KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN TAJUK : E-FOLIO NAMA : MEXZENDER MIUN NO. MATRIK : D20212098841 KUMPULAN K NAMA PENSYARAH : ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF
2 ISI KANDUNGAN BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN ..............................................................3 BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN...............................................................5 BAB 3 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN...................................................................7 BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI...................................................................9 BAB 5 : PENGURUSAN MURID ....................................................................................11 BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH.....................................................................13 BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER.................................................................................15 BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH....................................................17 BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU ..................................................................19 BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID....................................................21
3 BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006) Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia. "Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association , 2006). Oleh itu, Sosiologi adalah Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut. Sudut iaitu budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya. Masyarakat pula saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial. Sistematik dan saintifik pula iaitu penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciriciri sains. ISI PENTING Teori Fungsionalisme - Auguste Comte (1798-1857) Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri, ada tujuan dan keperluan tertentu. Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat. Teori Konflik - Karl Marx (1818-1883) Menganalisis konflik iaitu konflik dalam masyarakat. Berlaku konflik dalam struktur masyarakat Mengkritik kapitalisme. Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya. Teori Interaksionisme Simbolik - George Herbert Mead (1863-1931) Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya. Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya. Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra, makna adalah sesuatu yang dirundingkan Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat.
4 Perspektif Psikologi Pendidikan • akar psikologi melihat pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya. • Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik. • Setiap individu mempunyai bakat, aptitud dan gaya pembelajarannya yang tersendiri. • Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid. Sosiologi & Pendidikan melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi. RUMUSAN Sosiologi sangat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran. Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat. Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya. RUJUKANN Boro, S., Perspektif, D., Fenomenologis, S., Subadi, T., Si, M., Suatu, M., & Boro, K. (n.d.). SOSIOLOGI DAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN SOSIOLOGI DAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN. https://publikasiilmiah.ums.ac.id/bitstream/handle/11617/9294/Sosiologi%240dan%20 Sosiologi%20Pendidikan.pdf Biography. (2014, November 11). Karl Marx. Biography; Biography. https://www.biography.com/scholar/karl-marx Biography. (2014, April 2). Auguste Comte. Biography; Biography. https://www.biography.com/scholar/auguste-comte
5 BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Interaksi merupakan satu jalinan hubungan di antara individu dengan pihak lain atau alam sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seseorang individu berinteraksi dengan individu yang lain atau bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain manakala mengikut kamus A New English Dictionary, interaksi bilik darjah bererti saling bertindak, saling mempengaruhi antara satu sama lain. Menurut Shaw, pengertian interaksi ialah suatu pertukaran antara peribadi yang masing-masing menunjukkan perilakunya satu sama lain dalam kehadiran mereka dan perilaku itu mempengaruhi antara satu sama lain. Thibaut dan Kelley mengemukakan interaksi adalah suatu peristiwa saling mempengaruhi antara satu sama lain ketika dua orang atau lebih hadir bersama yang kemudian mereka menciptakan suatu hasil satu sama lain atau berkomunikasi satu sama lain. Jadi, tindakan setiap orang bertujuan unutk mempengaruhi induvidu lain terjadi dalam setiap interaksi. Menurut Chaplin pula, pengertian interaksi adalah hubungan sosial antara beberapa individu dengan individu yang lain saling mempengaruhi antara satu sama lain. ISI PENTING Interaksi dua hala Menjadi dua hala bila guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab. Interaksi antara rakan sebaya TIADA. Interaksi pasif seperti ini membuatkan menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka. Interaksi antara kumpulan Bertujuan untuk galakan penyertaan aktif pelajar dalam PdP. Kerja berkumpulan wujudkan supaya pelajar dapat berinterkasi dengan sama mereka dalam perbincangan. Guru hanya menjadi pemudah cara. Interaksi ini mampu memupuk nilai positif seperti berkerjasama, menghormati, toleransi dan perpaduan. Dalam keadaan ini pelajar yang takut, malu dengan kehadiran guru boleh dan mampu berinterkasi dengan aktif dengan rakan lain. Interaksi Sosial Istilah sosial adalah konotasi kepada sesuatu perlakuan (behaviour) dalam sesuatu komuniti. Kamus Dewan mendefinisikan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, ia juga merujuk kepada persahabatan, pergaulan dan apa saja aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Namun dalam konteks bilik darjah, pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti berkumpulan. Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama yg maksimum antara pelajar. Strategi pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk wujudkan interaksi sosial.
