BUKU LOG
PERGERAKAN
PUTERI ISLAM
MALAYSIA
NAMA PELAJAR : NUR ZAFIRAH BINTI MOHAMAD SOBRI
KUMPULAN/KELAS : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
NO. KAD PENGENALAN : 010912-02-0776
NAMA PENSYARAH : DR. ROHANI BINTI SEMAN
TARIKH HANTAR : 14 JULAI 2021
1
BIODATA DIRI
NAMA : NUR ZAFIRAH BINTI MOHAMAD SOBRI
TARIKH LAHIR : 12 SEPTEMBER 2001
NO. KAD PENGENALAN : 010912-02-0776
NO. TELEFON : 013-4288411
ALAMAT : NO. 191, JALAN GEMILANG 5, TAMAN GEMILANG,
PROGRAM 09600, LUNAS, KEDAH
UNIT/KURSUS : PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2020
ANGKA GILIRAN : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
JAWATAN : 2020182340133
MENTOR : AJK MAKANAN
PENSYARAH : EN. ABDUL RAHMAN BIN KHALID
: DR. ROHANI BINTI SEMAN
2
CARTA ORGANISASI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA IPGKDA
Pengarah
Tn. Hj. Hashim bin Asman
Pengerusi (Ketua Jabatan PJK)
En. Idrus bin Ashaari
Pensyarah Penasihat
Dr. Rohani binti Seman
Pengerusi
Nur Yusra binti Mahathir
Muazzam Syah
Naib Penngerusi
Nabilah binti Mohd Naim
Setiausaha Bendahari AJK
Nur Syafiqah binti Abdullah Nur Ilham Amira binti Che Sharudin
Pen. Setiausaha Pen. Bendahari AJK Kebajikan
Nurul Hidayah binti Abd Nur Anis Nabila binti Badrul Nurul Athirah binti Rozalan
Kodzir Hisham AJK Persiapan Tempat
Nur Afnan binti Mohd Haris
AJK Teknikal
Nazratul Ain binti Mohd Alawi Fadzilah
AJK Kerohanian
Nur Aisyah Wajihah binti
Mohd Roshidi
AJK Pemeriksa Kira-Kira
Siti Nur Aishah binti Abdullah
@ Hadzair
AJK Keselamatan
Nur Farhah Amani binti
Ahmad
AJK Alatan
Amirah Batrisyia binti
Baharudin
AJK Makanan
Nur Zafirah binti Mohamad
Sobri
3
ISI KANDUNGAN
Biodata Diri………………………………………………………………………..2
Carta Organisasi………………………………………………………………….3
Penghargaan……………………………………………………………..............5
Perlembagaan Pertubuhan……………………………………………………...6-11
Falsafah………………………………………………………….............11
Matlamat………………………………………………………………….12
Objektif……………………………………………………………………12
Logo………………………………………………………………………13
Bendera………………………………………………………….............13
Cogan Kata……………………………………………………………....14
Suluh Kata………………………………………………………............14
Lagu………………………………………………………………………15
Ikrar……………………………………………………………………….15
Sejarah Penubuhan……………………………………………………………...16-17
Istiadat-Istiadat Rasmi Pertubuhan……………………......................18-24
Struktur Organisasi……………………………………………………………….24-28
Pengurusan dan Pentadbiran…………………………………………………...28-41
Laporan Aktiviti……………………………………………………………………42-45
Rujukan……………………………………………………………………...........46
4
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya
dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kursus ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini, saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih
kepada Dr. Rohani binti Seman selaku pensyarah bagi kursus ini kerana banyak memberi
tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam usaha menyempurnakan tugasan ini. Ucapan
ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan
kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, beribu-ribu terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak membantu bagi menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah
saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka, mungkin tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
5
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PPIM
1. NAMA DAN ALAMAT
a) Nama Persatuan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia
b) Alamat : Nama Sekolah / Institusi
2. MATLAMAT
a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
b) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti
badan beruniform.
3. OBJEKTIF
a) Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri
Islam) dengan lebih terperinci dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk
semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
b) Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk
mencapai tahap yang yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya
melalui ujian-ujian yang diikutinya.
4. KEAHLIAN
a) Dibuka kepada semua murid perempuan sekolah ini.
b) Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
c) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
5. PENASIHAT
a) Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru sebagai penasihat.
b) Pengetua perlu menyimpan atau membuat ianya disimpan sebagai rekod
berpersatuan.
6
6. GURU PENASIHAT
a) Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
b) Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.
c) Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.
7. AHLI JAWATANKUASA
a) Dilantik semasa mesyuarat agung.
b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli
jawatankuasa.
c) Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
d) Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
e) Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
f) Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri daripada :-
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)
8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
a) Pengerusi
Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
7
b) Naib Pengerusi
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberi.
Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
c) Setiausaha
Menguruskan hal-hal surat menyurat.
Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
Mencatat kehadiran ahli.
Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
d) Bendahari
Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.
Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
9. KEWANGAN
a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui sumbangan SUWA, PIBG dan
sumbangan ahli-ahli persatuan.
b) Persatuan juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti.
c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
d) Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,
sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
8
10. KEHADIRAN PENYERTAAN
a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.
b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian
kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
11. MENGENDALI MESYUARAT
a) Setiap mesyuarat yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh
guru penasihat.
12. PEMATUHAN PENGURUSAN
a) Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh mengawal mana-mana persatuan
sekolah mematuhi peraturan, tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang
selainnya berkenaan dengan persatuan itu.
