Sektor Pengurusan Data
Bahagian Pembangunan & Pengurusan Maklumat Strategik
Jabatan Perkhidmatan Awam

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 25

PROGRAM SHARING HRMIS APPLICATION KNOWLEDGE
AND EXPERIENCE (SHARE) – HRMIS

Program Sharing HRMIS Application Knowledge and Experience atau lebih dikenali sebagai SHARE-HRMIS masih
diteruskan untuk tahun 2019. Bagi tahun 2019, latihan kepada Pemilik Kompetensi (CO) masih juga diteruskan di samping
latihan kepada Pengurus Sember Manusia dan Pentadbir HRMIS Agensi.

Sepanjang tahun 2019, seramai 600 peserta dari 99 agensi telah terlibat dalam
20 siri penganjuran program ini. Beberapa modul/submodul baharu HRMIS telah
diperkenalkan serta mula diperluaskan kepada agensi pada tahun ini di samping
penambahbaikan ke atas modul/submodul sedia ada. Antara modul/submodul
terlibat yang telah diperluaskan penggunaan kepada Pengurus Sember Manusia
dan Pentadbir HRMIS Agensi Kerajaan melalui Program SHARE-HRMIS adalah
seperti berikut

Senarai Modul/Submodul Baharu dan Ditambah baik
Selain itu, modul/submodul HRMIS yang telah diketengahkan kepada CO pada
tahun 2019 adalah seperti berikut:

Senarai Modul/Submodul Pemilik Kompetensi (CO) Gambar Sekitar Program
26 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 Sharing HRMIS Application
Knowledge & Experience

(SHARE) – HRMIS 2019

LATIHAN SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR
AWAM (ASSIST)

Fokus utama latihan ASSIST tahun 2019 ialah memperluaskan latihan kepada semua agensi yang telah menerima
lesen ASSIST. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengguna baharu akan kepentingan sistem
ASSIST sebagai Business Intelligence di dalam pengurusan maklumat sumber manusia di agensi serta memantapkan
pengetahuan dan kemahiran pengguna sistem ASSIST sedia ada. Di samping mempelajari teknik membangunkan
dashboard, para peserta turut dilatih menggunakan tools di dalam sistem ASSIST untuk menyemak ketepatan data,
seterusnya meningkatkan integriti data di dalam sistem HRMIS.

Sebanyak dua belas (12) siri latihan ASSIST telah diadakan bagi membangunkan keupayaan pengguna ASSIST. Seramai
407 peserta daripada 202 agensi di seluruh negara telah menghadiri program latihan ini. Perincian bilangan penyertaan
mengikut sesi adalah seperti Carta 1. Secara keseluruhan, program latihan ASSIST telah berjaya meningkatkan
penggunaan sistem ASSIST berdasarkan peningkatan login sistem ASSIST seperti di Carta 2.

Bilangan Agensi dan Peserta bagi Program Latihan Gambar sekitar Program Latihan ASSIST 2019
Analitik Sumber Manusia Sektor Awam (ASSIST)
Tahun 2019

Carta 1: Bilangan penyertaan bagi Program
Latihan ASSIST sepanjang tahun 2019

Bilangan login sistem ASSIST mengikut bulan bagi
tahun 2019

Carta 2: Bilangan login sistem ASSIST mengikut
bulan bagi tahun 2019

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 27

ARTIKEL DARI AGENSI :
HRMIS PEMANGKIN PEMBANGUNAN DIRI DALAM ALAF BARU

Kaunseling dapat difahami sebagai satu proses sistematik yang membantu perhubungan berdasarkan
prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar mengikut kod etika kaunseling
untuk mencapai satu perubahan, kemajuan, penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri
klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta
Kaunselor 1998).

Penjawat awam amat memerlukan perkhidmatan kaunseling dalam mengenali diri serta membangunkan
potensi diri. Dalam konteks memudahkan penjawat awam mendapatkan perkhidmatan kaunseling dari
para pegawai psikologi, HRMIS telah menyediakan perkhidmatan atas talian.

Bagaimana cara bagi penjawat awam memperolehi perkhidmatan tersebut? Pertama, penjawat awam
yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut perlu ke menu pembangunan di paparan
utama laman sesewang. Di sini, penjawat awam perlu melayari item psikologi dan kaunseling. Seterusnya
pilihan perlu dilakukan ke atas kaunseling rujukan / sukarela di paparan fungsi.