6 Interaksi berkesan Berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, berlakulah konflik antara keduanya. Beberapa cara boleh diamalkan oleh guru untuk wujudkan interaksi berkesan, antaranya : • Bersikap positif dan percaya kepada pelajar • Bersifat ramah dan mesra • Hormat pada pandangan dan pendapat pelajar • Gunakan bahasa yang mudah difahami • Galakkan pelajar berikan idea atau pandangan • Gunakan nama pelajar ketika berinteraksi RUMUSAN Kesimpulannya terdapat beberapa jenis interaksi yang berkait rapat dengan proses pembelajaran murid. Hal ini demikian kerana interaksi-interaksi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang boleh digunakan semasa proses pembelajaran. Interaksi ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Oleh itu, para guru haruslah bijak dalam menggunakan kaedah interaksi ini supaya murid dapat menikmati suasana pembelajaran yang selesa. RUJUKAN Leong, F. (2022). Komunikasi dan Interaksi dalam Bilik Darjah. Academia.edu. https://www.academia.edu/23644173/Komunikasi_dan_Interasksi_dalam_Bilik_Darjah
7 BAB 3 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan mengikut garis panduan tertentu (Huslid, 2005). Selain itu, Pengurusan merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi. Malah ia penting dalam sesebuah institusi atau sektor. Pengurusan yang baik dan cekap akan melahirkan sebuah organisasi yang maju dan berdaya saing. Pengurusan yang baik juga memberi kesan positif kepada seisi kakitangan dalam sesebuah organisasi itu. Seterusnya definisi pembelajaran ialah Pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Menurut Bower dan Hilgard (1981), pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal.Pengurusan pembelajaran adalah usaha guru untuk membantu pelajar atau anak didik, agar mereka dapat belajar mengikut kesesuian dan minatnya. Seterusnya, Inti dari pembelajaran itu adalah segala upaya yang dilakukan oleh guru atau pendidik agar terjadi proses belajar pada diri pelajar. ISI PENTING Tiga topik penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan gaya pembelajaran yang utama ialah yang pertama gaya pembelajaran visual dimana yang ini menerangkan jenis pelajar yang mempunyai cara tersendiri untuk belajar. Terdapat pelajar yang jenis gemar belajar dengan huruf atau gambar rajah, teks hal ini memudahkan mereka untuk memahami isis kandungan yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, terdapat pelajar yang lebih cenderung mempelajari sesuatu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui penglihatan. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran ini hanya perlu menulis nota apabila memgingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan. Sebagai contoh, semasa dalam kelas, pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru dan cuba membuat rujukan berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran. Selain itu gaya pembelajaran kinestetik pula tertumpuh kepada pembelajaran para pelajar dimana dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Pelajar yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Tambahan pula, pelajar jenis pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka. Implikasi gaya pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Selain itu, membantu guru menjadi lebih sensitif terhadap perbezaan gaya pembelajaran setiap pelajar di sekolah. Malah, juga dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk merancang pengajaran yang sesuai bagi pelajar serta dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
8 RUMUSAN Tuntasnya, pengurusan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Lantaran itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah pelajar pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh itu, guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran. RUJUKAN Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Unknown. (2023, January 27). Pengurusan Pembelajaran. Blogspot.com. https://onenurhidayah.blogspot.com/
