INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 4 EDUP 3153 - PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK EPORTFOLIO NAMA SHARON TANG YU JING ANGKA GILIRAN 2021042340192 NO. KAD PENGENALAN 030130-13-0450 KUMPULAN BC 2 KOD DAN NAMA KURSUS EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH EN HO HO TONG TARIKH HANTAR 15/03/2024 PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Tandatangan Pelajar:_______________________ Tarikh : 1
Bil Isi Kandungan M/S 1 Pengenalan 3 2 Penilaian terhadap instrumen pertama 4-6 3 Penilaian terhadap instrumen kedua 7-9 4 Penilaian instrumen yang ketiga 10-11 5 Kesimpulan 12 6 Rujukan 13-14 7 Lampiran 15-30 2
1.0 Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan dengan tujuan untuk mengurangi tekanan ujian pada murid di tahap awal pendidikan, menciptakan suasana belajar yang menyenangkan, memungkinkan guru untuk menilai perkembangan pembelajaran murid dari pelbagai aspek secara menyeluruh serta menyediakan peluang pembelajaran yang sama bagi semua murid, seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019. PBD ialah satu proses penilaian yang sistematik di mana guru mengumpul bukti untuk menilai pengetahuan, kebolehan dan kefahaman pelajar dalam persekitaran pendidikan (Sahrahil Mohd Nor & Zolkepeli Haron,2023).Ia merupakan bahagian penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana memberikan maklum balas yang berharga untuk pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Melalui PBD, guru boleh menilai perkembangan setiap pelajar secara individu dan mereka bentuk pengajaran yang disesuaikan dengan kebolehan setiap murid.Kaedah pentaksiran dapat dikelompokkan tiga jenis, iaitu pemerhatian,lisan dan peulisan.Pelaksanaan pentaksiran melalui ketiga kaedah tersebut boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas tentang kebolehan dan tahap penguasaan murid.Guru bebas memilih dan menentukan kaedah serta instrumen pentaksiran berdasarkan kreativiti,situasi dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. 3
2.0 Penilaian terhadap instrumen pertama Rajah 1: Gambar aktiviti Instrumen pentaksiran dalam kaedah pentaksiran secara pemerhatian yang saya cari ialah gambar aktiviti. Pemerhatian merupakan aktiviti harian yang dilakukan secara sedar atau tidak sedar untuk memahami keadaan sekeliling (Ghazali Darusalam & Sufean Hussin, 2021). Dalam konteks PBD, guru memerhatikan pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran 4
(PdP) untuk menilai pencapaian mereka. Melalui pemerhatian, guru dapat mengukur sikap, kemahiran dan penguasaan pelajar terhadap topik yang diajar. Dalam instrumen pertama, guru melakukan pemerhatian dan mengambil gambar sepanjang aktiviti pembelajaran membaca. Gambar aktiviti membolehkan guru merekodkan bukti pembelajaran pelajar dengan cepat dan mudah berbanding dengan kaedah tradisional yang mungkin memerlukan banyak masa untuk menulis anekdot atau rekod berterusan yang panjang. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dalam penerapan kaedah instrumen ini. Mustaqim Roslan (2024) menunjukkan bahawa kaedah pemerhatian yang digunakan oleh guru dalam penilaian berbeza-beza dan tiada piawaian yang ditetapkan. Ini bermakna cara guru memerhati dan menilai pelajar tidak seragam, yang boleh menimbulkan masalah ralat pada kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran. Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan dua aspek penting dalam pentaksiran. Kesahan berkaitan dengan sejauh mana instrumen penilaian berjaya mengukur apa yang sepatutnya diukur, manakala kebolehpercayaan berkaitan dengan keupayaan instrumen untuk menghasilkan keputusan yang konsisten jika diulang(Mahaya Binti Salleh,2024). Tanpa piawaian yang ditetapkan untuk pemerhatian, sukar untuk memastikan kedua-dua aspek ini dipenuhi. Hal ini boleh menyebabkan penilaian tidak menunjukkan pencapaian keputusan sebenar pelajar.Tanpa garis panduan yang jelas, guru mungkin menghadapi kesulitan dalam merekod dan menafsirkan data pemerhatian dengan tepat. Data yang tidak tepat dan sukar ditafsirkan boleh menyebabkan kesimpulan yang salah dan tidak efektif dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Cadangan yang menambahbaikan isu kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ini ialah penggunaan instrumen tambahan. Selain gambar aktiviti, guru boleh mempertimbangkan penggunaan instrumen tambahan seperti rubrik untuk mengukur pencapaian pelajar. Ini dapat membantu mengurangi subjektiviti dan meningkatkan keseragaman pentaksiran.Pembangunan rubrik pentaksiran yang terperinci boleh membantu guru dalam membuat penilaian yang lebih objektif.Menurut Surayah Zaidon et al. (2014), rubrik harus dibentuk berdasarkan keperluan tugasan dan pencapaian yang diingini. Selain itu, rubrik tersebut juga harus menyediakan kriteria yang jelas dan spesifik untuk menilai aspek-aspek tertentu dari pencapaian pelajar. Rubrik dapat membantu guru menganalisis dan menghuraikan sikap pelajar bagi tugas yang kompleks dan menentukan tahap kemahiran pelajar (Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei,2017).Dalam konteks penilaian berdasarkan gambar aktiviti, rubrik dapat dijadikan sebagai alat panduan yang memudahkan guru dalam menilai bukti secara lebih 5
objektif, memastikan bahwa penilaian yang dilakukan mencerminkan pencapaian pelajar dengan tepat. Selain itu, guru harus menetapkan piawaian yang jelas dan konsisten untuk pemerhatian dalam pentaksiran dapat membantu memastikan guru memahami apa yang perlu diperhatikan dan bagaimana untuk menilai pencapaian pelajar secara adil . Piawaian ini boleh menentukan tahap pencapaian untuk setiap kriteria, contohnya menggunakan skala dari "tidak memuaskan" hingga "cemerlang". Dengan piawaian ini, semua guru akan mendapat panduan yang sama tentang cara memantau dan merekod pencapaian pelajar. Seterusnya, guru boleh menjalankan pemerhatian bersama antara guru, di mana beberapa guru memerhati dan menilai aktiviti yang sama boleh meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran. Guru dapat membincangkan dan menyelaraskan penilaian mereka supaya tidak berat sebelah individu dan meningkatkan ketekalan pentaksiran. 6
3.0 Penilaian terhadap instrumen kedua Rajah 2: Senarai Semak 7