Bagi melayari perincian perkhidmatan kaunseling yang ingin diperolehi, penjawat awam berkenaan perlu
memilih item temujanji kaunseling. Terdapat dua jenis pilihan item iaitu rujukan dan sukarela.

Dalam perbincangan kita dalam artikel, fokusnya akan tertumpu kepada pilihan sukarela. Mengapa
penjawat awam perlu memilih kaunseling secara sukarela sedangkan kita sebenarnya tidak mempunyai
masalah. Mungkin ramai yang mempunyai persepsi sebegini. Izinkan saya membantu memberikan sedikit
penerangan mengenai kaunseling. Berdasarkan definisi oleh George & Cristiani, 1990 mendefinsikan
bahawa kaunseling sebagai satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang
terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya
bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan
dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna
dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Berdasarkan menu HRMIS, seorang penjawat awam boleh memilih kaunselor dengan mengambilkira
bidang pengkhususan yang ingin dirujuk. Antara bidang pengkhususan tersebut adalah kaunseling
pembangunan diri, kaunseling psiko-sosial, kaunseling akademik, kaunseling sahsiah, kaunseling
keluarga, kaunseling perkahwinan, kaunseling seksual, kaunseling persaraan, kaunseling organisasi,
kaunseling kerjaya, kaunseling tatatertib, kaunseling peningkatan kemahiran, kaunseling pegawai
bermasalah, kaunseling kepimpinan, kaunseling transisi penyesuaian diri, kaunseling trauma, kaunseling
pendidikan dan kaunseling am.

Seperti mana yang dijelaskan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapannya semasa Majlis Penutup TVET
Conference 2019 pada 9 Julai 2019, telah ditegaskan betapa penting pembangunan modal insan yang
menjadi nadi dan penggerak pembentukan masyarakat untuk maju, proaktif dan berinovatif seterusnya
berkemampuan menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan Negara keseluruhannya.

Sehubungan itu pengwujudan modul khusus dalam HRMIS adalah tepat pada masanya bagi memudahkan
penjawat awam untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Contohnya katakan seorang pegawai
X telah dinaikkan pangkat dan sedang mengetuai sebuah unit. Pegawai ini menghadapi kesukaran
memandangkan persekitaran baru yang mencabar. Sehubungan itu dia berharap untuk meluahkan
perasaan mengenai situasi yang beliau hadapi. Pada masa ini, beliau tiada platform untuk meluahkan
perasaannya. Dalam situasi ini beliau boleh melayari portal HRMIS dan dengan mudahnya beliau boleh
memperolehi temujanji dengan kaunselor yang bersesuaian.

Klien juga disediakan untuk melihat nama kaunselor mengikut bidang kaunseling. Malahan no. telefon
kaunselor berkenaan juga disertakan yang mana ianya akan membantu klien sekiranya memerlukan
sebarang maklumat awal.

28 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

Melalui HRMIS juga, sesi kaunseling yang akan dijalankan adalah lebih bermakna di mana kaunselor yang
akan menjalankan sesi kaunseling boleh merujuk dokumen yang berkaitan dengan penjawat awam atau
klien dalam perbincangan ini. Walau bagaimanapun sekiranya klien berhasrat untuk tidak mendedahkan
dokumen berkenaan, klien boleh mengklik di ruangan yang berkenaan supaya ianya tidak didedahkan.

Antara dokumen dan maklumat yang wujud di paparan adalah maklumat klien, maklumat kecacatan,
maklumat harta, Anugerah, Laporan Prestasi, Laporan Kaunseling, Maklumat keluarga, bahasa, pegawai
yang dihubungi, Laporan cuti, Laporan Kes Tatatertib dan Laporan Perubatan.

Melalui akses yang diwujudkan di portal HRMIS ke atas dokumen rujukan, ia bukan sahaja membantu
klien malahan turut membantu kaunselor untuk melaksanakan semakan dan rujukan awal ke atas
maklumat klien. Ini sudah tentu akan menjimatkan masa dan membantu fokus ke arah sesi kaunseling
yang berkesan.

Penulisan artikel ini serba sedikit membantu ke arah pengurusan perubahan yang berobjektifkan untuk
menyebarluas mengenai perkhidmatan kaunseling melalui HRMIS. Bagi pembaca artikel ini, sesi
kaunseling ini akan membantu anda melihat kekuatan dan kelemahan diri anda. Melalui proses ini, ia
akan membantu ke arah perkembangan potensi diri anda.

