The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SMK SULTAN IDRIS SHAH ii, GERIK,PERAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wafina88, 2023-05-18 00:45:51

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49

SMK SULTAN IDRIS SHAH ii, GERIK,PERAK

MEMO S M K S U L TAN IDR I S SHAH I I


ISI KANDUNGAN Kata - kata Aluan Pengetua Kata - kata Aluan YDP PIBG Kata - kata Aluan Pengetua Kata-kata Aluan Perasmi Aturcara Majlis dan Agenda Mesyuarat Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 47 Senarai Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 Laporan Aktiviti PIBG tahun 2021/2022 Penyata Kewangan PIBG Tahun 2021/2022 Usul Mesyuarat Agung Bayaran Tambahan


2.30 petang : Pendaftaran Ibubapa dan Guru 3.00 petang : Ketibaan Perasmi YB Puan Salbiah binti Mohamed 3.10 petang : Bacaan Doa 3.15 petang : Ucapan Pengetua 3.30 petang : Ucapan Yang Dipertua PIBG 3.45 petang : Ucapan Perasmian 4.00 petang : Mesyuarat Agung PIBG SMK Sultan Idris Shah II bagi kali Ke-49 Dimulakan. ATURCARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KALI KE -48


Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG Agenda 2 :Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke48 Agenda 3 : Laporan aktiviti PIBG sesi 2022/2023 Agenda 4 : Membentang dan menerima dan meluluskan penyata kewangan PIBG SMK vSultan Idris Shah II, berakhir 28 Februari 2023 Agenda 5 : Pembubaran dan pemilihan ahli baharu AJK PIBG sesi 2023/2024 Agenda 6 : Pembentangan dan perbahasan usul serta cadangan. Agenda 7 : Ucapan penangguhan AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE – 49


YB PUAN SALBIAH BINTI MOHAMED PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA, KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI PERAK. AHLI DUN TEMENGGOR Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih Pengacara Majlis, Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Bin Yusoff (YDP PIBG SMK Sultan Idris II, Gerik) Yang Berusaha , Tuan Haji Abu Hassan bin Mohd Said, (Pengetua Cemerlang, SMK Sultan Idris II, Gerik) Yang Dihormati Ketua-Ketua kampung, Yang Dihormati, Barisan Pentadbir dan Barisan Guru SMK Sultan Idris Shah II, Gerik, Yang Dihormati Barisan AJK PIBG SMK Sultan Idris Shah II, Gerik, dan Barisan Ibu Bapa Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Mesyuarat Agung PIBG Ke – 49, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II Gerik bagi sesi 2023. Saya merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan untuk hadir ke majlis hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mei dengan memilih dan melantik AJK PIBG pada setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Di samping itu, harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa seperti yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001 yang dikeluarkan oleh pejabat KPPM, KPM. Perkara-perkara yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan. Seterusnya dalam Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA GURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasanbatasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu : Subperaturan (5) ± Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. Subperaturan (6) ± Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana-mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan. Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apaapa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. Oleh hal yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti antikerajaan atau menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah. Pengetua dan Penolong Kanan selaku ex-officio dan Penasihat PIBG hendaklah memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap masa. KATA-KATA ALUAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK SULTAN IDRIS SHAH II, KALI KE-49


Tuan-tuan dan Puan-Puan, Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, iaitu pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG seperti yang telah saya terangkan tadi. Selain memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan tambahan PIBG bagi tahun 2023. Seperti arahan JPN, permohonan kutipan ini mesti dihantar ke PPD untuk dipanjangkan ke JPN. Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada pihak ibu bapa atau waris murid-murid. Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai inisiatif, usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM. Ini termasuklah pelbagai transformasi pendidikan seperti program 1 Murid 1 sukan (1M1S), KSSM, PBD, MBMMBI dan di samping itu pelbagai bantuan khas juga diberikan kepada murid-murid termasuklah mereka yang berada di peringkat prasekolah , kelas pendidikan khas dan juga iInstitut pengajian swasta (IPS). Semua ini sebenarnya menunjukkan komitmen pihak kerajaan khususnya KPM dalam membina generasi yang dapat bersaing dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran. Adalah diharapkan juga pengetahuan berkaitan NKRA Kementerian Pendidikan ialtu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan difahami oleh semua pihak. Saya yakin dan penuh percaya bahawa pengetua dan guru-guru akan dapat melaksanakan transformasi pendidikan dan NKRA KPM dengan penuh amanah. Harus juga diingatkan bahawa kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru -guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah. Alhamdulillah, setakat ini saya dapati bahawa kerjasama yang baik dan erat telah ditunjukkan oleh pihak sekolah dan PIBG sekolah ini. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan tidak lupa kepada PIBG yang sentiasa menyokong usaha-usaha peningkatan akademik sekolah tanpa jemu. Diharapkan untuk SPM 2022, sekolah ini akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Usaha-usaha JK PIBG dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti telah membantu sekolah meningkatkan keceriaan persekitarannya, memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama. Selain daripada pencapaian dalam bidang akademik, diharapkan murid-murid sekolah ini akan cemerlang dalam bidang-bidang lain. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan didoakan murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Di samping itu, sebagai ibu bapa, saya mengharapkan jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah menerangkan dan menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah amat membantu pihak sekolah. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Sebelum mengakhiri ucapan, untuk makluman semua, kejayaan sesuatu majlis bukan hanya terletak pada jawatankuasa semata-mata tetapi pada peranan setiap daripada ahli-ahli juga. Ibarat sepohon pokok yang rimbun di sekeliling kita. Akar mencari dan menyerap air nun jauh di dalam tanah lalu dihantar ke seluruh tubuh dengan bantuan batangnya, manakala daun dengan tugasnya menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan makanan. Lalu, suburlah si pohon dengan akar yang kuat, batang yang tegap dan dedaun nan menghijau. Sesekali ribut menerpa, akar mencengkam tanah dengan tabah sekali, batang pula tetap kukuh berdiri manakala dedaun menahan ribut yang rakus menguji. Bayangkan apa yang terjadi andai daun, batang dan akar tidak sehaluan. Akar tidak lagi mencari air, batang pula keberatan mengangkut air, manakala daun tidak lagi menghasilkan makanan. Saat angin datang menyapa, biarpun hanya sapaan manja, pokok mula cemas. Manakan tidak, akar tidak lagi kuat mencengkam, batang pula hanya mampu berdiri lemah, manakala dedaun pula sudah mula gugur ke tanah. Apakah yang bakal terjadi. Begitulah dengan kehidupan kita dalam menjayakan sebuah organisasi yang sering menjadi tumpuan masyarakat di sekeliling kita ini. Saranan saya, jadilah seperti pohon, hidup damai dengan setiap anggota saling bekerjasama dalam merealisasikan setiap impian dan matlamat sekolah seperti slogan sekolah ini iaitu ‘”One Team One Dream”. Sekali lagi saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan sekalung ucapan terima kasih atas jemputan ke majlis ini pada pagi ini dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG kali ini akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali Ke-49 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II ,Gerik bagi sesi 2023. Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.


