NAMA : TEA AN JIE NOMBOR MATRIKS : P21241263 PROGRAM : PISMP JUN 2022 UNIT : UNIT X12 KUMPULAN : KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Catatan Log Pengakap "Today's moments become tomorrow's memories."
I S I K A N D U N G A N 1. Biodata Diri 2. Maklumat pengenalan unit, lambang, bendera, cogankata/ moto, ikrar dan lagu unit 3. Sejarah Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia 4. Perlembagaan dan undang-undang Persekutuan Pengakap, pengasas, sejarah penubuhan , tujuan penubuuhan dan istiadat rasmi 5. Struktur organisasi Pengakap pelbagai peringkat 6. Dasar keagamaan 7. Pengurusan dan pentadbiran kumpulan 8. Pakaian seragam Pengakap, potokol dan pemakaian lencana dan tanda pangkat 9. Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak 10. Merancang Program/ aktiviti kumpulan
NAMA PENUH: TEA AN JIE NO. KAD PENGENALAN : 030510020026 UNIT : X12 AMBILAN : JUN 2021/2026 ANGKA GILIRAN : 2021242340279 KURSUS : KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I IPG : IPG KAMPUS IPOH
PENGENALAN PENGAKAP Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta tanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Menyediakan rancangan latihan yang progresif, menyeronokkan dan menarik berdasarkan Persetiaan dan Undang-undang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa. Definisi Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepadas emua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat Falsafah Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai-nilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antara bangsa tapa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
PENGENALAN PENGAKAP Objektif Misi Visi Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, dimana rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan dapat memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat. Menjelang tahun 2025 Persekutuan Pengakap Malaysia akan dilihat sebagai sebuah organisasi yang diurus secara cekap, moden dan berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangun Warganegara yang berguna. Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaja menyertai pengakap. Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam progam kepengakapan berpandukan prinsip dan undang-undang pengakap.
LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
Bendera Malaysia Bendera Pengakap Cogankata Pengakap
Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap. PERSETIAAN PENGAKAP Isyarat Pengakap (Cara Melafazkan Persetiaan) Tangan Kanan 1. Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan 2. Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan 3. Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas.
LAGU PENGAKAP Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cital Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia. 16 Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. BadenPowell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa BadenPowell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. SEJARAH PENGAKAP DUNIA Lord Baden-Powell
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, BadenPowell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negaranegara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Tahun 1910 Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2Julai 1910 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England Pasukan ini mempunyai 30 orang ahli Tahun 1912 Penubuhan Persatuan Pengakap di Pahang Tahun 1913 Penubuhan Persatuan Pengakap di Sabah Tahun 1915 Penubuhan Persatuan Pengakap di Pulau Pinang dan Sarawak Tahun 1920 Penubuhan Persatuan Pengakap di Perak Tahun 1922 Penubuhan Persatuan Pengakap di Kedah dan Perlis Tahun 1925 Penubuhan Persatuan Pengakap di Terengganu Tahun 1925 Penubuhan Persatuan Pengakap di Negeri Sembilan dan Melaka Tahun 1928 Penubuhan Persatuan Pengakap di Kelantan dan Johor Tahun 1928 Persekutuan Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi anggota penuh Persatuan Budak-budak Pengakap Sedunia Tahun 1967 Jambori Pengakap Malaysia yang pertama diadakan di Pulau Pinang
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan ole pengawai Inggeris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan in menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisan daripada Malaysia pada bulan, Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Neger, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Neger Sembilan, Pahang, Perlis, Pula Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan lang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Perlembagaan Persekutuan Persekutuan Pengakap Malaysia (The Scouts Association of Malaysia, PPM) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh: Akta Parlimen Akta No. 38, Tahun 1968; Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 1. Pindaan Akta Parlimen, Akta No. 143, Tahun 1974; Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1974 2. Semakan Akta Parlimen, Akta No. 409, Tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 3. Susunan Seksyen di dalam Semakan Akta Parlimen, Akta No. 409, Tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 adalah seperti berikut: 1.Tajuk Ringkas dan Pemakaian 2.Tafsiran Memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, NegeriNegeri Tanah Melayu dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap di Sabah dan Sarawak. 3. 4.Matlamat Perbadanan 5.Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan 6.Majlis 7.Meteri Perbadanan 8.Daftar Ahli-Ahli 9.Kaedah-Kaedah dan Undang-Undang Kecil 10.Memindah Milek Harta dan Tanggunggan, dan Sebagainya 11.Menggunakan Pendapatan dan Harta 12.Sekatan Atas Penjualan Lencana, dan Sebagainya, Persekutuan Memiliki Lencana dan Sekatan Atas Menggunakan Lencana 13APenalti 13. 14.Pemansuhan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP
UNDANG -UNDANG UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. (Dipercayai) 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibu bapa, majikannya dan orangorang bawahannya. (Taat) 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguan dan menolong orang pada setiap masa. (Berguna) 4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walaupun apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. (Bersaudara) 5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. (Berbudi) 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. (Kasihkan Binatang) 7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpinpemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan. (Menurut Perintah) 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah. (Tabah hati) 9. Pengakap adalah jimat dan cermat. (Berjimat) 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan)
Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907. Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T.Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik. Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah. Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, PENGASAS PENGAKAP -LORD BADEN POWELL
Beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876. Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran “serigala yang tidak pernah tidur” atau “Impeesa” kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel. Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh. pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku “Aids to Scouting”. Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith.
Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan “Scout Master” atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell. Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku “Aids to Scouting” kepada “Scouting for Boys”. Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral. Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia. Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.
Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park. Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di meratarata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir “Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941.” Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud “Gone Home“. Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.
BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903. Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys. Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adikberadik.Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak. BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia. SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP
Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis. Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa. Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun. Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap. Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah: TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJAKERJAM Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguhsungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.
TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP Memupuk remaja yang bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. Membimbing golongan remaja yang seimbang dari segi JERIS, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi pemimpin-pemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal masyarakat, seorang Pengakap Kelana diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti melanjutkan pelajaran, melibatkan diri dalam aktivitiaktiviti yang tiada kaitan unsur politik, ataupun berkhidmat kepada masyarakat. Dengan pembangunan yang pesat, kita kehilangan sebahagian daripada alam semula jadi kita. Alam semula jadi adalah tempat di mana aktiviti-aktiviti berpengakap dijalankan. Dengan kesedaran ini, Pengakap Kelana diharapkan memainkan peranannya untuk melindungi alam semula jadinya dengan sebaik mungkin.
ISTIADAT RASMI Pergerakan Pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan Fahami dan bina perasaan cintakan Negara - Nyanyi lagu Negaraku/Negeri – kibar bendera - hormat bendera Bentuk/melatih disiplin /sikap positif dan peraturan - peraturan yang baik Mengingati semula asas atau asal usul berpengakap Suburkan semangat persaudaraan dan perpaduan Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan Melatihkan diri taat akan Tuhan Penghargaan kepada pemimpin video istiadat laung agung video istiadat mengibarkan bendera video istiadat menurunkan bendera Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR di bawah
Istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan: 1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ”(intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “ . 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). Istiadat Laung Agung
Istiadat mengibar bendera merupakan sambungan daripada istiadat Laung Agung. 1. Akela menyebut “BENDERA” dan petugas PKK yang berada di kedudukan nombor dua dari kiri tiang bendera akan keluar dua langkah dan menuju ke tiang bendera dalam keadaan berkawad. 2. Kemudian petugas ini menyentak tali bendera dan bergerak kebelakang satu langkah dan terus tabik pada bendera. 3. Semua ahli PKK yang lain mengikut tabik pada bendera. Kemudian petugas ini bergerak ke kedudukan asalnya. 4. Akela menyebut “NEGARAKU”, semua PKK mengadap bendera dan menyanyikan lagu Negaraku. 5. Akela menyebut “DOA”, petugas PKK bersebelahan petugas pengibar bendera keluar dua langkah dan menyebut “UP” syarat untuk menadah tangan. 6. PKK lain turut menadah tangan dan seterusnya petugas PKK membacakan doa. 7. Selesai bacaan doa, petugas PKK menyebut “UP” syarat menjatuhkan tangan dan berundur masuk dua langkah semula pada kedudukan asal. 8. Petugas PKK yang ketiga keluar dua langkah dan menuju ke hadapan Akela lalu memberi tanda hormat. 9. Akela memberi tanda hormat dan menjatuhkan tangan diikuti petugas PKK menjatuhkan tangan. 10. Petugas akan membuat laporan kepada Akela. Selesai membuat laporan petugas akan berundur satu langkah ke belakang dan memberi tanda hormat diikuti Akela membalas tanda hormat. 11. Petugas berpusing ke kanan dan masuk barisan dalam keadaan berkawad. 12. Akela menyebut “SENANG DIRI” dan semua PKK dalam keadaan senang diri. 13. Akela memberi taklimat dan kata-kata perangsang kepada PKK. 14. Setelah selesai, Akela menyebut “KELUAR BARIS”, semua PKK keluar baris dengan tiga langkah. Istiadat Mengibar Bendera
Bagi setiap hari, sama ada semasa perkhemahan atau sebelum sesuatu perjumpaan tamat, bendera yang dikibarkan perlu diturunkan. Langkah-langkah menurunkan bendera. 1. Semua PKK berada di hadapan bendera. 2. Akela menyebut “SEDIA” tanda semua PKK dalam keadaan sedia. 3. Akela menyebut “BENDERA”, dua petugas PKK keluar dua langkah lalu menghadap bendera sambil memberi hormat pada bendera. (kedudukan selari dengan tiang bendera petugas pertama dihadapan dan petugas kedua berada di belakang petugas pertama). 4. Semua PKK turut memberi tanda hormat kepada bendera. 5. Petugas pertama membuka tali bendera pada tiang dan menurunkan bendera perlahan-lahan. 6. Petugas kedua menyambut hujung bendera. (peringatan: jangan biarkan bendera mencecah tanah) 7. Kedua-dua petugas melipatkan bendera. 8. Kedua-dua petugas masuk semula ke tempat asal dalam keadaan berkawad. 9. Akela menyebut “KELUAR BARIS” semua PKK keluar baris dengan tiga langkah. Istiadat Menurunkan Bendera
Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2.Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 3. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 4. 5.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6.Akela menyematkan lencana 7.Lencana Kemajuan di kiri lengan baju 8.Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 9.Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 10.PKK tabik hormat Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana 11. 12.PKK balik ke sekawan masing-masing Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan (PKK)
Istiadat Melantik PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolongpenolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. 1. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan 2. Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . 3. 4.Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian 5. Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap KanakKanak” 6. 7.PKK baru : “Ya, Akela” Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” 8. 9.PKK baru : “Ya, Akela”
Istiadat Melantik Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut : apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda; apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. Prosedur pelaksanaan : PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain. 1. 2.Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM. 3. Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan.
4. Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: Bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK; Bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela; Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK; PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK; PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM. 5. Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM: Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau; Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol; Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli. Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM. Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak “BERSURAI!” Istiadat Melantik
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT NEGERI (KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPGM)
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT DAERAH
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT IPG
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
DASAR KEAGAMAAN Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun Agama masing-masing Anggota pengakap perlu menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya Pemimpin menggalakkan anggota bawahannya untuk membuat ibadat mengikut kepercayaan masing-masing OBJEKTIF DASAR KEAGAMAAN Untuk memelihara agama-agama yang terdapat di negara kita Persaudaraan Pengakap yang tidak mengira agama dan warna kulit Berbangga menjadi masyarakat majmuk di Malaysia.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN Setiap tahun, sememangnya tugas pemimpin kumpulan (ketua guru penasihat) untuk menyelesaikan urusan pendaftaran pengakap masing-masing. Kebiasaannya pendaftaran tahunan ahli pengakap ini bermula Mac pada setiap tahun. Ahli Pengakap Lebah, Kanak-kanak, Muda dan Remaja (RM7.00) Ahli Pengakap Kelana (RM10.00) Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa (RM10.00) Ahli Majlis Daerah / AJK Kumpulan (RM10.00) KADAR YURAN KEAHLIAN
PENDAFATRAN AHLI DAN KUMPULAN Borang Pendaftaran Ahli Pengakap -Borang pendaftaran keahlian tahunan untuk unit pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan pengakap remaja Format PDF untuk ahli pengakap Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR ini Borang Pendaftaran Ahli Dewasa -Borang pendaftaran keahlian Kelana, Pemimpin, Pesuruhjaya, Jawatankuasa Kumpulan dan Ahli Majlis Pengakap. Format PDF untuk ahli dewasa Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR ini
KUASA PENGANJUR Kuasa Penganjur Persatuan / Unit Uniform Pengakap di sekolah semasa penubuhan dan pendaftaran setiap tahun hendaklah di bawah kebenaran kuasa penganjur yang terdiri dari: 1. Guru Besar di sekolah rendah dan (Unit PKK) 2. Pengetua di sekolah Menengah (Unit PM dan PR) 3. Pengetua / Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Pengakap Kelana Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) [seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran (seperti rombongan, kembara perkhemahan dan sebagainya) untuk ahliahli Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya. TANGGUNGJAWAB KUASA PENGANJUR
TAULIAH PEMIMPIN Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. KEGIATAN Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu mohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain.
STRUKTUR UNIT 1. Penaung 2. Penasihat 3. Pengerusi 4. Timbalan Pengerusi 5. Setiausaha 6. Penolong Setiausaha 7. Bendahari 1. Jawatankuasa (Quatermaster) Peralatan 2. Jawatankuasa Makanan 3. Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan 4. Jawatankuasa Pengankutan 5. Jawatankuasa Aktiviti dan Riadah 6. Jawatankuasa Persiapan (Majlis Pembukaan dan Penutupan) 7. Jawatankuasa Kebersihan 8. Jawatankuasa Malam Pengakap 9. Jawatankuasa Tugas-tugas Khas JAWATANKUASA TERTINGGI JAWATANKUASA KERJA
PAKAIAN SERAGAM PRNGAKAP Video cara pemakaian uniform pengakap Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR ini
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KANAK-KANAK SUMBER: https://images.app.goo.gl/CSqvanH8ivRxf8wRA
PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PENGAKAP SUMBER: https://images.app.goo.gl/CSqvanH8ivRxf8wRA
PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA PANGKAT LENCANA PANGKAT CARA PEMAKAIAN LENCANA KEAHLIAN, BENDERA MALAYSIA, TANDA NAMA, PANGKAT DAN WOSM (PENGAKAP DUNIA) NAMA PATROL
PEMAKAIAN LENCANA DI LENGAN KIRI PEMAKAIAN LENCANA DI LENGAN KANAN