Sesiapa yang mengikuti perkhidmatan kaunseling akan dirahsiakan maklumatnya. Sehubungan itu
penjawat awam tidak perlu bimbang untuk mengikuti sesi kaunseling. Sesi kaunseling ini bertujuan untuk
membantu anda meneroka diri di mana anda akan dibimbing untuk melihat diri anda secara menyeluruh
dan seterusnya membuat pilihan yang bersesuaian.

Contohnya individu X yang memperolehi kenaikan pangkat tetapi ditempatkan di satu kawasan yang
jauh dalam lingkungan 200km berasa tidak menentu samada ingin menerima atau menolak tawaran.
Dalam keadaan ini, individu berkenaan mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling
sebelum mengambil keputusan. Semasa sesi kaunseling, kaunselor akan meminta anda meneroka
pelbagai kemungkinan dan melihatnya dalam pelbagai persepktif. Dalam proses membantu ini, kaunselor
yang mempunyai pelbagai kemahiran akan membantu anda meneliti setiap pilihan. Di sini ia melatih anda
untuk berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan.

Rumusannya adalah portal HRMIS telah menyumbang ke arah inisiatif dalam perkhidmatan atas talian
yang dinamik yang membantu ke arah transformasi perkhidmatan kaunseling. Diharapkan sokongan
berterusan penjawat awam dalam mengggunakan perkhidmatan HRMIS terutamanya dalam penawaran
perkhidmatan kaunseling akan berkembang pada masa hadapan. Penggunaan HRMIS dalam tempahan
perkhidmatan kaunseling sudah tentu akan menganjakkan potensi diri penjawat awam yang dapat
membina Malaysia Baru yang cemerlang.

Rujukan:

1. Portal HRMIS
2. Portal Lembaga Kaunselor

Oleh : Encik Mogana Rau A/L Muniandy
Bahagian Perundingan Pengurusan 2
MAMPU

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 29

LAWATAN KERJA DARI AGENSI LUAR KE JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM

PASUKAN PENYELIDIK UNIVERSITI UTARA UNIT HRMIS - IBU PEJABAT JABATAN
MALAYSIA (UUM) PENGAIRAN SALIRAN (JPS) MALAYSIA
Tarikh : 11 Julai 2019
Tarikh : 7 Ogos 2019 Peserta : Diketuai oleh Tuan Jeyaseelan,
Peserta : Diketuai oleh Prof. Dr. Ayoib Che
Pengarah Khidmat Pengurusan, JPS
Ahmad, Timbalan Naib Canselor bersama 20 pentadbir HRMIS
(Penyelidikan & Inovasi) UUM serta 5 Tujuan :
orang penyelidik • Mengetahui peranan dan tanggungjawab yang
Tujuan : dijalankan oleh HRMIS JPA
• menjalin kerjasama, bertukar-tukar pandangan • Sebagai aktiviti pengisian sempena Sambutan
serta berkongsi pengalaman dan ilmu dalam Minggu HRMIS Peringkat JPS yang diadakan
pelbagai aspek pengurusan khususnya yang daripada 8 – 12 Julai 2019
menjurus kepada pengurusan teknologi
maklumat.

JABATAN KERJA RAYA (JKR) NEGERI UNIT PERMODENAN TADBIRAN DAN
TERENGGANU PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA

Tarikh : 24 Oktober 2019 (MAMPU)
Peserta: Diketuai oleh Puan Nuzulnisa binti Tarikh : 27 Jun 2019
Peserta: Pegawai dari Bahagian Perundingan
Barudin@Kamarudin, Timbalan
Pengarah JKR Terengganu dan 30 orang Pengurusan 1
pegawai Tujuan :
Tujuan : • Lawatan Penandaarasan Pengurusan Perubahan
• Mempelajari dan mendapatkan pendedahan
berkenaan pengurusan HRMIS di BPMS HRMIS Sistem Maklumat Pengurusan Sumber
Manusia
• Belajar dengan lebih mendalam dari pengalaman
pengurusan perubahan HRMIS

MAHKAMAH KUALA LUMPUR PERBADANAN LABUAN
Tarikh : 30 April 2019 Tarikh : 19 Disember 2019
Peserta: 10 orang pegawai Peserta: Diketuai oleh Puan Norsiah binti Udin,
Tujuan :
• Melawat dan mengetahui berkenaan Pengarah Jabatan Pengurusan Sumber
Manusia(JPSM) dan bersama 5 orang
pengurusan “Green Data Centre” JPA serta pegawai
mendapatkan maklumat serta berkongsi
pandangan berkenaan sistem HRMIS Tujuan :
serta modul-modul yang dibangunkan bagi • Mempelajari sistem MyKehadiran bagi
diaplikasikan di Mahkamah Kuala Lumpur diadaptasi ke dalam Sistem E-Jari yang sedang
diguna pakai di Perbadanan Labuan