Bismillahir-rahmanir-rahim Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera, Yang Berhormat Pn Salbiah Binti Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Temenggor. Yang Berusaha Tuan Haji Abu Hassan bin Mohd Said, Pengetua Cemerlang SMK.Sultan Idris Shah II Yang Dihormati Naib Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Abdul Saaudi Bin Abdul Hamid Barisan Pentadbir, guru-guru seterusnya ibu bapa yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi pada pagi ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan sedikit masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG dan jawatan kuasa mesyuarat pada kali ini kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun mengalami kekangan masa di samping kesibukan dengan pelbagai tugasan seharian yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas demi melonjakkan nama sekolah sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum. Kenyataan ini bukan sekadar omongan kosong sahaja untuk menyedapkan hati ibu bapa yang hadir pada hari ini, tetapi SMK SULTAN IDRIS SHAH II sememangnya merupakan sebuah sekolah yang berada pada legasinya yang tersendiri dan telah mencatat pelbagai kejayaan baik dari segi akademik, mahupun bidang kokurikulum. Sesuatu yang saya pasti ialah sekolah ini menjadi pilihan para ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya sebagai Yang Dipertua PIBG bersama dengan barisan AJK PIBG telah berusaha untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Pihak PIBG sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama dalam semua program yang melibatkan pihak ibu bapa dengan pihak sekolah. Untuk pengetahuan para ibu bapa pada tahun ini iaitu pada awal pembukaan sekolah, PIBG dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan aktiviti senamrobik dan gotong-royong. PIBG juga terlibat dalam program Sistem Keluarga Asrama (SISKA), yakni saya sendiri dan NYDP menjadi bapa angkat kepada pelajar asrama dan penganjuran iftar dalam bulan Ramadan baru-baru ini jelas menunjukkan kerjasama yang erat antara PIBG dan pihak sekolah terus terjalin. Jelas sekali program ini bermatlamat untuk mewujudkan hubungan kekeluargaan antara murid, ibu bapa dan guru. Kebersamaan itu penting untuk membangunkan personaliti, sahsiah dan intelek anak-anak. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membiayai program-program sekolah seterusnya untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen semua ibu bapa yang telah memberi sumbangan kewangan kepada PIBG dan semoga dana yang terkumpul itu dapat memudahkan pelaksanaan pelbagai program yang telan dianjurkan oleh pihak sekolah khususnya demi kesejahteraan dan pendidikan anak-anak kita. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pihak PIBG juga sentiasa mengalu-alukan sumbangan bukan sahaja kewangan bahkan idea dan pandangan daripada tuan-tuan untuk membantu anak-anak di sekolah ini dalam aspek akademik dan sahsiah. Sesungguhnya kredibiliti, kejayaan dan keberhasilan sesebuah persatuan itu bergantung kepada kekuatan dan kesepaduan ahlinya. Pihak PIBG juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru di sekolah ini yang sentiasa gigih berusaha mendidik anak-anak kami demi sebuah kejayaan pada masa akan datang.. in sya Allah. Semoga saya dan para ibu bapa sekalian diberi kekuatan untuk terus sama-sama berbakti menabur budi untuk memajukan sekolah ini demi kemenjadian anak-anak kita. Segala jasa dan sumbangan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan saya titipkan melalui serangkap pantun di bawah. Tenang-tenang air dilaut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Setakat ini dahulu ucapan saya untuk kali ini. Sekian, terima kasih. KATA-KATA ALUAN YDP PIBG SMK SULTAN IDRIS SHAH II


Bismillahirrahmanirahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada petang yang berbahagia ini untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-49, SMK Sultan Idris Shah II. Sesungguhnya, saya sangat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian tuan puan mengorbankan masa untuk berada di sini. Semoga sokongan dan kerjasama kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan IIlahi. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ini merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini yang dijalankan secara rutin pada setiap tahun, membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak seterusnya SMKSIS II mampu mencapai visi dan misi untuk menjana kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dapat dijadikan landasan oleh ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza, untuk dijadikan panduan bagi mengatasi cabaran mendidik anakanak. Walaupun demikian, setiap usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak-anak terutama sekali di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, secara tidak langsung anak-anak juga akan meletakkan keperluan pendidikan sebagai teras utama dalam kehidupan masing-masing. Tuan puan sekalian, Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Sumbangan PIBG dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang membantu kecemerlangan anak-anak kita. Tidak dapat dinafikan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen serta sokongan ibu bapa. dilanda penularan wabak Covid-19. Persoalannya, adakah keadaan ini akan membantutkan hala tuju penglibatan ibu bapa terhenti begitu sahaja? Sudah tentulah jawapannya tidak. Malah, 3 gelombang yang telah digariskan itu perlu dilaksanakan dengan lebih pantas demi memastikan semua murid berpeluang untuk mengecapi kejayaan. Semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan kemenjadian murid dapat dicapai melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai, selesa dan kondusif. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan hala tuju penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam 3 gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015) : Menyokong penglibatan ibu bapa dan inisiatif sektor swasta, Gelombang 2 (2016-2020) : Memantapkan penglibatan dan Gelombang 3 (2021-2025) : Menggalakkan lebih banyak inovasi daripada sektor swasta. Namun pada tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah SMKSIS II, ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah terlibat dalam melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-49 bagi tahun 2023. Saya menyeru agar kerjasama daripada pihak ibu bapa dan penjaga dapat diterjemahkan secara berterusan agar anak-anak didik sekolah ini menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, dan kokurikulum seterusnya dapat berbakti kepada agama dan negara kerana kitalah “One Team One dream”. Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMK SULTAN IDRIS SHAH II


AHLI JAWATANKUASA (AJK GURU) PN NURAFIZA BINTI HJ ABD RAZAK PN NORMAH BINTI KASSIM CIK SYAHIDATUL IKMA BINTI HALIM EN CHE HAFIZIE BIN CHE AHMAD SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK SULTAN IDRIS SHAH II SESI 2022/2023 PENASIHAT : TH HJ ABU HASSAN BIN YANG DIPERTUA : EN. MOHD HAFIZ BIN YUSOFF NAIB YANG DIPERTUA : EN AHMAD SAAUDI BIN ABD HAMID SETIAUSAHA : EN MOHD HAFIZUDDIN BIN ABDULLAH PEN. SETIAUSAHA : EN MUHAMAD KHAIRULLAH BIN IBRAHIM BENDAHARI : PN NOOR AKHMALIA BINTI MOHD ISA PEN. BENDAHARI : CIK NUR HAFILAH BINTI MOHD JUNAIDI AHLI JAWATANKUASA (AJK IBUBAPA) EN ISMAIL BIN YAACOB EN MOHD AZMI BIN HJ AHMAD EN AFIZAM BIN ARIFFIN EN ABD HAYAT A/L HARUN EN MUHAMAD SABUDDIN BIN MAT ALI PN SHARIFAH BINTI HASHIM PN NOR ATIAH BINTI DAHALAN PN RAZIFAH BINTI MAT ZAIN PN ROSHILAH BINTI OSMAN PN NORAISHAH BINTI HAMAD PN NOOR LAILA BINTI MOHD REDZUAN