9 BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI PENDAHULUAN Organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Selain itu juga, organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerja sama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih. Manakala, kepimpinan bermaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. Menurut Jamaliah Abdul Hamid (2005: 65), kepimpinan adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui. Dalam konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditarifkan sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunakan sisitem dan sumber yang diiktiktirafkan oleh komuniti tersebut. daripada tariff tersebut, dapat diperlihatkan juga bahawa kepimpinan sebenarnya adalah pengaruh seseorang yang dibenarkan tau diterima oleh pengikut atau subordinatnya kerana kewujudan peruntukan atau kesefahaman tentang peranan dan kuasa pemimpinan di dalam sesebuah sisitem tersebut. ISI PENTING Berdasarkan bab ni terdapat tiga isi penting yang perlu difokuskan dalam topik ini ialah kepimpinan peringkat sekolah terbagai kepada 5 komponan. Pengetua yang berperanan merancang dan menyelia pengurusan kurikulum dan membimbing warga sekolah. Penolong Kanan Pentadbiran merancang dan menyedia jadual waktu dan guru ganti serta menyedia dan menganalisis keputusan perangkaan keputusan peperiksaan. Penolong Kanan HEM mengurus pendaftaran dan penyaluran mutird dan menyelaraskan tugas dan aktiviti lembaga Disiplin Murid dan Badan Pengawas sekolah. PK Ko Kurikulum merancang pembangunan kokurikulum dan menyelaras semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan persatuan unit beruniform. Guru Kanan Bidang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran dan menyelaraskan rancangan palajaran tahunan serta menyemak buku latihan murid secara rawak. Seterusnya, jenis-jenis gaya kepimpinan pertama transformasional merupakan gaya dimana pekerja diberi kuasauntuk menjjalankan tugas yang tertentu serta diberi kuasa untuk membuat kepetusan setelah mereka benar-benar mahir. Kedua kepimpinan transaksional ialah pemimpin yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang formal dalam sesebuah organisasi. Mereka akan menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi oleh pekerjanya. Ketiga kepimpinan jenis instruksional, gaya ini memerlukan ketua untuk menetapkan matlamat yang jelas, mengurus kurikulum, memantau rancangan pelajaran, memperuntukan sumber dan menilai guru secara teratur. Pengetua dan guru akan sentiasa berbincang tentang cara kerja mereka untuk menjadikannya leboh baik.
10 RUMUSAN Kesimpulannya, organisasi dan kepimpinan adalah amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi terutamanya sekolah. Di dalam organisasi ada ahli-ahli (para guru) yang menyokong dan memberi bantuan serta menguti arahan pemimpinnya (pengetua) dalam melaksanakan sesuatu perkara di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, pengetua berperanan sebagai pemimpin atau pun ketua, setiap guru mempunyai peranan masing-masing semasa berada di sekolahyang telah dibahagikan mengikut bidang masing - masing. RUJUKAN View of Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar. (2023). Uum.edu.my. https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7639/770
11 BAB 5: PENGRUSAN MURID PENDAHULUAN Secara amnya, pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Manakala, murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkaninput-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. ISI PENTING Mengurus Rekod Murid Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. Terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan semasa menghasilkan rekod iaitu tujuan, aspek, perincian dan juga pertimbangan yang praktikal. Rekod murid yang dibuat harus dilindungi dan dijaga dengan baik kerana mengandungi maklumat yang boleh memberitahu guru mengenai persekitaran setiap anak muridnya. Rekod yang ingin dibuat juga perlu dibuat dengan rapi dan sistematik kerana sistem rekod murid yang baik akan dapat membantu guru untuk merancang sistem pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan efisien. Kesediaan Murid Belajar Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar. Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang sama. Perbezaan yang dapat dihayati melalui
12 pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial, cara kehidupan yang berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain, falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza antara individu. Memotivasikan Murid Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman , perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan. RUMUSAN Kesimpulannya, pengurusan rekod murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu pentadbiran di sekolah akan berjalan dengan lancar. Tambahan pula, setiap komuniti sekolah memainkan peranan yang penting dalam penjagaan rekod murid. Hal ini kerana, rekod pelajar merupakan cara terbaik dalam membentuk sahsiah pelajar kearah yang lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu para guru dan ibu bapa perlulah bertanggungjawab dalam mambantu pihak sekolah dalam menguruskan rekod pengurusan murid RUJUKAN Cikgu Ezat. (2020). PENGURUSAN MURID. Blogspot.com. https://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid.html Cikgu Ezat. (2020). KESEDIAAN MURID BELAJAR. Blogspot.com. https://muhamadaizat.blogspot.com/p/kesediaan-murid-belajar.html
