The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Kursus Sejarah Pembentukan Malaysia
Nur Ardeeny Binti Mohd Khidir
5 Akaun (DLP)
Puan Farah Waheeda Binti Hassan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mejkhidir, 2021-07-25 07:54:02

Sejarah Pembentukan Malaysia 1963

Kerja Kursus Sejarah Pembentukan Malaysia
Nur Ardeeny Binti Mohd Khidir
5 Akaun (DLP)
Puan Farah Waheeda Binti Hassan

PEMBENTUKAN

MALAYSIA

NUR ARDEENY BINTI MOHD KHIDIR
5 AKAUN (DLP)
PUAN FARAH WAHEEDA BINTI HASAN

1 PERNYATAAN MASALAH SKOP
2 OBJEKTIF
3 KAEDAH KAJIAN 2
4 HASIL DAPATAN
5 KESIMPULAN

6 RUJUKAN

PERNYATAAN MASALAH

Pelbagai reaksi dan cabaran tidak menghalang
terbentuknya sebuah negara bernama Malaysia pada
16 September 1963 .
Persoalan :
a) Nyatakan idea gagasan Malaysia.
b) Huraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia.
c) Terangkan reaksi penduduk tempatan dan negara
jiran
d) Jelaskan langkah-langkah kandungan Perjanjian
Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia.

e) Nyatakan kandungan Perjanjian Julai 1963 dan
peristiwa pengisytiharan Malaysia.

3

OBJEKTIF 2. Menghuraikan faktor-faktor 3. Menerangkan reaksi
pembentukan Malaysia. penduduk tempatan dan
1. Menyatakan konsep negara jiran.
gagasan Malaysia.

4. Menjelaskan langkah 5. Menyatakan kandungan
-langkah pembentukan Perjanjian Julai 1963 dan
peristiwa pengisytiharan
Malaysia. Malaysia.

4

KAEDAH KAJIAN 5

Antara kaedah kajian yang digunakan oleh Saya untuk menyempurnakan
kajian Kes ini :
1) Rujukan
Saya telah merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 yand ditulis oleh Dr.
Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohammed Dali, Ridzuan bin Hasan
dan Ishak bin Saidoo.
2) Melayari internet
Saya telah melayari laman sesawang :
1.https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Proses_Pembentukan_Persekutuan_
Malaysia_1963
2.https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Malaysia

3. http://akakptsb.blogspot.com/2016/09/idea-dan-faktor-gagasan-malays
ia.html?m=1
4. https://borneovoice-wordpress-com.cdn.ampproject.org/v/s/borneovoic
e.wordpress.com/2021/04/09/intipati-perjanjian-malaysia-1963/amp/?amp_
js_v=a6&amp_gsa=1&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16270464286527
&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare
=https%3A%2F%2Fborneovoice.wordpress.com%2F2021%2F04%2F09%2Fintipati-p
erjanjian-malaysia-1963%2F
5. Mohd Rodzi Abd Razak,2003,Gagasan Malaysia dan Pemerintahan Britis
h : Satu Tinjauan . UKM.journalarticle.ukm.my/410/1/1.pdf

6

HASIL DAPATAN

7

PENDAHULUAN

Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan
yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di Hotel Adelphi, Singapura semasa
majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di
Asia Tenggara. Cetusan idea Tunku Abdul Rahman adalah untuk
mewujudkan 1 bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan
Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei.

Selain itu, pada tahun 1906 Majalah Al-Imam menggesa penyatuan Raja
& orang melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi di Alam
Melayu. Konsep Melayu Raya diperjuangkan oleh nasionalis Tanah Melayu
pada tahun 1938. Antaranya, Ibrahim Haji Yaakob & Dr. Burhanuddin
Al-Helmi sejak sebelum perang dunia ke-2.

8

Pada akhirnya, Datu Mustapha Datu Harun iaitu pemimpin Sabah menyatakan
minat untuk membawa Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
dalam satu pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Kuala
Lumpur.

Seterusnya, pegawai British memberikan candangan untuk menggabungkan
Sarawak, Sabah, Negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat supaya menjadi Tanah
jajahan yang besar. Cadangan terawal dikemukakan oleh Lord Brassey pada
tahun 1887 kemudian diikuti oleh Sir Malcolm MacDonald pada tahun 1951, Sir
Gerald Templer pada tahun 1952 dan akhir sekali Sir Geofroy Tory pada tahun
1960. Idea pegawai British ini bertujuan untuk kepentingan dan potensi ekonomi,
dekolonisasi dan keselamatan. Cadangan ini mendapat sokongan Pejabat
Kolonial.

