The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by taskhai, 2023-06-19 12:52:44

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK KREATIVITI DAN INOVASI

PKUK1133 NURTASNIM KHAIRINA

DIORAMA KIT NURTASNIM KHAIRINA PENGHASILAN PRODUK PKUK1133 PENGHASILAN PRODUK PKUK1133


ISI KANDUNGAN IDEA PRODUK PENGGUNAAN PRODUK IMPAK PRODUK LAMPIRAN PENGENALAN RASIONAL PRODUK LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK KAJIAN PENGHASILAN PRODUK


PENGENALAN Saya telah menghasilkan satu produk yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas berdasarkan konsep kreativiti, pembangunan domain kreativiti dan konsep inovasi. Secara umum kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru dan asli. Kreativiti memerlukan daya imaginasi yang tinggi, penerokaan dan kebolehan membina hubungan baru terhadap maklumat lama dan sedia ada. 2


kreativiti boleh menghasilkan inovasi ialah idea atau cara untuk menambah baik proses atau cara lama yang lebih efektif dan berkesan atau lebih menarik. Daripada inovasi kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi yang tinggi. Inovasi adalah cara kerja masa hadapan. Malaysia memerlukan generasi masa hadapan yang kreatif dan inovatif untuk melonjakkan ekonomi dan kemakmuran negara Produk yang dihasilkan ini berdasarkan bidang membentuk dan membuat binaan. Bidang ini dipilih setelah dianalisis isu yang telah timbul berdasarkan dua artikel yang berkenaan. Produk ini dapat membantu Murid Berkeperluan Khas (MBPK) masalah pembelajaran yang mempunyai masalah psikomotor serta kognitif lemah meghasilkan produk seni secara individu tanpa bantuan orang lain. 3


Nama ' Diorama Kit' dari gabungan sejenia binaan tiga dimensi (3D) yang diberi nama diorama dan set bahagianbahagian yg sedia untuk dipasang. Produk ini memudahkan MBPK untuk membentuk dan membuat binaan tanpa menggunakan media yang sukar kerana replika mudah pasang telah disediakan di dalam 'Diorama Kit'. DIORAMA KIT 4


OBJEKTIF PRODUK: 1.Melihat perkembangan individu MBPK masalah pembelajaran membentuk dan membuat binaan tanpa bantuan guru, ibu bapa dan rakan. 2. Meningkatkan kemahiran psikomotor dan kognitif masalah pembelajaran. 3. Memenuhi DSKP yang berkaitan amalan pembelajaran pendidikan seni visual bagi MBPK. RASIONAL PRODUK 5


SASARAN PENGGUNA: Produk 'Diorama Kit' ini sesuai digunakan oleh MBPK masalah pembelajaran yang di tahap sederhana dan tinggi sahaja yang mempunyai kemahiran psikomotor dan kognitif yang tidak terlalu lemah. Contohnya, autisme, sindrom down, serebral palsi yang mampu membuat pergerakan tangan. Manakala bagi MBPK masalah pembelajaran di tahap sangat rendah perlu bantuan ibu bapa atau guru. 6


1.MEMILIH GAMBAR REPLIKA LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK Memilih gambar replika yang dikehendaki seperti rumah, kereta, pokok dan bunga di Google. 2. MENCETAK BAHAN Mencetak semua bahan gambar replika yang diperlukan mengikut tema yang dikehendaki 7


3. GUNTING DAN SUSUN Gunting gambar replika yang telah dicetak kemudian susun mengikut kategori. 4.MEMOTONG KOTAK Memotong kotak berbentuk segi empat sama sebanyak 4 keping untuk dijadikan 'base'. 8


5. MEMBENTUK 'PACKAGING' Menghasilkan packaging 'Diorama Kit' dengan menggunakan manila card. 6.MENAMPAL BAHAN Menyusun bahan terlebih dahulu kemudianm menampal 'base' serta gambar bahan replika pada 'packaging'. 9


Bidang: membentuk dan membuat binaan Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk 3 dimensi. Bentuk 3 dimensi adalah objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon. Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti: -ARCA TIMBUL -ARCA MOBAIL -ARCA STABAIL -ASEMBLAJ -MODEL -DIORAMA -BONEKA -TOPENG -ORIGAMi KAJIAN BERKAITAN PRODUK 10


Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar.. Ianya melibatkan gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. 11


Penghasilan produk ini dilaksanakan bagi melihat perkembangan individu tersebut. Hal ini kerana melalui aktiviti tersebut para murid dapat memperoleh kesan-kesan positif yang bukan sahaja tertumpu kepada kemahiran malahan juga dari setiap aspek perkembangan. Antara kesan positif yang diperolehi melalui aktiviti ini adalah dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil yang mengawal pergerakan tangan, jari dan ibu jari (Shaznur, 2016). Semasa membina produk ini, murid perlu melibatkan tangan dan jari-jari untuk menyusun dan mencamtumkan setiap item yang disediakan sehingga terhasilnya sebuah rumah kedai. Perkembangnya kemahiran ini mampu membantu murid-murid untuk melakukan tugas lain yang melibatkan motor halus seperti menulis, makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bidang binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni. Contohnya, dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Sebagaimana yang kita dapat lihat, produk tersebut adalah berbentuk 3 dimensi yang mana bersifat konkrit dan mempunyai pandangan sisi, atas, belakang dan sebagainya. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. 12


idea penghasilan produk ini diinspirasikan dari salah satu bidang membentuk dan membuat binaan iaitu "diorama" yang merupakan satu modeltiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. Diorama biasanya dibina di atas tapak khas yang dipanggil diorama base. 'diorama kit' telah diinovasikan DENGAN IDEA SAYA SENDIRI menjadi kit yang mesra MBPK dengan hanya menggunakan kertas sahaja. Produk ini dihasilkan dengan saiz kecil untuk memudahkan MBPK membawa di dalam beg. Selain itu, produk initidak memerlukan media seperti gunting, pisau san gam untuk meleraikan serta menggabungkan elemen-elemen replika.Malah telah disediakan set yang lengkap di dalam "DioramaKit' danhanya tinggal untuk dipasangkan sahaja. IDEA PRODUK 13


DI SAMPING ITU, DIDALAM 'DIORAMA KIT' TURUT DISERTAKAN PANDUAN PENGGUNAAN UNTUK MEMUDAHKAN MBPK, IBU BAPA ATAU GURU MENGGUNAKANNYA. MANAKALABAGI MBPKYANG TIDAK BOLEH MEMBACA SIMBOL-SIMBOL YANG MUDAH DIFAHAMI TURUT DISERTAKAN PADA PRODUK. IDEA PRODUK 14


MANUAL PENGGUNAAN PRODUK 15 1.Buka 'Diorama Kit' secara berhati-hati dan baca panduan penggunaan yang telah disediakan.


2.baca panduan penggunaan yang telah disertakan 4. Usai melipat replika, kemudian tampal replika kertas pada tempat yang telah disediakan mengikut gambar yang sepadan 5. Akhir sekali, diorama mudah pasang siap untuk dipamerkan 16 3.Keluarkan bahan replika kertas dari plastitk kemudian mula untuk melipat replika.


1.MBPK akan berasa seronok apabila belajar sambil membuat amali. 2.MBPK dapat menghasilkan produk dengan usahanya sendiri. 3.meningkatkan kemahiran psikomotor apabila jari-jari tangan bergerak melipat replika kertas 4.memaksimumkan perkembangan kognitif mbpk kerana melibatkan kemahiran berfikir semasa melipat replika kertas tersebut IMPAK PRODUK 17


LAMPIRAN


pandangan hadapan pandangan belakang pandangan dalam


pandangan sisi kanan pandangan sisi kiri pandangan atasi


GAMBAR BERSAMA PRODUK Rajah menunjukkan gambar produk 'Diorama Kit' yang dihasilkan oleh saya.


Athrun Gurl.(n.d.).Menbentuk dan membuat binaan.http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/memb entukmembuat-binaan.html?m=1 Kanmani Munusamy.(2013). Apa itu diorama. http://jombelajarsenivisual.blogspot.com/2013/04/apaitudiorama.html?m=1 Shaznur.(2016).Apa itu kemahiran motor halus dan kenapa ia penting. http://shaznurstationery.blogspot.com/2016/10/apaitukemahiran-motor-halus-dan.html?m= RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH ;)


Click to View FlipBook Version