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-48 TARIKH/HARI : 18/6/2022(SABTU) MASA : 8.00 PAGI KEHADIRAN : 66 ORANG GURU DAN139 ORANG IBU BAPA TEMPAT : DEWAN BESAR SMK SULTAN IDRIS SHAH II. 1.0 UCAPAN ALUAN PENGETUA 1.1 Pengetua mengalu-alukan kehadiran para tetamu, dan menyatakan rasa syukur atas kehadiran ibubapa serta semua AJK yang terlibat ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. 1.2 Beliau menjelaskan jumlah guru terkini adalah seramai 76 orang guru dan 13 orang Anggota kumpulan Pelaksana (AKP). Pengetua juga menyatakan jumlah keseluruhan murid SMK Sultan Idris Shah ialah seramai 753 orang murid termasuklah 440 orang murid asrama (58%) dan murid asli iaitu 164 orang( 24%). Bilangan kelas secara keseluruhan adalah sebanyak 35 buah kelas. 1.3 Pengetua melaporkan mengenai beberapa perkara yang telah berlaku sepanjang tahun lepas dan awal tahun 2022. 1.3.1 Pusat tingkatan 6 daripada SMK Sultan Idris II telah berpindah ke SMK Seri Budiman. Hal ini telah menyebabkan bilangan guru semakin kekurangan. 1.3.2 Bagi Pencapaian SPM 2021 terdapat 123 jumlah calon , namun hanya 117 calon yang mengambil peperiksaan. Pengetua juga menyatakan berlaku peningkatan peratus untuk murid layak sijil SPM berbanding tahun lalu iaitu perbezaan peratus sebanyak 13.64% iaitu dengan 100 daripada 117 orang calon adalah layak mendapat sijil SPM 2021(85.47%). 1.3.2 Selain itu, Gred Purata Sekolah (GPS)berlaku peningkatan berbanding tahun lepas dengan perbezaan 0.43% iaitu daripada 5.99 untuk tahun 2020 kepada 5.56 untuk tahun 2021. 1.3.3 Manakala, untuk pencapaian subjek wajib lulus SPM iaitu subjek Bahasa Melayu dan sejarah pencapaian murid adalah ditahap baik sahaja dengan peningkatan peratus berbanding tahun 2020. 1.3.4 Bagi calon SPM 2021 yang terdiri daripada pelajar orang Asli (OA) pula terdapat dua orang calon OA Berjaya memperoleh keputusan yang baik. 1.4 Pengetua mengucap ribuan berterima kasih kepada agensi dan komuniti yang memberi sumbangan kepada SMK Sultan Idris Shah II antaranya : 1.4.1 NCER/UPSI iaitu pemberian Ipad dan Pakej Tuisyen kepada 95 orang murid tingkatan 5 2021. 1.4.2 Kerajaan negeri Perak telah menyumbangkan Peranti crome Book yang memberi manfaat kepada 115 orang murid. 1.4.3 Sumbangan daripada Ahli Parlimen Lenggong dan LEAD iaitu sebanyak RM5,000 untuk manfaat murid bagi Program Tuisyen Sayangi Lenggong dan alat tulis. 1.4.4 Sumbangan daripada Yayasan Perak sebanyak RM10,000 bagi program peningkatan akademik murid.


SAMBUNGAN... Tuisyen Yayasan MARA Kelas intensif petang dan Hari Cuti Open class Room bagi murid target Kelas Pecutan School Holiday Kelas bimbingan Malam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Majlis Penetapan Target Pelajar SPM 2022 Pembudayaan Headcount dan Step ladder Projek Rintis Program YTFM 1.4.5 Program Tuisyen Cikgu Saarani telah memberi sumbangan sebanyak RM5,900 bagi makan tengahari. Beliau memaklumkan beberapa perancangan yang telah di rangka bagi program SPM 2022 antaranya; Tindakan: Makluman 1,5 Pengetua menyatakan kepada ibubapa bahawa terdapat beberapa Inovasi sekolah yang memudahkan ibubapa mendapatkan maklumat mengenai aktiviti sekolah iaitu melalui platform group telegram PIBG dan Dashboard Sekolah. Galeri alumni Idola SMK Sultan Idris Shah juga akan menyusul dan dipamerkan dalam papan maklumat Kawasan sekolah. 1.6 Pengetua menyatakan harapan beliau terhadap sekolah antaranya misi untuk menjadikan SMK Sultan Idris Shah II sebagai sekolah terbaik di Hulu Perak bahkan Top 20 SPM bagi Perak menjelang 2024. 1.7 Seterusnya, beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan diharap tidak berputus asa dalam bersama-sama untuk mendidik anakanak agar dapat meningkatkan pencapaian mereka. Tindakan: Makluman 2.0 UCAPAN PERASMI 2.1 Datin Seri Hamisah binti Hussin selaku wakil kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr.Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong. Beliau mengalu-alukan kehadiran para tetamu,ibubapa dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. Datin Seri menyatakan rasa syukur kerana dapat bersama-sama dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Sultan Idris Shah II Kali ke-48 untuk tahun 2022. 2.2 Datin Seri menyatakan sebagai ibubapa perlu bertanggungjawab dan cakna kepada pembelajaran anak dan mengambil berat info daripada sekolah . Ibubapa diharapkan dapat memberi sokongan terhadap tumpuan pembelajaran anak ketika di rumah dan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk kebaikan dari segi peningkatan akademik anak. 2.3 Beliau menyatakan bahawa sekolah perlu mengambil inisiatif dengan memberi fokus kepada kejayaan anak-anak antaranya melalui perbincangan pihak sekolah dengan ibubapa sepertimenghasilkan modul yang boleh membantu peningkatan akademik murid. 2.4 Beliau juga berharap ibubapa tidak menjadikan kekurangan pencapaian akademik anakanak dengan menidakkan kejayaan mereka. Terdapat banyak peluang menyambung pelajaran yang boleh diambil antaranya menyambung pelajaran ke peringkat kemahiran seperti sijil dan diploma. Ibubapa mesti mewujudkan peluang untuk kejayaan anak dengan bantuan para guru,sekolah ibubapa juga memainkan peranan penting Tindakan: Makluman