9

1 IDEA GAGASAN MALAYSIA PERNYATAAN
MASALAH

2 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN

MALAYSIA

3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN

DAN NEGARA JIRAN

4 LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

5 PERJANJIAN JULAI 1963 DAN PERISTIWA
PENGISYTIHARAN MALAYSIA

10

KANDUNGAN

1 IDEA GAGASAN MALAYSIA

11

KONSEP GAGASAN

Konsep Gagasan Malaysia tercetus susulan
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
bagi membentuk negara berdaulat. Antara
idea yang diperkenalkan:

Idea Gabungan bekas Tanah Jajahan
British iaitu Persekutauan Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah.

Idea Melayu Raya atau Indonesia Raya
pernah dizahirkan oleh golongan nasionalis
sebelum Perang Dunia Kedua sejak tahun
1887 oleh Pegawai British.

12

KANDUNGAN

2 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
MALAYSIA

13

KESELAMATAN

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bimbang akan
pengaruh komunis yang semakin berkembang di Asia
Tenggara pada tahun 1961.

Kebimbangan tercetus disebabkan fahaman komunis
ini mungkin akan menguasai pentadbiran Singapura
dan boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu.

Sarawak juga turut berhadapan dengan gerakan
Clandestine Communist Organization (CCO).

Kerajaan berpendapat penubuhan Malaysia akan
menghalang perkembangan fahaman komunis
daripada merebak di Singapura.

14

MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH,
SARAWAK, BRUNEI & SINGAPURA

Memberi Kemerdekaan Awal kepada

• Sabah • Brunei
• Sarawak • Singapura

Merealisasikan Rancangan Dekolonisasi

• Membentuk Kerajaan Sendiri
• Pengabungan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo

Memperkasakan Politik dan Ekonomi

• Sabah
• Sarawak

15

PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI

a) Mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk
mendapat keuntungan bersama
b) Membantu negeri yang miskin dan kekurangan sumber
ekonomi terutama Sabah & Sarawak.
c) Tanah Melayu, Singapura dan Brunei menjadi tunjang
utama pembangunan ekonomi.
d) Keselamatan Singapura akan lebih terjamin.

16

MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK BUMIPUTERA

Sekiranya, Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, kedudukan penduduk
Melayu sebagai warga majoriti akan hilang kerana warga Singapura
kebanyakkanya ialah penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan
penduduk Persekutuan Tanah Melayu, warga bukan Melayu akan menjadi
golongan majoriti menggantikan warga Melayu.
Majoriti penduduk asal hanya terlibat dalam sektor domestik seperti pertanian dan
penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap. Sekiranya kedua-dua wilayah
ini menyertai Persekutuan Malaysia, kebarangkalian penduduk Bumiputera Sabah
dan Sarawak untuk mendapat layanan istimewa adalah lebih tinggi.

17

KANDUNGAN

3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN
DAN NEGARA JIRAN

18

REAKSI NEGARA-NEGARA JIRAN

Pembentukan Malaysia mendapat tentangan hebat daripada 2
buah negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina manakala Thailand
menyokong pembentukan Malaysia.

Hal yang dipertikaikan kedua-dua buah negara ini melibatkan
kedudukan geografi, sumber asli dan juga perancangan mereka.
Seterusnya, hal ini menyebabkan Filipina membantah kewujudan
Malaysia dan Indonesia pula cuba menghalang pembentukan
Malaysia.

19

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN

Menyokong Menyokong

✓ SUPP yang dipimpin oleh Ong Kee Hui Menentang SARAWAK
✓SNAP yang diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan
Menentang
Menentang Kemudian

BARJASA dipimpin oleh Datuk Patinggi Abdul Rahman Sokong
✓ PANAS dipimpin oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha
✓ PESAKA pimpinan Jugah anak Barieng
✓ SCA.

Menentang Kemudian Menyokong

✓ SNAP kemudiannya menyokong rancangan
cadangan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia
(JSKM).

20

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN

SABAH

Menyokong :
✓UNKO
✓ USNO
✓ Pasok Momogun
✓ Sabah Chinese
Association (SCA)
✓ Democratic party
✓ Sabah Indian Congress

21

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN

SINGAPURA Menyokong :
✓ People's Action Party (PAP) dipimpin oleh

Lee Kuan Yew
✓ Golongan pedagang dan pengusaha industri
✓ Parti Bruh Singapura bersetuju tetapi menganggap

gabungan ini sebagai 1 usaha yang sukar dilakukan.