13. AKTIVITI
a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
14. PERATURAN-PERATURAN
a) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c) Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
15. KESALAHAN
a) Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli kelab
Salah laku jenayah
Tingkah laku berunsur lucah
Tidak kemas
9
Tidak menepati masa
Kurang sopan
Melakukan kesalahan kecil
16. LARANGAN
a) Pelajar dilarang menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan
sekolah dan hukum syarak.
17. TINDAKAN DISIPLIN
a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
Amaran Lisan
Amaran Bertulis
c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.
18. PINDAAN PERLEMBAGAAN
a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.
19. PEMBUBARAN PERSATUAN
a) Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
b) Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.
10
20. PERUBAHAN
a) Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada Pengetua/Guru
Besar tentang perubahan dalam perlembagaan dalam peraturan atau ahli persatuan.
Laporan itu hendaklah diserahkan dalam masa 14 hari dari tarkh perubahan.
Pengetua/Guru Besar berhak menerima atau menolak perubahan tersebut.
21. HAL-HAL LAIN
a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
FALSAFAH
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian
seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di
universiti-universiti, maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah
menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-kurikulum
secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri
ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara
menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini
adalah bertujuan menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta
mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran
Islam.
11
MATLAMAT
Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial,
fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian,
penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturahim di
kalangan puteri-puteri.
Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam
pelbagai bidang gerak gerak kerja kokurikulum sekolah,
institut, maktab, kolej dan universiti.
Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan
menyeronokkan.
Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara
sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya
masyarakat setempat.
OBJEKTIF
Melahirkan masyarakat muda yang
Taat kepada Allah, Raja dan Negara
Berilmu
Berakhlak mulia
Berbakti kepada masyarakat
Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak, rohani dan
jasmani supaya menjadi insan yang sempurna
Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri,
progresif dan diterima masyarakat.
Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan
menghormati generasi tua.
12
LOGO PPIM
• Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat
berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning
dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN
PUTERI ISLAM MALAYSIA
• Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan putih dan di
dalamnya ditulis dengan huruf jawi permulaan daripada
perkataan ‘PERGERAKAN PUTERI ISLAM’ ( Pa Pa Alif)
• Di bawah logo ini tertulis perkataan ‘PUTERi’-Bagi Ahli-Ahli
Puteri
Pengertian warna
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
Hijau : Agama, Taqwa sebagai TERAS
Merah samar : Melambangkan
keharmonian dan kelembutan
BENDERA PPIM
Bendera PPIM berbentuk segi empat
berwarna merah jambu, dan di tengah-
tengah terdapat lencana pergerakan.
Ukuran lencana adalah sepertiga
daripada ukuran bendera.
13
KEDUDUKAN BENDERA DALAM TATACARA PERJUMPAAN
Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera PPIM
COGAN KATA PPIM
Beriman Berilmu Beramal
SULUH KATA PPIM
P – Patuh kepada ibu bapa
U – Ugama/agama berteraskan Al-Quran dan Hadith
T – Taat kepada Allah dan Rasul
E – Erat ukhwah islamiyah
R – Rela berbakti kerana Allah
I – Iman dipupuk ilmu dituntut
I – Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali
S – Solat ditunai setiap waktu
L – Larangan Allah dijauhi
A – Akhlak mulia pengukuh iman
M – Muslimah mukminah rakyat seperjuangan
14
LAGU PPIM
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia
Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan
Puteri Lembaga Islam riang gembira
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia
IKRAR PPIM
Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam
Malaysia, berikrar akan ;
Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan
ibu bapa,
Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak,
Membangunkan diri dengan sempurna,
Mengukuhkan silaturahim sesama puteri,
Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan
negara.
15
SEJARAH PENUBUHAN PPIM
PPIM ditubuhkan awal tahun 1960-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam
Malaysia (LKPIM).
LKPIM diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri
Agong yang pertama.
Keanggotaan – untuk pelajar sekolah menengah.
Kurikulum – aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat
memberi bantuan kepada golongan miskin.
Pelancaran rasmi PPIM adalah pada 17 Jun 1981 oleh DYMM Raja Permaisuri
Agong ke-6, Almarhumah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan
Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku
Muhammad Rahimahallah.
Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang Di-Pertua
PPIM Pertama.
17 Jun ialah sambutan Hari Puteri setiap tahun bagi memperingati
kelahiran PPIM.
20 Jun 1987 – sambutan Hari Puteri pertama kali diadakan di peringkat
kebangsaan.
2 Disember 1988 – diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang berpelembagaan
sendiri dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
16
Pada Hari Puteri 1988, anugerah ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan
bagi Anugerah Tokoh Puteri telah diiktiraf oleh Majlis Pentadbir
Kebangsaan PPIM.
Piala Pusingan disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong
Tuanku Bainun.
11 September 1993, PPIM bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform
dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh
Malaysia.
23 November 1996, Skuad Puteri dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr.
Wan Azizah Wan Ismail.
Tujuannya meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah
dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan kepada mangsa
banjir dan program ziarah hospital.
8 April 2000, PPIM dilancarkan di institusi pengajian tinggi oleh Y.A.Bhg.
Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam
Antarabangsa.
Ibu pejabat PPIM pada awal 2004, di bawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri
Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah) telah berpindah ke Darul
Puteri.
Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul
Rashid pada 24 Ogos 2005.