Instrumen pentaksiran dalam kaedah pentaksiran secara lisan yang saya dapati dari sekolah ialah senarai semak.Menurut KPM (2016), pentaksiran secara lisan merupakan satu kaedah pentaksiran yang mudah dan cepat bagi mengesan perkembangan atau penguasaan murid. Dalam konteks ini, guru menggunakan senarai semak untuk menilai kemahiran komunikasi, percakapan dan bertutur pelajar. Melalui kaedah ini, guru merekodkan respons pelajar dan memberikan komen dan maklum balas yang konstruktif terhadap pelajar. Maklum balas ini bertujuan untuk memotivasi dan membantu pelajar memperbaiki jawapan mereka serta mendorong peningkatan dalam kemahiran bertutur. Ciri-ciri instrumen pentaksiran ini mempunyai kesahan yang tinggi. Senarai semak ini menilai pelbagai aspek komunikasi lisan, termasuk keupayaan mendengar, kejelasan bahasa dan penggunaan bahasa yang sesuai.Ini menunjukkan bahawa senarai semak tersebut secara menyeluruh merangkumi set kemahiran yang diperlukan untuk komunikasi lisan yang berkesan, sekali gus meningkatkan kesahannya. Setiap aspek kemahiran yang dinilai mempunyai kriteria dan objektif yang jelas, yang membolehkan guru dengan mudah memahami tahap kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini mengurangkan risiko subjektiviti dalam pentaksiran dan meningkatkan objektiviti, yang secara langsung memperkuat kesahan senarai semak. Dengan menyediakan skala penilaian dari '1 - Belum Menguasai' hingga '6 - Cemerlang', senarai semak ini membolehkan pentaksiran yang lebih tepat terhadap kemajuan pelajar. Ini memastikan bahawa perbezaan halus dalam kemahiran pelajar dapat dikenali dan dinilai secara tepat, sehingga meningkatkan kesahan senarai semak. Namun, senarai semak ini juga membawa beberapa kekangan. Salah satu kekangan utama adalah kemampuan guru untuk menilai hanya satu pelajar pada satu masa, yang menimbulkan isu kecekapan, terutamanya dalam jumlah bilangan pelajar yang besar.Senarai semak ini dirancang untuk memberikan penilaian yang terperinci dan holistik mengenai kemampuan komunikasi lisan pelajar. Walaupun ini memastikan pentaksiran yang komprehensif dan mendalam, proses pentaksiran yang begitu terperinci memerlukan masa dan tumpuan yang banyak daripada guru untuk setiap pelajar.Dalam kelas dengan bilangan pelajar yang banyak, pentaksiran individu seperti ini boleh menjadi amat membebankan. Setiap pelajar memerlukan masa pentaksiran yang sama, dan guru harus memberi tumpuan sepenuhnya kepada satu pelajar pada satu masa untuk memastikan penilaian yang adil dan tepat. Ini berarti bahawa untuk kelas dengan puluhan pelajar, guru mungkin perlu menghabiskan jam yang berpanjangan hanya untuk menyelesaikan satu pusingan pentaksiran.Selain itu, penilaian satu demi satu ini 8
juga mungkin mengakibatkan kelewatan dalam memberikan maklum balas kepada pelajar, yang penting untuk pembelajaran dan pembangunan kemahiran mereka. Untuk mengatasi cabaran ini, pentingnya integrasi teknologi dalam proses pentaksiran tidak boleh diabaikan. Teknologi menyediakan alat yang memungkinkan guru untuk melakukan penilaian yang lebih tepat terhadap kemajuan dan pencapaian pelajar(Hanifah Mahat, 2021). Penggunaan teknologi dalam pentaksiran seperti rakaman video atau audio, membolehkan guru untuk menilai pelajar secara tidak langsung. Ini memungkinkan guru untuk menilai pelajar pada waktu yang sesuai dan merujuk balik rakaman tersebut jika diperlukan tanpa perlu melakukannya secara bersemuka. Selain itu ,guru boleh melaksanakan pentaksiran kemahiran komunikasidan lisan melalui aktiviti berkelompok atau persembahan kumpulan. Ini dapat mengurangkan beban kerja guru dalam menilai secara individu. 9