Menentang :
✓ Parti Rakyat Singapura
✓ Barisan Sosialis menganggap pembentukan Malaysia se
bagai penjajahan baharu.

22

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN

BRUNEI

Menyokong : Menentang :

✓ Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar ✓ Parti Rakyat Brunei dipimpin oleh A.M. Azahari
Ali Saifuddin mengalu-alukan lebih berminat untuk menggabungkan Brunei ,
cadangan pembentukan Malaysia Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara. Beliau
✓ Rakyat Brunei juga menyokong. berpendapat pembentukan Malaysia merupakan
cara kerajaan British menguasai ekonomi dan
menjamin keselamatan.

23

Kandungan

4 LANGKAH PEMBENTUKAN
MALAYSIA

24

SIRI LAWATAN

Jul Ogos Nov 1963
1961 1962 1962

LAWATAN TAR LAWATAN PEMIMPIN LAWATAN TAR LAWATAN ROMBONGAN DR.
BURHANUDDIN AL-HELMI
mengadakan lawatan ke Kerajaan Lawatan Tunku Abdul & GHAFAR BABA
Sarawak dan Brunei. Persekutuan Tanah Rahman Putra Al-Haj Lawatan ke Sarawak &
Lawatan ini bertujuan Sabah ini menunjukkan
untuk meninjau dan Melayu mengatur ke Sarawak & kesepakatan dalam
bertemu dengan lawatan pemimpin Sabah.. kalangan ahli politik untuk
Sabah & Sarawak ke menjelaskan gambaran
pemimpin tempatan bagi Persekutuan Tanah sebenar tentang rancangan
menerangkan Melayu untuk meninjau Malaysia kepada penduduk
Sarawak & Sabah.
rancangan pembentukan kemajuan di
Malaysia . Persekutuan Tanah 25

Melayu.

TUJUAN PENUBUHAN JAWATANKUASA
SETIA KAWAN MALAYSIA (JSKM)

Ruang Perbincangan Penyebaran Maklumat Jawatan Kuasa Setia Kawan
Malaysia (JKSM)
Menyediakan ruang Menyebarkan maklumat Ditubuhkan ketika
perbincangan. berkaitan dengan Persidangan Ahli-ahli
Malaysia. Parlimen di Singapura pada
23 Juali 1961

Keyakinan Penduduk Mengumpul Pandangan Aktiviti Hebahan Pengerusi JKSM adalah
Donald Stepen dan wakil-
Menyakinkan penduduk Mengumpulkan Memupuk aktiviti wakil pemimpin dari
Sarawak & Sabah pandangan tentang penghebahan dan Persekutuan Tanah Melayu,
tentang pembentukan pembentukan Malaysia. mempercepat Singapura, Sabah &
Malaysia. pembentukan Malaysia. Sarawak.

Memberikan kefahaman 26
kepada pemimpin tempatan
& mendapatkan sokongan
terhadap pembentukan
Malaysia

REFERENDUM SINGAPURA

Singapura turut mengadakan satu pungutan suara
yang dipanggil Referendum Singapura yang mana
fungsinya adalah untuk mendapatkan pandangan
rakyat Singapura berkaitan isu Penubuhan
Malaysia.

Referendum Singapura telah diadakan pada
1 November 1962 dan setelah referendum
selesai, ia menunjukkan bahawa 71% rakyat
Singapura menyokong pembentukan Malaysia.

27

SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya ini dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962 dan dipengerusi
oleh Lord Cobbold bersama 4 ahli lain dengan mengadakan 35 siri lawatan di
Sabah & Sarawak.

Pada Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan tersebut termasuk:

i) Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia. 28

ii) Mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan
Persekutuan yang baharu.

iii) Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan
khas diberi kepada Sarawak dan Sabah yang tidak
boleh dipinda atau dibatalkan oleh kerajaan
Persekutuan Tanah tanpa persetujuan.

RUNDINGAN LONDON

Pada 26 Jun 1961 , Tubku Abdul Rahman telah menghantar memorendum
kepada pemimpin British mengenai gagasan malaysia melibatkan hubungan
Tanah Melayu, Brunei Borneo dan Singapura dalam persoalan Grand
Design. Antara isu Grand Design adalah berkenaan pertahanan dan
kedudukan wilayah Borneo.
Pada bulan November 1961 , Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
mengadakan rundingan dengan Kerajaan British yand diadakan di London
untuk menubuhkan suruhanjaya bagi meninjau keadaan ekonomi dan
sosial serta pandangan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah.