30 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

DIARI HRMIS 2019 [AKTIVITI PROMOSI HRMIS]

FEBRUARI MAC MEI

HRMIS @ Program Pemurnian HRMIS@PSUK Negeri HRMIS@Hari Pekerja 2019 PICC
Data HRMIS LKIM Terengganu 1 Mei 2019
11 Februari 2019
19 & 20 Mac 2019
JULAI

HRMIS@HRMIS Fair Kementerian HRMIS @Program DGCCR PSUK HRMIS @Pelancaran Bulan
Kesihatan Malaysia - Selangor HRMIS PSUK Pulau Pinang
15 & 16 Julai 2019
18 Julai 2019 22 & 23 Julai 2019

SEPTEMBER

HRMIS @HRMIS Group Summit HRMIS@Program HUGS & Majlis HRMIS@Hari ICT MPI 2019
KPM Penutup Bulan HRMIS 23 September 2019
29 Julai 2019
24 Julai 2019

OKTOBER

HRMIS@Pameran HRMIS di RTM HRMIS@Hari ICT KSM 2019 HRMIS@Hari Inovasi Dan
22 Oktober 2019 24 Oktober 2019 Kecemerlangan JPM (HIK JPM)

30 Oktober 2019

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 31

APLIKASI MOBILE : MyHRMIS KELUAR PEJABAT

32 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

VIDEO TUTORIAL ONLINE HRMIS 2019

Change Management HRMIS JPA

1. Submodul Penilaian Tahap Potensi 2. MyHRMIS Self Check
(PTP)- Modul Pengurusan Kerjaya
a) Pegawai Penilai
b) Sekretariat PTP Agensi
c) Pengurusan Sumber Manusia (PPSM)

3. MyHRMIS Profil

Aplikasi mobile HRMIS boleh dimuat turun melalui :

Galeri Aplikasi M udah Alih
Kerajaan Malaysia (GAMMA)

info Bagaimana cuti luput dikira dalam HRMIS?
Pengiraan cuti luput dalam HRMIS adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
7 Tahun 2003 di mana cuti tahun pertama akan luput pada akhir tahun ketiga sekiranya tidak
diambil. Walau apa pun kaedah pengumpulan yang terpakai kepada seseorang pegawai itu,
jumlah hari cuti rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah sebanyak 15 hari atau setengah
daripada kadar cuti rehat yang layak bagi tahun tersebut, mengikut mana yang kurang.

iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 33

SISTEM PENGURUSAN MEJA BANTUAN (HELPDESK JPA)

INFO SPMB : SALURAN ADUAN MOBILE –
MYHRMIS CARE
TUJUAN Memantapkan lagi tahap ketelusan,
kecekapan & akauntabiliti Merupakan aplikasi mudah
pengurusan aduan ICT JPA alih yang menyediakan
kemudahan kepada
Lebih mudah dan tepat. 100% atas pengguna HRMIS untuk
LAPORAN talian menyampaikan aduan,
cadangan penambahbaikan,
TEMPOH Mengurangkan tempoh menyemak status aduan
penyelesaian aduan serta merujuk soalan-soalan
lazim yang disediakan
Memudahkan pengurusan dan
PANTAU pemantauan aduan berdasarkan KPI

STATISTIK LOG ADUAN & PANGGILAN 2019: ADUAN HRMIS TERTINGGI
MENGIKUT AGENSI 2019:

JENIS ADUAN TERTINGGI YANG SERING
DITERIMA 2019 :

HUBUNGI KAMI DI:
Tel : 03-83211400
https://spmb.jpa.gov.my
Waktu Perkhidmatan
Isnin - Jumaat:
8.00 pagi hingga 7.00 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti | Umum: Tutup

Waktu operasi ini akan diselaraskan dari
semasa ke semasa mengikut keperluan.