24 Mac 2007 - kekosongan jawatan Yang Dipertua diisi oleh Y.Bhg. Datin
Hajah Badiah Abdul Manan hingga kini.
17
ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN PPIM
1. TATACARA DI DALAM DEWAN
MAJLIS RASMI
• Semua hadirin berdiri
• Tetamu disambut dengan Selawat Nabi
• Asma Al-Husna
• Lagu Puteri
• Tetamu dan hadirin duduk
• Bacaan doa
• Majlis dilangsungkan
• Tasbih kaffarah
• Surah Al-Asr
CERAMAH
• Ketua Puteri (KPu) memberi arahan :
1. “UP” (Semua ahli berdiri)
2. Kpu memberi laporan
“Kami peserta Kursus Kepimpinan Asas Pergerakan Puteri Islam Malaysia
seramai 80 orang sedia mendengar ceramah puan.”
(Perkataan yang berhuruf condong disebut secara beramai-ramai)
3. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah.
4. Pengerusi memperkenalkan penceramah (jika penceramah jemputan)
• Setelah tamat ceramah
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih
2. Sudahi dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.
• KPu memberi arahan :
1. “UP” (Semua ahli berdiri)
2. “Terima kasih puan”
• Penceramah meninggalkan majlis diiringi oleh Pengerusi
18
2. TATACARA PERJUMPAAN
LANGKAH 1
1.1 Ketua Pasukan / Ketua Kumpulan melakukan latihan Kawad Kaki Asas
BARIS, SENANG DIRI
BARIS, BARIS SEDIA
KE KANAN LURUS
PANDANG DEPAN, DARI BELAKANG NOMBOR
1.2 Ketua Puteri memberi arahan :
KEKUATAN PASUKAN / KUMPULAN, LAPOR
1.3 Ketua Pasukan / Ketua Kumpulan melapor
1.4 Ketua Puteri (Pusing pandang menghadap tiang bendera. Pasukan sudah bersedia)
1.5 Ketua Puteri berkawad menemui Ketua Guru Pemimpin / Guru Pemimpin.
Ucapkan salam sambil bersalaman dan mohon :
IZINKAN SAYA MEMULAKAN TATACARA PERJUMPAAN
1.6 Guru menjawab …
SILAKAN
1.7 Ketua Puteri membalas ...
TERIMA KASIH PUAN
LANGKAH 2
2.1 Ketua Puteri balik ke hadapan barisan untuk menjalankan Tatacara Perjumpaan.
BACAAN DOA
2.2 Ketua Puteri memanggil
PEMBACA DOA, SEDIA
19
2.3 Pembaca Doa keluar, berdiri di sebelah Ketua Puteri memberi arahan :
i) UP
ii) AL-FATIHAH (Surah Al-Fatihah
dibaca serentak oleh semua dengan
kuat)
iii) Membaca doa perjumpaan dan diaminkan oleh semua
iv) Memberi arahan :
UP (bawa tangan ke muka, baru turun
tangan ke sisi)
v) Bacaan Asmaul-Husna bersama-sama
NAS ALUKA YA …
vi) Pembaca Doa beredar balik ke barisan
MENAIKKAN BENDERA
2.4 Ketua Puteri memanggil
PENAIK BENDERA, SEDIA
(Tiga orang penaik bendera keluar berdiri di tiang bendera dan
bersedia untuk acara menaikkan bendera)
Kedudukan Bendera ; PPIM (kiri), Malaysia (tengah), Negeri (kanan)
2.5 Ketua Puteri (menghadap bendera) memberi arahan :
NEGARAKU – MULA
Ketiga-tiga bendera dinaikkan serentak dengan perlahan.
Bendera Malaysia lebih tinggi sedikit kedudukannya
daripada bendera PPIM dan bendera Negeri.
2.6 Penaik bendera ikat tali pada tiang bendera. Puteri di tengah memberi arahan :
SIAP – undur selangkah ke belakang
2.7 Ketua Puteri memberi arahan :
LAGU PUTERI MULA
20
2.8 Penaik bendera (Puteri di tengah) memberi arahan :
KE KANAN PUSING
(ketiga-tiga berkawat balik ke dalam barisan.
Puteri yang terakhir sampai akan sebut…)
SIAP
LAFAZ IKRAR PUTERI
2.9 Ketua Puteri memberi arahan :
UP (Semua Puteri serentak mengangkat tangan untuk
bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Puteri)
2.10 Ketua Puteri memberi arahan :
UP (Turun tangan ke sisi)
PEMIMPIN MEMBERI TAKLIMAT ATAU TUGASAN
2.11 Pemimpin datang ke hadapan Puteri
2.12 Ketua Puteri melaporkan :
KAMI, PASUKAN (nama pasukan-disebut beramai-ramai
serentak) SERAMAI….SIAP SEDIA UNTUK MENERIMA
ARAHAN PUAN
BARIS, SENANG DIRI
2.13 Guru Pemimpin memberi salam – dijawab serentak semua PUTERI
Guru Pemimpin menyampaikan taklimat atau aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari
berkenaan
2.14 Ketua Puteri memberi arahan :
BARIS, BARIS…, SEDIA
TERIMA KASIH PUAN
2.15 Ketua Puteri pusing menghadap barisan dan memberi arahan :
KELUAR BARIS
2.16 Puteri mengambil peralatan / beg untuk pergi ke tempat aktiviti
21
3. TATACARA MAJLIS RASMI
LANGKAH 1
1.1 Para pemimpin dan ahli mengambil tempat sebelum ketibaan VIP
1.2 Sewaktu ketibaan VIP semua yang berada di dewan berdiri sambil berselawat hingga
VIP sampai ke tempat duduk.