13 BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDAHULUAN Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu tindakan yang diambil oleh seseorang guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar untuk mencapai tahap keselesaan pelajar tersebut. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang baik untuk meningkatkan akademik, sosial dan emosi pelajar. Selain itu, Pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan pilihan guru untuk mewujudkan suasana kelas yang seronok atau tidak bagi murid belajar. Menurut Meng, E (1997 : 150), satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Penyusunan fizikal bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta peminjaman cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti. ISI PENTING Terdapat tiga isi penting yang perlu difokuskan daripada topik ini, guru berperanan sebagai pengelola, tujuan utama pengurusan ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran. Hal ini demikian kerana, keberkesanan pengajaran bergantung kpd kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran para pelajar. Selain itu, guru juga mengurus persekitaran pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan ruang aktiviti secara berkumpulan atau membuat simulasi disamping melaksanakan aktiviti pemebelajaran di luar kelas bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta mengelak daripada pelajar dalam keadaan bosan semasa belajar. Guru perlu memastikan sudut & ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan bahan alat bantu mengajar atau info-info yang bermanfaat seperti nasihat. Guru mengurus bilik darjah dengan memastikan para pelajar menjalankan tugas-tugas mereka mengikut jadual bertugas serta mengurus para pelajar supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah dan menguruskan keadaan fizikal blik darjah supaya menjadi lebih kondusif utk aktiviti P&P. RUMUSAN Kesimpulannya, sebagai seorang guru, guru hendaklah mengetahui apakah itu sebenarnya pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai dan kondusif mengikut peredaran masa. Selain itu, seorang guru juga perlu bijak dalam pengurusan bilik darjah supaya tidak wujud masalah dalam proses pegajaran dan pepbelajaran dan juga masalah disiplin dalam bilik darjah.
14 RUJUKAN Pengurusan Bilik Darjah. (2014). Google Books. https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=tfTLAgAAQBAJ&oi=fnd&pg=P A61&dq=pengurusan+bilik+darjah&ots=Aa1DAFi0a0&sig=TdypYcS6JPJ5B3Bp9Ra55dYp-U#v=onepage&q=pengurusan%20bilik%20darjah&f=false
15 BAB 7: PENGURUSAN SUMBER PENDAHULUAN Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia. Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat.Selain itu, Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya.OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber. ISI PENTING Antara isi yang terdapat dalam bab pengurusan sumber ialah: Objektif pusat sumber • Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk tambahan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek. • Memupuk kemahiran menggunakan bahan pusat sumber • Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik • Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan untuk pengajaran • Membantu memupuk dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat dan kecendurangan. Fungsi pengurusan sumber • Pusat profesional Contohnya: aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan. • Pusat perkembangan idea dan kreativiti Contohnya: mengadakan satu pertandingan nilam dan sebgainya untuk para pelajar • Mengisi masa lapang Contohnya: para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran. Komponen pembelajaran berasaskan sumber
16 • buku teks • aktiviti penelitian • pencarian bahan dari pelbagai sumber • latihan penyelesaian masalah • penggunaan alat pandang dengar Kepentingan pengurusan sumber • merangsang minat pelajar • menyediakan pengalaman sebenar • melibatkan pelajar belajar secara aktif • memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat RUMUSAN Sebagai kesimpulan, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran. RUJUKAN Pentadbir Universiti. (2008, January 7). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Universiti Pengurusan Profesional (UniProf); Universiti Pengurusan Profesional (UniProf). https://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dankonsep-siri-1/ sindykhor. (2018, December 17). Tajuk 6: Pengurusan Sumber. Blogspot.com; Blogger. https://sindykhor.blogspot.com/2018/12/tajuk-6-pengurusan-sumber.html
