The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intansafinat5, 2021-09-20 19:05:52

PENJAGAAN GIGI

Anjuran:Unit Kesihatan Sekolah &Panitia PJPK SKG



Penjagaaan kebersihan gigi yang baik

 Berus gigi sehingga bersih setiap hari
terutama selepas makan dan sebelum tidur
malam.

 Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak
semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi
sebesar biji kacang soya sahaja untuk anak
yang berumur 2 tahun ke atas.

 Selia atau bantu anak anda memberus gigi
sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun.

 Berkumur-kumur dengan segera selepas makan
atau minum jika tidak berkesempatan
memberus gigi.

 Jangan berkongsi berus gigi
 Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula

kembang.

Makan secara sihat :

 Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-
buahan dan sayur-sayuran segar.

 Elakkan menambah gula ke dalam minuman
kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol
susu, pastikan minuman tersebut tidak
mengandungi gula.

 Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu
ke dalam gula atau manisan.

 Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus
buah-buahan bergula kerana kandungan
gulanya tinggi.

 Bacaan lanjut : Pengambilan gula dan kesihatan
pergigian

Pemeriksaan pergigian secara berkala

 Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian
atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia
untuk membiasakan mereka dengan suasana
klinik pergigian.

 Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-
kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka
yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi (
karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin
diperlukan.

 Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari
doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi
atau mengalami masalah pergigian.







Cara memberus gigi dengan betul



Contoh poster

Disediakan oleh:
Cikgu Intan

Penyelaras Kesihatan SKG


Click to View FlipBook Version