1.3 Hadirin termasuk peserta duduk selepas VIP duduk di tempat yang dikhaskan.
LANGKAH 2
2.1 Pengacara memulakan majlis :
Majlis dimulakan dengan tatacara perjumpaan
• Asmaul Husna dan Lagu Puteri
Semua yang hadir diminta berdiri untuk menyempurnakan Tatacara Majlis.
Apabila selesai, tetamu khas duduk diikuti dengan semua hadirin.
2.2 Pengacara meneruskan majlis dengan menjemput Pembaca Doa.
TATACARA PENUTUPAN MAJLIS
LANGKAH LANGKAH PELAKSANAAN
3.1 Pengacara merakamkan terima kasih dan seterusnya menutup majlis dengan bacaan
tasbih kaffarah dan surah A-Asr. (Hadirin membaca dalam keadaan duduk)
3.2 Pengacara mempersilakan tetamu ke jamuan/pameran atau sebagainya.
3.3 Sebelum bersurai hadirin bersalam-salaman.
22
ASMAUL HUSNA
SURAH AL-ASR DAN TASBIH KIFARAH
DOA PERJUMPAAN DAN PENUTUPAN
23
RUKUN ISLAM RUKUN IMAN
1. Mengucap dua kalimah 1. Beriman dengan Allah
syahadah 2. Beriman dengan Malaikat
3. Beriman dengan Kitab
2. Mendirikan solat 5 waktu 4. Beriman kepada Hari
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa di bulan Kiamat
5. Beriman kepada Qada’
Ramadhan
5. Menunaikan haji di Mekah dan Qadar
bagi yang mampu
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN
Yang DiPertua
Naib Yang Dipertua I Naib Yang DiPertua II
Setiausaha Bendahari Ahli Majlis Wakil
Kehormat Kehormat Pentadbir
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran
Kementerian Belia dan
Sukan
Kementerian Perpaduan
dan Pembangunan
Masyarakat
Pusat Islam JPM
24
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT NEGERI
Pengerusi Pengerusi Bersama
Naib Pengerusi Bendahari Ahli Majlis
Kehormat Pentadbir
Setiausaha
Kehormat Wakil
Bahagian Jabatan
Pelajaran
Jabatan Belia
LKPIM
Majlis Agama Islam
Negeri
Jabatan
Pembangunan
Wanita dan Keluarga
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT DAERAH
Pengerusi Pengerusi Bersama
Naib Pengerusi
Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa
Kehormat Kehormat Pentadbir
Wakil LKPI Wakil
25 Bahagian
Kokurikulum Jabatan
Pelajaran
Jabatan Belia
Majlis Agama Islam
Negeri
Jabatan
Pembangunan
Wanita dan Keluarga
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT IPT (IPGK)
Pengerusi (Ketua Jabatan)
Penasihat (Pensyarah)
Pengerusi (Pelajar)
Naib Pengerusi (Pelajar)
Setiausaha Bendahari AJK
Pen. Setiausaha Pen. Bendahari
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH / MENENGAH
Penaung (Pengetua/Guru Besar)
Pengerusi (Guru Penolong Kanan
Kokurikulum)
Guru Penasihat
Pengerusi (Pelajar)
Naib Pengerusi (Pelajar)
Setiausaha Bendahari AJK
Pen. Setiausaha
Pen. Bendahari
26
FUNGSI MAJLIS TADBIR
Memperkasa dan Menjadi salah satu Menjalin hubungan Menjadi saluran
memartabatkan institusi yang dan kerjasama rasmi kepada ahli
profesionalisme ahli menggerak, untuk bertemu dan
di dalam bidang dengan badan dan berbincang sesama
masing-masing dan mengeratkan dan pertubuhan lain ahli serta dengan
seterusnya menjadi mengukuhkan yang mempunyai pihak pengurusan
contoh/rujukan hubungan matlamat dan
kepada semua kebajikan, yang berkaitan.
kerjasama dan kepentingan yang
pihak. kesejahteraan serupa.
sesama ahli.
PENGERUSI
Mempengerusikan setiap mesyuarat.
Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat adalah
wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan.
Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa
NAIB PENGERUSI
Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan.
Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
SETIAUSAHA
Mengurus surat-menyurat.
Mencatat minit mesyuarat atau laporan.
Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan persatuan.
NAIB SETIAUSAHA
Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
Berkerjasama dengan Setiausaha.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.
Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan
Tahunan dan Penyata Kewangan
27
BENDAHARI
Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan.
Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan persatuan.
Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan kewangan dan audit.
Menyediakan laporan perbelanjaan dan dibentangkan semasa mesyuarat agung.
AHLI JAWATANKUASA
Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
Pendaftaran Ahli:
a) Borang Kebenaran Ibu bapa:
Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi.
b) Borang Ahli
Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan
kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk
mendapatkan Nombor Pendaftaran.
Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah.
c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform
Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan
menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform). Borang
hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke
Ibu Pejabat PPIM.
28
Pembahagian Ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan:
a) Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada
beberapa kumpulan.
b) Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.
c) Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.
d) Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut
format berikut:-
Contohnya:
Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan
ahlinya seramai 85 orang.