29

PEMBENTUKAN JAWATANKUASA ANTARA
KERAJAAN (JAK) PADA OGOS 1961

TUJUAN PENUBUHAN JAK PENGERUSI
LordLansdowne
Menyediakan rangka Perlembagaan
dan membentuk keperluan melindungi TIMB PENGERUSI
kepentingan Sarawak dan Sabah Tun Abdul Razak

Hussein

Wakil Sarawak Wakil Sabah 30

Wakil Sarawak ialah Ketua Wakil Sabah terdiri daripada
Setiausaha,Peguam Negeri, Ketua Setiausaha,Peguam

Setiausaha Kewangan, Negeri, Setiausaha
DatuBandar Abang Haji Mustapha, Kewangan, DatuMustapha
TemenggongJugah anak Barieng, Datu Harun, Donald Stephens

Pengarah Montegrai, LingBeng danKoo Siak Chiew.
Siew dan Chia Chin Sin.

PEMBENTUKAN JAWATANKUASA ANTARA
KERAJAAN (JAK)

JAK

LIMA JAWATANKUASA KECIL

01 02 03 04 05

PERLEMBAGAAN KEWANGAN PERKHIDMATAN PERUNDANGAN & ORGANISASI
AWAM KEHAKIMAN JABATAN

Jawatankuasa ini telah mengadakan mesyuarat pertama di Jesselton (KotaKinabalu),
Sabah pada 30 Ogos 1962.Mesyuarat terakhir diadakan di Kuala Lumpur pada 18-20

September 1962

31

KANDUNGAN

5 PERJANJIAN JULAI 1963 DAN
PERISTIWA PENGISYTIHARAN

MALAYSIA

32

PERJANJIAN JULAI 1963

Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Malaysia ialah sebuah dokumen yang ditandatangani
oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan ditandatangani pada
9 Julai 1963 di London oleh:

a) Kerajaan United Kingdom
b) Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
c) Kerajaan Borneo Utara
d) Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Singapura

Dimeterai pada 31 Julai 1963 dan dikuatkuasa pada 16 September 1963. Prinsip utama
Perjanjian ini mengiktiraf hak yang sama kepada semua negeri dalam Malaysia.

33

INTI PATI PERJANJIAN

Antara inti pati perjanjian Malaysia termasuklah :
1. Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963.
2. Sarawak, Sabah dan Singapura akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia
akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia bersama Persekutuan Tanah
Melayu.
3. Kerajaan British akan mengiktirafkan kedaulatan Sarawak,Sabah dan Singapura
dalam Malaysia.
4. Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri
5. Memperuntukkan tempoh masa peralihan, contohnya dalam bidang pentadbiran
awam serta pendidikan kepada Sabah dan Sarawak.

34

6. Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura seabanyak 15 kerusi:Sarawak
24 kerusi;dan Sabah 16 kerusi.
7. Penduduk bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat pengiktirafan sama
seperti orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

35

PERJANJIAN 20 PERKARA MA63

Perkara 1:Agama Perkara 3:Perlembagaan

Tiada bantahan agama Islam Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo
sebagai agama kebangsaan Utara sewajarnya amat diperlukan.
Malaysia akan tetapi tiada agama
rasmi di Sabah. Perkara 4:Ketua Persekutuan Ketua (Yang
Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak
Perkara 2:Bahasa untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan
(YDP Agong).
Bahasa Melayu harus dijadikan
Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Perkara 5:Nama Persekutuan “Malaysia”
Namun Bahasa Inggeris boleh bukan “Melayu Raya”.
digunakan semua tujuan berkaitan
dengan negeri dan persekutuan, Perkara 6: Imigresen. Kemasukan ke
tanpa had masa.
Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan

persetujuan Kerajaan Negeri. 36

PERJANJIAN 20 PERKARA MA63

Perkara 7:Hak Menarik Diri. Tiada hak menarik diri dari Malaysia.
Perkara 8: Borneonisasi. Sabah dan Sarawak ada hak melantik orang-orang tempat
an ke dalam perkhidmatan awam.
Perkara 9: Pegawai-pegawai British. Pegawai-pegawai Birtish digalakkan untuk
teruskan perkhidmatan dalam pentadbiran sehingga mereka boleh diganti oleh
orang-orang tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10:Kewarganegaraan. Warga Sabah juga adalah warga Malaysia.
Perkara 11: Cukai dan Kewangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke
atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.