4.0 Penilaian instrumen yang ketiga Pelajar A Pelajar B Pelajar C Rajah 3:Lembaran Kerja (Soalan Latihan) 10
Instrumen pentaksiran dalam kaedah pentaksiran secara penulisan yang saya cari ialah lembaran kerja.Instrumen ini digunakan oleh guru untuk mengukur dan menilai pemahaman serta penguasaan kemahiran pelajar dalam subjek bahasa cina. Lembaran kerja ini merangkumi pelbagai jenis soalan yang dirancang untuk menyelidiki kefahaman dan kemahiran pelajar secara menyeluruh, termasuk soalan objektif, soalan subjektif ,soalan isi tempat kosong dan soalan analisis.Instrumen ini mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana membolehkan pengukuran yang tepat terhadap perkembangan dan kecekapan intelek pelajar, berdasarkan hasil pembelajaran yang ditakrifkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Selain itu, keputusan lembaran kerja ini mudah dikumpulkan dan ditafsir dengan baik dan dapat memberi gambaran yang jelas tentang pencapaian seorang pelajar dalam kelas . Walau bagaimanapun, terdapat isu kesahan yang dikaitkan dengan susun atur soalan dalam lembaran kerja, yang mungkin mengurangkan keefektifan instrumen ini sebagai alat pentaksiran. Masalah ini timbul dari susunan item yang tidak tersusun dengan baik dan tidak mengikuti urutan dari yang mudah ke yang sukar. Ini menyebabkan pelajar menghabiskan terlalu banyak masa pada soalan yang lebih kompleks pada awalnya, sehingga mereka tidak memiliki cukup masa untuk menjawab semua soalan. Hal ini tidak hanya mempengaruhi prestasi pelajar dalam penilaian tetapi juga mengurangkan kesahihan data yang dikumpulkan kerana tidak semua pelajar berkesempatan untuk menunjukkan pemahaman penuh mereka terhadap lembaran kerja. Untuk mengatasi masalah kesahan yang rendah yang dikaitkan dengan susunan soalan dalam lembaran kerja, saya mencadangkan beberapa langkah yang dapat diambil. Sebelum menyusun soalan, guru harus melakukan analisis kandungan dan tentukan tahap kesukaran setiap soalan. Ini akan membantu guru dalam mengatur soalan dari yang paling mudah ke yang paling sukar.Guru harus membentuk lembaran kerja bertingkat yang membolehkan pelajar memulakan dengan soalan yang lebih mudah dan bergerak ke arah yang lebih sukar seiring dengan kemajuan mereka. Ini dapat memberikan peluang yang lebih adil untuk semua pelajar untuk menunjukkan pemahaman mereka.Selain itu, menurut Mahaya Binti Salleh et al.(2024), susunan pilihan jawapan yang pendek diletakkan dahulu sebelum pilihan yang jawapan yang panjang bagi satu-satu item. Guru juga harus memberikan masa yang cukup kepada pelajar untuk menyelesaikan lembaran kerja.Guru boleh memberikan lebih banyak masa kepada soalan yang dikenal pasti sebagai lebih sukar supaya pelajar dapat selesai lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan. 11
5.0 Kesimpulan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggalakkan penilaian holistik, fokus pada kemajuan individu melalui tiga kaedah: pemerhatian, lisan, dan penulisan. Terdapat kekuatan dan kelemahan dari instrumen seperti gambar aktiviti, senarai semak, dan lembaran kerja. Oleh itu, penting untuk guru mengatasi isu kesahan, kebolehpercayaan dan sebagainya, sambil memilih instrumen yang tepat untuk memastikan pencapaian pembelajaran. Kebebasan dan tanggungjawab guru dalam penyesuaian instrumen pentaksiran adalah kunci untuk mendapatkan keputusan yang bermakna dan dapat diandalkan. (1598 patah perkataan) 12