KUASA PENGANJUR
Tanggungjawab Kuasa Penganjur :- Meluluskan pendaftaran tahunan unit Puteri Islam
dengan ibu pejabat Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi [seorang lagi ialah
pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit PPIM.
Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin PPIM.
Mengesahkan sebarang persuaratan rasmi yang berkaitan dengan unit PPIM di mana
perlu.
Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara,
perkhemahan dan sebagainya untuk ahli-ahli.
Menyelia dan mengawal kemajuan unit PPIM di sekolahnya.
29
PENGURUSAN FOLIO/BUKU LOG/LAPORAN AKTIVITI
CARA MENULIS CATATAN/ AKTIVITI
1. Tarikh / hari:
2. Masa:
3. Tempat:
4. Tahap : puteri bongsu/puteri kecil
5. Aktiviti/ catatan:
1. Tatacara perjumpaan:
a) Pengenalan PPIM
✓ membaca ikrar dan menyalin dlm buku log
✓ menyalin suluhkata PPIM
✓ melukis logo PPIM
b) Pendidikan rohani
✓ceramah/tayangan video
✓sumber makanan
✓adab semasa makan
✓makanan seimbang
✓doa sebelum dan selepas makan
c) Kesihatan dan Pembangunan diri
✓mencatat dan mengelaskan makanan
✓menampal gambar
d) Pesanan guru pemimpin tentang aktiviti minggu seterusnya
e) Tatacara Penutup:
✓membaca tasbih kafarah
✓membaca surah Al Asr
✓berselawat sambil bersalam
30
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
i) Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan
segala mensyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii) Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan,
menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod
dan menyediakan laporan tahunan persatuan.
iii) Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila
ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli
terlibat kepada Guru Penasihat.
Menyediakan Keperluan Asas
Pensyarah Pemimpin/Ketua Guru Pemimpin/Guru Pemimpin /Guru Pemimpin perlu
membeli:
a) Buku Perlembagaan
b) Bendera PPIM
c) Kaset lagu PPIM
d) Lencana Pemimpin dan Puteri
e) Kad Ahli
f) Uniform - Kain merah jambu
g) Buku Panduan Pemimpin
h) Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM i
i) Sukatan Pelajaran
Menyediakan Keperluan Asas
a) Buku/Rekod Pendaftaran Ahli (Nama dan butir-butir peribadi)
b) Buku/Rekod Kehadiran Pasukan
c) Buku/Rekod Yuran Ahli
d) Buku/Akaun (Penyata Kewangan)
Lain-lain Keperluan:
Fail-Fail / Buku Stok/ Cop-cop
31
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
1. Pengenalan PPIM
Tatacara perjumpaan
1.2 Sejarah
1.3 Falsafah
1.4 Objektif
2. Kerohanian
Pemahaman dan Pengukuhan Al-Quran dan Hadis melalui Aktiviti Kritis.
2.1 Kenabian dan Nabi-Nabi
2.2 Malaikat
2.3 Sifat 20
2.4 Asma Ul-Husna
2.5 Al-Quran
32
2.6 Hadith (mengenai berbagai topik)
2.7 Ayat Al-Quran
· An Nissa (tentang berbagai topik)
· Luqman (tentang berbagai topik)
· Maryam (tentang berbagai topik)
2.8 Manusia sebagai Khalifah di Bumi
2.9 Adab dan Panduan Membaca Al-Quran
3. Kesihatan dan Tugas Pembangunan Diri
3.1 Maksud Kesihatan
3.2 Citra (Imej) Diri
3.2.1 Kebersihan Diri (Fizikal)
· Penjagaan kulit muka.
· Penjagaan kaki, tangan, telinga, mulut dan rambut.
3.2.2 Pakaian / Alas Kaki / Stokin
· memilih / mendobi / menjaga
· merawat, menghilang tanda.
3.2.3 Penampilan Diri
· cara duduk, berjalan, bercakap
3.3 Pembangunan Diri
3.3.2 Perubahan diri (remaja)
3.3.2 haid
3.3.3 cara mandi wajib, hormon percintaan
3. Kesihatan dan Tugas Pembangunan Diri
3.4 Makanan Dan Pemakanan
3.4.1 Asas Pemakanan
3.4.2 Kandungan dan nilai.
· pilihan makanan :
i. makanan untuk mandiri
ii. makanan segera
iii.makanan untuk orang sakit.
iv.makanan untuk kanak-kanak.
v. sarapan.
33
· cara memasak
· cara menghidang
· cara mengemas dan membersih
4. Keluarga dan Masyarakat
4.1 Kitaran Hidup
4.1.1 Peringkat-peringkat umur dan ciri-ciri setiap peringkat.
4.1.2 Tugas dan tanggungjawab jenis setiap peringkat.
4.2 Pengenalan diri
4.2.1 Siapa saya
4.2.2 Perbezaan lelaki dan wanita
4.2.3 Tugas-tugas pembangunan diri
4.3 Khidmat Masyarakat
4.3.1 Gotong-royong
4.3.2 Derma pakaian / duit / buku terpakai
4.3.3 Lawatan ke rumah orang tua, anak-anak yatim.
4.3.4 hospital, kanak-kanak cacat / istimewa.
5. Kemahiran
5.1 Seni dan Budaya
5.1.1 Seni pertahankan diri
· silat
· taekwando
· tai chi
5.1.2 Apresiasi Seni (Semua jenis)
a. Drama
b. Pantomin
c. Seni Suara:-
- nyanyi
- koir
- nasyid
- lagu patriotik
34
d. Sketsa
e. Puisi:-
-Sajak – syair – gurindam – pantun
f. Gimrama, Gimnastik, Artistik, Senamrobik.