37

PERJANJIAN 20 PERKARA MA63

Perkara 12: Kedudukan Khas Bangsa Asli/Bumiputera. Borneo Utara Bangsa asli

Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan

kepada bangsa Melayu di Malaya

Perkara 13:Kerajaan Negeri. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem
kementerian yang sesuai.

Perkara 14:Jangkamasa Peralihan. Sabah dan Sarawak diberi tempoh 7 tahun
untuk menyesuaikan kuasa perundangan dengan kerajaan Persekutuan.

Perkara 15:Pelajaran. Sabah dan Sarawak boleh kawal sistem pelajaran sendiri.

Perkara 16:Perlindungan kepada Perlembagaan. Tiada pindaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan yang memberi kesan kepada Borneo Utara boleh
dibuat tanpa persetujuan kerajaan Sabah dan Sarawak.

38

PERJANJIAN 20 PERKARA MA63

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Jumlah Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak juga perlu mengambil kira keluasan
negeri dan jumlah penduduk sahaja.
Perkara 18: Nama Ketua Negeri Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Perkara 19: Nama Negeri Sabah.
Perkara 20: Tanah, hutan,kerajaan tempatan dan lain-lain
Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara.

39

MISI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan
membuat pembantahan rasmi di PBB. Setiausaha Agung PBB
mengumumkan penubuhan United Nations Malaysia Mission pada 12
Ogos 1963 untuk menilai dan membuat laporan. Akhir sekali, pada 14
September 1963, misi ini menerbitkan laporan penduduk Sarawak dan
Sabah yang menerima pembentukan Malaysia. Misi ini diketuai oleh
Laurence Michelmore, Duta Amerika Syarikat di PBB.

40

PERISTIWA PENGISYTIHARAN
MALAYSIA

~KUALA LUMPUR~
Yang di-Pertuan Agong memba
cakan pengisytiharan Malaysia
di Stadium Merdeka dan
disaksikan oleh Tunku Abdul
Rahman.

41

~ SARAWAK~

Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee
mengankat sumpah jawatan Yang
di-Pertuan Negeri Sarawak manakala
pengisytiharan Malaysia dibaca oleh Khir
Johari yang merupakan wakil Kerajaan
Persekutuan di Kuching, Sarawak.

42

~SABAH~

Datu Mustapha Datu Harun
mengumumkan pengisytiharan
Malaysia di Kota Kinabalu,Sabah
serta menandatangani surat sumpah
jawatan sebagai Yang di-Pertuan Ne
geri Sabah yang pertama. Tun Abdu
l Razak Hussien mewakili Kerajaa

n Persekutuan.

43

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bagi mencapai sebuah negara yang merdeka, konsep menjadi sebuah
negara berdaulat menjadi asas penyatuan wilayah-wilayah Asia Tenggara. Justeru,
kesepakatan antara pemimpin dan rakyat sangat penting bagi mencapai kestabilan negara.
Tumpuan pembentukan Malaysia adalah berdasarkan kepada kepentingan meliputi
keselamatan, ekonomi, politik dan hak bumiputera, seterusnya mengelakkan campur tangan
asing dalam pemerintahan negara. Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan telah
memainkan peranan ke arah pembentukan Malaysia. Perjanjian Malaysia juga menjadi garis
panduan pentadbiran yang harmoni. Oleh itu, kejayaan pembentukan Malaysia amat
bergantung kepada tahap penerimaan dan pandangan semua pihak dalam mencapai
kemerdekaan.

44

RUJUKAN 1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Proses_Pembentukan_Persekutuan_

Malaysia_1963

2.https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Malaysia

3. http://akakptsb.blogspot.com/2016/09/idea-dan-faktor-gagasan-ma

laysia.html?m=1

4. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

5. https://borneovoice-wordpress-com.cdn.ampproject.org/v/s/borneo

voice.wordpress.com/2021/04/09/intipati-perjanjian-malaysia-1963/a

mp/?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16

270464286527&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%

251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fborneovoice.wordpress.com%2F2021%2F

04%2F09%2Fintipati-perjanjian-malaysia-1963%2Fe.wordpress.com

6. Mohd Rodzi Abd Razak,2003,Gagasan Malaysia dan Pemerintahan Bri

tish : Satu Tinjauan . UKM.journalarticle.ukm.my/410/1/1.pdf 45

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version