SAMBUNGAN... 2.5 Datin Seri memaklumkan akan memanjangkan permintaan Encik Mohd Hafiz Bin Yusoff selaku YDP PIBG SMK Sultan Idris Shah II kepada suami beliau iaitu, Yang Berhormat Datuk Seri Dr.Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong berkenaan permintaan sumbangan PIBG sebanyak RM20,000 tersebut. Seterusnya, Datin Seri merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Sultan Idris Shah kali-48 bagi tahun 2022. Tindakan : Makluman 3. 0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-48 3.1 Setiausaha PIBG, En. Mohd Azizi bin Mohd Amin membentangkan minit mesyuarat agung kali ke-47 seperti yang telah dilampirkan dalam buku program yang dimuat naik menerusi aplikasi Telegram sekolah. 3.2 Pn. Rosilah binti Othman mencadangkan agar minit mesyuarat ini diterima dan disokong oleh Pn. Syarifah bt Mohd Hasyim. 3.3 Tiada perkara berbangkit yang dikemukakan oleh para hadirin. Tindakan: Makluman 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2021/2022 4.1 Setiausaha PIBG membentangkan aktiviti sepanjang tahun 2021/2022 dengan merujuk lampiran pada buku program muka surat 11. Tindakan: Makluman 5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG SMK SULTAN IDRIS SHAH II BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 5.1 Bendahari PIBG, Pn Suriani binti Ibrahim membentangkan penyata kewangan PIBG sesi 2021/2022 yang berakhir pada 28 Februari 2022 seperti yang dilampirkan dalam buku program pada muka surat 12 hingga 18. 5.2 Bendahari PIBG memaklumkan baki sehingga 28/02/2022 adalah sebanyak RM 3921.29. 5.3 En Zulkifli bin Mahmud mencadangkan agar laporan penyata kewangan PIBG berakhir pada 28 Februari 2022 diterima dan disokong oleh En. Mohd Yunus bin Mohamad. YDP PIBG membuka ruang kepada hadirin untuk mengemukakan pertanyaan berkaitan laporan kewangan PIBG namun tiada pertanyaan daripada ahli mesyuarat 6.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023 Yang Di Pertua : Encik Mohd Hafiz Bin Yusof Naib Yang Di Pertua : Encik Ahmad Saaudi Bin Abd Hamid Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : Puan Sharifah Binti Hashim Puan Nor Atiah Binti Dahalan Puan Razifah Binti Mat Zain Encik Ismail Bin Yaacob Encik Roshilah Binti Osman Encik Mohd Azmi Bin Ahmad Encik Muhamad Sabuddin Bin Mat Ali Encik Afizam Bin Ariffin Puan Noraishah Binti Ahmad Puan Norlaila Binti Mohd Redzuan Encik Abd Hayat A/L Harun


SAMBUNGAN... Ahli Jawatankuasa Guru: Setiausaha : Mohd Zaki Bin Hussain Penolong Setiausaha : Muhammad Khairullah Bin Ibrahim Bendahari: Wan Hasreen Binti Wan Haslan Penolong Bendahari: Nur Hafilah Binti Mohd Junaidi Che Hafizie Bin Che Ahmad Nurafiza Binti Hj Abd Razak Normah Binti Kassim Syahidatul Ikma Binti Halim Tindakan : Makluman 7.0 MEMBAHAS USUL 7.1NYDP PIBG meminta ahli mesyuarat merujuk halaman 5 berkaitan Usul Mesyuarat PIBG kali ke47. 7.2 Usul pertama adalah daripada Pn.Azlina Bt. Muhamad yang mencadangkan waktu pelajar pulang ke asrama pada pukul 6.00 petang. Kelonggaran bagi ibubapa untuk melawat dan berjumpa pelajar asrama pada setiap hujung minggu. 7.2.1 Pn silawati , PK HEM memaklumkan akan berbincang bersama pihak warden. Buat masa sekarang kekal ikut masa yang ditetapkan.. Tiada masalah, sekarang ini di mana hujung minggu ibu bapa boleh berjumpa dengan anak-anak di asrama mengikut masa yang ditetapkan. Tindakan : PK HEM 7.3 Usul kedua adalah daripada En.Azhar Bin Mat Ishak agar pihak dewan makan asrama menyediakan makanan bagi pelajar asrama yang tidak makan makanan laut. 7.3.1 Pn Silawati , PK HEM memaklumkan sudah ada perjanjian di dalam borang peneriman asrama tentang isu ini. Walau bagaimanapun pihak sekolah akan cuba berbincang dengan kontraktor asrama bagi mengatasi masalah ini untuk menggantikan dengan makanan yang lain. Tindakan : PK HEM 7.4 Usul Ketiga adalah daripada Mohd Iqbal B. Mohd Rosli yang mencadangkan supaya menyediakan air coway untuk kegunaan para pelajar serta membudayakan budaya sihat dengan aktiviti sukan dan berjoging mejadikan satu budaya di sekolah 7.4.1 En Mohd Hafiz YDP memaklumkan bahawa akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBG yang akan datang dan juga memaklumkan murid-murid sudah boleh menjalankan aktiviti sukan dan budaya ini boleh diterapkan. Tindakan : YDP PIBG 7.5 Usul Keempat adalah daripada Pn.Sarina Bt Hassan iaitu menambah had kuantiti fotostat untuk guru terutama guru yang mengajar kelas peperiksaan lebih satu kelas. 7.5.1 Pn Silawati , PK HEM memaklumkan akan diterima dengan baik dan akan ditambah. Tindakan : PK HEM 7.6 Usul Kelima adalah daripada Pn.Ezailaily Bt Che Hassan yang mencadangkan supaya menambah baik tandas pelajar. YDP meminta pihak sekolah memaklumkan kepada pihak PIBG bilangan tandas yang rosak dan akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBG yang akan datang. Tindakan : Pengetua


