The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan untuk semua GT SMKSK berkaitan tindakan dan tatacara mengeluarkan Surat Amaran / Buang Sekolah melalui SSDM bagi isu Ketidakhadiran Murid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-80367658, 2023-08-30 02:53:07

Tindakan GT & Tatacara Mengeluarkan Surat Amaran/Buang Sekolah (Ketidakhadiran Murid)

Panduan untuk semua GT SMKSK berkaitan tindakan dan tatacara mengeluarkan Surat Amaran / Buang Sekolah melalui SSDM bagi isu Ketidakhadiran Murid

SMK SERI KEMBANGAN TINDAKAN GURU TINGKATAN BERKAITAN KETIDAKHADIRANMURIDDAN TATACARA MENGELUARKAN SURAT AMARAN 1, 2, 3 DANBUANGSEKOLAHUNIT HEM SMK SERI KEMBANGAN (Edisi 2023)


PERKARA : TINDAKANGURUTINGKATANBERKAITANKETIDAKHADIRAN MURID 1. Guru Tingkatan harus menghubungi ibu bapa / penjaga apabila didapati murid tidak hadir kesekolahsecara berturut-turut atau tidak berturut-turut. 2. Guru Tingkatan disarankan agar membuat panggilan telefon sekurang-kurangnya 2 KALI sebelum surat amaran dikeluarkan. 3. Guru Tingkatan dikehendaki merekod tarikh, hari, masa serta nombor telefon yang telahdihubungi dan seterusnya mencatat respon yang telah diberikan oleh pihak yang dihubungi. Langkah ini perlu dilakukan setiap kali SEBELUM surat amaran dikeluarkan. 4. Surat Amaran 1, 2, 3 dan buang sekolah harus dikeluarkan mengikut bilangan hari tidak hadir kesekolah. 5. Guru Tingkatan disarankan agar memaklumkan kepada pihak pejabat agar mengepos surat amaran secara berdaftar. 6. Maklumat surat berdaftar ini akan dijadikan sebagai EVIDEN tindakan Guru Tingkatan mengikut SOP.


7. Tindakan Guru Tingkatan terhadap murid yang telah menerima Surat Amaran 3 dan masihtidak hadir ke sekolah 14 hari berikutnya **(jika perlu) : a) Temubual kawan-kawan murid yang tidak hadir (laporan ringkas beserta gambar) b) Lawatan guru tingkatan ke rumah murid yang tidak hadir (laporan ringkas besertagambar)i. Guru tingkatan bersama kaunselor sekolah ii. Guru tingkatan bersama AJK PIBG jika respon ibu bapa / penjaga kurang baik iii. Guru tingkatan bersama Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) jika kawasan kediamanmurid tersebut tidak selamat/berisiko tinggi iv. Jika rumah murid tersebut berkunci/pindah semasa lawatan, maka guru tingkatanharuslahmenemubual jiran murid tersebut. Laporan ringkas berserta gambar harus disediakan. 8. Murid yang layak dibuang sekolah kerana tidak hadir ke sekolah akan ditentukan dalamMesyuaratJawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir.


9. Guru Tingkatan perlu menyediakan fail khusus berkaitan pengeluaran surat amaran sehinggalahsuratbuang sekolah. Antara bahan yang perlu disimpan di dalam fail **(jika perlu) : a) Salinan surat amaran 1, 2, 3 dan buang sekolah b) Rekod panggilan telefon c) Laporan lawatan ke rumah d) Laporan temubual dengan kawan-kawan / jiran e) Laporan disiplin (jika ada) f) Laporan kaunselor g) Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (Setiausaha Unit Disiplin) h) Surat sekolah (Pengetua) kepada Penolong PPD Unit Hal Ehwal Murid (Petaling Perdana) memohon kebenaran murid berkenaan dibuang sekolah kerana telah mencukupi syarat ketidakhadiran sekolah 10. Selepas mendapat kelulusan daripada Pegawai PPD, murid tersebut boleh dibuang sekolah.


PERKARA : SURAT AMARAN / SURAT BUANG KETIDAKHADIRAN MURID DALAMSSDMTindakan Guru Tingkatan: 1. Sila sediakan surat-surat amaran dengan merujuk kepada jadual yang diberi. 2. Memuatturun surat amaran / surat buang dalam bentuk format MS Word, tarikhsurat, nombor rujukan dan tarikh buang mesti ditaip. (Tulisan tangan akan ditolak oleh PPD). 3. Sila taipkan No. Rujukan seperti ketetapan yang berikut: Amaran 1: SMKSK.700-1/1/1 (Am1 no.daftar) Amaran 2: SMKSK.700-1/1/1 (Am2 no.daftar) Amaran Akhir: SMKSK.700-1/1/1 (Am3 no.daftar) Surat Buang Sekolah: SMKSK.700-7/1/5


PERKARA: SURAT AMARAN / SURAT BUANG KETIDAKHADIRAN MURID DALAMSSDM


Log masuk ke SSDM 1. Sediakan surat amaran dengan merujuk kepada tatacara tindakan2. Cetak 2 salinan (1 salinan dipos, 1 salinan kepada SU HEM) CARTA ALIRAN SURAT AMARAN 1 & AMARAN 2 Hantar ke pejabat untuk mendapat tandatangan Pengetua (sesi petang : hantar melalui Pn.Keoy)Ambil surat dari bakul surat / En Muhammad Sediakan sampul surat beralamat dan nama murid ditulis pada sudut kanan bawahsampulSerahkan kepada En Muhammad untuk diposkan kepada ibu bapa / penjaga


CARTA ALIRAN SURAT AMARAN 3 (AMARAN TERAKHIR) Log masuk ke SSDM 1. Sediakan surat amaran dengan merujuk kepada tatacara tindakan2. Cetak 2 salinan (1 salinan dipos, 1 salinan kepada SU HEM) Hantar ke pejabat untuk mendapat tandatangan Pengetua Ambil surat dari bakul surat / En Muhammad Sediakan sampul surat beralamat dan nama murid ditulis pada sudut kanan bawahsampul(sudut kanan atas - tempat letak setem - tulis AR untuk surat berdaftar) Serahkan kepada En Muhammad untuk diposkan kepada ibu bapa / penjaga


CARTA ALIRAN SURAT BUANG SEKOLAH Log masuk ke SSDM 1. Sediakan surat buang sekolah dengan merujuk kepada tatacaratindakan2. Cetak 2 salinan (2 salinan kepada SU HEM) Jumpa Pengetua untuk dapatkan tandatanganHantar kedua-dua salinan surat kepada SUHEMGuru tingkatan hubungi ibu/bapa/penjaga untuk mengambil surat buangsekolahdaripada PK HEM


Click to View FlipBook Version