17 BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PENDAHULUAN Menurut kepada Morrisey, strategik merupakan satu proses untuk menentukan arah yang harus dituju oleh suatu perusahaan supaya dapat tercapai segala misi. Bagi definisi pengurusan pula, menurut kepada Stoner, beliau mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumbersumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Maksud bilik pembelajaran pula ialah satu tempat bagi pelajar berkumpul dan memperoleh pengetahuan daripada guru. Akhir sekali, menurut kepada Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, pengurusan bilik darjah bermaksud kemahiran guru menggunakan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan menguruskan tingkah laku pelajar dalam menyediakan suatu iklim pembelajaran yang sesuai. Strategi mengurus bilik pembelajaran ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu unsure fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan mengurus iklim pembelajaran positif. ISI PENTING Faktor Fizikal Susunan peralatan dan kemudahan seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan sebagainya memberi kesan kepada proses pembelajaran pelajar. Penyusunan yang baik akan memudahkan interaksi antara pelajar dan guru. Guru boleh menghias bilik pembelajaran dengan carta topik pembelajaran, gambar dan alat bantu mengajar. Dengan ini, hiasan bukan hanya sekadar hiasan lagi, namun pelajar dapat memahami dan menambahkan ilmu pengetahuan dengan menampal sejarah-sejarah, struktur badan manusia, formula matematik dan banyak lagi. Secara tidak langsung, pelajar dapat belajar dan menghafal ilmu tersebut. Faktor Psikososial Faktor ini merupakan hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Ini merujuk kepada hubungan pelajar dengan persekitaran billik pembelajaran. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah: i) Pendekatan Pengajaran - Pendekatan ini mestilah berpandukan keperluan pelajar.Ini kerana,gaya pembelajaran dan tahap kefahaman serta kecergasan setiap individu adalah berbeza
18 ii) Gaya Kepimpinan Guru – Gaya Kepimpinan guru amat memberi kesan kepada pembelajaran. Ada masa guru perlu menggunakan gaya kempimpinan autokratik dan ada masa guru perlu menggunakan gaya kepimpinan demokratik. iii) Bentuk Komunikasi – Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru brsikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-murid. Guru perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami. iv) Corak Interaksi – Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru perlu sopan dan tidak menggunakan bahasa yang boleh menyakiti pelajar. RUMUSAN Strategi pengurusan bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam menjamin kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru haruslah bijak dalam mengatur unsur-unsur fizikal dalam bilik darjah. Ini bukan sahaja penting untuk menjamin iklim pembelajaran yang positif dalam bilik darjah tetapi juga untuk memudahkan interaksi antara guru dan pelajar dan interaksi antara pelajar dan pelajar. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mengurus bilik pembelajaran sesuai dengan keperluan semasa. RUJUKAN Min, M. (2021, November 18). Artikel Pelajaran.Co.Id. Pelajaran Sekolah Online. https://www.pelajaran.co.id/pengertian-strategi-menurut-pendapat-para-ahliterlengkap/ Min, M. (2023, January 27). KPS3014 BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (bilik darjah/makmal/studio/dll). Blogspot.com. https://missminarmy.blogspot.com/2018/12/kps3014-bab-8-strategi-mengurusbilik_8.html
19 BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU PENDAHULUAN Tingkahlaku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarangperbuatan yangdilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkahlaku bermasalah kesatu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. ISI PENTING Jenis-jenis tingkah laku • Tingkah laku positif Merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka kan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. • Tingkah laku negatif Merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka mengganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas. Teknik Pengurusan Tingkahlaku 1. Peneguhan Merujuk kepada rangsangan dan gerak balas.Rangsangan ialah pencetus,manakala gerak balas ialah perlakuan hasil tindak balas dari pencetus.Dalam teori tingkahlaku pelaziman operan Skinner ialah proses untuk meningkatkan atau menurunkan kadar satu-satu tingkahlaku dengan cara menetapkan kesan pengukuhan atau hukuman bagi tingkahlaku tersebut.Peneguhan positif menggalakkan peneguhan yang baik seperti memberi ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan .Peneguhan negatif adalah rangsangan yang tidak menyenangkan atau menyakitkan selepas sesuatu tingkahlaku ditujukkan.