Rujukan Hanifah Mahat, Nurul Adila Anuar, Mohmadisa Hashim,Nasir Nayan & Yazid Saleh.(2021).Pelaksanaan Pentaksiran Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) Berasaskan Teknologi Di Sekolah.Penyelidikan Dan Inovasi , 8(1), 1-24.https://www.researchgate.net/publication/351657671_Pelaksanaan_Pentaksiran_P embelajaran_dan_Pemudahcaraan_PDPC_Berasaskan_Teknologi_Di_Sekolah Kalai Selvan Arumugham. (2020). Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal,3(1),152-161. https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/175/124 Kementerian Pendidikan Malaysia.(2021). Kajian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) Sekolah Rendah 2021. https://www.moe.gov.my/assets/images/Laporan%20%20Kajian%20Pelaksanaan%20PB D.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia.(2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/pentaksiran-berasaskan-sekolah/Pa nduan%20Pelaksanaan%20Pentaksiran%20Bilik%20Darjah%20Edisi%202%20-%2020 19.pdf Kementrian Pendidikan Malaysia.(2019).Pentaksiran Bilik Darjah. http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/pentaksiran-bilik-darjah Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze We.(2017).Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(1),211-265https://www.researchgate.net/publication/317977535_Kesahan_dan_kebol ehpercayaan_instrumen_penilaian_kendiri_pembelajaran_geometri_tingkatan_satu Mahaya Binti Salleh, Suzana Binti Abd Mutalib,HAshiroh Binti Hussein& Zakirah Imana Ho Binti Abdullah.(2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan.Local Publications(M) SDN BHD 13
Mustaqim Roslan, M.(2023).Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya kepada Murid Tahap Satu di Malaysia: Analisis Subjek Pendidikan Islam. Universiti Islam Sultan Sharif Ali. https://www.researchgate.net/publication/372372409_Kaedah_Pentaksiran_Bilik_Darjah _PBD_dan_Kesannya_kepada_Murid_Tahap_Satu_di_Malaysia_Analisis_Subjek_Pendi dikan_Islam Sahrahil Mohd Nor & Zolkepeli Haron.(2023). Instrumen Literasi Pentaksiran Bilik Darjah Guru Sekolah Berdasarkan Konteks Pendidikan di Malaysia: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(4), 1-16. https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/2261/1580 Surayah Zaidon, Aminah Ayob, & Othman Ikhsan.(2014). Pembinaan Rubrik Penilaian Penulisan Kanak-Kanak.Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://drive.google.com/file/d/11LCpmQfTNb3gLtg4--bjcMMNCoSEcFcR/view?usp=shar ing 14
Lampiran Lampiran 1: Instrumen Pertama 阅读教学活动图 日期:2024年1月30日 班级: 4红班 地点:学校礼堂 学生很积极地阅读故事书 学生进行故事拼图活动,将 所理解的故事内容进行排 列。 学生进行呈报,并分享故事 内容。 15
学生的作品成果展示。 Instrumen Pentaksiran Gambar Aktiviti(阅读教学活动图) ● Menerangkan beberapa aktiviti pembelajaran yang berlaku, dengan pelajar terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti, daripada kerja kumpulan hingga pembentangan. ● Gambar ini boleh digunakan oleh guru untuk menggambarkan dan merekod pencapaian dan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran kemahiran membaca. ● Digunakan sebagai bukti perkembangan dan pencapaian pelajar. Kaedah Pentaksiran Kaedah pentaksiran secara pemerhatian Ciri-ciri pentaksiran ● Gambar aktiviti membolehkan guru merekodkan bukti pembelajaran pelajar dengan cepat dan mudah. ● Kesahan dan kebolehpercayaan yang rendah. Kaedah pemerhatian yang digunakan oleh guru dalam penilaian berbeza-beza dan tiada piawaian yang ditetapkan. Ini bermakna cara guru memerhati dan menilai pelajar tidak seragam. 16