Maklumat penting berkaitan HRMIS dan Soalan Lazim boleh didapati di portal HRMIS www.eghrmis.gov.my
34 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019

Sajak :

Tanahairku, Sayugia kini, tiap saat waktu berdetik, dihujung
Kau lah saksi tumpah darah dan keringat, jari maklumat berputik dan dipetik,
Jerih payah moyang-moyang kita, Gajet digenggam bagai sang sufi membilang
Yang dadanya kompleks dengan semangat tasbih, tak lekang ditelapak,
perjuangan, Jika sasar bina niaga tentu untung, tak ratus
Yang mindanya kompleks dengan percaturan mungkin berjuta,
kemerdekaan, Namun berpunca seloka durjana, habis
Yang niatnya bebaskan tanahair dari penjajah, membawang halia diundang,
Bagai hidup tak bertemu akhirat, sesama insan
Mujur, watan masyghul dan hiba tersedar, runtuh muafakat.
Sebermula sekumpulan jadi sekampung jadi
sepekan jadi senegeri, Tuan, Puan, Aci dan Nyonya,
Hatta lewat seluruh tanahair Merdekakah kita? – Jika memiliki pemikiran entah
Sebulat air kata berpakat, menghalau siangkuh, kelas ke berapa?
manghalau sitakbur. Adik, Kakak, Abang & Saudara Semua,
Bangsaku berjaya memercik api memarak Merdekakah kita? – Jika lalai dengan aplikasi
semangat, permainan dari senja hingga subuh hari,
Arakian, laungan keramat “Merdeka, Merdeka, Ibu, Ayah, Tok & Nenda,
Merdeka” Merdekakah kita? – Tak berjaya menyemat jati
Bergema segenap pertala jagat buana, diri pewaris, lagak baru macam Inggeris.
Syahadan, mentauliahkan mengijazahkan bumi Sejarah lampau mencatat,
bertuah Kekayaan hasil bumi tanahair dirembat, moyang
Di bawah acuan kita, kita bangkit bawa merdeka,
Kini lebih separuh abad kita teroka. Sejarah marcapada pula mencatat,
Lebih separuh abad nikmat merdeka. Data bangsa terlalu mudah dipindah, tak perlu
diktator punya perintah,
Tanahairku, disekeliling anak bangsamu, Data nilaian berjuta mengalir keluar negara,
Diduga syariat, hakikat serta tareqat buana apakah perjuangan bangsa merdeka?
digital, Sedang Big Data, Data Scientist tergabung bagai
Maklumat dan fitnah, kuasa dan noda, propolis penuh manfaat melilit sarwajagat,
Anak bangsamu bersalut indah baju merdekanya, Data diuji menjana manfaat, beribu hipotesis
Namun, musibah padah melata melanda, berjaya disemat,
Benteng hijab perawan terlucut, Segerombolan Kini, info negara bukan rahsia, membuka luas
anak bangsa luluh tercemar, pintu penjajahan semula,
Arakian, pelanduk lupakan jerat, Tapi, sudikah kita melebarkan ruang penjajahan
Sebenarnya apa dan kenapa? lagi, dengan konsep dan doktrin termaju,
Jawab Internet Hidangan wakil-wakil seteru.
Kau alpa, “Data kita tanggungjawab kita.
Bangkitlah wahai bangsaku, sadarlah dari lenamu,
Bangsaku, Ayuh kita raikan merdeka kita, kukuhkan
Bakhilkan dirimu dari menjaja perihal semangat perpaduan, keinsafan dan bijaksana,
peribadimu, Semoga kita dilindungi Allah Azzawajalla, dari
Data peribadi kau sedekah percuma, arakian kita dugaan-dugaan hina.
rugi berganda. Ameen
Bangsaku kini tak makan tarbiyah, walau berbuih
pesanan dan akta ditujah, Dr. Bakri Yahaya
BPMS, JPA,
Jabatan Perdana
Menteri.

iHRMiHIRSMEIDSIESDI IJSAI NJAUNAURAIR–ID– IDSIESEMMBBEERR22001199 3355

hrmis2all Change Management Change Management Pasukan Promosi
HRMIS JPA HRMIS JPA HRMIS JPA

Layari kami di : www.eghrmis.gov.my

Sumbangan & Maklum Balas

iHRMIS akan menjadi saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan dengan penglibatan
yang aktif daripada para pembaca. Sumbangan anda sangatlah dialu-alukan. Sama ada
anda memberikan buah fikiran, pandangan, cadangan atau pertanyaan, penulisan anda
hendaklah tidak melebihi 500 patah perkataan dan ia berkaitan dengan pengurusan
sumber manusia. Segala sumbangan hendaklah dialamatkan kepada :

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 3 - 6 Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya

E-mel : [email protected]

36 iHRMIS EDISI JANUARI – DISEMBER 2019


Click to View FlipBook Version