SAMBUNGAN... 7.7 Usul Ke enam adalah daripada En Husaini Bin Mohri (PK-KO) yang Mencadangkan pungutan dana melalui jualan kupon daripada murid, guru dan AJK PIBG bagi meningkatan kemudahan pusat sumber sekolah, keceriaan sekolah dan kecemerlangan akademik dan sukan iaitu: Murid RM2 X 30 kupon = RM60 Guru/AJK PIBG RM5 X 60 kupon = RM300 Tempoh Pungutan = 3 Bulan 7.7.1 YDP PIBG menyokong akan dipanjangkan ke pihak JPN untuk kutipan kupon dan dimasukkan ke dalam akaun PIBG. Tindakan : SU PIBG 7.8 Usul Ketujuh daripada Pn Silawati Binti Mohd Amin (PK HEM) yang menjelaskan tentang rancangan untuk melaksanakan “cashless” – pembayaran tanpa tunai di sekolah.Puan Silawati memaklumkan pihak Bank Simpanan Nasional boleh membantu pihak sekolah merealisaikan pembayaran tanpa tunai, di sekolah dengan menyediakan kad minimum RM50 kepada murid tanpa cas pemprosesan.Perlu tindakan pihak koperasi untuk menyediakan mesin operasi kad. Seterusnya, Pn Silawati memaklumkan kutipan RM1 per murid bagi keceriaan dan membaik pulih tandas murid untuk kesedaran menjaga harta awam. Akhir sekali, Pn Silawati memohon Yuran Tambahan bagi tahun 2022 sama seperti tahun sebelumnya. 7.8.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa beliau bersetuju melaksanakan “cashless” kerana ini merupakan satu usaha yang baik. Seterusnya,, YDP PIBG bersetuju dengan usul pembayaran RM1 untuk setiap murid bagi membaik pulih tandas pelajar dan bersetuju yuran tahunan 2022 perlu dikekalkan sama seperti tahun sebelumnya. Tindakan : PK HEM 8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 En Zulkifli mngucapkan tahniah dan menyokong usul-usul yang baik. Beliau menyokong juga aktiviti yg memerlukan bantuan daripada pihak polis dari segi keselamatan dan disiplin murid. Motivasi kepada murid tentang isu vandalisme dan kehadiran ke sekolah dan sebagainya. 8.2Usul lebih kepada meningkat kewangan tetapi boleh memikirkan untuk meningkatkan daripada segi akademik. Menambah kelas tambahan dan bayaran boleh dibantu daripada pihak PIBG. 8.3 Pengetua memaklumkan pihak sekolah akan cuba membantu anak-anak tidak kira latar belakang keluarga murid tersebut 8.4 Pn Silawati mewakili pihak warden memohon kebenaran ibu bapa agar untuk membenarkan pihak asrama menyusun program bagi membentuk anak-anak asrama tingkatan 5 seramai 118/198 orang pada minggu pulang ke rumah. 8.5 Pn Hasnah wakil ibu bapa yang merupakan ibu kepda Mohd Mukhriz , Mohd Munir dan Norsakinah binti Hidir , berbangga memiliki guru-guru cemerlang di bawah pimpinan pengetua cemerlang dan berbesar hati terhadap apa juga program yang akan dijalankan kepada anakanak murid smksis akan di sokong oleh pihak PIBG. Tindakan: Makluman


SAMBUNGAN... 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan semua guru sebagai jawatankuasa pelaksana atas kerjasama dalam persiapan bagi menjayakan mesyuarat agung. PIBG kali ke-48 ini. Beliau juga mewakili semua AJK PIBG mengucapkan ribuan kemaafan. Seandainya terdapat kekurangan dalam pengurusan mesyuarat pada kali ini. 9.2 Sebelum bersurai, YDP meminta semua AJK PIBG 2022/2023 tunggu sebentar untuk sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Mesyuarat Agung PIBG ditangguhkan pada jam 1.15 ptg. Disediakan oleh: Disahkan oleh: ………………………………………….. ……………………………………... (RIZQ FARHANI BINTI ABDUL RAES) (EN MOHD HAFIZ BIN YUSOFF) Pencatat Minit YDP Persatuan Ibu bapa dan Guru Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-48 SMK Sultan Idris Shah II SMK Sultan Idris Shah II 33300 Gerik, Perak.


AKT IVI T I PIBG SESI 2022/2023 KURIKULUM Har i Anugerah Ce m e r lang dan Graduas i à Gant ian pintu bi l i k PAK 21 HAL EHWAL MURID Sa m butan Har i Ke m erdekaan kal i k e65 dan Har i M alay s ia 2022 M aj l i s Apres ias i Uni t Hal Eh w al M ur id Go t ong- r o y ong kecer iaan kelas Kur sus Kepi m pinan Penga w as Sek o lah Lar ian M SSPK Sukan Se k o lah Per khe m ahan Ko kur i kulu m Har i Koperas i Har i Sukan Negara Anugerah Ko kur i kulu m Karni val 1 M 1S Kur sus Kepi m pinan Uni t Ko kur i kulu m KOKURIKULUM LAIN-LAIN Pr ogra m Bacaan Yas in dan So lat Hajat cal on SP M 2022 Su m bangan Asnaf se m pena Ra m adan