20 2. Dendaan Dendaan adalah proses mengurangkan tingkahlaku yang diingini, individu berhenti melakukan tinglahlaku kerana ia mendatangkan kesan yang tidak diingini.Tujuan dendaan adalah untuk menghentikan tingkahlaku negatif dan ia membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. 3. Reverse Psychology Merupakan kaedah psikologi untuk memodifikasikan tingkahlaku negatif kepada positif.Teknik ini memerlukan guru memahami psikologi murid serta mengenalpasti sikap,pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya untuk menginsafkan murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif untuk membentuk tingkahlaku yang diingini. RUMUSAN Kesimpulannya, tingkahlaku bermasalah haruslah ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah . Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid di sekolah.Memodifikasikan tingklahlaku ialah satu strategi penting yang boleh digunakan oleh guru yang mana tingkahlaku yang dikehendaki diteguhkan melalui peneguhan positif dan tingkahlaku yang tidak dikehendaki dihapuskan atau dikurangkan melalui peneguhan negatif. RUJUKAN Siti Maryam, Latuwo. (2015). Sikap guru terhadap disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran, tahap pengetahuan, tahap pengetahuan kandungan pedagogi dan hubungannya dengan tahap kemahiran guru - UUM Electronic Theses and Dissertation [eTheses]. Uum.edu.my. https://doi.org/https://etd.uum.edu.my/4792/1/s802669.pdf
21 BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID PENDAHULUAN Untuk membina kerjaya sebagai seorang guru bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kita mengambil berat terhadap anak-anak orang dan mengambil berat tentang dunia dimana kita hidup. Kita melatih diri sendiri untuk berdepan dengan cabaran dan kadang-kadang profesyen guru seolah-olah tidak dihargai. Pelbagai pendekatan dilakukan untuk membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut atau permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid antaranya melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan monitering. Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Kefahaman para guru dalam bidang bimbingan dan penasihatan akan dapat membantu guru dalam mendorong pelajar di sekolah, dapat menjalinkan perhubungan interpersonal dengan semua pelajarnya terutama ketika menangani permasalahan akademik serta perkembangan diri pelajar. Oleh itu, kita perlu untuk memahami maksud di sebalik pengurusan penasihatan murid. Penasihatan mengikut Kamus Dewan (1994) bermaksud ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Manakala murid pula adalah anak-anak yang sedan belajar atau berguru ataupun penuntut ilmu. ISI PENTING Konsep Bimbingan • Sebahagian daripada program yang membantu seseorang individu untuk menyelesaikan masalah dan menolong individu untuk memahami keadaan dirinya dan juga orang disekelilingnya. • Memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah dan memberi peluang kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. • Proses bimbingan merupakan satu proses yang berterusan kerana secara keseluruhannya ia adalah perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengetahui cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Konsep Penasihatan • Proses menasihat individu atau kumpulan • Kehendak kepada kebaikan kepada orang yang memberi nasihat • Strategi menyelsaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994) • Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru yang berguna yang berfungi mengajar untuk berfikir dan bertindak (Gibson dan Mitchell, 1999)
22 • Ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan, 1994) Konsep Monitering • Mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu • Program mentor mentee antara pelajar antara 2, 10, hingga 15 orang di bawah pengurusan seorang atau lebih orang guru • Di bawah bidang kuasa pentadbir ➢ Pentadbir akan meluluskan setiap senarai mentor mentee yang dikemukakan oleh pihak kaunseling • Berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri mereka untuk menyediakan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab, yakin dan berdaya saing RUMUSAN Kesimpulannya, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membatu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat yang tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan dan dikekalkan oleh semua guru di setiap sekolah supaya pelajar-pelajar yang bermasalah sedar dan tahu bahawa wujudnya pihak lain yang masih mengambil berat tentang diri mereka walaupun mereka ada melakukan kesilapan tidak kiralah samada kesalahan besar mahupun kesalahan yang kecil. RUJUKAN Bimbingan & penasihatan. (2023). Google Books. https://books.google.com.my/books/about/Bimbingan_penasihatan.html?id=DJjAnQE ACAAJ&redir_esc=y Safura, A., Sabri, H., Rosli, N., Zakaria, A., Fatin, M., Suhaimi, M., Aizham, M., Kassim, F., Pengurusan, Muamalah, Kolej, U., Islam, A., & Selangor. (2016). PERANAN PROGRAM MENTORING DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR. http://conference.kuis.edu.my/icomm/3rd/eproceedings/IC-035.pdf