5. Kemahiran
5.1.3 Seni halus
a. Tekat
b. Sulaman
c. Jahitan (asas)
• Sembat
• Jelujur
• Merangka pola
• Tampal jerumut
• Jahitan manik
d. Tenunan
e. Anyaman
• Bakul
• Ketupat
• Tikar
• Saji
5. Kemahiran
f. Membatik
• Cap canting
• Ikat
• Celup
g. Ukiran
• Buah
• Kayu
• Sabun
h. Seramik termasuk hiasan
i. Cengkerang
j. Lipatan
35
• Origami
• Kain
• Surviette
k. Gubahan
• Buah
• Riben
5. Kemahiran
5.1.4 Seni Cetak
a. T-Shirt
b. Kad
c. Proses percetakan, penjilidan, Roses top publishing
5.1.5 Seni Lukis
a. Kolaj
b. Catan
c. Lukisan
5.1.6 Seni khat
5.2 Celik komputer
5.2.1 Asas
5.2.2 Grafik
5.2.3 Typesetting
5. Kemahiran
5.3 Pengurusan Rumah Tangga
5.3.1 Menjaga / Mengemas / membersih (dalam rumah)
· bilik tidur
· dapur
· tandas
· stor
5.3.2 Menjaga & Membersih (luar rumah)
· Taman (lanskap)
36
· Kolam Ikan
· Kolam Renang
· Air pancut mini
5. Kemahiran
5.3 Pengurusan Rumah Tangga
5.3.3 Hiasan Dalaman
· Skima warna
· Pilihan Fabrik
· Mengatur Perabot
· Menjaga perhiasan (tembaga, perak)
· Menjaga kaca & cermin
· Menjaga tikar getar, jerami, plastik, permaidani,
pandan, mengkuang.
5.4 Ekonomi
5.4.1 Merancang ekonomi
5.4.2 Asas Perniagaan
6. Rekreasi Dan Aktiviti Luar
6.1 Perkhemahan
· mendirikan Khemah
· ikatan
· gajet
· masakan
· kawad.
6.2 Aktiviti Luar
6.2.1 Sukan dan Permainan
· Dalam (cator, saidina, shahiba, dart)
· Luaran:-
i. Gelanggang (Bola jaring, Bola Tampar, dll.)
ii. Padang (Lawn Bowl, Lompat Jauh, Lompat Tinggi dll.)
· Tradisional
- congkak, seremban, gelang panjang.
37
6. Rekreasi Dan Aktiviti Luar
6.2.2 Kembara / Orienteering
· mendaki gunung
· membaca kompas
· membaca peta
6.2.3 Aktiviti Lasak
· Berkeno (Canoeing)
· Berakit
· Flying fox
· Rope Crossing
· River Crossing
· Absailing
6. Rekreasi Dan Aktiviti Luar
· Memanah
· Berkuda
· Berbasikal Lasak
· Mendaki
· Menembak
6.2.4 Sukan/Air
· Berenang
· Snorkeling
· Permainan Pantai (Bola Tampar, Istana Pasir)
· Berkelah
7. Pertolongan Cemas
7.1 Memahami tentang Kecederaan dan Rawatan
7.2 Alat dan Bahan Berbahaya: Tahu cara penggunaan dan penjagaan yang
betul.
7.3 Anduh dan balutan
7.4 Kotak Pertolongan Cemas
38
7.5 Mengetahui tentang kemalangan di rumah yang berpunca daripada
kelalaian.
7.6 Cara rawatan kemalangan di dalam dan di luar rumah.
7.7 Cara memberi rawatan kecemasan.
7.8 Mendapat Pendedahan dan tahu melaksanakan.
7.9 Tahu membantu Teknik-teknik kelahiran kecemasan.
7.10 Bersalin
8. Alam Sekitar
8.1 Alam Sekitar Sebagai Kitabullah Yang Kedua.
8.2 Alam Sekitar Sebagai Amanah
8.3 Pencemaran dan Degradasi Alam Sekitar dari sudut Al-Quran.
8.4 Pemeliharaan Alam Sekitar
8.4.1 Kitar Semula
· Kertas
· Aluminium
· Komposting
8.4.2 Memelihara sungai/air
8.4.3 Memelihara hutan / tumbuhan
· menanam pokok
· membersih pantai, tepi sungai
8.4.4 Menjimat tenaga
39
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
MINGGU BIDANG TAJUK AKTIVITI PENILAIAN CATATAN
1 PENGENALAN Taklimat i. Penerangan Jawapan
Tatacara tentang Tatacara kefahaman
2 PPIM Lagu Puteri Perjumpaan
3 Lafaz ikrar ii. Menyanyikan Lagu Keseragaman
PENGENALAN puteri Puteri Cara
4 PPIM iii. Melafaz Ikrar
Uniform PPIM Puteri persembahan
5 KEROHANIAN Kawad kaki iv. Menghuraikan
Ciri-ciri akhlak maksud bagi setiap Hasil kerja
KESIHATAN DAN mulia ikrar
PEMBANGUNAN v. Melengkapkan Hasil poster
Penyakit buku log
DIRI berjangkit i. Jenis-jenis pakaian
di dalam PPIM
KELUARGA DAN Tanggungjawab i. Latihan kawad kaki
MASYARAKAT pada jiran dan
masyarakat i. Menyediakan
contoh-contoh
amalan
sunnah Rasulullah
s.a.w.
ii. Perbincangan
objektif / amalan
kebaikan.