PENYATA AKAUN PIBG BERAKHIR PADA 28 FEBUARI 2023 PENYATA AKAUN PIBG BERAKHIR PADA 28 FEBUARI 2023 PENYATA AKAUN PIBG BERAKHIR PADA 28 FEBUARI 2023 PENYATA AKAUN PIBG BERAKHIR PADA 28 FEBUARI 2023 PENYATA AKAUN PIBG BERAKHIR PADA 28 FEBUARI 2023 PENYATA AKAUN PIBG BERAKHIR PADA 28 FEBUARI 2023 Tarikh PENERIMAAN RM Tarikh PERBELANJAAN RM 01.03.22 Baki b/b 3916.29 11.04.22 Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG 3,000.00 01.05.22 Lebihan wang belanja Mesyuarat Agung PIBG 898.64 08.06.22 Belanja Mesyuarat PIBG 128.00 30.09.22 Kutipan PIBG (September 2022) 6160.00 22.08.22 Sumb. Bulan Kebangsaan 480.00 31.10.22 Kutipan PIBG (Oktober 2022) 10240.00 21.09.22 Sumb. Pasukan Elit Bola Sepak 400.00 30.11.22 Kutipan PIBG (November 2022) 3400.00 21.09.22 Sumb. Karnival Kokurikulum 1,500.00 27.01.23 Kutipan PIBG (Januari 2023) 3040.00 21.09.22 Wang Saku Simposium PRS Bestari 50.00 27.02.23 Kutipan PIBG (Febuari 2023) 2800.00 07.10.22 Sumbangan Hari Sukan Negara 200.00 21.10.22 Sumbangan Hari Graduasi 2022 2,000.00 08.11.22 Sumbangan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah 1,000.00 11.11.22 Terlebih bayar yuran PIBG (pulang semula kpd murid) 40.00 30.11.22 Wang saku Pertandingan Memanah MSSPk 72.00 30.11.22 Belanja makan dan minum Mesy. AJK PIBG 98.00 Lawatan Penanda Aras dan Sambil Belajar ke UKM Bangi 300.00 08.12.22 Pintu bilik PAK 21 2,350.00 01.12.22 Belanja makan Mesy Ajk Pibg 80.00 RUMUSAN BAKI AKAUN BAGI TAHUN BERAKHIR 28 FEBRUARI 2023


03.01.23 Majlis Apresesi HEM (Hadiah) 1,000.00 19.01.23 Bacaan Yasin dan solat hajat 1,128.00 14.02.23 Kursus Kepimpinan Kokurikulum (Hadiah) 300.00 27.02.23 Pertandingan Bola Tampar MSSPK 300.00 28.02.23 Yuran proses cek (Mac 22 - Feb 23) 16.50 Caj cek tunai (Mac 22- Feb 23) 49.00 Jumlah Perbelanjaan 14,491.50 BAKI KESELURUHAN 15,963.43 JUMLAH 30,454.93 JUMLAH 30,454.93 SAMBUNGAN


Penasihat : Pengetua SMK Sultan Idris Shah II Yang Dipertua : _____________________ Naib Yang Dipertua: _____________________ Setiausaha : _____________________ Pen.Setiausaha : _____________________ Bendahari : _____________________ Pen. Bendahari : _____________________ Ahli Jawatankuasa : _____________________ (AJK Ibubapa) _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ Ahli Jawatankuasa : _____________________ (AJK Guru) _____________________ _____________________ :_____________________ Pemeriksa kira-kira: _____________________ _____________________ PEMILIHAN AHLI BAHARU AJK PIBG SESI 2023/2024


1 Mohon pihak pengurusan asrama perempuan menyediakan P.A sistem bagi memanggil pelajar sewaktu ibu bapa hadir melawat/hantar barang kepada pelajar. Mohon pihak sekolah memasang lampu di pintu asrama puteri untuk tujuan keselamatan dan keceriaan Shahrul Izmir bin Dahalan 1. 2. 2 Apakah denda/hukuman kepada pelajar yang melakukan masalah disiplin. Unit Disiplin Sekolah - Cikgu Asrul Effendy 1. Contoh hukuman : Kelas tahanan 2. Mohon kepada ibu bapa y ang menghnatar dan mengambil anak di sekolah pada waktu pagi dan petang agar tidak melakukan pusingan-U di hadapan kawasan sekolah. PEMBENTANGAN & PERBAHASAN USUL SERTA CADANGAN


CADANGAN YURAN TAMBAHAN Bil Tajuk/Jenis Kutipan Pend Khas Ting. 1 Ting.2 Ting.3 Ting.4 Ting.5 1. Tabung Kecemerlangan Peningkatan Akedamik RM40.00 per pelajar RM110 2. Derma PIBG RM40.00 Satu keluarga 3. Keceriaan RM20.00 4. Saham Koperasi RM11 TAHUN 2023


JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-46, 2020 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS SHAH II, GERIK MRS. OLIVIA CLASS 03 Jan 2022 SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT : TN. HJ ABU HASSAN BIN MOHD SAID PENGERUSI : EN. MOHD HAFIZ BIN YUSOFF TIMB. PENGERUSI: EN AHMAD SAAUDI BIN ABD HAMID NAIB PENGERUSI I: PN. HASNIDAH BINTI HASANUDDIN NAIB PENGERUSI II : PN. SILAWATI BINTI MD AMIN NAIB PENGERUSI III: EN. HUSAINI BIN MOHRI SETIAUSAHA : EN MOHD HAFIZUDDIN BIN ABDULLAH PEN. SETIAUSAHA : EN MUHAMAD KHAIRULLAH BIN IBRAHIM BENDAHARI : PN NOOR AKHMALIA BINTI MOHD ISA PEN. BENDAHARI : CIK NUR HAFILAH BINTI MOHD JUNAIDI