Tanpa piawaian yang ditetapkan untuk pemerhatian, sukar untuk memastikan kedua-dua aspek ini dipenuhi. ● Data yang tidak tepat dan sukar ditafsirkan boleh menyebabkan kesimpulan yang salah. 17
Lampiran 2: Instrumen Kedua 口语交际评价表 学习目标:学生在介绍好朋友时,能按清楚地表达好朋友的特点。 姓名:徐小琪 评价内 容 评价标准 学习标准1 尚 未 掌 握 2 有 待 改 进 3 基 本 掌 握 4满意倾听理 解 ● 在交际中认真倾听,理解和尊 重对方 - 别人说话时不打岔,保 持有礼貌的态度。 - 针对话题进行思考,与 人沟通融洽,明确表达 自身的想法。 ● 能边听边记边想,理解内容 - 针对聆听的内容发出 疑问,提出建设性的问 题,以促探讨。 - 发掘交际时的隐含信 息,并表达清楚。具有 1
准 备注 满 意 5 良 好 6 优 良 学生回答: 我的好朋友玉恩超级棒,她总是帮助别人,感觉她 就像个超级英雄。比如有次我忘记带午饭了,肚子 超饿,她就分享了她的便当,里面有超好吃的鸡腿 和她做的三明治! 再比如,我数学作业遇到难题,头都疼了,玉恩就耐 心帮我解题,讲解得超级清楚,让我觉得数学也挺 好玩的。她帮我搞懂了题目,也让我更有信心学数 学。 玉恩对谁都好,像有次新同学不知道去图书馆怎么 走,她就带着新同学去了,两个人聊得很开心,我看 了都觉得玉恩真的很棒。 她是我的好朋友,也是我学习的榜样。有玉恩这样 的朋友,我觉得自己超幸运的! / / 8
耐心聆听的习惯。 ● 充分把握中心思想,具体地表 达内容要点 语言表 达 语速适宜 ● 停顿合理,快慢相宜 语音准确 ● 口齿清晰,发音准确,语调自 然 表意清楚 ● 清楚明白地表达,内容充足, 言语流畅完整 言语规范 ● 语法和词汇的运用十分恰当 课堂交 流 态度自然大方,有礼貌 教师评价 你能够流畅且具体地来了玉恩的特点。在叙综合评价等次 良好 1
/ / / / / / 地表达自己的想法和感受,很棒!你使用生动的例子和详细的描述 叙述过程中,你也能表达得有条理清晰。 9
Instrumen Pentaksiran Senarai Semak 口语交际评价表 ● Guru menggunakan senarai semak untuk menilai kemahiran komunikasi, percakapan dan bertutur pelajar. ● Guru merekodkan respons pelajar dan memberikan komen dan maklum balas yang konstruktif terhadap pelajar. Kaedah Pentaksiran Kaedah pentaksiran secara lisan (interaksi antara murid dengan guru) Ciri-ciri pentaksiran ● Kesahan yang tinggi Senarai semak ini menilai pelbagai aspek komunikasi lisan, termasuk keupayaan mendengar, kejelasan bahasa dan penggunaan bahasa yang sesuai. Setiap aspek kemahiran yang dinilai mempunyai kriteria dan objektif yang jelas, yang membolehkan guru dengan mudah memahami tahap kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar. Menyediakan skala penilaian dari '1 - Belum Menguasai' hingga '6 - Cemerlang' ● Kemampuan guru untuk menilai hanya satu pelajar pada satu masa Memerlukan masa dan tumpuan yang banyak daripada guru untuk setiap pelajar Penilaian satu demi satu ini juga mungkin mengakibatkan kelewatan dalam memberikan maklum balas kepada pelajar 20
Lampiran 3 :Instrumen 3 21
22
23
24
25
26
27
28
29
Instrumen Pentaksiran Lembaran kerja (Soalan Latihan) ● Instrumen ini digunakan oleh guru untuk mengukur dan menilai pemahaman serta penguasaan kemahiran pelajar dalam subjek bahasa cina. ● Lembaran kerja ini merangkumi pelbagai jenis soalan yang dirancang untuk menyelidiki kefahaman dan kemahiran pelajar secara menyeluruh, termasuk soalan objektif, soalan subjektif ,soalan isi tempat kosong dan soalan analisis. Kaedah Pentaksiran Kaedah pentaksiran secara penulisan Ciri-ciri pentaksiran ● Keobjektifan yang tinggi membolehkan pengukuran yang tepat terhadap perkembangan dan kecekapan intelek pelajar, berdasarkan hasil pembelajaran yang ditakrifkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). ● Keputusan lembaran kerja ini mudah dikumpulkan dan ditafsir dengan baik . ● Terdapat isu kesahan yang dikaitkan dengan susun atur soalan dalam lembaran kerja. 30