Contoh : minum
susu
minum madu
makan kurma
i. Pengalaman
murid.
ii. Menulis dan
membincangkan
punca / akibat
dan cara mengubati
penyakit.
iii. Membincangkan
gambar yang diambil
daripada surat
khabar.
i. Pengertian jiran
(perbincangan)
ii. Melukis poster
cogan kata
“Jiran Sepakat
Membawa Berkat”
40
6 KEMAHIRAN Membersihkan i. Demostrasi Pakaian yang
pakaian membersihkan kain bersih
terkena
dakwat / kopi.
ii. Membincangkan
cara-cara mencuci
pakaian.
7 REKREASI DAN Permainan i. Batu Seremban Pertandingan
AKTIVITI LUAR tradisional ii. Congkak
iii. Ketinting
8 PERTOLONGAN Cara i. Cara menggunakan Memakai
CEMAS menggunakan anduh kecil anduh
anduh ii. Cara dengan betul
menggunakan anduh
besar
iii. Cara balutan
9 ALAM SEKITAR Kitar semula i. Melawat sekitar Hasil
sekolah gubahan
ii. Gubahan dari
bahan terbuang
10 KESIHATAN DAN Makanan i. Piramid makanan Hasil buku
PEMBANGUNAN seimbang ii. Dapatkan gambar skrap
DIRI dan buku skrap
11 KELUARGA DAN Gotong royong i. Membersihkan Sikap
MASYARAKAT bersihkan surau sekolah kerjasama
surau
12 KEMAHIRAN Gubahan i. Membuat bunga Hasil kerja
dari kertas
ii. Membuat
gubahan bunga
13 REKREASI DAN Perkhemahan i. Memasang dan Hasil model
AKTIVITI LUAR melipat khemah gajet
ii. Ikatan dan
simpulan
iii. Gajet asas
14 KEMAHIRAN Sedia hidangan i. Masakan sarapan Cara
masakan pagi penyediaan
15 PENILAIAN Sijil Puteri i.Mengemaskini kad
Bongsu penilaian.
ii.Hantar kad
penilaian dan buku
log ke PPIM
Daerah.
41
Laporan Mingguan Aktiviti PPIM (Perjumpaan Pertama)
Tarikh / Hari : 23 Jun 2021 / Rabu
Masa : 8 -10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Dr. Rohani binti Seman
Kehadiran : 27 orang
Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Aktiviti / Catatan :
1. Semua ahli dan pensyarah bertugas berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi.
2. Ahli mengisi kehadiran yang diberikan melalui Google Clasroom.
3. Perjumpaan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan
sedikit ucapan pengenalan daripada pensyarah.
4. Perjumpaan dilangsungkan lagi dengan pelantikan ahli jawatankuasa.
5. Kemudian, pengerusi yang telah dilantik mengendalikan pembahagian ahli kumpulan
dan tajuk-tajuk pembentangan.
6. Perjumpaan tamat pada pukul 10 pagi dan disudahi dengan tasbih kaffarah dan
surah Al-asr.
Refleksi :
Pada perjumpaan kali pertama ini, pensyarah telah memberikan taklimat ringkas berkaitan
dengan kursus ini yang mana sedikit sebanyak ia telah membantu saya untuk lebih
memahami tentang peranan dan tanggungjawab saya sebagai seorang ahli. Pada
perjumpaan kali ini juga, telah diadakan sesi pelantikan ahli jawatankuasa iaitu pengerusi,
naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan ajk-ajk lain. Jawatankuasa yang dilantik ini adalah
bertujuan untuk mengendalikan ahli-ahli PPIM kumpulan satu sekaligus menjadi
jawatankuasa untuk perkhemahan unit beruniform yang akan diadakan nanti. Seterusnya,
ahli-ahli telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri
daripada dua orang ahli. Kumpulan-kumpulan ini ditugaskan untuk membuat pembentangan
berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam Ringkasan Maklumat Kursus yang mana akan
dibentangkan pada setiap kali kelas diadakan iaitu pada hari Rabu setiap minggu melalui
aplikasi Google Meet. Perjumpaan ini telah selesai pada pukul 10 pagi dan ditutup dengan
bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.
42
Laporan Mingguan Aktiviti PPIM (Perjumpaan Kedua)
Tarikh / Hari : 30 Jun 2021 / Rabu
Masa : 8 -10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Dr. Rohani binti Seman
Kehadiran : 27 orang
Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Aktiviti / Catatan :
1. Semua ahli dan pensyarah bertugas berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi.
2. Ahli mengisi kehadiran yang diberikan melalui Google Clasroom.
3. Perjumpaan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
4. Perjumpaan diteruskan dengan pembentangan kumpulan satu.
5. Setelah selesai pembentangan daripada kumpulan satu, pensyarah memberikan
penerangan dengan lebih jelas dan mendalam.
6. Pembentangan diteruskan kepada kumpulan dua.
7. Setelah selesai pembentangan daripada kumpulan dua, pensyarah memberikan
huraian dengan lebih terperinci.
8. Perjumpaan tamat pada pukul 10 pagi dan ditangguhkan dengan bacaan tasbih
kaffarah dan surah Al-Asr.
