KAJIAN KES
KELUARGA SAYA
NAMA : Nur Ilyanis Humaira Binti Aminulhusaini
TAHUN : 4 Berlian
MATA PELAJARAN : Sejarah
TAJUK : Keluarga Saya
SEKOLAH : SK Alor Janggus, Alor Setar
Tarikh Hantar : 30 Jun 2021
0
ISI KANDUNGAN
Bil. Isi Kandungan Halaman
1. Kandungan 1
2
2. Penghargaan 3
4
3. Objektif Kajian Kes 5
6-7
4. Carta Organisasi Keluarga Asas 8
9
5. Biodata Diri
6. Keluarga Saya
7. Peranan Anggota Keluarga
8. Lampiran
1
PENGHARGAAN
Pertama sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh
kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Mereka juga merupakan orang
sumber bagi kajian kes keluarga saya ini.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada cikgu
Che Jamilah iaitu guru mata pelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan
dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa saya membuat kajian kes ini.
Kepada rakan-rakan perjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima
kasih kerana secara tidak langsung telah memberi saya sedikit banyak idea
bagi memperbaiki folio saya ini.
Sekian, terima kasih.
2
OBJEKTIF KAJIAN KES
Folio ini mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya.
2. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap
anggota keluarga saya.
3. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas
segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya.
4. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam
mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pendoman untuk
meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang yang
dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu saja.
5. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur memiliki
sebuah keluarga yang harmoni dan ceria.
6. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan
menganalisis maklumat tentang keluarga saya.
3
CARTA ORGANISASI KELUARGA ASAS
AMINULHUSAINI BIN ABDUL INTAN SYAHIRAH BINTI
YAZIZ (36 TAHUN) MOHAMAD (35 TAHUN)
BAPA
IBU
NUR ILYANIS HUMAIRA NUR IMANINA SAFRAA’
BINTI AMINULHUSAINI BINTI AMINULHUSAINI
(5 TAHUN)
(10 TAHUN) ADIK
SAYA
NUR ADELEYA NISREENA NUR HAURA ARESHA BINTI
BINTI AMINULHUSAINI AMINULHUSAINI
(8 TAHUN) (2 TAHUN)
ADIK ADIK
0))
4
BIODATA DIRI
Nama : Nur Ilyanis Humaira Binti Aminulhusaini
Tarikh Lahir : 24/9/2011
Tempat Lahir : Hospital Batu Gajah, Perak
Umur : 10 tahun
Nama Bapa : Aminulhusaini Bin Abdul Yaziz
Perkerjaan Bapa : Penolong Pegawai Perakaunan
Nama Ibu : Intan Syahirah Binti Mohamad
Pekerjaan Ibu : Guru
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Alor Janggus
Jantina : Perempuan
Alamat : No. 16 jalan Sutera 5 Taman Sutera Alor Janggus 06250 Alor
Setar, Kedah
Agama : Islam
Keturunan : Melayu
No. Telefon : 011-5759 5174
Hobi : Bermain dengan haiwan peliharaan
Cita-cita : Guru
5
KELUARGA SAYA
Ahli keluarga saya terdiri kepada enam orang iaitu, ayah, ibu, saya dan
tiga orang adik perempuan. Kami sekeluarga tinggal di Taman Sutera Alor
Janggus. Ibu saya bernama Intan Syahirah Binti Mohamad manakala ayah saya
bernama Aminulhusaini Bin Abdul Yaziz.
Ayah saya berumur 36 tahun dan bekerja sebagai seorang Penolong
Pegawai Khidmat Senggara di sebuah syarikat swasta di Alor Setar. Ayah saya
seorang yang baik hati dan penyabar. Beliau sering membawa saya dan adik-
adik saya bersiar-siar di kawasan perumahan saya. Ayah saya akan cuba
memenuhi segala keperluan dan kehendak kami sekeluarga.
Ibu saya pula seorang guru yang berumur 35 tahun dan bekerja di SMK
Jerlun. Ibu saya seorang yang tegas dan rajin mengemas rumah. Ibu akan
memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan kemas untuk keselesaan kami
sekeluarga. Ibu juga selalu memasak makanan kegemaran kami.
Saya juga mempunyai tiga orang adik perempuan. Adik saya yang
pertama bernama Nur Adeleya Nisreena. Dia seorang yang periang dan sering
mengusik adik-adik kami yang lebih kecil.Dia berumur 8 tahun dan bersekolah
di SK Alor Janggus. Adik saya yang kedua pula bernama Nur Imanina Safraa’
yang berumur 5 tahun dan bersekolah di Pasti Al-Hadi. Dia merupakan adik
saya yang paling banyak cakap Adik saya yang bongsu pula bernama Nur
Haura Aresha dan berumur 2 tahun. Dia di hantar di pusat asuhan semasa ibu
dan ayah saya bekerja.
6
Ayah saya seorang yang pencinta haiwan. Di rumah saya terdapat
pelbagai jenis ikan laga, beberapa ekor burung dan seekor kucing yang
dipelihara oleh ayah saya. Oleh itu, kami banyak mengisi masa lapang kami
dengan bermain bersama haiwan-haiwan tersebut.
Saya sayang keluarga saya. Saya amat bersyukur dan berterima kasih
kerana mempunyai keluarga yang harmoni.
7
PERANAN ANGGOTA KELUARGA
Peranan ibu bapa
Menyara keluarga.
Memberi kasih sayang.
Menjaga keselamatan.
Menyediakan segala keperluan asas.
Menjadi contoh teladan yang baik.
Memberi pendidikan yang sempurna.
Peranan anak-anak
Menjaga nama baik keluarga.
Membantu ahli keluarga.
Saling menghormati.
Mendengar nasihat.
Belajar bersungguh-sungguh.
8
LAMPIRAN
Keluarga saya
9