Urusetia Sambutan VIP Pendaftaran ibu bapa Buku Program Jamuan VIP Persiapan “Back Drop”/ Kain Rentang/ persiapan Pentas Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2023 En. Mohd Hafiz Bin Yusoff En. Ahmad Saaudi bin Abd Hamid En Mohd Hafizuddin bin Abdullah Pn Noor Akhmalia binti Mohd Isa Cik Nur Hafilah Binti Mohd Junaidi Pn, Wan Salwanee Bt. Wan Anuar En. Ahmad Kamarzaman Bin Hj Husin En. Husaini bin Mohri Pn. Hayati Binti Jusoh Pn. Nor Asrina Binti Habibul Rahman Pn. Siti Aisyah Binti Amirkadra(K) Pn. Asrina Binti Toat (PK) Pn. Atariah Binti Abdul Ralib Pn. Farhana Binti Ghazali Pn. Manisah Binti Muhamad Erdris Pn Izwani Salfina Binti Mustaffa (K) Pn. Hafizah Binti Abdullah (PK) Pn. Norrahipah Rambeli@Ramli Pn. Norzahidah Binti Mat Isa Pn. Siti Noor Binti Mohd Zin (K) Pn. Mashitah Binti Md Noh (PK) Pn. Hjh Mazlina Binti Muhammad Pn. Naemah Rodhiah Binti Muhyidin Pn. Norazila Binti Abdul Kadir En.Che Hafizie B. Che Ahmad Ali (Kain Rentang) (K) En M. Hazrizal Bin M. Hanaphi (PK) En Wan Mohammad Bin Wan Abdullah Pn. Noridayu binti Mohamad Pn. Norizawati Binti Mohd Pakri Pn. Hjh Suriani Binti Ibrahim


Persiapan tempat Mesyuarat / Dewan Jamuan ibu bapa & Guru Penyambut Tetamu (ibubapa) Pencatat Minit Mesyuarat Fotografi & Dokumentasi Cendermata/Hadiah Cabutan Bertuah / Hadiah AJK PIBG Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2023 En Mohamad Shukri Bin Che Noh (K) En. Mohd Azizi Bin Mohd Amin (PK) En. Shahrizman Bin Abdullah Shahimi En. Muhammad Khairullah B. Ibrahim En Che Razali Bin Che Noh Pn Azfa Hasni Binti Ismail (K) Pn. Kamariah Binti Mat Noor (PK) Pn. Masriyah Binti Ibrahim Pn. Nurafiza Binti Hj Abd Razak Pn. Nur Azrinahanim Binti Ramli Pn. Siti Aisyah Binti Amirkadra(K) Pn. Asrina Binti Toat (PK) Pn. Atariah Binti Abdul Ralib Pn. Farhana Binti Ghazali Pn. Manisah Binti Muhamad Erdris Cik Rizq Farhanni Binti Abdul Raes (K) Cik Norlia Binti Ab Wahid (PK) Cik Hanim Shafika Binti Salimy Cik Anis Farhana Binti Azham Cik Aimi Syahirah Binti Ismail Shardzi Cik Siti Nur Aisyah Binti Mohamad Othman En. Mohd Saiful Lizam Bin Haji Abdul Rahim (K) Pn. Madiha Binti Mamat@Muhammad (PK) Pn Normah Binti Kassim (K) Cik Nur Syuhada Binti Sahidan (PK) Pn. Aishah Binti Abdul Wahab Pn. Rohana Binti Ismail Pn. Rohani Binti Rejab Pn. Saidah Binti Basri Pn. Sarina Binti Hassan


Bacaan Doa Pengacara Majlis Sijil AJK PIBG Penyedia Teks Ucapan Siaraya Kebersihan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2023 En. Tuan Azlan bin Tuan Ismail (K) Hj. Amaluddin Bin Abdullah (PK) En. Muhammad Fitri Bin Sulaiman@Halim (K) Pn. Nor Zilawati Binti Md Zainuri (PK) Pn. Siti Radhiah Binti Hussain Siti Fatimah Binti Awang (K) Pn Wan Hasreen Binti Wan Haslan (PK) Pn. Halijah Binti Mohamed (K) Pn. Azizah Binti Mastor (PK) Pn Zaimimah Binti Zainabdin Pn. Zairil Hana Binti Hamdan En. Muhamad Marzuki Bin Zubir (K) En Mohamad Norislam Faiz Bin Che Ismail (PK) Pn Farhani Binti Mohd Fadzil (K) Pn Afanizah Binti Asidan (PK)


TERIMA KASIH Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/ 2023 serta warga SMK Sultan Idris Shah II, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada : YB PUAN SALBIAH BINTI MOHAMED SEMUA AJK PIBG SEMUA GURU SMK SIS II SEMUA IBU BAPA /PENJAGA DAN SEMUA INDIVIDU Yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan memeriahkan majlis pada hari ini.


Click to View FlipBook Version