Refleksi :
Perjumpaan kali kedua ini dimulakan dengan pembentangan daripada kumpulan satu iaitu
berkaitan perlembagaan pertubuhan dan sejarah penubuhan Pergerakan Puteri Islam
Malaysia. Daripada pembentangan kumpulan satu, saya dapat mengetahui siapakah
pengasas PPIM, tokoh-tokoh yang terlibat dalam penubuhan PPIM, tujuan dan sejarah
penubuhannya di Malaysia dan banyak lagi hal-hal berkaitan PPIM seperti matlamat, falsafah,
objektif dan tatacara perjumpaan. Justeru itu, memandangkan kami telah didedahkan dengan
tatacara perjumpaan, pensyarah meminta kami untuk melaksanakan tatacara perjumpaan
pada setiap kali perjumpaan diadakan bermula pada perjumpaan ketiga. Seterusnya,
perjumpaan diteruskan lagi dengan pembentangan daripada kumpulan dua iaitu berkaitan
struktur organisasi bermula daripada peringkat tertinggi hingga ke peringkat terendah. Selain
43
itu, kumpulan dua juga membentangkan tentang pengurusan dan pentadbiran PPIM.Terdapat
banyak pengetahuan dan ilmu baru yang dikongsi melalui pembentangan kumpulan dua yang
mana dapat saya gunakan dan aplikasikan ketika berada di sekolah kelak. Saya juga berasa
sangat teruja untuk mengikuti kursus ini kerana banyak perkara yang akan dipelajari seperti
penjagaan kesihatan, pertolongan cemas, kemahiran seni halus dan sebagainya. Pada jam
10 pagi, perjumpaan telah selesai dan disudahi dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-
Asr.
Laporan Mingguan Aktiviti PPIM (Perjumpaan Ketiga)
Tarikh / Hari : 07 Julai 2021 / Rabu
Masa : 8 -10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Dr. Rohani binti Seman
Kehadiran : 27 orang
Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Aktiviti / Catatan :
1. Semua ahli dan pensyarah bertugas berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi.
2. Ahli mengisi kehadiran yang diberikan melalui Google Clasroom.
3. Perjumpaan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
4. Perjumpaan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu PPIM, bacaan Asmaul Husna dan
bacaan ikrar.
5. Setelah itu, perjumpaan dilanjutkan dengan pembentangan daripada kumpulan tiga.
6. Setelah selesai pembentangan daripada kumpulan tiga, pensyarah memberikan
penerangan lanjut dan lebih mendalam.
7. Pembentangan diteruskan dengan pembentangan daripada kumpulan empat.
8. Setelah selesai pembentangan daripada kumpulan 4, pensyarah memberikan
huraian dengan lebih terperinci dan jelas.
9. Perjumpaan selesai pada pukul 10 pagi dan ditangguhkan dengan bacaan tasbih
kaffarah dan surah Al-Asr.
44
Refleksi :
Perjumpaan kali ketiga agak berlainan daripada perjumpaan-perjumpaan sebelum ini.
Perjumpaan pada kali ini, selain dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, kami juga
melaksanakan tatacara perjumpaan seperti yang diminta oleh pensyarah pada
perjumpaan lalu. Kami menyanyikan lagu PPIM yang mana diiringi oleh video ‘youtube’
yang ditayangkan oleh kumpulan 1. Seterusnya, kami teruskan lagi dengan bacaan
Asmaul Husna dan bacaan ikrar yang diketuai oleh pengerusi kumpulan. Setelah selesai
tatacara perjumpaan, pembentangan disambung oleh kumpulan tiga iaitu berkaitan
dengan pengurusan dan persiapan khemah yang memperincikan tentang penglibatan dan
sijil-sijil yang terdapat dalam PPIM serta tujuan perkhemahan diadakan. Saya berasa lebih
bersemangat untuk mengikuti setiap aktiviti dan perkhemahan yang diadakan setelah
melihat sijil-sijil yang akan diperoleh sekiranya bergiat aktif dalam aktiviti PPIM.
Seterusnya, pembentangan disambung lagi oleh kumpulan empat yang
memmbincangkan tentang jenis-jenis perkhemahan dan perancangan dan persiapan
awal. Melalui pembentangan kumpulan empat, saya dapat mengetahui bahawa terdapat
pelbagai jenis khemah yang boleh digunakan dalam perkhemahan. Di samping itu, saya
juga mengetahui perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan aktiviti
perkhemahan. Hal ini adalah penting supaya dapat menjamin kelancaran dan
keselamatan semasa perkhemahan diadakan. Setelah selesai pembentangan,
perjumpaan ditamatkan dan ditangguhkan dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-
Asr.
45
RUJUKAN
Allesyakhbr. (2015, April 28). Retrieved from Persatuan Puteri Islam Malaysia:
https://persatuanputeriislam.wordpress.com/
Azizan Jae. (2013, January 19). Retrieved from
https://www.slideshare.net/ummi_amirah/nota-tatacara-perjumpaan-ppim
Rais Wahab. (2013, February 24). Retrieved from
https://www.slideshare.net/tokumong/pergerakan-puteri-islam
Sistem Guru Online. (2018, May). Retrieved from https://www.sistemguruonline.my/wp-
content/uploads/2018/05/BUKU-PANDUAN-PUTERI-ISLAM-MALAYSIA.pdf
Siti Mastura. (2018, July 25). Retrieved from
https://www.slideshare.net/SitiMastura3/354541861-pengenalandansejarahppim
46